we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Monday, November 29, 2010

weddings attended~

hai2... hari ni actually aku bangun awal pagi woo... tak tahu kenapa tak boleh nak tidur balik. so gigihlah bukak laptop. nak update blog. memang nak update pasal weddings yang aku hadiri these two weeks. but pagi tadi entahlah mengapa terasa amat malas. haha... bukak yeye but tak buat apa2. surf situ, surf sini. then bila dah ngantuk, eh... pukul 10am sudah? so di sinilah aku... sedang mengantuk. kikiki... tapi tahan mata nak menonton drama Korea kejap lagi.

so pada entri kali ni aku nak cerita pasal 3 weddings yang aku attend dalam 2 minggu ni. first wedding adalah last week, 20november2010. wedding Liyana Salahudin dan pasangan, Mustaqim. diorang ni schoolmate aku kat TIJB. Liyana lagilah... since SIGS. kebetulan pulak cousin Liyana, anak murid aku. so... dapat jemputan. di Dewan Serbaguna Dataran Bandaraya. first time ni pergi dewan kat dataran. so kepada Liyana dan Mus, Selamat Pengantin Baru. maaf tak pergi ke Pasir Gudang, azuan yang taknak pergi. huhu...


wedding kedua adalah minggu ini... wedding Norhuda aka Ude pada 27november2010. kat pontian. huhu... pergilah bersama gerek. disebabkan ada 2 wedding hari berkenaan, so aku pergi pontian awal. haha... naik ke bilik pengantin jumpa Ude. wow! rumah dia... dalam macam resort woo... nak tangkap gambar lebih2 segan pulak. hehe... Cik Ude yang sudah bergelar Puan. Ude makin kurus... nak kurus jugak!


dan bilik pengantin. cantik kan? tema Ude adalah pink dan kelabu. doorgift dia sangat cute! biskut yang amat sedap! lupa tangkap gambar. maap ye. hehe...


ni pulak pelamin Ude. nice, cute, simple, sweet. i like! haha... aku main tangkap2 gambar je sambil lalu2 tu. dahlah seorang2 masuk rumah Ude. gerek tunggu kat luar. siap pakai Crocs chocolate ku pergi kenduri Ude. hehe...


kemudian, menderu pulang ke JB untuk attend best friend lelaki aku. haha... sekali primary dengan dia. sekelas dari darjah 4 sampai 6. dah kahwin dah kau... tiba2 terasa tua. haha... anyway, congratulation amri. tak sangka kau naik pelamin after hussna. happy for you. serba oren youuuu... dedicate untuk cik hapisang. kot2 you nak wedding orange. haha...



kepada kawan2 yang telah mendirikan rumah tangga... Selamat Pengantin Baru. sorry hadiah tak seberapa. no idea actually. hehe... Semoga kekal ke anak cucu, ke akhir hayat bersama selama2 nya... moga hubungan kalian dirahmati Allah sentiasa.







p/s (i) : hadoi... tak suka ini feeling. tak suka... menjauhlah kau syaitan!

p/s (ii) : ohoi... melayang duit oi... mahal sungguh pakej2. g Thailand ajelah. kikiki...

p/s (iii) : rabu ini ber'hanging bersama cik hafiza dan encik amir. moga2 encik amir free. boleh tengok Rapunzel. yeay! mau ber'choc cream dengan hapisang juga...

p/s (iv) : tiba2 rindu Ron Weasley. kikiki... tunggu Amir Ridhwan balik. rindu Amir Ridhwan lah... haha...







29112010 ~ 2.01pm
rumah aku ~ bilik aku

Thursday, November 25, 2010

gerek-gerek kepada gerek

hai2 you all... eveything fine? okay alright? tiba2 teringat pulak kem2 motivasi. are you okay? ALRIGHT! are you alright? OKAY! are you okay alright? hmm... pakar2 motivasi sekalian, cari idea lain ye. saya pun bosan sudah. haha... aku kurang okay kot. emosi sedikit terganggu. rumah semakin berselerak. bukan aku tantrum okay! semakin packing semakin serabut rumah. adoi... termimpi2 aku tidur dalam bilik baru. haha... menyeramkan.

