we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life
Showing posts with label about me. Show all posts
Showing posts with label about me. Show all posts

Sunday, March 15, 2015

Laparoscopic dan Laparotomy - Ectopic Pregnancy

Salam korang... aku tengah mengantuk sebenarnya. Nauzubillah bangun2 pukul 7am dah. kelam kabut bangun mandi. dan Alhamdulillah, hari pertama duduk rumah sendiri, dalam proses mengemas lagi. penat jugak ngemas walaupun takdelah banyak sangat aku buat kerja. tapi kerja2 renyah kecil2 tu yang leceh lagi memenatkan.

entri kali ni nak bercerita prosedur yang aku jalankan untuk mengeluarkan janin di luar rahim tu. seperti yang telah aku cerita, aku admitted pada 18 Dis 2014. takkan lupa tarikh ni. pagi tu pergi pusat perbidanan untuk scan 7 minggu. bila dah mula scan, aku sendiri mencari macam biji kacang janin baby ni. betul, nampak kosong rahim. tapi aku berdoa ni pandangan orang bodoh medical macam aku. tapi... lepas doc cakap rahim nampak kosong, jantung ni rasa digenggam2. kandungan 7 minggu selalunya seperti ini (gambar google) :



Ayat doctor ketika tu, "Dalam rahim nampak kosong. Saya periksa dari bawah ye," masukkan scan yang melalui alat sulit perempuan tu. masih lagi kosong. "Takpe, kita buat UPT test lagi. Kalau masih positif berkemungkinan, kandungan luar rahim. Saya harap kandungan awak ni sudah gugur sebab tu nampak kosong. Kalau dah gugur, UPT akan negative". Nampak macam kasar kan cakap berharap dah gugur? yelah, kalau kandungan luar rahim is worse than gugur. kandungan tak dapat diselamatkan dan salah satu tiub kena buang.

Basically, ni lah gambaran kandungan aku hari tu. Sepatutnya kandungan menempel di rahim. tapi aku di tiub sebelah kiri.


Jadi, bila di masukkan ke HSA, aku difahamkan akan jalani laparoscopic procedure. iaitu akan dimasukkan 3 tiub untuk jalankan surgery. yang pertama ialah kamera dan lagi 2 ialah alatan untuk memotong dan mengambil kandungan berkenaan.



doctor cakap, misalan menggunakan kaedah ini tidak berjaya contohnya tidak jumpa kandungan atau sukar menembusi lapisan perut semua tu, mereka akan jalankan laparotomy. Laparotomy pulak macam czer. dia akan potong ni bahagian czer tu.

pada 20 Dis 2014 petang dalam pukul 6pm, aku ditolak masuk ke dewan bedah. doctor cakap, aku akan dibius seluruh badan sebab surgery tu memerlukan masuk angin dalam perut kembungkan jadi aku akan tidur sepanjang pembedahan. masa lahirkan Umar, aku takut sangat yang ubat bius tu tak jalan and aku akan rasa sakit ketika pembedahan dijalankan. paranoid kan. bila dicakap bius 1 badan, lagilah aku gabra. macam mana agaknya ya...

tapi aku kagum lah dengan bius ni, aku sedar2 je dah 11pm dan perut dah sakit. surgery dah selesai. kagum kagum! yang aku ingat, masuk dalam dewan bedah, disuruh berbaring. macam kelam2 kabut semua orang dan aku pun masih lagi panic tak hilang lagi. di masukkan ubat bius melalui drip IV di tangan. di pakaikan oksigen dipandu bernafas tarik.... lepas... tarik... lepas... tarik... hilang terus. huhu... sedar2 aku terus cari jam Nampak 11pm dan try untuk angkat tangan panggil orang2 sekeliling. bius masih kuat, susah gile nak angkat tangan dan bercakap. bukak mata lagilah...

bila dapat je perhatian nurse/ doctor (aku tak pasti), soalan pertama aku : "saya operate apa?" orang tu macam terkejut. setiap patient yang nak masuk pembedahan mestilah tahu pembedahan apa yang dijalankan. dia tanya balik, "puan tak diberitahu ke operation apa?" oh... berusaha gile aku nak bercakap, "masuk kamera atau potong?" rasa macam potong sebab sakit dah rasa tapi berdoa semoga kamera je. macam serik potong bersalin ada lagi... orang tu selak sikit kain aku, "Oh puan potong bawah ni..." lalok2 tu... "kenapa? kenapa?" then aku tidur balik kot...

aku sedar balik semula, bed aku ditolak keluar. Nampak muka suami, "Kenapa potong?" haha... drama sikit lah. sebab aku taknak dipotong. kalau potong laparotomy ni macam potong czer lah. kena puasa bersalin 2 tahun. yelah, kita ni makin berumur, dengan medical condition aku ni, aku harap rezeki aku ada lagi dan rezeki tu datang cepat... sampai kat wad je ada keluarga aku dan doctor yang bedah... "Kenapa potong?" mata bukak tutup bukak tutup. suami terangkan kot tapi aku dengar tak dengar. bius tak habis lagi. last2 yang aku dengar, "You tidur dulu. esok I terangkan..."



Pengalaman kali kedua masuk dewan bedah. New experience. Serik. taknak hadapi lagi. masa bedah lahirkan Umar perasaan bercampur baur. seronok pun ada sebab nak jumpa anak. tapi kali ni tahu bedah untuk kosong... takde anak. sedih.






p/s (i) : almost 1pm, dan wasted hours dari pukul 8am aku tak buat kerja menda. haha... kejap lagi lunch.

p/s (ii) : naik rehat nak tanda kerja budak sikit lah.

p/s (iii) : cuti sekolah. lapang.






15032015 ~ 12.46pm
meja aku ~ bilik guru subjek umum - ILPPG

Wednesday, March 11, 2015

Tiada Rezeki - Kehamilan Kali Kedua

Assalamualaikum kalian... semalam aku update summary pasal perjalanan hidup aku selama 3 bulan ni. so hari ni aku nak cerita sedikit in details pasal pregnancy kedua aku. tapi Allah lebih mengetahui rancangan yang telah diaturkan untuk kami. mungkin kami belum bersedia untuk menerima kehadiran orang baru dalam masa terdekat ni...


Note : Untuk wanita2, saya cadangkan supaya anda take note dengan tarikh datang bulan anda dan cycle period berapa hari untuk mengetahui sama ada period kita regular atau tidak. dan bagi pasangan yang telah berkahwin, tarikh ini penting untuk mengetahui sama ada anda lewat period (hamil) dan juga bagi pasangan yang sedang berusaha untuk hamil, ini maklumat2 penting jika ingin mendapat khidmat pakar medical.


Okay, sejak dr sekolah menengah lagi aku memang catat hari2 aku period tapi tak pernah kira cycle. cuma tanda je dalam calendar. so tak sure sangat period aku regular tak. asalkan tiap bulan datang bulan dan jika 2 kali datang tu, terus check doctor. rupanya sebab tensen. hehe... lepas kahwin barulah aku ambil berat pasal cycle berapa hari. so normal women cycle period dia mostly 28. tapi aku 31 hari. dia terpulang pada individu. kalau aku 31 hari tak boleh cakap aku period tak regular. asalkan tiap bulan lebih kurang sama, kira okaylah. kadang2 capai jugak 35 hari kitaran tapi tu macam sekali setahun lah. mungkin hormone tak betul sangat time tu.



Seperti yang anda readers saya tahu, saya dulu menghadapi masalah untuk hamil jadi kami telah membuat rawatan di beberapa doctor dan maklumat2 ni paling crucial lah. paling penting. masa aku mula hamil anak pertama dulu, bila lewat sikit dari 31 hari, aku taknak letak harapan tinggi sebab takut cycle 35 hari yang hormone terganggu tu. tapi bila dah masuk hari ke 38, barulah aku buat keputusan untuk check UPT (pregnancy test). Alhamdulillah, positif. Bila kita tahu cycle kita, senang untuk kita detect kita lewat datang bulan kerana hamil atau period tak regular disebabkan hormone.

