we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Wednesday, July 4, 2012

Nabil and Eleanor's Reception

hai2, busy sikit lah beberapa hari ni... aku terpikir, sampai bila hidup aku nak macam ni. travelling here and there... ewah, padahal kerja cikgu aje. tapi travelling? haha... yelah, PJJ dengan suami and parents. so every weekend mesti balik JB. and mesti bahagi dengan in laws. first night kat rumah in laws, second kat rumah aku. then ahad balik Kluang... we'll repeat this activity all over again every weekend. hmmm... penat tapi nak buat macam mana kan?

okay2, kali ni nak cerita pasal cousin aku punya wedding. happened last 2 weeks. tapi ni baru sempat nak tulis ngepek panjang2. huhu... yelah, busy woman kannnn... huhu... okay2, mula2 meh tengok gambar pengantin. abang sedara aku and his gorgeous wife. santek kannnn? gerek kata macam muka artis2. huhu... majlis diadakan di Duchess Place, Ampang.


abang sedara aku ni anak kedua daripada 4 beradik. so now, tinggal yang bongsu je belum lagi settle down but already has someone special. the groom's family. cikna mestilah kena ada dalam picture. eh silap ayat, cikna mestilah kena ada dalam semua pictures. hehe... orang kuat majlis kannn...

from left : cikna, mama (my auntie), tasnim (abg mie's daughter), abang mie (1st son), bride and groom, papa (my uncle), kak oya (yang bongsu), abang zarul and kak ilah (3rd child and her husband)

time ni dah nak balik. so cepat2 tangkap gambar with pengantin... maafkan mak saya, dia memang tak pandai tengok kamera. entah mana2 dia tengok. hehe... tema groom's family ialah peach. sweeeett je rasa! see i told you, cikna mesti nak kena ada dalam gambar. hehe...


pelamin diorang simple je. but the elegancy shows. abang sedara aku ni simple je orangnya. tapi he knows what best. tengok pelaminnya... simple but very nice. and sweet. kenapa tirai biru? not peach? sebaaaaab....... majlis ni gabung family bride and groom sekali. so bride's family warna baby blue. tambah sweeeeet!


the goodies. St. Dalfour assorted jam. huhu... cikna bagi aku 4 botol. aku terus simpan kat asrama. hehe... mak pun dapat 2 je. chocolate di sponsor by Duchess Place.


main entrance di mana cousins aku 2 orang bertugas memberi gifts. hehe... aku dah bersara. but atiqah still on the job because she's single. kikiki... nasib baik aku dah kahwin. mejanya tak ada guest book tapi ada story book ketika diorang bertunang. sweet sangat. and i like the initials combination. N & E. Nurul Eliyana. kikiki... nak juggaaaaak!


and of course, thank you to my husband kerana meluangkan masa bertemu dengan sanak saudara aku. kami sedondon! comel tak baju kami? kebetulan jumpa kemeja dia yang sedondon. huhu... i like! tudung aku? 2 pieces, cikna yang tempahkan. huhu... first time pakai tudung begini... bolehlaaaahhh nak janguk2.


and last but not least... gambar favourite aku... me and my auntie. di entrance nak masuk hall. kasihan cikna, mesti kepenatan... makcik saya serba boleh ye. sebagai wedding planner? she can do it all alone! except pelamin tu lah. huhu... but she will have the ideas. and it is a great one! trust me.


ucapan untuk Abang Bey, Selamat Pengantin Baru. semoga berkekalan hingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah dan mesti comel2 itu father mother diorang kannn... hehe... haven't got to know your wife. will do it once nanti kita gather. hehe... what should i call ke? Kak Ezu? okay2, saya akan mencuba. hehe...





p/s (i) : majlis belah lelaki akan diadakan 2minggu selepas raya puasa. hmm... there will be 2 events is it? adoi... kesian cikna. i'll try my best to help eh cikna.

p/s (ii) : Alleya Adini dah balik rumah... tiba2 rindu Helena yang sudah botak. haish! weekend ni dapat jumpa tak agak2?

p/s (iii) : perut ni kelaparan jeeee... nak kena makan dulu before maghrib ni. kang baca Yassin perut bunyi2 kang. huhu...

p/s (iv) : save betul minyak and mileage kereta aku. huhu... langsung tak bergerak. next servis 11000km pada 23ogos. current mileage is 7500km. macam mana ni... huhu...





