we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Thursday, October 28, 2010

lappy toppy yanna~

hai2 korang... hui, berapa lama dah aku tak update blog? bukan taknak... aku sekarang ni amatlah busy menanda kertas form 4. ni pun baru habis tanda kertas 2 English. kertas 1 belum lagi. nervous nak menanda. essay kan. huhu... boleh tension memikirkannya. tambahan lagi dengan interviu minggu depan. huhu... doakan aku ye kawan2. takut2. taknak nangis depan anak2 murid lagi. memalukan. tapi... rasa di sayangi. hehe... thank you guys! you are very the best! teacher sayang korang sangat2!

okay, entri kali ni aku nak cerita pasal laptop aku. laptop Acer Travelmate aku yang walaupun kokak uzur tu, tetap paling aku sayang. Acer memang orang kata cepat rosak. but itulah yang paling affordable. untul pengetahuan korang, laptop aku tu sudah enggak bisa di ON. boleh, tapi memerlukan sekurang2 nya setengah jam. kesian dia kan? uhuk2... dan laptop itulah yang berjasa membantu aku meneruskan hidup sepanjang 5 tahun di UTM! bravo lappy toppy!

sebenarnya, lately ni, ramai betul orang meminta something yang bendanya dalam laptop aku. contohnya assignments ketika UTM. drama Snow White lakonan kami pun dalam tu. pictures mostly dalam tu, kenangan2 sepanjang UTM. fyi : assignments aku dari 1st year sampai 4th year, semua dalam tu. kalau junior nak boleh aje aku bagi. tapi masalahnya... tak boleh di ON. maaflah adik2. uhuk2... rindu sangat laptop tu. selesa je pakai. rasa laptop tu milik aku. laptop yang sekarang aku pakai, mak punya. so, memang rasa laptop pinjam walaupun aku aje pemakainya... oh... nak laptop! uhuk2... ini dia laptop aku. background tu dah berapa tahun aku pakai. cuba teka siapa?


ha, tengok gambar adik aku cute miut tu... rindu pulak kat dia. lawak sengal dia. hadoi... serius tak boleh blah. if aku cakap nak kahwin kan, dia jawab macam ni... "baguslah, keluar rumah cepat2. boringlah tengok muka akak. cubalah bila boy balik, nampak muka orang lain" haha... boleh terasa maa... tapi cara penyampaian dia serius tak boleh blah. kang minah sabah tu sambut baru kau tahu ha!


ini pulak gambar kitorang pergi port dickson. yes, dia lebih tinggi dari ayah. hamboi rambut... anak2 murid aku kata adik aku dye rambut. huhu... rambut dia memang ala2 perang ek. dari kecil. bukan dia dye. aiyo... minggu ni dia balik bawak lawak apa pulak ye. aku dah pesan jangan balik. sebok aje nak balik. pandai pulak terasa hati bila aku kata jangan balik. "kurang ajar punya akak" eh, aku pulak terkena. haha...






p/s (i) : aku sangatlah cute ketika kecil. siapa tak ngaku memang jeles. lalala~

p/s (ii) : alhamdulillah... dapat sambung. tapi nak cuti 3 hari boleh tak? please2... please... saya rayu. please...

p/s (iii) : perut ni bergelodak sebab makan nasi ayam tak sedap ke? haha... belum mandi, gigih menaip blog. tangan gigil dah sangap nak tulis blog.

p/s (iv) : yeay! esok gerek balik! nak setelkan 4 benda. saksama, ppd, baju, celcom. sempat ke? moga2 sempat. please2!

p/s (v) : okay, dah start nervous untuk sabtu. Ya Allah, berkatilah hamba-Mu ini.

p/s (vi) : dalam gambar atas, ayah aku nampak muda kan? mak aku bising dia sekarang sibok nak pakai jeans aje. middle life crisis. haha...






281010 ~ 6.46pm
rumah aku ~ bilik aku

Thursday, October 21, 2010

students di SMKTU~

hai2 you all... ala, hari ni aku update blog dah kelewatan malamnya. badan penat. kaki lenguh gara2 melayan Cik Aisha and Puan Afzah. agak frust. baju yang aku nak tak muat. i mean... ikut hati nak aje beli. aku kan teacher sempoi. huhu... tapi sedikit segan if jumpa students (moga2 takkan jumpa ketika dating. haha...) ni pun baru balik masjid. makanan hari ni... nasi lemak! aku macam berebut makanan dengan makcik yang makan sedulang dengan aku kan. kikiki... sorry, i excited makan ramai2 ni.

entri kali ni... nak story pasal anak2 murid aku di SMKTU. aku ajar 2 kelas form1, 2 kelas form4. jadual lama ada ngajar form2. tapi jadual baru dah berubah, takde sudah... sekarang kena jaga pasca-PMR. relax sikitlah. he... okay, first of all... students 1 KRK 1. before start mengajar, aku suruh diorang beratur kat depan untuk take picture. haha... ni pun payah gile nak suruh diorang beratur. lepas tu, mahu beratur panjang2 pulak. hello, kamera handphone saya ni kecik je view dia. bukan macam sesetengah digicam yang boleh capture panjang2. hai lah budak2... he... but, i love you guys. jangan noti2, nanti saya lari.


