we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Thursday, August 30, 2012

8th year of ~ae~

hai2 korang... aku gap kelas sekejap je ni. konon2 nak pergi bengkel terbuka jamuan hari raya kat bengkel elektrik. sekali belum start lagi lorrr... semangat aku pergi. bikin malu je. hehe... hah! minggu depan aku nak start puasa. aku tak pernah dapat puasa 6. mesti tertinggal at least 2 atau 1 hari. rugi kannnn? kena bertekad kali ni! mesti!

okay2, kenapa dengan tajuk aku tu? 8 tahun? kisahnya berbunyi begini......... once upon a time, 8 tahun yang lalu pada tarikh 24 Ogos 2004, semasa di Kolej Matrikulasi Johor, aku propose gerek. ya, anda tidak tersilap baca. aku yang ajak gerek bercouple. haha... perigi cari timba? gerek mesti marah kalau aku sebut aku yang ajak dia couple. sebab... kisahnya bermula dari sekolah. dia suka aku lah gitu, gini, auw, euw, geli! haha... dia ajak couple, opkos aku takmo. still sekolah kannn... aku pulak memang nampak macam mengong2 suka benda2 cinta ni. but honestly fokus aku SPM that time. (ini kisah benar, aku memang budak belajar. ketika itu sahaja)

so selepas hampir setahun tinggalkan sekolah... aku buat keputusan untuk mencuba bercinta. haha... mencuba. tapi langkah yang kecil dan tidak pasti itu menghasilkan satu hubungan yang serius. syukur aku amik langkah berkenaan. no regrets. aku dah jumpa lelaki yang begitu sempurna terbaik untuk aku, takkan aku nak lepaskan. kan?


tak jadi sangat gambarnya. hehe... aku memang tak pandai buat duck mouth tu. haha... hebat kanak2 sekarang. gambar ni inspirasi dari gambar abang sedara aku masa dia pre-wed shoot kawan dia. dia guna iphone memang lah jadi kan sebab iphone bingkai dia nipis. hehe... BB memang payah sikit lah nak nampak cun. kikiki... tak salah mencuba.

gambar taken at USS last Friday on 24 August 2012. it has been 8 years. and we want to make it special this year by travelling together on that special day. hehe... poyo pulak. tapi yelah... selalu sambut dengan dinner2 semua. so kali ni dengan vacation and jalan2. balik dari USS, dinner kat warong. haha... terbaekkk! sebab lapar gile!





untuk suami saya,

sayang, saya tahu saya bukan yang terbaik untuk awak. tapi percayalah, saya sedang berusaha untuk berubah, menjadi yang terbaik untuk awak. saya sedang cuba sekeras mungkin menjadi isteri yang awak impikan. saya banyak salah. saya menyesal. saya menyesal semua tu pernah terjadi. saya menyesal awak pernah nangis disebabkan semua2 benda tu... kalaulah masa boleh diputar balik...

isnin lepas... sentap. saya percayakan awak. sepenuh hati. saya tahu tu bukan salah awak. saya tak marah. cuma sedih, sentap. tak sangka benda macam ni boleh terjadi. saya percayakan awak. tapi kadang2 terdetik... benda2 jahat. please, jangan berpaling. please jangan tinggalkan saya.

sejujurnya, setulusnya... ILOVEYOU. yesterday, today, tomorrow.









p/s (i) : oh, sila tahan dengan ayat2 jiwang berkenaan, aku pun geli baca. hehe...

p/s (ii) : nanti aku update trip aku ke USS. yes, it is our first time after so many years. penat gileeeeee! macam nak tercabut kaki. pakai crocs pun sakit amat. haha... sakit tekak menjerit jugak.

p/s (iii) : hari ni suami balik. yeay! rindu amat.

p/s (iv) : hari sabtu ke Regency lagi. Ya Allah, jika ini jalan yang kau sediakan untuk kami. permudahkanlah jalan kami...