04072012 ~ 4.01pm
meja aku ~ bilik guru-KVK

Monday, June 25, 2012

Baliklah Alleya... :'(

hmmm... nampak macam tengah happy, but in mind ni macam2 yang aku tengah pikir... pasal masalah family yang tiba2 makin bertambah... masalah diri... adoi... pada saat2 sekarang, aku tak boleh stress and tension. tak boleh banyak2 pikir tapi nak buat macam mana... semua tu kena pikir jugak... hmm... sedih.


seperti aku dah canangkan... last weekend kitorang ke KL sempena wedding reception abang sedara aku. kitorang naik hari KL, pergi jumpa abang aku segala... then ayu (mak alleya) call nak mintak izin nak bawak alleya jumpa neneknya. neneknya dah rindu sangat kat Alleya ni. so mak setuju lah... takkan nak pisahkan keluarga kan?


so sekarang... alleya is with her granny. hopefully by this weekend alleya dah balik ke pangkuan kami... baru sedar yang Alleya sangat penting bagi kami. hmmm... baliklah Alleya...


tengok gambar2 ni rasa rindu sangat... Alleya, baliklah... nenek atok rindu dah... awak nakal macam mana pun tak kisahlah asalkan depan mata diorang... Ciyun nak balik JB pun rasa seronok jugak if Alleya ada kat JB. hmmm...





p/s (i) : things get really complicated but i have to take care of myself too...

p/s (ii) : hari terakhir ganti puasa. alhamdulillah... tapi nak puasa sunat jugaklah banyak2 bulan syaaban ni. rasa dah lama sangat alpa dengan perintah Allah...

p/s (iii) : moga2 ada berita hari ni... saya nak balik JB. saya takmo ke dinner... hmmm....





25062012 ~ 10.57am
meja aku ~ bilik guru~KVK

Tuesday, June 19, 2012

24JUNE2012 ~ Nabil's Reception

hai2 all... aku sekarang... sedang berlingkar2 atas katil. minggu ni aku agak free lah. so malam boleh lah nak ronggeng2 di alam maya view situ sini. bukak fb stalk situ sini. kalau last week memang hectic, tak sempat bernyawa rasanya... dengan hari selasa last week after school aku drive to Melaka. then around 8.30pm ke KL. then 12.00am balik ke Melaka and around 6.00am balik Kluang. restless tak? tapi alhamdulillah, sepanjang persekolahan hari berkenaan aku bertenaga. don't why but baguslah... banyak kerja aku boleh selesaikan. hehe...

okay2, entri kali ni nak story pasal weekend akan datang... cousin aku kahwin! huhu... bukan sepupu betul tapi dua pupu. huhu... mak dia and mak aku cousin. so dia dengan aku dua pupu lah kan? selalu orang kata dua pupu tak rapat kan? but kitorang memang rapat dari kecik. maybe because dari kecik rumah kitorang tak berapa jauh and makayah aku selalu datang rumah diorang and vice versa.

inilah dia rupa bakal pengantin. nama bakal kakak sedara aku ni, Eleanor Ezura. sedap kannn? secantik orangnya. Eleanor and Nabil. wah, gempak!


dua pupu aku ni adik beradik cantik2 belaka. diorang beradik berempat. 2 dah kahwin. sorang ahad ni and another one is the bongsu. kakak sedara aku, Nadia. sebaya abang aku. ha, yang hujung belah kanan tu... cantik kan? sampai adik junior UTM aku yang datang time wedding aku and ternampak kakak sedara aku ni ushar2 aku nak kenal. kikiki... sorry dik, she's taken. i mean, single but not available.


wedding akan diadakan di Duchess, Ampang. semoga majlis kalian berjalan lancar dan diberkati-Nya. insyaAllah will be there. ish, Cik Dah and Atiqah ke Vietnam pulak and semoga sempat sampai before the reception. nak baju kurung tau!





p/s (i) : esok sudah rabu! yeay! sedang memikirkan strategi untuk pergi ke 'tempat' berkenaan. beranikah aku? berani je... tapi... ish!

p/s (ii) : Aida Izzati. never fail to text me once a while. you make me feel appreciated. thank you dear. will always pray for you and the girls there. belajar sungguh2 tau!

