we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Saturday, January 30, 2010

chronicgerilla.blogspot.com

minta izin pemilik blog untuk review blog anda... http://chronicgerilla.blogspot.com/

hehe... salam semua. terkejut tak kali ni entri aku lain dari yang lain? (roy! jangan gelak!) yelah, oleh kerana gerek takde di JB, so, daku kurang makan (kawan2! jangan gelakkan aku! haha...) maksud aku kurang makan yang aku cuba tempat2 baru then review in my blog ni. hari tu, ada satu tempat baru aku try. tapi disebabkan emosi kurang stabil, aku pun taknak update di blog. he... maaf kepada participants sekalian.

okay, back to the point. http://chronicgerilla.blogspot.com/. blog ni diperkenalkan gerek kepada aku. aku tengok 3 design je mula2. sangat2 unik. berkenan terus. then sajelah gatal malam ni nak bukak blognya. (disebabkan tak dapat nak buat call kerana tak ingat web address). komen pertama ku, "pergh!!" unik bebeh... serius aku tak tipu. then daku tunjuk ke member aku sorang ni. ehem... dia pun suka.

okay, actually blog ni pemilik seorang arkitek produk UTM. bekerja sekarang di JKR, Melaka. last week dia menang pertandingan rekatee anjuran TV3 sempena ulangtahun 25 tahun. dia cakap dia design baju tu masa buat tesis. kiranya tahun lepas lah. tahun ni baru dapat hadiah. hui, gile penyabar. nilah baju yang menang tu. unik kan?


dan ini pula antara design2 koleksi tahun 2009 dan awal 2010. favourite aku!


dan yang ni paling aku suka!






kepada sesiapa yang berminat, boleh view blog dia ya! http://chronicgerilla.blogspot.com/







p/s (i) : terima kasih encik CG! maaf kalau ada salah kata!

p/s (ii) : hari ini amat kecewa dengan tidak produktifnya aku. oh CALL!!



30012010 ~ 11.09pm
rumah aku ~ bilik aku

Sunday, January 24, 2010

cinta hatiku~

peringatan : mode : rindu gerek. terkandung ayat2 jiwang yang memboringkan pembaca.


di ketika ini, aku amat merindui gerekku yang sedang berada di KL kerana meeting di sana. sekarang ni dia sedang ber'msg' dengan aku tapi saje nak tulis jugak kat blog yang aku rindu dia yang teramat. huhu... (aku dah letak warning kat atas tu... jangan salahkan aku... huhu...)

quotes daripada awek salah seorang gerek2. fyi : gerek2 adalah panggilan kepada bestfren gerek aku. aku simpan lama dah, sangat suka...


when i give my heart,
i give it completely...

or i'll never give my heart.

and the moment i can feel,
that u feel...
the same way too...


'is when i fall in love with you'


aku sangat suka ayat2 ni. aku simpan ayat2 ni dari aku tahun 2 kot. baru 2tahun kan. he...

saya windu gerek saya... (tujuan entri kali ni just untuk mengekspresskan kerinduan pada gerek. nasib lah kepada pembaca yang tak suka. kikiki... i dah bagi warning kat atas tu ek)


picture edited by yop (kawan gerek). terima kasih banyak2. gambar ni tambah cantik sebab tak nampak muka gerek. haha.... maaf yang, iloveyousoverymuch!




p/s : dy, i nak yg BESAR punya!!





24012010 ~ 1.49am
bilik aku ~ g17-217

Wednesday, January 20, 2010

JEF 56~

hai... lama gile tak update. busy PSM plus takde mood nak update blog. hehe... plus takde modal jugak. tapi, entry kali ni memang dah niat lama nak update. tapi banyak sangat halangan sampailah usia dia hampir sebulan bersama kami. apa dia?


inilah dia topik entri aku kali ni. kereta mak aku... hehe... saje2 nak letak pasal dia. sebab mak aku berjaya tukar kereta yang BUKAN KANCIL. kikiki...