30082012 ~ 9.48am
meja aku ~ bilik guru 2-KVK

Monday, August 27, 2012

Eid Mubarak 2 Families :)

hai2 korang... Monday Blues. tak blues sangatlah. pagi2 gerak from JB. macam seronok pulak duduk JB. but mak tak sihat. maybe today warded. entahlah kenapa pinggang teruk sangat. mungkin dok dukung2 Alleya yang semakin memontel tu. hoho... abang pun balik KL petang ni. aku? ke Melaka kah? tengok keadaan dan kemampuan.

okay2, so how's your hari raya? aku? hectic. ke hulu, ke hilir. memang tak rehat lah. honestly, semalam (Ahad) adalah hari pertama dalam cuti seminggu aku bangun pagi lambat and aku dapat tidur petang. hoho... bercuti dan beraya kannnn... tahun ni berbeza sangat bagi aku sebab beraya bersama 2 keluarga. keluarga aku dan keluarga suami. Alhamdulillah, suami bertolak ansur dengan aku. hehe... so malam dan pagi raya di rumah aku. kemudian tengah hari dalam 12pm gerak balik kampung dia. honestly, aku rasa amat seronok. boleh bergaul mesra dengan ipar-ipar. sebab before ni ada gap between kitorang.

family picture. without Amir, Atiqah and Aqilah (cameragirl).


as usual... candid kandid! aku memang suka tutup mata orang. Alleya tengok picture ni, nanti dia pergi kat Atok dia, "Tutup mata Atok!" haha... dahlah tangan kecik, so macam mencucuk mata bapak aku. gambar pertama Alleya meragam sebab berebut kamera dengan Aqilah. then baru mood baik nak buat 'peace'!



hei siapa cakap dah tua tak dapat duit raya? hehe... aku, boy, abang and gerek dapat duit raya dari mak. sijil simpanan premium. hehe... mana tahu rezeki mak belikan sempena Syawal ni, menang BMW sejibik. ewah!


raya kali ni pun berbeza sebab first time beraya bersama Helena yang baru mencecah 5 bulan pada hari terakhir Ramadan. ohoi... budak oolat niii! geram hoi!


dan ini pula... beraya di kampung suami. gambar ni di ambil di kampung belah mak suami di Kulai. Felda Bukit Batu. so raya pertama tu balik dari rumah aku terus ke Kulai. terus bergambar. hehe...


kemudiann... lepas makan2 taking2 picture bagi2 duit raya... gerak balik ke kampung belah ayah suami pulak di Benut, Pontian. sama jugak macam kampung belah mak mertua. sampai2 terus bergambar. banyak koreographer nya. hehe... kelakar ya!




last but not least. gambar gedik suami aku. ngada2 dia ni. hehe... i love you sayang. thanks for the great hari raya. ampunkan salah silap i ye. hopefully next year kita raya ada orang baru. hehe...




raya kali ni pelbagai pro and con. macam2 cerita, konflik, drama in family. hmm... raya penuh cerita. tapi syukur, family aku dapat overcome semua. semoga keluarga kami sentiasa dalam rahmat-Nya. semoga Allah turunkan rezeki-Nya dari langit dan dalam tanah kepada kami sekeluarga.








p/s (i) : hari ni baru 27Ogos2012. duit dah habis. payday lagi sebulan. mak oi... pengsan aku. hoho...
p/s (ii) : Ya Allah, permudahkanlah jalan kami. permudahkanlah urusan kami.
p/s (iii) : tiba2 hujan pulak pagi ni... kesejukan di bilik guru. kelas kejap lagi. ngajar apa eh? aku pun belum cek. haha... tak senonoh punya cikgu.