Ingat juga bila kita ambil pil perancang kehamilan, ia akan kacau hormone kita dan boleh membuatkan kita lewat datang bulan... ini terjadi pada Jun tahun lepas dimana cycle saya selama 41 hari. nervous jugak ingatkan mengandung sebab anak kecil lagi. tapi kalau positif, Alhamdulillah kami terima dengan hati gembira. bulan tu je aku lewat dan seterusnya regular 30-33 hari kitaran haid.

jadi, kali terakhir aku datang haid sebelum hamil kali kedua adalah pada 30 Okt 2014. dan mengikut kitaran 31 hari sepatutnya haid seterusnya ada pada 29 Nov 2014. tapi lewat beberapa hari. mulanya aku menganggap hormone sedikit terganggu yelah asyik tension kerja and asyik merajuk dengan suami je. huhu... tapi terdetik jugak mungkin hamil sebab ada beberapa perubahan pada diri. Contoh perubahan yang aku Nampak (perbandingan dengan kehamilan kali pertama) :
  • mudah sangat letih. ketika tu cuti sekolah jadi budak2 takde. aku datang opis untuk tido (literally). kadang2 tu lelap mata lah bila penat sangat. tapi minggu tu aku boleh tido kat meja selama 3jam lebih tauuuu... dasat tak dasat.
  • breast rasa sedikit berisi dan keras. selepas melahirkan Umar, dan susu dah susut habis, breast para ibu ni memang kendur2. dulu aku tak paham kenapa banyak sangat iklan breast enhancer dlm fb ni. sekarang dah paham. huhu...
  • asyik tidak sihat. banyak kahak dan demam. pregnancy pertama dulu aku tak demam tapi batuk kahak sampai takde suara dan lidah takde taste bud. itu memang sengsara, tak merasai nikmat makanan. ini serious. aku makan takde rasa. serious!
  • paling ketara ialah, suami tak sihat dalam 1 tempoh yang lama. masa pregnancy pertama, tak perasan sangat before positif UPT. suami sentiasa tak sihat and muntah2. risau jugak dia keracunan makanan ke apa... jadi bila second pregnancy, even belum buat UPT, bila tengok suami tak sihat and muntah, aku senyum jelah sebab ada suspiscion sendiri. hehe...
jadi pada cycle hari 37, aku buat UPT test dan Alhamdulillah positif. lambat keluar 2 line dia mula2 nak kecewa dah sebab I am very sure that I am pregnant. so dalam kepala, aku ni paranoid pregnant ke? detik best masa nak bagitau suami. aku ajak suami pergi klinik konon2 cirit birit. bila masuk je bilik doctor, aku mintak scan perut. suami tercengang2... seronok sangat rasa. terus tak bagi dukung Umar langsung lepas tu.

perasaan seronok tu beberapa hari jugaklah bertahan sehinggalah hari ketiga aku confirm hamil, aku sakit perut yang sangat dan bleeding. dah menangis2 and pergi pusat perbidanan. doc kata aku hamil tapi masih terlalu awal untuk cek kandungan. dia suruh datang lagi 2 minggu dan bagi ubat kuat Rahim. seminggu jugak aku bleeding and when its stop syukurnya... rasa lega sangat. masuk kehamilan minggu ke7, aku bekerja seperti biasa lah tapi tiba2 tengahari tu masa nak lunch perut aku jadi sakit sangat sampai tak boleh nak jalan. call suami suruh datang ambil dekat opis and aku bleeding sekali lagi... terdetik mungkin kehamilan aku ni bermasalah tapi doa banyak2 semoga dilindungi oleh-Nya.

esoknya barulah pergi pusat perbidanan dan melalui scan ultrasound dan melalui bawah dalam alat sulit, kehamilan aku tidak kelihatan di dalam Rahim. luruh hati aku dengar dan aku admit wad untuk pembedahan pada 18 Dis 2014. dan pada 20 Dis 2014, pembedahan mengeluarkan janin berkenaan dilaksanakan. luruh hati ini.



maafkan mama, Sayang.








p/s (i) : aku taknak kenang benda dah jadi. lagi2 benda sensitive macam ni. but I can't help myself to stop thinking. aku selalu terpikir, if i'm still pregnant, aku dah almost 5 months pregnant. janganlah kenang benda tu lagi... please...

p/s (ii) : Allah's plan is the best.

p/s (iii) : masa untuk tumpu kerja dan kehidupan seharian. masa untuk kumpul duit!






11032015 ~ 12.57pm
meja aku ~ bilik subjek umum - ILPPG

Tuesday, March 10, 2015

Rezeki Kesihatan

Salam readers... 3 bulan aku tak update blog. Mula2 tu sebab busy. Kemudian disebabkan masalah kesihatan dan agak payah untuk update blog duduk kat rumah. Alhamdulillah harini 10 Mac 2015 adalah hari pertama aku berkerja setelah 2 bulan lebih cuti sakit. Cuti sakit apa sampai 2 bulan? Meh aku cerita...

Tahun lepas, pada 5 Dis 2014, aku disahkan hamil anak kedua. Alhamdulillah, kami tak merancang untuk menambah anak tapi tentunya ia berita gembira. Aku dah lewat seminggu datang bulan tu dan ada beberapa perubahan fizikal yang meyakinkan yang aku mengandung. Mudah letih, kepala pening2 dan paling ketara, breast macam keras sikit. (Bagi yang belum berkahwin, maafkan bahasa di sini ya). Picit2 macam ada susu keluar setelah lebih 6 bulan kering.

Tapi tak selang beberapa hari, aku sakit perut dan bleeding. Tak banyak. Macam darah akhir period yang coklat2... Masa tu awal lagi baru lebih kurang 5 minggu so scan memang takkan Nampak apa... Pergi cek doctor pesan datang lg 2 minggu. So memang sangat berhati2 lah aku untuk tidak berhentak ke... Apa ke... Doa banyak2 semoga anak dalam kandungan selamat. Tarikh keramat 18 Dis 2014. Aku ambil cuti untuk pemeriksaan selepas 2 minggu. Scan2 tak Nampak dalam Rahim. Doktor kata berkemungkinan kandungan luar Rahim. Betapa luruhnya jantung aku ketika tu...

Refer terus ke hospital dan terus admit wad. Menangis macam apa... Berdoa pada Allah semoga diberikan keajaiban. Kun Faya Kun... Allah uji aku dengan dugaan ni. Aku redha. Tarikh 20 Dis 2014, aku jalani pembedahan mengeluarkan kandungan luar Rahim berkenaan. Tiada rezeki kami.

Selang 2 hari selepas pembedahan, aku demam dan luka kesan pembedahan bernanah. Doktor ambil keputusan buka balik jahitan. Ngeri tapi doctor kata itu pilihan yang ada untuk mengeluarkan nanah. Hari ke11 admit wad akhirnya dibenarkan discaj dengan perut kesan pembedahan terbuka tanpa dijahit. Nauzubillah, seram tapi gembira dapat balik rumah. Doktor arahkan untuk cuci nanah setiap 3 hari. Dan setiap 3 hari tu lah aku rasa takut untuk rasa sakit tu... Macam daging disiat2.

Setelah 2 bulan, patutnya dah boleh naik kerja tapi final check up, cantuman semulajadi kulit aku tak normal. Sebab cantum tidak sekata. Jadi doctor arahkan untuk buat minor surgery potong sikit kulit dan daging yang bercantum betulkan biar rata dan jahit. Menangis lagi aku. Ya Allah, banyak dosa2 aku. Ampunilah dosa2 hamba-Mu ini...



Dan Alhamdulillah, mulai 18 Dis 2014 sehingga 9 Mac 2015 aku bercuti sakit, hari ini aku mula bekerja.

Semoga aku diberi kesihatan yang baik. Excited untuk bekerja dan sihat seperti sediakala. Nak diet! Huhu... Nak cari supplement untuk cantikkan diri.

Dan Alhamdulillah, semalam aku menyambut harijadi yang ke 29. Banyak azam ni sempena hari jadi. hehe...








p/s (i) : Minggu depan cuti sekolah. Nak bersedia dengan pengajaran. Taknak lagi pengajaran yang bosan. Please be inspired, Eliyana!

p/s (ii) : Minggu depan jugak pindah balik masuk rumah Permas. Berdikari kembali sebagai suami isteri dan mama papa.

p/s (iii) : Semoga Umar Aryan sihat2 selalu. Tak senang hati bila anak tidak sihat.





10032015 ~ 4.24pm
meja aku ~ bilik subjek umum - ILPPG

Monday, September 15, 2014

20 facts about Nurul Eliyana

hai2 you ols... dapat tag ni dah lama. sama ada aku abaikan atau takde masa. dannn... macam remaja lah pulak benda2 macam ni kan. tapi disebabkan sekarang ni aku takde benda nak buat, so tiba2 teringat akan tag ini, jom lah kita buat. sajaaaaa suka2... dan kenalah buat dalam blog. privasi sikit. dalam instagram... hmmm... susah nak tulis and malas nak baca.



