we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Wednesday, August 4, 2010

Miss Nurul/ Miss Eliyana/ Miss Eli/ Miss Yanna ~

hello2 kawan2 sekalian... cerita ni memang dah lapuk. sudah 2 minggu ceritanya, just hari ni je yang sempat nak bercerita pasal benda ni. selalu if ada masa pun, cerita benda lain pulak. huhu... okay, esok (khamis, 5ogos2010), genaplah aku menjadi KGSK di SMKTU selama 2 minggu. huhu... baru 2 minggu tapi kerja dia macam dah berbulan rasa. sekolah yang besar. aku rasa boleh kurus walaupun tak menunjukkan tanda2 kurus. hehe... tapi, i like that school. macam berbelah bahagi. nak sekolah teknik but nak sekolah ni jugak... oh, my mom knows what's best for me. i guess.

okay, mari2 cerita kebaikan sekolah yang sedang aku berkhidmat ni. aku mendaftar diri pada 22julai2010. hari sebelumnya, hari rabu, patutnya aku keluar dengan cik hapisang. then gerek nak balik, cancel dengan cik hapisang. tiba2 awal2 pagi sebelum aku mencelikkan mata, dapat phone call dari encik zamri. nasib baik suara tak serak sangat. hehe... pergi PPD dengan ayah, ambil surat offer, straight ke SMKTU. jumpa pengetua. very welcoming. first impression dah best. then jumpa2 cikgu sikit, very warm welcome. suka!! then pengetua mintak aku lapor diri khamis. macam masuk sekolah. first dalam kepala aku : oh, dah kena bangun pagi. huhu...

ha, muka aku first day at school. gile skema dengan anak tudung. yelah, rambut dah pendek sekarang, so kenalah pakai anak tudung. kang tercacak2 keluar macam landak. huhu... oh, dah tak pandai pakai tudung bawal. sungguh lupa daratan. hoho... aku upload size kecik je sebab muka bengkak bangun tidur tak hilang lagi. hehe...


okay, ni bilik aku. lagi 1 bestnya jadi KGSK kali ni, aku ganti cikgu yang jaga bilik akses (bilik komputer untuk guru2). so bilik ni hanya ada 3 orang cikgu. aircond. hehe... bilik guru biasa takde aircond. hmm... belum upgrade lagi tu. tapi selesa bilik aku ni kan. sunyi je. masa nak study untuk interviu pun tenang je... he... meja aku yang belakang sofa tu.


ha ni pulak, saje je nak tunjuk. labuh tak? huhu... macam ustazah dah aku. piza pun gelakkan aku. kikiki... cikgu BI bertudung labuh. even ustazah sekolah tu pun tak pakai labuh macam aku. ustazah situ vogue. he...


hm, i like this school. cikgu2 dia ramah. aku still takde geng lagi. tapi kiranya dah boleh borak gelak2 lah. maybe i am more independent now. so macam tak kisah pun if takde geng. ada geng pun payah jugak. silap2 kena kongkong. gilelah. nak jumpa kekasih gelap pun payah. huhu... kena mintak kebenaran dulu. tak best! cikgu2 sana pun very supportive. if aku ada problem nak handle budak2, diorang bagi cara terbaik lah nak selesaikan. pengetua dia best, pkhem dia best, GPK bahasa best. ketua panitia BI lagi best!! he... suka lah!

dah cerita pasal cikgu2, cerita pasal budak2 pulak. okay, sebab aku menggantikan cikgu cemerlang, jadi waktu aku dapat seminggu tak banyak. 15 masa je seminggu. macam praktikal dah rasa. aku ngajar 4 SN 1, 4 KN, 5 KN. okay 4 SN 1 ni kiranya budak2 sains tulen yang bijak laksana lah. dah 4 KN and 5 KN ni aliran sastera so belajarnya kureng sikit. 4 KN amatlah mencabar. kurang menghormati cikgu. aku basuh pun tak jalan. tapi 5 KN, i like them! so much! seriously, walaupun tak sampai 2 minggu ajar, tapi dah sayang diorang. huhu... tapi... next week, ketua panitia akan ambil kelas tu. yelah, aku kan guru baru. so takde pengalaman. kena ambil form4 aje. ish, dah rasa macam praktikal betul2. huhu... tapi dalam banyak2 kelas tu, 4 KN tu, aku kena berusaha keras. nak tackle diorang. macamane ek... hmm...





p/s (i) : interview yang amat menyedihkan. semua keluar dengan mata bercahaya... aku keluar dengan mata berair. ohhh... bongoknya aku... ohh....

p/s (ii) : ber'hanging dengan cik hapisang and incik daus. something happened. sampai sekarang rasa nak gelak. oh... daus yang bengong. he...

p/s (iii) : sabtu ni ada teater final tribute to THE PEARL. aku sebenarnya tak pernah baca pun novel tu. so, bagus ni untk aku dapat view about the novel. bukan setakat untuk low proficiency. haha...

p/s (iv) : 2 minggu genap jugak tidak ketemu gerek. hmm... IMISSYOUALOT DARLING!