masa dia nak tukar kereta ni, kitorang acuh tak acuh je. before ni dia pernah tukar kereta. first car dia kancil putih yang edisi pertama. kaler putih bumper tak berkaler. murah sikit kata dia. first car dia sebab dah jenuh naik cab. tiap2 hari cab at least rm8 dari sekolah. fyi : mak aku kerani sekolah. akhirnya... lahir JEF56 kancil putih... aku ingat time tu aku darjah 4.

kemudian masuk matrix semua... hari terakhir matrix, family aku jemput ramai2 3 kereta tu... huhu... then aku ternampak kelibat kereta yang asing. JEF56 tapi kaler maroon. and kancil new version. haha... aku punyalah gelak. mak aku tukar kereta. TUKAR KERETA KANCIL! just lain kaler je. adei... sebab tu bila mak aku cakap nak tukar kereta, kitorang tanya, "mak nak tukar kancil kaler apa pulak ni?" hehe... jahat kan kitorang?

but now... welcome JEF56 to our family. (aku sebenarnya nak kaler putih, mak aku nak hitam.. huhu)... ini wajah lama JEF56. maaf, JEF56 putih takde gambar sebab time tu aku takde hp canggih. hehe...





p/s (i) : aku dah berani drive kereta okay... huhu...
p/s (ii) : hari ni aku ponteng kelas en.razak. cian dia... huhu... sebab tu dapat update blog ni...
p/s(iii) : aku nak buat silence treatment. let me be!





20012010 ~ 9.34am
bilik aku ~ g17-217

Friday, January 8, 2010

mode : PSM

today, jumaat (8jan2010)... hari terakhir dalam minggu keempat. aku still rasa rilek dengan assignments. tiba2 rasa takut. takut tiba2 assignments datang selonggok and date due pun the same week. matilah kalau macam tu... sebab sekarang ni... baru ada 1 presentation subjek isu2 pendidikan. kena hantar refined slides minggu depan. assignments lain... belum lagi. dan ada yang belum dapat pun lagi...

jadi, mengambil kesempatan assignments belum dapat ni untuk full throttle PSM (walaupun tak throttle sangat), but alhamdulillah... setakat ni PSM runs smoothly. first meeting dengan supervisor pun dia dah bagi work schedule. macam minggu ni aku kena buat apa... minggu depan buat apa... hehe... sori, aku amat perlukan macam tu. kalau supervisor aku tak buat macam tu... memang sekarang ni aku melenggang lagi. hehe... aku lah contoh student yang perlukan di suap sentiasa. hmm... kena ubah ni.

minggu ni minggu keempat... dalam work schedule, sepatutnya aku distribute questionnaire. hmm... memang dah distribute dan aku dah dapat balik. ada beberapa je lagi belum dapat lagi. dan sekeping hilang gara2 3rd year. apa pun... itu sepatutnya dalam jangkaan. isnin nanti aku tanya supervisor aku apa patut buat dengan ralat tu... now, aku tengah analyse data dalam questionnaire. kerja aku banyak sikit kot sebab aku ada interview jugak. minggu depan maybe aku nak conduct interview. hopefully, semua dalam perancangan lah... tak lari dari apa di rancang...

hari tu... aku takut dengan PSM. takut kena extend etc2. tapi... bak kata gerek, kalau tension, takut aje pun tak guna kalau kita tak mulakan langkah. dok tension2, pergi tido... tension lagi, pergi makan... tension lagi, main game... tension lagi, tengok wayang... hmm... betul tapi kadang2 payah nak ubah. he...


okay yanna!! full throttle. kalau hari ni siap analyse, esok boleh beronggeng dengan gerek... kalau gerek balik lah. kikiki... angan2 tetap kena ada...




p/s (i) : mata kiri aku asik kelip2 dah 2 hari... apa maknanya?

p/s (ii) : semoga uncle man sekeluarga tabah hadapi semua ni... along, abang jan, aziel... takziah.