20 fakta macam banyak sangat. jadi saya nak kurangkan. jadi, ini 10 fakta tentang saya :

  1. nama diberi Nurul Eliyana bt Mohd Yazed. selalu kena eja kan untuk orang. kalau tak, sure yakin confirm memang diorang akan eja salah. *sigh
  2. nama suami Mohd Azuan bin Ngadimi. anak seorang nama Muhammad Umar Aryan bin Mohd Azuan (11bulan).
  3. am the second child in the family. am a sandwich. big bro and lil bro. Mohd Ezylin and Amir Ridhwan. ayah nama Mohd Yazed bin A Rahman. mak nama Norzakiah bt Yusoff.
  4. born on 9 March 1986. couple dengan suami 24 August 2004. engaged on 18 December 2010. nikah on 21 October 2011. first baby on 12 October 2013.
  5. went to Tadika Pelita di Taman Sentosa for 2 years. primary school at Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau for 6 years. further lower secondary in SIGS. higher secondary in SMT Johor Bahru. then KMJ for 1 year. UTM for 5 years. graduated from UTM in 2010.
  6. after graduating from UTM, while waiting for posting, worked at SMK Tasek Utara for few months but it gave me lots of experience and gave me deep impact. love that school sooo much! first posting is 7 Feb 2011 in SMV Kluang. then got transferred in August 2013 to ILP Pasir Gudang.
  7. I have 2 nieces. Nur Alleya Adini (5yo) and Natasha Helena (2yo). I have another 3 angels; Irdiena Alia (7yo), Aqiel Ilham (5yo) and Aqief Imran (1yo).
  8. I am an emotional person but really good at hiding it. especially for the unworthy ones. ada 2 case. kes pertama ialah apabila kalau kita emo pun dia buat bodo. so kita tak payah nak emo2 sangat lah. kita bagi dia rasa apa dia buat kita rasa. gittew!! kes kedua ialah apabila orang tu pulak emo yg terlebih2 melimpah ruah. so kita simpan sikit lah. utk jaga hubungan.
  9. seorang cikgu yang kuat perli. dulu aku tak macam tu. tapi bila budak makin lama makin nakal, kalau guna kekerasan, lagi dia melawan. so kita bagi ayat yang makan dalam, insaf lah sekejap.
  10. sedang mengumpul duit untuk masa hadapan.





no reason. just rindu budak hingusan yang semakin dewasa. dah pandai tengok porn. dah pandai ada gepren. tak lama lagi nak kahwin. yang muka macam kwang so. yang sengal macam kwang so. suka buat lawak muka tegak. suka buat lawak yang I rasa kelakar sangat but if orang lain buat jadi tak kelakar langsung. ei macam2 lah lagi. last but not least, you still suka korek hidung tak? aku pernah buat karangan pasal adik aku masa darjah 2. aku tulis hobi adik ialah korek hidung. apa tak senonohnya aku time tu tulis benda tu dalam karangan. hoho...








p/s (i) : ada student baru masuk. kenapalah diorang tak macam kita dulu? masuk penuh sopan. ni benda macam ni pun tak boleh piker ke????

p/s (ii) : kena set waze sebab tak tahu jalan. ei... dinner mana kita malam ni?

p/s (iii) : kelas 3 jam straight. mohon jangan pengsan.

p/s (iv) : next month tangguh sambut anniversary. yok vacation!!





15092014 ~ 9.50am
meja aku ~ bilik guru-subjek umum ILPPG

Wednesday, September 3, 2014

mom, please show a happy face

korang tahu tak cerita 'Once Upon A Time' dekat Starworld 711? aku follow cerita tu. suka sangat lah. sampai sanggup tahan mata sebab nak tengok. oh, dia bukan siar tengah malam. tapi aku selalu record je and then tengok kemudian. ceritanya selasa pukul 7pm. so waktu berkenaan memang manalah sempat nak tengok. time tu lah sebok2 kat dapur. hmmm...



sebok2 kat dapur

taip ayatnya pun rasa nak nangis. mungkin aku ni nampak je sebok2 tapi hasilnya kecil. tu yang dipertikaikan.



aku tak pandai masak. aku tak pandai jadi isteri yang tipikal. ada sesiapa yang boleh tolong tak? aku nak masuk syurga jugak.


aku bersyukur sebab aku bukan jenis pemikir. tapi aku pengingat. hmm... is there such word? pemikir maksudnya asyik pikir je benda tu dalam satu jangka masa yang boleh buat tension, stress. kiranya seorang yang focus lah. aku bukan jenis itu. syukur. aku rasa kalau aku jenis itu, dah lama aku jadi tak betul kot. tapi aku jenis pengingat. kadang2, aku akan ingat dan sedih dan ingat dan nangis. kemudian datang satu perkara yang distract pikiran. aku dah tak pikir.


dulu kita selalu diberi ceramah pasal murung, depression. kenapa orang lukakan diri. atau bunuh diri. hmmm... bunuh diri aku masih tak faham. tak tahu apa yang diorang rasa. mungkin terlampau tertekan. tapi lukakan diri mungkin aku boleh paham. dulu pernah diterangkan, itu adalah salah satu cara untuk alihkan focus kesakitan. dari hati, terpendam. ke bahagian tubuh seperti tangan, kaki dan bahagian lain. so sakitnya jadi lahiriah. bukan batin.



show a happy face. aku kena belajar buat benda ni. sebab walau kita di dunia moden sekalipun, kita tetap wanita. tetap isteri. tetap bukan ketua keluarga. slowly. give me time. i'm trying to give my best. seperti selayaknya.



there are a lot of things I have on my shoulder. kita semakin dewasa. kita semakin hidup dalam reality. dan semakin banyak juga tanggungjawab yang kita perlu pikul. mungkin sebab itu, aku lupa untuk senyum.

mungkin, ini yang perlu aku lakukan sebagai bayaran di atas segala yang telah dilakukan selama ini.






I am proud to say,


I am the mother to Muhammad Umar Aryan, Mohd Azuan's son.







p/s (i) : mungkin sebab aku gelap. jadi kesannya kurang jelas. tapi rasanya amat jelas.

p/s (ii) : chop chop! housewife duty!

p/s (iii) : kembali buat PB budak2...

p/s (iv) : please show a happy face.





03092014 ~ 1.59pm
meja aku ~ bilik guru-subjek umum ILPPG

Monday, January 6, 2014

blissful blessed 2013

hai2... aku nak update blog dari sehari ke sehari, tak dapat2. akhirnya hari ni aku nekad untuk update blog. huhu... dah tidurkan Umar tadi. tapi terjaga lah pulakkkk... ni dia tak tidur tapi aku biar je dia main sorang2. huhu... kadang2 kalau mood dia baik, dia main sorang2, ngantuk terus tidur sendiri. kalau dia nangis, aku angkatlah dodoi kejap. bagi susu ke... sampai dia tidur atau tak nangis. baiknya anak ini!

okay, entri yang tertangguh2 ni... nak cerita happenings in 2013. a challenging yet a blissful year.


Januari 2013
nothing much happened in this month. except sending lil bro back to Melbourne. dia bercuti sebulan akhir tahun tu. 5Jan its time to go back Melbourne. as usual, aku mesti nangis bila nak berpisah. huhu... serabai ni. dan keesokan harinya, masa untuk balik ke Kluang. mak dan ayah nekad nak kemas asrama aku. perghhh... daripada comot ke heaven wooo...




Februari 2013
bulan keramat. 2 benda terjadi dalam kehidupan kami sekeluarga. pertama ialah perginya nenek kesayangan aku. semoga dia ditempatkan di kalangan kekasih-Nya... gambar ni diambil ketika aku fetch suami di airport. aku dah sampai kelantan dulu, selepas perginya Tok Yam, baru suami gerak balik jugak. dan event kedua terpenting yang terjadi bulan tersebut ialah, aku disahkan hamil. ceria dalam duka.




Mac 2013
first scan baby kami. we waited until my 27th birthday. kiranya ia hadiah hari jadi untuk aku. masih terlampau kecil lagi. tapi alhamdulillah, ia anak kami. dan juga dalam bulan ni, hari jadi yang pertama my angel Natasha Helena. budak bulat busuk ni!