04082010 ~ 10.02pm
rumah aku ~ bilik boy

Saturday, July 31, 2010

fitnah itu bagai membunuh

salam semua... okay, sebab kes serius sikit entri kali ni. tu yang bagi salam. skema sikit ye malam ni kepada pembaca. sila baca dengan tone rendah. selalunya tone tinggi, kali ni rendahkan tone anda membaca entri kali ini.

entri kali ini, FITNAH. dari kecil2 dulu dah diterapkan dalam pikiran, 'Fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh'. tapi still, kenapa orang tabur fitnah? baik bunuh aje orang yang nak difitnah tu kan? kurang sikit dosa dari fitnah. maybe, manusia ni tak paham konsep fitnah. bila buat cerita yang tidak benar dan disebarkan, tu dah namanya fitnah okey. ala2 ngumpat. ngumpat tu ngumpat. but bila tokok tambah mensedapkan cerita tu, fitnah lah tu.

masa aku fourth year, pernah jugaklah jadi kes fitnah ni. tapi takdelah kes besar pun. just terguris hati aje. tak sangka kan. tiba2 keluar cerita macam tu. apa aku rasa? hui, first sekali, sedih. tu yang g jalan2 petang2 dengan member2 tu. diorang joging aku jalan kaki ambil angin. siap diorang pusing kat K12, aku baru nak sampai tasek belakang tu. huhu... anyway, memang berterima kasih lah kat diorang. kalau tak, terperuk aje aku dalam bilik petang tu. then, lepas itu, aku memupuk rasa marah, timbullah rasa marah kan? he... memang aku marah kat mulut2 yang membawa cerita tu. sampai hati kan. aku cakap kat gerek, "i takkan maafkan diorang selagi diorang tak minta maaf". kalau aku tak maafkan, maknanya tempat diorang neraka lah kan? gerek cakap, "u jangan cakap sebarang. ni u tengah hot. later reda lah hati u tu, mesti tak rasa macam ni"... hm, betul jugak. maybe tengah hot sangat, tu yang keluar statement tu. tapi sekarang ni, dah berbulan2 benda ni jadi, still aku tak dapat maafkan diorang. sorry guys, u can't deny what u have said. sebab aku yakin memang fitnah itu telah terjadi.

okay, sini mau cerita hal orang lain sebenarnya... hal one of my loved ones. kena fitnah. hmm... kenapa yek? okay, faktor utama fitnah adalah DENGKI. yelah, orang2 yang menabur fitnah ni macam tak puas hati dengan kesenangan orang lain. sebab itu timbulnya fitnah. untuk menjatuhkan orang lain sebab orang tu mempunyai lebih kualiti daripada orang2 yang menabur fitnah; dari segi kewangan, sosial, cinta, kerja dan pelbagai aspek lagi.

jadi kesimpulannya di sini boleh dikatakan, manusia ni tahu hukum hakam Allah tapi masih lagi melakukan kemungkaran. contohnya seperti telah disebut, walaupun tahu fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh, still lagi orang tabur fitnah. contoh lain, macam berzina. sekarang ni kecoh pasal Ariel Peterporn. huhu... i like that name actually. Peterporn. contoh lain, Cut Tari tu, konon insaf pakai tudung pulak sekarang. yelah, nak mengaburi mata masyarakat konon dah berubah. tulah, appearance tak menerangkan semuanya. misalannya orang tu tudung litup semua, tiba2 keluar video asmara di sebelah tangga. auw, panasss! tapi yang tak bertudung itulah yang menunaikan segala perintah-Nya. jadi kawan2, mari bertaubat. yelah, aku pun banyak buat salah jugak. nak tinggalkan segala kemungkaran. nak jadi yang lebih baik. ha, satu lagi kawan2, jangan di buat main taubat. lagi dosa besar. oh, aku sudah bikin onar. mahu bertaubat. okay, taubat solat tonggang tonggek, zikir, ngaji. seminggu kemudian bikin onar lagi. ops, love bite ke tu di pangkal buah dada u?? (:@))

renung2 kan dan selamat beramal... (clause ini dipetik dari ustaz dari Hotfm)






p/s (i) : lama aku simpan benda ni rupanya... but apa2 pun, benda dah jadi. marilah menuju kejayaan!! sama2 baiki diri.

