we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Friday, May 14, 2010

movie marathon day!

salam... hai, hari yang memenatkan. in fact, baru je sampai rumah after watching robin hood. hui, 2 movie hari ini aku tengok. a nightmare in elm street and robin hood. 2,2 tengok dengan family. a nightmare in elm street tu dengan boy, robin hood dengan mak, ayah, boy. satu family tu keluar. hehe... it's been a while tak tengok movie dengan family. so, hari ni, aku nak cerita pasal komen aku pasal kedua2 movie.

we start with A Nightmare in Elm Street.


okay, cerita ni start dengan kemunculan Kellan Lutz. hui, terus minat aku. hehe... siapa2 tak kenal Kellan Lutz, dia jadi Emmett dalam twilight saga. nama Kellan dalam cerita ni Dean. Dean tertidur kat kedai and mimpi ada orang nak bunuh dia. bila dia sedar, tangan dia berdarah, macam dari kesan dia mimpi. dia bagitau Kris. Kris pikir Dean just paranoid and say "it is just a dream. it is not real". then bila Kris pergi toilet, Dean terlelap and mimpi lagi. kali ni Kris nampak Dean macam tengah gaduh and pegang pisau. mata dia pejam and Dean kelar leher sendiri. ganas2. then, Kris alami benda sama, then Jesse. bila 3 orang dah mati, lagi 2 orang macam rasa perlu untuk menyiasat sebab diorang pun alami benda sama. rupa2nya, diorang pergi tadika yang sama. parents diorang telah membunuh seorang lelaki nama Freddy. sekarang, Freddy nak balas dendam pada anak2 nya pulak dengan masuk mimpi diorang sebab dalam mimpi, dia yang berkuasa. overall, cerita ni amat menyeramkan, bagi akulah. and a bit violent. adegan bunuh2 tu... ganas! tapi aku kurang puas hati dengan cara penyelesaian. macam tak logik. persoalan pertama, macamana orang yang dah mati boleh masuk mimpi2 manusia. kedua, macam mana heroin tu (Nancy) boleh bawak Freddy yang dalam mimpi tu ke alam nyata? macam kurang logik. kalau cerita hantu, memang takde explanation. kalau cerita bunuh2, memang ada explanation. but cerita ni, which one kategori? cerita hantu atau cerita bunuh2?

second movie, robin hood.


wau, cerita ni memang best. tak tahu lah pendapat orang lain. but for me, action dia memang best. walaupun kadang macam tak logik sebab dengan hujanan anak panah, King still tak kena satu pun even dia tak berlindung. he... at last, King mati di bunuh tukang masak!! wau, such a disgrace... then perutusan sekumpulan Knights nak balik kampung bagitau King dah mati di serang hendap. datanglah Robin Hood membunuh mereka2 yang serang hendap. ketua jahat terlepas. then Robin Hood pegang amanah seorang Knight untuk pulangkan sword nya kepada ayahnya. sambil tu, Robin dan kawan2 menyamar jadi Knights supaya dapat pulang ke London dengan lebih mudah. sampai kampung Knight tu, dia kena teruskan penyamaran jadi Knight untuk selamatkan keluarga Knight tu. then King yang baru naik takhta tu tak guna. menyebabkan kekacauan dan France nak gulingkan dia. so, Robin Hood yang menyamar mengganti kena keluar berperang. dan mereka menang. dan King baru sepatutnya menunaikan janji pada rakyat tapi dia sebenarnya tipu rakyat. dan arahkan Robin Hood di tahan. dia marah sebab peperangan tu berjaya kerana Robin Hood. ei, sakit hati betul. overall, aku suka sangat adegan perang. macam cerita Narnia. rasa semangat naik nak berperang. hehe... Russell Crowe memang bagus dalam pembawaan watak. semuanya bagus. but terpikir, if ada Robin Hood 2, setua manakah Russell Crowe akan jadi? hehe...


wau, what a day... ni tiba2 sakit kepala tapi nak tunggu tahan mata. nak tengok ghost whisperer kejap lagi. esok pulak, tak ada planning apa2. nak bangun lambat, masak then kemas2 sikit. then... nak tengok hindustan lah. lama tak tengok hindustan.



p/s (i) : gerek seharian busy. orang pergi BTN lah katakan. ni dia baru sudah. okay jugak, 2 movie aku layan hari ni. huhu...

p/s (ii) : wee... laparnya perut. tu agaknya sakit kepala. hish, nak kurus macam piza!! tolong!!