April 2013
benda yang dah lama ditunggu2. abangku menamatkan zaman bujang. haha... alhamdulillah.



Mei 2013
my angel Alleya Adini turns 4 years old. so we double celebrate Alleya and Helena's birthday in one party. he... comel sangat diorang ni. sepak baru tahu. hehe... and in this month also, we went to Melbourne! me, my husband and atiqah. yes yes... kami depart 31mei. hehe...




Jun 2013
jalan2 melbourne. tapi salah percaturan sebab trip toooo short. tak puas! uhuk2... nak pergi lagi. tapi... sekarang dah ada Umar kena pikir 2, 3 kali. kena pikir kesihatan anak lagi. huhu... tunggu dia besar sikit lah ye. dannn... selepas berhuhahuha di Melbourne, next weeknya aku dimasukkan ke hospital sebab ketuban bocor. hoho... ha, hamek!




Julai 2013
haih... mengeluh lagi. again dimasukkan ke hospital sebab doktor suspek ada jangkitan kuman. hmmm... kasihan anak dalam perut ni. tak putus2 kami berdoa semoga anak ini selamat. sihat dan sempurna. dan alhamdulillah, dalam bulan ni jugak aku mendapat berita yang aku dapat tukar ke JB. wuhuuu... takpe walau jauh dari suami tapi dekat dengan family.




Ogos 2013
masuk sekali lagi hospital. kali ni keracunan makanan pulak. nasib baik 2 malam je. bersabarlah wahai hati... dannn... kami menyambut anniversary couple kami yang ke-9. alhamdulillah, semoga jodoh kami berkekalan...




September 2013
celebrated husband's 27th birthday. we decided to go low. went for dinner and movie. i love you sayang. i want to celebrate our birthdays together until death do us apart. and this month also, all out shopping for baby. hehe... habis duit woo...




Oktober 2013
biggest thing happened to us. lahirnya Muhammad Umar Aryan ke dunia. ya Allah, tak tahu nak describe macam mana perasaan seronok dah ada anak. tapi hanya sehari kemudian Umar dimasukkan ke wad. selama 2 minggu hari2 ku ditemani air mata. uhuk2... dan pada usia 13 hari, Umar dibenarkan keluar. alhamdulillah... dan dalam bulan ini juga, kami menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang kedua.




November 2013
bulan habis pantang. hehe... tapi belum habis pantang dah ajak mak keluar berjalan. day 29, kami pergi ke baby fair di Persada. hehe... seronok!




Disember 2013
majlis aqiqah Umar Aryan. dah botak anak mama ni. hehe... 




overall, 2013 adalah sangat2 bermakna. di mana kehidupan naik turun kami. dan akhirnya kami mendapat zuriat. 2011, kami membina masjid. 2012, kami menikmati kehidupan. 2013, kami membina keluarga. dan harapan 2014, membina kehidupan. semoga kehidupan kami lebih baik dan stabil selepas ini. dapat memberi kesenangan kepada keluarga. insyaAllah...






p/s (i) : lama menaip. review every month last year. sambil menjaga anak.

p/s (ii) : okay, nak biskut. dah habis pulak stok biskut. nasib baik ada nutella. spread on cream cracker.

p/s (iii) : few more days to enjoy the holiday. 12Jan2014 naik kerja.






06012014 ~ 12.43pm
depan tv ~ ruang tamu-rumah Impian Emas

Tuesday, August 27, 2013

Pregnant Week 33

hai2 you olss... sekarang tengah lunch break. untung duduk rumah mertua, tiap2 pagi mak mertua aku sure masak. tak kisah lah masak apa pun, sure dia akan masak. kadang2 nasi berlauk. hari ni nasi goreng daging. huntong tak huntong kauuuuu... makin sehat aku duduk permas ni. hehe... tapi minggu depan adik ipar aku dah balik Shah Alam. hmm... walaupun takdelah berbual sangat dengan dia but bila dia ada tu, rasa selamat. hehe... kalau nak mintak tolong dia pun senang je... takpelah, sikit je masa lagi aku nak bersalin.

Alhamdulillah... banyak cabaran yang aku dan suami lalui lepas berkahwin. yelah, dengan usaha nak mengandung nya sampai habis beribu-ribu. sesetengah orang rezeki diorang dapat anak cepat je. tapi kami? Allah lebih mengetahui dan Alhamdulillah, awal tahun ni kami mendapat khabar yang amat gembira. kurniaan Allah yang kami tunggu lebih setahun...


sebabkan selama setahun lebih, aku memang rajin beli UPT (pregnancy test) selalu negatif je. setiap bulan lah sure aku akan membeli. eh, setiap bulan macam extreme sangat. ala2 2, 3 bulan sekali lah aku beli. sebab period aku memang regular. so tak sempat syak mengandung dah datang bulan. hehe... kami pun sentiasa buat treatment kat hospital kerajaan, swasta habis beribu-ribu. last2 kami buat keputusan untuk stop semua2 ni dan cuba secara natural. taknak ambil ubat2 hormon apa lagi dah... dan alhamdulillah, rezeki kami mudah apabila aku dirujuk pakar di hospital besar. aku kata nak stop treatment kan? kali ni berbeza sebab kami redha dan pasrah. takde letak harapan seperti dulu2. dan alhamdulillah... visit kedua dah membuahkan hasil. kiranya sambil menanti visit ketiga tu, period dah lewat dan keputusan ialah positif! dan disebabkan paranoid kerisauan melanda over2. aku beli banyak UPT sebab nak tengok simbol positif tu banyak2. hehe...

pengalaman masa mengandung... Alhamdulillah, orang kata, susah nak mengandung tapi sepanjang pregnancy mudah. aku admit, aku rasa pregnant anak ni mudah je. aku takde morning sickness. aku takde sakit2. sampailah usia 5 bulan lebih. salah sendirilah senang cakap. aku ke Melbourne maybe melasak amat sangat. bayangkan kitorang berjalan kaki dari one place ke one place yang jauhhhh amat. then ada sekali aku terpelecok kat traffic light. huhu... so disebabkan tu mungkin salah satu penyebab aku dimasukkan ke hospital selain tidak menjaga hygiene diri.

3 kali masuk hospital. memang aku dah serik. pertama sebab ketuban bocor. 8 hari aku kat hospital. kena bedrest. masuk pada usia kandungan 22 minggu, keluar usia almost 24 weeks.


kali kedua ujian darah fail. katanya macam ada jangkitan. so mula2 ayat doktor sedaaaaap je, "masuk wad 1 malam eh, kita nak pantau" ha, hamek kaaau! 12 hari aku dalam hospital. masuk usia 26 minggu, keluar usia 28 minggu. orang kata tak sempat tengok cahaya matahari. makin putih aku dalam hospital. wuahahaha!


dan kali ketiga sebenarnya sebab keracunan makanan. demam on off muntah2 buang2 air. tapi sebab risau keselamatan anak, pergi jugaklah hospital. ingatkan nak cek je. rupanya kena warded. nasib baik 2 hari je... makanan 1st kelas dia kelasssss gitu. hehe... masa ni usia kandungan 31 minggu.




dan sekarang alhamdulillah... semoga dipelihara kesihatan. minggu ni dah nak masuk 33 minggu. baby gerak sekarang pun yang keras2. agaknya ruangan dah sempit. so dia bergerak sikit je tapi sakit. huhu... takpe2, i suka rasa. he... muka dah sembab, kaki dah sembab. homai... gemok amat! mak dah warning awal2 kena diet sungguh2 lepas bersalin ni. berusaha!





buat suami tersayang, 

terima kasih melayan manja mengada menggedik isterimu ni baik tak mengandung, mengandung and lepas ni dah ada anak. hehe... mari bina keluarga bersama!








p/s (i) : walaupun dah berada di JB, keseronokan tu tak 100% sebab suami masih di Melaka. esok dia ke KL, moga dimudahkan urusan.

p/s (ii) : minum air soya lah pulak. ish, my mother-in-law is the best! bungkus siap roti dan air tawukkk!

p/s (iii) : 2 jam lagi bekerja. balik nak fotostat modul. nak singgah jusco tak? bila sorang2 rasa pathetic. kikiki...