p/s (ii) : sedang mencari info2 pasal current issue. penyata Razak? adei mak... penyata apa lagi kena baca. oh, i hate history.

p/s (iii) : usb kabel hp tidak dapat dikenalpasti keberadaannya. tak dapat nak transfer gambar makan di Damai semalam. sedapnya ayam lemon! tapi sup yang pelik. huhu... layan!






31072010 ~ 10.03pm
rumah aku ~ bilik boy

Friday, July 30, 2010

Jejaka Saya~

hello2... gerek aku kini amat busy meng'handle meeting atau kursus atau apa benda entah kat KL. kat area mana pun aku tak sure sebab tak sempat tanya lebih2. huhu... yang aku tahu, dia gerak pukul berapa, sampai pukul berapa. then calling2 berbual pasal aku, bukan pasal dia. approach ini di namakan self-centered ye. huhu...

di sini, nak mengucapkan tahniah kepada cik hapisang kerana berjaya menjadi cikgu ganti sekali lagi dia sekolah teknik johor bahru. huhu... sekolah lama aku tu... goodluck bebeh. u can do it. i tak se'teror u. ingat tak joke kita about the interview? kikiki... u balik lebih awal dari i kot. not sure. but kira okaylah, kita berjiran. boleh lagi lambai2 dari pagar. kikiki... after school maybe boleh minum shake 'kincit'.


okay2, back to the point. post kali ini untuk meluahkan perasaan rindu yang teramat untuk gerek. patutnya weekend hari tu dating dengan gerek jap. tapi atas masalah2 teknikal, tak dapat jumpa. silap2 lambat lagi dia balik JB. tapi takpelah, biar gerek jimat2. boleh aku mintak cover untuk SB lagi. oh, seronoknya... SB bersama hapisang. he...

actually, aku nak luahkan perasaan rindu. tapi tak reti pulak nak jiwang2 in public ni. yang pastinya, ketika ini amat merindui gerek. asyik teringat dia aje. ish, mengapakah... dia tengah jampi2 aku dari jauhkah? walau apapun, i am very grateful. i was blessed with a very nice guy. a guy that see my flaw as something special inside me. thank you darling because u didn't stop waiting when i asked u to.


ILOVEYOU,
yesterday, today and tomorrow...





p/s (i) : mane gerek aku tak msg2 ni? busy benar dengan meeting. bukan dapat OT pun. oh, aku telah menjadi mata duitan.

p/s (ii) : interviu... harap2 dapat tasek utara. yeke? hoho... mane2 pun tak kisah asalkan dekat dengan rumah.

p/s (iii) : mengantuk... mana mak ni? malam ni makan BESAR punya! di Damai. nanti aku update kalau makanannya best. huhu...





30072010 ~ 6.54pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Thursday, July 29, 2010

Happy B'day Cif Yazed!

hello2 you all... birthday ayah aku semalam tau. yang ke-56. hui, ayah aku memang dah berumur seh but still maintain gagah perkasa vogue kacak tegap. he... yes, ayah aku memang awet muda. orang payah nak percaya ayah aku dah 56 tahun. 56! our favourite number! he... and boleh di klasifikasikan sebagai warga emas sudah. hehe... dia pergi JPJ hari tu pun tak perlu beratur. sebab ada 1 kaunter special untuk 55 tahun ke atas. he...

hari selasa lepas, ayah ke KL. seperti biasa, aku tidur awal sejak start mengajar ni. ayah aku balik rumah, aku dah tidur dah. he... so, tak dapat wish at 12am. pagi esoknya pulak, pagi2 aku memang blur. tiba2 ayah kata, "abang bagi ayah hadiah BESAR punya!" aku berkerut. oh, birthday ayah, terlupa pulak pagi2 ni. okay you all, hadiah dari abang aku. alhamdulillah, jimat duit ayah aku untuk beli tv baru. huhu...