okay2, back to my topic. memeningkan sikit kan? begini kisahnya... masa aku masuk UTM, aku ber'roomate dengan seorang sarawakian. lebih spesifik, orang Murut. tahu sajak Tun Mahathir "Melayu Mudah Lupa"? nanti minah tu buat lawak, "nasib baik aku orang Murut". haha... iya, dia Islam. dalam IC race Melayu. eh, ter'digression pulak. roomate aku tu ajar 1 perkataan sarawak. couple = gerek. since then, aku guna gerek untuk merefer couple aku. until now ia lekat. gerek saya : cikmon.

okay, apa itu gerek-gerek? begini... gerek aku ada beberapa orang best friends. yang dia sanggup belakangkan aku untuk these best friends. so aku selalu lah ejek, "korang ni macam ber'couple tau x". bila aku belajar word 'gerek'. keluarlah perkataan, "korang ni macam bergerek tau x". then ejek lagi, "pergilah kat gerek2 you tu!" jadinya readers, paham tak di sini? gerek2 adalah best friends. inilah mereka. ya, nampak macam kurang matang ye... hobi mereka adalah karaoke ya kawan2. hehe... grab from encik mohd ale.

dari kiri : am, mamat, mon, arip, ale

mereka amat2 lah rapat. memang tak dapat di pisahkan.
grew up together. sometimes annoying jugak. but sometimes rasa macam cute pulak. haha... bagus ada kawan macam ni. kawan susah senang. loyal and supportive. even ada salah seorang tu... hadoi, gile blurr... yang lain tu sabar je melayan. haha... mari lihat younger version.


okay let me introduce one by one ya...
  1. duduk atas kerusi baju biru : Nazri aka mamat aka kononnya adam. sekarang dah jadi cikgu BM. masa STPM pelajar terbaik seluruh Johor okay. masuk paper lagi. aku siap simpan paper tu. tadi baru buang. haha... sebab nak pindah rumah kan. aku gembur2 jumpa pulak paper muka dia. hmm... couple dengan chindian. sangat cantik. they have been couple since form 3 kalau tak salah aku. hebat kan??
  2. duduk atas baju hijau : saril. hmm... dengan dia ni gerek tak berapa rapat dah sekarang. kadang2 je jumpa. sebab tu dalam latest picture, dia tak ada. dengar kata kerja kat Singapore. gaji lebih tinggi dari gerek2 yang lain. ni based gerek cerita ya. and selalu hilang handphone. haha...
  3. duduk lantai baju hijau : ale. gerek kata dulu masa semua naik motor. ale mesti naik dengan arip. arip bawak laju and a bit reckless. ale takut. hehe... kitorang pernah vaca sama2. seronok. makan kat jamban. oh, jangan di kenang kisah lalu. apa pun still kenangan manis. nak makan kat jamban lagi! ha, 1 lagi pasal ale. actually, aku couple dengan gerek after dengar cerita dari dia. macam menguatkan lagi keputusan aku.
  4. duduk lantai baju cream : arip. ha, dia ni lah yang bawak motor laju2 tu. hehe... dulu masa aku first year, pendapat dia ni paling aku suka. haha... tak tahu kenapa. yang lain aku kurang boleh terima. maybe arip lembut sikit kot ayat2 nya. haha... kononnya adam punya ayat tak usah cakap. hiris2 hati aku. haha... antara gerek2, dia ni lah orang terakhir aku jumpa. wedding kat rumah am. tahun bila ek?
  5. duduk lantai baju pink : gerek aka cikmon. untuk mengelakkan kekeliruan. aku explain jugaklah. takut orang tak cam gerek aku. haha... aku ingatkan dulu dia dah gemok. rupanya dulu kurus seh... haha... maaf, saya amat suka gelakkan gerek saya.
  6. duduk lantai baju biru : am. hm... apa ek pasal am. ha, dia ni UTP. cuti sem dia selalu lain dari universiti lain. then yang ada kat JB hanya azuan. nanti if aku nak pergi dating dengan azuan, cikmon ni pun berkata, "boleh am ikut sekali?" haha... okay ajelah, no harm kan. tapi paling aku tak boleh lupa. masa tengok midnight 'Histeria'... huhu... seram woo... am menghilang di sebalik kerusi wayang.
haha... actually banyak pictures aku nak upload. tapi lagi banyak aku membebel kang. hehe... so, last picture. berempat saje untuk buat L.O.V.E. gerek ambil E. sebab dia kata stand for ELIYANA. haha... ada2 aje gerek cikebom tu...


oh, last2 picture of the day. gambar kami di tanjung balau. ni kitorang baru setahun. cute. but my skin colour is not even. deym! gara2 MHS lah ni!









p/s (i) : ngantuk banget. pedih gile mata. adoi yanna... tak bujang lah ngantuk awal2. haha... apakan daya. aku bangun awal sekarang.

p/s (ii) : sambil ber'ym dengan cik muniroh. haha... you 25... imagine that. haha...

p/s (iii) : menyesal... mari nyanyi lagu ressa herlambang, menyesal... aku nak chocolate... nak chocholate... chocolate kat rumah dah habis. dy, pergi langkawi lagi shoh!

