we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Tuesday, August 31, 2010

Happy Merdeka MY ke-53!!

hai2... tanggal 31. bulan 8, 57... MERDEKA! tahun 1957 adalah 53 tahun yang lepas. maknanya... Malaysia sudah berusia 53 tahun. dan pelbagai kemajuan yang dapat kita lihat. hebat2. lepas ni apa? trem di melaka tak lama lagi. kat johor ni patut buat LRT, komuter. upgradekan pengangkutan awam. jadi pencemaran dapat dikurangkan. huhu...

sempena menyambut hari kemerdekaan ini, sekolah yang aku mengajar sekarang telah mengadakan satu sambutan yang gilang gemilang. takdelah gilang sangat tapi amat meriah dan bagi aku, sangat kreatif. tak dapat aku pikir tentang tema yang dipilih. yelah, aku kan tak kreatif. hehe... tema kemerdekaan peringkat sekolah SMKTU adalah "1000 HATI 1 MALAYSIA". idea kreatif ini dicetuskan oleh pelajar2 Tingkatan 6. taadddaaa... inilah dia gambar bendera Malaysia yang telah dicipta menggunakan gabus kain yang di tandatangani oleh 1000 warga SMKTU. 1 love, 1 tandatangan. maksudnya ada 1000 tandatangan. cantik! aku tandatangan kat love berwarna BIRU. hoho...


paling aku suka sambut merdeka ialah MENYANYI. hoho... sangat suka lagu Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Tanggal 31. lagu apa lagi? ketika ini, amat merindui zaman menjadi student. sebab aku boleh nyanyi sambil bergoyang2 sesuka hati mengikut irama muzik dan lagu. hoho... sekarang kena sopan sikit okay. jadi teacher berkaliber. kikiki... nyanyian bersama2 koir Form6.


antara persembahannya adalah sajak dan pentomen. pasal kes pembuangan bayi yang semakin kritikal sekarang ni. adoi... apa nak jadi dengan mereka2 ni. buat "benda" tu enak seronok2. bila "produk" terhasil pun seronok2 membuangnya merata2. bagus message yang disampaikan mereka. pelajar Tingkatan 2 ni...


kemudian, short sketch dari pelajar2 ASPURA (Asrama Pusat Putera). best. kelakar but still ada message. ni macam flashback, atok bercerita kat cucunya bagaimana dia berperang dengan askar Jepun dulu... atok tu anak murid aku. and sangat talented. natural. hehe... okay dimulakan dengan tugu negara.


diakhiri dengan atok tu meninggal selepas habis bercerita pada cucu2 nya... yang kelakarnya pulak, dia macam jatuh atas salah seorang cucunya. ya... cucunya amat kecik. budak form 1. atoknya budak form 4 yang seperti form 6. haha... cian budak form 1 tu. penyek.


okay, ini barisan pentadbir. berseragam biru. hari tu kita guru2 kena pakai baju tema bendera Malaysia. biru atau kuning atau putih atau merah. aku pakai baju warna kuning. hoho...


ini pula... Puan Fadzilah dan Puan Ashura. mereka nilah kakak2 sebilik dengan aku kat SMKTU. tema kami pada hari tersebut ialah kuning. JOM KUNING!! hehe...



okay, di kesempatan ini ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53 kepada semua warga Malaysia. penduduk tetap pun sila hormat hari kemerdekaan kami ya. dan mereka2 yang datang atas visa bekerja dan belajar. sekian, Keranamu Malaysia... Terima Kasih Malaysia!




p/s (i) : oh, esok kami bertiga berbuka puasa di 3 tempat berbeza. ayah di surau. mak di sekolahnya. aku di sekolahku. hoho... macam berjanji pulak. makan apa ye di SMKTU? saya ni pelahap + makan banyak orangnya... he...

p/s (ii) : singgah ke jusco bukit indah... additional 10% on existing discount. adoi hai... wallet tertinggal dalam kereta kat kak wani. so... tengok ajelah ye kawan2. window shopping.

p/s (iii) : tolongggg!!! nak pizza hut dan lasagna! tolonggg!!

p/s (iv) : readers yang membaca status saya di fb semalam. maaf... saya buka jenis mencarut tapi pompuan itu benar2 mencabar keimanan sejagat ini. semoga dia di balas oleh Allah setimpal dengan apa yang telah dilakukannya...

p/s (v) : banyak pulak p/s kali ni yek. hehe... 3 more days schooling. then... kita enjoy! (tangan kanan naikkan macam cerita Puteri by Nora Danish)






31082010 ~ 5.31pm
rumah aku ~ bilik boy

Sunday, August 29, 2010

love is about loving yourselves first ♥

hello... swinging mood. mood aku tengah tak betul sekarang ni. weekend yang agak mencabar. tapi masih cool. boleh lagi mengawal emosi yang sedang berkocak bak tsunami ni. ai... sebab itu entri kali ni agak lain. entri kali ni nak memberitahu readers tentang 'lovelife and loving someone' dari perspektif yanna. dari view aku lah yek. dari perspektif aku sebagai seorang perempuan.

