we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Tuesday, December 17, 2013

Umar Aryan 2 bulan

Hai2 kalian... Rinduuuu sangat nak taip blog. Tapi as you all know, i dah jadi mak. Memang tak sentiasa menjaga anak tapi ada je benda nak kena buat. Tambah2 lagi anak taknak menyusu badan sangat. Jadi... Kenalah pam. Perghh... Mencabar jugak nak pam dan susukan. Tapi alhamdulillah... Ringan sikit bila guna botol sebab suami dan orang lain boleh tolong susukan. Kalau tak, memang kita jelah kan? Hehe...


Sooo... Entri kali ni nak bercerita pasal anak lah. Hehe... Yelah, tengok2 entri Nov ada 1 entri je? Ui, busy sangat aku sampai takleh nak update blog kan? Yelah, masa yang ada, aku terus tidur. Sebab masa tidur Umar ni berubah2. Jadi bila dia tidur, aku pun tidur. Hehe...

Umar Aryan Day 2


Time ni anak aku nampak putih kan? Pipi pun nampak tembam. Hehe... After 12 days in hospital, tembam jugak tapi berat dia susut 200gram. Oh, setiap hari aku nangis menunggu kepulangan dia... Dan syukur Alhamdulillah, hampir 2 minggu dalam hospital, doktor sahkan Umar sihat.



Masa awal2 minggu aku berdoa semoga anak cepat besar sebab dia kecik sangat... Nak pegang pun takut. Nak mandikan apatah lagi. Mak pun tak berani. Huhu... Siap upah bidan seminggu untuk mandikan Umar. Huhu... Sebulan pun naik 600gram saja. Dalam kepala, kesian anak aku. Tak cukup minum agaknya sebab tu badan tak naik sangat. Huhu...

Cubaan skin-to-skin Papa dengan Umar Aryan. Disebabkan perut dia asyik kembung masa awal minggu dia balik rumah, jadi kedudukan macam ni lah paling selesa dia tidur. Kalau tak, memang nangis ajelah... Memang berminggu2 tak cukup tidur. Huhu... Suami aku lah teruk. Siang nak kerja lagi.



Hadiah dari Mama Anne dan Abah Jan. Setakat ni dia tak suka lagi nak duduk situ. Tapi hari tu balik rumah mak mertua, diorang beli rocker jugak. Mula2 dia taknak tapi lama2 haaa... Nyenyak tidurnya...




Time ni pipi dah naik sikit. Lawa tak katil? Hehe... Sebab beli katil ni lah habis duit kutu bulan 9 haritu. Hehe... Padahal plan nak beli barang sikit2 je. Huhu...last2, ha hamek kauu... 



Hehe... Tengok gambar ni mesti nak gelak. Duyung ke dugong? Kikiki... Time ni Helena pun ada tapi dia pergi berak kejap. Lama pulak tuuu... Sebab meragam dulu. Nangis dulu. Barulah dia berak. Kikiki... Comel sangat!



Okay, gambar skin-to-skin attempt oleh Papa...




Dan kini... 2 bulan. Makin bulat, makin semangat, makin becok nak berbual. Seronok berbual dengan dia. Tapi bila dia kejut 4 pagi untuk berbual, ini tidak seronok! Huhu... Cayang anak Mama ni!




Banyak gambar nak tunjuk perubahan fizikal Umar Aryan. Nanti dapat laptop, aku edit nak cerita panjang lebar. Lagipun, sambil jaga Umar dan update blog, banyak aral melintang. Huhu... Ni dia bangun nak berbual. Susu dah banyak minum dah. Mamat ni satu peel, takleh banyak sangat susu. Nanti muntah. Huhu...






P/s (i) : baru pukul 4pm. Lambat lagi isi rumah nak balik. Aku ngantuuukkk. Huhu...

P/s (ii) : kaki Umar ni dah macam kaki Elena masa baby dulu. Mengayuh dia. Hui...

P/s (iii) : doa sekarang kenalah spesifik. Contohnya : semoga dapat minum air sejuk kejap lagi. Hehe...





17122013 ~ 3.58pm
Depan tv ~ ruang tamu - rumah Impian Emas

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com