we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Wednesday, February 9, 2011

saya rasmi sebagai penjawat awam

hai2 korang... lama aku tak update blog kan. oh, serius, agak busy kebelakangan ini. takdelah busy sangat. tapi sepanjang minggu lepas, boleh kata aku ni macam travelling lah. haha... minggu lepas cuti seminggu raya cina. aku jobless so tak rasa apa2 bila orang happy bercuti. sebab aku memang bercuti2 malaysia. eh silap, bercuti2 impian emas. haha... tak ke mana hanya melayan tv 24-7. haha... tapi minggu lepas pergi fetch adik aku. balik kampung sekejap. so, 2 hari on the road dan balik ke JB. then... hari ahad, naik KL balik sebab aku lapor diri hari isnin. aku lapor dirii?? ha... ni yang nak cerita ni.

okay kawan2... seperti yang anda tahu, aku dah lulus interview guru. then dapat penempatan Pahang kan? huiyo... panik woo... tapi surat tak dapat2, phone call pun tak dapat2. hari rabu masa fetch adik aku tu, mak aku call BPTV. yeay! dapat johor. haha... even bukan JB but still nearer than Pahang. syukur2. BPTV cakap aku kena datang lapor diri hari isnin (7feb2011) di Shah Alam. sebab itulah, hari ahad kami ke KL. mak oi! jem tak larat kan. aku drive jantung berdebar je sebab orang asyik main brake je. hish!!


so, isnin ke Shah Alam. dah daftar, parents aku pun gerak pergi. nak shopping di Ikea! hish!! tinggal hakuu! dalam hati penuh pengharapan diorang bungkus meatball. haha... tapi keciwa. tapi takpe, sepanjang di hotel tu, asyik makannn aje. 4 kali makan. and diberi bilik berdua untuk berehat2. selesa... inilah dia hall yang kitorang diberi taklimat. ada 47 orang guru baru teknik dan voka yang mendaftar.


then, hari selasa pagi2 gerak ke sekolah. sampai around 12 setengah terus jumpa pengetua. dah lapor diri tu, terus di bawa ke asrama. so inilah dia bilik aku. share berdua dengan seorang lagi cikgu. ish, macam asrama pulak rasa. hehe... housemate berempat. diorang amat best!


dan, tidak sah kerja baru tanpa kasut baru... oh! thank you sayang! kasut kerja paling puas hati pernah aku beli. selesa. jalan banyak2 pun tak lenguh. oh sukaaaanya!


dan ini barang2 yang aku bawak. ni baru sikit sebab bawak untuk seminggu je. minggu ni balik. he... rindu mak ayah! rindu gerek! rindu cikna! rindu tokyam! rindu buah2 hatiku!













p/s (i) : baru selesai menjaga pelajar2 latihan merentas desa. aku turut exercise. sebab berjalan dari checkpoint 13 ke checkpoint 17. ohoii... jauh gile okay. berpeluh aku!

p/s (ii) : moga2 aku kurus stay sini. hehe... bestnya nak kurrruuusss!

p/s (iii) : baru masuk 1 kelas tadi. 40 orang pelajar kemahiran. dan semuanya lelaki. pengsan!






09022011 ~ 6.39pm
bilik aku ~ kediaman warden-SMVK

0 comments:

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com