hei2 you ols... aku dah mengantuk sebenarnya... tapi nak jugak tahan mata sebab nak update blog. esok dah 30jan. eh sekejap je masa dah berlalu sebulan bulan januari. birthday aku tak lama lagi lah eh? haha... i loveeee birthday. sebab ada present. mungkin di didik macam ni. sentiasa ada hadiah ketika hari jadi. even bukan hadiah pun, dapat kad dari ayah tiap2 tahun. pagi2 bangun tido, ayah akan cakap, "Selamat hari jadi anak ayah..." mak pun sama. "Bangun bangun! happy birthday..." kad pulak ayah memang letak atas meja. simple je. ucapan Selamat Hari Jadi, daripada Ayah (tahun). contohnya 2005... daripada Ayah 2005. ha, setiap tahun ayah buat begitu. sweet kan ayah aku?
okay, entri kali ni nak cerita pasal kehidupan suami isteri jarak jauh. okay okay, dah sedih dah. haha... tahun lepas maybe aku tak rasa sedih sangat sebab Shahida ada. boleh lah nak buat2 lawak dengan dia. tahun ni berdua je pulak dengan edot. hmm... lain sikit lah. sebab Shahida suka mendengar aku bercerita. haha... aku memang suka sangat bercerita. sampai penat minah tu mendengar.
setakat ni, aku rasa aku bukan isteri yang baik... sentiasa cari gaduh dengan suami. sentiasa marah suami. dan tanggungjawab sebagai isteri pun jarang aku jalankan... bila bercuti, datang Melaka pun, aku tak kemas rumah sangat. basuh baju pun bawak ke dobi. gosok baju pun jarang sekali... masak memang jauh lah... jadi, apa yang aku buat sebagai isteri?
lagi lemak bila balik JB. kami mesti balik rumah 2, 2 belah. kalau kat rumah dia pun, aku jarang tolong mak dia... mak dia suka masak tapi aku jarang tolong. aku layankan kepala ngantuk aku ni. tak senonoh kan? aku ni bukan anak menantu. aku ni anak hantu. haish! balik rumah sendiri pun sama... baju2 mak basuh. tahu2 dah bersidai. jarang sapu rumah, masak tolong mak sikit2 je... jadi mana peranan aku sebagai isteri?
aku dahlah selalu cari pasal dengan suami. suami pulak memang penyabar. tapi entahlah... kenapa aku keras kepala sangat. aku jadi sedih sebab masa bersama suami amat suntuk. dan kami tak habiskan untuk kami berdua. masing2 ada tanggungjawab masing2. bebanan yang kami harus tanggung.
masa bersama suami semakin lama semakin suntuk. hmmm... semoga Allah melancarkan perjalanan hidup kami.
p/s (i) : entah nak rasa apa... patutnya tido dengan suami malam ni. nampaknya, masing2 kembali bujang. tido di katil bujang.
p/s (ii) : appointment appointment appointment! bosan dah rasa.
p/s (iii) : aku tahu aku bukan isteri yg baik. aku sendiri tak tahu macam mana nak buat... hmmmm...
p/s (iv) : birthday adik ipar. happy birthday, Amal! sudah dewasa anda sekarang! weeehuuuuu!
29012013 ~ 11.21pm
atas katil ~ bilik aku-kediaman warden aspuri KVK
0 comments:
Post a Comment