P/s (iv) : kepada gerek2, maaf jika aku terkasar bahasa. Tersalah info dan sebagainya..






26112010 ~ 1.53am
rumah aku ~ bilik aku

Tuesday, November 23, 2010

last day as SMKTU teacher =(

hello2... hari ni, hari selasa. semalam Johor cuti; Birthday Sultan Johor. so, if bekerja, hari ni adalah hari pertama minggu ni. kawan2 negeri lain dah dapat penempatan semalam. tahniah Muni dapat MHS (Malacca High School). i know you will be the very best there. and, jangan ada anak2 murid yang tangkap cintan. hehe... tahniah untuk Piza dapat SDARY. dekat gile dengan rumah dia. yeay! korang beli kereta besar2 ek. boleh menumpangkan kawanmu ini. he... mode : rasa sayu actually. when will be my turn?

okay2, so entri kali ni nak bercerita pasal my very last day working at SMKTU. huhu... agak sedih tapi di tahan2 ye. kang aku ni if dah menangis tak reti nak stop. hehe... minggu lepas sekolah hari Isnin seperti biasa. kontrak aku habis selasa. then kerani tak dapat bagi confirmation. dia kata nanti dia call aku sebab hari Selasa sekolah aku cuti tambahan untuk raya haji. dan... selasa was my last day. adoi... tapi kerja tak selesai lagi. gigih datang hari Khamis even tanpa gaji untuk selesaikan semua2. Alhamdulillah... setel. then after say goodbyes, gerek fetch. suka! then shopping di Metro Jaya di Danga City Mall. warehouse sale. tengah survey2 barang, dapat phone call. anak murid aku call. dia kata dia dapat tahu aku dah stop kerja but tak jumpa diorang. and paksa aku datang Jumaat tu. adoi... malu pulak terasa datang after saying goodbyes. tapi... datang jugak... ada sedikit celebration. tak semua datang but i appreciate their effort. so this is for them. i heart you guys!


gambar ni ketika mendengar salah seorang daripada diorang memberi ucapan. huhu... sedih woo. ku tahan2 air mata ku ini. he... tapi kan... aku nampak cerah kan? cute jugak aku ni. haha... dua orang tu budak nakal dalam kelas je. Hafis dan Zahin.


acara penyampaian hadiah daripada mereka. huhu... berat! thanks guys. tak sangka teacher dapat present. really appreciate it. okay the girl namanya Haziq. hehe... nama lelaki. first time aku sendiri macam terkejut. Haziq Aqilah. yang si kuning tu Afiq Syazwan. dia kalau buat lawak muka selamba tapi serius amat kelakar.


pengagihan kek. hehe... nasib baik tak ramai datang. if not, mesti kek tak cukup. kikiki... Hafis tengah ushar nak part mane tu.


inilah anak2 murid aku yang sengal. haha... 4 Sains 1. love you guys a lot! goodluck SPM 2011. my blessing will always be with you guys. uhuk2... macam nak nangis pulak sambil menaip ni. haha... teacher memang emosi penuh di dada.


okay, diorang ni couple in the class. haha... agak kelakar ye. Hafis amat nakal. Haziq soft spoken, lembut manja. couple yang pelik. but aku pernah tengok cara Hafis layan Haziq. nampak sweet. haha... guys change when they meet the One, i guess... but i think they have to work hard to make the relationship works. good luck!









p/s (i) : selamat bertugas kawan2. agak2 lambat tak gaji korang masuk? hehe... tak sabar nak open table ni. hehe...

p/s (ii) : hari ni hari selasa... rabu... khamis... jumaat... gerek balik tak ek? rindulah...

p/s (iii) : semakin malas mengemas bilik. adoi... bila dah tinggal sikit, tu yang jadi malas. haha... masa banyak kerja rajin semacam. love my wardrobe. even kecik sikit dari bayangan. tapi got the wardrobe that i want! yeay!

p/s (iv) : a month to go... hoping for good news. hmmm....









