we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life
Showing posts with label food festive. Show all posts
Showing posts with label food festive. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

Paya Rumput Seafood Village

hai2 semua... aku sebenarnya kepenatan ni. semalam travel 3 negeri in 1 night. adoyai... dahlah puasa, tapi apakan daya. ini dugaan yang keluarga kami kena hadapi. moga2 kami semakin insaf dan dapat terima segalanya dengan tangan terbuka. currently still tired and banyak benda kena uruskan. but nak lapangkan sedikit kepala, rileks sebentar. lama dah tak taip blog kannn?

okay2, entri ini. nama pun dah tahu pasal kedai makan kan? ya, memperkenalkan... kedai makan milik suami saya. share dengan kawan2 dia. syukur alhamdulillah, tercapai jugak niat suami saya nak berbisnes. nak tunggu aku? adoi, memang takde dalam darah kot bisnes ni. huhu... so, serahkan kat suami ajelah... dan setelah 7 bulan, perniagaan semakin stabil. just perlu haluskan lagi pengurusan kedai itu. weeeee....

so inilah rupa kedai gerek saya... eh, macam tak jelas pulak kan? maaf, tak pandai tangkap gambar. hehe...


kedudukan kedai ini adalah di Paya Rumput. bersebelahan Cheng jalan menghala Alor Gajah. berada betul2 di tepi jalan. landmark nya adalah bustop. dan jugak betul2 bersebelahan dengan rumah tradisional Melaka. inilah dia.


ketika cuti sekolah 2 minggu haritu, aku setia di Melaka but jaranglah ke kedai. penat tu menunggu gerek sebab lama sangat. hehe... selalu dia balik 12.00am. lama kannn? dan satu hari ni, sambil menunggu, main dam haji dengan dia. hui, lama tak main tau! dan aku suka dam haji kedai gerek ni. sebab ia di dalam frame. so, cantik dan tahan lama. nampak antik jugak.


menu favourite aku kat kedai gerek ni, kailan ikan masin. huhu... order lah apa2 pun, mesti aku nak kailan ikan masin... takde tomyam pun takpe. asalkan ada kailan. hehe... bau dia... hui, mengancam!

jadi di sini, kawan2, marilah ramai2 ke kedai gerek. hehe... kalau tak puas hati, terus belasah dia! huhu... banyak lagi nak kena improve. so kritikan membina amat di alu2 kan.





p/s (i) : nervousnyaaaaa.... ish, ish... semoga jalan dipermudahkan...

p/s (ii) : esok petang balik JB. yeay! kesian Alleya nangis pagi tadi hantar Cik Yun pergi kerja.
p/s (iii) : okay, 2 hari tanpa kereta. dah terbiasa ada kereta, tiba2 takde kereta mesti adaaaaa je tiba2 nak kena keluar guna kereta. siapa pernah rasa macam ni? huhu... masa ada kereta, duduk tersadai bawah garaj. takde kereta, ada je nak kena uruskan benda2.

p/s (iv) : minggu ni aku di JB, gerek di Melaka. ohoooiii... cepatlah habis kerja!






13062012 ~ 11.03am
meja aku ~ bilik guru-KVK

Sunday, June 5, 2011

Lunch at TGIF One Utama!

hello2 korang... maaf, aku pernah berjanji nak update selalu ketika cuti sekolah ni. tapi who know's, cuti sekolah pun aku busy. huhu... busy buat apa benda entah. benda merapu2 lah. sebabnya, kerja2 sekolah tak sentuh lagi. analisis tak siap lagi. adoyai... banyak bendalah dalam kepala ni! tapi last week aku dok berjalan je... dari pagi sampai petang. lagilah bila gerek cuti Khamis and Jumaat. lagi galak aku berjalan. haha... tapi at least bermotif lah.





okay, back to basic! aku nak story pasal makanan! yeay! tapi... ada slek sikit, sebabnya, benda ni dah lama terjadi. so aku lupa apa nama makanan2 ni... uhuk2... maafkan aku wahai kalian. takpe, next time if aku pergi, aku ambil nama dia sungguh2 ye! ni aku nak story kejadian pada 8 Mei 2011, bersamaan Hari Ahad. gaji dah masuk. so... menderulah kami ke KL. tujuan utama ke Ikea. hehe... sampai2 Ikea tepat 10am. konon2 nak makan meatball. tapi belom siap. ah, lambat sangat nak siap, after shopping2 situ, terus ke One Utama. dekat aje...


picture kami di Ikea. aku tahu perut tu macam ada isi... sumpah, serius, yang ada hanyalah isi2 sisa2 kelmarin. haha... sebab gambar ni di tangkap ketika belum breakfast pun!



okay, di One Utama, shop for perfume and handbag! yeay! dapat apa yang di ingini. suka gile, tersenyum lebar aku. gerek aku kepenatan. perut tu cover sikit yang! haha...