petang tu pulak, after balik sekolah pukul 4pm sebab ada koko kat sekolah, aku and cik piza menuju ke angsana. aku nak cuci gambar pasport. sambil2 tu berborak dengan cik hapisang. mengong sungguh minah itu. hoho... ada dia kata vanilla shake aku 'terkincit'. nasib aku masih berselera untuk minum. haha...

malam tu, nak sambut birthday ayah. so, pergi dinner di Banafe! dekat Banafe lama yek. bukan Banafe Village. kat Banafe lama ni ayam penyet dia yang sedap. walaupun Banafe Village still ada ayam penyet, tapi tak sesedap tempat lama. huhu... aku and mak makan ayam penyet. ayah makan pecel lele. rangup sungguh!


okay, parents i sebelum menjamu selera. Cif Yazed : 56 tahun. Hajah Zakiah : 52 tahun. cita2 aku, nak awet muda macam parents aku jugak. secret dia? oh, tiba2 nak secret recipe...


















p/s (i) : hari ni sangat mencabar. setel ujian bulanan form4 and form2. board belum siap. esok 4 periods. oh...

p/s (ii) : susahnya nak study literature baru form4. bersama2 belajar dengan students. hoho...

p/s (iii) : haven't prepare yet for the interviu. hmm... starting tomorrow okey! berusaha!!





29072010 ~ 6.13pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Tuesday, July 27, 2010

mode : nak kereta baru!!

hoho... aku tahu mak ayah aku baru beli kereta baru. tapi... bukan kereta aku. ceh, alasan kan. mak aku pesan, nanti kerja tak payah beli kereta dulu. pakai kereta dia dulu. nanti dah stabil baru beli kereta. and aku pun tak kisah sangat. sebab aku dalam kepala dok pikir, my first car must be malaysian car. yelah, kereta first kan, ketika aku masih belum mahir. kang banyak tanda2 lahir. takdelah ralat sangat. kikiki...

but lately ni, abang aku dok sebok nak beli kereta baru. hmm... not a good idea. sebab abang aku ni tak stabil lagi. kereta Gen-2 dia tu pun semput2 nak bayar. aiseh... kesian ayah aku selalu kena cover bila dia tak boleh bayar. hmm... but, at the same time, ruginya jual Gen-2 tu sebab no platnya cantik. abang aku nak beli kereta second. so if beli kereta second, tak boleh transfer no plat lama. berpusing2 jugak kepala aku pikir macam mana nak ambil no plat tu. nak suruh aku beli kereta? jauhhhhh lagi. so... chances pada gerek. he...

dah berapa lama aku dok ushar2 gerek suruh beli kereta. tapi dia kata belum sampai masa lagi. penat dah aku tunggu. bila masanya ni? then aku pikir, if gerek beli kereta, bolehlah dapat no plat abang aku tu. but still, aku pun taknaklah gerek pakai no plat yang telah digunakan. if aku, aku tak kisah sangat. yelah, sebab abang aku punya kan. okay, kereta impian gerek. tunggu ajelah jadi atau tak dia beli kereta ni. huhu...


kereta impian aku. eh, banyak kereta impian aku. but aku nak kereta ni if boleh. colour pun nak colour ni. cewaahh!! mampukah aku?? tak ada hujan duit ke? aku tadah dengan tank. hehe...


ni kereta paling aku suka setakat ni. but yelah... harga dia pun nak dekat rm150k. hmm... memang betul2 impian kereta ni. kikiki... plus, ayah aku kata, jangan beli kereta 2 pintu. dia kata kang mak ayah dah tua takkan nak kena bongkok2 masuk part belakang. logik but still, aku suka kereta ni. colour aku nak merah cili. he... kalau dapat yang boleh bukak atap macam ni... hui... meroyan aku. he...


and ni, kereta soccermom idaman aku. macam cerita2 omputih gitu. hehe... colour dia, white pearl!!





p/s (i) : sedang menunggu mak call. nak kena fetch dia. hui, penat jadi cikgu ni... kertas exam ujian bulanan aku kena taip and submit esok. huiyo...

p/s (ii) : dy darling... nak starbucks... takmo support yayang u ke? hoho... untuk lepaking bersama cik hapisang...

p/s (iii) : di sini, aku nak menyumpah orang yang membuatkan hidup mak aku miserable. bodoh. baru masuk dah nak susahkan orang lain. baru takat diploma. jangan berlagak sangat bebeh! (based on my ignorance)





27072010 ~ 6.12pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Saturday, July 24, 2010

