we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Wednesday, April 16, 2014

Baby Spa di Sutera Mall, JB

Hai2 you ols... Lamanya tak update blog kann... Bukan taknak, nak transfer gambar dri ipad asyik bertangguh last2 memory almost full. So harini kena pastikan transfer jugak. Hoho... Lately ni macam dah malas nak mengajar. Kepuasan bekerja tu tak ada. Pergi kursus jumpa kakak2 senior veteran, kagum dengan komitmen yang diberikan. Aku yang muda ni? Haih!


Orait, entri kali ni nak cerita pasal aku bawak Umar Aryan pergi berapa. Hoh, aku sendiri tak pergi spa tapi anak berspa bagai? Haha... Biasalah, bila ada anak ni, excited nak try new things. So... Kejadin ni dah lama berlaku. Cuma baru berkesampatan untuk update blog.


Ha nilah rupa tub mandi baby. Comelkannnn? Argh stress aku memikirkannya. Comel benarrr... Orait, sampai2 di sana, ada simple registration then boleh masuk bahagian spa bukak baju anak semua di atas board. Dipakaikan swimming diapers provided by the spa. Umar punyalah baik menggedik dengan spa assistant sana. Huhu... First of all lepas tukar baju, ada warming up sekejap, urut2 sikit... Bermula dengan urutan tangan, perut kemudian kaki... Seronok ha, si botak ni kena urut.
 
 
 

selepas bersedia semua... Ukur leher pulak. Rupanya pelampung leher tu ada size. Umar pakai size M atau L kot. Aku pun dah tak berapa ingat. Size ni penting. Kalau kecik, nanti lehernya sakit. Kalau besar pulak, air boelh masuk ke bahagian mulut dan leher. Bahaya lh untuk baby. Dulu, aku ada terpikir untuk beli untuk kegunaan sendiri bila bawak nak mandi manda kolam. Tapi bila diterangkan begitu, aku cancel niat itu. Huhu... Bahayalah untuk anak kita nanti.

Okay, ini rupa tub untuk budak yang dh besar sikit. Ala2 umur setahun ke atas. Kiranya budak yang dh boleh berjalan atau kakinya panjang. Alley dan Helena dah besar sangat. 2,2 tak muat dah nak pergi baby spa. Rugi2... Huhu...
 

Okay, assistant tu kata, walaupun baby kita suka mandi. Main2 percik air dalam tub baby kat rumah. Tak semestinya dia suka swimming. Berbeza disebabkan kalau tub baby, kakinya boleh pijak2 dinding tub mandi tu. percik2 air. Tapi bila swim, kaki dia tergantung tak cecah dinding. Takde percik2 air. Jadi, untuk tidak dibiarkan terkejut, air dibiarkan cetek dulu utk dia cecah2 kaki. Water confident gitu. Sebab if terkejut dikhuatiri lepas ni dia takut air pulak... Assistant spa pun akan pegang dia dan main2 dengan dia dulu sampailah dia nampak selesa dalam air. Selepas tu, barulah air ditambah sedikit demi sedikit.
 

Peringatan : suhu air mandi baby lebih kurang 30-40*C. (maaf takde simbol darjah dalam ipad ni. Huhu...)

Nampak tak tuuuu... Nampak tak keseronokan Umar Aryan ni. Suka betul dia. Mama pun excited. Hehe... Spa assistant tanya dah biasa bawak dia mandi kolam ke sebab dia pandai kuak2 kaki. Haha... Anak bijak kan. Cepat aje belajarnya.
 
 
 
 

Untuk first timer, memang anggarkan dalam 20 minit untuk baby berenang. Dalam syok2 berenang tu, 15 minit berlalu, dah merengek dah budak kecik ni. Huhu... Angkat lah dia. Tapi sebelum angkat, spa assistant tu ambil 1 tuala bersih dan dicelupkan dalam tub Umar mandi tu dan digosok2 perlahan bdan dan kaki. Dia kata untuk bersihkan badan sekali... Pampers ditanggalkan barulah diangkat keluar air.
 

kemudian sesi massage pulak... Tak reti duduk diam pulak budak ni. Nasib baik ada macam2 permainan. So terleka lah sekejap dia sementara mereka mengurut. Nasib kami baik sebab masa kami datang tu, spa kosong. Jadi tumpuan diberikan kepada Umar. Hehe... Diorang kata kalau aku datang awal sejam atau dua jam tadi, penuh spa kena tunggu giliran. Syukur ada rezeki Umar.
 

Overall, kami akan datang lagi. Oh lupa nak mentioned, selain spa, ada jugak perkhidmatang potong rambut. Comel je tengok seatnya dalam bentuk kereta mainan. Hehe... Supaya budak2 tak takut untuk potong rambut kan.
 
 
 
 
 
 
p/s : (i) : mak ayah datang hari ni dah kena pikir masak pulak. 2, 3 hari merehatkan diri dari memasak. huhu... dah janji dengan suami nak berdiet. kikiki... so selang sehari makan malam. Alhamdulillah, setakat ni memberangsangkan.
 
p/s (ii) : hari rabu. esok khamis. minggu depan semester 2 exam. markah PB belum siap lagi. haih! sem ni amat tidak sistematik sungguh.
 
p/s (iii) : rindu adik.
 
 
 
 
 
 
16042014 ~ 12.08pm
meja aku ~ bilik guru-unit subjek umum ILPPG








 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com