we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Monday, August 18, 2014

raya-raya Melbourne style

hai hai you ols... lapang sikit hari ni jadi nak update blog tapi no idea. huhu... jadi nak update pasal hari raya parents aku and Alleya di Melbourne. oh mula2 takde lah jeles sangat but then bila tengok gambar itu, ini. jalan sana, sini. perghhhh!! nak jalan2 sana juga!! sabarlah... terpaksalah bersabar mengumpul uang ringgit untuk Boy konvo nanti.

jadi... gambar mereka berlepas dah tunjuk haritu kan? kemudian sebaik sampai di sana, diorang pergi late night dinner. sekali dengan sahur jadi tak payah nak cari makanan sahur lg bila balik rumah. aku call bila sampai kerja, masing2 muka bengkak. haha... tak cukup tidur. ni gambar pergi pasar nak masak untuk iftar.


nasi ayam signature dish mak hari pertama iftar di Melbourne. terbaek wok!


then... mereka ke Philip Island. wildlife park yang aku pergi dulu. Alleya sangat takut dengan kucing. kalau jumpa kangaroo, lagilah menjerit!





comel kan Alleya? angel in disguise. haha... bestnya! bestnya!

Hari Eidulfitri di Melbourne. How I wish I could join them. uhuk2... next year kalau pergi Boy konvo, summer rasanya. oh summer kat Malaysia pun boleh rasaaaa!!


mummy and daddy looking young and swagggg!!


  
jalan2 lagi.... rasanya macam dah habis 1 Melbourne diorang jalan ni. lepas ni bolehlah diorang jadi tourist guide aku pulak. huhu...





yang paling jeles surelah gambar2 selepas ini.... wuwuuw... siap call aku suruh bukak facetime. uhuk2... sanggup kalian kannn... sanggup!! okaylah terubat sikit rasa hati mak bagi gambar Boy berhingus.
 



 
diorang pergi The Lab! oh jelesnya... café yang ala2 saintis gitu... padahal gelato je pun. kikiki...
 

 
inilah kakak2 yang rajin melayan Alleya. sampai naik tocang katanya. but still can handle. good job!
 

 
dream comes true. punyalah berangan minah ni. mak aku kata layankan beli tshirt frozen tu. kat sini lebih kurang rm20-rm30 tapi kat sana $20. hadoi... lebih kurang rm60 tu... takpelah, sekali sekala. siap crown tu memang becok dia bercerita.
 
 
 
 
 
wah, serious rasa left out tapi aku memang nak makayah aku pergi jalan2 sana dulu before adik aku grad sebab nanti bila nak konvo, tempat tinggal semua limited. makan duit kat situ. kalau pergi sekarang, duit untuk jalan2 and shopping. duit hotel and transport dah jimat. kannn? so next visit is next year. memang cita2 aku pun konon2 mesti nak jalan2 luar Negara 2 tahun sekali. haha... tahun lepas jalan, tahun ni tak. tahun depan jalan. yeay!!
 
 
 
 
 
 
p/s (i) : Boy balik awal tahun depan or akhir tahun ni?
 
p/s (ii) : weekend full with activities.
 
p/s (iii) : minggu depan balik kampung. macam seronok pulak rasa.
 
p/s (iv) : MOGOK!
 
 
 
 
 
18082014 ~ 3.55pm
meja aku ~ bilik guru-subjel umum ILPPG


Wednesday, August 6, 2014

its been almost 10 years of ~ae~

hai hai korang... minggu ni terasa panjang sangat. agaknya minggu lepas dah cuti panjang. jadi bila dah mula bekerja ni, lemau sikit. hari ahad aritu dah sambung cuti dah. haha... suami bangun2 tidur cakap malas nak pergi kerja. aku pun join sekaki lah. haha... hari ni baru hari rabu. fuh, esok khamis. kerja lagi! hoho...

orait, entri ni khas untuk suami. yang dulunya boipren kite. haha... tak sangka pejam celik pejam celik, dah 10 tahun kami bercinta. haha... masuk tahun ketiga perkahwinan. dikurniai seorang cahayamata. Alhamdulillah, ada rezeki kami memiliki zuriat. and it has been ups and down through out the relationship and we managed to hold it together. I love you sayang. terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan saya.