  1. point no 1. adakah anda memerlukan opposite gender dalam hidup anda? kalau tak perlu, rilek2 lah dulu. Allah dah cipta manusia berpasangan. kalau anda rasa perlu tu yang macam heboh sikit macam "30 hari mencari cinta". adoi... love comes naturally. tak perlu di cari sebenarnya. it will come to you eventually.
  2. point no 2. matlamat lovelife anda. kenapa kita sebok nak bercinta? sebab orang lain bercinta? aiseh... matlamat sudah salah. nawaitu sudah salah. so, kemungkinan besar tak menjadi. jadi... make sure tujuan anda tu betul.
  3. point no 3. adakah si dia seorang yang baik? hm... no rushing. take your precious time to get to know him/her before you go any further. yelah... bila dah jatuh cinta, si dia jahat rupanya. sakitnya... macam nak pergi langgar lari dia je kan? but sometimes, si dia baik. but something happened. in this case, kita tak salah juga. adakah si dia salah? analisa baik2.
  4. point ke 4. bila dah dalam lovelife... jaga diri anda. jangan mudah terpujuk dengan kata2 manis si dia. anda ada prinsip. berpegang teguh pada prinsip itu. pikirkan mak ayah yang dah besarkan kita dan mengharap yang terbaik untuk kita. orang kata, "do not start with the small thing. it will come bigger"
  5. point ke 5. lebih kurang macam point ke 3. pastikan si dia seorang yang memperbaiki diri anda. kalau anda buat salah, di tegur. bukan buat salah tapi di sokong. cinta lah kononnya... semua yang buah hati buat semuanya betul. adei... tolong, kita manusia yang sudah berakal. boleh bezakan baik dan buruk.
  6. point no 6. terima dia seadanya... bukan terima dia dan percaya dia boleh berubah seperti yang anda mahu. kalau lelaki berubah untuk perempuan lagi tak best. di manakah ego dan pride anda wahai jejaka? you are the man. bagi perempuan, lelaki yang suruh anda berubah tu tak ikhlas mencintai anda. find other who can. NEXT!
hmm... setakat ni aje boleh pikir points yang nak di sebut. aku dah ngantuk sebenarnya. tapi nak teman gerek. dia driving on the way balik melaka. nak tunggu sampai dia sampai. hmm... kenapa dia tak ambil cuti esok? leceh betul. boooriiiing! (gaya kak wiwi sebut boring...)

my beautiful rival. competing to be the best. i love you. please take good care of me. i will take good care of you too... thank you for everything and sorry for something. i am very blessed to have you in my life. THANK YOU ALLAH =) may he is really made for me.


reminder : hubungan yang berkekalan ialah hubungan yang diredhai... Allah, ibubapa, keluarga, rakan2, masyarakat. InsyaAllah...





p/s (i) : akhirnya memiliki sepasang kasut yang diidam2 kan... tu pun pusing banyak kali sambil membuat pertimbangan. worth it or not. bak kata ayah, "biar menyesal beli daripada menyesal tak beli" hoho...

p/s (ii) : i think i will tell them after Hari Raya. biar selesai 1, 1 dulu. tak nak tambah serabut kepala diorang. will they let me proceed? hopefully... really hoping for it.

p/s (iii) : do not do it again. if not... i have give you my words. i won't take it back.

p/s (iv) : dedikasi Cintailah Cinta kepada readers... piz, ingat tak lagu ni you dedicate untuk siapa dulu? hm... sesuai untuk semua jenis cinta.






29082010 ~ 11.27pm
rumah aku ~ bilik aku

Thursday, August 26, 2010

kangen entri

hai2... asyik2 cerita pasal cinta ya. nak buat macam mana kan... tengah bunga2 riang. kembang setaman. so kali ni pun nak cerita pasal kes rindu2 ni. kangen tu bahasa indon ya kawan2. kan ada kangen band dari indon. so kangen = rindu. bestnya lagu kangen by dewa19. pernah dengar? carilah... serius tak tipu best. lirik dia pun best gile.

okay post seperti cik hafizah... mereka yang ku rindu.

  1. makcik saya - Zurina Yusoff
  2. gerek saya - Mohd Azuan
  3. nenek saya - Meriam Yaakob (entah betul entah tak aku eja... haha)
  4. adik saya - Amir Ridhwan (boring berbuka bertiga aje... ai...)
  5. lala saya - Hafizah Hadi (walaupun baru beberapa hari tak jumpa)
  6. los saya - Munirah Halia (nampaknya plan melaka lepas kahwin lah... huhu)
  7. rakan2 bergurau senda sambil buat magika dan gelak sampai tersedak.
  8. anak2 murid ketika LM (tiba2 rindu diorang... nak buat macamane kan...)
  9. family di penang... oh, bilakah bisa ketemu kembali... rindu bubur lambuk auntie... =(
  10. buah hati pengarang jantung aku... windu banget.
cute kan mereka. masa nak take this picture. aku cakap, "cik nuyun ambil gambar diena dengan aqiel okay". diena dengan spontan pergi peluk aqiel. how cute is that? mulut aqiel time ni macam tak puas hati. dia nak ambil handphone aku actually.


ni pulak... adoi... cair aku tengok picture ni. cayang ini budak sangat2! time picture ini diambil, aku cakap, "aqiel... smile..." okay, inilah cara budak ini smile. macam tyra banks gitu. smile with your eyes dalam ANTM. haha... okay 1 more thing, sangat cute budak ini bersila. aih, cair aku...







p/s (i) : bila nak dapat -AZUANELIYANA- ni... aish, masalah, tolong jauhkan diri. Ya Allah, jauhkan anasir2 jahat daripada keluarga aku.

p/s (ii) : sudah mendapat first paycheck. alhamdulillah... ada jugak duit untuk raya dan konvo. banyak nak kena guna duit untuk konvo ni.

p/s (iii) : leka melayan fb and blog. P&P tak siap lagi. adoi... nak ajar apa ni esok? tak sabar nak tunggu hari sabtu. shopping! (kalau ada duit... haha...)






26082010 ~ 10.44pm
rumah aku ~ bilik aku

Tuesday, August 24, 2010

Happy 6th Anniversary Sayang~

ohoi... happy sangat hari ni. yelah, hari anniversary aku dan gerek kan. tiap2 tahun kitorang sambut. sambut ala kadar ke... sambut gilang gemilang ke... sambut dengan bertelefon ke... asalkan dah wish tu, kira dah sambut lah tu. asalkan hati masing2 happy, dah sambut lah tu. he... ohoi... masih lagi berbunga2 rasa di hati... nak polok2 itu nate bulat. kikiki...

dear Mohd Azuan... my dearest love. man of my heart.


thank you for the past 6 years u make me happy. thank you for always be there for me, support me and bare with my attitude. thank you for accepting me for the way i am. thank you for being your true self when you are with me. thank you for all the joy u gave and will give. thank you for the smile you bring to me and a lot more to come. thank you for the gifts and money you have spent on me and lots more gifts i will receive in future. hehe... thank you for giving me a chance to get to know you. thank you because you've waited for me eventhough i said don't. thank you for giving me chance to make my first decision. thank you for -AZUANELIYANA-

why do i love my gerek alot? i love him because of him. because he is truly him. he is the one. the one i've waited. i am so lucky i have a man like him. the one who cares, who loves, who know what's right and wrong, what's supposed and not. the one who knows my soft spots. the one who knows me inside out. that is why i love him. unconditionally.

okay, what do i love about my gerek?