okay, yang ni budak2 kelas 4 KN. okay, inilah anak2 murid aku yang palinnnnggggg dahsyat! hoi, sejuk tangan aku setiap kali masuk kelas ni. either benda baik atau benda buruk, get ready. diorang ni sometimes sweet, sometimes sour. waa... cabaran sungguh. nasib dah besar2. kalau tak, aku cubit2 kompang2 korang. ai...


ha, ni syafiq esa a.k.a GEMOK. aku tak tahu kenapa diorang panggil budak ni gemok sebab dia ni kecik selim melim. nama dia syafiq aje. tapi kelas ni ada 3 syafiq. adoi mak... kena panggil sekali dengan nama bapak. esa tu bapak dia. ketika ni, aku tengah revise literature. dia susun kerusi, tidur dengan enaknya. aku lepuk pun tak jalan. last2 kena pedajal dek kawan2. dia sikit je ni diorang letak barang. plus, budak ni berdengkur woo... macam bawak lori malam semalamnya. hehe...


yang ni pulak 4 SN 1. budak form4 paling pandai lah kiranya... first class. memang budak baik2, pandai2. yang ni pun aku seram nak masuk sebab asyik mintak kerja. aku ni kadang2 not fully prepared. ops, lupa nak mentioned. yang mintak kerja tu sesetengah aje. yang sesetengah yang suka monteng tu... saya letak 'P' aje dalam attendance awak... lalala~ jangan main2 ye. teacher strict tau!


yang ni... nama dia zahin. dia ni memang kelakar. kalau buat salah nanti mulalah buat muka 'puss in boots' dia tu. kononnya biar aku tak jadi marah lah. sorry, teacher kental okay dengan muka2 seposen ni. huhu... denda tetap denda. hutang tetap hutang. teacher tak suka okay orang2 tak hantar homework! ha, di dalam picture ini, anda boleh melihat secara tidak langsung, dia sedang 'mendera' rakan2 yang berdekatan dengan dia... sila lihat kaki dia. huhu... ai... tengik oi!


satu lagi kelas tak sempat tangkap gambar. tingkatan 1 KAA 1. form 2 KRK 2 pun tak sempat. sorry ye you guys. jangan pikir saya tak sayang korang pulak... saaayyyaaaannnggg amat2 banget!

my students... i love you guys so much. eventhough i am just a temporary teacher replacing your english teacher, but i teach you with all my heart and with all i have. i just want the best for you guys. i am sorry if i did wrong or i said something that are not appropriate. and also the punishment i gave. sorry. i am sorry i shouted or scolded you guys. it's for you own good. and it's a pleasure teaching you. thank you for the support and attention. thank you for accepting me.

dedicated this for all my students... SMTP, SMTA, SMKTU~






p/s (i) : best jalan2 dengan aisha and kak hanim. tapi keciwa saya tak dapat apa yang saya nak... uhuk2...

p/s (ii) : gerek balik minggu ni, setelkan 1 benda. then 1 bulan... u dah janji kan???

p/s (iii) : sangat penat. nak terus tidur. it is not worth waiting for the moon to fall on your lap.

p/s (iv) : esok sudah jumaat. sabtu ada LDP. tapi ada tahlil pulak kat rumah auntie timah... macam mane nak mintak skip ek? boleh ke eh? takut pulak...







21102010 ~ 11.10pm
rumah aku ~ bilik aku

Wednesday, October 20, 2010

jalan2 bersama Puan Fadzillah dan Puan Surya!

hai2 readers... beberapa hari jugak aku tak update blog kan? busy sikit lah sekarang. bukan sikit. amat! adoyai... kenapa aku pilih kerjaya ini? kenapa2? haha... tapi sebati dengan jiwa. kerja2 admin je yang belum sebati. sabar ye... saya perlukan masa untuk menyesuaikan diri. fuh, berpeluh eden... plus, bila nak kurus ni? orang kata lagi banyak ke hulu ke hilir and banyak kerja, badan boleh turun. aku ni?? agaknya ke hulu ke hilir membuat kerja sambil membakar lemak. then rehat makan tak hengat lebih daripada lemak yang di bakar. haha... apakan daya. terimalah aku seadanya...

okay2, entri kali ni sebenarnya nak menceritakan kejadian yang telah berlaku hari jumaat lepas bersamaan 15Oktober2010. as u all know... (if tak tahu pun buat2 tahu ye...), hari jumaat aku amatlah pack jadualnya... hui... nak minum tak sempat wa cakap sama lu... then, ayah yang ambil. dia kata, 12.15 tu siap2 ayah terus datang ambil. aku punyalah kelam kabut ngemas nak balik. then terserempak dengan jiran meja; Puan Fadzillah. dia ajak ikut dia pergi Grand Blue Wave hotel untuk tempah dinner KEBIRU. aku on je. tapi terpaksa fetch aku kat rumah sebab ayah dah on the way... boleh berkenalan dengan parents i... he... ayah i yang suka memuji diri sendiri tuu....