p/s (iii) : i rasa... i kena semakin matang and let go most things that i used to care a lot. i'm ready to the next phase. semoga Allah bersama kita.

p/s (iv) : lupa call mak ayah. ish! dah berapa hari tak dengar suara Alleya. budak mintak sepuk tu! geram sungguh gua!

p/s (v) : lagi 2 minggu wedding sepupu belah ayah pulak di Sunway. wah! musim kahwin!

p/s (vi) : photo dicurik dari FB abang bey. thank you ;)






19062012 ~ 10.36pm
atas katil ~ bilik aku-kediaman warden KVK

Monday, June 18, 2012

Natasha Helena

hai2, aku sebenarnya takde kerja hari ni... masing2 macam banyak kerja. kerja aku dari last week ialah cari soalan untuk latihan tubi pelajar KV. so disebabkan last week aku occupied untuk hari jumaat tu... aku tinggalkan kerja2 yang lain. tapi lesson plan aku siapkan cepat2 lah and hantar hari Khamis. komited takkkk? haha... dah 3 minggu aku tak hantar lesson plan sebenarnya. huhu... disebabkan busy dan malas jugak. adoyai! tak senonoh!

okay, tajuk aku... nama takmo gempak lagi kan? Natasha Helena. 3 months old. comel sangaaaatt dan very good girl. sangat2 baik. very independent. semoga membesar menjadi anak yang baik ya.


comel tak?? gemok tak untuk budak umur 3 bulan ni. aku pun terkejut tengok montel sangat budak kecik ni. haha... jatuh cinta pandang pertama. dan budak kecik ni sangat suka berbual. dah tak reti duduk diam. nangis? jauhhhh sekali. nangis time lapar je.


gerek tengah ngagah dia... sangat suka berbual. ei, geram kan? rasa nak gumpal2 dia and baling. comel sangaaaaat! macam nak gomol2 peluk2 sampai dia nangis then bagi kat mak dia suruh pujuk. hah! puas hati!






p/s (i) : afternook keluar bersama warden sekalian. jalan2 cari makan. laparnyaaaa....

p/s (ii) : beginning of the week. semoga minggu yang seronok. weeehuuuu!

p/s (iii) : 2nd day? new month. always new month :)






18062012 ~ 12.29pm
meja aku ~ bilik guru-KVK

Sunday, June 17, 2012

RODA - aku sedang di bawah

hai2 all... aku kini dah sampai asrama. tak penat sangat tapi yelah... kena kerja kan... dengan masalah kanak2 aspuri ni. aish... mentang2 aku dah lama tak marah. ish! kul 8pm nanti denda akan bermula. bagus jugak gerek bagi idea suruh diorang baca Surah Yasin ramai2 kat aspuri, bagi berkat dilindungi sikit kawasan ni. huhu...

okay, kenapa tajuk entri aku macam ni? hmmm... slow2 aku terangkan ya. dari keciklah aku cerita. huhu... aku cuba buat entri ini supaya readers tidak bosan membaca ya. baik! dari kecik, aku ni selalu dapat apa aku nak. as i have mentioned before, bukannya aku ni jenis meminta2. tapi tiba2 bendanya tersedia. paham tak maksud aku? kiranya, aku dah mintak pun daripada parents aku but diorang yang suka nak membelikan itu ini untuk kami adik beradik. yelah... adik beradik pun tak ramai kan...

okay, kegagalan pertama yang aku ingat, ialah ketika darjah 3. sebab aku selalu dapat nombor rendah2 (kira yang paling teror lah...) but then, akhir tahun darjah 3, result aku jatuh. aku dapat nombor almost 10. kat situ lah, pelajaran aku semakin corot. darjah 4, 5, 6 nombor aku mesti belas2 puluh2. haha... makayah selalu lah bising... ketika itulah baru rasa takut untuk tunjuk report kad pada parents. before2 ni tak pernah kan? huhu... alhamdulillah... UPSR straight A's.

ayoh ke Menengah Rendah pulak... time2 ni memang sentiasa lah takut nak tunjuk result exam kat makayah. nombor asyik buruuuukkk je! yelah, masuk sekolah pandai2 belaka, aku ni kategori average. until form 3 lah nyawa2 ikan nombor tu... tapi aku syukur jugaklah cikgu2 strict dengan markah2. tak pernah2 dapat banyak A dalam exam, PMR aku dapat 6A. dan aku rasa sekolah tu tak sesuai dengan sosial aku. mak sarankan aku pindah sekolah, aku setuju...