  • his tummy. okay pelik. but i love that tummy. tolong yang... jangan ketul2 macam kawan you tu. geli i. kembang tekak rasa tengok. kikiki...
  • his eyes. okay, aku cakap ni korang jangan nak tenung mata gerek aku lama2 pulak okay. kaler mata gerek aku coklat. takdelah hazel. over sangat. but not dark. love it.
  • his nose. he... banding dengan aku punya yang kembang semangkuk ni... gerek aku punya nose sangat cute. bagi akulah.
  • his arm. he... geram i. isi penuh. tak boleh cubit pun. serius tak tipu. dulu time sekolah aku ingat cikgu aku nak cubit dia tapi tak boleh. time tu mana aku tau apa2 until together with him. serius penuh. takde ruang langsung. hehe... mampat.
  • his characteristics. okay, gerek aku ni seorang pemimpin. tak percaya? pergilah jumpa dia. first impression dah dapat. i guess. haha... dari sekolah dah nampak. i like...
  • his patience. aku ni kan perangai tak senonoh. so... oh sayang, thank you. tu je yang boleh diucapkan. sekian.
  • his effort. gerek aku ni kerja kuat. dalam segala hal. kerja untuk mengorat aku pun dia berkerja amat kuat. hoho... aku ni kan payah di tackle.
  • his words...his wisdom... his knowledge... his perfectionist... wah... love all. everything. full stop. noktah.
and the list goes on... banyak sangat benda aku suka. nak list kan 1, 1, mahu sampai ke sahur pun tak siap lagi. he... yang penting, aku dah stresskan betapa aku sangat sayang kepada gerekku sayang yang montel lagi meletup2 tu. hehe...

sayang...
HAPPY ANNIVERSARY


ILOVEYOU,
yesterday, today, tomorrow...






p/s (i) : macam tak puas hati. aku tak pandai meluahkan kata2 jiwang dah sewaktu dengannya... nampaknya... makanan adalah inspirasi aku. okay, nak makan aiskrim goreng perisa jagung.

p/s (ii) : don't worry honey. you have give me everything that i needed. and this year, you make my dream comes true. beyond expectation. thankyou for -AZUANELIYANA-

p/s (iii) : anak2 murid aku ajak berbuka bersama khamis ni... tapi macam tak sampai hati nak tinggalkan makayah berbuka berdua lagi. nextime lah yek my students. raya nanti ke...





24082010 ~ 9.30pm
rumah aku ~ bilik aku

Monday, August 23, 2010

our 6th pre-anniversary =)

hello2... oh, aku sebenarnya balik dari sekolah tadi nak tidur. tapi entahlah, aku masih teruja. so disebabkan ke'excited'an aku ini, aku tak dapat tidur dan terus online. tengok2 fb, blog tanpa arah tujuan. mentang2 P&P esok dah ready, so aku tinggal plan untuk hari rabu pulak. hm... kena beli wedges baru sebab wedges aku dah tertanggal tapaknya. aiseh... kalaulah hujan kat luar sana adalah hujan duit, aku tadah dengan tangki air yang kaler hitam tu. hoho... oh, seronoknya...

okay, update kali ni... nak cerita pasal pre-anniversary aku dan gerek. yelah, terpaksalah sambut awal sebab anniversary kitorang jatuh on weekdays. for sure tak dapat jumpa dia. patutnya sambut minggu depan 28ogos. tapi dia ada hal. so, sambut lebih awal. plannya sambut hari sabtu lepas tapi aku ada sekolah ganti, jadi nak keluarnya selepas aku balik sekolah lah. tapi di atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, pukul 5pm lebih baru gerak dari rumah aku. awal lagi nak pergi buka puasa. dah book so tak berapa risau dengan tempat lah. jadi round2 city squre. dalam pukul 6 setengah baru gerak ke tempat berbuka. so, ini tempat kami berbuka. he... excited aku. jakun sebentar.


kami antara terawal sampai. he... taking2 picture dulu. terharu, ada daisy. my favourite flower. orang ni macam tahu2 je aku and gerek tengah sambut something special. and... aku rasa both aku and gerek makin cerah. atau sebab pencahayaan yang mantap? hehe... tak kisahlah. aku nak kata jugak aku makin cerah. gerek? maybe kot kerana pencahayaan yang mantap. kikiki...

yayang saya yang tembam lagi montel tak larat macam nak meletup pipinya. kikiki... love you sayang. thank you for the past 6 years you make me happy and bare with me.


honeymoon. eh, suka hati aku lah nak panggil diri sendiri honeymoon. hehe... moon = gerek. honeymoon = aku lah. he... aku cerah kan? oh, kalau kat UTM asyik muka rentung aje.


our first round. he... book atas nama aku. nama aku ni memang payah untuk di eja dengan betul lah. kalau orang tu eja betul for the first time, aku belanja dia makan.


and these are the environment. bestlah, happening. dia bukak ballroom yang besar. selesa lah. diorang pastikan keselesaan terjamin. tak seperti sesetengah tempat yang lebih utamakan duit dari keselesaan customer. ada certain tempat aku pergi tu, punya pack sampai berlaga2 kerusi nak duduk. hish! tak senonoh!


and there are a lot of food. variety of them. ada 13 states punya makanan tradisional. bbq. nasi beriani. seafood. chinese style cooking and malay too. ada sate, ada otak2. ada kambing golek. wow!! memang kena stay lama2. kalau sekejap je macam rugi je. he... and ada aiskrim macam kat RAWA. hoho... seronok.








p/s (i) : masih lagi excited. happy kembang kempis jantungku... lalala~ ketika cinta bertasbih (tak pasal2 pulak keluar lagu ni... haha...)

p/s (ii) : agak2 tahun ni mak ayah still sponsor baju raya aku tak? oh... kekurangan baju baru. nak baju baru. nak baju akak2. biar nampak matured sikit. huhu...

p/s (iii) : dy... i loveyou yesterday, today, tomorrow... i sayang u very the strong.