27082012 ~ 10.48am
meja aku ~ bilik guru-KVK

Saturday, August 18, 2012

Happy Eid Mubarak!

hai2 korang... dah selesai Ramadan! amacam? gembira tak esok dah tak perlu puasa? huhu... aku? slek sikit malam ni. entah, terkecik hati dengan suami. then gosok baju iron terpanas. berlubang sikit baju raya aku. arghhh! stresss! esok pulak lepas beraya kat rumah, balik kampung suami pulak. main mercun kat kampung mesti meriah kannnn? tapi aku kureng suka bunyi letop2 tu. sakit telinga. huhu...

ha... tadi baru lepas on webcam skype dengan Amir Ridhwan di perantauan. haha... masa ayah call dia, aku macam sedih2. malas nak berbual banyak. but bila webcam seronok pulak bual2. lama tak mengong2 dengan dia. ahhh! rindu. sila lihat kebengongan tidak berubah langsung. but aku kagum, adik aku makin cerah. haha... patutnya sinaran UV situ lagi tinggi kan? arghhh! jeles!



okay you olsss... di sini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran. syawal ni bermakna. ada pro con. ada suami sudaaaahh... tapi adik jauh di perantauan. so ada lebih dan ada kurang lah... its okay, its okay! i'm going thereeeeeeee.... weehuuuu... (okay ni motivasi untuk diri sendiri berjimat cermat).




p/s (i) : okay better off now. mak dah bising suruh kemas toto. adoyai...

p/s (ii) : tidur bergelimpangan. hoho... seronok. waiting for atiqah di raya kedua.

p/s (iii) : cuti seminggu. cuti seminggu. bila lagi cuti panjang?





18082012 ~ 11.59pm
atas meja ~ bilik aku-Impian Emas

Friday, August 17, 2012

days after marriage :D

hai2 korang... dah start cuti belum? aku balik since Rabu lagi. huhu... then semalam lepak2 kat rumah tunggu suami balik. berdua dengan Alleya after buat biskut chocolate chip yang sedikit pahit sebab banyak sangat tepung koko letak. hehe... aku mane reti buat biskut. mak aku yang campak2 segala benda. tahu2 readyyyy! aku tolong uli2 aje.

okay2, entry ni takde kaitan dengan raya. just aku baru lepas transfer gambar2 and video2 daripada handphone gerek. berat gile jadinya handphone dia. since beli setahun lepas, tak transfer2. aku dah puluh2 kali transfer picture. then... aku come across dengan gambar2 aku selepas kahwin. hehe... kelakar pulak muka bila cukur kening. nampak garang gile. ENJOY!

gambar ni masa honeymoon ke Bukit Tinggi. hehe... welcome tea by Colmar Tropicale. ish, macam nak pergi sana lagi! thanks to my cousin for sponsoring!

ohoiii... bila dah sampai sana, memang makan ala2 perancis aje. takde nasi2 dah. hehe... the best chicken wings!

then ini boleh buat painting2... untuk cikna and family cikdah. okay, if buruk mintak maaf. we have tried our best. hoho...

ni pulak ke Cameron Highlands. huhu... days before fly ke NZ. gerek kata praktis dulu kesejukan. huhu... poyo jek! okay, can't compare. NZ sejukkk... Cameron sejuk aircond. hehe...



atas gondola nak ke Luge Ride di Queenstown. kat sini dah panas. sampai burn muka aku even keluar sekejap je bawah matahari. Sir kata UV kat NZ tinggi. so memang kena pakai sunblock. aku mana tahuuuu... huhu...


tengok2 gambar... seronoknya rasa kehidupan selepas berkahwin. hehe... yelah, masa bujang, makayah mana bagi aku jalan2 jauh2. even keluar malam pun tak boleh. so, aku ambil peluang keluar malam masa aku kat UTM. kikiki... jadi selepas kahwin, semua benda aku boleh buat. aku boleh travel. aku boleh jalan2 lewat malam. aku boleh moreh suka2 hati aku. boleh buat semuanya... dan alhamdulillah... lama2 makayah boleh terima. awal2 tu... ayah macam halang2 jugaklah. hehe...