23112010 ~ 2.46pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Sunday, November 21, 2010

Happy Birthday Diniey~

hai2 you all... entri aku sebelum ni tulisan kaler putih jelah pulak kan? aku pun tak tahu apa masalah komputer adik aku tu. aku buat kaler 2 kali woo... end up jadi kaler putih. buat letih eden ajoo oi! adik aku kata, biar jelah kaler putih daripada warna warni. blog tak cool langsung. so, tak boleh minum coolblog. haha... apa kaitan? jadi, untuk cool kan blog aku ni, aku biarkan 1 entri tu kaler putih. cool sikit pun jadilah. haha... sebab aku suka kaler2.

okay, kali ni punya entri, aku nak cerita pasal hari jadi cousin aku yang ke-12. haha... budak yang baru dapat result UPSR ni. alhamdulillah... 4A 1B. lupa pulak nak tanya B dia apa. tahniah Dini! a week after dapat result, birthday budak ni pulak. dan... jatuh pada Hari Raya AidilAdha. dia cakap, suruh buat birthday celebration untuk dia. mak aku pun cakap, "okay, cikyah sambut dengan potong kepala lembu" haha... mak aku ni kadang pandai jugak bergurau. kikiki... jadi wajah birthday girl.


aku pernah update pasal birthday cousin aku yang sambut kat LC Cathering. Diniey ni adiknya. hari tu birthday kakaknya. hadiahnya jam. so kali ni, Diniey pun mintak jam juga dari parents dia. tapi yang bestnya ayat dia... "Nak hadiah jam Rolex" haha... kalau aku, sampai bila2 tak dapat kot. mahal tuu... so inilah jamnya.


ha, okay2, kita story pasal raya korban pulak. rumah aku buat nasi kerabu. huiyo... cikna masak kali ni rasa macam sedap gile. then mak terus goreng daging korban. aku rasa macam seminggu tak makan. (okay... this is exaggerating. haha...) mula2 aku malas nak pergi tengok orang sembelih. but tulah, raya setahun sekali kan. tahun depan aku tak stay kampung kastam dah. so gigihlah aku dalam panas teriknya. berteduh di sebalik bayang2 boy. huhu... ada 8 ekor lembu di kampung kastam. ni, lembu kedua. lembu pertama kitorang punya. kaler coklat gelap. susu coklat sedap. haha...


picture of the day. aku suka picture ni. macam 2 generasi. haha... Amir Ridhwan dan Emir Zakwan. dua, dua pakai baju oren. nampak cute kan? adik aku ni nak bawak Zakwan pergi kat ibu dia.







p/s (i) : okay, my side, everything bought already. time for decoration. yanna! rajinkan diri anda!

p/s (ii) : ni baru nak ngemas bilik sendiri ni. adoi penat... mane datang benda kecik2 ni? kenapa aku kedekut sangat simpan benda2 dah rosak pun... adoi yanna oi...

p/s (iii) : back to reality. gerek ke Melaka. aku di JB. aiseh...

p/s (iv) : back to reality... boy dah balik Seremban. aku keseorangan di hari bekerja. uhuk2... boring! bila boy nak balik?







22112010 ~ 12.59am
rumah aku ~ bilik aku

Friday, November 19, 2010

Malam 1*** Senyuman~

hello2 readers According To Yanna... it's been a while aku tak update blog. yes, i am very busy lately ni. huiyooo... serius bebeh, memang teramatlah busy. weekend hari tu lagilah. macam tak sempat bernafas. haha... dengan gerek balik, then fetch JMN, then round2 cari barang2. no luck. malam keluar dengan cikna, dapat lah beli beberapa barang. adoi... serius penat. menanda exam papers lagilah... jadi cikgu ni sangat mencabar ye kawan2. jangan pikir kerja seorang guru mudah ye. aku rasa, aku dah start migrain. uhuk2... tak suka!

so, setelah seminggu lebih tidak menaip, hari ni aku nak update pasal dinner KEBIRU yang telah berlaku pada Jumaat minggu lepas. bukan hari ni. Jumaat lepas bertarikh 12Nov2010. malam yang di beri nama Malam Seribu Senyuman dan bertemakan Glamours and Glitters. maaf, aku tak ikut tema. dah puas geledah almari, tak jumpa gold dust untuk digunakan. huhu... jadi, inilah aku pada malam kejadian. phewwiittt... aku pakai kebaya seh. i can say, this is my second time wearing ini baju. 1st time 3 tahun lepas. haha...