jadi pergilah kami bertiga. Puan Fadzillah, Puan Surya dan Puan Eliyana. ops, Cik Eliyana. ai yanna, tak sabar2 nampak. haha... hui, macam nazir dah kami. round hotel tu... g Function Room dia, swimming pool, surau, toilet pun kami masuk... then mintak if boleh tengok bilik tak. he... orang yang layan kami adalah ex-student SMKTU. jadi best gilelah round hotel tu. he... rugi tak take pictures. ada di dalam handphone Puan Surya ye. dia rekod tetapi senget. hehe... kelakar lah u ni Puan Surya. very funny. hehe... then... tibalah waktu menghantar saya pulang... tapi mereka mahu makan. yeay! saya memang suka bab2 makan ni. kedai yang diorang nak makan tutup. jadi keputusannya nak makan di Bomba. he... syok2. i very the like this so very2 okay... hehe...

dalam kepala aku pikir diorang nak makan kacang pol. meleset. nak makan western rupanya... okay kawan2, inilah Puan Fadzillah dengan chicken chop dia... caution : hot plate. hati2 puan!


ini pula... Puan Surya. pose ala2 manja you... hidangan kami sama. fish and chips. huhu... sedap sungguh! terima kasih kepada Puan Surya kerana telah membelanja kami. p/s : terima kasih daun keladi......... (sambungkan ayat ini... he...)


kemudian... telah terjadi satu kejadian yang tidak di ingini... tayar kereta Puan Fadzillah kena paku. hui, leper terus woo tayar... jadi, saya meng'calling daddy saya justeru terus dihantar jagoan2 beliau membantu kami. hehe... macam bouncer datang 2 orang. terima kasih kepada Pakcik Reyme and Abang Fazli kerana membantu. hehe... kami girls tak pandai lah benda2 ni. he... sori kak ilah, memberi anda kenangan yang tak best. nextime kita pergi blue wave sama2 tau. jangan tinggalkan daku ya!







p/s (i) : oh, gerek balik tak agak2? jom lah bebeh kita pergi survey vios? atau BB? haha... 2 tau! okay thank you. youlah gerek terbaik di seluruh dunia. iloveyou!

p/s (ii) : less than two weeks to go. sempat ke nak mentally and physically prepare ni? oh, i can do it!

p/s (iii) : alhamdulillah... i suka lah jumpa encik Zamri. ada je berita baik dia bagi. haha... and memang takkan sekejap lah jumpa dia. kan cik pisang kan....

p/s (iv) : kepada mereka yang menunggu entri wajah2 mereka, sabar ye... sekarang turn teachers. huhu... dan ya, adik saya hensem. *confused... di mana?

p/s (v) : masih lagi rasa teruja melambai hapisang dari blok SMKTU. dan piza melambai dari TIJB. haha... i'm loving it!







20102010 ~ 9.44pm
rumah aku ~ bilik aku

Thursday, October 14, 2010

Amir Ridhwan Bin Mohd Yazed

hello2 you all semua2... sihatkah? aku disini sihat walafiat hendaknya. wawawa... hui, minggu ni serius memenatkan. aku tahu minggu ni hari rabu Hari Penutup Gala KoKurikulum sekolah aku. aku rilek2 je sebab takde kena mengena dengan aku. tapi member aku seorang ni busy semacam. sampai nak ajak minum pun tak sempat. then entah macam mana mulut ni tercelupar pulak cakap takde kerja pada PK Koko, aku dapat satu kerja yang GEDEBUMM menghempap kepala. haha... aku adalah emcee. partner dengan kakak ni seorang. dia dahlah suara sedap, lenggok2 sedap. aku? mendatar sampai orang tidur. huhu... oh, first experience. cabaran kan. hehe...

okay, seperti yang telah tertera di tajuk entri, aku nak cerita pasal seorang lelaki. yelah, dah terang2 aku taruk BIN tu kan. huhu... eh, nama bapak dia sama dengan bapak aku. opkoslah you all... adik aku. he... not my abang ye. adik saya yang perut moncet2 tu. perut je buncit, tapi kurus tinggi. okay, fyi kepada pembaca, dalam family aku aje yang lain. aku pendek dan montel. yang lain tinggi menonjang dan kurus. abang aku dah semakin gemuk. lagi gemuk dari aku. YESSS!!

meh i story about my little brother. dia ni lah peneman setia aku. tak moody. tapi bila mood tak betul tu, malas jugak nak bercakap dengan dia. jawapan menyakitkan hati. dulu dia rajin. sekarang ni nak basuh pinggan pun kena jerit dengan aku. hoho... selimut after tidur dah tak lipat lagi. apa mahu jadi Amir Ridhwan? huhu... umur dia 19 tahun 6 bulan secara spesifiknya. huhu... not yet 20 okay. masa birthday dia aku tak pernah bagi hadiah. sori boy, akak takde duit betul2 lagi. uhuk2... i'll make it out next2 year ye! masa birthday aku yang ke 21, dia bagi aku kasut. he... sebab dia tahu aku suka kasut. sweet tak my baby little brother? haha... mesti menjerit dia baca entri aku ni. if dia bacalah. haha... okay, inilah wajah dia.


