we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Monday, October 22, 2012

21 Okt, 22 Okt, 23 Okt 2011

hai2 korang... aku kat sekolah ni. ha, yelah, memang lah kat sekolah pagi2 ni. belum ada kelas lagi. kelas at 11am. malasnya sekarang ni. adoyai... lagi nak exam, lagi aku malas nak ngajar. lagi malas nak tanda buku. apakaaaahh? bila nak rajin ni? oh, sepatutnya semalam result pertukaran tapi tangguh ke 3Nov. aku bersyukur jugak sebab debar sangat. hehe... plus semalam anniversary aku kan. kalau gagal, mesti kacau mood. hehe...

okay, as mentioned before.. semalam adalah anniversary perkahwinan aku yang pertama! wuhuuuu! kami dah kahwin setahun. diam tak diam kannn? ya, masih belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. tapi kami gembira berdua. masing2 sedang belajar untuk menjadi matang. haha... serius, sedang berusaha dengan keras. kikiki...

pada waktu sekarang, 9.05am tahun lepas, 2011, aku dah rasmi jadi isteri orang dan tengah sibuk2 bersiap nak pergi bersanding ni. mak andam tak sampai lagi. so aku tengah buat apa eh? aku pun lupa but yang penting, aku tak buat sangat kerja2. ramai assistants kan. cousin2 aku ramai. ya Allah, bersyukurnya aku dengan kehadiran mereka. bukan hanya memeriahkan majlis tapi sangat2 banyak membantu dalam preparation perkahwinan aku. sayang korang semua! muahmuahmuah!!


21102011



22102011



23102011



teringat balik tahun lepas musim nak kahwin tu... rasa seronok sebab makcik2 pakcik2 turun... cousin2 turun dan sangat2 banyak membantu. rasa best. rasa macam perkahwinan ni membawa keluarga bersama. mengumpulkan keluarga. terima kasih tak terhingga untuk makcik, pakcik dan sepupu2 tersayang! ramai sangat if nak sebut kat sini but especially my dearest AJ's! love you girls so much! Muiz, Munir, Emeer! muahmuahmuah!


untuk suami,
terima kasih untuk setahun yng penuh dengan events! tak pernah rasa bosan sesaat pun! we may not have quantity but we do have quality. i appreciate everything you did. i love you with all my heart. looking forward to years ahead of us :)




p/s (i) : hidung running dengan teruknya. ohoooiii....

p/s (ii) : malasnya nak masuk kelasssss....

p/s (iii) : cepatlah rabu.






22102012 ~ 9.54am
meja aku ~ bilik guru-KVK

Thursday, October 18, 2012

18 Okt 2011 - 18 Okt 2012

hai2 you all... aku baru lepas rilek2 ni. dari balik kerja menggulung roti sosej then mandi then goreng roti, then solat maghrib then basuh baju budak2... ni baru dapat duduk. banyak kan kerja aku? yelah... nak cari duit lebih. haha... warden berjualan? macam jatuh kredibiliti kan? but tak kisah pun... bukan aku buat kerja haram. plus duit pun masyuk. housemate aku pregnant, so dia pass bisnes kat aku. hehe...

lagi beberapa hari je lagi, tanggal anniversary aku dan suami. genap setahun kami berkahwin. ya Allah syukurnya diberi peluang menikmati kehidupan berumahtangga bersama suami yang terbaik untuk aku. terima kasih ya Allah kerana telah tetapkan hati kami, panjangkan jodoh kami.

tanggal 18 Okt 2012, aku tengah excited nak balik JB. ambil CRK (cuti rehat khas) 2 hari, hari khamis dan jumaat. ketika ni tengah kemas2 barang nak balik JB. ei, seronoknya tiba2 teringat macam mana akhir preparation nak kahwin ni.

gambar selepas selesai majlis segala... mata berair2 lagi tapi aku suka muka aku baru lepas nangis. nampak sweet kan? hahaha... sengal2.