Menengah Atas. aku berazam kat diri takkan sia2 kan pendidikan aku tinggal 2 tahun kat sekolah. (ini betul eh, maybe orang pikir aku yeye je poyo berazam2 ni. tapi memang aku berjanji pada diri takmo ulang kesilapan PMR) dari form4 aku belajar sungguh2. dan alhamdulillah, it pays off. SPM aku paling tinggi dalam kelas. hehe... sedikit bangga. tapi hanya sebentar ajelah...

Matrikulasi. ini adalah kegagalan sejati aku. haha... masa tak boleh diputar balik. but di sini lah aku sangat gagal dalam hidup. setakat ni lah. huhu... aku banyak main. sangat banyak main. kalau nak tanya bila masa yang aku belajar, aku pun tak tahu bilaaa... haha... yang pasti, kat sini lah titik tolak susah permulaan hidup aku di universiti. dengan result yang teruk, mak ayah marah. seminggu mak tak bercakap dengan aku. dan akhirnya dilelong ke UTM jurusan yang aku tak mintak. jurusan yang aku tak minat. tapi... aku usaha untuk tukar jurusan. alhamdulillah berjaya ke TESL.

di TESL, aku berjanji belajar betul2. but selama 4 tahun surelah ada turun naik. syukur alhamdulillah... grad dengan pointer yang bolehlah... tak memalukannn... hehe... tapi... semua tu aku tak rasa lagi sebagai aku di bawah roda. itu hanyalah cabaran kecil hidup aku.

cabaran pertama : aku gagal interviu KPM. time ni... susah nak describe macam mana perasaan aku. aku down lama gile. anak2 murid yang selama ni aku rasa tak kisahkan apa aku rasa, sebenarnya caring jugak. huhu... ketika inilah baru aku rasa budak2 sayang aku. kikiki...

cabaran kedua : yang sedang aku alami sekarang. aku dah kahwin 8 bulan. orang dok tanya2 bila aku nak ada rezeki. adoyai... Allah belum nak bagi. agaknya, aku macam diorang ke? suka bertanya2 benda2 macam ni tanpa menghiraukan perasaan empunya diri? nauzubillah... pengajaran pada diri. 8 bulan ni aku ambil sebagai pengajaran. segala benda terjadi kan, ada hikmahnya. aku belajar jaga Alleya. belajar bersabar dengan kerenah dia. belajar cuci semua2. nauzubillah, berak susu busuk diaaaaa.... wuhuuu! tak tahan nyah! hehe... tapi rezeki kami masih belum tiba. maksudnya, ada benda lagi yang kami kena belajar.

cabaran ketiga : untuk keluarga aku. nauzubillah... aku rasa satu tamparan hebat. tak tahu nak describe macammana lagi perasaan kami. sebab tu 2 minggu ni aku restless. tapi syukur... setelah apa yang pernah mak lalui di Teknik Dagang 2 tahun dulu buat mak kuat. mak tak cepat melatah macam dulu. semuanya dia rujuk pada-Nya. bila dia tak tenang, kat tikar sejadah mak sepanjang malam. dan aku bersyukur keluarga kami pernah tempuh cabaran itu suatu ketika dahulu. Allah telah menyediakan kami untuk cabaran yang lebih besar rupanya... tahun di mana keluarga kami di bawah roda. semoga ada hikmahnya... mungkin bukan sekarang tapi everything happened for a reason.








p/s (i) : rasa sunyi tanpa anak2 murid Tasek yang telah lanjut belajar... kalian sihat2 kan?

p/s (ii) : terdetik semalam : lama tak tengok budak2 main bola. nak tengok Malaysia punya bola. taknak tengok EURO. tak dekat di hati. hehe...

p/s (iii) : aku harus kuat. untuk suami saya, saya senyum bukan untuk tipu awak. tapi untuk kuatkan hati saya. sebab tu petang semalam i tak tahan. hm, bila nak belanja shopping2 i?






