we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Friday, January 27, 2012

Welcome JNJ 5565 :))

hai2 korang... aku baru balik servis kereta dengan cik hapisang. haha... sedikit malu. baru seminggu wokay kereta aku dah cecah angka 1000km. hui, jalan sakan aku nampaaakkk... melayang jugak duit tadi. nasib baik cheaper than i expected. huhu... cuti ni patut nak pergi karok dengan cik hapisang. tapi... petang ni macam malam nak keluar. dah 2 hari aku asyik keluar je. rasa penat pulak. hehe... driving is not something an enjoyable thing to do.



okay2, tengok tajuk entri aku... dapat agak kannn?? hehe... hari ni, genap seminggu usia dia bersama aku. usia dia sebenar aku tak pasti lah. tapi kira birth date dia aku ambil hari bersama aku lah kannn. 20Jan2012. kena ingat tarikh ni. huhu... so, this it is. my baby. habis tu! semua orang dok panggil kereta sendiri baby. aku pun nak jugaklah. haha...



gerek's baby. the first day we took him under our custody. haha... (mane pulak aku tahu dia ni 'him'?)





overall... aku... nak bettle!! haha... tapi siapa mampu? plus, bettle baru tak keluar lagi dah... asyik2 Polo and Golf. aku nak bettle! kikiki... tak kisahlah... semua orang dah beli kereta. own a car already. aku? dah setahun kerja baru beli. yelah, nak kahwin kena jimat cermat. dah kahwin, bolehlah nak pikir2 beli kereta. tapi seriously, memang lepa ni kena berjimat cermat... oh crap! nasib baik adik aku nak fly dah. haha...








p/s (i) : gerek balik malam ni. wuhuuu! windunya kat yayang yang montel cikebom.


p/s (ii) : boy g USS. dia belikan apa untuk aku eh?


p/s (iii) : my bestest friend's wedding tomorrow. dari kecil kita membesar sama2. and now, masing2 dah kahwin. hope our friendship last forever. i love you, Jah. DOREMI eternity.











27012012 ~ 2.15pm

atas lantai sebelah katil ~ bilik aku-rumah Impian Emas

Thursday, January 26, 2012

my ex-students :(

hai2... sebenarnya... takde niat nak update blog. just blogwalking di blog anak murid aku. Izzati Shahirah. seriously, aku tak pernah tahu dia ada blog. and, blog dia dah lama dah wujud. and aku promise kat dia untuk baca semua entri. so... aku baca2 and keep on reading, serious terharu. dia tulis pasal aku. ada lah beberapa entri... aku... terharu... sampai terus laju2 taip entri ni. huhu...




ini adalah mereka. pelajar 4 SN 1/ 2010. 2011 SPM candidates. and now, waiting anxiously for their result.



until now, 2012, i still consider them my students. walaupun hakikatnya, aku hanya mengajar diorang lebih kurang 4 bulan. tapi kenapa, dengan diorang ni... sangat lekat di hati. sangat2. aku taknak let go. some people said, i should let them go. they are not my students anymore. tapi kenapa aku berdegil?


honestly... diorang ni... special. susah nak describe. aku sayang gile lah kat diorang ni! sampai ada sedikit jeles towards other teachers sebab boleh sentiasa rapat dengan diorang and lihat diorang depan mata. aku jauh di Kluang... aku sayang Tasek. aku pun tak tahu kenapa. walau hanya bekerja 4 bulan. setiap kali kontrak sebulan aku nak tamat, hati ni sayu je. mata ni berair je. aku takkan bagitau sesiapa itu adalah hari terakhir aku sebab aku tahu air mata aku akan gugur. tapi alhamdulillah... 4 kali renew kontrak. dan kali terakhir ialah ketika cuti sekolah. ketika tu, aku tahu memang muktamad kerja aku tamat di Tasek.


still ingat lagi... hari Khamis ialah hari terakhir aku bekerja di Tasek. aku salam semua cikgu2. tapi tak seorang pun anak murid aku tahu. sebab aku taknak menangis depan diorang. aku ni nampak je teging tapi hati bunga2 tuuuu... tapi... sedang aku salam2 peluk2 cikgu2, salah seorang anak murid aku nampak. Shabrina. i still remember. dia terus tanya, "teacher nak berhenti kerja dah ke?" aku tak cakap apa2. aku senyum and peluk dia. aku tak boleh berkata2 sebenarnya ketika tu. sebab aku tahu if aku bercakap, mesti aku nangis. if dia ingat lagi, lepas aku peluk, aku terus blah. sebab time tu mata dah berair. taknak dia nampak air mata aku. air mata guru kan mahal. hehe...