23082010 ~ 4.41pm
rumah aku ~ bilik aku

Sunday, August 22, 2010

berbuka di TIPTOP!!

p/s : update ini di dedikasikan kepada kak Zack Blossom yang kepingin ikan bakar hari tu. hehe...

hai2, kejadian berlaku hari jumaat lepas. semalam nak update tapi terasa nak cerita pasal benda lain pulak. he... bila takde cerita, memang langsung takde. tapi bila ada, bertindih2 pulak banyak nak cerita. ni pun tengah simpan lagi satu cerita. esok baru aku update yang itu. kali ni adalah berbuka puasa bersama Encik Gerek, Cik Hapisang, Encik Amir. hehe... seronok!

okay, benda ni rancang sekejap je. masa berbuka hari khamis tu ayah aku cakap hari jumaat dia nak buka kat surau. mak aku nak ikut tapi bagaimanakah dengan anak dara dia seorang ni yang ke surau?? aku pun dengan lembutnya berkata... "kalau mak nak buka surau takpelah, adik buka dengan piza". ceh... dalam hati, bestnya dapat buka dengan cik hapisang. tapi nak buka mana. perah otak jugak sebab aku tak berani drive malam. then decision made, TIPTOP favourite kami!! ajak incik mohd amir sekali. he...

so, plan kitorang. maghrib dulu kat rumah baru gerak. eh, lupa nak cakap. gerek pun ada sekali. he... menambahkan kebahagiaan di hati aku. hehe... sampai2 tu tak buang masa. terus pilih ikan, order nasi goreng, air2 favourite kami. taaddaaaaa... inilah dia!


makanan kami : nasi goreng cina, nasi goreng kampung, ikan pari bakar 2 keping. minuman : air kelapa laut, ABC, cikong sejuk, teh o panas (ni gerek punya... macam orang tua. kikiki...)

participants pada malam itu :


peace, piz, peace... kamu jangan nakal... lalalala~


nauzubillah pipi aku... for my defense, dalam mulut banyak nasi. tu yang kembung. hahaa... plus, amir tak pandai ambil angle picture yang cantik. cis!

had a blast night! menceritakan kembali detik2 piza bermain magik kepada incik amir dan incik gerek amat kelakar. nyaris tersedak aku. huhu... nanti kita buat double date ni lagi yek. hehe... piza malu2 ke... malam tu piza kelihatan bertambah2 tinggi. memandang rendah kepada aku dihadapannya yang dah sedia rendah ini. kikiki...






p/s (i) : esok dah sekolah. aiseh... 6 hari bersekolah. really can't take it. this week too. sure balik lepak. please balik pukul 1.50pm lagi... please...

p/s (ii) : bought the thing i want most in these past 6 years. thank you sayang... sorry ter'over budget you. loveusoverythemuch! ada nama kami.

p/s (iii) : interview... still bothering me. lebih2 lagi nak merdeka ni. rasa malu bangett... ohhh... maluuu!





22082010 ~ 9.47pm
rumah aku ~ bilik aku

Saturday, August 21, 2010

kisah masa hadapan

sebenarnya... takde apa2 nak update. ada, tapi nantilah ek kawan2. esok saya update pasal double date saya semalam. hari ni tiba2 nak cerita pasal benda yang tak ada kepastian. tiba2 macam nak cerita pasal benda yang kita takkan tahu selamanya... masa hadapan.

okay, start dari kita berakal yek. sekolah rendah. hidup masa kecil. seronok je kot. belajar. pergi sekolah. tuisyen. aku tuisyen dari kecil. lately ni aku selalu teringat masa aku pergi tuisyen BI. aku pandai eja refrigerator and fire extinguisher masa aku darjah 2. sebab time tu cikgu aku suka main spelling. habis darjah 6, aku tak pernah terpikir nak masuk sigs. mak aku suruh masuk ssi. tapi sebab kawan2 aku pergi sigs, aku mengamuk nak pergi sigs jugak.

mak aku selalu terapkan aku nak jadi doktor. siapa taknak jadi doktor? semua orang nak. tapi mampu ke aku? habis PMR, pergi teknik, ambil sains pertanian. dengan harapan dapat jadi doktor. tapi biologi dapat paling rendah. mampu ke aku? lepas masuk matrix, aku decide, taknak jadi doktor. untuk seketika, takde cita2. akhirnya... bila masuk UTM, tekad kuat nak ambil pendidikan. siapa sangka aku decide nak jadi cikgu?

di UTM, ambil TESL. siapa sangka aku nak jadi cikgu BI? dulu yeye nak ambil pendidikan math. tapi akhirnya... aku rasa BI is my thing. but there's a lot to improve. then, after 5 years in UTM, menanti hari konvo. macam tak percaya hari ini akan datang. hari pengiktirafan aku tamat belajar dengan jayanya. syahdu. sebab dalam family aku yang pertama nak naik stage. nenek aku mesti bangga. aku cucu pertama tamat ijazah. makayah aku pun mesti bangga. cikna pun. abang? boy? yang tu aku tak tahu. perangai masing2 aku tak paham. gerek bangga tak agak2? tapi yang penting, aku bangga dengan diri aku. 5 years of hardship. aku dapat tempuhi.

then, agak2 aku lulus interviu tak? aku takut tak lulus. then, kalau posting aku kat mana? kawan aku yang gagal interviu kena hantar ke sarawak. then, bila aku nak kahwin? oh, mood gatal masuk sekejap. persoalan tu akan terjawab bila sampai waktunya. sebab ia dinamakan masa hadapan...






p/s (i) : waiting for the answer for the interview. decision is based from the answer.

p/s (ii) : celebration pre-anniversary with gerek and my parents. how cool is that?

p/s (iii) : maybe have to postpone to tomorrow. macam tak sempat je hari ni... hunting for my present. suka!