dah pusing punya pusing, okay! lapar teramat! nak makan Chilli's sebenarnya, tapi beratur kena tunggu 20 minit. ohoi... tak sanggup dah perut ni menanti! so pusing punya pusing, nampak TGI Friday's. terus masuk dan order. so inilah makanan kami... maaf, tiga2 lupa nama dia. yang penting tengah tu appentiser; kentang and mushroom. aku punya nasi and ayam. gerek punya kentang and ayam. and ada udang jugak. udang dia sedap wooo... huhu... tapi overall, tak puas hati. macam tak kena dengan tekak. tapi alhamdulillah, kenyang. he...



picture of the day, kasut yang aku sangat berkenan! weee... kenapa hanya ada untuk kanak2. if ada untuk dewasa, aku memang dah beli. haha... cute, cantik! aku mahu! Emilio Valentino, please design these kinds of shoes for adult pleaseeeeeeeeee!











p/s (i) : macam sedih pulak rasa gerek nak balik Melaka... macam tak bagi dia balik. hmmm...


p/s (ii) : perut ni berbunyi2 dari tadi. dah kenyang awat bunyi2 lagi ni... tengok gambar2 ni kot. haha...


p/s (iii) : genap seminggu je lagi, aku akan kembali ke Kluang... adoi... malasnya... adoi... nak bercuti... adoi...


p/s (iv) : semakin excited dan semakin gerun.









05062011 ~ 4.27pm

rumah IE ~ bilik aku

Saturday, April 23, 2011

Nasi Arab Damsyik =)

hai2 korang... pada ketika ini, aku ditinggalkan keseorangan di rumah. semalam konon2 nak tidur rumah member, tapi ada desakan tugas sebab warden, terpaksa aku lupakan dan tidur bertemankan Qibby. thank you Qibby kerana sudi menemaniku setiap malam. korang kenal Qibby tak? huhu... susah ni nak kenalkan kembali Qibby pada new readers. nanti aku cek ada tak gambar Qibby. ha! ada! copy dari earlier post tahun 2009. huhu... jadi, inilah Qibby. hadiah dari gerek. gebu2 shomel2 sedap peluk setiap malam. yang kecik tu Qibbu. haha... hadiah dari roomate. dia kata adik kecik Qibby. i loike!







okay, entry kali ni aku nak cerita makanan yang telah aku idamkan setelah sekian lama sebab adik aku asyik sebuuuutttt aje. ahad lepas (17 April 2011), aku plan nak pergi jenguk adik aku. kebetulan makayah aku balik kampung. so sekali lah dengan diorang. aku sampai awal sikit bersama gerek. so fetch adik aku dulu pergi beli kasut futsal dia. fuh, berpeluh kan tengok harga kasut dia... haha... nasib baik yang dia pilih ni takdelah mahal sangat. oh sorry lupa nak tangkap gambar kasut yang dibeli. ni ketika sesi memilih. sangat susah ya. sebab dia payah nak berkenan. dan bila berkenan, takde size pulak. hadoi! kaki size 10. susah tuuuuu....



kemudian, straight ke Nasi Arab Damsyik... kedudukannya? adoi... susah aku nak terangkan. yang pasti dia dari tol Senawang. akan lalu Kastam, taman Rashidah Utama, taman Ros, taman NZ. menghala ke persimpangan Seremban-Pilah. hoho... maaf ya. korang google lah if nak pergi ek. ini view dari luar. tempat duduk atas lantai ek. ada jugak belah luar. tapi nak feel arab gitu! haha... nice!



daaannn... ini makan untuk 3 orang. kitorang makan berlima. ada nasi tambah lagi. hui... heaven. kambing dan ayam. ayam dia bakar dalam perigi. alamak... gambar perigi pada gerek. nantilah if aku update pasal benda ni lagi aku upload pic tu ek. sorry banget kalian! tapi serius amat best okay! sedap gile!



dan ini kami berempat... muka boy memang begitu. tension agaknya. haha... eh, sebut2 ni baru teringat mak nak pergi Singapore. nak call dia jap. (penulisan tergendala sebentar).



kemudian... lepas makan, straight hantar boy sebab kitorang nak singgah melaka pulak. sebab abang buat sales di MITC. nak masuk2 MITC tu nampak pulak kereta ni parking dekan pintu masuk MITC tu. hahaa... uzur sungguh. macam nak upload je di mudah.com.my. KERETA UNTUK DIJUAL. haha...




arrived safely to SMVK around 10.30pm. terus kena buat spotcheck budak2 hostel. hadoi... keletihan oi... aku memang tak larat gile. edot masih lagi bersemangat. mungkin kerana dia tidur ye sepanjang perjalanan. hahaa... so kerja aku malam kejadian ialah main suluh2. hoho... penat okay!










p/s (i) : penat aje aku rushing2. rupanya budak2 debat balik kampung. kuasam! bagitaulah aku sepatah dua. yeye je aku ni nak tengok diorang praktis. hish!


p/s (ii) : letih sangat2 tapii... kenapa mata ni takmo tidur. dan... ingatkan ditinggalkan sampai hari ni sahaja. rupanya sampai esok. hmmm... terpaksalah...


p/s (iii) : next week pergi KAT. then budak2 bola datang. hmmm... macamane aku nak susun jadual ni...