tapi... terharunya bila Syafiq call maghrib tu suruh aku datang ke sekolah keesokan harinya... betapa aku rasa dihargai. betapa aku rasa disayangi.







p/s (i) : sebenarnya... ada 2 orang pelajar Tasek yang aku terasa hati. kesalahan dia bukan towards aku. tapi towards kawan2 dia yang lain. i don't know. i can't accept their status in FB. sebab tu dearest ones, teacher ingatkan jagalah hati orang lain. jagalah hati kawan2. berhati2 dengan apa yang ditulis.


p/s (ii) : berair hidung aku taip ayat2 entry kali ni... sedih, terharu, cemburu, gembira. semua bergabung. hmmm... aku rindu mereka. sangat2.


p/s (iii) : mode : rindu.


p/s (iv) : cuba tengok gambar Shab masa form 4 and wedding teacher. manja lenggok habis. hehe... pinggulnya. ah, rindu budak itu!










26012012 ~ 1.39am

atas katil ~ bilik aku-rumah Impian Emas

Tuesday, January 24, 2012

true ambition

hai2 korang... gerek dah pulang ke melaka. still on the way. last call dia dah sampai ayer hitam. so lagi sejam setengah. hmmm... walaupun sekejap dan dia dah terbiasa drive jauh, aku still rasa risau. yelah, hati isteri mane tak risau kan... hmm... bilalah boleh stay dekat bersama dengan suami kan? kadang2 aku terpikir, disebabkan kerja, kami berjauhan. even cuti sekolah, some couple can be together for the period of time. tapi aku tak jugak. gerek di melaka, aku kat JB rumah family... so, cuti atau tak, sama aje bagi kami. oh kasihan....


okay2, entri kali ni without pictures lah ye sebab aku nak cerita pasal history ambition aku. haha... cita-cita. apa cita2 yang korang tanamkan dalam diri kalian sejak kecil? doktor? askar? pilot? cikgu? engineer? akauntan? semua cita2 yang boleh tercapai dek akal kan? analisis balik pekerjaan korang sekarang (bagi mereka yang telah bekerja). ada pernah terpikir akan jadi perancang bandar? (ni merujuk kepada gerek) ada pernah terpikir nak jadi computer programmer? ada pernah terpikir nak jadi engineer galian atau pegawai perhilitan? ataupun chef dan food engineer (okay, semua pekerjaan ni aku rujuk kawan2 aku ya). tak pernah bukannnnnnnn?

cita-cita aku sejak kecil adalah doktor. cita2 ni aku pegang sampai SPM. aku bengang betul bila mak aku suruh jadi cikgu. macaaaaammmm takde kerja lain nak suruh aku jadi kan?? sebab dari kecik sebok suruh aku jadi doktor. bila aku sebok2 nak jadi doktor, suruh aku jadi cikgu pulak. mane satu ni??? (sambil cakar2 rambut). hehe... okay2, memang dar kecil, aku konon2 yakin aku akan jadi doktor. tapi masalahnya... aku malas sangat membaca buku2 ilmiah. sangat2 malas okay. tapi satu benda aku realise, aku sangat suka menulis. in terms macam cerpen lah. sampai mak aku pernah sound, cita2 nak jadi doktor, tapi suka sangat menulis. ada lah beberapa cerpen dan cervel pernah aku buat. kawan2 aku kata best. tapi tak tahulah... sebab itu adalah karya 8 tahun yang lepas. haha...

so basically, apa yang aku nak sampaikan di sini... (tak mo bebel panjang2...). cita2 kita yang sebenar tu... walau tak jelas, mesti ada sedikit menonjol yang memberi tanda. contoh dalam kes aku. aku setiap hari menegaskan yang aku nak jadi doktor, tapi minat aku pada menulis. orang bahasa kan sepatutnya suka menulis. the same goes with me. akhirnya... aku menjadi guru bahasa. walaupun pada umur 18 tahun ketika aku menukar cita2 untuk menjadi cikgu, aku memilih math. tapi bila jalan kita Allah dah tentukan... akhirnya... aku gagal interviu pendidikan math dan berjaya pendidikan bahasa inggeris.

