we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Wednesday, December 28, 2011

Pengakuan Berani Mati!!

PERINGATAN : ayat2 di dalam entri kali ini mungkin tidak berpatutan, tidak rasional. sila jangan hakimi.

takde pendahuluan as usual sebab tiba2 emosi aku tak stabil. bukan tiba2 sebenarnya. dah beberapa hari. tapi suppress dalam2 biar orang tak nampak. syukur ada suami, adik, makcik dan kawan2. sekejap terlupa pasal benda tu. tapi ni sambil tengok Tentang Dhia, aku browse through pictures dalam laptop adik aku ni. ada gambar2 aku kahwin. tiba2 rasa sedih. everyone seems to be very happy. i know i am, a lot.

aku dah 25 tahun. kurang 3 bulan aku turning 26. tapi entahlah... selama bertahun2 aku rasa macam ni. bertahun2. aku rasa kalau iman tak kuat, dah lama aku gile, dah lama aku lari, dah lama aku takde dalam dunia ni kot. tapi aku tegarkan hati, teruskan hidup walau ada masa2 yang setiap malam aku tidur dengan air mata. sampai bila aku kena terus hadapi benda ni? walaupun aku dah kahwin, aku kena lagi? apa salah aku pulak kali ni... mungkin... kesabaran dah sampai ke penghujung. aku taknak terima lagi.

aku tahu aku bukan yang disukai. tapi bila penyataan itu didengari sendiri, sakitnya bukan main. yup, the truth hurts. really hurts. pikir2 balik, kesiannya kat diri aku ni. pathetic. hidup seriuosly pathetic. berusaha menjadi yang terbaik. berusaha bagai nak gile tapi masih lagi bukan yang disukai. masih lagi di tempat tercorot. dan kesilapan kecil adalah besar. hukuman yang aku dapat tak sejajar dengan kesalahan yang aku buat.




mungkin... kalau aku mati pun, dia tak rasa kehilangan seperti sepatutnya. sebab aku bukan kesayangannya. mungkin... masanya dah tiba. untuk aku pergi.





p/s (i) : aku serik dah hidup macam ni.

p/s (ii) : boy, cepatlah you fly.

p/s (iii) : my husband, my saviour.





28122011 ~ 8.20pm
atas katil ~ bilik aku-kediaman warden SMVK

Thursday, December 15, 2011

New Zealand Day 1 :)

hai2 korang... waktu sekarang di New Zealand adalah pada hari Jumaat 16Dec2011. tapi di Malaysia belum lagi. huhu... New Zealand awal 5jam dari Malaysia. gerek dah tidur. tapi aku belum boleh tidur walaupun kepala tingtong. sebabnya... dalam flight tadi aku bantai tidur. huhu... gerek tak boleh tidur. ikutkan if jet-lagged pun, waktu sekarang bukan belum maghrib pun lagi. huhu... tapiii... gerek tidur macam body-clock dia ikut negara ni. ces!





okay2, kali ni aku nak quick update je pasal ketibaan kitorang di Christchurch. alhamdulillah... Allah permudahkan perjalanan kami. semoga diberkati. di sini, aku nak ucapkan berjuta-juta terima kasih kepada keluarga pensyarah aku ketika di UTM dahulu; Encik Abdullah bin Mohd Nawi. banyak gile dia dah tolong aku and gerek since sampai sini. walaupun belum sampai jugak! dia yang consult pasal percutian kitorang ni and offer tinggal kat rumah dia for the first night. wah! and dia fetch kitorang dari airport jugak! huhu... tanpa dia, aku tak tahu lah macamane permulaan percutian kitorang. huhu...


inilah dia Sir Abdullah. sedang membakar burger kambing. huhu... gile sedap wokay! all grill! dari roti, bawang, mushroom and burger. tomato and lettuce makan raw. aku makan sayur mentah??? tak percaya bukan? tapi inilah realitinya. sayur2 kat sini gile fresh! tomato dia manis! mushroom dia, perggghhh! marvellous wa cakap sama lu. undescriable! (ada ke such word gitu?? uwaaaa!)




this is his wife; Kak Salmah. soft lady. lembut je. and seriously a good cook!





this is Adel. Sir Abdullah's first son. dulu masa UTM, kecik lagi kanak2 ni. sekarang... petah dia! wow!