23042011 ~ 11.27am

rumah aku ~ depan tv-kediaman warden SMVK

Friday, March 25, 2011

Ali Cafe di Bukit Indah

hai2 korang... miss me? aku sebenarnya nak update dah beberapa lama dah. tapi busy semacam first week after holiday ni. hmm... konon macam takde masa. tapi this week aku agak keletihan. i also don't know why. petang mesti kena tidur. okay, semalam dan hari ni berjaya tak tidur! yeay! oh, aku kerinduan sekarang ni. gerek ke Bandung... sunyi sepi aku sendiri. bosan handphone senyap je... notification FB je masuk. ish! gerek ada jugak msg guna no indon. tapi aku takut sikit kang bil aku tinggi. haha... bila pakai bil ni syok je membalas tak hengat duit jalan kann... i miss you sayang. nasib baik shida dari ganu dah balik dari induksi. kikiki... meriah sikit aku rasa. if not, berdua je dengan edot. sedih je rasa tinggal berdua. haha...


okay2, as stated at the title, hari ni aku nak update pasal kedai makan Ali Cafe. yes, Ali Cafe power root tu... betul, betul... cafe ni memang minuman dia semua produk power root tu. nice place. i like... as i mentioned in previous entry, gerek ada nak bawak aku ke 1 cafe di bukit indah kan? so this is the place. situated opposite Tesco, Bukit Indah. sederetan dengan Pariss Hotel. carilah, senang aje terus jumpa. dekat dengan traffic light simpang empat depan Tesco tu...


okay, pada hari kejadian, kami order 2 jenis makanan. ni makanan gerek. okay memang tak boleh masuk tekak aku. Satay Burger. aku dah lah tak suka satay. tak suka kuah kacang. tapi aku suka roti dia. nice2!


aku punya pulak set Ali Bento Rice. rasanya nama dia. aku pun dah lupa. kiranya dalam satu dulang ni ada nasi goreng yang kena gile dengan tekak aku. ayam goreng crispy. salad coleslow dan sup miso. sup tu... hmmm... i kureng... rasanya pelik. maybe yang minat makanan2 jepun suka kot...


air lupa pulak nak tangkap gambar. aku order biasa je. ribena lemon. gerek aku punya pelik sikit. tiger tarek. air teh dengan cincau ribena. pelik tapi benar. teh dia memang ummpphh!! serius. tapi bila kena pulak dengan ribena tu, macam pelik weird gile rasa. try jelah order teh sahaja. sedaaappp! orang tu suggest aku air yang ada tongkat ali. ish! takmolah i. ada kang gerek tak balik melaka. hahahaha... mengong2.

ini scenery di dalam cafe ni. best kan. nampak exclusive macam starbucks pulak kan? tapi kan... aku suggest, if diorang buat kuih2, or pai2, or kek2 then letak macam dalam rak kaca macam starbuck, coffee bean or secret recipe tu, mesti kaunter diorang nampak lagi best!


okay, picture of the day. gerek saya nak jadi goalie. shomel2 ini nate bulat! hahaha.... memang goal takkan boleh di bolos. haha...







p/s (i) : gerek baru call. weee... i miss you sayang. nak jadi batman kah? i loike... main sorok2 yok.

p/s (ii) : cik shida, u dah tak glemer okay. sekarang mat luthfi lebih glamer dari u... i loike! shomel gile dia sembur2 air. sumanya lah i suka!

p/s (iii) : esok daki gunung berlumut. aiseh lah... macamane lah keadaan aku esok ek. uhuk2... ya Allah, berilah hamba-Mu ini kekuatan. he...

p/s (iv) : first time nak balik JB from Kluang naik bas. oja nak bertunang. aku mesti balik! sori jah. i balik lambat... =(







25032011 ~ 8.10pm
rumah aku ~ depan tv-kediaman warden SMVK

Friday, March 18, 2011

Chicken Chop Hutan Bandar

hai2 you all... hari ini hari jumaat. esok sabtu. then ahad sudah kembali ke Kluang. kemudian Isnin sudah start mengajar. ohoi... kenapa bila cuti, cepat aje masa berlalu. tapi bila bekerja lambat gile? hmm... kena kaji ni. huhu... saya baru lepas masak. then sambil2 menunggu msg cik Hafiza, apa lagi... marilah update blog. niat tu dah lama ada nak update tapi asyik macam malas je. huhu... sorry blog sayang. i sayang you tau!