27082013 ~ 3.09pm
meja aku ~ bilik guru-unit subjek umum ILPPG

Saturday, July 6, 2013

2nd time warded di Hospital Kluang

Hai you ols... Ai... Aku update sekarang dah jarang2 kan... Sabar jelah... Bukan aku takmo tapi banyak sangat halangan untuk aku meng'update blog ni. Lebih2 lagi tak boleh bawak laptop ke hospital ni. What? Hospital?? Ye saya... Sekali lagi aku di tahan di wad. Uhuk2... Doktor ni bagi harapan palsu. Masa nak ditahan tu dia cakap, "Warded 1 malam ya..." aku ngangguk je. Apa dehal 1 malam... Last2.................. Currently dah 8malam kat sini... Dan rasanya bertambah ni...


Okay, kenapa pulak kali ni aku ditahan wad? Seminggu selepas aku discharge, appoinment doktor kat sini. So makayah pun ambil cuti sebab nak kemas rumah aku sekali. Aku okay jelah... Kami sampai agak lambat dalam 10.30am padahal appoinment 9.00am. Biasalah bila bergerak ramai2... Macam2 nak packing, nak kemas... Uruskan Alleya lagi. Hoho... Suami aku outstation ke Terengganu. Sedih kan? 2 kali aku masuk hospital, time tu lah dia outstation. Aish!

Eh, aku tak bagitau lagi eh kenapa aku kena tahan wad? Huhu... Banyak sangat nak membebel kan... So result blood test keluar menunjukkan peningkatan dalam bilangan White Blood Count (WBC). Doktor cakap, if bilangan WBC tinggi maknanya ada infection. So disebabkan itulah dia suruh warded untuk diberikan antibiotik dan buat ujian darah kembali nak cek bilangannya turun tak...

So, aku frustatrated. Bukan aku nak marah doktor and nurse kat sini but aku rasa, progress aku lambat kat sini.

Hari pertama (Jumaat, 28Jun2013) :
Selepas confirm kena warded, aku dibawa ke wad bersalin untuk tukar baju, ambil sample darah lagi... Then dia cakap, kena cucuk Dexa. Nama penuh aku tak sure. But ubat ni untuk matangkan peparu baby. Persediaan sekiranya dia lahir premature... Kena ambil 2 kali suntikan selang 12 jam. So, suntikan pertama 12.40pm. Suntikan kedua pukul 12.40am lah...

Hari kedua (Sabtu, 29Jun2013) :
Nurse datang ambil darah lagi around 5.30am. Perghh... Berapa kali nak kena cucuk kan? As usual doctor round dalam 9.30am. So result darah 2, 2 hari dah keluar. Terkojut eden... Normal WBC doktor kata below 11. Ujian darah pertama meningkat 15.3. Then ujian darah kedua ialah 24. Tinggi gilaaaa! Tapi doktor kata tu disebabkan Dexa. Memang WBC akan meningkat setelah dicucuk Dexa. So aku kena terus makan ubat antibiotik and ubat lawas kencing. Dia kata aku pun kencing kotor. Ujian diulang hari Isnin nanti. If okay, boleh discharge. Yeay!

Hari keempat (Isnin, 1Julai2013) :
Okay, hari ambil darah... Aku pun excited lah kan... Nak balik. Tapi macam malas nak balik bekerja. Hehe... Agak2 doktor nak bagi MC tak seminggu tu? Ambil darah subuh2 kala tu... Result keluar dalam 8am lebih... Aku tak pandai tengok result sheet tu kan. So aku biar jelah... Then doktor datang round. Result aku 16. Perghhhhh!! Lebih tinggi dari hari pertama. Kesan Dexa tak habis lagi ke? So....tak boleh keluar. Sedih! Doktor cakap ulang darah hari Khamis. What?? Khamis tu like 4 days ahead tawukkk!

Hari kelima (Selasa, 2Julai2013) :
Doktor datang as usual... Round. Then specialist cakap, petang nanti scan AFI (amniotic fluid index). Dalam BM nya, air ketuban lah. So... Cek2 ketuban okay. Alhamdulillah, lega rasa hati. Then dia cakap, buat ujian darah lagi, kalau okay, boleh balik... What? Gembiranya rasa hati ini... Hanya tuhan yang tahu. Hoho... Siap telefon suami jangan beli apa2 sebab boleh keluar. Wah, konfiden you olsss... Sekali keluar result WBC 18. Whattt?? How can this happened? Aku dah ikut segala apa doktor cakap... Dah minum air banyak... Dah makan ubat semua... Apa jadi ni? So staylah lagi aku kat sini. Serious sedih.

Hari ketujuh (Khamis, 4Julai2013) :
Buat ujian darah lagi. Kalau okay boleh balik... Serious kali ni memang mengira bilalah boleh balik. Hoho... Aku tunggu result sheet tak sampai2. Cehhhh... Sebab dah pandai baca kan. Kena tengok kat WBC je. Doktor sampai baru result sheet sampai. Aku tunggu2 dengan nervousnya berapakah bilangan WBC aku. Perghhhhhh!! 17.2. Sedih tak sedih? Specialist mintak aku direfer pada specialist sorang lagi. Katanya doktor specialist tu pakar gile. Nak tanya apa masalahnya kat aku ni. Sebab ujian infection negatif tapi kenapa boleh WBC tinggi?

Hari kelapan (Jumaat, 5Julai2013) :
Atas arahan specialist gile2 pakar tu... Ambil ujian darah lagi. Sebab dia busy tak dapat nak jumpa aku. Sedih kan? Aku ni mengharaplah dia jumpa aku dan bagitau, "Okay, awak dibenarkan balik..." Tapi hampa... Ujian darah keluar... 17.7. Hampa lagi. Adoyai... Apa masalahnya ni? Doktor2 dah konfius. Aku dah stress. Suami datang aku nangsi2 lah cakap nak balik. So doktor cakap tukar antibiotik baru. Kena cucuk tangan. Uhuk2... Takut wokay! 3 shots kata nurse. Sebab antibiotik ni kuat. Nanti Ahad ulang lagi ujian...

Hari ni (Sabtu, 6Julai2013) :
Specialist ynag gile2 pakar datang. Akhirnyaaaaa dia nak review aku. Tapi masalahnya kali ni... Tiba2 ada air mengalir pulak kat peha. Bercampur keputihan. Adoyai... Makin lama ke aku kat sini. So aku bagitau nurse and doktor akan cek bahagian bawah lah... Resultnya belum keluar tapi doktor and nurse cakap tu infection sebab keputihan dah tukar hijau. Apakaaaaaah? Macamana noleh jadi macam ni? So... Dalam keadaan ni, aku pasrah. Buat jelah apa2 asalkan anak aku selamat.






Bila aku dapat balik? Takde sorang pun boleh bagi jawapan...




P/s (i) : aku senior dalam wad ni. Jangan masuk2 nak tunjuk pailang ya! Heh! (sambil genyah hidung)

P/s (ii) : hari ni makan heaveeennn... Ada dumpling. Ada bubur jagung. Kejap lagi mak datang bawak nasi goreng kicap. Weeeehuuuu!




06072013 ~ 2.46pm
Atas katil wad ~ wad kenanga 6a-hospital kluang

Thursday, March 14, 2013

I'm 27 years old already!

hai2 you ols... lama jugak aku tak update blog kan. a little busy. bukan a little, tapi sangat2 busy. sampai rasa nak muntah kepenatannya... sampai kadang2 aku kena pergi surau guru perempuan untuk berbaring sebab belakang and pinggang sakit sangat. serius, kadang2 time2 macam ni memang sangat rasa nak nangis. 5S sangatlah tidak menyenangkan. yang susahnya adalah AJK pelaksana. admin atas tu memantau dan mengarah je pandai. tahu2 dapat duit bukan dapat kat kita punnnnnn!

so, entri dah lapuk sikit. birthday aku yang ke 27. oh maiii.... aku dah tua! denial. tapi umur is nothing. kematangan tu yang harus diukur. kadang2 umur dah berlambak, pemikiran tu cetek lagi. seperti sesetengah orang yang aku kenal. walau dah 50 lebih umurnya, pemikiran masih tidak menunjukkan usia. perlakuan yang tidak sepatutnya umur 50-an lakukan...

jadi... tak banyak nak cerita birthday kali ni. sebab tak sambut sangat pun. hehe... birthday aku adalah pada 9Mac2013 yang lepas. hari sabtu. hari jumaat aku balik JB then teringin pulak makan naan tandoori. so, keluarlah makan dengan family. dalam 11pm, parents aku ajak pergi Bazaar Karat. wah, jarang diorang mengajak ni. so kiranya pukul 12am tu, aku sambut birthday di Bazaar Karat. haha... takde beli apa2 pun. beli pistol belon untuk Alleya je sebab dia dah tido, stay dalam kereta aje.