and lastly, this is Adam. budak ni kan, ada look kat muka dia macam 'up to something' look. rupa yang macam nak buat sesuatu yang noti. korang dapat bayangkan tak budak2 kecik macam ada rupa yang macam warning, "lepas ni aku nak buat sesuatu yang mengejutkan". huhu... this kid has that look, always! and kalau dia main macam dalam dunia dia sendiri. cute sangat!




dan sangat berterima kasih kepada Sir Abdullah sebab membantu kami dalam merancang segala perjalanan sepanjang percutian kami ni. tanpa Sir, terkontang kanting kami berdua. huhu... ini pamplet bisnes yang Sir Abdullah kendalikan. kepada rakyat Malaysia yang mahu bercuti ke Christchurch, Sir Abdullah ada menyediakan perkhidmatan untuk jet-lagged. malam pertama di rumahnya untuk menangani jet-lagged. ada jugak beberapa perkhidmatan lain yang disediakan. boleh rujuk di laman ini. hornbycarhire.blogspot.com.






p/s (i) : kepala sangat melayang. akan tidur selepas update blog ini.


p/s (ii) : esok round2 Christchurch dengan Sir Abdullah. nak pergi mana ek. aku bukannya reti sangat tempat2 orang ni. tempat sendiri pun tak reti. haha...


p/s (iii) : balik ni terus pokai. haha... nak kena cari rumah sewa di Kluang. wuhuuu!


p/s (iv) : happy birthday to my bestfriend, Diana Yusof. love you always dear! DOREMI eternity!







16122011 ~ 12.37am (waktu NZ)

atas katil ~ rumah Sir Abdullah-Christchurch, NZ

Monday, December 12, 2011

Siri Aidil Fitri terlewat :)


hai2 korang... aku kat rumah ni. huhu... semalam tidur lewat google pasal trip ke NZ. hmm... seriously memang daredevil betul pergi. nak berjimat memang payah lah. so tawakal. ada rezeki, ada lah... moga2 perjalanan dipermudahkan. ish, seramnya... hari ni pulak bangun pagi2 nak breakfast dengan boy. kejap lagi nak ke Parkson then dating dengan Cik Hafiza pulak. lama tak dating. susah bila bekerja jauh dan husband pun jauh. adoyai! sabar ajelah.

okay2, sebenarnya tak niat pun nak update tentang entri ni. then saja tengok2 gambar dalam handphone. eh.......!! ada gambar2 mereka anak2 yang ku sayangi. oh rindunya... dah dewasa dah mereka. dah habis sekolah dah. diorang still akan ingat aku tak? uhuk2... tapi aku nak streskan kat sini, berhari raya dengan mereka, WORTH IT! walau balik tu kena marah dengan mak and makcik. huhu... buat tegak ye!

okay, ini participants nya... kami bergerak 2 kereta. 1 wish, 1 hilux dan 1 motor. huhu... meriah kan? kredit gambar di FB ustazah Fadzilah.


pandai tau diorang2 ni... ajak teacher eli beraya ke rumah Salmah, one of their classmate. then katanya nak ke rumah Cikgu Sheda. sebab tu suruh teacher eli bawak Wish sebab nak sumbat ramai2. okaylah... 2 rumah kan? tapi rupanya... ada lagi agenda yang diorang tak bagitau teacher eli. huhu... how can i say no to these kids? mestilah layankan aje... dari rumah Salmah, pergi ke rumah Kak Sheda. kemudian ke rumah Ustazah Fadzilah. so sorry syafiq, teacher bagi salah direction. so diorang sesat jauh sampai ke Tebrau City. uhuk2... seriously rasa bersalah. huhu... then ke rumah Kak Liza. barulah teacher eli pulang ke rumah. apa2 pun, seronok sangat jalan2 dengan diorang. gembira.

aksi2 comel... zahin bersama jibrael emand. ada ciri2 tak? huhu...


syafiq bersama syahirul. hehe... mintak direction di lampu merah. agak funny lah. huhu...


gambar terakhir sebelum teacher eli bergerak pulang. huhu... syafiq, lama kita tak bergosip kan? huhu... i dah kahwin, tak bolehlah nak calling2 gosip sana sini lagi. kikiki... takpe2, i still remember my promise. nanti we meet up eh!