okay, back to basic. ohoi... i miss my blog. i miss my entry about food. no chance to update about food becauseee... i tak keluar makan new places dah. uhuk2... sedih kan? lately ni ajelah berpeluang. huhu... rindu2 nak story mori about makanan that i love soooo much! so... entry kali ni adalah tentang restoran western yang aku dah dengar lama tapi tak pergi2. huhu... ni baru berpeluang pergi tapi... kedai ni dah bukak branch baru di TNB lama (hui... daripada 1 branch dan kini dah 2 branch... aku baru nak pergi... hahaha). so... menujulah kami ke branch baru di TNB lama kat Jalan Yahya Awal. jalan on the way to convent tuu...

okay, sebenarnya niat nak membelanja family. so bagitau gerek. dia baru je makan tempat ni. so dia proposed lah suruh aku belanja family kat tempat ni. western food kan. family aku memang suka western food. so, lepas maghrib kitorang terus gerak. singgah angsana kejap, Boy nak ambil seluar yang dia alter. kami sampai2, hui... ramai orang but thank God ada tempat kosong lagi... tak sampai 15 min selepas kitorang sampai, the place is packed. sampai ada beberapa customer yang dah masuk but patah balik. serius penuh and takde tempat. makanan kami : ayah and Boy order Grilled Lamb Chop. aku and emak order Grilled Chicken Chop.


participants di hari kejadian :


ayah yang khusyuk nak makan. tak sabar2 lah tu... sampai aku take picture pun tak toleh2 dah. haha...


emak yang excited nak bergambar. ni shot yang ke berapa entah. sebabnya... shot2 before ni asyik problem je. FYI : mak aku memang tak fotogenik. mesti ada je yang spoil. dia pandang lain lah... tangan dia bergerak lah. macam2. haha...


Amir yang tak sabar2 nak memotong kambingnya tapi aku suruh stop untuk ambil gambar. hahaha...

okay, overall about this restaurant... orang ramai warning servis dia slow and very poor. tapi rezeki kitorang agaknya, takdelah lama sangat menunggu. tapi servis dia kureng lah. sebabnya, menu ada dalam beberapa copy aje. dah tahu customer ramai, buatlah menu puluh2 ratus. dah kena tunggu orang lain guna, then our turn, then other customers' turn. tak efisien langsung ya. kemudian pasal makanan dia... hmm... cheap and nice. just okay. worth the penny lah. our food are cold. sos dia je yang panas. aku pergi jenguk dapur. baru tahu... kiranya dia dah buat ayam banyak2, steak banyak2. so dia dah ready2 letak2 atas pinggan. ada order baru curah sos and then serve. for me, chicken chop is tak berapa panas okaylah, tolerable. but steak and lamb, memang out. benda2 tu kan sometimes ada lemak2 dia kan? if sejuk, mahu rasa berkerak lemak kat bibir. tak syok okay!







p/s (i) : gerek kata nak bawak makan kat Bukit Indah, new cafe there. weee... rasa tak sabar pulak. nak makan Baeekkk Punya!

p/s (ii) : mane cik hapisang tak msg2 ni... nak lepak meranti. ish, macam syok pulak. kalau petang ni, aku ajak makan Sabina. tomyam... nasi goreng... adoi sedapnya...

p/s (iii) : kerja permentoran tak buat hape2 lagi ni... adeh... bila lah nak rajin ni...











18032011 ~ 2.22pm
rumah aku ~ bilik aku-Impian Heights

Thursday, March 10, 2011

George and Dragons Restaurant

hai2 you all... aku penat sangat. tapi kepala agak tension. patutnya berehat lah kan? tapi entah... macam tak boleh nak tidur. so... aku masak maggie, tengok tv dan sebagainya... dalam kepala... macam nak ke Melaka. uhuk2... pergi Melaka apa yang best ek? gerek lah yang paling best. but then... macam pusing2 pulak kang... hmm... tengah mencongak2 ni... adoyai...

okay, mood happy balik. nak update pasal makan2 hari ahad lepas. yang hari pergi jumpa baby bersama2 Baizura. huhu... after pergi jenguk baby, pergi round2 Pontian. isi perut di Pontian and kami menghala ke JB. haha... last2 ke JB jugak kitorang ni... aku nak ke Bukit Indah. sekali ada derma darah. weee... seronok gile. lepas shopping dan derma darah, kami meghala ke George and Dragons Restaurant di Taman Tasek. nervous woo masa mula2 nak masuk.
okay, kami pun order best sellers diorang. gerek order Sirloin Steak Black Pepper Sauce. aku pulak Chicken Chop with Black Pepper Sauce. hmm... bagi aku, 2, 2 kurang mengancam. harga mereka, hamboi... tak sesuai dengan rasa. hoho... if mahal and sedap, baru puas hati.

aku order chicken wing dia... boleh tahan lah sedap. ni yang terasa nak beli drummet Ayamas ni. huhu... makan sampai pengsan. kecurnya terasa.