our first picture together.


haha... honestly time bodoh2. takde terpikir apa pun. dia ajak tangkap gambar, layankan. plus, suami tangkap gambar dengan budak2 lain juga. huhu... aku rasa time ni betul2 baru lapor diri masuk sekolah sbb meja aku tak bersampul lagi. aku belum hias lagi meja tu. so kami daftar masuk februari. aku rasa dalam februari atau mac gambar ni. huhu...

suami aku ni ramah dari sekolah. disenangi. tapi aku ni jenis biasa2 je. takde nak bergaul sangat dengan orang2. sebab macam luar comfort zone aku. so aku gaul dengan budak kelas jelah. tak tahulah aku tak perasan ke apa, suami bagi signal suka suka kat aku. haha... dia selalu call aku petang2 pun aku still lagi tak perasan dia suka aku. entah, mungkin aku rasa tu normal. hmm... short wire sungguh aku. until lah macam cara dia berbual ala2 macam romantic gittew. ei geleman makkk!!! so aku menjauhkan diri. pikir dia je, aku jadi geli. geli dengan mat2 jiwang, mat2 bunga. haha...

naik form 5 barulah bertegur balik. tapi still awkward. sebab aku dah tahu dia suka aku. haha... dia dah mengaku. lagilah tak reti aku nak berbual. but buat biasa2 dalam kelas. belajar. haha... seronok time teknik JB ni sebab aku perasan aku pandai. lepas SPM pun contact dia gitu gitu je. jumpa sekali dua. lunch dinner time aku part time kerja kat angsana.

masuk matrikulasi Johor sama2. kat situlah mula msg2, gaduh2, itu ini... declare. hahaha... 18 tahun dah bercouple. ceh... tak sangka kami Berjaya menjaga hubungan ni. thanks to my husband lah sebab tahan dengan perangai saya. layankan keburukan. kalau dia tak tahan, memang berkubur lama dah hubungan ni. syukur...




note to self :
1) kurang-kurangkanlah garang tuuuuu...
2) cuba layan suami tu lembut-lembut sikit...
3) buatlah sifat sikap tak senonoh yang boleh malukan suami
4) jaga anak baik-baik. awak tu isteri...





hari jadi suami yang ke 20 rasanya ni. 11 Sept 2006. dah tak berapa nak ingat. huhu... zaman muda remaja. ohhh... rindunya... nak muka begini. badan begini. nak nak nak! hoho...


time konvo aku. somewhere in September 2010. kena check planner. husband punya konvo tahun sebelumnya. dia grad dulu. beberapa bulan selepas ni kami pun bertunang. hehe...


di hari pernikahan kami. 21 Okt 2011. pipi masing2 kembang semangkuk. Alhamdulillah. setelah bertahun2 bercinta, kahwin juga kami. hehe...


hari cukur rambut dan akikah anak kami, Muhammad Umar Aryan lahir pada 12 Oktober 2013. majlis diadakan pada 1 Disember 2013. lengkap kami sebagai sebuah keluarga. Umar nak adik dah ke? sabar ya nak... bagi awak bermain puas2 manja2 dengan mama papa dulu. okay Sayang?





tak terucap dengan perkataan. susah nak ungkapkan. bahagia. content. lengkap. aku rasa hidup ni dah cukup. kini, kami berusaha memberi yang terbaik untuk keluarga. biar anak2 cukup segalanya. cukup makan, pakai, kasih sayang. itu janji kami. selagi bernyawa, selagi tu kami akan terus berusaha.







p/s (i) : esok last bersenang lenang. minggu depan full throttle habiskan module. sem 3 dah tertinggal banyak ni.

p/s (ii) : ya Allah kurniakan aku kesabaran dalam menjalani tanggungjawab terhadap kerja aku dan anak-anak murid ku.

p/s (iii) : bila nak start puasa 6 ni? minggu depan okay tak? atau esok?

p/s (iv) : suami cakap malam ni tak payah masak. yahooooo!!