The Twilight Saga : Eclipse

hello2... aku tahu aku agak lambat untuk menonton cerita kegilaan ramai ini. cerita ni keluar 8julai2010 tapi aku baru dapat tengok rabu lepas, 21julai2010. ini disebabkan kerana (amboi, dah sebab mau kerana lah pulak. hehe...), aku tak ada geng untuk pergi menonton. cik hafizah tak suka cerita sekuel2 ni. lagilah bila first cerita dia tak tengok, memang dia takmo tengok sekuel2 dia lah. hehe... member aku yang lain macam busy je. dengan kerja, study. uhuk2... gerek balik but kan pergi KK, so tak dapat tengok. last2 rabu lepas dia balik JB sebab ada urusan. he... cepat2 beli tiket wayang. maaf piz, janji dengan u. laterlah i belanja u movie ek.

okay2, back to the point. nak review cerita Eclipse ni. cerita ni aku tak excited macam New Moon lah sebab sedikit kecewa dengan New Moon. overall, aku puas hati. macam New Moon lah. sebab cerita dia tak berubah sangat dari novel. action dia aku rasa better dari New Moon. but plot dia macam banyak sangat. macam tak sempat feel dah tukar scene lain. scene action dia aku tak puas tengok. lawan2 tiba2, eh, dah mati dah semua? dah habis dah perang? tapi scene romance dia puas hati sikit lah banding New Moon.

hm, suka sangat Edward yang bersifat over protective and Jacob yang tidak akan putus asa untuk kejar cinta. suka Emmett yang suka bergaduh and dalam Eclipse nampak sikitlah Emmett mesra sikit dengan Bella. Jasper pulak nampak sayang sangat kat Alice. cute adorable Alice. tapi kan, part Jacob kiss Bella tak nampak real. dengan Edward bukan main cumbu2. hehe... dengan Jacob macam kiss yang lekapkan bibir and gerak2 kiri kanan. and untuk nampak ghairah, Bella punya tangan macam genggam2 leher Jacob. huhu... maybe betul kot Robert and Kristen bercinta jugak off screen.

lepas tengok wayang, pergi beli kasut kerja. disebabkan aku sudah menjadi cikgu ganti, kenalah cari kasut kerja. huhu... selalu tangguh2 beli. actually aku memang niat nak beli dah. sebab kerja partime aku pun perlukan aku pakai kasut hitam. aku pikir nak beli murah2 and boleh pakai untuk jadi cikgu jugak if dapat jadi cikgu sandaran. kiranya kasut 2 in 1 lah. tiba2 before beli kasut, aku dapat call untuk jadi cikgu ganti. huhu... kelam kabut jadinya aku hari Rabu tu. plan changed 3 kali. sebab mula2 aku nak keluar dengan piza. then gerek balik, cancel dengan piza. then dapat call, cancel dengan gerek pagi tu, jumpa dia tengahari. hui, kelam kabut sungguh. lagilah nak cari kasut yang lembut and selesa. payah...

oh, takde picture berkaitan gerek atau eclipse. ni gambar mak ayah aku hari pertama sampai di KK. ayah ku yang poyo. "kejap2, ayah nak pakai spek mata hitam". huhu... hari yang amat sejuk.





p/s (i) : oh, kejap lagi pergi tempat kerja abang. nak makan mee goreng sedap! yeay! tapi mak dah masak udang and ketam. nak makan mana satu ni? huhu...

p/s (ii) : alahai... kenapa tiket adik aku esok pukul 10.30 pagi? aiseh, kelam kabut lah jumpa gerek esok. aiseh...

p/s (iii) : oh, abang hadiahkan tv untuk mak ayah. nasib baik mak ayah tak beli tv lagi untuk rumah baru. hoho... thanx abang!! duit untuk beli tv, bolehlah aku ngecek untuk wardrobe aku. kikiki... alhamdulillah...