so, this is me. Nurul Eliyana Bte Mohd Yazed. yang selama 18 tahun menegaskan cita2 sebenar adalah doktor. akhirnya mengakui sendiri minat pada bahasa dan tulisan lebih tinggi. dan Allah telah tentukan jalanku menjadi seorang guru Bahasa Inggeris. Alhamdulillah. inilah jalanku. inilah rezekiku.





p/s (i) : maaf kalau ayat entri kali ni aggak pening. payah nak sampaikan dalam bentuk tulisan.

p/s (ii) : serius lapar tapi badan naik sangat so... kenalah diet. huhu...

p/s (iii) : esok! dating with hapisang!

p/s (iv) : sangat2 teringin nak produce novel. tapi masalah pada kau sekarang ialah... aku sangat tak konsisten dalam menulis. karya terakhir TWICE pun tak siap2. mane entah CD dia aku campak. adoyai!





24012012 ~ 11.23pm
atas katil ~ bilik aku-rumah Impian Emas

Friday, January 20, 2012

Akaroa, New Zealand you all :))

hai2 korang... sebenarnya aku dah taip entri ni dari hari Jumaat lepas tapi tak boleh post that time sebab wireless connection slow sangat. huhu... jadinya... dah start cuti kan, hari ni Selasa, baru sempat nak bukak blog. dari hari Sabtu asyik jalan2 aje. plussss.... dah dapat kereta. huhu... kereta sebagai keperluan. so, endure it! siap dah angkut ke KL dah. haha... betul2 seronok!











okay2, aku pernah sebut gambar2 pergi Akaroa takde dalam simpanan kan? tapi dalam handphone ada lah beberapa. so aku update from pictures in handphone ajelah ye. okay readers sekalian, untuk ke Akaroa dari Christchurch, tak berapa jauh. dalam sejam 15 minit sampai lah. sepanjang perjalanan view memang sangat2 cun. waweeeee....! serius cantik. tapi yang aku tak suka, kena drive naik bukit. macam ala2 nak pergi cameron. menyeramkan okay! aku memang gayat. huhu... tapi bila dah sampai Hilltop dia, dekat je nak turun bukit tu sampailah ke Akaroa. ini view from Hilltop. biasalah... gambar handphone tak berapa cantik. tapi i can say... MasyaAllah, Subhanallah. cantik sangat2! air biru sangat2! dan ia adalah tasik ye kawan2.



okay, sampai2 terus pergi jalan2... view from tepi tasik. sejuk tau!




kitorang actually nak naik Black Cat Cruise ni sebab boleh tengok dolphin berenang2. tapi kalau bernasib baik, nampak whales sekali. malangnya... disebabkan peak season, full. kalau nak kena booking untuk pukul 10.00am pagi esoknya. tak sempat lah sebab dah janji dengan Sir nak pergi Sunday Market.



okay ini pemandangan di belakang hotel. bilik kitorang ground floor. so, bukak sliding belah belakang ada sungai kecik. gile menyamankan okay... sejuk. tapi sejuk sangat. hehe... kat sana mostly kitorang beli makanan mentah yang dah perap, so masak dalam microwave je. so makan kat luar ni sebab ada meja kat luar. best tak? makan mengadap pemandangan yang menyamankan.



satu benda yang aku perasan kat NZ ni... sesuatu tempat ni mesti ada padang yang besar untuk orang2 beriadah. bawak anjing jalan2. main baling2 dengan anjing. hehe... daaaaannnn... yang aku terasa bangga sikit. hujung padang sana tu ada padang Petanque! aku sebagai cikgu Petanque berasa bangga okay. haha... ada kaitan ke?




rumah yang comel2.



church. aku suruh tangkap gambar kat sini sebab aku suka nampak bersih and kemas teratur. jalan yang rata. huhu...



akhirnya ada jugak muka aku. haha... ni aku bluetooth dari handphone gerek. huhu... nak tunjuk betapa besar dan merahnya ros2 di sini. huhu... geram gile okay tengok bunga2 kat sini.