06082014 ~12.51pm
meja aku ~ bilik guru-subjek umum ILPPG

Monday, August 4, 2014

Aidilfitri 2014

hai2 you ols... budak2 dah balik kampung. pesanan aku sebelum balik kampung tadi pumpangpumpang aku marah budak. dah lama tak marah budak macam tu. muka sorang budak ni, eii! macam nak tumbok je. sabar2. tabahkan hatimu Puan Elly. Ya Allah, apa jadi eh? kenapa eh boleh jadi macam ni? kecewa sangat aku rasa. aku dah buat yang terbaik. tapi outcome dia still lagi macam ni. hmmm... sabar lah.

raya tahun ni aku syahdu sikit. makayah jauh. uhuk2... beraya dengan mertua. takdelah tak seronok raya dengan mertua. tapi yelah, tiap2 tahun kan raya bersama 2,2 keluarga. hopefully cikna will join us. rasa sikitlah bersama dgn keluarga. ha.... mak ayah aku pergi mana?


uhuk2... 22julai pagi, mereka telah berlepas ke Melbourne. nak beraya dengan adik aku kat sana. uhuk2... berjuraian lah air mata aku ketika di airport pagi tu. first time ni raya tanpa makayah. pikir je rasa sedih. huhu...


fuh, menggedik gile alleya kat sana. 1st syawal pun adalah hari jadi ayah ke-60. selamat hari jadi cif yazed! I love you sooooo much!!

okay, takmo cerita banyak pasal raya sebab tak berapa syok. huhu... selamat hari raya dari saya, Nurul Eliyana dan suami, Mohd Azuan dan anak kami, Umar Aryan. maaf zahir batin.







p/s (i) : maafkan pemandangan kasut berselirat tu ya.

p/s (ii) : hari isnin. makayah balik hari sabtu. yeay!!

p/s (iii) : hari pertama kerja lepas cuti panjang. hoho... lemaunya.

p/s (iv) : post bersambungan dari sebelum raya dan lepas raya.






240714 & 040814 ~ 8.55am
meja aku ~ bilik guru-subjek umum ILPPG

Tuesday, July 15, 2014

quick update : #pray4gaza

hai2 salam you ols... busy dengan kerja. busy dengan keluarga. Alhamdulillah dipermudahkan segalanya... maaf terlambat nak mengucapkan selamat berpuasa bagi mereka yang beragama Islam. diam tak diam, dah 17 hari kita berpuasa. tinggal seminggu lebih je lagi untuk kita menyambut hari raya. tahun ni perasaan sedih sikit sebab mak ayah beraya di Melbourne. fuh, kalaulah banyak duit, memang dah ikut dah diorang. huhu... minggu depan hantar mak ayah mesti aku nangis over ni. jangan terbatal puasa sudahhh!


di kala kita bergembira menyambut Ramadhan, sibuk memikirkan juadah berbuka, baju2 raya, duit2 raya, kuih2 raya, hiasan2 rumah dan macam2 lagi... saudara-saudara2 kita di Palestin sedang berjuang untuk hidup. Nauzubillah, really breaks my heart thinking of them, especially the kids and babies yang tidak bersalah menjadi mangsa. dan kebanyakan kematian yang dilaporkan, anak2 kecil pasti terlibat. Ya Allah... lindungilah mereka.

sejujurnya, aku buta isu2 semasa. aku tak tahu sebab musabab peperangan itu berlaku. tapi aku tahu, its totally wrong to attack innocent people, destroy their home. melihatkan gambar2 di facebook, menitis air mata. anak kecil yang pergi mengadap Ilahi. ataupun anak2 yang kehilangan ibubapa. bagaimana mereka nanti? siapa nak besarkan mereka? Astaghfirullah. apakah sebabnya peperangan ini dimulakan. lebih2 lagi di bulan Ramadhan. ketika umat Islam di sana berpuasa.


suka mendengar moto pejuang2 sana.

"bersahur di Palestin, berbuka di syurga"

simple. deep.


saya menyeru kawan2 supaya membantu mereka semampu kita. kita tidak mampu untuk ke sana. kalau di suruh ke sana pun, kita pastilah tidak berani. tapi, ada pelbagai cara kita boleh membantu selain mendoakan keselamatan mereka.