malam ini di kendalikan oleh 2 orang ex-students sebagai pengacara. i can say... diorang beginners lagi. jadi, baguslah bila ada peluang2 macam ni datang. untuk diorang asah lagi bakat. boleh jadi pengacara dan juga pelawak. tapi kadang2 macam boring sikit bila diorang dragging and banyak silent moments. tak best lah gitu kan... ini dia pengacara nya... bukan yang duduk tu ya. tu husband Puan Noor Ashura. he...


malam tamat around 11.15pm. then mestilah bergambar time! okay, panitia Bahasa Inggeris dahulu. Puan Afzah Hanim dan juga Cik Hazwani. English teachers paling best! auw! banyak kenangan bersama mereka. and i love sergah mereka ketika mereka sedang tekun bekerja. kikiki...


kemudian, bersama Puan Asyura. hehe... soon-to-be mommy. segak bergaya ye Puan Ashura malam ni. hehe... tangkap gambar manja2 dengan husband dia. ish, ni yang terasa nak kahwin cepat2 ni. hehe... will be missing you kak! dah gantung belum sign tu? he...


okay, teman paling rapat di sekolah. Cik Saidatul. hehe... merata2 pergi dengan ini minah. pergi servis keta. jalan2 makan2. jalan2 pergi open houses. he... syok! budak2 kata kitorang macam kembar. haha... but i lagi howwtt kot shah. hehe... joking2.


ini pula... photographer upahan. hehe... yang baju merah tu anak murid aku form 4. sorang lagi tu, kurang cam ye. he... masa nak tangkap gambar ni, arahan aku, "buat muka naif" haha... sengal punya Amir Anuar!


then, my favourite picture of the night! haha... walaupun orang tak suka but i still suka. i don't know why. just loving the picture so much!

overall, i enjoyed the night. because i love to eat. hehe... maaf lah lupa nak tangkap gambar buffet yang telah disusun dan swimming pool nya. haha... excited nak makan, lupa everything. and... paling best, aku menang cabutan bertuah. he... syok! cabutan bertuah ni, tak kisah dapat hadiah apa. but bila nombor di panggil dan kita pergi ambil kat depan tu, rasa best sangat! hehe... undescriable (ada ke perkataan ni? hehe...)

okay, aku dah berhenti kerja. patutnya selasa sebelum raya haji tu last. but disebabkan kerja belum selesai, khamis aku gigihkan diri untuk hadir selesaikan tugas and say gooodbyes. peluk2, hugging2. auw, aku di sayangi seh... jangan jeles kepada yang membaca. then balik jalan2 dengan gerek beli2 barang lagi. shooping di MetroJaya. then dapat phone call dari anak murid. aku memang tak bagitau students aku dah stop. digesanya aku untuk datang hari ni sebab ada something nak bagi aku. he... seronok! again, aku di sayangi seh... so, untuk kejadian hari ni, nanti aku update ye!







p/s (i) : dapat hadiah dari 4 SN 1. terima kasih kalian! love u guys always! belajar rajin2 tau!

p/s (ii) : dapat hadiah dari Puan Afzah, Cik Saidatul dan Cik Hazwani. terima kasih jugak kalian! sayang amat2 pada kalian!

p/s (iii) : hari ni dating 2 kali bersama cikgu2. mula2 dengan Puan Afzah dan Cik Wani. kemudian dengan Puan Fadzilah dan Puan Surya. he... karok seh bebeh! terima kasih cikgu2!

p/s (iv) : i am loveable. kikiki... (ha, jeles lah tu)







19112010 ~ 8.52pm
rumah aku ~ bilik boy

Tuesday, November 9, 2010

happy belated birthday cik pisang... =)

hello2... menulis ni sambil menonton Ghost Whisperer. adoi, even dah pernah tengok, aku nak tengok lagi. bestlah cerita2 hantu begini. hehe... jim yang hensom, aiden yang cute miut and uncle eli yang macam blur2. huhu... nerd i guess. ha, tak lupa jugak ned yang amat kacak since blonde. makin hot! cerita ni lah aku and cik hafiza layan ketika menganggur dulu. boring2 kitorang online and discuss about the story. haha... watching critically okay.