p/s (i) : gerek akan balik ke melaka kejap lagi. alahai... hmm... stay kat JB for this week.


p/s (ii) : model dalam entri kali ni eh sebab mostly guna handphone aku. so mestilah tangan aku yang captured. rindu gile pada cikmon!


p/s (iii) : cuti seminggu sudah bermula. kenapa mood tak naik lagi ni? huhu...


p/s (iv) : kat NZ mostly kita akan jumpa tasik yang amat2 besar. setiap kali jumpa tasik, aku tanya gerek, "Agak2 boleh nampak Loch Ness tak?" never miss tanya setiap kali jumpa tasik. then balik Malaysia jumpa adik aku. ceritalah pasal tasik2 yang amat cantik. dia soal, "Nampak Loch Ness tak?" haha... then jumpa bapak aku, cerita2 lagi pasal pemandangan and tasik2. ayah aku cakap kat gerek aku, "Entah2 ada Loch Ness dalam tu" haha... gerek aku cakap. memang nampak 1 family ni! haha...










24012012 ~ 2.19pm

atas katil ~ bilik aku-rumah Impian Emas

Thursday, January 19, 2012

Music is a Language :)

wah! aku habis kelas pukul 11am tadi. baran betul lah aku dengan 5 EE 2 ni. aku tak tahu macam mana lagi untuk aku wujudkan rasa hormat dan tanggungjawab dalam diri mereka. dahlah tak hantar homework, then macam salahkan aku pulak. apehal! aku tak datang semalam, aku dah bagi kerja. diorang boleh jawab, "Lupa nak amik, nak buar macam mana?" kurang ajar betul. aku ni jarang panggil budak kurang ajar. tapi tadi memang aku bagi pada 2 orang budak. serius aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh tahan tak naik tangan. ei geram2!

okay2, update kali ni sebenarnya pengaruh dari cerita Running Man semalam. haha... diorang kena perform lagu and Jae Suk cakap, 'Music is a Language'. aku rasa ayat dia tu sangat bermakna. haha... menangis cikgu2 bahasa dengar aku as Cikgu BI cakap macam ni. ada pulak lagu boleh dijadikan bahasa. huhu... but apa yang aku boleh huraikan maksud quotation tersebut ialah, muzik dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan tanpa perlu berterus terang. hmm... paham tak maksud aku? haha... aku pun pening baca. kikiki...

muzik. tanpa lirik. korang suka dengar melodi tanpa suara yang menyanyi tak? contohnya instrumental oleh alat2 muzik seperti piano, guitar, harmonica... kadang2 dengan hanya lagu2 ni boleh menimbulkan rasa sedih, gembira dan sebagainya... contoh macam dalam cerita2 drama2 movie2, mesti ada sound effect kan? tanpa sound effect macam tak best kan? begitulah maksud aku... macam nak menimbulkan effect perasaan yang lebih.



semalam aku dengar 'River Flows in You'. korang pernah dengar? by Yiruma. lagu ni aku dengar from Twilight. dengar2 je timbul pelbagai perasaan; sayu, romantik, rasa sayang dan meremang2 bulu roma mengarnya. so aku teruslah download. dulu aku download dalam komputer lama and hp Sony. ni download again. dengarkan sambil pejam mata eh. baru feel naik.



quotation yang aku sendiri tak sangka aku pernah buat...

LIFE WITHOUT SONGS IS WORLD WITHOUT EARS





p/s (i) : okay, petang ni nak siapkan lesson plan. kenapa macam rasa minggu depan kerja ni? mood cuti tak naik pulak. huhu...

p/s (ii) : sorang pelajar dah suspek denggi. kena amik tindakan ni. hmmm... susah berurusan dengan orang yang amik mudah.

p/s (iii) : bila agaknya kereta aku nak sampai ni? haha... myvi pun jadilah...