gambar ni after tengok wayang DEVIL yang kitorang makan Nando's tu. dia ni sejak buat A Level, ngada2 sikit. if bangun lewat, dia kata praktis nanti nak duduk oversea. malam berjaga. haha... then aiskrim mahu yang gempak2. dia kata tekak dia gatal makan Wall's, Nestle. serius mengada. then aku dengar ERA.fm. dia tukar HITZ.fm. "telinga boy gatal2 dengar lagu melayu". OHMAIGOD. tak boleh blah. haha...

budak ni kesayangan irdiena and aqiel. maybe aqiel tak berapa tapi diena memang sayang lah mamat ni. tengah nangis2 melalak ni... "diena nak cik bey" oh betapa remuk redam hati aku mendengarnya. haha... adik aku ni if balik ada je phrase baru yang dia bawak. latest ni asyik sebut "Why Not?" tanyalah pape soalan pun... dia jawab why not. hadoi... haha...

banyak cerita lawak adik aku ni. dia kan ada GF. kalau tengok wayang dengan aku, nanti lawak pertama yang dia buat tarik tangan aku. dia cakap, "selalu tengok wayang pegang tangan" mongok! if kalau ada choices, aku tanya pendapat dia, mesti dia jawab, "ikut sayanglah..." sampai ada 1 time orang butik CK pikir kitorang couple. hmm... aku rasa aku patut bangga. aku nampak muda. haha... kalau beli tiket wayang pun mesti budak tu offer suruh couple seat. one time tu, adik aku menjerit cakap taknak. haha... okay second picture...


adik aku cakap, captionnya... "kau tangkap gambar lubang jubor mane ni?" what is lubang jubor? don't google if tak tahu. huhu... dia cakap macam tu sebab picturenya gelap. macam tak nampak apa2 lah. huhu...








p/s (i) : done updating blog. nak makan megi and tidur. bangun baru nak buat buku rekod. kenapa malas sangat ni??

p/s (ii) : pening pulak dengar lagu dalam blog ni ulang2 kali... nak tukar lagu lain lah. lagu apa ek?

p/s (iii) : going to KL this weekend. jumpa mamat di atas ni. nak waffle-in-mug. tapi penatnya balik hari...

p/s (iv) : kepada yayang montel2 cikebombom... balik cepat. save journey ya! ILOVEYOUSOVERYTHEMUCH!






14102010 ~ 8.50pm
rumah aku ~ bilik aku

Monday, October 11, 2010

photoshoot yanna, fiza, daus~

hai2 you alls... aku hari ni amatlah mengantuk. nggak tahulah mengapa. ni pun sedang mengantuk. tapi benda still hot lagi walaupun pictures konvo aku dah agak basi. haha... tu yang nak update ni. mak ayah aku keluar, so keadaan rumah agak tenang. aku dah makan nasi goreng petang tadi, kenapa masih lapar ni?? makan sosej nak? black pepper from ayamas. ai, makin kecur pulak di kala mengantuk ni. he...

okay, hari ni aku nak upload lagi gambar2 yang di capture oleh sang perkasa tough2 bombombom tu : Encik Firdaus. haha... tak banyak dia edit. ada few aje. so aku upload yang dia edit and yang aku suka ajelah ek. hehe... gambar pertama! UTM di hatiku. buat bentuk love sikit korang!


hello2, gambar yanna berkonvokasi. gambar ni... aku rasa... aku... seksi lah... haha... entah mengapa but i like it! sexy back! i mean, sexy shoulder lah yek.


then, picture couple pulak... comel2 kitorang ni kan... hehe...


ha... our favourite picture. serious cun seh... pandai tak photo capturer kami cari port? huhu... dia pulak yang yeye nak kitorang bergambar. huhu... nice2. love it! ada banyak lagi gambar tapi penat nak tunggu loading. huhu... nak resize macam malas aje. hehe...


gambar2 bawah ini pulak gambar2 ber'hanging bersama semalam. huhu... daus pun udah gian SB. weehhuuuu... welcome to the club bebeh! aku masih setia bersama choc cream chip. daus pulak starts with java chips and hafiza as usual, caramel latte. gambar pertama; gambar si Ikan Nemo. haha...


gambar kedua, si Ikan Nemo di sumpah menjadi manusia. tidak biasa dengan mata manusia ye. huhu... gelak jantan gile aku tengok picture di ketika di SB.


dan... gambar ini pulak sesuai di letak di blog hafiza entri 'awak busuk~' tu. lalala~ piz, mana spray D ko?


and last but not least, i think, my favourite picture captured semalam. huhu... fyi korang, gambar2 hanging ni, tak ada muka aku sebab aku yang meng'capture. haha... bangga sebentar dengan diri sendiri. he... kembang2kan lobang hidong 5 saat!







p/s (i) : again you all... if nak hire Encik Daus tu, bolehlah direct to him or contact me to get his number. harga nego baik punya. amatur lah tapi... for me, i suka!

p/s (ii) : apa daya... i memang camera conscious. i suka kamera. huhu...

p/s (iii) : counting weeks. counting weeks to done with teaching. counting weeks to wait for my another parents. counting weeks to go to bai's. yeay!

p/s (iv) : yayangku yang sayang montel2 cikebum... nak BB please... iphone pun jadilah. lalala~ demand tak larat haku ini!