banyak betul benda2 yang aku buat dengan cik hafiza. so... entri kali ni, mahu mengucapkan selamat hari lahir untuk cik piza. last year pun ada aku update. sila ke list of entries ke bulan november tahun 2009. last year order cupcakes untuk dia. this year maziah dah tinggal jauh. hehe... sambut 2 hari awal. haha... sambutannya, sila ke entri before ni. yang entri kawan aku; Baizura bertunang. hehe... iphone tu hadiah dari Amir. haha...

jadinya... cik hapisang... happy belated birthday. i tend to update yesterday but busy marking my students' essay. huhu... hope you will have years of magnificent happenings.


two days having SB together. two days i had chocolate cream chips and you, caramel latte with extra drizzles. best gile. kedekut dengan drizzles and cream tu. hampes. haha...


to lala...

i enjoy my days with you. i am very grateful knowing you. thank you for being there when i need someone. although you are not a good listener when i want to gossip. but sometimes, you are very empathy. haha... i love it when you are being empathy. you yang emo over2 dari i. hehe... hoping we still stay the same. hanging at SB together in future... dah, pegi kesat air hidung tu. you are welcome, don't mention. haha... geli woo!!





p/s (i) : yeah, salah i semuanya... what should i do then? surpress everything? think hard!!

p/s (ii) : kena kejar dateline submit markah. sempat ke tak ni? adoi... ada tak tidur malam ni kang. nasib baik esok ada 1 kelas aje. adoi... moga2 takde relief. please...

p/s (iii) : malam ni nak makan apa? i need to eat. i don't feel good lah. kenapa ek... tolong penyakit. shoh2!

p/s (iv) : jumaat ni dinner. nak pakai baju apa ye? glamour and glitters? susahnya nak glitter2. pakai gold dust boleh?







09112010 ~ 5.32pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Saturday, November 6, 2010

Selamat Bertunang Cik Baizura~

hai2 you all... aku sebenarnya nak update blog esok. but ada request dari kawan gerek nak tengok gambar kawan aku bertunang tadi. selalunya aku tak upload pictures kat FB. tak tahulah... macam tak suka letak pictures kat FB. tak tahulah mengapa perangai pelikku ini. jadinya... aku update pasal kawan aku bertunang tu malam ni jugak. gigih ni. hehe... excited actually nak update but pikir nak bagi 'waktu bertenang' untuk blog aku ni. hehe... gigih2.

okay, perjalanan merancang ke rumah Bai ni pun macam satu cabaran. gerek pergi langkawi. macam mane aku nak pergi. dahlah jauh rumah Bai ni. plus, tak pernah capai ke Bandar Indahpura. lainlah Bandar Baru Uda. sekelip mata aku sampai. hehe... dan... Mohd Amir comes to the rescue. dan bergeraklah kami dalam pukul 2pm. fetch Cik Hafizah jugak. dan cabaran bagi kami... sesat woo... almost an hour sesat. huhu... nasib baik adanya farhan tunggu tepi jalan menjadi penanda arah. kikiki... aku patut sarankan farhan bagai sepanduk "Rumah Baizura" kan? hehe...

okay, mari kita lihat bride-to-be... Cik Baizura. future Mrs. Haidir. cun kan? seksi you... kawan aku ni memang cun dari sekolah. suara menyanyi pun sedap. pernah perform nyanyi lagu Menghitung Hari time matrix okay. huhu... kalau time sekolah, nanti cikgu aku suka paksa Bai berpuisi. suara best kan. aku? underdog. huhu...


ini pelamin dia. huhu... grand wa cakap sama lu beb... siap pasang khemah ini minah bertunang. nasib baik dia pasang tau. sebab hujan turun ketika aku sedang bersantap. hehe... mula2 cik hapisang takmo makan... then aku bersantap dengan penuh keenakan, dia pulak over ambil makanan+dessert. siap rembat lauk aku lagi. huhu...


okay, ini hantaran dari lelaki untuk perempuan. 5 dulang... cincin, baju nikah, buah, kek dan sirih.


ini hantaran perempuan untuk lelaki. 7 dulang... baju nikah, perfume, chocolate, kek, sirih, sejadah+Al-Qur'an, buah. Bai gubah sendiri okay. huhu... kreatif bai ni jugak kan? bai, nak upah ko boleh? kedekut punya bai. dengan member pun nak berkira. huhu...


ini... cik Bai, cik Yanna dan cik Hafiza. oh hai... sorry, aku memang rendah. yelah... nak compatible dengan gerek. apa cerita if aku lebih tinggi dari gerek? hehe... murah rezeki kan.