19012012 ~ 12.35pm
meja aku ~ bilik guru-KVK

Tuesday, January 17, 2012

azuan & eliyana solemnization



hai2 korang... video hampir lapuk. aku pernah share kat FB dulu. tiba2 hari ni teringat sebab yelah... baru update pasal kad kahwin. surelah tiba2 mood nak kahwin2 kan. video ni di buat oleh cousin aku. huhu... tajuk dia... THE BEGINNING. sesuai sangat!!

titik permulaan untuk semua. titik permulaan menjalani hidup. titik permulaan mengenali erti kehidupan. titik permulaan membina hidup.

untuk cousins aku di KL and Kuching yang ku sayangi... thank you for all you guys did for me. really appreaciate it. love you guys so much!! sangat2 sayang kat korang.

untuk suami saya... thank you for everything. sorry for something.






p/s (i) : gile tak malu update blog 2 kali hari ni. mentang2 takde kelas.

p/s (ii) : ish, dalam dilema... tolong permudahkan jalanku...

p/s (iii) : rindu ayah; MOHD YAZED BIN A RAHMAN. i love you ayah.





17022012 ~ 12.12pm
meja aku ~ bilik guru-KVK

Kad Kahwin from LH Creative Concept

ha, ni dah memang namanya takde kerja tapi cari kerja. haha... hari ni aku free 1 hari. bukan free actually. aku ada 1 jam kelas petang nanti pukul 3.00-4.00pm tapi disebabkan menggunakan jadual baru, ada kakak sorang ni request kelas aku tu. if not, kelas tu akan tertinggal berbanding kelas lagi satu. aku pulak kelas tu terlebih sejam dek kerana tukar jadual baru, so, okay ajelah. 1 topik dah selesai jugak. nak masuk topik baru nanti esok. huhu...






okay2, hari ni tiba2 terbukak gambar kad kahwin aku yang aku scan untuk letak kat invitation FB. jadi... nak update pasal kad lah. huhu... kedai ni siapa ye recommend? aku pun tak ingat tapi yang pasti memang aku nak buat kat kedai ni lah... maybe makcik aku kat KL kot recommend kan. sebab anak kawan dia buat kad kat sini, cantik, cun and murah. huhu... so... cuti bulan 5 tahun lepas, kami pun memburu kedai ini. terus buat booking and bayar deposit. padahal design semua tak buat lagi. just book sebab dia bagi discount rm50. kira okaylah jimat rm50. huhu... duit jugak tuuuu....



front cover. mula2 amik design dia aje. sekali macam common macam semua orang pun ada kad macam tu... aku dah delete pulak softcopy yang dia bagi. then aku mintak gerek designkan simbol ae. beginilah produk nya... puas hati!




okay, dalam ni aku rasa semua orang sama. haha... nama mak bapak pengantin segala... just tulisan je pilihan2 aku. kadang orang suka tulisan font yang fancy2. aku tak berapa berkenan. aku suka yang skema. haha... sebab certain kad kahwin, sampai susah nak baca nama2 mak bapak dan pengantinnya. ha, lihat kat part belah kanan. tu pilihan ayah aku. nampak macam sama je kan dengan kad2 lain? actually lain sikit... sebabnya... kitorang buat kat dewan, but ayah aku nak insert sekali alamat rumah sebab aku nikah kat rumah. kot2 ada yang nak datang rumah, so itu sebagai guide. dan part 'Turut Mengundang' dan 'Telefon' tu, taruk nama dan nombor telefon terus. selalu orang asingkan kan?




okay, map seperti biasa. aku suruh dia detailkan pun tak boleh jugak. dah macam pening nak pergi dewan aku. huhu... dan, untuk menjimatkan kos, aku dan gerek buat kad sekali. yang belah dia aku tak scan lah... just map je dalam satu page. huhu...




sampul dia aku tak scan pulak. huhu... sampul pun jadi masalah jugak kat kitorang sebab nak design yang kitorang nak. haha... overall, aku puas hati dengan kad kahwin aku ni. sebab semuanya design yang aku suka. kalernya mak aku pilih. aku nak silver grey but orang tu punya silver grey macam tak cantik. tapi kira okaylah gold choc sebab nampak mahal kan? hehe... and... harga sekeping kad aku ini adalah rm0.80. percaya atau tak? discount rm50 lagi... so total part aku rm800 untuk 1000 keping. tapi... ada 1 je masalah dengan kedai LH Creative ni. korang kena sentiasa follow up dengan diorang. if not, lambat lah kad korang siap. huhu... aku punya siap a month before wedding. gile tak gile nak bagi semua orang dalam masa sebulan. huhu...








p/s (i) : kena simpan kad ni elok2. sebagai kenangan. parents aku punya pun aku still simpan. mak jumpa aritu, aku terus simpan dalam album. huhu...



p/s (ii) : i'm wearing all blue today. huhu... first time pakai tudung biru licin ni. bulat abes muka haku!



p/s (iii) : 5S sekolah ni semakin mengarut. arghhh!! tension2!