15052010 ~ 12.28am
rumah aku ~ bilik boy

Thursday, May 13, 2010

kawan2, tag is back!

1. Anda rasa anda hot?

hot temper? boleh tahan lah. but slowly trying to control.

2. Upload gambar kesayangan anda!

mode : rindu cikbey!

3. Bila kali terakhir anda makan pizza?

waa... tag ni macam tau2 je aku dah lama tak makan pizza. last makan bersama cik piz, cik muni dan incik daus. hari terakhir exam. 21april2010. lama tu..........

4. Lagu terakhir yang anda dengar?

lagu biggest loser. oh, nk kurus!!

5. Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?

tengok biggest loser sambil cari kerja dalam internet. oh my... nak kerja gaji kepuk2!

6. Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?

favourite masa kini : cik nuyun! oh cayang my diena. aqiel belum boleh cakap.

7. Tag lagi 8 orang tanpa rasa kekesalan

  • cik lala
  • incik roy
  • incik kj
  • farhana
  • fatin
  • aj
  • diboot
  • cik muni (i know u read this... hahaha)

8. Siapa no.1 kepada anda?

oh dia? peneman aku. selalu teman aku pergi mana2. elm street okay next week!

9. Bagaimana pula no.3?

budak kelab. kj, belanja aku pulak yek!

10. Pendapat anda pada angka 4?

oh, anak murid aku. tak pernah bagi masalah sepanjang LM. huhu... miss u!

11. Kata sesuatu tentang orang ke 2?

mane kamu??? rindu nak baca post terbaru!!

12. Hubungan anda dengan no 6?

cousin aku. ganas and rebel! hoho... envy that character!

13. Perawakan no.5?

penyenyap. hoho... apa aku eja tu? seorang yang senyap but very cooperative.





p/s : adik aku on the way balik. akhirnya... tak boring sorang2 kat rumah. gerek g BTN. sungai congkak tu kat mane ek?





13052010 ~ 3.00pm
rumah aku ~ depan tv

Tuesday, May 11, 2010

b'day celebration at LC catering

okay, entri kali ni pasal sambutan birthday adik sedara aku. cousin aku lah kan, yang ke-13 pada ahad lepas (8mei2010). pakcik aku call siang tu ajak aku ikut sekali pergi sambut birthday anak dia. hmm... it's been a while sambut birthday cousin ni kan. so a bit awkward. mak ayah aku tak dapat ikut sebab ada majlis kat rumah sebelah. so, plannya, pakcik aku datang rumah fetch aku then ke LC catering bertempat di Jalan Beringin, Century Garden.


parents aku pun suka makan kat sini but aku kureng sikit sebab macam tak banyak pilihan. aku pernah try kuew teow kungfu dia tak sedap, mihun tomyam dia tak sedap, lamb chop dia tak sedap, chicken chop dia pun kureng. but yang set boleh tahan sedaplah. set dia dah di tetapkan. contohnya untuk 2pax : tomyam + puyuh goreng kunyit + etc. kalau nak tambah pun boleh. nak ikan siakap ke... tambah sotong tepung ke... kiranya tempat ni lebih kepada family restaurant atau nak buat reunion. untuk pergi makan dating2, macam kureng. plus, specialty sini adalah ayam penyet. price dia pun agak mahal. rm7.90 kot sepinggan, tak ingat pulak. honestly, aku lagi suka ayam penyet pinang. lagi kick! murah pun ya.