17062012 ~ 8.49pm
atas lantai ~ bilik aku-kediaman warden KVK

Wednesday, June 13, 2012

Paya Rumput Seafood Village

hai2 semua... aku sebenarnya kepenatan ni. semalam travel 3 negeri in 1 night. adoyai... dahlah puasa, tapi apakan daya. ini dugaan yang keluarga kami kena hadapi. moga2 kami semakin insaf dan dapat terima segalanya dengan tangan terbuka. currently still tired and banyak benda kena uruskan. but nak lapangkan sedikit kepala, rileks sebentar. lama dah tak taip blog kannn?

okay2, entri ini. nama pun dah tahu pasal kedai makan kan? ya, memperkenalkan... kedai makan milik suami saya. share dengan kawan2 dia. syukur alhamdulillah, tercapai jugak niat suami saya nak berbisnes. nak tunggu aku? adoi, memang takde dalam darah kot bisnes ni. huhu... so, serahkan kat suami ajelah... dan setelah 7 bulan, perniagaan semakin stabil. just perlu haluskan lagi pengurusan kedai itu. weeeee....

so inilah rupa kedai gerek saya... eh, macam tak jelas pulak kan? maaf, tak pandai tangkap gambar. hehe...


kedudukan kedai ini adalah di Paya Rumput. bersebelahan Cheng jalan menghala Alor Gajah. berada betul2 di tepi jalan. landmark nya adalah bustop. dan jugak betul2 bersebelahan dengan rumah tradisional Melaka. inilah dia.


ketika cuti sekolah 2 minggu haritu, aku setia di Melaka but jaranglah ke kedai. penat tu menunggu gerek sebab lama sangat. hehe... selalu dia balik 12.00am. lama kannn? dan satu hari ni, sambil menunggu, main dam haji dengan dia. hui, lama tak main tau! dan aku suka dam haji kedai gerek ni. sebab ia di dalam frame. so, cantik dan tahan lama. nampak antik jugak.


menu favourite aku kat kedai gerek ni, kailan ikan masin. huhu... order lah apa2 pun, mesti aku nak kailan ikan masin... takde tomyam pun takpe. asalkan ada kailan. hehe... bau dia... hui, mengancam!

jadi di sini, kawan2, marilah ramai2 ke kedai gerek. hehe... kalau tak puas hati, terus belasah dia! huhu... banyak lagi nak kena improve. so kritikan membina amat di alu2 kan.





p/s (i) : nervousnyaaaaa.... ish, ish... semoga jalan dipermudahkan...

p/s (ii) : esok petang balik JB. yeay! kesian Alleya nangis pagi tadi hantar Cik Yun pergi kerja.
p/s (iii) : okay, 2 hari tanpa kereta. dah terbiasa ada kereta, tiba2 takde kereta mesti adaaaaa je tiba2 nak kena keluar guna kereta. siapa pernah rasa macam ni? huhu... masa ada kereta, duduk tersadai bawah garaj. takde kereta, ada je nak kena uruskan benda2.

p/s (iv) : minggu ni aku di JB, gerek di Melaka. ohoooiii... cepatlah habis kerja!






13062012 ~ 11.03am
meja aku ~ bilik guru-KVK

Thursday, May 31, 2012

DEVASTATED

quick update. hari ni dah khamis. tinggal few days lagi untuk naik cuti sekolah. deyymm! bila cuti je rasa sekejapnya. bila sekolah, rasa nak nangis tunggu weekend. ya! even weekend pun rasa amat2 berharga. tapi overall, aku amat berpuas hati. seminggu bersama gerek. susah senang. ada hikmah tak dapat pindah Melaka. just wait and see. He has better plan for us. InsyaAllah.



i'm not good in holding back my emotion. i know. that's why i don't FB and blog. it's not that i don't want or i don't follow latest updates. i just take a glimpse of everything.


anak2 murid kebanyakan dah sambung belajar. good luck anak2. i love you. i miss you. all of you. yang penting, belajar sungguh2. walau di mana kalian sambung belajar.






p/s (i) : habis dah menonton X-Men First Class. hamboilah aku cuti2 ni. exam papers belom siap menanda lagi ni.

p/s (ii) : ngantuk lah. sesuai tido tak time2 ni. haish!

p/s (iii) : malam ni gerek kerja sampai malam. so, i decided to stay home je. nak siapkan kerja2 tertangguh.

p/s (iv) : actually, i miss all the three of you. but seems maybe you don't want me to join. hurt me a little but i'm sure you have your reason. i miss the days where you missed call just to here my voice and hang up. i miss the time where i said i want to buy the hotel and you gave a funny respond. i miss that. i miss all of them.

p/s (v) : HAPPY BIRTHDAY PUAN ZAKIAH. I LOVE YOU, MAK!