08012010 ~ 3.07pm
rumah aku ~ bilk aku

Monday, January 4, 2010

bad news~

pagi ni aku dikejutkan dengan panggilan... bad news. macam tak percaya. aku ulang2 tanya. betul ke gerangan orangnya. aku dengar namanya di sebut. tapi... macam taknak percaya. tanya lagi...

today supposed to be a happy day. hari ni, genap birthday irdiena 3 tahun. dah plan nak call 3g. rindu budak tu. aqiel pun dah setahun 2 hari lepas. but... so sudden...

innalillah... semoga rohnya dicucuri rahmat dari-Nya... R.I.P




life is so short... cherish what u have. treasure what's is made for u... be thankful. not all plan goes well but... don't give up. be happy and make people happy. don't be too self-centered because u need people around.
'A life is not about u. It's about people around u happy when u are around'.





p/s : nothing else matter... i need to take care of my heart too if u don't realise, i have been neglecting my heart for a long time... take a time and ponder about it. not pondering about how miserable u have been feeling...




04012010 ~ 7.35am
bilik aku ~ g17-217

Saturday, January 2, 2010

fishing competition ~ Tanjung Pengelih

update yang telah lapuk. kejadian berlaku pada tahun lepas... 26dec2009... walaupun baru berlalu seminggu tetapi tetap dah tahun lepas. hehe... seminggu ni memang dasat lah busy. macam banyak je kerja kan... hehe... okay2, back to the point. nak cerita pertandingan memancing anjuran kastam johor. ayah aku sure nak join. minat yang mendalam dan bakat yang terpendam. hehe... kami sekeluarga pun pergilah ke Pengerang untuk merealisasikan hajat ayah aku tu. hadiah pertama : motor... "saya menang motor" (dengan tone suara pakcik power root) - adik aku ejek aje... kitorang menang cabutan bertuah aje. hehe...


ok, ini jeti Tanjung Pengelih masa nak start pertandingan. start pukul 5.00pm. masa ni tak semua peserta dah sampai...


okay, yang ni pulak di waktu malam. tak ingat pukul berapa... sepanjang jeti tu orang ramai yek. pertandingan sampai pukul 12.00 malam. gile mengantuk! ditutup oleh Pengarah Kastam Negeri Johor.


ini pulak antara peserta2 pertandingan. yang gagal membawa balik sebarang hadiah. hehe...















peserta termuda pertandingan memancing tapi gaya hebat tu... lemparan pun cantik (judgement orang tak pandai memancing yek...) yang pakai baju hijau tau. bukan biru...


malam tu dalam linkungan 10 lebih... orang belakang kitorang dapat ikan. aku punyalah excited sebab ikan dia pelik. ada tanduk yang amat keras. serius keras sebab aku capai gunting nak gunting tanduk dia. tak berkesan langsung. bengkok pun tak. nampak tak gambar ni? sorry lah, gelap... gambar kurang jelas. handphone aku takde flash... maap yek.
gambar ni siapa pulak? dia ni polis... aku tak tahu dia polis, sampailah baju dia agak terselak menampakkan kocek pistol dia. seram tu... aku main2 tangkap gambar je kan. tak kan dia nak tembak aku sebab tangkap gambar dia kan? hehe...






p/s (i) : banyak lagi benda nak cerita... tapi mata ngantuk... badan penat. ceh, konon buat kerja banyak kan. hehe... PSM on the move!

p/s (ii) : belum terlambat lagi nak mengucapkan selamat tahun baru 2010... hmmm.... going to turn 24 soon. state of denial!

p/s (iii) : hari ni gerek terluka... sebab aku marah dia ke? hmm... dasat.