11102010 ~ 9.48pm
rumah aku ~ bilik aku

Saturday, October 9, 2010

Jamuan Penutup Aidilfitri SMKTU

hello2 semua... akhirnya... hari sabtu dengan berehat2 berlingkar2 di rumah. lately ni banyak gile jemputan open house. Alhamdulillah... rezeki. maaf kepada mereka2 yang saya tidak hadir. ada urusan yang tidak dapat dielakkan. terima kasih kepada yang menjemput. huhu... hari ni patut ada appointment jugak but jadi malas nak keluar. plus, ni macam nak demam jugak. tekak gile sakit. perut dah start mual. aiyo... jangan demam oh badanku. tenaga lagi seminggu sebelum budak2 final exam. berusaha!!

okay, hari ni aku nak cerita pasal majlis sambutan hari raya kat sekolah aku. maybe agak terlewat tapi still sambut jugak. okay, kejadian berlaku pada semalam hari, Jumaat, 8Okt2010. bermula pukul 12.00pm di kantin SMKTU. seperti biasa jadual jumaat aku sangat pack. mahu tertanggal rasa kaki semalam. usually ada 2 kali gap berehat. tapi semalam waktu gap aku kena ke hulu ke hilir menguruskan benda. oh hai... bila nak kurus ni... huhu...

seperti majlis POT-LUCK yang aku pernah update dulu, kali ni pun sangat banyak makanan. hoho... majlis kali ni order from catering. ada rendang, laksa, lontong, sate. huhu... sedapnya... selepas habis je kelas, aku macam nak berlari pergi kantin. lapar woo... first2 capai air. bandung cocktail. hui... lega tekak setelah satu hari menjerit. kemudian, tanpa membuang masa terus ke makanan. nak makan apa yek... rendang dia nampak mengkecurkan. makan dengan nasi impit. taruk kuah lontong sekali. makan sampai mahu meletup. he...


banyak tak makanan? ni part of the food. ada kek, biskut2 raya lagi... menikmati sungguh aku. kalian2 yang kenal aku sure tahu macamane rupa aku bila excited dengan makanan. haha...

barisan pentadbiran. of course special dihidang2. oh bila untuk aku duduk bersama? haha... berangan lagi i ni...


cikgu2 SMKTU. ramai kan? bersama2 staf sokongan juga. suka environment macam ni. even tak meriah and grand2 seperti sesetengah tempat, tapi rasa warm. uhuk2... loving this school so much!


kemudian, malam semalam ke rumah Kak Rosila; cikgu SMKTU. last open house Aidilfitri. BBQ! oh, sukanya BBQ. tolong bakar sekali. sedap! and seronok melayan Kimi dan Cica. keletah sungguh. macam Diena and Aqiel. tagged by Kak Anne. rindunya buah hati pengarang jantungku ini... rindu banget!







p/s (i) : anak kawan mak kahwin esok. huhu... dulu2 main kejar2 dengan dia. pergi tadika sama2. oh... kahwin sudah? pantas sungguh masa berlalu.

p/s (ii) : okay, bulan 11 pergi shopping ya! amboi, berseri sebab nak beli barang sendiri ke? gile tak senonoh.

p/s (iii) : manalah Amir Ridhwan ni... boringlah duduk rumah. balik bukan nak hangout dengan akak. hoho...

p/s (iv) : gerek tidur. asyik tidur je. mesti sebab dia bangun awal pagi tadi gara2 gerek2 dia. ish! not worth it. i takmo join okay. jangan paksa2!







09102010 ~ 4.17pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Wednesday, October 6, 2010

Feltwishes giveaway

hai... saja je bukak blog suka2 nak tengok apa yang best. then ternampak ada news update from 1 blog yang aku selalu order jugaklah time UTM dulu. handmade kraftangan menggunakan felt. mula2 tu aku tengok2 aje blog ni. introduced by Cik Maziah, si pembuat cupcake. then barulah start meng'order. barang first aku order ialah handphone casing. aku order 3. untuk cikna, piza and amy. dah puas hati, order again. he... buat macam benda gantung2 kat kereta gerek. then... order book cover untuk planner. he... yang ni, aku paling suka!


cute kan? ni colour pilihan aku sendiri. then aku sebut lah benda2 yang aku nak ada kat bookcover tu and dia design kan. he... suka. ramai orang tanya aku buat sendiri ke? he... saya bayar sahaja. nak buat memang tak reti. sampai sekarang orang yang nampak mesti tanya, "eh, cantiknya... beli ke buat?" the price is also reasonable.