setiap benda, mesti ada kurang sesuatu. yes, we are trying to get pregnant. rezeki Allah belum nak bagi. tapi aku bersyukur, aku tak kurang benda2 lain... dan aku ada suami yang cukup sempurna. doa, tawakal, takwa. usaha jangan lupa. hehe... semoga Allah murahkan rezeki aku dan suami. bagi mereka2 yang saya pernah buat silap secara sedar atau tidak, saya minta maaf. kita kawan. tak mungkin saya nak sengaja nak kita putus kawan. pray for me? L's.




p/s (i) : lepas gerek bangun, nak ke JPO with cousins. Alleya nak ikut tak? haih, papa dia dah balik, mana nak ikut kita daaaaahh... sombong!

p/s (ii) : nanti malam Helena balik. ei budak bambam tuuu... rasa nak tumbuk2 aje. huhu...

p/s (iii) : pagi raya nak skype dengan Boy. buat ala2 iklan TV tu. kikiki... tapi dia dah sambut raya dulu lah baru kitorang bangun tido.

p/s (iv) : shoes hunting! heh, banyak duit tak aku ni nak shopping2 kasut ni. hehe...





17082012 ~ 9.38am
atas meja ~ bilik aku-Impian Heights

Wednesday, August 8, 2012

Wordless Wednesday - Faces of Helena

she is too adorable. she is loveable. no one can resist her. she has the X-Factor. she is just the greatest gift from Allah to us when world seems dark. she is just too cute. she is our little angel.

day before she shaved. curly hair. so cute!


the day she shaved. hilang curly hair. sedih!


the cutest Gunner's fan. arghhh! bolatnya budak ni!


nak try jadikan anak Korea. gagal kerana banyak sangat bergerak budak kecik ni!


bersama CiWan di SSF. husband aku dah ada rupa ayah tak? haha... comel je gambar ini!


hantar Tok Yam ke airport. argghhh! nak geget2 paha dia tu! ei geram!


bangun2 tido terus nak main... oh mai... ada jugak makhluk secomel ini! tolonggg!


the tembamest baby girl! comel gile baju ni. muffin paling gemok!


si bolat botak nak mandi... habis basah dapur woi! huhu...






p/s (i) : am i going to fetch Alleya today or Friday? hmmm... susah ni nak pikir.

p/s (ii) : adakah normal temperature saya pada bulan ini? hmm... semoga ada rezeki kami.

p/s (iii) :  relief at 12.15pm. ish, i hate that class.

p/s (iv) : terasa disiplin pelajar lelaki form5 tahun ni semakin melampau2. kalaulah senior diorang datang, aku nak suruh belasah semua orang. menjengkelkan. including my own students.







08082012 ~ 11.13am
meja aku ~ bilik guru-KVK

Tuesday, August 7, 2012

Black Heart

hai2 korang... lately ni a bit busy... nak update blog pun macam takde idea. huhu... ada benda and event aku nak story, but then... bila bukak blog, aish... macam malas pulak. huhu... hari ni pun aku keletihan sangat2. awal pagi pulak tu... padahal aku tidur awal semalam. if hari ni kena pergi KL, adoyai... penatnya...

kenapa dengan tajuk entri aku? hmm... sebenarnya, currently, aku rasa macam aku ni sangat jahat. gerek dah tegur aku sebab aku pernah mendoakan benda yang tak baik kat kawan aku (kawan yang aku tak suka lah...) hmmm... entahlah... kadang perasaan ni tak dapat dibendung. cuba untuk berperasaan baik tapi tiba2 nanti terdetik benda buruk. ya Allah... jauhkanlah aku dengan perasaan ini.



i'm coping with everything. aku cuba menerima ketentuan Allah. cuba redha dengan segalanya... semoga Allah permudahkan segala urusan aku.





p/s (i) : fetching Alleya... today or tomorrow?

p/s (ii) : thinking of taking MC lah... sebab kepenatan. boleh tak agak2?

p/s (iii) : esok makan malam rasmi. nak pakai baju apa yaaaa?






07082012 ~ 9.00am
meja aku ~ bilik guru-KVK

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com