

~all mentioned and said are totally from writer's view~


hello2... dah pukul 10pm lebih seh... weekend yang amat memenatkan. seriously memang takde rehat. dengan semalam sekolah, then straight away photoshoot kat studio. then beraya. then tak sempat buang air, adik aku dah ajak pergi tengok wayang. haha... and hari ni? the whole day di UTM. photoshoot. capek donk! tapi... puas hati! Encik Daus did a very gooooooddddd job! thank you bebeh. khidmat anda akan diperlukan lagi. hehe...
okay, kali ni aku nak komen pasal movie aku tengok semalam dengan adik aku. DEVIL. hui... tengok preview macam seram kan. plus adik aku kata best gile. so, petang semalam, gigihlah kami ke Jusco Tebrau. wayang start pukul 7.20pm. so ada about sejam untuk jalan2. aku heret adik aku masuk beberapa kedai survey barang2. adoyai... mahal tak larat. time2 ni lah nak nyanyi, "Duit, duit... Di mana kau, Duit..." tak apa, bila ada kemahuan, di situ ada jalan. aku tukar sikit. di mana ada kemahuan, di mana2 ada jalan. kena usaha cari aje. yes! positif bebeh yanna!
back to the point ya. digression pulak aku ni hari ni. okay, cerita ni seram. tapi tahap keseraman dia tu... okay2 aje. if dari 5, aku bagi 2 and half. lagi satu, ada 1 tempat aje iaitu dalam lif tu. so, everything jadi dalam lif. memang ada scene luar2 kat bangunan etc, but tulah... kejadian pembunuhan kat dalam lif aje. so, keseraman pun kurang sikit. and, masa pembunuhan terjadi tu, gelap. lampu padam. so kita tak nampak kejadiannya. tahu2, "Eh, mati dah dia ni?" okay, cerita berkisar pasal 5 orang stuck dalam lif. tak tahu punca lif tu stuck. then 1 by 1 mati secara misteri. lampu padam, seorang mati. guard yang menjaga cakap, syaitan punya angkara. but sebagai polis, takkan nak percaya kan? but akhirnya memang sangat2 misteri and polis tu slow2 percaya. salah seorang dari 5 orang tu adalah devil yang menyerupai manusia. dia memang sengaja pilih 4 orang ni. sebab diorang ni boleh dikategorikan sebagai orang jahat. perompak, pencuri, penipu, and salah seorang terlibat dengan langgar lari. jadi kiranya, devil tu nak bunuh 1 by 1 sebagai hukuman cash di dunia lah. tak payah tunggu neraka. hoho...
okay, after tengok wayang, adik aku sebok nak makan Nando's. aku pun baru first time nak makan ni. so, macam debar2 nak order. haha... last2 aku order 1/4 chicken + 2 sidelines. aku ambil nasi dengan chips. hmm... Kenny Roger's better kot. tapi bestnya Nando's sebab kita boleh pilih kepedasan. sedap jugak. soup dia besarr.... nasib ambil 1 je. hehe...
makanan aku : tak ingat lah nama sidelines dia.
makanan adik aku :
and Nando's ada sos yang dijual dengan harga rm8.90. ada 4 perasa. atau boleh di katakan level kepedasan. ada pedas, mild, extra pedas, garlic. unik jugak ye... brand Nando's sendiri ye kawan2.
p/s (i) : photoshoot dengan Encik Firdaus dan Cik Hafizah. seriously sangat seronok. jakun jugak. sori Daus, aku memang tak pandai melompat. lempar mortar pun aku tak reti. hehe...
p/s (ii) : lagi 2 hari nak konvo. baru hari ni terasa mood konvo setelah melawat Safura di Agora. hehe... sori Saf, bunga kecik aje. Congratulation bebeh!
p/s (iii) : nak bunga yang Majang jual tadi... tadi apasal mahal sangat??
p/s (iv) : tak sabar nak upload gambar kaki kami. hehe... sabar ye kalian. mesti kalian suka tengok gambar kaki. even kaki je pun. lagi2 kaki aku yang cute meletop2 tu. haha...