then, tiba2 terdetik kat kepala. aku tak pernah ada baju couple dengan gerek. sebab aku memang tak suka baju couple. entah, geli. hehe... so, kami beli baju plain. colour pun lain2 tau. and minta Haida, si pembuat felt buatkan huruf2 kami. designed by gerek. then Haida yang buat. love it!


dan kepada mereka yang berminat, boleh layari ke blog beliau di... http://feltwishes.blogspot.com/. you guys can design sendiri atau mintak dia designkan. specialist in making handphone casing and keychain. semoga Haida terus sukses!





p/s (i) : setelah sekian lama asyik balik lambat, hari ni aku tiba dia rumah pukul 3pm. kejap lagi nak tidur. he... penat!

p/s (ii) : have to watch my words during teaching. kadang2 ter'over. ish!

p/s (iii) : ohoi... hati kembang kuncup berbunga2 riang. ohoi... oh mama...

p/s (iv) : lusa Amir Ridhwan balik! jangan nak sedut duit gue yek! gue kena simpan duit untuk kisah klasik masa hadapan. haha...






06102010 ~ 4.22pm
rumah aku ~ bilik aku

Tuesday, October 5, 2010

cikna's birthday present!!

hello2 korang... tengah buat apa tu? aku tengah berangan2. seronoknya berangan. pimple tumbuh banyak tak if aku teruskan berangan ni? hoho... dalam buku teks PJK tingkatan 1, itu hanyalah mitos ye pembaca sekalian. berangan2 takde kena mengena dengan penumbuhan dan pertambahan penyeri2 di wajah anda sekalian umat. tapi kan... aku rasa macam ada kena mengena. bila berangan kan macam excited. bila excited kan macam hormon pelik2 berubah2 kot... haha... memandai je aku ni.

okay2, back to the point. if korang baca previous2 entry aku, ada mentioned tentang birthday cikna. actually, aku beli hadiah untuk dia online. canvas picture. kiranya kita send gambar kita then dia akan kanvaskan. kanvas ni if kena air pun tak rosak lah. so, you do not need frame kaca2 tu. dia long lasting jugak. aku jumpa orang ni through facebook. tengok2 gambar, memang sangat berkenan tapi tak beli2 sebab macam tak ada reason. akhirnya... birthday cikna pun tiba. he... aku send kat TPC (The Perfect Canvas) gambar ni...


dan akhirnya... inilah hasilnya. ni aku grab dari facebook TPC. malam ni komputer ni buat hal. tak boleh nak transfer pictue from handphone. kecewa. ha... unik kan? aku bagi sekeping gambar. then aku mintak dia splitkan. so, nice kan? sekarang kan fesyen gantung gambar split2 macam ni. he...


tapi... birthday cikna jumaat lepas. salah aku sebab bank in duit lambat pada pihak TPC. and then, lupa pulak pos laju first saturday cuti. sepatutnya sampai hari sabtu. ish! akhirnya... hari ni baru sampai. aku pulak macam memecahkan tembelang. aku konon nak surprisekan cikna dengan suruh orang tu pos ke office cikna. but bila tak sampai2 aku asyik gesa2. so cikna dapat agak there must something important. then last week aku ada tersasul sebut pasal gambar ni. nasib baik cikna tak perasan. hehe...

cikna, i hope you love the present. nanti jangan lupa gantung kat rumah you ye. rumah you tak banyak picture bergantungan. hehe... love the picture! love you too!

okay, kepada mereka yang berminat untuk order. boleh pergi ke blog TPC : http://theperfectcanvas.blogspot.com/. recommended. sangat suka.






p/s (i) : sangat penat. belum berehat lagi and belum juga sediakan p&p untuk esok. buku rekod kini semakin terbiar. aiseh...

p/s (ii) : macamane nak buat taman if tak boleh usahakan sebab PMR sedang berjalan. so, nak tunggu minggu depan ke baru boleh usahakan kembali?

p/s (iii) : kembali pening. kenapalah pulak makayah statekan begitu... hadoi lah mak ayah... tulun2... tulun anakmu ini...

p/s (iv) : kenapakah broadband saya yang manja2 ni asyik ter'DC aje? mengapa2? saya sedang tulis blog ni tau. tolong bagi kerjasama.






05102010 ~ 9.24pm
rumah aku ~ bilik aku

Sunday, October 3, 2010

mode : still convocation!

hola2... you alls... aku penat sebenarnya. hari ni ke sana ke mari pergi open house. seriously, gile penuh perut aku yang besar ni. yang besar ni pun full tak boleh masuk. apatah lagi yang kecil2 molek tu. hehe... dari pagi, konon nak pergi rumah abang jan. rupanya salah tarikh. haha... semalam rupanya. then destinasi pertama ialah rumah kawan gerek di Pulai Indah. after tu ke rumah Kak Wani. open house sekali dengan birthday Qaseh; anak saudara Kak Wani. kemudian ke Kempas Indah, rumah cikgu kat sekolah. then ke rumah Ale and Oja. haiyo... seriously. macam mahu pingson aku. hoho...

