we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Thursday, August 30, 2012

8th year of ~ae~

hai2 korang... aku gap kelas sekejap je ni. konon2 nak pergi bengkel terbuka jamuan hari raya kat bengkel elektrik. sekali belum start lagi lorrr... semangat aku pergi. bikin malu je. hehe... hah! minggu depan aku nak start puasa. aku tak pernah dapat puasa 6. mesti tertinggal at least 2 atau 1 hari. rugi kannnn? kena bertekad kali ni! mesti!

okay2, kenapa dengan tajuk aku tu? 8 tahun? kisahnya berbunyi begini......... once upon a time, 8 tahun yang lalu pada tarikh 24 Ogos 2004, semasa di Kolej Matrikulasi Johor, aku propose gerek. ya, anda tidak tersilap baca. aku yang ajak gerek bercouple. haha... perigi cari timba? gerek mesti marah kalau aku sebut aku yang ajak dia couple. sebab... kisahnya bermula dari sekolah. dia suka aku lah gitu, gini, auw, euw, geli! haha... dia ajak couple, opkos aku takmo. still sekolah kannn... aku pulak memang nampak macam mengong2 suka benda2 cinta ni. but honestly fokus aku SPM that time. (ini kisah benar, aku memang budak belajar. ketika itu sahaja)

so selepas hampir setahun tinggalkan sekolah... aku buat keputusan untuk mencuba bercinta. haha... mencuba. tapi langkah yang kecil dan tidak pasti itu menghasilkan satu hubungan yang serius. syukur aku amik langkah berkenaan. no regrets. aku dah jumpa lelaki yang begitu sempurna terbaik untuk aku, takkan aku nak lepaskan. kan?


tak jadi sangat gambarnya. hehe... aku memang tak pandai buat duck mouth tu. haha... hebat kanak2 sekarang. gambar ni inspirasi dari gambar abang sedara aku masa dia pre-wed shoot kawan dia. dia guna iphone memang lah jadi kan sebab iphone bingkai dia nipis. hehe... BB memang payah sikit lah nak nampak cun. kikiki... tak salah mencuba.

gambar taken at USS last Friday on 24 August 2012. it has been 8 years. and we want to make it special this year by travelling together on that special day. hehe... poyo pulak. tapi yelah... selalu sambut dengan dinner2 semua. so kali ni dengan vacation and jalan2. balik dari USS, dinner kat warong. haha... terbaekkk! sebab lapar gile!





untuk suami saya,

sayang, saya tahu saya bukan yang terbaik untuk awak. tapi percayalah, saya sedang berusaha untuk berubah, menjadi yang terbaik untuk awak. saya sedang cuba sekeras mungkin menjadi isteri yang awak impikan. saya banyak salah. saya menyesal. saya menyesal semua tu pernah terjadi. saya menyesal awak pernah nangis disebabkan semua2 benda tu... kalaulah masa boleh diputar balik...

isnin lepas... sentap. saya percayakan awak. sepenuh hati. saya tahu tu bukan salah awak. saya tak marah. cuma sedih, sentap. tak sangka benda macam ni boleh terjadi. saya percayakan awak. tapi kadang2 terdetik... benda2 jahat. please, jangan berpaling. please jangan tinggalkan saya.

sejujurnya, setulusnya... ILOVEYOU. yesterday, today, tomorrow.









p/s (i) : oh, sila tahan dengan ayat2 jiwang berkenaan, aku pun geli baca. hehe...

p/s (ii) : nanti aku update trip aku ke USS. yes, it is our first time after so many years. penat gileeeeee! macam nak tercabut kaki. pakai crocs pun sakit amat. haha... sakit tekak menjerit jugak.

p/s (iii) : hari ni suami balik. yeay! rindu amat.

p/s (iv) : hari sabtu ke Regency lagi. Ya Allah, jika ini jalan yang kau sediakan untuk kami. permudahkanlah jalan kami...





30082012 ~ 9.48am
meja aku ~ bilik guru 2-KVK

0 comments:

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com