17012012 ~ 9.55am

meja aku ~ bilik aku-KVK

Sunday, January 15, 2012

Time is running out

hai2 korang... updating in JB. ha... aku and gerek balik JB but kitorang tak balik rumah. permintaan aku. honestly, hati aku memang bengkak. so janganlah salahkan aku bila kejadian macam ni berlaku. put away benda2 sensitif ke tepi. weekend ni, aku happy gile. kitorang spent time di Desaru semalam. ada waterpark kat hotel tu. nanti aku update eh. best gile mandi manda. huhu... and semalam kami berurut Thailand dan Melayu. haha... badan sakit2. so pergilah berurut.


okay, hari ni aku nak update pasal adik aku. huhu... hmm... aku tahu kedegilan aku untuk taknak balik rumah effect masa aku bersama adik. dia dah nak fly Februari nanti but aku taknak balik spend time dengan dia... hmmm... maybe CNY nanti aku balik sekejap menunaikan janji. "Boy, you jangan risau, i ingat janji i. i'll give as promised aje tau. haha..."


dengan adik aku ni... banyak sangat benda kelakar dia akan buat. aku memang gembira lah setiap kali jumpa dia. ada je ayat2 kelakar dia akan keluarkan. huhu... aku rasa aku memang close dengan dia. tak tahu lah dia rasa macam mane. haha... nanti dia fly, mesti aku rasa sunyi. huhu... yeke? selalu pun contact dia through FB je even kat Malaysia. sebab mamat ni kedekut kredit. haha... tahu2, aku msg through hp but dia reply kat FB. mentang2 BB aku memang dapat notification FB. haha...


bukan nak puji, but adik aku ni sangat baik. rajin jugak. sometimes ajelah dia ni pemalas. bangun lambat tu benda biasa bagi kanak2 yang tiada benda nak buat di rumah. kalau aku ajak keluar dari pagi ke, nanti ayat dia, "Boy tak cukup tidur ni... kurang 3 jam". haha... macam tahu je berapa jam patut dia tidur. siapa suruh tidur lewat? lagi satu, bukan nak pujilah... but adik aku ni ala2 body model. (moga2 dia tak baca. habis dia perasan kang). tinggi 180cm. paling tinggi antara abang and ayah aku. tapi masalah adik aku ni... perut buncit. haha... satu benda aku tak larat budak ni, mandi dia lama gile. okay, kalau nak keluar pukul 10am, suruhlah dia mandi pukul 9am. sangat2 lama okay. aku tahu apa dia buat kat dalam tu. haha... and dia juga menghadapi masalah pimple. doktor cakap, kulit bersih sangat sampai bakteria baik pun takde. sebab tu pimple senang naik. kesan daripada mandi basuh muka lama sangat.





my little brother. dah besar dah. 21 years old this year. aku suka bila orang tersalah sebut cakap aku bongsu and dia abang. haha... disebabkan aku rendah. kikiki... nasib lah... aku sayang gile adik aku ni. the one and only. tanpa dia macam tak ceria hari2 aku di rumah. nanti lah, aku kuatkan hati nak balik rumah. sekejap je lagi untuk aku berlepak2 dengan dia. hmm... sedih pulak rasa.














p/s (i) : dah pukul 10am tapi disebabkan hotel ni takde tingkap, rasa macam awal pagi lagi... gerek ni apesal tak reti duduk diam. haha... orang tak sihat mulalah susah nak tidur.


p/s (ii) : kejap lagi siap2 kemas2 singgah taman U kejap then balik Kluang. ish, tak sabar nak beli tikar getah and tilam. nak betulkan dapur jugak.


p/s (iii) : nak beli rak yang dah siap atau tempah? mane satu lagi jimat?