21082010 ~ 4.09pm
rumah aku ~ bilik aku

Monday, August 16, 2010

1st weekend Ramadhan =)

he...baru dapat update pasal hari sabtu lepas. lupa nak cerita pasal 1st day Ramadhan. masa 1st day Ramadhan, aku and mak ayah berpuasa di kampung. a day before kan kitorang balik kampung. then sahur kat kampung, bawak nenek aku pergi klinik. then gerak ke Seremban. nak berbuka dengan adik aku. sekali calling2 abang aku nak join sekali. it's been a while since our family had our 1st Ramadhan together. so, ayah sure terharu lebih2. huhu... aku pulak bengang abang bawak kawan perempuan. aku sound terus kat minah tu "don't get too serious. u'll get hurt" speaking beb. hoho...

okay2, back to the point. hari sabtu lepas. adik aku ada. dia request kat cikna nak makan carbonara. hui... sebut je dah penuh air liur aku dalam mulut. hoho... hari tu cikna bukan setakat masak seafood carbonara, dia masak spagetti bolognaise jugak. hui... gile heaven. tapi kalau makan ramai2 lagi best. ni berlima aje. hmm... apa2 pun, syukur... nak tengok rupa carbonara nya? taadaaa... udang KK mali woo... BESARR punye... ada cendawan shiitake. kali ni request suruh cikna buat berkuah sikit. hui... jejer tuu...


okay, ini meja makan kami. spagetti bolognaise and roasted chicken wings. memang western habess sabtu tu. ayah aku kureng sikit. but disebabkan adik aku request, dia senyap aje. cuba aku request. mau separuh meja western, separuh meja lagi nasi+gulai+ulam2. hehe... lidah timur 100%. mesti mau nasi.


dan menambahkan kegembiraan aku hari sabtu tu. package yang aku shop online sudah tiba awal pagi itu. huhu... aku belum bangun tidur. mak ayah aku ambilkan. huhu... seronok. crocs original okay. orang tu beli pukal straight from China. hanalei kawan sekolah aku punya. harga retail rm229, harga online rm130. minnie jane harga retail rm129, harga online rm60. kelam kabut aku beli walau dah ada minnie jane pink. hehe... purple cik hapisang punya. aku punya gold colour. cute! ops, qibby tu sebok nak enterframe. zirafah takleh kawan dengan buaya okay qibby. hoho...


ini kaki kami pakai tadi for the first time. okay2, aku tahu kaler piza totally off dengan baju dia. he... mak aku gesa beli jibbitz. dia kata tak cute takde button. hehe... "mak nak sponsor ke? mau beli 10 terus"







p/s (i) : sorang2 dok rumah. seram pulak. gunting sebelah laptop je ni. sebagai senjata mempertahankan diri. gunting cukup tak eh?

p/s (ii) : hari ni berlaku drama sekejap. aku nyaris kena berhenti kerja. konon nak kerja dengan piza. rupanya taken already. but then, rezeki masih di SMKTU. sambung lagi. maybe until October. alhamdulillah...

p/s (iii) : mutiara rm68++ per head. boleh tak?

p/s (iv) : nak berbuka dengan cik hapisang and encik amir. tapi... di mana ya? no idea. JB cathering? i dont like2 lah...





16082010 ~ 10.00pm
rumah aku ~ bilik aku

Sunday, August 15, 2010

potluck KEBIRU SMKTU

hello guys... jangan mengeluh lagi. entri pasal makanan lagi ye... hehe... ni nak cerita pasal a day before 1st Ramadhan. sekolah aku buat potluck. apakah potluck? kalau tengok dalam kamus, dia cakap, majlis makan2 di mana pengunjung2 membawa makanan dan berkongsi ramai2. hari isnin aku dah gabra. nak bawak apa? huhu... so konon nak bawak cheesetart. sekali orang tu dah tak buat. then teringat kuih talam mak selalu order. bolehlah! kuih talam kacang merah 1 talam! murah aje. rm18 tapi berat dia nauzubillah. nak order? ada bermacam jenis kuih talam. seri muka pun ada. talam kacang hijau, ada kuih kaler coklat tu. apa nama ek? haha... aku fail name2 kuih ni. yang aku tahu, MAKAN! he...

pagi tu lepas sampai sekolah, aku tolong2 cikgu2 kemas bilik tempat majlis di adakan. taruk ais, susun2 makanan. gile kecur. majlis start pukul 9am pulak tu. haish... kiranya siapa2 free boleh datang makan. tapi aku kelas pukul 8.10am sampai 9.30am. uhuk2... rugi setengah jam. he... habis je kelas aku terus pergi. ada banyak gile makanan. spagetti, mee bandung, laksa penang, nasi lauk gulai, ikan masin, ulam2. gile heaven. then ada kek secret recipe 2 jenis. both cheese. kuih2, kek coklat, puding, cocktail. then ada buah2 jugak pengetua sponsor. buah2 tempatan aje. sebab sekarang musim kan... inilah dia makanan2 nya...


tapi bestlah... aku stay kat bilik tu sejam. haha... semua jenis makanan aku try. ambil small portion lah. kang orang datang tak merasa. but, tujuan utama aku adalah spagetti! sebab masa pagi2 tu aku ushar2 makanan, spagetti paling menyelerakan. kakak duduk sebelah meja aku masak. daging dia banyak!! ada mushroom besar2 yang banyak!! heaven seh korang...


he... ni pulak part of buah-buahan... banyak sangat kalau nak tangkap gambar semua. air2 aku lupa nak take picture. ada puding, cocktail, orange and air gas. huhu... aku melantak air gas. puding nak makan tapi perut penuh sangat. konon nak datang second round tapi malu pulak. hehe...


inilah bilik tempat majlis diadakan. bilik masakan untuk KH sebenarnya. so tempat yang sesuai lah kan?








p/s (i) : sambil menaip sambil tu perut berkeroncong. huhu... dari tadi kerja tak start2. kenapa aku macam gabra nak mengajar ni eh? ish!

p/s (ii) : ish, nampak gaya macam tak boleh mintak hadiah je sebab nak pergi tempat best... uhuk2... nak hadiah... and nak pergi tempat best jugak...

p/s (iii) : back to reality. hari ni berbuka biasa2 je eh. huhu... but still malam nanti nak makan aiskrim goreng jagung. oh... sebab dah keras. semalam cair. so 2 hari ni adalah proses pembekuan. huhu... freezer mak penuh gile.