26092010 ~ 9.37pm
rumah aku ~ bilik aku
hello2... aku tahu aku agak lambat untuk menonton cerita kegilaan ramai ini. cerita ni keluar 8julai2010 tapi aku baru dapat tengok rabu lepas, 21julai2010. ini disebabkan kerana (amboi, dah sebab mau kerana lah pulak. hehe...), aku tak ada geng untuk pergi menonton. cik hafizah tak suka cerita sekuel2 ni. lagilah bila first cerita dia tak tengok, memang dia takmo tengok sekuel2 dia lah. hehe... member aku yang lain macam busy je. dengan kerja, study. uhuk2... gerek balik but kan pergi KK, so tak dapat tengok. last2 rabu lepas dia balik JB sebab ada urusan. he... cepat2 beli tiket wayang. maaf piz, janji dengan u. laterlah i belanja u movie ek.
okay2, back to the point. nak review cerita Eclipse ni. cerita ni aku tak excited macam New Moon lah sebab sedikit kecewa dengan New Moon. overall, aku puas hati. macam New Moon lah. sebab cerita dia tak berubah sangat dari novel. action dia aku rasa better dari New Moon. but plot dia macam banyak sangat. macam tak sempat feel dah tukar scene lain. scene action dia aku tak puas tengok. lawan2 tiba2, eh, dah mati dah semua? dah habis dah perang? tapi scene romance dia puas hati sikit lah banding New Moon.
hm, suka sangat Edward yang bersifat over protective and Jacob yang tidak akan putus asa untuk kejar cinta. suka Emmett yang suka bergaduh and dalam Eclipse nampak sikitlah Emmett mesra sikit dengan Bella. Jasper pulak nampak sayang sangat kat Alice. cute adorable Alice. tapi kan, part Jacob kiss Bella tak nampak real. dengan Edward bukan main cumbu2. hehe... dengan Jacob macam kiss yang lekapkan bibir and gerak2 kiri kanan. and untuk nampak ghairah, Bella punya tangan macam genggam2 leher Jacob. huhu... maybe betul kot Robert and Kristen bercinta jugak off screen.
lepas tengok wayang, pergi beli kasut kerja. disebabkan aku sudah menjadi cikgu ganti, kenalah cari kasut kerja. huhu... selalu tangguh2 beli. actually aku memang niat nak beli dah. sebab kerja partime aku pun perlukan aku pakai kasut hitam. aku pikir nak beli murah2 and boleh pakai untuk jadi cikgu jugak if dapat jadi cikgu sandaran. kiranya kasut 2 in 1 lah. tiba2 before beli kasut, aku dapat call untuk jadi cikgu ganti. huhu... kelam kabut jadinya aku hari Rabu tu. plan changed 3 kali. sebab mula2 aku nak keluar dengan piza. then gerek balik, cancel dengan piza. then dapat call, cancel dengan gerek pagi tu, jumpa dia tengahari. hui, kelam kabut sungguh. lagilah nak cari kasut yang lembut and selesa. payah...
oh, takde picture berkaitan gerek atau eclipse. ni gambar mak ayah aku hari pertama sampai di KK. ayah ku yang poyo. "kejap2, ayah nak pakai spek mata hitam". huhu... hari yang amat sejuk.
p/s (i) : oh, kejap lagi pergi tempat kerja abang. nak makan mee goreng sedap! yeay! tapi mak dah masak udang and ketam. nak makan mana satu ni? huhu...
p/s (ii) : alahai... kenapa tiket adik aku esok pukul 10.30 pagi? aiseh, kelam kabut lah jumpa gerek esok. aiseh...
p/s (iii) : oh, abang hadiahkan tv untuk mak ayah. nasib baik mak ayah tak beli tv lagi untuk rumah baru. hoho... thanx abang!! duit untuk beli tv, bolehlah aku ngecek untuk wardrobe aku. kikiki... alhamdulillah...