okay, back to main topic. birthday cousin aku. Nur Deeyana Ezzati. happy birthday my little cousin. belajar rajin2 tau! inilah dia birthday girl. cake ditempah khas by her mum. sedap!


okay, suma makan ayam penyet malam tu. kitorang ambil meja kat bilik aircond. boleh jugak kat luar but a bit noisy. kat LC catering ni ada pemain angklung tapi malam tu, pemain organ pulak. masa bawak masuk kek, makcik aku request mainkan lagu birthday and waiter2 LC ramai2 nyanyikan lagu birthday. he... adik sedara aku segan woo... kalau aku pun segan jugak. hehe...


ini cousins aku 3 beradik. Nur Deeyana Ezzati, Nur Diniey Ezzati, Muhammad Izzat Qayyum.


ni pakcik dan makcik aku. pakcik aku tu, adik mak aku. tu wife dia.


ini hadiah cousin aku dapat from the parents. new watch. and makcik aku pun dapat new watch jugak from the husband sempena mother's day. he... sweet kan?

















p/s (i) : okay lala, esok breakfast and gossiping. tak boleh jalan2. next week lah dengan daus sekali. hehe...

p/s (ii) : aku dah kurus sekarang. kurus macam piza. (insert bunyi cengkerik)





11052010 ~ 9.39pm
rumah aku ~ bilik aku

Monday, May 10, 2010

pre-graduation picture

okay, sebelum balik kelantan hari tu, aku dan cik piza pergi ke utm atas urusan masing2 yang belum selesai. aku belum bayar yuran, piza pulak kena pergi hep pasal tesis untuk KPM dia. so seperti biasa, gerak pagi2. pergi uruskan di admin dulu. tapi belum bukak. so kami taking2 picture dulu lah. hoho...


ni depan hep. ada tulisan2 jawi pasal sejarah UTM. tak ramai orang jadi takdelah segan sangat. huhu...














ni kat tepi HEP tu. ada kolam air terjun sikit. oh, berangan2 di sini buat kali terakhir. sure masa konvo ramai orang nak tangkap gambar sini.

view dari bawah pulak. i mean angle cameragirl kat bawah. hoho... tempat ni cantik tapi kitorang kan kureng professional nak tangkap gambar. so, kurang nampak kecantikan tempat ini.


kemudian, pergi jumpa cik hikmah. bagi cupcakes. eh, sedondon pulak dengan baju dia. hoho... kemudian, kami pun pulang ke rumah. tamatlah pre-graduation session kami. nanti nak mintak tolong apiq tangkap gambar masa dah dapat jubah. second pre-graduation pulak. tangkap gambar dengan dslr pulak. he...






p/s (i) : hujan pulak. si piza ni jadi tak nak datang rumah. keuntungan 50-50 ya! hehe...

p/s (ii) : anyway, goodluck to you.







10052010 ~ 2.53pm
rumah aku ~ depan tv

Sunday, May 9, 2010

my superb ex-supervisor!!

huhu... seperti anda baca, entri kali ni pasal ex-supervisor aku. supervisor untuk PSM. for 2 semesters, dia guide aku in every detail dari chapter 1 until lah chapter 5. i consider myself very lucky to get her as my supervisor. mula2 tu macam rasa tak best sebab kitorang quite close and aku banyak share gossips dengan dia. tiba2 nak jadi serius pasal study, awkward sikit lah. hehe... but in the end, i'm really grateful. even grade tak seperti aku harapkan tapi aku happy sepanjang proses menyiapkan PSM. i think, that is the most important part.


