we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Saturday, February 27, 2010

baby, are u down?

entri kali ni takde kena mengena dengan lagu Down by Jay Sean walaupun aku minat sangat lagu tu. best. hm... aku just nak expresskan mood aku yang sedang tak stabil. seminggu ni tak stabil sangat but ceh... yanna memang teror lah kontrol. sampailah perasaan tu kena trigger rabu lalu. terus susah nak di bendung.

mode : psm and other assignments. tapi macam susah sangat nak fokus. kenapa... i don't have motivation (negative or positive). kenapa? perlu mitovation je ke baru boleh buat kerja? ya! i'm that kind of person. don't be too judgemental! adei... emosi kurang stabil.

just... hope this will come to an end. just... hope people can really 'see' me. just... hope can run away from this. forever. just... i won't feel guilty to anyone.

just... i want to take charge of my life. period.




p/s : bila keadaan macam ni... taknak stay utm. nak ada dengan someone, anybody. seronok semalam. thanx makcik!




27022010 ~ 12.59am
bilik aku ~ g17-217

Tuesday, February 23, 2010

bowling yeay!

okay, update yang agak lapuk sebabnya kejadian berlaku selasa minggu lepas. masuk hari ni cukup2 seminggu. hoho... gerek nak balik melaka that day, so kenalah jumpa jap. then, aku pun ajak nak main bowling. nak pergi Daiman jauh sangat. lagipun kat leisure mall facilities dia pun okay. so, menderulah kami ke Ampang Superbowl di Leisure Mall, Pelangi.


amik 2 set. main punya main, aku macam leading... "sape kalah kena belanja aiskrim!" ceh, berlagak kan. confident menang. hehe... then gerek dapat strike. haha... semakin tipis kemenangan nampaknya. habis set kedua, gerek menang TIPIS aje ek dengan perbezaan 4 pin. hoho... nampaknya, aku lah kena belanja aiskrim. ini gerek sedang beraksi.


habis main bowling, jalan2 menuju ke panggung wayang. kat Leisure Mall ni, wayang dia GSC. tak berapa molek compare CS. tapi dah alang2 sampai then cerita pun ada. kami pun beli tiket 'Percy Jackson and The Lightning Thief'. overall aku boleh kata cerita ni enjoying lah. but banyak pesong aqidah yek. jangan bawak budak2 kecik. kang terpengaruh.

cerita dia pasal percy ni suka sangat duduk dalam air. boleh tahan nafas sampai 7minit. then dia ni ada dyslexia (tak boleh membaca). percy tinggal dengan mak dia and bapak tiri yang kaki botol and judi. sekali ada kejadian di mana dia diserang kerana disyaki mencuri 'lightning bolt' milik 'tuhan utama', Zeus. Zeus warning, siapa yang curi and tak pulangkan dalam masa ditetapkan, akan ada war among gods sebab dia syaki, salah sorang anak god yang lain yang curi and dia suspek percy (anak poseidon, dewa laut). so maknanya percy ni half god. mak dia manusia biasa. sebab tu dia pikir dia dyslexia. dia bukan tak boleh membaca tapi disebabkan dia darah greek god, tulisan dia semua tukar greek. dia pikir dia takleh membaca roman. semua pikir percy yang curi so dia kena bersihkan nama dia and selamatkan mak dia daripada Hades (tuhan di neraka). at the end, rupanya anak Hermes yang curi 'lightning bolt' tu. Hermes pun salah satu god yang utama. huhu... pening sikit kan? but takpe, movie dia tak pening. simple je and senang paham.

balik dari movie, kami pergi makan bakso favourite gerek kat terminal larkin. boleh tahan sedap tapi pedas sampai perit tekak... sekarang ni, aku craving for cendol md.zain. adeh mak... sedapnya...




p/s : kenapa malas sangat nak buat kerja ni?? dahlah kerja sangat banyak. cahpter4 belum edit lagi. adei...