okay2, entri kali ni pasal konvo lagi. bukan konvo aku. tapi nak cerita pasal hari ahad lepas, 26Sept2010. hari konvo cik Safuraa Nur. hoho... hari berkenaan, aku and piza telah berjanji dengan Encik Daus untuk bershooting. so kitorang pun gerak ke UTM around 10 something. then rupa2nya encik Daus tengah shooting orang lain. so aku and piza jalan2 jumpa coursemates yang sudah turun JB dan juga aku mahu ketemu encik Azrul Azam. sebab kami ada perjanjian sempena konvo. jadi, inilah hadiah konvo dari aku untuk Roy. hehe... hope you love it and it tastes yummy. aku tak rasa, tu yang tak tahu. ko pun takde komen apa. sedaplah tu agaknya. haha... and as usual, bought from Cik Maziah. si pembuat cupcakes kegemaran aku. psstt! Encik Roy dah slim seh...


kemudian, singgah Jusco nak beli bunga untuk Saf. tapi tak ada yang dah siap. so gerak balik ke UTM and fetch Daus kat main gate. dia tengah kecoh2 lagi dengan kawan2 dia. kemudian, menderu ke Dataran Agora. ternampak sekuntum bunga yang cute! tak pikir panjang, terus capai and bayar. ada sekuntum jelah pulak. aku nak 2 kuntum sebenarnya. he... Saf, hope you like the flower. sorry kecil aje bunganya. gambar ni, aku and Saf je normal. piza ngantuk, daus surveying awan untuk photoshoot agaknya. haha...


then sesi photoshoot bermula. ada beberapa sesi disebabkan hujan yang melanda. first shoot di Tasek UTM. mendung time ni. so pictures are so nice. kitorang belum ambil lagi dari Daus. tapi dia baru bagi 2 pictures. ni pun dah cukup membuatkan hati kami berbunga2. sangat cantik! tengok dulu kami dan kasut kami. oh, aku tengok gambar ni je hati kembang2 rasa seronok.


then ini pulak, wajah2 kami. haha... aku memang gile kamera sikit. asyik nak tengok kamera aje. hoho... nice kan? actually if real life tengok lalang belakang tu takde lah cantik mana. but when captured, inilah hasilnya. nice kan?


jadi, kepada mereka2 yang berminat nak mengambil freelance photographer, boleh contact Encik Firdaus. harga boleh nego dengan dia straight away. if nak nombor dia boleh mintak dari aku but ni FB dia www.facebook.com/xfirdausx





p/s (i) : seriously, untuk cooling down, i need SB and most importantly, i need Chocolate Cream Chips. terus sejuk. haha... ada dadah ke ek?

p/s (ii) : hati sedang berbunga2 riang. walaupun belum muktamad, still hati ini berbunga2.

p/s (iii) : amatlah berasa mengantuk... blog updated, mahu terus tidur. esok bangun pagi untuk study. haha... style lah cara sekarang.

p/s (iv) : oh pos... tolonglah sampai esok! aku saman kau kang!





03102010 ~ 10.31pm
rumah aku ~ bilik aku

Saturday, October 2, 2010

infinity of thank you... =)

hai2 korang... tak tidur lagi ke? aku sebenarnya nak tidur awal. ikutkan hari ni bangun lambat tapi entahlah... maybe macam penat otak. tu yang cepat letih agaknya. huhu... then, plannya nak tidur awal tapi tiba2 teringat ada cerita Ghost Whisperer pulak. hoho... aku memang sangat minat cerita ni. plus, cik hapisang pun suka. masa cuti hari tu bosan tak ada benda nak buat kat rumah, kitorang discusskan benda ni. haha... macam topik perbincangan. and minah tu tiba2 msg aku panggil aku Uncle Eli. haha... tak pasal2.

okay, entri kali ni aku sebenarnya nak mengucapkan terima kasih kepada insan2 yang banyak membantu aku selama ni. insan2 yang memberi sokongan dan dorongan aku untuk menjadi insan yang lebih baik. terima kasih tidak terhingga kepada mak and ayah. tidak boleh listkan apa yang mereka buat. terlampau banyak. terlampau banyak yang telah diorang buat untuk aku. untuk cikna. yang sentiasa paham dengan situasi aku. yang angkat aku ketika aku jatuh. terima kasih.

untuk gerek. my beautiful rival. i don't know if i can make it without you holding my grip. you keep me sane. you keep me safe. and you surely make me wants to be a better person. hm... i mestilah pilih yang bijak kan. yang mempunyai visi dan misi. yang berusaha memperbaiki diri. indirectly, aku sendiri macam nak compete nak jadi lebih baik. hehe... dan kepada kawan2. man is not an island. so, mestilah perlukan kawan2. banyak belajar dari kawan2 jugak. life is like a rollercoaster. ketika di atas bagaimana. bak kata kawan aku, kentut pun wangi. dipuja2 bau kentut tu. huhu... tapi bila bawah, amal kebaikan pun nampak macam dosa. hoho...