15082010 ~ 1.41pm
rumah aku ~ bilik aku

Saturday, August 14, 2010

family day di DAMAI~

hello2, sorry guys, aku dah warning entry2 akan datang banyak tentang makanan. entri kali ni pun pasal makanan. benda ni dah terjadi lama dah. tapi asyik tak sempat je nak update. ayah aku cakap, "nanti malam kita pergi dinner kat Damai. ayah belanja." tempat ni boleh tahan lah tapi dengan syarat kena pandai order makanan. menu tu. contohnya kalau tomyam, lawan dia siakap 3 rasa ke... macam tu lah. jangan tiba2 order terung bakar. siapa nak makan? orang2 berumur makanlah terung tu. kita yang muda2 ni. hoho...

okay, aku tahu restoren Damai ni dari kawan mak aku. dulu dia pernah belanja sini. makanan dia memang sedap. tempat pun ekslusif. but dia tak pandai pilih menu. bukan2 dia order. sup sayur yang pelik, terung masak kicap and entah apa2 lagi. kali ni, target aku nak order makanan kesukaan aku aje. dah bapak aku offer nak belanja semua2 kan. ini entrance nak masuk restoren dia ye... nice kan? sebelah kiri tempat diorang masak western.


then aku pelik, ayah jalan laju and macam tengah cari somebody. aku tanya dia senyap je. tibalah di satu sudut agak tersorok. heh, ramainya? apasal meja macam banyak je ni? ayah belanja semua ke ni? banyak duit ayah? lepas salam dengan orang ni, salam dengan orang tu, rupanya family day department ayah. ceh ayah ni... poyo konon belanja.


sebelum majlis bermula, aku jalan2 round kawasan Damai ni. okay, kat sini ada 1 gazebo. ada pond jugak. budak2 tengah main2. dapat tangkap ikan agaknya main2 kat pond tu?


ni picture angle dari pond. gegar tangan pengkor lah ni. gabra agaknya jalan sorang2. hehe... macam romantik gitu kan.


yang ni aku suka kalau nak dating. ada meja kecik. boleh makan meja rendah dating2 jiwang2 di sini. abang tu dah segan2 aku tangkap gambar diorang ada dalam 3 kali. hehe... tangan asyik gegar aje. huhu... sori bang.


okay, majlis dia simple. actually family day ayah 2 hari 1 malam kat Desaru. atas sebab2 tertentu tak dapat diteruskan. so diorang decide nak buat dinner aje. so, after baca doa, mulalah majlis. ada karaoke session jugak. tiba2 ayah ke depan nak menyanyi. hui, marah mak aku. hehe...


okay, saat ditunggu2. makanan kami! ini actually table for 10. tapi ramai tak datang and sesat, table kitorang ada 5 orang aje. gile banyak makanan. ikut nafsu aku memang lantak semuanya but perut ketat sangat dah. dahlah pakai baju ketat. kalau pakai baju longgar boleh cover sikit. hehe...


ada ayam lemon, kailan ikan masin, udang and sotong tepung, sup sayur. lala masak sambal. nasi goreng dia pun sedap siap ada udang and ketam. siakap kukus kuah tomyam. hui... these are only parts of them. ada lagi tapi tak ingat. hehe... sate pun ada ye. aku sebut paling akhir sebab aku tak minat sate. hehe... tapi ayam lemon dia marvellous! seriuous! tiba2 kecur. aiseh...

maaf sekali lagi readers... lain kali bukak blog malam2 ak. hehe... eh, lupa cakap. Damai ni area perling. dekat2 kampung Danga. jalan dalam construction so a bit confusing lah.






p/s (i) : okay, request from boy... hari ni berbuka seafood carbonara cook by miss mokna! hehe... side dishes dia ada chicken wing, spicy drummet, spicy fried chicken and sosej. semua product ayamas kerana baru shopping di ayamas. hehe... kelakar, shopping di ayamas.

p/s (ii) : oh, my... minnie jane yang sempit. but i think i can work it out. berusaha!

p/s (iii) : counting to my special day... 10 days to go. mode : happy! dapat hadiah apa agaknya? hehe...





14082010 ~ 3.27pm
rumah aku ~ bilik boy

Friday, August 13, 2010

happy anniversary mummy daddy!

hai semua... sudah beberapa hari aku tak update blog ya. due to work load and some matters that need to be done first. ops, sebelum tu, nak mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN kepada semua pembaca Muslim According To Yanna. tak sempat nak wish. busy2. hari selasa lepas, habis je sekolah kemas2 terus balik kampung. nenek aku tak sihat. then rabu malam baru bertolak balik ke JB. sampai ala2 nak sahur and aku dapat kelulusan tak pergi kerja. he... dan semalam, sahabat mak yang rapat dengan kami telah pulang ke Rahmatullah... syukur sakitnya tidak lama. semoga rohnya dicucuri rahmat dah tergolong disisi kekasih-Nya. Al-Fatihah...

okay, seperti aku dah war2 kan sebelum ni, last week anniversary mak ayah aku. kerana 5ogos2010 jatuh pada hari khamis, kami menyambutnya dengan ke masjid. hui gile... insaf sebentar. aku pun ikut sekali okay! and sambutan makan2nya terjadi pada hari ahad lepas. di IT ROO cafe di Jalan Dhobi. aiseh, puasa2 ni terbayang2 makanan sana, kecur pulak. huhu...