23022010 ~ 11.39am
bilik aku ~ g17-217

Friday, February 19, 2010

mode : niece and nephew

hai2... update kali ni pasal buah hatiku dua orang tu. yelah, jeles piza update pasal newborn niece dia. so aku pun nk update pasal anak2 buah aku. adik beradik yang dua orang tu. dah besar dah sekarang. irdiena 3 tahun, aqiel 1 tahun. and 2,2 amatlah noti. lagi2 kakak diena tu. sekarang bahasakan diri as 'kakak'. dah tak guna diena dah. dia panggil aqiel = 'adik aqiel'. dulu dia suka panggil nama penuh aqiel but pelat sikit. so dia panggil aqiel i'am. he... cute.


setelah lebih sebulan tak jumpa, hari tu diorang datang. aku takleh lama2 dengan diorang sebab dah janji date dengan gerek. so lepas makan2 aku siap2 nak jumpa gerek. diena ada dalam bilik, tengah guling2 nak tido. dia ngantuk. dia nampak aku pakai tudung...

"cik run nak g mana"

"cik run nak kuar..."

"kuar g mana?" apa aku nak jawab? takkan nak jawab dating pulak kan?

"kuar g makan... diena nak ikut ke?"

"nak"

"mesti abah tak bagi..."

yang ni last dia jawab... cute "aah, abah tengah makan... diena sleepy" then dia bum tido. he... cute. then masa aku kuar tu dia dah tido.

irdiena alia bt iezal, 3 tahun


aqiel ilham bin iezal, 1 tahun



love these 2 kids so much. aku ada lagi 2 nieces. nanti aku update ya!




p/s : nak buat est tapi malasnya... chapter4, sabar ya. minggu depan i attend u.






19022010 ~ 10.27pm
rumah aku ~ hall depan

Tuesday, February 16, 2010

fishing at senibong~

okay, entri kali ni, pasal fishing... ai... seperti biasa, ayah aku yang beria2 nak fishing. ada fishing competition kat senibong. dia yeye nak join but dia takde teman. kalau dulu, abang aku yang selalu teman dia. adei... how i wish abang aku balik raya cina hari tu. kalau tak, takdelah aku terseret sama. hehe...


kisahnya bermula begini... pada hari sabtu yang lepas, aku dah janji dengan gerek nak dating keluar tengok wayang etc2. but then, kawan ayah aku datang... layan jap. then abang jan sampai. lagilah mana boleh nak keluar. buah hati aku 2 orang tu datang. rindu gile kat budak2 tu. cian aqiel, kepala luka. he... gara2 terkena gigi kakak diena. then around 4pm, gerek pun sampai. berbual kejap dengan orang2 di rumah. then ayah keluarkan soalan keramat,

"azuan, teman uncle mancing malam ni..."

"eh, saya tak reti mancing uncle. tak tipu"

"takpe, uncle ajar nanti..."


akhirnya... malam tu pergilah kami ke senibong. aku mestilah kena ikut. tak pasal2 terseret sama. fyi : aku drive dari rumah ke senibong yek. huhu... 1 pencapaian.

punyalah boring... aku mengantuk macam nak tertidur dah kat sana. 3 jam pertandingan tanpa hasil. huhu... takpe, at least gerek belajar fishing. part paling kelakar bila dia nak melontar joran tu. melantun umpan kat batu tebing depan mata. huhu... aku tahan gelak ye kawan2. kan demotivate gerek aku tu. hehe...




okay yang, belajar mancing okay. and bowling sekali. hehe...











p/s : aku buat salah but aku taknak admit. its been so long that i admit fault that is not mine. so, let it be.