balik rumah dah dekat pukul 2am. aku memang mengantuk sangat2 dah. tak hengat apa2 dah. sebelum tidur, husband bagi kad birthday yang dia buat sendiri. hehe...  rasa sweet sebab dah lama dia tak buat hadiah untuk aku. then tidurlah kami until 7am. bangun2 ajak mak pergi klinik. siapkan Alleya dah 1 hal. lewat aku ke klinik. ambil nombor, pergi sarap dulu then kembali ke klinik. nasib baik nombor belum lepas. hehe... inilah hadiah birthday terbaik! insyaAllah aku akan upload nanti.

balik dari klinik, mak ajak pergi Angsana. aku dah takut. hehe... takut husband marah. sebab aku cakap plan aku hujung minggu tu untuk tidur je. tapi ni jalan2 pulak. sampai terlupa masa mak aku round Angsana. pukul 2pm baru balik rumah. dan aku lanyak tidur sampai pukul 5pm. bangun2 tu kepala pusing sangat2. lapar agaknya sebab tak makan tengahari. bapak aku dah offer nak urut kepala. haha... segan tahu tak?! dah tua2 ayah nak urut2 nak manja2 dengan ayah. adoi, malu. huhu... aku cakap takpe, kejap lagi okaylah... mak aku pun goreng ayam, tumis sardin dgn nasi panas2. memang banyak aku makan. lega terus kepala. haha...

then malam lepas maghrib, ayah ajak pergi makan kat ikan bakar. entah kenapa malam tu aku rasa lain ikan bakarnya... macam manis terlebih. aiseh... selama2 aku makan tak pernah rasa lain. kali ni rasa kureng sedap. tapi alhamdulillah dapat makan dengan keluarga. suami ada, mak ayah, cikna and anak2 sedara. hehe... simple tapi best birthday dinner ever.

balik dari makan, singgah Jusco Bukit Indah nak beli barang untuk panel. sambil jalan2 sekali lah. dekat pukul 11pm baru balik rumah. sebelum tidur, suami urutkan belakang badan... wah, heavennya... seronoknya bagai di syurga. hehe... tak best 1 je malam tu. JDT kalah teruk. haha... tak kisahlah. asalkan birthday i dapat makan banyak2.







p/s (i) : okay, kena naik bilik SU peperiksaan. banyaknya kerja!

p/s (ii) : malam ni ada gempur-gempur. so get ready semua!

p/s (iii) : nak makan apa eh? semalam akhirnya dapat makan maggie ayam. nauzubillah, heavennya rasa.






14032013 ~ 11.01am
meja aku ~ bilik guru-KVK

Monday, March 4, 2013

nieces

hai2 you ols... blog aku dah jadi macam dewasa sangat dengan entri2 pasal nak mengandung. huhu... kadang2 sampai tak reti nak update pasal entri apa selain dari TTC. sebab dalam pikiran itu aje yang lebih berkuasa. kalau dulu, rajin aku update pasal what's happening, majlis2, kenduri2... makan2. now? baby. baby. baby. baby. hoho... semoga Allah permudahkan jalan aku dan suami.

okay, entri kali ni nak cerita pasal anak2 gugurl aku. dah setahun lebih nampaknya kami menjaga Alleya Adini. so she's part of the family. sekarang makin nakal. membentak. macam2 lah... sentiasa dapat apa dia nak. yelah... kemanjaan nenek and atok kann... nanti dia serak2 rumah, mak aku jerit, "Cik Minnaaaaaaaah!!" mak aku kalau marah kat seseorang perempuan, nanti dia merujuk orang tu sebagai cik minah. tak menggunakan nama dah. haha... nanti Alleya pun balas, "Cik Minah nak pergi kerja ni!" hadoi! kuat betul budak ni menjawab. haha... aku yang kadang2 tension.

gambar latest. ni diambil dekat rumah cikna. alleya memang rapat dgn suami aku. ada 1 time tu, kitorang dah lama tak balik. then as usual, gerek aku angkat barang aku masuk rumah dulu. so gerek kat belakang aku lah. aku bagi salam... alleya berlari ke pintu sambil lompat2... "Shiyunnnnnnn! Shiyunnnnn!" pergh punya seronok dia nampak aku. sekali dia nampak gerek aku kat belakang. berlari ke belakang aku.... "Shiwannnnn! Shiwannnnn!" mintak dukung. tak senonoh kan? saja tak jaga hati dan perasaan aku. haha...


ni gambar aku dating berdua dengan dia. jalan2 kat KSL. so lapar nak makan. jalan2 situ, dia nak belon atas riba dia tu. aku cakap jaga elok2 nanti meletup. sekali bila nak duduk atas kerusi tu dia tertindih lutut kat belon, terus meletup. hehe... kesian pulak. aku janji nak beli lain. tapi tak jadi beli. hehe... dia sebok nak jumpa atok pulak. so ngangkut aku bawak dia ke opis ayah aku nak lunch sama2. nangis2 nak ikut atok g kerja.


now, nak cerita pasal adik dia pulak. Natasha Helena. argh, budak yang semakin lasak. aku dah tak boleh nak dukung2 dia sangat. lately ni bolehlah sikit dia nak berdukung dgn aku. kalau hari tu, kitorang kan jarang balik, so dia tak kenal sangat. dengan bapak aku je boleh nak berdukung. jadi cikna pening takde orang boleh jaga Helena bila dia nak buat kerja selagi bapak aku tak datang. masa wedding kakak sepupu aku, dia meragaaaaaaaam je nangis2 takmo dengan orang lain. lotih eden. budak ni belum setahun lagi kitorang jaga. but she's turning 1 year old another 2 weeks! ni gambar dia 3 bulan, masa hari pertama kitorang ambil dia.


masa awal2 ambil dia, lembut je dia... suka orang agah dia. dia pun suka borak2. memang becok sungguh lah mulut dia. borak2 pun nada lembut. tapi budak ni dari kecik suka menjerit. kalau kat tingkat atas, tingkat bawah dah dengar dia dah. huhu... bawah ni gambar latest few days ago. gigi dah banyak. dah nak boleh jalan sikit2... arghhhhh! comelnya anak sedara akuuuuuu! hoho... rasa nak sepak2 je. kikiki... buang dlm tong sampah.


nobody can deny they are ours. not related with blood but they are still ours.






p/s (i) : okay, tak sabar nak balik ni... nak tengok Bayu Cinta Luna. penat berjualan tapi side income kannnn. baru boleh shopping2 sikit. hehe...

p/s (ii) : apa masalah Maybank2u sekarang ni? susah betul aku nak bayar bil2.

p/s (iii) : alamak... kepala pening pulak gara2 asam ni. masam sangat sampai menyengat kepala. haish!






04032013 ~ 4.44pm
meja aku ~ bilik guru-KVK

Wednesday, February 27, 2013

HSG X-ray

hai2 korang... hari ni takdelah mood sangat nak update blog tapi mengenangkan februari dah nak sampai ke penghujung, aku rajin2 kan diri. haha... ya, memang. aku mengejar entri bulanan. kadang2 bila bulan tu entri sikit, aku macam frust. "Kenapa aku tak rajin update ni?" ha, bulan ni pun tak banyak sangat entri tapi takpelah... at least ada kan... huhu...

okay2, kali ni aku nak bercerita pasal X-ray HSG yang aku jalani pada 17 Januari 2013. seperti yang aku dah terangkan, appointment aku yang pertama di HSA ialah pada 10 Januari 2013. kemudian dia bagi surat appointment untuk buat X-ray HSG di Jabatan X-ray. orang tu tanya2 pasal period aku. syarat buat HSG ialah, period kena betul2 kering. tak boleh ada tompok2 darah pun. so period aku bulan tu ialah pada 9 Januari 2013. dia kira2 dan bagi tarikh 17 Januari 2013. orang tu cakap, if still ada tompok2 darah, call diorang untuk buat new appointment.

satu lagi syarat penting ialah... TAK BOLEH BERSAMA SUAMI SAMPAI HARI X-RAY. tujuan dia ialah untuk memastikan rahim kosong tanpa janin. x-ray kan merbahaya untuk janin.