31052012 ~ 3.21pm
depan tv ~ rumah sewa gerek-Melaka

Tuesday, May 15, 2012

chronology of Rings

hai2 korang... aku tengah pening2 ni. kerja banyak. malas nak bergerak rasa. haha... sampai nak pergi ambil kain skirting alas meja kat stor hujung ni pun aku malas. tiba2 macam bau bubur kacang or bubur jagung. cedapnya cikna masak bubur jagung hari tu... tapi sebab kenyang sangat, aku makan sikit je. wuhuuu... last week heaven! MC beberapa hari so sambung lah bercuti 5 hari di JB. jalan2, makan2. seronok banget haku. tapi pening layan Alleya. haha...

okay2, sebab 2, 3 hari ni mood agak swinging. not in a bad way. okay jugaklah dah lepas2 ngamuk, terus cool mintak2 ampun kat gerek. terhenyak muka dia ke... ohoi... sorry suamiku, jangan hantar ku ke neraka. takmo... tak sanggup. huhu... dia sekarang di Kelantan. esok atau hari ni kot balik. aku prefer esok lah sebab bagi dia rehat dulu baru drive balik Melaka. then nanti nak datang kat aku pulak. amboi, rindu sangat nampaknya ye? hehe...

suami saya ni, the best man for me! i'm not saying he's the best man in whole wide world. masing2 akan ada best man masing2 kan? best man aku, tak mungkinlah jadi best man kalian. amboi, nak berebut ke? hehe... he's everything i'm searching for. even i don't realise at first. i cherish every moment he's with me. content. yes, that is what i'm feeling. content.

30 Oktober 2010 - hari keluarga gerek datang merisik.



18 Disember 2010 - hari kami mengikat tali pertunangan.


21 Oktober 2011 - hari kami sah bergelar suami dan isteri.



big steps. we are adults now. tapi jiwa muda ya. hehe... i love you dear husband. thank you for being the best you can for me. i'm trying hard to be the best for you too. as long as you with me, i don't have problems. thank you for being the one for me. arghh! tak sangka aku dah kahwin lebih 6 bulan. haha... aku isteri orang sudaaaa....




p/s (i) : okay, invigilation. cepat taip!!!

p/s (ii) : bladder aku ni rasa tak sihat lagi lah... ohoiii... huhu...

p/s (iii) : nampak kak edi makan paru sedapnyaaaaa!






15052012 ~12.13pm
meja guru ~ bilik guru-KVK

Sunday, May 6, 2012

ARMY ~ Amir Ridhwan Mohd Yazed

hai2 korang... currently doing nothing. selsema makin teruk. tekak getting better. kepala sakit sikit. letak kain atas kepala. huhu... cepatlah baik demam... huhu... tak boleh demam Teacher Eli! TAK BOLEH!. daulat aku rasa ni. hari tu aku marah2 kelas aku sebab lembik sangat. sakit kepala sikit dah beratur nak ke klinik. haish, menyampah lelaki lembik2 macam ni. okay, budak kelas aku 30 orang semua lelaki. tahun ni aku mengajar 4 kelas; 5ABM : 29 lelaki, 5 EE 2 : 22 lelaki + 2 perempuan, 1 TAU 2 : 33 lelaki, 1 TKM : 30 lelaki. ramai tak anak jantan haku? tapi semua lembik2. tiap2 hari ada je nak ke klinik. menyampah!

okay2, entri kali ni aku nak cerita pasal kerinduan aku. wuhuuu... its been a while kan talking bout my lil bro? aku taknak selalu cerita2. kang aku sedih. huhu... balik weekend haritu asyik sentap je. mula2 pasal mak pergi pasar besar. dia nak beli udang nampak fresh2. but at the end tak jadi. dia kata, "nanti mak makan, mak teringat boy. so mak tak beli lah. wuhuuu... sedih aku dengar. then pasal cikna balik pagi tadi. Alleya ngendap2 kat tingkap. nampak cikna sampai. dia excited panggil bapak aku. "Atok! Cikbey!" jari tunjuk2 cikna. bapak aku sure sentap jugak tu...


