we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Tuesday, October 5, 2010

cikna's birthday present!!

hello2 korang... tengah buat apa tu? aku tengah berangan2. seronoknya berangan. pimple tumbuh banyak tak if aku teruskan berangan ni? hoho... dalam buku teks PJK tingkatan 1, itu hanyalah mitos ye pembaca sekalian. berangan2 takde kena mengena dengan penumbuhan dan pertambahan penyeri2 di wajah anda sekalian umat. tapi kan... aku rasa macam ada kena mengena. bila berangan kan macam excited. bila excited kan macam hormon pelik2 berubah2 kot... haha... memandai je aku ni.

okay2, back to the point. if korang baca previous2 entry aku, ada mentioned tentang birthday cikna. actually, aku beli hadiah untuk dia online. canvas picture. kiranya kita send gambar kita then dia akan kanvaskan. kanvas ni if kena air pun tak rosak lah. so, you do not need frame kaca2 tu. dia long lasting jugak. aku jumpa orang ni through facebook. tengok2 gambar, memang sangat berkenan tapi tak beli2 sebab macam tak ada reason. akhirnya... birthday cikna pun tiba. he... aku send kat TPC (The Perfect Canvas) gambar ni...


dan akhirnya... inilah hasilnya. ni aku grab dari facebook TPC. malam ni komputer ni buat hal. tak boleh nak transfer pictue from handphone. kecewa. ha... unik kan? aku bagi sekeping gambar. then aku mintak dia splitkan. so, nice kan? sekarang kan fesyen gantung gambar split2 macam ni. he...


tapi... birthday cikna jumaat lepas. salah aku sebab bank in duit lambat pada pihak TPC. and then, lupa pulak pos laju first saturday cuti. sepatutnya sampai hari sabtu. ish! akhirnya... hari ni baru sampai. aku pulak macam memecahkan tembelang. aku konon nak surprisekan cikna dengan suruh orang tu pos ke office cikna. but bila tak sampai2 aku asyik gesa2. so cikna dapat agak there must something important. then last week aku ada tersasul sebut pasal gambar ni. nasib baik cikna tak perasan. hehe...

cikna, i hope you love the present. nanti jangan lupa gantung kat rumah you ye. rumah you tak banyak picture bergantungan. hehe... love the picture! love you too!

okay, kepada mereka yang berminat untuk order. boleh pergi ke blog TPC : http://theperfectcanvas.blogspot.com/. recommended. sangat suka.






p/s (i) : sangat penat. belum berehat lagi and belum juga sediakan p&p untuk esok. buku rekod kini semakin terbiar. aiseh...

p/s (ii) : macamane nak buat taman if tak boleh usahakan sebab PMR sedang berjalan. so, nak tunggu minggu depan ke baru boleh usahakan kembali?

p/s (iii) : kembali pening. kenapalah pulak makayah statekan begitu... hadoi lah mak ayah... tulun2... tulun anakmu ini...

p/s (iv) : kenapakah broadband saya yang manja2 ni asyik ter'DC aje? mengapa2? saya sedang tulis blog ni tau. tolong bagi kerjasama.






05102010 ~ 9.24pm
rumah aku ~ bilik aku

2 comments:

wirda ahmad said...

wah bestnye hadiah tu yanna..nak jugak!! hehehe

yanna yazed said...

hehe... birthday u dh lepas. thn dpn i buat2 lupa. suka gambar tu kan? i montel abes!

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com