Associate Professor Dr. Faizah bt Mohamad Nor


i take this opportunity to express my gratitude towards you for always guiding me in every single detail and also for the patience you showed for the past 2 semesters. i'm really sorry for not being the supervisee that you can be proud of but i promise you that i have tried my best to achieve that. thank you Dr... for everything.

inilah dia gambar aku + supervisor aku. gambar kami di TESL nite 2009.


ni after aerobic session. bergambar dengan instructor favourite semua. encik redza benjamin!


ni supervisor aku dengan minah 2 orang tu. sebok aje. patutnya aku yang bergambar dengan Dr. Faizah, but diorang pulak ngendeng2. sebok aje! hoho~


ni Dr. Faizah one family datang rumah aku time open house. sangat sporting. plus, dia tak sesat masa datang rumah aku. hebat2! ops, belakang tu kak anne dengan aqiel.





p/s (i) : Dr. Faizah suka makan cashew. he...

p/s (ii) : nak pergi gossiping dengan Dr. Faizah lagi. L.A. dah start operation belum? jadi tea lady pun jadilah. hehe... atau PA kepada Dr. Norazman. hehe...

p/s (iii) : mode : moving to new house






09052010 ~ 11.01pm
rumah aku ~ bilik aku

Tuesday, May 4, 2010

hello KB~

huih, updating at my aunty's house. guna laptop pakcik i. berpeluh after ngemas2... tokyam tak sihat sebab tu kitorang balik KB. kitorang tu stand for ayah, mak and aku. selalu naik flight. tapi flight mahal sangat sekarang plus mak ayah banyak lagi expenses lain, so kami naik lah train... train....... train.... 12 jam dalam train. nauzubillah... aku dah lupa macam mana rasanya dalam train atau bas dengan sangat lama. pelbagai gaya tidur. pelbagai aral. sampai juga pada pukul 7.40pm isnin lepas. depart from jb pukul 5.40am pagi isnin tu. aku bangun tidur pukul 3am okay. haih...

dalam train, aku membayangkan cerita harry potter. kenapa dalam cerita tu naik train ni macam best je... seronok je. dengan pemandangan yang marvellous. naik atas landasan ats laut. kenapa2?? kenapa?? kenapa KTM tak macam tu? uhuk2... train buruk, coach cafe rosak, coach aircond rosak. tapi alhamdulillah selamat sampai... huhu...

updating dari laptop pakcik aku. cikna kat sini minggu lepas scan gambar2 lama and save kat komputer ni. so kali ni... aku letak gambar2 lama aku lah ek. lama tak lama mana lah... tapi lama lah jugak. time slim melim, free hair lagi. hehe...

okay, gambar ni kat rumah lama aku kat KB. sekarang dah jual sebab mak ayah aku beli rumah kat JB. sayang rumah ni sebab mak ayah aku yang design. beli tanah then bina rumah. but di sebabkan kitorang jarang balik and rumah tu tak terjaga, last2 ambil keputusan jual.

gambar time ayah long kahwin. mak aku dulu suka tempah2 baju. ni tempah sekali 3 dengan cousins aku sekali. yang tengah tu bukan cousin. lagi 3 tu yek. dari dulu pantyhose memang wajib. pelbagai colour okay... huhu...





p/s (i) : okay, ayah dah susun jadual makan di KB. nasi itik daun pisang - checked. nasi sumatera - checked. nasi hover? esok... oh sedapnya...

p/s (ii) : do not check on me again. do not deny because u did.






04052010 ~ 5.20pm
rumah cik jana ~ ruang tamu

Tuesday, April 27, 2010

steamboating~

ha... inilah entri yang di tunggu2 oleh cik hafizah hadi. entri kami ber'steamboat' bersama encik amir, cik munirah dan kami; cik yanna dan cik hafizah. gambar2 yang hampir lapuk tapi worth sharing. i mean untuk orang2 yang cari tempat untuk steamboat di JB. di sini ada dua tempat okay...


venue : d'terrace bbq and steamboat (berdekatan jalan mohd. amin, jalan chat)

okay, yang ni plan B kami bila Rawa tutup. nak try dah lama but ikan bakar TIPTOP lebih menggoda. hehe... tapi malam tu memang semangat untuk steamboat, jadi stop jugak kami di sini. suasana dia... nice. deco dia memang nice. tapi tak meriah sebab tempat tak strategik kot and nampak ekslusif sangat agaknya. makanan dia okay but yang untuk BBQ masin nauzubillah. hoho... tempat ni sesuai untuk malay because owner dia malay.