17022010 ~ 12.05am
rumah aku ~ bilik aku

Sunday, February 14, 2010

sambutan 14februari2010

hai... hari ni 14 februari2010. jatuhnya perayaan Tahun Baru Cina. jadi, kepada pembaca ACCORDING TO YANNA yang menyambut, Gong Xi Fa Chai. agak2 shopping mall lengang tak? diorang cakap mesti hari ni lengang but makayah takmo keluar pulak. jadi, terperaplah kami di rumah selain adik aku. mentang2 dah boleh drive. dating aje kerja. huhu... hari ini juga adalah Valentine's Day untuk yang tidak beragama Islam.

hari ni... kami (yanna + gerek) menyambut satu hari istimewa. ops... not valentine okay. orang kata sambutan valentine haram. jadi, jangan sambut yek. so, apa sambutan kitorang? he... inilah dia.


dy, it has been 2000 days since i said ILOVEYOU to u. lets count it up and up and up and up all the way until my last breath.


okay. titik. cukup sampai sini. tak usah cakap banyak.


ILOVEYOU,
yesterday, today, tomorrow.
iloveyou only these 3days. read it everyday.







p/s (i) : bestnya merancang raya tahun ni. kalau semua raya di JB, yeay!

p/s (ii) : welcome to the world, Adriana Rahah! (12022010). your aunty will surely pamper you. hehe...







14022010 ~ 12.52pm
rumah aku ~ bilik aku

Friday, February 12, 2010

ikan bakar TIPTOP! yeay!

haha... update kali ni tentang ikan bakar favourite aku since childhood pulak yek. semalam kami (yanna, piz, amir) rancang nak makan steamboat kat CHISMOSA. then dah sampai kat sana, macam tak happening pulak. masa first time lalu situ ada promotion steamboat and rasa macam seronok je. tapi semalam macam tak best, so, amir menderu ke ikan bakar favourite kitorang. huhu...

ikan bakar TIPTOP ni dah lama sangat di JB. aku pernah tanya one day time pergi dengan parents aku. dia kata dia dah meniaga 40 years plus. huhu... hebat2. soalannya! berapakah umur nyonya itu? hehe... aku memang membesar dengan ikan bakar ni. aku tak pernah makan ikan bakar di kedai selain kedai ni. ha, dasat tak? tapi seriously memang amat sedap. selain ikan bakar, abc, cikong and ice jelly dia pun no. 1! hehe... family aku memang minat teramat. bulan puasa, cikna lah yang rajin pergi beli kat sini. dulu, kedai dia kat tepian tebrau. sekarang dah naik mahkamah kalau tak silap. then dia bukak sementara kat parking lot Dataran MBJB. sekarang ni permanently kat......... eh, apa nama tempat tu ek? huhu... alahai, aku pun taktau apa nama tempat tu. but dekat dengan English College.

so inilah makanan kami malam semalam. makanan : ikan bakar, baby ketam, tauhu bakar, nasi putih, nasi goreng kampung, nasi goreng cina. air : abc, cikong sejuk, ais kelapa laut.



ini pula participantnya :

amir : piza, ko cantik arini... ikhlas aku memuji...

piza : ko ni amir, janganlah puji depan yanna... (sambil memalingkan muka)















yanna : aku tak kisah lah, aku buat2 tak nampak okay. lalala~



semalam rasa amat best! jalan2 sampai ke permas (aku request... hehe...) dulu, gerek selalu je bawak pergi permas. sekarang kena request pulak. huhu... dan, kami bertiga dan plan untuk pertemuan seterusnya. wait for our next lepaking. setiap kali lepak, mesti ada je cerita nak bagitau amir. and dia akan buat lawak dengan cerita kitorang. amat best! huhu... tu yang setiap kali tension, kitorang ajak amir keluar. huhu... nasib baik dia okay. HIDUNG TINGGI SATU!!







p/s (i) : waiting for gerek. he... 2 weeks tidak ketemu. mak ai... aku tak paham macam mane orang kahwin dan tinggal berjauhan.

p/s (ii) : malam ni pulang, adikku juga udah pulang. esok mas balik jugak. semua ada di depan mata. waa... seronok!