kids, walaupun kalian dah habis sekolah... remember you root. ingat di mana kalian membesar, menimba ilmu. ingat guru2 yang dah curahkan ilmu selama beberapa tahun. walau guru dah tak ingat nama kalian after 8 years after school, you have no reason to forget their names. guru2 akan menerima anak2 murid silih berganti setiap tahun. tapi kalian hanya menerima beberapa guru selama beberapa tahun di sekolah... gunakan ilmu yang dicurahkan sewajarnya. and jangan kedekut dengan ilmu itu! sharing the knowledge meaning you are expanding what you know. i love you kids. cross my heart :)






p/s (i) : dah sidai kain, kejap lagi goreng ikan and celur mee. mak dah masak tomyam. ohoi... seronoknya rasa duduk rumah.

p/s (ii) : jadual 2 hari yang pack. mesti luangkan masa jumpa Dr. Faizah. huhu...

p/s (iii) : hope everything goes well. seramnya nak ke negara orang. 1 step at 1 time. tahun depan tahun jalan2. Ya Allah, murahkanlah rezeki kami. Aminnn....






12122011 ~ 11.43am
depan tv - rumah Impian Emas

Friday, December 9, 2011

make yourself useful!

hai2 korang... haha... mesti macam bosan baca entri2 aku without pictures kan? apakan daya... sekarang ni masa amat mencemburui. dah 3 entri takde pictures kan? haha... 2 tu aku update kat kluang, ketika busy dengan 5S. hmm... semalam audit yang kedua tapi aku tegarkan hati taknak pergi. apa ada pada audit? i mean, kita dah buat kerja bagai nak rak, kenapa nak pergi audit? i mean, memanglah penting untuk dengar komen2, tapi daripada dok termenung dengan komen2 baik aku pergi buat kerja kan? haha... tapi at the end, aku buat keputusan taknak pergi, ikut gerek ke penang. sambil menyelam, minum air. hehe...

okay2, update kali ni di sebabkan 5S sebenarnya... kalau you guys follow update2 aku kat FB, mesti korang tahu aku amat busy dengan 5S since last week. huhu... 5S, seriusly, kenapa lah orang jepun rajin sangat nak buat benda alah ni. huhu... okay, dari last week, kami full throttle buat 5S di asrama. apa yang kami buat? as follows :


  • susun atur almari besi, kayu dan katil besi double decker. (ikut cara orang PPA. dia kata biar kondusif , selesa untuk budak2 tinggal. dan pastikan lapang)

  • alihkan katil yang berlebihan ke dorm yang memerlukan. (ini memerlukan pertolongan lelaki. sangat susah nak keluarkan almari double decker walaupun hanya ke dorm sebelah)

  • susun elok2 almari yang berlebihan di tengah2 dorm. (walaupun untuk disisihkan, still kena susun molek2 sebab takut tak sempat sisih so still kemas dalam dorm)

  • turunkan almari2 yang nak disisihkan tadi. (dari dorm tingkat 1 ke ground floor. pernah cuba alihkan almari besi tu? cuba dulu baru komen. sangat berat!!)

  • alihkan almari2 yang belum diturunkan ke koridor. (serius rasa macam bangla. berpeluh2 macam hape... kami 3 orang perempuan buat semua ini. logik keee???)

  • scrap balik cat parking katil and almari. (korang dapat bayangkan tak parking meja, katil and almari? google for 5S. mula2 dah cat dah. then bila dah alih2, surelah kena betulkan. so kena scrap balik. bukan kerja senang. tangan shida sampai terseliuh)

  • turunkan semua langsir dan alas meja. cuci jugak! (gile kotor okay! geli nak pegang. and banyak gile sabun kitorang pakai untuk cuci)

  • cat tembok koridor (aku tak tahulah apa budak2 buat sampai kotor sangat. tangan aku pun sakit buat benda alah ni. nak drive tak larat. haha...)

  • buat balik parking katil and almari guna binding tape. (dah buat penat2 budak2 main alih2 kan katil and almari. macam haram!! tergarik2 binding tape aku!)