participants ketika itu...


















food for four. tapi sini mahal sikit. perhead rm18.90.


kejadian kelakar ketika itu berlaku antara encik A dan cik Y (nama terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu... ehem...)

encik A : pukul berapa kedai ni tutup ek? (sambil tangan ditujukan ke atas)

cik Y : (kurang pendengaran oleh lagu celine dion yang terlampau kuat) oh... power of love... (me'refer' kepada lagu nyanyian celine dion)

encik A : (kurang pendengaran juga dek kerana lagu yang amat kuat) hhmm... cepat betul kedai ni tutup.

(insert bunyi cengkerik)

cik H dan cik M : (saling berpandangan)
_____________________________________________________________

venue : Rawa steamboat and bbq (di pelangi indah)

tempat ni memang favourite kitorang. but kali ni cik munirah takde. unplanned plan. nak pergi melawat cikna, then dah dekat, menderu lah kami. hoho... serius puas hati. walaupun perut agak kenyang tapi still makan dengan lahapnya. perhead rm17.50. serius sangat best, sedap... sedap... when i said sedap, i really mean it! hehe...




p/s : gigi sudah cantik, sudah bersih... thanx to my daddy. tapi gigi abang tu kena cuci lagi yek. kotor amat. hoho...





27042010 ~ 5.41pm
rumah aku ~ depan tv

Monday, April 26, 2010

happy b'day amir ridhwan~

hoho... seperti yang telah aku khabarkan last entri, dh lama aku tak update blog. so, birthday adik aku pun dah lama berlalu. just berpeluang nak update sekarang. and sambutannya bukanlah pada hari kejadian tapi 10 hari kemudian. he... sebab aku pun exam. dapat pergi kat dia masa gap 5 hari. so, after exam LTE pada 16april2010, after ambil tesis yang sudah berjilid, aku dan piza menderu pulang. fyi : piza sentiasa bersama sebab dia co-pilot aku. hehe... tapi sebelum tu, melawat cikna kat hospital. nampaknya iron lady sudah tak berapa iron. hehe...

jadi, order kek MU dari si pembuat cupcake favouriteku. kali ni bukan cupcakes, tapi kek. okay, belated birthday boy bersama kek nya... aku semangat nyanyi lagu happy birthday lagi. hehe...


eh, lupa nak cerita... panjang betul perjalanan kami. dari jb, singgah melaka sebab abang aku kt Mydin Melaka. jenguk dia kejap then menderu ke seremban ambil adik aku. then terus ke PD. lepak2 konon2 bercuti 1 malam kat situ. kami tinggal di Kemanag Indah Kondo. hmm.... not recommended but dekat dengan pantai. aku mandi swimming pool sorang2 then siap naik gelongsor budak2. huhu... syok!

dah jalan2 pantai, pergi jalan2 PD. so, nak buat potret lukisan pulak. ni adik aku... sama tak?


ni mak and ayah aku pulak. sama kan? i like... okay sorry, picture aku takde sebab aku paling tak suka picture aku. paling lain!! hah! kecewa aku!! takpe2, pasar seni, tunggu kau. gerek balik, aku terus tuju kat kau!


okay2, kembali ke topik asal : birthday adik aku... di sini, ingin diucapkan selamat hari jadi untuk adik aku yang tersayang. sudah 19 tahun. dah besar ni jangan nak pening2 kan mak ayah. belajar rajin2. supaya dapat fly. i love you! (terngiang2 dia balas, BODO... hoho~)


okay, aku tahu adik aku tonjang dan aku renek je... haha...




p/s : nak kerja apa ek... mak, tolong carikan... kepuk2 punya! yeay!