tapi... environment dia best. romantik... unik. meja dia, dia guna mesin jahit Singer. kikiki... so kat kaki anda tu, bolehlah hanyun2 macam sedang menjahit. hehe...

dan ada armour. wee... kagum sebentar. tu bendera negeri apa tu ek?

yayang saya sedang memikirkan apa tu ek? thank you sayang for the great day. i love you so much! lama tak sambut birthday. kikiki... kenapa birthday setahun sekali je ek?









p/s (i) : kepala still pusing2 memikirkan plan esok... macamane ni ek... adoyai...
p/s (ii) : lesson plan tak buat lagi. kena buat report mingguan. program permentoran pun tak buat lagi. hadoi yanna... apa nak jadi dengan kau ni... awat pemalas sangat ni...
p/s (iii) : kepala tiba2 tension balik... kenapa kat sini takde SB?








10032011 ~ 5.13pm
rumah aku ~ kediaman warden-SMVK

Monday, February 21, 2011

bachelorette day for kak Hazwani!

hello2 korang... thank you, thank you kerana merindui penulisan aku. wakaka... hehe... i have been very busy. actually takdelah busy sangat tapi memandangkan aku sekolah teknik, so sekolah aku ni balik lambat sikit dari sekolah2 lain. then petang ada jeee aktiviti. so memang masa aku pack lah. if takde aktiviti petang, biasalah, aku akan pergi berenang. dah jadi rutin pulak sekarang ni. bertemankan roomate ku. hehe... berenang di atas katil. hehe...

okay2, banyak betul aku nak update sebenarnya. tapi ikut turutan lah ek. hehe... ikut hati nak update pasal aku pergi jalan2 bersama gerek dan gerek2. tapi belum dapat gambar2 yang best dan kelakar. hehe... tunggu dari awek am ye. so... hari ni, nak cerita majlis bachelorette yang kami adakan sempena kak wani yang akan mendirikan rumah tangga. (ketika itu... kerana dia telah mendirikan rumah tangga semalam... ohoi... lama sungguh aku tak update blog)

pada 12feb2011 lepas, aku kan balik rumah. so berjanji dengan kak hanim, kak wani and aisha untuk berdating. huhu... ingatkan kak hanim belanja. baru nak ambil tutti fruitti dengan tamak halobanya. hehe... tapi claim dia tak masuk lagi. so... kami membelanja diri sendiri. (untuk puan afzah, if anda membaca. claim dah masuk kan? siap anda. hehe...)

okay clockwise... pukul 12pm puan afzah punya. kemudian kak wani punya. aku punya dan aisha punya. fyi : kak wani punya paling mahal ye. aku terbeliak biji mata tengok harga. haha... ala2 starbucks pulak. tapi lagiii mahal. huhu... tengok gambar ni macam kecur pulak macam nak berlari balik JB untuk makan tutti fruitti. hehe... and seperti SB jugak, sila beri Jcard anda. boleh dapat 10% off. he...


okay, peserta2 pada ketika itu. aku takmolah masuk gambar. aku montel seh. maluu... huhu... bestnya masuk tutti fruitti ni. jakun pun ada jugak. siap tekan yogurt kena tangan aisha. wee... lawak2. dah tu, kitorang duduk kat situ amatlah lama. daripada kedai kosong, until ramai, kemudian kosong balik, kemudian ramai balik. mesti pekerja2 situ boring tunggu kitorang blah. hehe...


picture of the day. anak buah kesayanganku. amat gembira memakai shawl aku. hehe... dah macam baby girl pulak. wee.... anak jantan okay. aqiel ilham kesayanganku.







p/s (i) : entri akan datang nanti aku update pasal aku escort budak2 pentaque sekolah aku ek. huii... muka aku... belang abes. homigot! bilalah aku nak putih ni...

p/s (ii) : sejak duduk Kluang ni, perut aku selalu tak sihat. mengapa sayang? macam2 cara dah aku buat oiii... tolonglah baik. makan pun kurang selera. aiseh...

p/s (iii) : ish... tak sabar nak balik JB. haha... terasa macam duduk asrama asyik tak sabarrr je nak balik rumah.









21022011 ~ 9.43pm
rumah aku ~ kediaman warden-SMV Kluang

Monday, January 31, 2011

bubur jagung~

hai2 korang... hari ni hari isnin. genap seminggu dari hari ni, aku akan melapor diri. okay, sedang menunggu panggilan atau surat dari pihak berkenaan. sama ada KPM or BPTV. aiseh lah... kenapalah dapat BPTV. i will miss Tasek. forever in my heart. kanak2 tu dah msg2 cakap terkezut aku sampai ke Pahang. kakak2 di sana pun dah msg2... uhuk2... apakan daya, rezeki bukan di Tasek. okay, masih terkilan dan mengharapkan miracle. walaupun tak mungkin. hmm... berusaha yanna!

