we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Tuesday, April 30, 2013

Alleya Adini dan Natasha Helena

hai2 you ols... aku tengah tunggu sorang budak yang MC minggu lepas menjawab final exam ni. boleh pulak tak datang 2 hari exam. then senang2 kata demam. mana MC? bapak tulis surat cakap demam. la hai... bapak, kenapa tak bawak ke klinik weh? kalau anak demam teruk macam mana? adoyai...

so entri kali ni nak story pasal my girls. beberapa hari tinggal dengan diorang rasa seronok tapi at the same time rasa pening. Alleya biasalah bila ramai2 orang mula datang ngada2 dia. merengek2 menangis2. ai, geram sungguh. asyik tinggi je suara aku kat budak tu. then sekarang asyik nak main sepak2 kaki. mana tak hangin aku. tapi at the bright side, dia makin bijak. ya, she's 4 years old and banyak lagi dia tak reti. tapi with the disease, doctor said, she's normal although the development a little slow. and we try our best to make her normal like other children. sabar usaha.

so, untuk birthday dia tahun ni, mak belikan papan putih untuk dia kat IKEA. mak suruh simpankan until the birthday. tapi dah alang2 abang kahwin, we used it untuk tulis ayat welcome lah. dah tak boleh nak simpan, dia memang suka nak menulis and melukis.dia main2 lukis lah... then aku suruh lukis aku... this is the product.


aku pun suruh dia terangkan... dia start dengan lukis rambut 3 helai and kepala. then mata hidung mulut. aku tanya kenapa senget. dia tak jawab. occupied sangat nak melukis. hoho... then aku suruh lukis badan. dia lukis bentuk kotak, "ni perut Shiyun" then tangan atas tu and bawah badan tu... "ni tangan Shiyun..." then dia sambung lukis benda kecik kat perut aku tu... "NI BABY SHIYUN..." hahaha... gelak besar aku. budak ni makin bijak! Alhamdulillah.


okay, jom cerita adik dia pulak... kalau kakak dia peramah terlebih, adik pulak tak ramah langsung. takmo dengan siapa2. cikna nak mandi, kencing ke... akan menjadi satu masalah sebab dia akan nangis. dia hanya boleh dengan ayah aku je. heh! so if time tu cikna mandi then ayah keluar? memang haru biru lah tiba2 dia nangis. hoho...


comel tak budak baru bangun tido niii?? comel kannnn? argh... comel sangat sebab tu orang asyik nak cium and gomol dia. dah tu, dia tak suka so akan nangis. so yang penatnya cikna lah. haha... kesian kan? budak ni tak suka abang aku sebab masa awal2 jumpa abang aku, abang aku sergah dia terperanjat and since situ dia kureeengg sikit. nampak abang aku dari jauh pun dia boleh patah balik lari. haha...

budak ni takde bantal busuk but dia sangat suka comforter dia. bukan comforter busuk sebab cikna memang rajin basuh sebab takmo dia attached dgn comforter tu. tapi aku rasa dia suka bau soflan. so aku suruh cikna tukar soflan pun still dia suka dgn comforter tu. hoho... nanti aku gurau2 gomol2 comforter dia, nanti dia gelak then datang kat aku gomol2 sekali dgn aku. tapi, kalau abang aku buat, dia menjerit sekuat hati. hari tu yang abang aku angkatkan comforter dia tu pun, dari jauh dia dah menjerit. hoho... budak bijak!

Alleya sangat sayang adik dia. jadi bila Helena datang, dia 2 orang main jelah berdua gomol2 gusti2. time tu cikna nak buat kerja bolehlah tapi just risau lah budak2 ni main kasar the terluka ke... macam haritu, cikna mandi, diorang main berdua. Alleya ni pulak sekarang musim nak dukung2 orang. agaknya adik dia rimas asyik nak kena dukung, digigitnya kakak dia. melalak kuat Alleya. hehe... dahlah gigi Helena besar kapak. kesian budak tu. lama dia nangis then nak gigit adik balik. aku cakap nanti aku rotan Helena. selalunya dia tak bagi but kali ni dia angguk. maksudnya memang sakit betul lah tu...





p/s (i) : yeay! suami datang. berjualan sekejap malam ni then nak tutup kedai. hehe...

p/s (ii) : esok cuti. selamat hari buruh bagi yang bekerja. bagi yang menganggur, sila cari kerja. bagi yang belajar, sila buat kerja2 sekolah and assignments. yang bekerja je boleh cuti!

p/s (iii) : Al-Fatihah untuk Atok Saudara saya. Atok yang banyak memberi ilmu. semoga Tok Ayah damai di sana, insyaAllah, Amiinnn...