27042010 ~ 12.00am
rumah aku ~ depan tv

Sunday, April 25, 2010

mode : going to graduate~

hai2, lama benar tak update. kadang2 banyak masa tapi gambar tak transfer, takde mood nak update. huhu... entri kali ni actually nak letak steamboating with amir and piza. but pikir2 balik, suma mode graduating. so nak update pasal tu jugaklah... sori piz, next2 entri lah yek...

ayah kata, akan banyak cabaran masa dah nak akhir2 ni. hm, aku mula2 tak percaya. but bila dah hadapi, memang betul. macam2 lah kena hadapi. sekeliling... utm and paling penting masa nak siapkan tesis. sampai ke akhir lah cabaran. haish... masa nak print memang ke 10pm kitorang (aku, piza, muni) ulang alik ke rainbow betulkan tesis. ada je masalah. tapi akhirnya hari jumaat (16april2010), berjilidlah tesis kami. aku and muni 4 copies, piza 5 copies. masa nak pdf pun sama. dan akhirnya... 23april2010, kami selamat menghantar ke fakulti dan supervisor masing2...

tesis milik yanna+piza+muni... selonggok memang tak bawak keluar dari kereta. berat woo...


supervisor ku sedang menandatangani tesis2 ku... pose sikit doc! hehe... sporting seh. lucky me got her for my supervisor. tq for everything dr.faizah. won't forget u forever!


"doc, give me A" said yanna... "oh, sorry girl. yours just C" replied dr.faizah (ini hanya dialog rekaan penulis sahaja. hoho...)


dengan ini... berakhirlah perjuangan aku sebagai pelajar sarjana muda. mungkin akan sambung sebagai pelajar sarjana tapi bukan dalam masa terdekat. huhu... nak kerja dulu.





p/s (i) : i'm really glad that you both did it. if not, my hands will get dirty. hm... alhamdulillah. tq so much. that's why i put here so who's reading can pass it on.

p/s (ii) : sedang jatuh cinta dengan lagu inilah cinta by akim. cute video klip!






26042010 ~ 12.12am
rumah aku ~ depan tv

Friday, April 2, 2010

my two angels!~

hari ni hari jumaat (2april2010), perginya comedian malaysia. tiba2 rasa kehilangan. mesti era.fm dah tak macam masa dia ada. sebab dia lah yang memeriahkan pagi di era dengan lawak spontannya even kadang2 over. tapi mostly semua menghiburkan. dia buat lawak, aznil gelak di belakang. memang best lah. kadang2 aznil punya gelak sampai tenggelam suara pendengar yang tepon. Al-Fatihah...


okay, di sini, saya ingin mengekspresskan lagi kegembiraan di hati. setelah habisnya viva. even ada 5 paper final exam and 1 lagi assignment kena siapkan, tapi memang rasa lapang je dada ni. dan, tambah menyeronokkan, ahad ni, MY TWO ANGELS ARE COMING! hehe... lama gile tak jumpa budak2 tu. masihkah mereka ingat pada makcik mereka yg shomel2 lagi gebu2 ni. hehe... makin menggebu pulak tu. apakan dayaku...

ini dia wajah mereka ketika berusia 1 tahun. memang aqiel baru setahun. mari cari similarities antara mereka. meh aku jawabkan : cute gilak macam cik nuyun. hehe... (sape yang tidak akui mesti cemburu tahap babun... huhu)



oh, plan ke melaka tak jadi. baru nak pergi jusco terbesar tu. ada wayang tak ek? dy, bila birthday i ni? hehe... hadiah!





p/s (i) : i've read it and i'm sorry. don't wanna lose u...

p/s (ii) : syukur aku ditemukan dengan lelaki yang baik. menegur kesalahanku, bukan menyokong kesalahanku. (u jangan perasan lebih2 okay, nanti belanja i makan BESAR punya!)

p/s (iii) : thanx god aku tinggi. bolehlah kategori tinggi. yang penting bukan sebelah piza+muni.





02042010 ~ 2.14pm
bilik aku ~ g17-217

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com