ini ye wajah2 mereka yang menyambut anniversary. macam tak sambut pulak kan? masam dua2. hoho... actaully, mak aku tengah tak sihat. so, macam tu lah muka dia. hehe... ayah aku pulak, after snap je gambar ni, dia capai cermin mata dia, "nak tengok!"














okay, makanan kami.
mak : kuew teow cantonese. ada telur ek. muak sikit tapi still sedap masa panas2. lecur beb!


ayah : sirloin steak. aku suka dia tak over cooked. eh, suka lah. sos dia pun aku suka. pepper yang amat banyak!


aku : fried chicken chop with black pepper sauce. selalu aku order grilled. ni order fired, gile heaven. aku suka gile!


kemudian, sudah makan terus balik. nak maghrib dah. huhu... takmo berembun. mak aku baru nak sihat. tapi kat situ paling heaven air dia. ice lemon soda. perghh... macam cikna buat sirap soda but with lemon gile sedap. huhu... kepada mereka yang membaca ketika berpuasa, 'you are welcome'. yelah, aku dah tambahkan pahala puasa korang. hehe... entri2 selepas ni maybe banyak pasal makanan. aku dah lama tak update kan. huhu...






p/s (i) : cian esok cik hapisang ada bengkel pemarkahan. nasib baik i dah tak ajar form5. hehe... boleh rehat sambil menungguh poslaju. seronoknya!

p/s (ii) : bestnya kalau gerek balik. selasa hari tu dapat jumpa sekejap je. uhuk2... tergesa2 nak balik kampung. oh windu....

p/s (iii) : fasa susahnya mengajar telah tiba. pecah kepala aku masa nak buat lesson plan. nak mengajar apa? and handout SVA aku hilang... oh...






13082010 ~ 3.51pm
rumah aku ~ bilik aku

Sunday, August 8, 2010

interview KPM GSTS...

hello2, hari ni baru aku dapat update pasal hari interview aku tu. tarikhnya ialah 4ogos2010, hari rabu bertempat di SMK Mohd Khalid, JB. dekat area2 hutan bandar tu... hui, punyalah gabra. yelah, aku ni kalau bab presentation dengan interview memang foul. dari dulu lagi. huhu... apakan daya, kelemahan masing2 kan. oh seram... malam tu aku nyenyak je tidur. hehe... but terngigau2 dengan notes yang aku baca untuk interview tu... hoho...

hari rabu, patutnya cik hapisang teman but dek kerana dia sudah mulai mengajar, terpaksalah aku pergi seorang2. bapak aku hantar ye. he... tengok muka masing2 semua aku tak kenal. then bergerak ke tepi dewan, oh akhirnya... ada jugak yang aku kenal. sama panel interview pulak tu. so, after ujian INSAK, terus ke bilik interview. kitorang masuk dewan INSAK awal2 sebab cik hapisang dah pesan, paper dia tak cukup. so kena buat beberapa sesi.

masuk bilik interview, dah ada beberapa orang. berbual sikit dengan Rad, budak UTM yang ada. then masuk lagi beberapa orang budak UTM. borak2 jadi kecoh pulak. then interviewer sampai, bapak kawan aku rupanya. hoho... orang pertama masuk, after dia keluar, mulalah yang kat luar tu tanya2 soalan. hm, biasa2 aje soalannya. then ada pasal 1Malaysia. hoho... aku tak tahu apa2. eh, lupa nak cakap, aku orang ke-11. so becok jugaklah mulut aku berbual2. jauh lagi kan. sekali dah tiba orang ke-8, mula jadi penyenyap sikit. huhu... ni keadaan masa awal2 sebelum semua calon gasak berbual walaupun tak kenal. huhu... nampak baik je semua orang. bakal guru kan... =)


my turn, nauzubillah, tak reti aku perkenalkan diri dalam BM. tunggang terbalik ayat aku. terojak sikit ayat. adei... soalan dia, pasal 1Malaysia. huhu... nasib aku study kejap kat luar tadi. then pasal nak buat P&P BI menarik dalam kelas. then untuk pelajar lemah macam mane. then P&P luar kelas macamane pulak. fuh, aku boleh jawab. tibalah saat dia keluarkan duit rm10. "Siapakah lelaki di dalam duit ini?" hadoi... since soalan tu, soalan2 kemudian dia aku jawab dengan penuh tidak yakin. oh... bila tercalar sikit, aku remukkan keseluruhannya. uhuk2...


balik ayah ambil, pergi lunch then after piza habis sekolah, aku pergi fetch dia dan menderu ke Taman U. konon nak celebrate habis interview. mula2 nak pergi SB di Setia Tropika je. tapi masing2 tak tahu jalan. hehe... drive thru SB. negeri mane lagi ada SB drive thru? oh, bangga dengan johor. huhu... saje masih emo dengan kes Famous Amos tu. cik hapisang dengan hot caramel latte dia. warm je. cedap! gaya seorang guru. nasib baik tak pakai nametag. hehe...


cik yanna with both hot caramel latte and ice blended choc cream chip! oh, budak baru tu kurang pandai seperti azim. masih merindui azim yang buat air kami dengan penuh kasih sayang (cik hapisang yang kata) hoho...


then, minah tu teringin ayam penyet pulak. ambil incik firdaus yang sedang melanjutkan masternya. increase sikit ke'hot'annya tu. huhu... tersipu2 dia bila kitorang hon dia dari jauh. haha... gaya yang pelik. dengan seluar senteng, kasut............. apa ek nak describe pasal kasut dia. huhu... nak tangkap gambar ni dia suruh hold jap. nak betulkan rambut. haha...


di sini, telah berlaku kejadian magis, magikal dan fantasi yang tidak tercapai oleh akal. tak sangka, kawan aku pandai bersilap mata. huhu... terkelu sebentar sambil meneruskan kunyahan ayam penyet+sambal pedas yang sedap+nasi putih+sup. kemudian, incik firdaus mengeluarkan ayat2 penyata yang tidak disangka2 sampai meleleh2 air mata kami. hoho... sampai tak habis makan kitorang. kawan2 saya yang amat kelakar.