okay, hari ni nak story pulak pasal resepi membuat bubur jagung. as usual... bukan aku yang buat. chef mokna yang buat. aku konon2 nak tolong dengan parut jagung tu. aku buat separuh jalan. bila cikna take over, aku pun angkat bontot. haha... cikna buat sekejap je. aku parut 2 batang tu macam setengah jam okay. kakakaaa... okay, bahan2 yang diperlukan :

  1. jagung (lebih banyak lagi best... aku beli 10 batang. kat pasar malam rm6 je. tapi pendek2 lah)
  2. santan sebiji setengah
  3. daun pandan 2 helai
  4. sagu semangkuk penuh (if suka banyak, taruk banyak... tapi dia jadi manis sikit lah)
  5. gula 2 senduk
okay, langkah pertama ialah memarut jagung. aku tak tahu istilah sebetulnya tapi nenek aku sebut parut. caranya ialah guna pisau potong isi dia. jangan tebal sangat. cikna kata cukup 2 kali potong 1 tempat tu. biar isi jagung tu kita boleh gigit2. sedap!


kemudian, masukkan semua dalam periuk dan letak di atas dapur. api jangan kuat sangat. tambah air sikit. cara ni nak biar jagung tu masak. kemudian masukkan daun pandan. ni untuk menaikkan bau dan selera. he...


dah agak2 macam dah masak and dah mendidih, masukkan santan tadi... kesemuanya sekali. gaul2 biar didih dan masukkan sagu. masak hingga sagu tu kembang.


nilah rupa sagu yang anda perlu beli untuk memasaknya... putih macam ni je... bila dia kembang jadi kaler lutsinar.


after masuk sagu tu, masukkan gula. kemudian rasa. if manis, tambahkan sikit air. jangan masak lama sangat sebab nanti takut pecah minyak. so, after masuk sagu, cepat2 masuk gula dan rasa. kemudian, tutup api! pecah minyak dah tak sedap dah. he...




selamat mencuba dan menikmati. aku pun nak turun ni, nak makan bubur jagung yang lebih dari semalam tu. okay, yang lebih simpan dalam peti sejuk okay. bubur ni sedap di makan panas2 or sejuk2. kecur pulak tiba2. aku suka kembang2 yang sagu banyak.







p/s (i) : adoi, kesabaran yang tinggi. puas dah aku! tak sabar nak kerja!

p/s (ii) : dapat sekolah apa yaaa... mintak2 dekat2. hmm... mane orang ni tak call2 aku lagi nii... kang balik kampung mana ada line. ish!

p/s (iii) : esok, balik kampung. rabu ke seremban amik Boy then straight balik JB. khamis, dating bersama yayang tersayang montel2 tuuu...

p/s (iv) : untuk puan pamila... semoga u dapat pasir gudang ya!







31012011 ~ 3.35pm
rumah aku ~ bilik aku

Tuesday, January 18, 2011

resepi : prawn carbonara

hai2 korang... jadual aku semalam agak lari sebab berita mengejut. atok jiran aku meninggal dunia. innalillah... agak terkejut sebab few days ago aku nampak atok tu duduk depan rumah. dalam hati aku, "dah tua atok ni... panjang umur dia..." then semalam, aku, mak and ayah keluar ke kedai depan nak beli air sukida. around 8.20pm lah. then terus balik rumah. sampai rumah dalam 8.45pm lah. tiba2 nampak budak yang aku ajar tuisyen lari2 kat kitorang, "Kak, atok kite baru meninggal". sentap aku. baru meninggal dalam 15 minit. so ayah and mak rushing2 uruskan hal. ayah pergi report polis, mak g inform orang2 taman. aku ikut mak, sejam jugak nak inform semua Islam di taman. syukur semua berjalan lancar. kitorang balik rumah dalam 1am. ngantuk gile aku.

okay2, hari ni aku sebenarnya nak story pasal resepi prawn carbonara masakan cikna. wuhuuu! haha... aku sebenarnya nak update dah lama. tapi tak transfer2 pictures. tu yang tak update2. lagipun, ni gambar2 cikna masak a day before aku bertunang. haha... it's been a month! mari sama2 belajar buat prawn carbonara. boleh tambah sotong tapi favourite kitorang prawn sahaja. hehe...

bahan2 yang diperlukan :

  1. 1 pek San Remo pasta. jenis Small shells
  2. 1 kg udang segar
  3. 2 pek cendawan shiitake (boleh beli kat giant) - di hiris
  4. 1 kotak besar whipping cream (beli kat giant)
  5. 1 tin Prego. jenis carbonara. tin kaler biru ya!
  6. 2 biji telur
  7. rempah McCormick jenis Mix Herbs (boleh beli kat giant jugak. yang botol hijau)
  8. 2 biji bawang besar (di hiris halus)
ok... langkat pertama ialah mencelur pasta tadi. dia ambil masa untuk kembang dan sejat sesejat sejatnya... jadi buat benda tu dulu ya. at the same time, kopek kulit udang 1 kg tu. portion dia adalah, 1 pek pasta menggunakan 1 kg udang. 2 pek, 2 kg lah ye. udang2 yang dikopek tu jangan buang! rebuskan kulit2 sekali dengan kepala udang tu untuk dapatkan air udang. lama sikit sampai air dia jadi kaler oren gelap sikit. okay, inilah rupa pasta small shells tu. ada big shells, tapi very mouthful lah bila nak makan kan? hehe...