24072010 ~ 5.49pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Friday, July 23, 2010

second day at KK!

hai2, gap berapa hari ek aku baru dapat update blog pasal second day kat KK ni. huhu... alhamdulillah, rezeki aku. dapat jadi guru ganti di sekolah sebelah mak aku. he... nasib baik dekat dengan mak. so senanglah sikit, balik je aku drive pulang. sekolah ni sekolah premier. so agak seram lah. guru2 kat sana very welcoming. tapi belum blend lagi. takes time kan.

okay2, back to the point, hari kedua di KK. aku bangun pukul 6.00 am. sebab gerek kejut. ai, kalau kat rumah ni aku tak bangun lagi. he... cepat2 siap sebab bas sampai pukul 7.00 am untuk mulakan trip kami ke kaki gunung. kitorang semua naik bas SMT Beaufort. aku dan gerek sebelum bergerak.


first stop kitorang ialah di jambatan tamparuli. gile tinggi jambatan ni. gayat aku. road dia rendah gile. dekat gile dengan tebing sungai. kalau hujan banyak sure banjir ni.


then singgah sebentar di Kinabalu Park, sebelum sampai kaki gunung. beli2 souvenir and tangkap2 gambar. cikna dah muntah di sini. jalan dia agak pusing2. aku still gagah. huhu... lepas minum coke and muntah okaylah dia.


then sebelum sampai kaki gunung, singgah ada jual2 sayur and pokok bunga. cikna beli pokok bunga. kat sini dah rasa sejuk gunung dah. tapi tak keluar asaplah dari mulut. huhu... tapi aku kecewa, kitorang tak naik sampai kaki gunung sebab kitorang naik bas panjang. kalau naik bas pendek tu bolehlah sampai atas. oh, baru nak merasa kesejukan kaki gunung.


then aku dah start pening2 sebelum sampai Kundasang. mak beli ayam madu. aku tak makan. tekak dah tak betul. kepala dah pinar2. cool lagi sempat tengok Ketika Cinta Bertasbih dalam bas. then sampai kat Air Panas Poring, aku keluar bas paling awal, cari longkang and muntah. huhu... serius tak tahan gayat and jalan pusing2. pening aku. ni dia air panas Poring. tengahari buta, gile panas air dia. boleh rebus telur. huhu... sampai hotel balik dalam 6.00 pm. keadaan dah gelap. huhu...


picture favourite aku di Jambatan Tamparuli :

yanna + gerek


akhirnya gambar aku lompat dapat disemadikan setelah asyik gagal di pulau2 pada hari pertama. he...






p/s (i) : kepala aku masih pinar2 since hari kedua kat KK tu. aku tak tipu. kadang2 rasa nak pitam. aku tanya budak farmasi tu, dia kata sebab au terdedah kat tekanan udara banyak sangat. huhu...

p/s (ii) : amir ridhwan balik kejap lagi. huhu... dah simpan tongkeng untuk dia. rasa macam nak rembat dia punya pulak. he...

p/s (iii) : esok ada kurses LDP kat sekolah. aiseh, tak dapat bangun lambat lah namanya... sakitnya kasut baru...





23072010 ~ 4.29pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Tuesday, July 20, 2010

first day in KK!

okay u guys... akhirnya aku kembali ke JB. dah balik kelmarin lagi. tapi biasalah dengan penat... then i pergi PPD bersama cik hafizah, then kerja etc. huhu... busy woman lah i sekarang ni... akhirnya, selepas men'copy2' pictures dari album di FB cikna, barulah aku boleh update blog pergi KK weekend lepas. sekejap je pergi, 3 hari 2 malam aje. yang bestnya, gerek pun ikut. he... seronok!


flight kitorang pukul 9.30am sabtu lepas (17julai2010). sampai kat KK dalam pukul 12pm gitu. then ambil cab ke Marina Court. aku rasa apartmen ni paling best lah. dekat dengan segala2 nya. dekat dengan jeti. dekat dengan pasar filipina. dekat dengan semua2 lah. pasar ikan2 pun dekat. jalan kaki aje. he... and kat apartmen ni boleh masak2 sebab dah disediakan barang2 dapur. pisau, senduk, kuali. bahan2 masak aje yang kena beli sendiri yek. apartmen ni ada 3 bilik. 1 master bedroom and 2 lagi ada 2 katil single each.

after check in, kami menderu ke Jesselton Point. sebab kitorang ramai, lebih baik chartered 1 boat. harganya rm500 1 boat then tiket rm6 seorang. bila dah chartered tu, kitorang lebih bebas untuk bergerak kat pulau. takde waktu yang ditetapkan. best jugaklah... boleh mandi2 tak rushing2. aku tak mandi, gerek yang mandi over2. hoho... ni dia 1 boat kitorang. kawan2 mak semua.


on the way tu hujan turun. dahlah boat tengah laju. mencucuk2 pipi aku sampai susah nak bukak mata. he... ni masa sampai Pulau Sipi. lencun woo...


ni aksi kumpulan baywatch di pulau kedua. Pulau Manukan. huhu...