03012010 ~ 12.53am
bilik aku ~ g17-217

Friday, December 25, 2009

BOSTON, Jusco Bukit Indah

hah, bikin gempak je konon2 aku pergi Boston kan? hehe... actually Boston ni kedai makan kat Jusco Bukit Indah. last week aku ke sana jugak, makan kat Johnny's. masa keluar tu nampak restoran Boston. dalam hati, next time aku nak try. akhirnya... tercapai jugak hajat aku hari ni. he... lagi best sebab gerek ada... windunya...


sebut je Boston, terbayang lah orang2 putih dalam TV. macam cerita peguam dalam Boston Legal. pernah tengok tak? so, aku pun pikir, mesti makanan2 dia ala2 kebaratan lah. western food. memang ada western food dalam menu but restoran ni lebih kepada kopitiam. hehe... bikin gempak je nama. tertipu i you... tapi kerana mahu mencuba, masuk jugak. tapi keciwa... yang sofa semua ada pelanggan. aiseh... terpaksalah duduk di tengah2. environment dia pun best. waiters pun baik je. senyum and melayan.

ok, makanan kami... gerek : grilled chicken fillet with corn rice + ice cream soya milk... yanna : chicken fillet pineapple cheese baked rice + blueberry with lemon.


ok, dari 5 bintang, kitorang bagi 3 setengah. gerek bagi 3. aku up sikit sebab aku suka nasi aku. dia punya pun sedap tapi nasi dia kureng. chicken dia sedap. aku punya aku puas hati tapi biasalah cheese baked rice, muak. huhu... air aku paling best. gerek aku salah sebut, "sedaplah air blackberry you". amboi, mentang2 ada hajat nak pakai blackberry. belilah sepasang. hehe... gambar2 kami di sana. (aku tau aku hitam dan gerek semakin putih... aku tau tu... uhuk2)



dan lagi satu paling aku happy... gerek pun beli crocs. yeay! yang sama dengan aku. dia punya merah. sebab aku suka lelaki pakai merah, jadi dia pilih merah. aku punya putih. he... kami pakai sepasang. seronok. dia tak nak beli jibbitz. aku beli dua. ada qibby jugak. suka!





p/s (i) : esok, me and my family will be going to Pengerang. fishing day! yeay! (dengan nada penuh semangat memotivasikan diri supaya berseronok menunggu ikan makan umpan ayah dan adik aku... *sigh) tapi yang paling aku semangat, seafood!! yeay!! (ini bukan pura2 okay)

p/s (ii) : kepada pembaca According To Yanna yang menyambut Hari Natal... Merry Christmas and Happy Holiday.






25122009 ~ 10.39pm
rumah aku ~ bilik aku

Monday, December 21, 2009

rumah limas y'all!

okay, entri kali ni nak cerita pasal dinner aku dan family ke rumah limas. dulu, i mean awal tahun ni, tempat ni macam favourite tempat family gathering kitorang lah. sambut birthday adik aku kat sini. sambut keputusan SPM adik aku bagus pun kat sini. environment dia best. ada angklung, so macam happening lah. pemain angklung dia adalah orang yang main angklung dalam Kelab POP yang Reza AF tu conduct. dan ya, anda boleg request lagu suruh dia main. mak aku request lagu broery marantika. kikiki...


malam tu kami makan, fried beef kuew teow, mee goreng mamak, beef black pepper, cantonese kuew teow an kerang rebus. overall, aku tak suka. sebab makanan aku rasa pahit2 sebab hangit. masin pun ya. adik aku punya lagilah tak sedap. mak aku punya okay sikit. ayah aku pulak suka nasi dia. tapi... dia order fish black pepper. tiba2 datang beef black pepper. dan harganya, pricey for makanan macam tu. harga lebih kurang sedap corner but sedap corner ada quality control.



after that, jalan2 danga bay! first stop kat kedai2 area jalan tu. yang stall2... mak belikan aku selendang. cantik. rm10 aje. he... then, kami singgah ke ME World Collection. FYI : mawi dan ekin punya butik. mak aku biasalah, tengok tudung2 merelip tu dan jubah2. aku tengok kemeja. nice and harga dia pun okay jugaklah.

ini antara gambar2 dari hp ayah aku selaku cameraman malam tu. around festive street, danga bay.



















p/s : minggu ni gerek balik. bestnya... dan weekend ke Pengerang dengan family. jom seafood!