kemudian... apa lagi... selepas bermajlis, makan2 taking2 pictures di rumah bai, time untuk ber'hanging bertiga! yeay! so... SB taman Universiti lah hinggapan setia kami. di layan oleh Balqis. huhu... makan Snow Strawberry Donut. dapat strawberry yang besar!


cik Hafiza bersama Iphone idamannya... wow! hebat piz. kita dah jadi golongan wifi di mana2. huhu...



okay, di sini... secara rasminya ingin mengucapkan TAHNIAH dan Selamat Bertunang untuk kawan saya yang disayangi. Baizura Md Zin. semoga kekal ke jinjang pelamin bersama pasangan anda dan rumahtangga kekal ke hujung nyawa. yeay! raikan cinta!






p/s (i) : adoi... susah perbincangan yang tidak membawa ke mana ni... adoi... please... please... please... pening sudah!

p/s (ii) : seminggu 2 kali SB. piz, kita memang kaya. haha...

p/s (iii) : happy birthday hapisang, in advance... bak kata Mohd Amir. huhu...

p/s (iv) : mari sambung menanda. esok busy pulak nak ke Pasir Gudang. oh hai... tension pulak pikir.







06112010 ~ 11.34pm
rumah aku ~ bilik aku

Friday, November 5, 2010

family gathering =)

hello2 you all... i meant to update about my family gathering since last weekend. tapi apakan daya... busy, nervous interview dan lain2 yang menghalang. huhu... aral melintang kan. last2 aku update semalam pasal IMY entri pulak sebab aku belum transfer gambar2 family gathering from my new handphone. thank you my honey baby! haha... nak jugak mentioned ada handphone baru. sony aku, exchange dengan boy sebab handphone dia uzur benar. huhu... baik tak aku? yes2, i know i memang baik hati, cute, tabah, rendah diri, setia... huhu... macam nak mentioned 8 nilai2 murni Gagasan 1 Malaysia pulak. mentang2 baru lepas hafal. kikiki... tiba2 rindu sony aku sebab gambar dia cantik. uhuk2...

okay2, family gathering kali ni lain sikit. macam lebih meriah. hehe... mak masak, cikna organise. aku tolong bila di suruh aje. kikiki... yelah, aku kan tak pandai. so bila orang suruh, aku buat. contohnya siang sayur. bila mak aku suruh, baru aku buat. kemas ruang tamu, disuruh baru buat. sapu lantai, cuci toilet. huhu... berpeluh eden. since morning tak rehat. kaki dah sengal2. poloh2 eden belum mandi. but like a good exercise. he...

menu pada hari kejadian ialah... nasi putih, udang lemak cili api, ayam kampung goreng, ikan bawal goreng dan tumis sayur. fuh... heaven. tapi dalam kamera cikna. handphone aku tak sempat nak take alot of pictures. huhu... so, inilah ruang tamu. cikna decorate. nice kan? lantai tu aku yang sapu okay!


ni pulak meja makan kat dapur. cikna jugak decorate. table for 8 people. makan ikut trip. haha... mula2 orang2 yang lebih berusia, kemudian yang muda2 pulak. huhu... aku second trip okay. aku muda. aku makan sekali dengan diena and aqiel. haha... nampak betapa mudanya aku? ni before makan2 bermula. nampaklah kemas.


ni pulak ketika second trip. huhu... semua kelaparan. aku pun sama. but aku malas nak kopek udang seh... aiyak!


best lah pada hari kejadian. but bila semua dan ansur2 balik dah, mata aku automatik jadi ngantuk. haha... sampai tak boleh nak layan diena and aqiel. huhu... cikna terus flat tidur. sorrylah you guys, gambar tak banyak. as i said, aku tak pegang sangat handphone. pictures yang ada pun adik sedara aku yang captured. huhu... dan tak sah majlis tanpa anak buah kesayangan cik nuyun ni. and as usual... aqiel... shmilleee... (ni tengah minum susu ni) huhu...


dan ini... cikbey diasak dengan anak2 buahnya. huhu... aqiel nak main dengan dia. then diena jeles kot. hoho... pelik aku. aku ni berusaha men'tackle aqiel. boy jugak dia nak. adei... diena tak usah cakap lah. sayang benar kat boy. ai... mengeluh aku.







p/s (i) : boy dah nak sampai. yeay! tapi last2 dia tidur je kerja. hoho... aku? nak menanda kertas exam budak2. adoi...

p/s (ii) : gerek balik next week. pergi tempah baju ye. aku nak tempah kat mane? semua dia dah ready. aku? adoi... again.

p/s (iii) : ferrero rm26? baik beli kat The Zon. tak payah pergi jauh2. huhu... cadbury imported takde?? biar betul langkawi ni.

p/s (iv) : oh hai... saya menggunakan bil ye sekarang. wow! seram pulak pikir guna bil.