15012012 ~ 10.01am

atas lantai ~ bilik 305-Kozi Hotel

Friday, January 13, 2012

Christina Aguilera - Hurt




pagi2 terpasang lagu ni... dan don't know why and how atau aku yang paranoid... lagu ni berputar 2 kali. hmmm... hope things settled very2 fast. i'm not sure what i'm feeling right now but sakitnya sampai aku takde rasa apa2 dah... towards everything. i can cry of course. once i'm expressing my feeling about YOU, i can straight away cry. of what you have done to me eventhough i'm trying hard to be the very best. but nothing is enough for YOU when regarding to me. so, i'm letting go. i can't do this anymore. i'm too tired of pleasing YOU. seriously... you don't know what you have done to me. maybe you won't know. but everything is too late. i'm totally crushed. so bare with all i want to do. i'm putting myself infront now. the consequences, i can think after things happened.


dan entri sebelum ni... kalau berkaitan dengan perkara ni, aku pasti akan menangis. but hari ni... i don't feel anything. what's on my mind? WHAT I WANT TO DO NEXT. not thinking of 'WHAT CAN I DO TO MAKE OTHERS HAPPY AND PROUD'. not anymore. really fed up. so... bare with me. if you can't, i don't give a damn. period.







p/s (i) : sedang menanda tiba2 terpasang lagu ni... tu pasal update ni. kelas 11.05am. lambat lagi... huhu...

p/s (ii) : i don't feel anything. i'm happy here. for now.

p/s (iii) : too much to handle. kenapa selesema pulak ni... bersin2. wohooo!!

p/s (iv) : Friday the 13th.




13012012 ~ 8.55am
meja aku ~ bilik guru-KVK

Thursday, January 12, 2012

Sunday Market di Christchurch

hai2 all... okay, kerja aku belum selesai lagi actually. tapi lesson plan dah selesai until isnin depan wokay! so konon2 nak sambung menanda buku budak. tapi malas pulak. hehe... minit mesyuarat pun tak siap lagi. dapat lagi kerja baru kena hias papan kenyataan Pengakap. wuhuuu! tahun ni aku pengakap ya. tak sabar pulak nak beli baju uniform. actually aku nak update pasal Akaroa. tempat kitorang pergi hari ketiga tu. tapi cari2 tak jumpa gambarnya... adoyai! takkanlah hilang kot.









okay2, due to the issue, if aku jumpa gambarnya, aku update k. sekarang aku update pasal hari Ahad balik dari Akaroa, the next day. dari Akaroa, kitorang balik ke Christchurch sebab Sir janji nak bawak kitorang pergi Sunday Market. Sunday Market dia macam bazaar JB tu but sangatlah besar sebab dia buat kat tempat memang khas for market. aku gile teruja okay! bangun pagi2 sebab tak sabar nak pergi. tengok suasana sikit.






mostly barang dijual ialah yang terpakai. ala2 car boot sales tapi yang major besar punya market wokay! oh, seriously i love that place. ada baju2, barang2 rumah, souvenir. dijual dengan harga sangat murah. gerek dapat sweater harga NZD10. banyak jugak pokok2, bunga2 dan sayur2 yang ditanam sendiri yang dijual. ohhh... cantekk gile! dan sayur2 nampak macam sedap aje!




selepas jalan2, apa lagi... surelah lapar kan? ini adalah kebab Habebe. halal ya sebab yang menjualnya Muslim. owner dia Muslim. souvlaki tu jenis roti yang digunakan. sila rujuk gambar. besar tau roti dia. kenyang gile memang tak habis makan sorang. huhu...




kawasan berehat2 sambil berbual dan makan2. aku sukalah environment sini. sambil makan nanti ada yang menyanyi2. harmoni je rasa... dan, tempatnya bersih untuk duduk di atas rumput. binatang peliharaan tidak dibenarkan di kawasan ini. rasa tak puas jalan2 tempat ni. if aku berjalan dengan gerek je, sure lama2 dah. huhu... takut kesian kat Sir and family tunggu kitorang lama pulak.











p/s (i) : sekejap lagi nak balik... baran dengan statement2 pihak pentadbir yang tak pandai jaga hati anak buah.


p/s (ii) : esok sudah jumaat! weekend! nak berehat2!



p/s (iii) : seminggu lagi bekerja sebelum bercuti seminggu Chinese New Year. yippie!










12012012 ~ 4.53pm


meja aku ~ bilik guru-KVK

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com