we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Saturday, October 9, 2010

Jamuan Penutup Aidilfitri SMKTU

hello2 semua... akhirnya... hari sabtu dengan berehat2 berlingkar2 di rumah. lately ni banyak gile jemputan open house. Alhamdulillah... rezeki. maaf kepada mereka2 yang saya tidak hadir. ada urusan yang tidak dapat dielakkan. terima kasih kepada yang menjemput. huhu... hari ni patut ada appointment jugak but jadi malas nak keluar. plus, ni macam nak demam jugak. tekak gile sakit. perut dah start mual. aiyo... jangan demam oh badanku. tenaga lagi seminggu sebelum budak2 final exam. berusaha!!

okay, hari ni aku nak cerita pasal majlis sambutan hari raya kat sekolah aku. maybe agak terlewat tapi still sambut jugak. okay, kejadian berlaku pada semalam hari, Jumaat, 8Okt2010. bermula pukul 12.00pm di kantin SMKTU. seperti biasa jadual jumaat aku sangat pack. mahu tertanggal rasa kaki semalam. usually ada 2 kali gap berehat. tapi semalam waktu gap aku kena ke hulu ke hilir menguruskan benda. oh hai... bila nak kurus ni... huhu...

seperti majlis POT-LUCK yang aku pernah update dulu, kali ni pun sangat banyak makanan. hoho... majlis kali ni order from catering. ada rendang, laksa, lontong, sate. huhu... sedapnya... selepas habis je kelas, aku macam nak berlari pergi kantin. lapar woo... first2 capai air. bandung cocktail. hui... lega tekak setelah satu hari menjerit. kemudian, tanpa membuang masa terus ke makanan. nak makan apa yek... rendang dia nampak mengkecurkan. makan dengan nasi impit. taruk kuah lontong sekali. makan sampai mahu meletup. he...


banyak tak makanan? ni part of the food. ada kek, biskut2 raya lagi... menikmati sungguh aku. kalian2 yang kenal aku sure tahu macamane rupa aku bila excited dengan makanan. haha...

barisan pentadbiran. of course special dihidang2. oh bila untuk aku duduk bersama? haha... berangan lagi i ni...


cikgu2 SMKTU. ramai kan? bersama2 staf sokongan juga. suka environment macam ni. even tak meriah and grand2 seperti sesetengah tempat, tapi rasa warm. uhuk2... loving this school so much!


kemudian, malam semalam ke rumah Kak Rosila; cikgu SMKTU. last open house Aidilfitri. BBQ! oh, sukanya BBQ. tolong bakar sekali. sedap! and seronok melayan Kimi dan Cica. keletah sungguh. macam Diena and Aqiel. tagged by Kak Anne. rindunya buah hati pengarang jantungku ini... rindu banget!







p/s (i) : anak kawan mak kahwin esok. huhu... dulu2 main kejar2 dengan dia. pergi tadika sama2. oh... kahwin sudah? pantas sungguh masa berlalu.

p/s (ii) : okay, bulan 11 pergi shopping ya! amboi, berseri sebab nak beli barang sendiri ke? gile tak senonoh.

p/s (iii) : manalah Amir Ridhwan ni... boringlah duduk rumah. balik bukan nak hangout dengan akak. hoho...

p/s (iv) : gerek tidur. asyik tidur je. mesti sebab dia bangun awal pagi tadi gara2 gerek2 dia. ish! not worth it. i takmo join okay. jangan paksa2!







09102010 ~ 4.17pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com