  • tagging katil, almari, meja, kerusi. (sian edot... time ni aku and shida dah balik. so dia yang buat. hmmm... hope what we did worth it!)

sebenarnya, banyak lagi... ini kerja2 buruh je aku listkan. kerja2 renyah belum lagi aku tulis. lecturer aku pernah cakap, 'Make Yourself Useful'. susah nak describe benda2 macam ni if diri sendiri takde kesedaran. tunggu semua kerja siap je, so siapa yang banting tulang? orang PPA kata, sekolah aku kurang sifat kerjasama. TRUE! very true. hajah zalihar ada cakap, takkan pengetua nak arahkan semua benda, saling bantu membantu lah... tapi maybe aku mengharapkan pengetua datang jenguk kitorang. show concern un dah cukup. dan isu paling besar ialah PASSANGER. masa universiti dulu, passanger dalam buat assignment maybe kurang terasa sebab assignment ni tak guna tenaga buruh sangat. tapi 5S if ada passanger, memang nak kena sembur. hmmm... put yourself in our shoes, then comment. if not, just shut up!






p/s (i) : hari ni balik JB, tidur rumah mak mertua. huhu... tak sabar nak pergi outlet store kat johor tu... weee... banyak sangat ke duit?


p/s (ii) : okay, lepas ni nak kemas rumah. huhu... nak kena cari rumah sewa di kluang. kejap lagi google jugaklah. hoho...


p/s (iii) : second day. masih kecewa. but i know He prepares something better for me.


p/s (iv) : packing for next week also. wuhuuu!! nervous pulak rasa.





09122011 ~ 4.10pm


depan tv ~ rumah sewa gerek-Batu Berendam, Melaka

Thursday, December 1, 2011

Perception of Love

hai2 korang... again, quick update sebab kejap lagi nak sambung buat 5S. haha... boleh patah riuk pinggang kitorang woo... tapi setakat ni alhamdulillah... semuanya under control. ada lah beberapa ketika yang masih2 nampak down dan nak nangis. tapi aku bersyukur ditemukan dengan 2 orang bengong ni. so kerja jadi enjoy. walau tak berapa nak enjoy beberapa ketika, mesti akan jadi lapang selepas berehat. haha... seronok2. thank you Allah, thank you friends.


ha, tajuk entry aku tu... ewah! takmo gempak lagi kan? sempena 1dec2011 ni, aku nak update lah tentang cinta sedikit. sebabnya... pada bulan ini, tahun lepas, aku bertunang dengan lelaki pilihan aku. thank you Allah sebab ditemukan dengan lelaki yang sangat menyayangi aku dan sangat bertanggungjawab.

cinta. love. love is cinta. setiap orang ada persepsi sendiri tentang cinta. ada yang tak percaya cinta. ada yang sangat memuja cinta. dua, dua ni dah salah dah... ustaz pernah cakap, cinta hanya milik Allah. Dia mencipta kasih dan sayang untuk manusia. kerana tersalah cintakan manusialah, manusia sanggup lakukan perkara2 yang tak munasabah. perkara2 yang memudaratkan. perkara2 yang memesongkan akidah terhadap Islam.

contohnya... manusia sanggup berbunuhan kerana cinta. sanggup bergaduhan kerana cinta. dan sanggup membunuh diri kerana manusia. okay pikir2, logik atau tak perkara2 tersebut? tak kan? tapi kenapa ramai yang buat? kenapa ada je yang bunuh diri bila kecewa bercinta? hmmm... apa yang mereka fikirkan sebenarnya. pernahkan anda tertanya?


aku bersyukur... aku sudah punyai suami. yang dulunya teman baikku. teman tempat aku luahkan perasaan. teman susah dan senang. teman yang tak pernah sesekali akan meninggalkan aku. teman yang menerima aku seadanya. teman yang menegur kesilapan, dan memuji kebaikan. teman yang membimbing. teman itulah cintaku, kasihku, sayangku. terima kasih.


love is to give. to take. to embrace. to feel. to accept. to be patient. to tolerate. to be nice. to hold on. to enjoy.






p/s (i) : mahu sambung mengecat malam ni. jika ismail datang, mahu angkat almari. mampukah kami? nantikan jawapannya...

p/s (ii) : aku rasa weekend ni memang untuk hari aku berehat2 lah... aku nak tempat yang tenang supaya aku tak tension dengan kerenah manusia.

p/s (iii) : sekali lagi kecewa. tapi takpe, rezeki semua di tangan Allah.

p/s (iv) : sempat siap tak 5S asrama ni? adoyai... badan aku nak patah 47 dah ni.






01122011 ~ 8.02pm
katil shida ~ bilik aku-kediaman warden SMVK

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com