 
 
di harap dengan bantuan kecil kita ini dapat meringankan beban saudara-saudara kita di sana. kita tidak mampu berperang jadi ini sajalah yang mampu kita bantu. selain itu, cubalah kita boikot barangan yang menyumbang ke ekonomi Israel. kita umat Islam berada merata diseluruh dunia. bukan saja Islam yang mengecam tindakan Israel. jadi, sama2 lah kita memprotes, memboikot supaya mereka sedar, kita adalah bersaudara. kita kuat!
 
 







p/s (i) : sedihnya tengok gambar2 budak tercedera dan gugur di sana. rasa macam nak pergi peluk mereka. ya Allah, lindungilah mereka.

p/s (ii) : janji Allah, bani Israel akan lenyap dari dunia. Allahu Akbar!!

p/s (iii) : 10 minit lagi nak balik. hari ni masak lauk simple dimple je. he... lama dah tak masak.

p/s (iv) : kurang seminggu mak ayah and alleya nak fly. sad!






15072014 ~ 4.24pm
meja aku ~ bilik guru-subjek umum ILPPG

Tuesday, June 3, 2014

splinter under skin

entri emosi. kalau agak2 tak boleh terima. sila tekan butang pangkah atas sekali belah kanan.


dah berbulan emosi sebenarnya. tapi as usual, we suppress the emotion down under until its hard to reach out. klimaks dia adalah tengah bulan April hari tu. tapi boleh lagi lah nak tahan2 sebab taknak ambil pusing lagi. kemudian datang lagi bencana awal bulan Mei. ei, tak sedar2 diri lagi tu. kemudian ni nak datang bencana lagi. update facebook like you are 20 years old. ni yang susah bila orang tua baru nak ber'social network. jakun dia lain macam. berak pun nak update kot.

if happen you read this, naiklah angin ke... apa ke. I don't really care. for past A LOT of years, I've been cleaning your shit. so, whatever wants to happen, BRING IT ON!

talking about your right. hei, kata tengah mendekatkan diri pada ALLAH. bagi segala ayat2 Al-Qur'an pada I. dah tengok belum whether you have the right? NO. NADA. NONE. TAK ADA. do you hear me? you don't have even a slight right on what you have been claiming yours. I nak membebel panjang lebar lagi. but I don't want to be like you. I want to keep my sanity in. in Islam and in Malaysia, you don't have any right.

saying, "see you in court" to someone very vulnerable. hoyeahhhh! *clapclap. good for you. if you want to bring this in court, hear me, there's no rule in Malaysia will support your case. you'll lose before stepping into any lawyer's room. and banyaknya duit you nak bayar lawyer. hutang2 tak reti pulak nak bayar.



eh, I dah state 2 points. I think that's enough for someone like you. I mean, someone who puts themselves first before putting somebody else behind them. you taknak pikir. if only you berpikir, things like this won't happen. whatever it is, I had enough of all your drama. seems that, old enough never reach your maturity. good luck though.






p/s (i) : ha, macamlah i tak biasa, kena balik with whatever i said to you. balik2, i yang salah. i am the one had to say sorry to you. that was before.

p/s (ii) : i have a job. i have a husband. i have a stable life.

p/s (iii) : sian ayah lama tak gi mancing. ni nak lepas gian lah tu. goodluck ayah.

p/s (iv) : malam ni ada live tak sukma? how i miss my boys. maybe i don't belong in their lives anymore. aih...







03062014 ~ 10.42am
meja aku ~ bilik guru subjek umum-ILPPG

Tuesday, May 20, 2014

Birthdays celebration (versi belated)

Hai2 you ols... Aku biasalah ala2 konon2 banyak kerja. Haha... Minggu ni lah baru free betul2. Both semesters dah exam. Paper dah siap tanda. Tinggal nak key in markah. Sebenarnya boleh je terus buat. Saja malas nak tunggu last2 minit. Huhu... Mengada kan?