okay, appointment pukul 8am. pagi2 dah tercongok kat Jabatan X-ray. sekejap je nama aku dah kena panggil. masuk bilik x-ray and salin pakaian dia. tanggalkan semua, pakai jubah x-ray diorang je. then medical assistant tu suruh aku tunggu doktor. berbaring atas mesin x-ray tu. punyalah sejuk bilik tuuuuuu... nasib baik dia bagi selimut. and jujur, aku cuak sebab sebelum pergi X-ray ni, aku banyak membaca dan mostly kata sakit. even sesakit period pain sebab aku tak menghadapi masalah period pain.

ni adalah mesin yang aku guna tu lah... berbaring di papan. bentuk macam bulan sabit tu ialah kameranya. dia boleh adjust2 ke kiri ke kanan.


okay meh aku terangkan fungsi HSG. ketika HSG, doktor akan masukkan substance/cecair ke alat sulit kita. cecair ini akan mengalir ke uterus, kemudian tiub falopio. tujuannya ialah untuk melihat sama ada saluran2 ini tersumbat. mungkin disebabkan saluran2 tersumbat ini yang mengakibatkan pasangan2 sukar mendapat cahayamata. disebabkan tersumbat, maka sperma suami ataupun telur isteri tidak dapat melalui saluran ini dengan sempurna dan menghalang persenyawaan berlaku.

so, adakah sakit menjalani prosedur ini? mula2 sebelum masukkan tiub ke dalam saluran bawah aku, doktor guna spekulum (mulut itik). time ini memang sakit. uhuk2... selepas tiub berjaya dimasukkan, barulah dia keluarkan spekulum tu. baru lega sikit. then bila doktor nak masukkan cecair, dia akan bagitau akan rasa sakit sikit. bagi aku memang sakit jugaklah. tapi sakit yang boleh diterima lagi. macam period pain yang sakit. aku pernah dulu tahun 2008 period pain sekali. sampai tak boleh tido. macam tulah rasa dia. siapa2 yang menghadapi period pain, mungkin menganggap kesakitan HSG ni small matter. tapi bagi aku, memang sakit. selepas prosedur habis (lebih kurang setengah jam je), okay je aku boleh jalan seperti biasa walaupun perut still rasa sengal2. tapi petang tu, aku tak boleh bangun sekejap. sakit sangat rasa perut ni. tapi dalam pukul 7pm tu, dah reda sakitnya. tapi doktor tu dah pesan, kalau sakit sangat, makan je painkiller. dan aku bukan jenis ambil painkiller, so aku tahaaannnn jelah.

so ini contoh gambar x-ray nya. bukan aku punya. copy dari incik google.



dari pembacaan yang aku telah buat di blog2 di internet2, mostly kesakitan seperti yang aku hadapi. jadi normallah kan? and dari pembacaan jugak, terbukti 20% daripada pesakit yang menjalani HSG, akan boleh mengandung secara normal. ini kerana, substance atau cecair yang mengalir melalui saluran kita tu mungkin telah membuka halangan2 yang sedikit tersumbat dan juga mengembangkan saluran yang sempit.







p/s (i) : almost 11am. wah, lama jugak aku tulis entri kali ni. lenguh bahu.

p/s (ii) : syukur alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku. He knows what best for His servants.

p/s (iii) : agak2 adik aku seronok tak dapat jersi yang aku kirimkan? hahaha... perasan lebih aku.

p/s (iv) : kejap lagi nak balik tido. haha... cita2 tinggi ni.







27022013 ~ 10.55am
meja aku ~ bilik guru-KVK

Thursday, February 21, 2013

rawatan di Hospital Kerajaan

hai hai semua... hari ni whole day aku takde kelas. tapi ada relief pukul 3.00pm nanti. oh kenapa mata mengantuk sangat ni? mungkin semalam tidur lewat daripada rutin baru aku. huhu... rutin baru aku tidur paling lewat pukul 12.00am. ha, semalam jelah cecah 12.45am. tu yang pagi ni lepas solat subuh aku baring balik atas katil. oh ngantuk amat!

okay2, setelah beberapa entry aku bercerita pasal rawatan di klinik dan hospital swasta. entry kali ni aku nak cerita treatment yang aku buat di hospital kerajaan pulak. oh, accidentally je aku dapat treatment ni. bukan aku pergi pesakit luar and cakap nak buat rawatan untuk mengandung ke... apa ke... kisahnya begini, bulan 4 dan bulan 10 setiap tahun (jarak 6 bulan sekali), aku mesti menjalani rawatan susulan di poliklinik sultanah aminah untuk buah pinggang aku. alkisah tahun lepas genap setahun aku kahwin, aku cakap dengan doktor aku...

"Doktor, kalau problem buah pinggang ni susah ke nak mengandung?"

"Ha, you nak mengandung ke?"

"Eh, mestilah doktor..."

"Okay macam ni, I refer you pergi O&G and you pergi kaunseling semua dulu untuk tahu risiko you mengandung dengan keadaan buah pinggang you sekarang... selepas tu, baru you decide nak mengandung atau tidak..."

okay, dapat surat reference untuk ke klinik sakit puan di hospital yang sama... hmm... kalau pun berisiko, aku still nak mengandung. biarlah apa orang nak cakap pun. jadi, dapat appointment bulan 1 tahun ni. lama kan nak buat appointmentnya... tak kisahlah asalkan dapat kan...

so visit pertama adalah pada 10Jan2013. aku kagum sikit sebab prosedurnya cepat. lepas aku daftar, timbang berat segala, kejap je dah nama aku dipanggil. tapi agak penat sebab keluar masuk bilik doktor. masuk pertama ada consultation dengan doktor. muda and lembut doktornya, aku suka! dia tanya pasal sejarah kesihatan semua2 pasal buah pinggang. then aku cerita semua treatment2 aku kat hospital swasta. aku just tak bagitau 1 benda. time tu aku still ambil Metformin walaupun tanpa preskripsi doktor. mandai mandai kannn? tapi after first visit tu, memang aku terus stop ambil Metformin.

kemudian, doktor tu suruh aku berbaring, dia nak buat pemeriksaan dari bawah. aku pun tak pasti pemeriksaan apa. sebab ayat dia, "baring kejap, saya nak buat pemeriksaan sikit". aku cakap time tu aku datang bulan (bendera merah). doktor kata takpe, boleh je... then dia keluarkan 1 benda dalam plastik. aku tak nampak sebab dah berbaring. dia just suruh aku rileks and tarik nafas and dia masukkan sesuatu dalam alat sulit. Nauzubillah, sakit gile... time tu aku seriously macam nak nangis dalam kepala ingat suami je. aku genggam bantal. sakit gile. then tambah dengan bunyi "Krik krik krik..." macam bunyi skru putar. apa benda tuuuuuuu? doktor tiba2 stop and suruh aku tarik nafas and longgarkan kaki. sebab kalau kaki keras, tambah sakit nanti. ya Allah... seriously sakit. aku terpikir, nak beranak sure lagi sakit.

rupa-rupanya... dia masukkan ini.

ni dinamakan spekulum. atau bahasa kasar; mulut itik. dia masukkan ke alat sulit wanita dan bila dah masuk, mulutnya di buka. seriously... sakit. betul ni. aku tak tipu. uhuk2...

inilah cara dia buat pap smear untuk mengenalpasti sama ada kita ada masalah kesihatan di bahagian sulit atau tidak.


so aku boleh kata, dalam ketiga-tiga treatment yang aku buat, dengan kerajaan memang amat menakutkan. huhu... tak pernah aku rasa takut with treatment before this. masa aku sekolah rendah, pernah masukkan tiub dalam saluran kencing. sakit sikit tapi tidaklah menakutkan. tapi yang ni, worst. seram woi!



treatment ni salah satu inisiatif kami untuk mendapatkan zuriat. jadi aku kena tahan, kami kena kuat. dan personally, aku rasa, pasangan2 yang ingin mendapatkan zuriat tapi menghadapi kesukaran, berjumpalah dengan doktor. kalau sekadar 'berusaha', doa, tawakal... aku rasa tak mencukupi sebab 'usaha' itu tidak mencukupi. jikalau badan kita menghadapi masalah, kita takkan tahu jika tidak mendapatkan rawatan.

tapi apa-apa pun, Allah Maha Besar. Dialah pemberi rezeki dan anugerah. miracle happens when He said, Kun Faya Kun.






p/s (i) : syukur Alhamdulillah... hari2 ku semakin berbunga. moga diberkati.

p/s (ii) : abang balik this weekend. hmm... need to jaga asrama. oh sad. tapi bak kata Shahida, Allah dah beri aku peneman.

p/s (iii) : siap blogging ni, aku nak tidur kejap lah. haha... boleh tak?

p/s (iv) : evaluation sheets tak sempurna lagi aku dah blogging pulak. hoho...