ha, budak kecik ni namanya Mohd Ameer Zakwan. punyalah nakal and tak takut orang. keletah. pengubat lah sedih aku sebab diena tak dapat ikut. memang becok mulut budak ni. dia suruh ayah aku pakai sunglasses "atok! akai!" ayah aku pun pakailah... dia belek muka ayah aku, "lawanya..." haha... tak boleh blah. ni dalam boat sebab cuaca sejuk sangat, dia macam nak demam. so duduk diam je. menggigil2. cian dia...


then kitorang turun di area pasar filipina sebab mak nak beli udang and ketam untuk dinner. hui, ikan2 fresh. ikan kembung 1kg rm2. huiyo... malam tu after dinner just jalan2 area hotel je taking2 pictures. betul2 macam tourist dah. my favourite picture that night :






p/s (i) : esok gerek balik lagi... hehe... seronok. walaupun kesian gerek penat. tapi still aku seronok dapat jumpa dia lagi.

p/s (ii) : piz, laterlah i belanja u movie ek. he... then ber'hanging' bersama. amir adam dah tak boleh join. huhu...

p/s (iii) : seronok bercuti dengan gerek. and aku rasa macam kaya raya sebab semua supporter aku ada. mak, ayah, cikna, gerek... lalalala~





21072010 ~ 12.56am
rumah aku ~ bilik aku

Wednesday, July 14, 2010

tribute to ex-KMJ batch 2004

p/s : all pictures are captured by my old handphone. nokia 3660. ide, mal, intan... ingat tak handphone tu?

hello2... ha, kepada mereka2 yang follow penulisan aku ni, aku tak pernah cerita pasal kehidupan aku sebelum UTM kan. okay, selepas spm and sebelum aku ke UTM, aku menghabiskan setahun pengajian di Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak. a year full of enjoyment. gile banyak kenangan. especially ketika inilah aku dan gerek menjadi rasmi. hehe... ~ae eternity~

di sini jugak, aku bertemu rakan2 satu praktikum yang amat best. dengan diorang lah aku berpoya2. malam2 pergi ke KESIS (Kedai Siswa), atau KETAT (Kedai Fotostat). hehe... dan tiap2 petang after kelas mesti aku lepak kat KEKET (Kedai Tiket) yang handle tiket2 bas budak2 KMJ nak balik kampung. kat KEKET jugak aku selalu lepak hari jumaat malam untuk tengok movie. cerita Pontianak Harum Sundal Malam pun first aku tengok kat situ. teringat Mal menjerit2, aku yang gabra lebih. oh kenangan...

okay, aku dulu praktikum fizik 35. aku rapat dengan 3 orang ni... mana2 mesti pergi berempat. duduk pun mesti sebaris 4 orang... simbol kitorang adalah colour. yanna (biru), aidha (hijau), mal (merah), intan (pink). ada 1 day kitorang janji untuk pakai colour masing2 and taking2 picture. ni gambar kitorang 1 praktikum. time ni baru balik dari wedding mentor kitorang kat Kluang. theme kitorang berempat that day is BLUE. he... baju aku renyuk gile.


nilah mentor aku... Miss Farha... cantik kan? husband dia pun hensom!


AIDHA HILLA BT AMAL (green)


sama2 dengan aku masuk UTM. dia meneruskan minat dia dalam jurusan elektrik. kenangan paling aku ingat tentang dia ni ialah jari dia tersepit pintu. pukul 2pm kitorang ada kuliah, tapi dia tak datang. minah ni bukan jenis monteng, so bila tak datang tu mesti reason yang boleh diterima pakai. gile jari dia darah banyak gile.

p/s : ide, ingat tak jari mana? kita panggil jari MANTAP. hehe...

MALYANAH BT MAZNI (merah)


after KMJ, dia masuk UTHM. bidang yang dia minat jugak, mekanikal pembuatan ek? lupa pulak apa course dia. paling aku ingat pasal dia, dia lubangkan baju kurung aku. hehe... baju yang dia pakai masa pergi mentor aku kahwin tu, tu baju aku. oh, niat dia memang baik sebab nak iron dulu before pulangkan kat aku. tapi terleka agaknya. berlubanglah ia... dia datang bilik aku around 5am, aku tengah stay up study. time tu nak marah but nak buat macam mana kan... benda dah jadi.

p/s : thank you kepada mak Mal. dia ganti balik harga baju tu. he... masa mak dia bagi duit, siap bawak KFC lagi. hehe... kat Tangkak hanya ada KFC okay.