to cik hafiza and cik muni... you guys help me alot during my final year, final sem. thank you. i don't know if i can be that cool if weren't for you guys. and despite the things that made me unhappy, you guys bring me light. light that i long... light that i am very grateful for. maybe they will say i'm lying. or they want to say, they know me. but truthfully, i am hard to be predicted, to be understood. but i know what i'm feeling. so when they say i'm lying, it means they are the one who are lying... thank you guys for been there for me. for not ditching me. for not accusing me like they did. for accepting me and not judging me. and of course, for helping me in everything.

thank you also for nor wiwi... thank you for being neutral and not judging anyone of us. thanks for the peaceful retreat at your room and also your bed. hehe... serious macam taknak bangun. love you always.






p/s (i) : kali ni rasa betul2 lonely... thanks for not understand.

p/s (ii) : seriusly... memang dah nampak 1 hikmah. hehe... mastura! you lift up my mood

p/s (iii) : can hardly wait to meet my two little angels tomorrow. tak sempat beli pape untuk diorang. oh rindu...

p/s (iv) : boleh pulak pos laju cuti hari ni. tensionnya aku!

p/s (v) : love the pic. bibir pink you all... haha...






02102010 ~ 11.00pm
rumah aku ~ bilik aku

Happy Birthday Cik Na ♥

hello korang... niat di hati nak update blog semalam. i mean kelmarin (30Sept2010) tapi disebabkan banyak kerja dan keletihan yang melanda, tak jadi. he... plus, khamis tu aku ada solat hajat untuk budak2 nak menduduki PMR, SPM and STPM. aku tak ada tugas tapi entah, macam rajin pulak kan nak datang. haha... akhirnya, aku menjaga anak seorang cikgu ni. dia bertugas jaga meja VIP, kena jamu2 pengetua and orang2 jemputan. anak kakak tu sangatlah baik. nama dia Yusra. agah sikit terus gelak. terhibur i menjaganya. macam teror je jaga budak. padahal budak tu memang senang di jaga. haha...

okay2, seperti telah tertera di atas... entri kali ni istimewa dedikasi untuk makcik kesayangan aku. Miss Zurina Yusoff yang menyambut hari jadinya pada 1Okt2010. Happy Birthday Cikna! sayang you sampai i bila2. bukan setakat sayang, sayang giiiiillllllllllllllllleeeeeeeeeeeeee!!!

trivia mokna :

  • sangat kuat membebel. kadang boring dengar but tak bagi kesan pun kat saya. hehe... so, kalau dia bebel tu, kena pandai ubah topik so dia berhentilah bebel. cousin2 aku yang lain tak pandai cut dia punya bebel. tu yang diorang tak tahan. cuba korang buat muka tak paham. sure cikna senyap. hehe...
  • sangat pandai memasak. huiyo... tanya ajelah kawan2 aku yang pernah rasa masakan cikna. nasi kerabu? nasi dagang? nasi lemak? nasi ayam? chicken chop? carbonara? spagetti? mashed potato with gravy? u name it, she got it all. heh!
  • sangat gagah perkasa mempunyai tenaga seperti Badang. huhu... aku panggil makcik aku ni Iron Lady. plus, dia kerja kat kilang besi. lagi sesuai kan? hehe... dia ni macam tak reti penat. memang sangat payah sakit or demam or sewaktu dengannya. tapi bila terkena, terus terlantar. huhu... payah jadi versatile ni.
  • sangat banyak baju kaler gold atau choc. dan dia selalu lari tema hari raya. haha... if kitorang kaler maroon, dia kaler gold. bila kitorang gold, dia maroon pulak. huhu... tahun ni, kitorang hitam/kelabu. dia hijau. jauh gile beza. hehe...
  • there's alot more. kang senaraikan kat sini panjang berjela orang tak larat nak mengeja pulak kang. hehe... what ever pun, aku nak cakap, cikna is very versatile. dia bisa lakukan segala2 nya. dari kerja perempuan, sampailah kerja lelaki. esok dia main wrestling tangan pulak kang. hehe... jangan main2 dengan cikna oi...

ha, sila lihat gambar ini... nampak tak mokna tu kuat membebel? huhu... sambil dia mekapkan aku, sambil dia membebel. "kenapa habis hilang mekapnya? eye shadow pun sampai hilang... jangan nak lap lagi muka tu..." antara bebelan dia. hehe...


To Cik Na,

Happy Birthday, semoga panjang umur murah rezeki.
I love You with all my heart. you are always there for me. and lift me when i'm down. i'm very grateful because Allah sent you to me. i will lost without you. Thank You Allah!
Hope you love the gift i bought for you~






p/s (i) : tiba2 rasa sangat happy. ada orang kata untungnya aku because of the bad luck. hehe...

p/s (ii) : berkejaran ke sana ke mari hari ni. sebab seorang student accident. so semua rushing ke sana ke mari juga. last2, dapat tanam 1 pokok aje. kikiki... ini tidak adil! tempat tu tanah liat okay. mana pokok boleh hidup situ. ish!

p/s (iii) : okay yang. i love you =|

p/s (iv) : to the people i love... thanks for being empathy. jangan lupa belanja. yeay!






02102010 ~ 2.26am
rumah aku ~ bilik aku

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com