picture of the day. ketika cik hapisang datang mengambil aiskrim gorengnya semalam. terkujat lagi i dibuatnya. cik hapisang kini sangat pandai memeranjatkan orang. hehe...







p/s (i) : nak keluar pukul berapa pulak hari ni? oh, tunggu ajelah... perut dah berkeroncong hebat ni. teringinnya pizza hut!

p/s (ii) : hari rabu sudah berpuasa. gerek balik tak? boy balik tak? cikna balik tak? abang balik tak? oh... tolonglah balik. i'm bored to death!

p/s (iii) : kenapa aku sekarang ni asyik nak naik angin je... hai Ya Allah, jauhkan aku dari perasaan2 yang tidak baik. lindungilah keluarga ku dari anasir2 jahat. amin...






08082010 ~ 4.31pm
rumah aku ~ bilik boy

Saturday, August 7, 2010

Final Tribute to The Pearl~

hai everyone... hari ni walaupun hari sabtu, sekolah aku ada sekolah ganti. cik hapisang enak sungguh di buai mimpi ketika ber'message pagi tadi. hari ni aku drive pergi sekolah sebab mak ayah aku tak kerja. tapi... walaupun hari sekolah, aku jadi guru pengiring dengan ketua panitia BI bawak budak2 pergi menonton teater 'Final Tribute to The Pearl' anjuran PIBG SMK Permas Jaya 3. pementasan ni dibuat maybe sebab tahun ini adalah tahun terakhir menggunakan novel tu. form 4 tahun ni pun dah guna literature baru. hm, aku suka literature lama... oh... =(

so, pagi2 seperti biasa pergi sekolah. then tunggu masa yang ditetapkan. teaternya di jadualkan around 10.30am. kitorang gerak 9 lebih tapi jem on the way highway pasir gudang tu. adoi, ngantuk aku... risau jugak lewat sampai. tapi alhamdulillah, sampai before 10.30am. daftar2, suruh budak2 duduk tapi until dekat pukul 11am pun teater tak start lagi. dia kata, "theater will start within 10 minutes time"... setengah jam berlalu, mane ni?? rupanya ada masalah teknikal. curtain dia takmo bukak. adei, bukan apalah, benda ni BIG event. yang kerjasama dengan banyak pihak, KPM, akhbar sinar, Power Root. sponsor yang besar2 gabak tuuu... tapi bila masalah macam ni berlaku. aku rasa tak sesuai lah. kena 40 juta kali double check. if tak function, bukak aje curtainnya dari awal, tak perlu tutup2.

okay, check out dia punya ala2 file as souvenir. dalam tu ada beberapa notes and plot and ada questions jugak regarding The Pearl. and dia buat dwibahasa. aku rasa effort ni sangat bagus sebab untuk low proficiency, benda ni amat2 membantu. two thumbs up!!


ni pelajar2 SMKTU. nasib baik diorang behave. hehe... telah di warning, tepuk dengan berhemah. jangan nak buat bunyi2 bukan2 tu. huhu...


ni one part of the scenes. part Kino menyelam cari pearl tu. banyak lah hidupan2 laut ketika ni. ada tiram, ada ikan kecik, ikan besar, obor2, rumpai laut. and paling best, lagu yang di pasang ketika ini adalah lagu My Heart Will Go On. hehe...


ni dia punya prop ye. stage dia. oh, rindu pulak time drama TESLove. prop kita terbaik! huhu... simple but nice. less is marvelous. huhu...


overall, aku gredkan sebagai average. yelah, expectation ter'high pulak. sebab tengok sponsor2 dia gempak2. bila dah banyak sponsor tu kiranya macam play tu gempaklah kan? sebab boleh attract banyak sponsor. then, mikrofon dia pun sometimes tak function. patutnya, as Drama Club Members, diorang dah belajar project suara. kiranya even without mikrofon, suara still kedengaran lah even sayup. ni, pelakon tambahan pulak yang suara lantang. huhu...

ada 3 benda lah yang aku tak puas hati :

  • masalah teknikal sampai start lewat gile. benda macam ni tak boleh berlaku. ya, diorang budak sekolah but still, yang bukan sudak sekolah tu?
  • harga tiket dia rm10. bagi aku agak melampaulah. setuju jugak dengan pendapat anak2 murid aku. kalau hari rabu, boleh tengok 2 movies. puas hati lagi. ni dia kata, harga tiket and goody bag. hello, nak tahu apa ada dalam goody bag? air mineral yang tesco tu and biskut ala2 love letter julie's but not julie's. yang paket kecik. agak2 berbaloi tak? at least, if ada cupcakes ke... sejuk sikit hati.
  • last but not least, ending dia. langsung tak ada conclusion. i mean, okay, teater dah tamat. even kalau kita membentangkan assignment, ayat terakhir kita, "that's all from me, thank you". ni perkataan 'thanks' pun tak ada. at least cakap, "we have come to the end. thank you audience for your cooperation and hope you have enjoy our performance". tak ada, serius wa cakap sama lu... habis je pelakon2 tunduk, miss speaker cakap, "perhatian kepada guru2 pengiring, saya akan panggil sekolah 1 per satu untuk bergerak keluar untuk mengelakkan kesesakan". not proper okay. ni bukan event kecik ni. ni event besar sampai 39 sekolah datang. be more sensitive ya.





p/s (i) : keseorangan di rumah. semua keluar. ingatkan nak ikut tadi. tapi... hm... malaslah.

p/s (ii) : badan penat but still nak online. mentang2 gerek dah ada broadband. huhu... rasa sayang nak tinggalkan komp.

p/s (iii) : seronoknya... gerek tengah surf benda2 yang aku suka. auw, tq yayang!






07082010 ~ 6.35pm
rumah aku ~ bilik boy

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com