hope you are doing well there, Amir. seriously, rindu nak moreh dengan you. rindu nak moreh mcD. rindu lah segala2. rindu nak kacau you tidur. rindu nak cubit bontot you. rindu nak dengar lawak bangang you. until now, azuan still tak pandai. tapi ada sekali dia buat lawak ala2 you. huhu... rindu you lah. bila you nak balik? hmmm... belajar elok2 kat sana. dah jauh2 tu... usaha lebih2 tau! solat jangan lupa. iman kena kuat.

i love you much. yelah, mana nak express sayang2 you ni face to face kan... i'm sorry can't afford yet to but the shoes. i'll try my best ya. taknak you berdarah2 lagi. huhu...




p/s (i) : ohoi... mata ni, cepat baik. panas badan datang dan pergi. ohoi...

p/s (ii) : UPU keluar esok. aish, risau aku dengan budak kecik sorang ni. moga2 dia dapat...

p/s (iii) : esok perlu bertenaga. hari terakhir sebelum mid-year examination.

p/s (iv) : dek kerana demam... tak dapat round pesta konvo. uhuk2...





06052012 ~ 10.16pm
atas katil ~ bilik aku-kediaman warden KVK

Wednesday, May 2, 2012

Wedding Idzham dan Amalina :D

hai2 korang... semalam hari buruh apa korang buat? aku biasalah balik JB. husband demam pulak. lagi satu... petang tu jalan2 JPO dan Jusco Permas. ohoi... agak letih. balik2 shida buat kek lagi. kesian budak tu... tapi alhamdulillah, bisnes beliau semakin maju. hari ni ada satu tempahan je untuk disiapkan dan kami plan nak ke pontian. huhu... jalan2 lagi. mak aku dah bising. aku terlampau aktif. adoyai... nanti eh mak. sabaaarrr... belum masanya lagi. hehe...

okay2, entri kali ni nak cerita pasal wedding Am dan Amalina. comel je mereka. sangat secocok. Amalina nampak sangat manja. ohoi... bestnya wedding. jelessss... bukan jeles apa, just seronok teringatkan wedding aku dan gerek tahun lepas. sangat enjoy walau penat. oh, lupa nak bagitau, majlis pernikahan mereka berlangsung di Terengganu pada Jumaat, 27April2012. kami bergerak dari JB pagi2 tu... majlis persandingan keesokan harinya... inilah dia pengantinnya. royal yellow. cantikkk!!


gambar masa majlis pernikahan aku takde sebab hp tertinggal kat hotel. semua dalam hp gerek. i love everything about their wedding. baju nikah pun aku suka. pelamin nikah? inilah dia... hehe... ketika ni sedang tunggu pengantin bersiap untuk ke dewan.


okay, gerek2 tanpa Ale. dengar kata Ale sedih2 di Kemboja sana. huhu... apakan daya, best friend kahwin tapi tak dapat hadirkan diri. sure lah sedih kan? tapi gerek2 yang tinggal di sini? haha... diorang enjoy gembira2 ada lah! haha...



love this picture so much! aku dan gerek dijemput makan beradab dengan pengantin. haha... best! makanan best. and aku enjoy the meal sampai lupa nak stop. haha... tidak senonoh.


last but not least... picture kasih sayang antara gerek2. haha... eh lupa nak letak gambar abang long beraksi. sila menjamu mata. cheerio!





dengan ini, saya Nurul Eliyana Mohd Yazed dan suami, Mohd Azuan Ngadimi ingin mengucapkan secara rasminya... Selamat Pengantin Baru. Moga dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat yang ramai dan soleh solehah. hehe... thank you for the sponsoring. thank you for the invitation. we enjoy travelling with you guys. happy je. hehe... nanti gather2 with Ale. rasanya... dia nak open table tu untuk Am. kikiki...




p/s (i) : kelas pukul 11.20am sampai 1.00pm kejap lagi...

p/s (ii) : lunch with my husband! yeay!

p/s (iii) : petang ni berjalan2 ke Pontian. weee... lepas ni takleh jalan jauh2 sangat dah. mak dah bising.

p/s (iv) : jawapan egtukar 19mei2012 ye kawan2. semoga berjaya.





02052012 ~ 10.13am
meja aku ~ bilik guru-KVK

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com