30042013 ~ 3.57pm
meja aku ~ bilik guru-KVK

Monday, April 29, 2013

resepsi Abang ~ 27042013

hai hai... aku sebenarnya tengah key-in markah PBS. tapi dah sakit kepala asyik tengok nombor2 and kerja2 budak. hari ni memang kepenatan tahap maksima. adoi... nak meniaga lagi balik nanti. suami tak bagi. bukan aku takmo ikut cakap dia. tapi meniaga sekarang ni, aku cuma gulung roti je. yang lain budak2 yang buat. huhu... seronok kan? tapi sekarang dah tak total hak milik aku lah sebab kena bayar2 upah. hehe...

so entri kali ni nak story pasal resepsi abang aku belah kitorang pulak. last week majlis nikah dia kan? so selang seminggu rumah aku pulak. nasib baik aku ada appoinment doktor hari jumaat. so boleh balik khamis and tolong2 mak kemas sikit. dan jumaat tu, balik dari appoinment terus tolong yang boleh. sakit pinggang pinggul punggung segala. petang tu baru cousin-cousin aku datang dan terus bertugas. hehe... kesian diorang tapi nak buat macam mana, tenaga kerja tak mencukupi. dan petang tu jugaklah pelamin and khemah sampai. tadaaaaaa... cantik tak?


hasil tangan staf suami aku dan isterinya. bunga tu fresh flower tau. mak aku nak mini pelamin yang simple2 je. requested colour, hijau, cream, putih. so inilah hasilnya. simple and nice. take picture pun cantik. hehe... sesiapa yang berminat boleh contact saya. hehe... and you won't regret because the price is cheap and negotiable.

hari sabtu pagi as usual, sebagai memberkati majlis, dimulakan dengan khatam qur'an. so participants adalah adik2 sedara aku. Nur Deeyana Izzati dan Nur Diniey Izzati. comel je aku rasa pakai baju sedondon.


dan majlis berlangsung seperti biasa. agak2 dalam 2.30pm lepas pengantin sampai, mendung nak hujan. mulalah rintik2 and hujan berat. risaunya... dan Alhamdulillah sekejap je. eh, lupa nak tunjuk flower girls and boy. arghh... comel2 anak2 buah aku ni.

Aqiel Ilham, Irdiena Alia, Alleya Adini, Natasha Helena.


and this is the newlywed. cousin aku and girlfriend dia jadi pengapit terjun. hoho... alang2 sedondon kan...


last but not least... ha, baru nilah aku nampak abang aku rajin sikit buat kerja. haha... sent this picture to Amir. soalan dia, "Abang buat goodies?" haha... yes, terpaksalah sebab memang takde orang boleh tolong kan. until adik2 sedara aku datang barulah laju sikit segala pekerjaan. thanks cousins!! love you sooooooo much!









p/s (i) : sangat2 kepenatan... gulung roti sambil nonton tv kemudian malam tido awal. wuhuuuu!

p/s (ii) : agak2 esok suami datang tak? oh rindu dia lah. hujung minggu busy tak dapat layan dia.

p/s (iii) : perut kurang sihat. macam mana ni? nak makan apa, Honey?







29042013 ~ 4.48pm
meja guru ~ bilik guru-KVK

Wednesday, April 24, 2013

Happy Newlywed, Abang and Kak Wani!

hai2 korang... ish, liat betul nak update blog sekarang ni. kalau kat sekolah, walaupun dah mula bekerja 8am-5pm masih lagi tidak mencukupi untuk menghabiskan semua kerja. syukur budak2 tahun 2 dah mula exam. so, dah lega mengajar untuk tahun 2. sekarang ni pikir pasal tahun 1 jelah. tu pun tinggal 2 minggu sebelum diorang mula final exam. tapi kemudian pening pulak tahun 2 nak buat apa selama 3 minggu sebelum cuti semester.

okay2, entri kali ni nak cerita pasal abang aku kahwin! akhirnyaaaaa.... abang aku kahwin. haha... lama jugaklah aku menunggu bila lah abang aku ni nak kahwin. tapi tahun lepas dia pernah cakap kat aku yang dia nak kahwin umur 30, by hook or by crook. if dia tak jumpa, dia nak suruh mak carikan. cehhh... yelah tu abang aku. nak ke dia pilihan mak aku? heh!