okay, ini gambar shiitake yang telah di hiris, udang yang sudah di kopek, air udang dan jugak box of whipping cream.


okay, kemudian... panaskan minyak dan tumis bawang besar yang telah di hiris tadi. agak2 dah layur sikit, masukkan udang tadi. kesemuanya... dah merah2 sikit, masukkan shiitake yang telah dihiris.


biar selama beberapa minit... then masukkan whipping cream. masukkan ikut selera kita. macam aku, aku suka pasta ni berkuah, jadi taruklah banyak sikit.


kemudian, masukkan mix herbs. secukup rasa. siapa suka rasa herbs, letaklah lebih. hehe...


after that... masukkan Prego Carbonara. the whole tin okay.


kemudian, masukkan pasta yang di sejat tadi... gaul2 biar sebati. and pecahkan 2 biji telur. gaul2 lagi, kacau2 sebati... masukkan garam secukup rasa. dan lada sulah. rasa sikit biar cukup segala rasa. aku biasanya rasa sampai bermangkuk2. hehe...


jadi... siaplah carbonara kita ye. hehe... okay, ini secara teori. praktikalnya... aku tak pernah cuba sendiri. kikiki... selalu aku tolong kacau je untuk cikna. itu pun sekejap2 je. cikna tak bagi aku kacau2. haha... okay readers, yang dari first step tu, dah masukkan bahan2, jangan lupa kacau2 pulak. kang hangit kat bawah. hehe...






p/s (i) : sambil menaip sambil msg cikna mintak resepi dan bahan2 sekali. haha...

p/s (ii) : tiba2 nak makan pizza domino's lah... ish, nak chicken deli from Pizza Hut. hari ni nak lunch apa? hadoi!! tak reti masak dan malas masak... tolong!!

p/s (iii) : malam ni tuisyen... hmm.... hmm.... boleh ke aku nak buat budak pandai ni... hmmm... i try my very the best!

p/s (iv) : it's been a month since we engaged! wee... thank you sayang. Tiffany & co ya! haha...








18012011 ~ 1.37pm
rumah aku ~ depan tv

Wednesday, December 29, 2010

cakes from yummyummylicious return~

hello2 you all... aku actually sedang menunggu cik bey balik dari singapura seh... belum sampai2 lagi ni. dah mengantuk actually. nasib baik lah ada Puan Afzah. boleh bergosip2. hehe... sambil2 tu upload pictures pertukaran status. aku malas nak resize. so takes time lah untuk upload ni. huhu... sabar... tak sangka aku ni penyabar jugak orangnya kan. haha... pictures? nanti aku buat entry pasal tu ek. aku akan kotakan janjiku. sabar ye. ni baru dapat pictures from Encik Firdaus. not up to my expectation. but after hearing his explanation, aku okay. thank you Daus for your effort mencari gambar2 aku yang cun. aku tahu susah. haha... aku tahu aku tak fotogenik. tu yang Daus pening tu. haha... sorry ya!

okay, kali ni aku nak update pasal kek yang aku order dari Maziah; si pembuat cupcakes. tidak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru untuk Maziah dan Ib. semoga kekal hingga anak, cucu dan seumur hidup! dan... aku amat berterima kasih kepada Maziah sebab sudi mengambil order aku eventhough masih dalam mode pengantin. yelah, dia nikah 11dec. and majlis sebelah lelaki pada 19dec. majlis aku 18dec. gigih dia buatkan kek untuk aku dan gerek. 2 biji okay. not 1. tapi dia letak syarat kena kek. cupcakes dia tak boleh sebab leceh nak kena deco banyak pulak. if kek, sekali deco terus siap. haha... thank you Maziah!

okay, untuk kek gerek. kek gerek bagi aku. dia request macam biasa je. kek yang Maziah biasa buat. roses kat tengah buat tone purple. kiranya ada darker and lighter tone of purple. and nak taruk nama kitorang je. patutnya aku request nama aku "Nurul Eliyana" kan. haha... suka font dia. and suka Maziah letak biji2 silver tu. nampak macam kek mahal. hehe...