21122009 ~ 3.39pm
bilik aku ~ g17-217

Friday, December 18, 2009

swimming days~~

huh, setelah beberapa lama aku peram cerita ni baru hari ni nak update. tiba2 virus kemalasan melanda dengan hebatnya. huhu... jadi berbalik kepada tajuk entri, mestilah kali ni nak cerita pasal berenang. tapi takdelah banyak sangat. baru 2 hari. hehe... and dah agak lama terjadi. tak sempat nak update sahaja. busy sangat ke aku minggu ni? hehe... mungkin.


date : 12dec2009
venue : kolam renang MBJB, larkin
participants : yanna & amy

pada hari tersebut, amy ada kat rumah aku. dia balik JB awal and hari sabtu tu takde plan apa2. jadi, kami terus nak pergi berenang! kolam yang best. besar. walaupun ramai orang tapi okaylah... ada jugak ruangan untuk berenang sendirian. he... amy berenang dengan hebatnya. aku tak boleh ikut, dia pergi tempat dalam. takut... huhu...


ha, nampak x perenang sedang berenang dengan hebatnya? hu.. serius, sangat hebat. hehe...


_____________________________________________________________

date : 14dec2009
venue : pool taman U
participants : yanna, amy & piza

hari tersebut memang semangat lah nak pergi. nak kejar sebelum pukul 5pm, kang mahal pulak. so, kitorang gerak dalam pukul 3 lebih. panas terik tu. dalam semangat2 nak pergi, dah sampai sana baru sedar. AKU TAK BAWAK SWIMMING CAP AND GOGGLE. spoil mood. yelah, if tak pakai, tak boleh lah nk berenang. hm... macamane... akhirnya, aku nekad, nk berenang jugak. huhu...

piza : gilelah amy... hebat. kagum aku.... amy : hah, tengoklah kehebatan aku. dalam air pun boleh bercakap. (dialog ini hanya rekaan penulis sahaja)





p/s (i) : minggu ni gerek tak balik. hui... 2 minggu aku tak jumpa gerek. uhuk2... windu yang amat.

p/s (ii) : kepada semua muslimin dan muslimat yang membaca, selamat menyambut awal muharam. hope the year will be blessed and we can improve ourselves towards the better. insyaAllah...




18122009 ~ 5.14pm
bilik aku ~ g17-217

Sunday, December 13, 2009

jalan-jalan ushar kereta... =)

hari sabtu hari tu, plan jadi hay-wired. sepatutnya aku keluar dengan gerek dari pagi, ada kawan dia kahwin. so nak pergi sama2 lah. sekali dia ada program kat office dia sabtu tu. so, dari melaka dia teruslah ke wedding. tak dapatlah kami pergi sama2.


then, balik dari wedding tu, dia datang ambil aku kat rumah. rancangnya nak jalan2 and sambil tu hantar barang balik ke UTM. barang aku banyak sangat, kena buat 2 trips. kalau tak, pengsan aku naik turun, naik turun angkat barang. he... baru nak keluar tu, mak aku telefon suruh datang tempat jual kereta. saja2 ushar kereta. aku, gerek dan amy pun menuju ke tempat yang di janjikan sebab mak and ayah aku dah ada kat sana.

so, mak aku nak belikan aku kereta ni...

haha... acah je. kaya raya mak ayah aku kalau belikan aku kereta ni kan. diorang pun pakai wira + kancil je. aku pakai jazz? huhu... biru turqoise ni pun nice kan? bestnya... akhirnya, aku buat keputusan, aku nak kereta ni. dah test drive pun. hehe... kereta favourite aku sekarang ni. nak pakai dalam UTM dan pergi sekolah. bestnya. hehe...

"dy, nanti u beli kereta ni ek... i suka u pakai yang ni. ambil kaler putih macam ni tau. i very the like so very the much. lalala~"


aku dan gerek di skrin honda accord. bila agaknya nak kaya dan memiliki kereta ini ek? syok gile...







p/s : aku sudah berada di UTM... esok kelas bermula 11am. excited nak pergi. tapi... takde kasut baru. spoil mood. kikiki...






13122009 ~ 9.15pm
bilik aku ~ g17-217

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com