12022010 ~ 10.49am
bilik aku ~ g17-217

Wednesday, February 10, 2010

dinner at IKEA!

hari minggu yang lepas, kitorang 1 family melancong sebentar ke KL. tujuan utamanya adalah kawan sekolah rendah aku kahwin. dek kerana terdapat beberapa masalah, tak kesampaian ke putrajaya tu... okay, blog aku kini kembali ke wajah asal. entri kali ni aku nak cerita pasal dinner aku di IKEA. peh, macam orang mengidam kan. tak sempat2 tangkap gambar aku dah ngap. so, ini pictures dari kamera cikna. huhu... yummy!


ada 3 meal semuanya. tapi ada 2 pictures sahaja. maaf ye semua. 1 lagi gambar ayam. tak ingat apa nama ayam tu. nice jugak lah. but my favourite ada 2 ni. meatballs and salmon! gile sedap! broccoli tu pun sedap cicah dengan kuat meatballs! aku boleh jadi vegie camni. huhu... ya ampun... sedap bangat! 10 bintang aku bagi! huhu... (okay, aku tau aku bias!)


harga dia aku tak berapa ingat. but meatballs tu aku boleh cakap 1 biji rm1. ada 3 set; 5 biji rm5, 10 biji rm10, 15 biji rm14. salmon and ayam aku tak ingat pulak berapa harga dia. yelah... orang belanja. kalau sendiri bayar memang alert lah. hehe... sedapnya... nak pergi lagi. plus, kat ikea ni, karipap and aiskrim dia amat best! setiap kali pergi mesti beli 2 benda ni...

ni actually bukan gambar nak tunjukkan cikna di ikea. but sebenarnya aku berkenankan frame tu. nak tunjuk gerek. aku tangkap gambar frame aje at first. tapi makcik saya yang seorang tu marah. "ingatkan tangkap gambar cikna sekali" hehe... so, inilah frame yang aku minat + makcik kesayangan ni...






hari ini hari rabu... esok hari khamis... lusa hari jumaat. jumaat gerek balik. sabtu kami dating. lalala~ kenapalah takde ikea kat JB ni. sedapnya!






p/s (i) : banyak kerja kena buat tapi di sebabkan mood bercuti sudah hampir, jadi malas nak buat kerja. huhu...

p/s (ii) : esok dinner bersama piza + amir. yeay! chismosa, here we come!





10022010 ~ 9.52pm
bilik aku ~ g17-217

Tuesday, February 2, 2010

belated gift~

update kali ni masih lagi tentang gerek saya. haha... maaflah kepada pembaca. bila dah jarak jauh ni, mestilah asyik rindu2 aje. bak kata KJ, blog aku lepas ni mesti asyik cerita pasal rindu2 gerek je. ha KJ! jangan buat2 lupa. ko ada cakap kat aku tahun lepas okay. haha...

entri kali ni pasal hadiah yang aku nak bagi gerek pada anniversary kitorang yang ke-3 but disebabkan kat JB ni ada satu tempat je boleh buat dan tempat tu dah tutup, tak dapatlah nak bagi... last2 last week masa jalan2 dengan gerek terjumpa tempat buatnya. tak pikir panjang, terus buat. ceh... macam murah je at first kan. rm20 je. inilah hadiahnya...


tetapi... rupanya ada hidden charges. kurang ajar sungguh. rm20 tu paling basic tanpa tapak. tambah tapak rm20. tambah colour berapa entah. then dalam tu kan kosong, boleh nak tambah isi lilin dalam dia, tambah rm60 kalau tak salah. dia promote lah kata whole life warranty. ada lagi lah nak tambah2. last2 kitorang buat tapak je. colour memang takde dalam choice lah sebab colour dia tak cantik. baik plain macam ni. tapi next time banyak2 duit, nak buat yang isi lilin kat dalam. whole life warranty kan. sentimental value ni.





so kepada sayangku... "HAPPY BELATED 3rd ANNIVERSARY"
walaupun you yang bayar. hehe... iloveyousoverymuch!







p/s (i) : tak suka tau you tepon cakap slow2. tak suka!!

p/s (ii) : waiting for mak dan ayah... diorang jadi datang tak agak2?