Okay, entry kali ni nak update pasal birthdays yang terlewat nak update. Huhu... First celebration is in March. Oh kasihan anak saudaraku, makcik lewat update. Maafkan Ciyun ya sayang. Hoho... Second celebration is about 2 weeks ago. So here goes..........


 
Natasha Helena turns 2



Happy birthday sayang. ha, Nampak tak nak manja2 dengan atok. suruh pakaikan kasut lah. sakit kaki lah. macam2. huhu...

 
kami celebrate biasa2 aje. dah dekat tengah bulan kannn... hehe... nasib baik atok banyak duit, so belanjalah makan di Tea Garden, Seri Alam. before datang sini, kitorang g Tesco dulu. ingatkan nak makan2 kat Tesco. ha, dah layan diorang main kat playground dalam tu sampai 9.45pm, semua kitchen dah tutup lah namanya. huhu...
 
 
 
 


Umar terbaik! tidur je sepanjang kitorang makan. so bolehlah makan dengan aman. hehe... ini di kala dia 5 bulan, masih lagi senang nak kawal. sekarang..... hamek! macam nak terpulas lengan and bahu ni mendukung dia sambil berpusing2. hehe...



Alleya Adini turns 5


sikit punya susah ha nak tangkap gambar budak 4 orang ni. siap ada peserta tambahan. hehe... comel budak laki depan tu, setiap kali aku angkat ipad nak tangkap gambar, dia pun cepat2 nak masuk dalam gambar. hehe... elena ni! susah sungguh nak tangkap gambar awak!




Umar Aryan tak senang duduk tengok kakak2 and abang main2. sabar ya nak, nanti dah boleh jalan, awak boleh join sekali ya. huhu...
 
 
 
last but not least, these 2 guys are watching Frozen. we gave them some of the cake and Alleya sangkut lah duduk situ as big fan of frozen. hehe... macam abang2 pulak yang menumpang tonton dengan dia. budak kicik ini....



next, hari raya pulak. nak kena membeli baju raya untuk the girls. and tidak lupa dah tambah sorang lagi anak buah. Aqief Imran. time tu dia dah 10 bulan ke? hehe... tak pandai pulak nak membeli untuk baby ni. huhu... orait, misi survey online dulu.





p/s (i) : soft reminder. baju raya anak2 jangan lupa. jangan sehelai je.

p/s (ii) : budget macam cukup2 makan je untuk raya tahun ni. oh... please, ada tak bonus raya? claim ni bila nak masuk ni? hoho...

p/s (iii) : Alhamdulillah, rezeki ada di mana. aku panggil rezeki yang aku dapat minggu lepas, rezeki ayah aku. terima kasih ayah!

p/s (iv) : mari makan. lapar!







20052014 ~ 12.04pm
meja aku ~ bilik subjek umum-ILPPG

Wednesday, April 16, 2014

Baby Spa di Sutera Mall, JB

Hai2 you ols... Lamanya tak update blog kann... Bukan taknak, nak transfer gambar dri ipad asyik bertangguh last2 memory almost full. So harini kena pastikan transfer jugak. Hoho... Lately ni macam dah malas nak mengajar. Kepuasan bekerja tu tak ada. Pergi kursus jumpa kakak2 senior veteran, kagum dengan komitmen yang diberikan. Aku yang muda ni? Haih!


Orait, entri kali ni nak cerita pasal aku bawak Umar Aryan pergi berapa. Hoh, aku sendiri tak pergi spa tapi anak berspa bagai? Haha... Biasalah, bila ada anak ni, excited nak try new things. So... Kejadin ni dah lama berlaku. Cuma baru berkesampatan untuk update blog.


Ha nilah rupa tub mandi baby. Comelkannnn? Argh stress aku memikirkannya. Comel benarrr... Orait, sampai2 di sana, ada simple registration then boleh masuk bahagian spa bukak baju anak semua di atas board. Dipakaikan swimming diapers provided by the spa. Umar punyalah baik menggedik dengan spa assistant sana. Huhu... First of all lepas tukar baju, ada warming up sekejap, urut2 sikit... Bermula dengan urutan tangan, perut kemudian kaki... Seronok ha, si botak ni kena urut.
 