24072010 ~ 5.49pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv
hai2, lambat sikit update pasal movie review yang aku tengok sabtu lepas (3julai2010). memang kemaruk nak tengok cerita ni tapi tak tahu nak tengok dengan siapa. adik aku dah balik kolej, cik piz tak nak tengok. so, terpaksalah tunggu gerek balik. nasib baik masa dia balik last weekend cerita ni still ada kat cinema. ada 4 shows je hari tu. yang pagi dah terlepas, so ambil pukul 2.00pm di Jusco Tebrau City.

hai2, isnin lepas... mak aku ke Singapore. dah alang2 ada kereta kat rumah ni, panjanglah kaki aku dengan adik aku. after zohor, bergeraklah kami ke Jusco Tebrau. datang main terjah je. tak tengok pun waktu cinema. sampai dekat pukul 3pm dan wayang paling awal 3.20pm. cerita tamil. haha... so, ambillah cerita Lagenda Budak Setan. memang aku nak tengok pun. hoho... berkobar2 nak tengok.
masa aku baca paper beberapa bulan lepas yang cakap nak buat movie novel tu, aku punyalah teruja. tapi aku kureng sikit sebab hero dia Farid Kamil. sebab aku rasa ada lagi pelakon lain yang mampu membawa watak 'budak setan' tu. and masa awal2 aku tak tahu Fazura bawak watak apa. aku pikirkan Ayu after surgery. happy sangat... sekali salah. haish... apa2 pun, still tak sabar nak tengok cerita ni. plus, ini ada novel pertama aku baca. haha... mak aku dulu tak bagi baca novel. so aku baca sorok2 kat rumah makcik aku.
jom, bercerita pasal movie Lagenda Budak Setan ni... okay, perubahan perlu untuk komersialkan movie. jadi dia starting dengan kolej. buku starting dengan sekolah. tapi banyak betul aku tak puas hati. buku tu tebal... yes, semua tahu buku tu tebal. tapi takkan nak pack kan semuanya dalam satu movie. plot movie ni amatlah banyak. sangat2 banyak. macam tak dapat nak biar menyelami perasaan, tiba2 dah tukar plot. and, Kasyah kena pergi out of town? wow, that's so not concrete. setahun duduk kat sana? kajian apa tu... tapi, Que memang best! babak belasah tu memang real. dan aku mengharapkan part accident sama dengan buku; on the way ke hospital nak bersalin. tapi takde pun part2 keguguran. aiseh...
ada beberapa kesalahan aku detect. after kenakan Ayu, kan Kasyah gelisah2. dia cakap pada Nubhan (tak dapat tangkap langsung nama dia apa dalam cerita ni), "aku teringat hal pagi tadi". Nubhan pun balas, "kau teringat hal petang tadi?" konfius... pagi ke petang? hehe... paling2 aku tak puas hati, part bersalin. Ayu mati seorang2? sebab Kasyah kena keluar, entah buat apa then Katerina datang. adei... tolonglah... tolonglah bagi aku nangis bab Ayu mati sebab masa membaca novel dia, aku menangis siap esak2, tapi ni?? aku macam tak sabar nak balik. 2 jam yang amat panjang aku rasa. tak pernah aku rasa 2 jam yang panjang selain kuliah. hehe...
hm... itulah review yang aku boleh bagi. maaf kepada sesiapa yang terasa. ini pandangan dari seorang penonton. sekian terima kasih.
picture of the day : sebab kena tunggu lebih sejam, kitorang plan nak makan. adik aku nak makan Manhattan Fish Market but last minute tak jadi sebab sebelum gerak, dia makan kat rumah dalam kuantiti yang amat banyak. nafsu je kalau nak makan tu. hehe... so, Baskin Robin! WaffleBerry! plus choc syrup and peanuts! minggu depan hari rabu, nak Pink-A-Deal pulak!
p/s (i) : tomyam siap! payah betul memasak sekarang. selalu boleh masak awal. hai... busy...
p/s (ii) : memang takde harapan langsung nak balik KB. bilalah semua benda ni nak berakhir??
10062010 ~ 3.40pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv
