we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Monday, February 28, 2011

buggy ride at Botanical Garden, Melaka~

hai2 korang... berapa hari dah aku tak update blog? hmm... pelbagai berita yang kurang enak kebelakangan ni. mula2 pemergian auntie ke Rahmatullah. semoga rohnya dicucuri rahmat. kemudian, dapat tahu pulak tokyam masuk hospital. khamis tu jugak aku balik JB. then patah balik Kluang. oh kesian gerek... thanks sayang... tak terbalas segala apa you buat untuk i. i love you. meh i bagi u sepenuh kasih sayang i. kikiki... jumaat pun balik JB bersama gerek. then sabtu malam aku jaga tokyam di hospital. adoi... sakit badan. takpe, bukan selalu kann... tokyam, cepat sihat ya!


okay kalian you olss... hari ni aku nak update pasal jalan2 dengan gerek 2 minggu lepas. huhu... kejadian berlaku selepas sehari aku berjemuran menjaga budak2 petanque. uhuk2... mahu dating dengan gerek tapi hitam mukaku. ohoi... mula2 bukan main kann... dia kata takpe, dia terima seadanya kononnnn... then bila bersua muka, bertentang mata... dia gelakkan muka aku yang hitam ini... pergh haiii... ku lepuk2 gerekku yang cikmon tu... ku cubit2 tangan dia yang gemgem tuuu... puas hati ku. haha...
okay2, back to the point. seperti biasa, hari ahad gerek datang kat aku. mahu dating2 di Kluang. but aku macam cuak2 sikit di Kluang ni. yelah... dah jadi cikgu kan... semua tingkah laku diperhatikan. sereemmm i. then, tidak semena2, kami ke Melaka. hehe... kebetulan gerek2 pun ada di Melaka. not all gerek2 lah. ada Am and Arip je. so destinasi kami pertama : Dataran 1 Malaysia. elok2 nak menikmati pemandangan pantai, tapi ada kejadian pulak... kuda termasuk lubang and tak boleh keluar. kasihan gile... serius. tapi kami sempat bergambar lagi. hehe...


kemudian, setelah kuda dapat diselamatkan, kami ke Botanical Garden di Ayer Keroh. wee... tak sangka seronok macam ni. hehe... syok gile naik benda alah ni. ada beberapa jenis. ada single buggy, 2 seats, 4 seats, 6 seats and 8 seats. so, kami ambil 3 biji 2 seats buggy.


seriously memang best naik buggy ni. kami racing2 dalam hutan tu. main stop2 kan buggy pihak lawan. haha... perjalanan amat romantik bila berdua dan amat seronok bila ber'racing dengan couple yang lain. huhu... tapi... yang trauma sebentar sampai gerek takut nak drive buggy adalah ketika ini :


haha... kami accident. terbabas ke tebing. haiyo... gerek adalah pemandu paling berhemah tapi boleh pulak accident di dalam hutan. wawawa... sangat kelakar tapi terkejut gile aku. debar jantung aku lama gile woo... tapi nampaknya gerek lagi trauma sampai suruh aku yang drive kan.

kami berenam... saya + gerek... am + amalina... arip... putri. thanks kalian kerana moment2 yang seronok dan kelakar ketika itu. nanti kita holiday sama2 again ya.


oh kanak2 riang. ni dah layak umur2 nak kahwin ni tapi perangai... aiyo... haha... tapi still, for me, their friendship is so true and cute. haha... (ale sure sedih tengok gambar2 ni... haha)







p/s (i) : next destination, oh please... nak g Genting... jom sayang... oh beranikah aku? haha...

p/s (ii) : lesson plan tak siap lagi. busy menjaga kanak2 di asrama dan bergurau senda bersama housemate. haha... sangat sengal ye cik shida dari parit.

p/s (iii) : bilalah nak putih nii... uhuk2... bulan 6 hari sukan. ohoi... mahu putih... mahu putih... mahu kurus jugak...

p/s (iv) : agak2... gerek bagi hadiah apa ya? wee...

p/s (v) : aku suka bergambar sebelah gerek... aku rasa kecik. haha...





28022011 ~ 9.40pm
rumah aku ~ kediaman warden-SMV Kluang

Wednesday, February 23, 2011

i lost someone today =(

assalamualaikum... hmm... sad news. i lost someone this evening. someone dear to me. someone i consider an aunt. someone i love...

she was only a neighbour. but then, we became family. she is the granny for my two angels. how i wish i can turn back time. where we were happy neighbours. where my mom will come back early from work so we can have teatime together under the mango tree. where my mom will buy something to eat that we can enjoy every evening. where auntie will make something delicious that i won't forget the taste. how i miss all that...

sadly... i just lost her daughter last year. and this year... it's her turn leaving me. how i wish you can attend my wedding...

ya Allah, moga Kau rahmati roh auntie. moga Kau letakkan dia di dalam golongan kekasih-Mu. berkatilah rohnya... Al-Fatihah.








p/s (i) : 1 hari penuh debaran. 1 hari yang aku tak suka melihat nama emak tertera di telefon memanggilku. kerana aku tahu, aku akan mendapat khabar duka.

p/s (ii) : adoi, tension lah macam ni... meh sini bak sini! setel cerita!

p/s (iii) : esok hari khamis... kalau semalam aku tak sabar nak balik JB. sekarang ni... rasa tak best pulak...

p/s (iv) : dy... i sedih...








23022011 ~ 9.13pm
rumah aku ~ kediaman warden-SMV Kluang

Tuesday, February 22, 2011

Pertandingan Petaque MSSD Kluang

hai2 korang... ceh, sementara aku ada masa ni, cepat pulak aku update blog kan. huhu... okay, badan memang penat. pagi tadi aku bangun lambat. uih, handphone ni... di kala ni lah mahu terpadam. dah alarm tak bunyi. nasib baik sempat sampai. hehe... untung duduk dalam asrama ni. aku bangun 6.50am tadi. gile tak? hehe... tu pun aku mandi orang ketiga. aku mandi dalam pukul 7am. dan sekarang ni... aku sedang menunggu masa untuk ke padang. latihan rumah sukan. turn aku pukul 5pm. so... sempatlah nak update blog sekejap.


okay kalian, pada sabtu lepas, aku ditugaskan bawak anak2 aku ni pergi SMK Simpang Renggam. kejohanan petanque peringkat daerah Kluang. oh... kenapa aku yang harus pergi? tapi... seronok jugak. sebab hari sabtu berkenaan adalah hari persekolahan. hehe... yang tak bestnya, aku kena jaga budak2 ni dari 7am sampai 6pm. pengsan! tengah padang okay aku jaga. ohoi... aku sudah rentung. bila entah boleh putih ni. uhuk2...

okay, mari lihat peserta2 nya... ini pasukan perempuan. 2 team. 1 team 3 orang. aku bawak 5 team. so lagi 3 tu team lelaki ya. mereka sedang jalan2 berlatih2 kononnnn... haha...

okay, ni team pertama yang main. yang biru tu ya. oh, kerana nervous agaknya, mereka kalah. haha... aku duduk tepi je. enjoying the view. dan melihat telatah seorang guru yang amat bersemangat memarahi anak2 nya kerana main biasa2 je. haha... apa lah cikgu! bagi lah budak2 enjoy sikit.

okay ini pulak orenji. hebat! yang penting happy! haha...


dan yang ni si hitam. pasukan yang sampai ke separuh akhir tapi akhirnya kalah. haha... tempat ke 4 daripada 48 pasukan. kira okay what! cayalah korang. group ni sempoi. si kecik tu main penuh semangat seluar sampai boleh koyak. haha... geli hati aku. nampak kain putih tu? okay, bukan style or fashion ye. haha...

dan piala tempat ke 4 dimenangi oleh mereka. bangga aku! walaupun aku tak main dan tiada kena mengena. haha... walaupun aku hitam... uhuk2... gerek boleh gelakkan bila dia tengok muka aku kannn! tension aku!


bukti aku telah gelap dan belang tak larat. tunjuk tangan jelah ek. uhuk2... cian tanganku... bayangkan belang ni pada muka aku pulak. bentuk awning tudung. haha...








p/s (i) : aku lupa nak cerita. semalam weekly assembly, aku kena naik pentas. bercakap bagi pihak kelab petaque. haha... penyampaian hadiah juga kepada para pemenang. nervous gile aku!!

p/s (ii) : hari ini hari selasa. beberapa hari lagi hari jumaat. eii... seronoknya... tapi dalam kepala, aku kena improve english aku. ish! tak suka bergantung pada modul sebenarnya. macam buat drillings and revision je.

p/s (iii) : sedang menunggu gambar2 menaiki buggy ride. weee.... nak ke wet world dia jugaklah!







22022011 ~ 4.35pm
rumah aku ~ kediaman warden-SMV Kluang

Monday, February 21, 2011

bachelorette day for kak Hazwani!

hello2 korang... thank you, thank you kerana merindui penulisan aku. wakaka... hehe... i have been very busy. actually takdelah busy sangat tapi memandangkan aku sekolah teknik, so sekolah aku ni balik lambat sikit dari sekolah2 lain. then petang ada jeee aktiviti. so memang masa aku pack lah. if takde aktiviti petang, biasalah, aku akan pergi berenang. dah jadi rutin pulak sekarang ni. bertemankan roomate ku. hehe... berenang di atas katil. hehe...

okay2, banyak betul aku nak update sebenarnya. tapi ikut turutan lah ek. hehe... ikut hati nak update pasal aku pergi jalan2 bersama gerek dan gerek2. tapi belum dapat gambar2 yang best dan kelakar. hehe... tunggu dari awek am ye. so... hari ni, nak cerita majlis bachelorette yang kami adakan sempena kak wani yang akan mendirikan rumah tangga. (ketika itu... kerana dia telah mendirikan rumah tangga semalam... ohoi... lama sungguh aku tak update blog)

pada 12feb2011 lepas, aku kan balik rumah. so berjanji dengan kak hanim, kak wani and aisha untuk berdating. huhu... ingatkan kak hanim belanja. baru nak ambil tutti fruitti dengan tamak halobanya. hehe... tapi claim dia tak masuk lagi. so... kami membelanja diri sendiri. (untuk puan afzah, if anda membaca. claim dah masuk kan? siap anda. hehe...)

okay clockwise... pukul 12pm puan afzah punya. kemudian kak wani punya. aku punya dan aisha punya. fyi : kak wani punya paling mahal ye. aku terbeliak biji mata tengok harga. haha... ala2 starbucks pulak. tapi lagiii mahal. huhu... tengok gambar ni macam kecur pulak macam nak berlari balik JB untuk makan tutti fruitti. hehe... and seperti SB jugak, sila beri Jcard anda. boleh dapat 10% off. he...


okay, peserta2 pada ketika itu. aku takmolah masuk gambar. aku montel seh. maluu... huhu... bestnya masuk tutti fruitti ni. jakun pun ada jugak. siap tekan yogurt kena tangan aisha. wee... lawak2. dah tu, kitorang duduk kat situ amatlah lama. daripada kedai kosong, until ramai, kemudian kosong balik, kemudian ramai balik. mesti pekerja2 situ boring tunggu kitorang blah. hehe...


picture of the day. anak buah kesayanganku. amat gembira memakai shawl aku. hehe... dah macam baby girl pulak. wee.... anak jantan okay. aqiel ilham kesayanganku.







p/s (i) : entri akan datang nanti aku update pasal aku escort budak2 pentaque sekolah aku ek. huii... muka aku... belang abes. homigot! bilalah aku nak putih ni...

p/s (ii) : sejak duduk Kluang ni, perut aku selalu tak sihat. mengapa sayang? macam2 cara dah aku buat oiii... tolonglah baik. makan pun kurang selera. aiseh...

p/s (iii) : ish... tak sabar nak balik JB. haha... terasa macam duduk asrama asyik tak sabarrr je nak balik rumah.









21022011 ~ 9.43pm
rumah aku ~ kediaman warden-SMV Kluang

Wednesday, February 9, 2011

saya rasmi sebagai penjawat awam

hai2 korang... lama aku tak update blog kan. oh, serius, agak busy kebelakangan ini. takdelah busy sangat. tapi sepanjang minggu lepas, boleh kata aku ni macam travelling lah. haha... minggu lepas cuti seminggu raya cina. aku jobless so tak rasa apa2 bila orang happy bercuti. sebab aku memang bercuti2 malaysia. eh silap, bercuti2 impian emas. haha... tak ke mana hanya melayan tv 24-7. haha... tapi minggu lepas pergi fetch adik aku. balik kampung sekejap. so, 2 hari on the road dan balik ke JB. then... hari ahad, naik KL balik sebab aku lapor diri hari isnin. aku lapor dirii?? ha... ni yang nak cerita ni.

okay kawan2... seperti yang anda tahu, aku dah lulus interview guru. then dapat penempatan Pahang kan? huiyo... panik woo... tapi surat tak dapat2, phone call pun tak dapat2. hari rabu masa fetch adik aku tu, mak aku call BPTV. yeay! dapat johor. haha... even bukan JB but still nearer than Pahang. syukur2. BPTV cakap aku kena datang lapor diri hari isnin (7feb2011) di Shah Alam. sebab itulah, hari ahad kami ke KL. mak oi! jem tak larat kan. aku drive jantung berdebar je sebab orang asyik main brake je. hish!!


so, isnin ke Shah Alam. dah daftar, parents aku pun gerak pergi. nak shopping di Ikea! hish!! tinggal hakuu! dalam hati penuh pengharapan diorang bungkus meatball. haha... tapi keciwa. tapi takpe, sepanjang di hotel tu, asyik makannn aje. 4 kali makan. and diberi bilik berdua untuk berehat2. selesa... inilah dia hall yang kitorang diberi taklimat. ada 47 orang guru baru teknik dan voka yang mendaftar.


then, hari selasa pagi2 gerak ke sekolah. sampai around 12 setengah terus jumpa pengetua. dah lapor diri tu, terus di bawa ke asrama. so inilah dia bilik aku. share berdua dengan seorang lagi cikgu. ish, macam asrama pulak rasa. hehe... housemate berempat. diorang amat best!


dan, tidak sah kerja baru tanpa kasut baru... oh! thank you sayang! kasut kerja paling puas hati pernah aku beli. selesa. jalan banyak2 pun tak lenguh. oh sukaaaanya!


dan ini barang2 yang aku bawak. ni baru sikit sebab bawak untuk seminggu je. minggu ni balik. he... rindu mak ayah! rindu gerek! rindu cikna! rindu tokyam! rindu buah2 hatiku!













p/s (i) : baru selesai menjaga pelajar2 latihan merentas desa. aku turut exercise. sebab berjalan dari checkpoint 13 ke checkpoint 17. ohoii... jauh gile okay. berpeluh aku!

p/s (ii) : moga2 aku kurus stay sini. hehe... bestnya nak kurrruuusss!

p/s (iii) : baru masuk 1 kelas tadi. 40 orang pelajar kemahiran. dan semuanya lelaki. pengsan!






09022011 ~ 6.39pm
bilik aku ~ kediaman warden-SMVK

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com