NUR INTAN BAIZURA BT ZAINAL ABIDIN (pink)


oh, nama dia paling panjang. kalau ada ruangan untuk tulis nama pun, nama dia mesti tak muat ruangan itu. hehe... dia ni banyak stok coklat ke... gula2 ke... nanti aidha datang ngecek. huhu... dalam kuliah tu, kitorang macam buat pesta makan2. tu belum lagi aidha bawak masuk karipap. nasib dia tak bawak roti canai ke... paling aku ingat pasal intan ni... apa ek, macam banyak pulak. dia kalau marah mata dia jeling2. bila gelak, mau korang dengar gelak jantan. suara dia pulak, sengau. kikiki... lembut aje orangnya. ha, paling aku ingat ialah ketika belajar kawat kaki. serius amat kelakar. aku nak gelak tapi budak tu dah nangis. hehe... last2 dia tak berkawat kaki. dia join praktikum 36 buat jualan. he...

p/s : inten, ingat tak kita hantar pesanan suara thru maxis. he... suara ko sengau membuatkan aku tambah rindu.

ni pencil cases kitorang. cute kan? sebab takde hijau, aidha punya colour kelabu.


selain budak 3 orang ni... kitorang rapat dengan budak2 praktikum 36 and 37 jugak. praktikum 36 = marini, puteri ain and farah ngengeng... praktikum 37 = suhana and rempit. yang pentingnya, kitorang dengan budak2 praktikum 35 memang rapat. oh, rindu... syafiqah, syila...

love this picture. captured by aidha. dalam tutorial. rasanya dalam kelas agama kot. sebab kitorang gabung dengan praktikum 36.






p/s (i) : reminisce the good old days during the one year in KMJ... oh, serius rindu kalian...

p/s (ii) : yeay! gerek balik jumaat pagi... boleh makan cendol before pergi kerja. hehe... boleh u bau perfume baru i.

p/s (iii) : oh, kerja Dr. Faizah and Dr. Anizu... kena full throttle nampknya ni... mari hapisang!




14072010 ~ 2.16pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Tuesday, July 13, 2010

ayah i y'all~

hai2... hari ni... ketika pagi2 buta ini, ketika mata belum lagi mengantuk, tangan gatal nak update blog. so, latest pictures adalah my daddy. hari sabtu lepas, bangun pagi2 after subuh. after breakfast charmee dengan ayah, kami menuju ke rumah Impian Emas. ayah nak tengok perkembangan renovation rumah.

i like... bilik aku bertambah besar. bilik boy pun sama. and... kami tak share toilet. he... baru ada privasi. masa mula2 kena share toilet. aku tak suka tapi redha ajelah. takut kan, kang aku tengah mandi syok2 togel2, sekali orang di pintu sebelah bukak. huhu... okay, view dari pintu. pintu toilet tu nanti di tutup. toilet baru belah belakang.


ni pulak bilik boy. toilet still the same. pintu aku dah tutup, so ada 1 way in ajelah ek. he...


okay, ni ha ayah i... poyo sungguh. dia yang yeye suruh aku tangkap gambar dia macam ni. huhu... belakang tangga tu ialah bilik air baru aku yang lum lagi di bina yek...


he... bapak aku ni jenis cool. sentimental. hui, cool amat. bawak kereta 40km/j - 60km/j. dari Impian Emas nak ke Larkin, aku boleh tidur dulu. padahal sepatutnya dalam 15-20 minit drive aje. this 28July ialah birthday dia yang ke 56. he... kalau tak extend, patutnya bapak aku dah pencen.

love my daddy so much. dia ajelah yang sudi mendengar cerita2 kosong aku. dengan mak aku lain sikit. mak aku jenis serius. so jarang lah nak berbual2. aku pernah tanya bapak aku, "macam mana ayah boleh ngorat mak ek?" yelah, kalau ikut perangai dia sekarang memang susah nak di approach. jawapan dia senang aje... "ayah kan handsome. mak yang ngorat ayah" oh, jawapan tak boleh blah. huhu...





p/s (i) : masih terpikir2 tentang duit yang short tu... kesian supervisor aku... hm... =(

p/s (ii) : dapat kabinet seperti yang dimahukan. moga2 harganya okay jugak. and mak tunaikan. hehe... yayang, support i kan?

p/s (iii) : dah lama tak sebut... ILOVEYOU... yesterday, today, tomorrow... <3




13072010 ~ 1.30am
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com