02022010 ~ 5.10pm
bilik aku ~ g17-217

Saturday, January 30, 2010

chronicgerilla.blogspot.com

minta izin pemilik blog untuk review blog anda... http://chronicgerilla.blogspot.com/

hehe... salam semua. terkejut tak kali ni entri aku lain dari yang lain? (roy! jangan gelak!) yelah, oleh kerana gerek takde di JB, so, daku kurang makan (kawan2! jangan gelakkan aku! haha...) maksud aku kurang makan yang aku cuba tempat2 baru then review in my blog ni. hari tu, ada satu tempat baru aku try. tapi disebabkan emosi kurang stabil, aku pun taknak update di blog. he... maaf kepada participants sekalian.

okay, back to the point. http://chronicgerilla.blogspot.com/. blog ni diperkenalkan gerek kepada aku. aku tengok 3 design je mula2. sangat2 unik. berkenan terus. then sajelah gatal malam ni nak bukak blognya. (disebabkan tak dapat nak buat call kerana tak ingat web address). komen pertama ku, "pergh!!" unik bebeh... serius aku tak tipu. then daku tunjuk ke member aku sorang ni. ehem... dia pun suka.

okay, actually blog ni pemilik seorang arkitek produk UTM. bekerja sekarang di JKR, Melaka. last week dia menang pertandingan rekatee anjuran TV3 sempena ulangtahun 25 tahun. dia cakap dia design baju tu masa buat tesis. kiranya tahun lepas lah. tahun ni baru dapat hadiah. hui, gile penyabar. nilah baju yang menang tu. unik kan?


dan ini pula antara design2 koleksi tahun 2009 dan awal 2010. favourite aku!


dan yang ni paling aku suka!






kepada sesiapa yang berminat, boleh view blog dia ya! http://chronicgerilla.blogspot.com/







p/s (i) : terima kasih encik CG! maaf kalau ada salah kata!

p/s (ii) : hari ini amat kecewa dengan tidak produktifnya aku. oh CALL!!



30012010 ~ 11.09pm
rumah aku ~ bilik aku

Sunday, January 24, 2010

cinta hatiku~

peringatan : mode : rindu gerek. terkandung ayat2 jiwang yang memboringkan pembaca.


di ketika ini, aku amat merindui gerekku yang sedang berada di KL kerana meeting di sana. sekarang ni dia sedang ber'msg' dengan aku tapi saje nak tulis jugak kat blog yang aku rindu dia yang teramat. huhu... (aku dah letak warning kat atas tu... jangan salahkan aku... huhu...)

quotes daripada awek salah seorang gerek2. fyi : gerek2 adalah panggilan kepada bestfren gerek aku. aku simpan lama dah, sangat suka...


when i give my heart,
i give it completely...

or i'll never give my heart.

and the moment i can feel,
that u feel...
the same way too...


'is when i fall in love with you'


aku sangat suka ayat2 ni. aku simpan ayat2 ni dari aku tahun 2 kot. baru 2tahun kan. he...

saya windu gerek saya... (tujuan entri kali ni just untuk mengekspresskan kerinduan pada gerek. nasib lah kepada pembaca yang tak suka. kikiki... i dah bagi warning kat atas tu ek)


picture edited by yop (kawan gerek). terima kasih banyak2. gambar ni tambah cantik sebab tak nampak muka gerek. haha.... maaf yang, iloveyousoverymuch!




p/s : dy, i nak yg BESAR punya!!





24012010 ~ 1.49am
bilik aku ~ g17-217

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com