untuk kek yang aku order pulak. simple je aku mintak. hehe... tapi cost tinggi ye. kerana menggunakan chocolate yang mahal dan banyak ye... nasib baik gerek and ayah aku ke Langkawi. so... murahlah sikit. untuk penduduk JB, anda boleh menarik nafas lega. tak perlu ke Langkawi. di The Zon milik Datuk K tu, harganya sama macam Langkawi. serius tak tipu. rm24.90 untuk 30 biji. jadinya... aku request tak nak tulis nama. aku nak ada perkataan 'ae' je. but Maziah tak ada acuan buat huruf kecil yang besar. so, gunalah 'AE'. haha... and cikna mintak di grit kan white chocolate. wee.... teruja aku tengok kedua2 kek ni. love them! plus... Maziah buat bunga kecik2 kat area tepi kek tu. ni siapa take picture ni. tak nampak bunga2 tu. i like sebab nampak macam Daisy. i kan crazy about Daisy! weee....




jika anda berminat kek2 seperti ini, bolehlah ke www.yummyummylicious.blogspot.com. untuk pertunangan, perkahwinan, hari jadi. serba serbi dia boleh ye. just order aku ni dia tak boleh terima cupcakes sebab dia kan baru kahwin... then busy uruskan majlis belah lelaki pulak kan. so, dia nak buat ni pun aku dah syukur. if not... Secret Recipe jelah jawabnya. haha...








p/s (i) : okay, takde guna buat font kaler2 sebab laptop adik aku ni nanti kang tiba2 back to white font. entah apa masalah. haha...

p/s (ii) : cikbey dah balik tapi out again hantar kawan dia. adoi... badan dah lenguh2. ngantuk!

p/s (iii) : nak kena buat apa ek esok... do laundry... esok rabu ek? aiseh... i hate this week. sebab Boy balik kolej sudah. uhuk2... taknak ditinggalkan keseorangan di rumah. dengan tokyam... boringnya... mane TV! astro!!

p/s (iv) : minggu ni ke KL. ikea you all!! meatballs yok!








29122012 ~ 1.23am
rumah aku ~ ruang tamu

Thursday, December 9, 2010

Puteri Harbour Coxn's Cafe

wah... hari ini dalam sejarah. aku memandu Wish tanpa supervision mak ayah. and diorang tak tahu pun aku drive. haha... ala... aku and Boy lapar. kitorang pun takmo lah makan kat kedai depan tu. dekat sangat. haha... so... memandulah aku ke bandar. nervous jugak woo... tapi alhamdulillah... selamat sampai without a scratch. menu hari ni... nasi daun pisang Kerala. hoho... lama tak makan. but aku rasa kali ni agak kureng... don't know what. yang penting tak sesedap yang aku ingat.

okay2, kali ni aku nak cerita pasal gerek nak buat surprise bawak aku dinner somewhere yang dia sendiri tak pernah pergi. he... so, ahad lepas, 5Dec2010, gerek fetch aku kat rumah then menderulah kami ke arah Perling. aku tanya nak makan kat mane, dia jawab, "Adalah... rahsia..." he... nervous jugak lalu tempat2 gelap. then pusing punya pusing... gerek tak jumpa tempatnya... last resort, call kawan dia... hehe... kantoi di situ ye. dan tibalah kami ke Puteri Harbour Coxn's Bistro. peh... seronok gile aku. excited. pemandangan situ pun cun. tiba2 gerek ni romantik. kikiki...

okay, the entrance... gerek kata, suka bau tempat tu. aku pikir dia refer perfume aku. oh, malu2. haha...


bestnya tempat tu... ada live singer. and dia nyanyi memang lagu2 yang aku suka. ada lagu2 yang aku tak tahu but bila dia nyanyi rentak perlahan, aku suka gile. romantik sungguh. wah... time tu tambah2 sayang kat gerek. hehe... sorry, tak dapat tangkap gambar makanan sebab kitorang ambil seat yang takde lampu. hehe... romantik kan.


kami di tepi harbour... oh syok2. hehe... cayang gerek montel2 ni ha!


okay, overall, i love the cafe. untuk jiwang2, romantik bolehlah. tapi if nak makan sungguh2, this is not the place. mahal and makanan dia agak kureng. aku order fish fillet with lemon sauce. gerek order lamb chop with black pepper sauce. best makan sambil mendengar lagu2 slow. sorry tak dapat nak upload gambar sebab keadaan amatlah gelap. tapi ni aku upload 2 gambar ajelah... gambar ni gambar port tu. macam duduk tepi laut padahal bukan laut.


yang ni pulak, entrance Puteri Harbour from the port. cun kan? suka2...









p/s (i) : tak retinya nak mengemas tanpa arahan mak. haha... yang aku reti, basuh gelas2 yang mak suruh tu. banyak gile sampai kecut jari.

p/s (ii) : nak ajak mak pergi Jcard lah malam ni. nak beli apa eh... huhu... konon macam banyak duit. hmm... yeay! moga2 mak cakap tu betul. KGSK pun dapat insentif.

p/s (iii) : minggu ni gerek tak balik... oh hai... kena tunggu cuti sekolah. aiseh...







09122010 ~ 5.01pm
rumah aku ~ kampung kastam-depan tv

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com