21022013 ~ 9.06pm
meja aku ~ bilik guru-KVK

Tuesday, February 19, 2013

kerisauan wanita tak pernah habis

hai hai you ols... hari kedua bekerja selepas cuti panjang selama seminggu. huh! aku rasa macam tak cukup rehat. minggu ni patutnya aku boleh kata aku takmo jaga asrama. tapi disebabkan aku rasa kepenatan yang amat, aku offer jaga asrama sebab aku taknak keletihan perjalanan. bila balik JB lagilah... penat rasa. kena bahagi masa dgn keluarga mertua and keluarga sendiri. then mak ayah mesti nak jalan2 ke sini situ. so better aku berehat di Kluang ni. walaupun sorang2. sebab suami either kena pergi Jakarta hari Khamis atau meeting di Morib hari Jumaat. redha.

okay, tajuk entri aku. kerisauan wanita tak pernah habis. kenapa aku cakap begitu?

anak dara umur 20-an. mesti tertanya2 bila jodoh nak sampai. yang ada boyfriend terpikir, "aku akan kahwin dengan dia ke tak?" yang takde boyfriend, "bila aku nak jumpa jodoh ni.....?" then bila menjangkau 25, orang akan mula bertanya2... "bila nak kahwin? kang jadi anak dara tua kang...." hei, macamlah kita nak jadi anak dara tua. dah jodoh tak sampai lagi... takkan suka2 hati nak ajak lelaki kahwin.

kemudian Alhamdulillah... jodoh dah sampai. berkahwinlah si perempuan itu... 1 bulan... 2 bulan... 3 bulan... "eh? takde apa2 lagi ke? takde uwek2 lagi ke?" mulalah orang bertanya bila nak timang cahaya mata... "takde ngidam apa2 lagi ke?" ingat tak perih ke hati bila orang2 asyik bertanya. macamlah kita taknak ada anak. ei mulut masing2 ni... rasa nak sound je... "eh takde lagi? lambatnya...." woi yang ni memang sakit hati. macam orang takde iman.

okay, bila dah ada rezeki... kerisauan seorang bakal ibu tak surut lagi... lagi2 di awal kehamilan, "ada ke tidak anak dalam perut ni? kenapa takde rasa apa2?" bila dah makin membesar... "selamat atau tak anak ini..." bila dah hampir melahirkan, "selamat tak aku dan anakku ini?" semuanya kerisauan...

bila dah melahirkan... macam2 lagi dalam pikiran. cara nak didik anak. cara nak pastikan anak sentiasa sihat. nak memastikan anak2 menjadi anak soleh dan solehah. sampailah dia dewasa... nak kahwinkan anak... nak cucu... segala2 akan berputar kembali.




oleh itu... bukan saya nak menafikan kerisauan seorang lelaki atau ayah. tapi kerisauan wanita dan ibu lebih besar daripada seorang lelaki. walau apapun. si isteri amat memerlukan dorongan dan sokongan si suami. membina sebuah keluarga yang bahagia.

sangat ingin merasai nikmat kebahagiaan ini...








p/s (i) : hari2 yang sejuk. hmmm... tak boleh ke eh datang sekolah mengajar then balik rumah tido? hmmm...

p/s (ii) : yes, kelas 2 jam je. then petang boleh rehat2...

p/s (iii) : oh, saya takut nak berurut. mingu bulan depan lah saya berurut eh...







19022013 ~ 9.35am
meja aku ~ bilik guru-KVK

Thursday, January 31, 2013

keadaan tubuh badan aku

hai2 korang... aku baru lepas laminat tagging, buat minit mesyuarat and print surat panggilan meeting. so time for myself pulak. pagi ni aku tak sempat minum air panas. hoho... bila tak sempat minum or breakfast, rasa tak sempurna hari. sempat buat sarapan, tapi tak sempat masak air. haha... gara2 budak2 lewat turun dari dorm. so aku jerit kejap. diorang berlari2 turun tangga, salah seorang terpeleot kaki. haha... terkehel, terseliuh. aku gelakkan budak tu dah nangis2. jahat kannn? kisahnya aku jerit diorang lambat turun. aku bagi 10 saat. sambil aku tengah mengira tu lah yang dia berlari then terpeleceok tu... haha...

okay, peringatan. entri kali ni adalah bahan bacaan untuk dewasa sahaja.

seperti pernah aku ceritakan, aku pergi berjumpa doktor kedua. nama doktor tu Doktor Tokha di Regency Hospital. dia ni pakar sakit puan. aku memang dah tahu lama tapi tak berani pergi sebab tahu kosnya tinggi. tapi selepas membayar harga agak tinggi pada doktor pertama, makcik aku suruh aku berjumpa Dr. Tokha. ya, dia seorang lelaki. tapi... untuk berubat kan, kuatkan semangat! so time tu financially kami pun okay, kami buat keputusan untuk mencuba.

awal2 lagi masuk jumpa dia, dia tanya2 soalan2 lazim lah tentang period cycle etc... then dia suruh berbaring kat katil. dalam bilik dia lengkap semua. tv besar ada 3. 1 untuk tengok tv depan dia. lagi 1 kat bahagian depan pintu bilik dia untuk para keluarga dan suami tengok para ibu2 wanita2  di scan. 1 lagi untuk patient tengok apa yang di scan. so sambil dia scan, suami boleh tengok kat tv depan tu. dan sambil dia terangkan tu, semua orang paham lah... bukan setakat patient je paham. best kan?

okay, benda pertama dia sebut masa scan tu adalah bentuk rahim aku. dia kata rahim aku terbalik. 20% wanita dalam dunia ni mempunyai rahim jenis macam ni. so, maybe aku akan merasa sakit ketika membuat hubungan intim dengan suami. jadi, dia ajar posisi yang kurangkan sakit itu.


kemudian dia cakap, nak tengok telur dalam ovari pulak. if ada yang dah nak matang, dia akan bagi aku injection menggalakkan penetasan telur. dia cakap telur matang yang akan ovulasi bersaiz lebih kurang 12mm. then dia scan ovari aku, jumpa 1 telur bersaiz 10mm di ovari belah kiri. telur kanan kecil-kecil lagi. hari berkenaan adalah hari ke10 cycle period aku. so dah agak2 nak subur lah kan? jadi dia bagi injection Ovidrell. rupa telur lebih kurang macam ni. yang blank bulat hitam tu lah telur.



ha, gambar bawah ni pasal PCOS. polycystic ovarian sindrome. maksudnya, dalam ovari ada banyak telur. dan telur tu tak menetas. maksudnya tak mengalami ovulasi. selalunya telur yang matang akan mengalami ovulasi. dan yang tak matang akan mengecut. tapi dalam kes PCOS, telur2 ni akan menjadi CYST.


so, lepas tu dia balik supplement segala... ubat2. macam2 sikit punya banyak wooo... and untuk suami, dia bagi supplement untuk menambah bilangan sperm dalam semen. haha...  doktor cakap, disebabkan kes aku macam ni, suami memerlukan kandungan sperm yang tinggi untuk membantu aku conceive baby. macam tu lahhh cerita dia...


apa lagi eh dia cakap... yang paling utama penghidap PCOS ni, kena turunkan berat badan. haha...  hadoi, bukan senang woi... aku sedang mencuba. eh, aku mencuba ke? ah... susah2... pening pikir nak turunkan berat badan (sambil kunyah keperek ubi pedas). hoho...







p/s (i) : banyak minum air, banyaklah air kencing.

p/s (ii) : hari ni last stok barang ada... esok dah kena membeli dah. arghhh! susahnya takde kereta. roadtax ni bilalah nak setel.

p/s (iii) : meeting meeting meeting and meeting... bohsan! bohsia! bohjan!

p/s (iv) : aku tak paham dengan kakak sorang kat tempat kerja aku ni. suka melecehkan benda senang. ni dengar ura-ura nak rombak kedudukan guru2 dalam bilik guru aku ni. sakit hati takkkkk?





31012013 ~ 11.19am
meja aku ~ bilik guru 2-KVK

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com