so, alhamdulillah, pada 21April2013, abang aku selamat menjadi seorang suami. kakak ipar aku namanya Khairun Shazwani. pilihan abang aku. so kami menerima dengan hati terbuka. walau perkenalan kami dengan kak wani singkat je, kami menyenangi kakak ipar aku ni. simple je orangnya. kalau dulu2 kawan2 abang aku yeye sangat. yang kali ni, simple and apa dia cakap semuanya yang berguna. i mean, takdelah cakap2 kosong. and she's very matured. dan yang paling aku suka, abang aku nampak lain. nampak lembut. and takde lagi baran2 kepala otak dia. rasa macam nak cabut2 ponytail dia yang buroookkk tu!


majlis akad nikah dilangsungkan di Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Selangor. eh, selangor ke? haha... aku tak tahu. yang aku tahu dekat dengan Ampang. huhu... aku bayangkan buat kat dalam masjid tempat orang solat tu. rupanya ada bilik kat masjid tu. bilik untuk nikah. ber'aircond. nice lah. ada stage, curtain scallop. so selesa lah...

family picture without Amir. don't be sad. we always remember you no matter what. and yes, bagi mereka yang tertanya, i received 2 instant nephews that day. so aku ada 2 pasang anak saudara. but still haven't got their names yet. tengok Alleya tu, tak pasal2 nak angkat tangan aku pun tak tahu. huhu...


jadi, sabtu ni, 27 April 2013, majlis resepsi di belah kami pula. insyaAllah semoga semuanya berjalan lancar.

last but not least. gambar budak gedik. masa majlis akad dia kena keluar dewan nikah sebab menangis2. tok kadi suruh dia dibawak keluar. takut mengganggu majlis. kesian suami aku, menahan sabar layan budak degil ni. aih, kena bagi minum air yasin banyak2 ni. geram sungguh.






p/s (i) : tinggal 1 teks debat untuk disiapkan dan boleh rehat serehat-rehatnya... menanda paper pun dah setel. ya Allah, penat sungguh rasa.

p/s (ii) : esok balik JB. jumaat appoinment doktor. semoga semuanya sihat selamat.

p/s (iii) : perut berkeroncong mintak di isi. okay, goreng telur jap.






24042013 ~ 9.31pm
depan tv ~ ruang tamu-kediaman warden KVK

Tuesday, April 9, 2013

happy 22nd birthday baby bro

hai2... lamanya aku tak update blog kan? aiseh... sekarang ni dah akhir2 sem so busy terlebih sebab nak kena setelkan markah pbs budak. dahlah nak suruh budak hantar kerja pun liat. jadinya, nak bagi markah pun tertangguh2 jugaklah. minggu ni minggu terakhir submit markah. lagi 2 minggu exam diorang. aishhhh! memanglah akhir2 sem ni dah kurang kelas but still kerja bukan mengajar masih berlambak. meja pun tak serupa meja dah. hoho... so hari ni kelas ada 1 jam je waktu pagi, sempatlah aku nak update blog.

okay2, last Sunday ialah hari jadi adik aku. ai... rindu kat adik aku. masa msg dia malam birthday tu, dia cakap lama tak sambut dengan family. even dengan family sambutannya ala kadar je but still the feeling is different. tak kisahlah... tahun depan sekali je lagi then the next year dah di Malaysia. janganlah pikir banyak... have fun sana.


the day we sent him for the second time. cuti sebulan je. aku as usual memang akan nangis tiap kali hantar dia. wuahaha... Alleya berlari2 kehulu kehilir punyalah lasak. but bila nampak aku nangis dia terus diam peluk aku. hoho... Alleya ni hati sensitif tak boleh tengok orang sedih2 or marah2.





for my baby bro,

even you are 22, can be considered an adult, you cannot watch adult movie, paham? haha... hitam hati tu kang. duduk kat negara orang tu mesti dah banyak tengok perempuan2 seksi2 pakai bikini kan? astaghfirullah... istighfar banyak2. jangan you enjoy tengok pulak. haha... i miss you always. dah lama tak borak dengan you. can hardly wait for next month. hope i'm healthy to travel 8 hours in flight. i love you. jaga diri kat sana!






p/s ( i) : okay selesai blogging, sambung bagi markah PBS.

p/s (ii) : lately ni budak2 nakal suka tegur2 berbaik2 dengan aku. sure nak markah lebih lah tu. takkan ku tercair. heh!

p/s (iii) : oh belum isi e-gtukar. surat keizinan suami dah dapat baru isilah...






09042013 ~ 11.08am
meja aku ~ bilik guru-KVK

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com