 
 

selepas bersedia semua... Ukur leher pulak. Rupanya pelampung leher tu ada size. Umar pakai size M atau L kot. Aku pun dah tak berapa ingat. Size ni penting. Kalau kecik, nanti lehernya sakit. Kalau besar pulak, air boelh masuk ke bahagian mulut dan leher. Bahaya lh untuk baby. Dulu, aku ada terpikir untuk beli untuk kegunaan sendiri bila bawak nak mandi manda kolam. Tapi bila diterangkan begitu, aku cancel niat itu. Huhu... Bahayalah untuk anak kita nanti.

Okay, ini rupa tub untuk budak yang dh besar sikit. Ala2 umur setahun ke atas. Kiranya budak yang dh boleh berjalan atau kakinya panjang. Alley dan Helena dah besar sangat. 2,2 tak muat dah nak pergi baby spa. Rugi2... Huhu...
 

Okay, assistant tu kata, walaupun baby kita suka mandi. Main2 percik air dalam tub baby kat rumah. Tak semestinya dia suka swimming. Berbeza disebabkan kalau tub baby, kakinya boleh pijak2 dinding tub mandi tu. percik2 air. Tapi bila swim, kaki dia tergantung tak cecah dinding. Takde percik2 air. Jadi, untuk tidak dibiarkan terkejut, air dibiarkan cetek dulu utk dia cecah2 kaki. Water confident gitu. Sebab if terkejut dikhuatiri lepas ni dia takut air pulak... Assistant spa pun akan pegang dia dan main2 dengan dia dulu sampailah dia nampak selesa dalam air. Selepas tu, barulah air ditambah sedikit demi sedikit.
 

Peringatan : suhu air mandi baby lebih kurang 30-40*C. (maaf takde simbol darjah dalam ipad ni. Huhu...)

Nampak tak tuuuu... Nampak tak keseronokan Umar Aryan ni. Suka betul dia. Mama pun excited. Hehe... Spa assistant tanya dah biasa bawak dia mandi kolam ke sebab dia pandai kuak2 kaki. Haha... Anak bijak kan. Cepat aje belajarnya.
 
 
 
 

Untuk first timer, memang anggarkan dalam 20 minit untuk baby berenang. Dalam syok2 berenang tu, 15 minit berlalu, dah merengek dah budak kecik ni. Huhu... Angkat lah dia. Tapi sebelum angkat, spa assistant tu ambil 1 tuala bersih dan dicelupkan dalam tub Umar mandi tu dan digosok2 perlahan bdan dan kaki. Dia kata untuk bersihkan badan sekali... Pampers ditanggalkan barulah diangkat keluar air.
 

kemudian sesi massage pulak... Tak reti duduk diam pulak budak ni. Nasib baik ada macam2 permainan. So terleka lah sekejap dia sementara mereka mengurut. Nasib kami baik sebab masa kami datang tu, spa kosong. Jadi tumpuan diberikan kepada Umar. Hehe... Diorang kata kalau aku datang awal sejam atau dua jam tadi, penuh spa kena tunggu giliran. Syukur ada rezeki Umar.
 

Overall, kami akan datang lagi. Oh lupa nak mentioned, selain spa, ada jugak perkhidmatang potong rambut. Comel je tengok seatnya dalam bentuk kereta mainan. Hehe... Supaya budak2 tak takut untuk potong rambut kan.
 
 
 
 
 
 
p/s : (i) : mak ayah datang hari ni dah kena pikir masak pulak. 2, 3 hari merehatkan diri dari memasak. huhu... dah janji dengan suami nak berdiet. kikiki... so selang sehari makan malam. Alhamdulillah, setakat ni memberangsangkan.
 
p/s (ii) : hari rabu. esok khamis. minggu depan semester 2 exam. markah PB belum siap lagi. haih! sem ni amat tidak sistematik sungguh.
 
p/s (iii) : rindu adik.
 
 
 
 
 
 
16042014 ~ 12.08pm
meja aku ~ bilik guru-unit subjek umum ILPPG








 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com