05112010 ~ 3.29pm
rumah aku ~ bilik aku

Thursday, November 4, 2010

IMY entry ♥

hello2 korang... setiap kali musim rindu ni tiba, mulalah aku nak buat entri rindu-rinduan. haha... lagipun, aku pun sangat rindu dengan blog aku ni. sorry sayang, dah lama i tak update you. i busylah. you jangan merajok ek. i ingat you tapi masalahnya... i busy and bila nak update, i takde idea. huhu... tapi entri kali ni pasal IMY = i miss you entri. jadi jomlah kita sama2 lepaskan kerinduan. hehe...

okay, mula2 nak cakap... rindu sama hapisang... haha... it's been a while ber'hanging dengan dia. hari ni cuti pikir nak ajak dia hanging and breakfast mcD. but simkad aku tak boleh pakai for a while. adoi bengang... so tak dapat contact piza. huhu... tak bangun lagi agaknya minah ni. aku post kat FB dia tak balas2 lagi. selalunya bangun pagi dia bukak komputer. huhu...

kemudian... pagi ni berchatting dengan cik muniroh. huhu... berbual meluahkn perasaan. rindu sama dia! and kitorang berangan! haha... rindu gile berangan dengan minah tu. bukan main excited berangan2. oh, moga2 aku lulus interview dan insak semalam. huhu... need a job. dan, dalam angan2 kitorang tu, terselit cik norwiwi. rindu jugak sama nor wiwi. teringat dia masak ketika aku tension2 datang malam2 jalan kaki dengan hapisang ke K11 dari KRP lalu KTF and KTHO. sampai kena kacau hantu. haha... gile takut malam kejadian tu.


huhu... i miss yo guys a lot! nanti kita kumpul di melaka di rumah nor wiwi dengan harapan nor wiwi masak sedap2. weeehhuuu... bestnya berangan!

then, aku rindu ber'hanging dengan dua orang mamat. Encik Amir Adam dan jugak Encik Daus Nemo. dengan mohd amir, rindu nak makan tiptop dan gelak sampai tersembur2. haha... dengan daus, rindu nak ber'SB bersama. haha... okay, ber'hanging ni including hapisang ye. selalunya kitorang ber'hanging bertiga. huhu... cari2 gambar mohd amir takde pulak. so yang ada gambar daus ni ha... aku yang tangkap okay. cantik tak? haha... untuk siapakah love itu Encik Daus? jawab2!


kemudian... aku rindu abang aku. haha... tiba2 pulak kan. entah ek... maybe sebab gambar konvo studio dah sampai and ada gambar family. aku rasa gambar family ni cantik. and abang senyum cantik. before2 ni gambar dia memang tak cantik. dia suka buat muka bila take picture. tapi ni cantik pulak. huhu... abang aku ni sentimental orangnya tapi dia saja tunjuk keras. huhu... there's a soft spot that people have to find.


dan akhir sekali... tentulah gerek saya. hoho... rindu banget pada dia. dia sekarang pergi langkawi. and simkad aku sedang di upgrade. adoi... tak dapat contact. huhu... gambar ni masa pergi nusajaya hari tu. to celebrate. adik gerek yang take picture. he... suka picture ni. ketika ni pun ala2 mendung. after take few pictures, hujan turun dengan lebatnya. tapi macam angin lalu je. huhu... cayang amat dengan gerek saya. thank you sayang... lalala~







p/s (i) : hari ni moga2 plan menjadi nak berdating dengan cik hapisang... wawawa... lama tak jalan2.

p/s (ii) : i think i know why you tell me everything... i am happy with my life. even happier than before. i don't need any crap anymore.

p/s (iii) : can't believe what happening now... seriously, macam tak percaya... huhu...

p/s (iv) : cuti sekolah 5 hari. tapi tak boleh nak happy2 sangat. kena tanda paper. oh my... tapi tak reti nak tanda essay. aiyo...






04112010 ~ 11.25am
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com