untuk suami saya, Mohd Azuan,

saya sayangkan awak. nak sebut cinta macam geli pulak. hehe... tapi saya pun cintakan awak. auw! macam dalam drama2 pulak nak sebut cinta2 ni. terima kasih untuk setahun ni. terima kasih untuk 8 tahun kita bersama. kalau nak sebut kesalahan, i banyak sangat salah kat you. i nak tebus semua2 tu... maafkan i ye sayang... iloveyou. macam susah pulak rasa nak luahkan rasa sayang kat you. action speaks louder than words.





p/s (i) : hari khamis sudaaaah! esok jumaat suami datang. yeay!

p/s (ii) : mata ngantuk sangat tapi macam nak tunggu cerita Dendam Sarakit. okay, akan tengok kemampuan diri.

p/s (iii) : short vaca with husband. ohhhhh.... preparation tak siap lagi ni.






18102012 ~ 8.52pm
depan tv ~ kediaman warden-KVK

Wednesday, October 10, 2012

Universal Studio Singapore Part 2

hei hei korang... aku hari ni takde kelas. tapi aku ada invigilate exam 2 kali. macam penat sikit pun ada. penat ke? jaga exam tak penat. tapi ngantuk dan superb bosan! then baru duduk kat meja nak online2 sesuka hati, kena relief kelas pulak. mak oi, aku rasa muka aku berubah tadi. tapi nasib baik cikgunya sebenarnya ada. so aku kembali ber'online. hoho...

okay2, seperti dijanjikan walaupun lambat, aku tetap akan update pasal trip aku ke USS 2 bulan lepas. haha... tak sempat nak update lah. tulis blog ni kan mesti kena ada mood. plus, busy lately ni. macam2 lah aku busy. busy bekerja, busy meniaga, busy jaga budak2, busy jaga suami. huiii.... busy wooo hidup aku ni.

okay sambung... selepas kami ke Hollywood dan New York, kami menuju ke Sci-Fi City. tempat yang dinanti2. sebab transformerrrr! orang2 asyik cakap transformer ride tu paling best kat dalam tu. so kami beratur sikit punya panjanggg... belit2 beraturnya. pandai orang USS buat bangunan. sebab dia tahu Q panjang, jadi dia buat struktur bangunan belit2... ramai sikit orang boleh beratur. huhu... gambar ni jauhnya lagi 45minit selepas beratur lebih kurang setengah jam. jauh kan?? tapi semua sabar menanti. takde cut-cut line punn... behave!



gerek bersama Bumble Bee. serious talk, memang Tranfsormer Ride the besssttt! gempak gile! bila dah beratur panjang2 tu, dah nak hampir2 sampai, amiklah cermin mata 3D. then beratur lagi. ada 10 orang kot lagi depan kitorang. tiba2 pekerja tu panggil, "two riders!" yang depan2 kitorang semua datang ramai2. so kami ke depan lahhh... rupa2 nya seat kitorang yang depan sekali dekat atas kereta transformer tu. mak oii.... untungnya kami! feel dia memang best. cara jatuh memang macam nak jatuh bangunan rasa. adik aku cerita dulu dia naik 2 kali. but aku tak sanggup beratur panjang2 tu lagi. hoho... tapi serius memang seronok gile!!



ni suasana depan Sci-Fi City. nampak tak bumble bee besar tu? handsome betul robot tu. jatuh hati. haha... botol air berharga SGD25. mahal nauzubillah tapi gerek nak jugak. hoho... seronok minum dalam ni. hehe... then kat sini jugak ada Battlestar Galactica. ia adalah roller coaster! maafkan saya kerana saya takkan naik ia sampai bila2. huih! ada 2 jenis. 1 biru, 1 merah. roller coaster merah adalah yang normal tu. ada kerusi segala. tapi yang biru tuuuu... tempat duduk dia upside down. so kaki terjuntai. dari bawah pun aku seram tengok. haha... ni contoh kerusi dia letak kat darat. korang bayangkan naik kerusi macam ni naik roller coaster. kaki terjuntai2. seram wooooo aku tengok!


ni gambar terakhir sebelum meninggalkan Sci-Fi City. ada orang berkaki panjang. ada 2 orang. aku bergambar sorang ajelah. hoho...


selepas Sci-Fi City, kami ke The Mummy. okay kat sini, tak boleh nak cerita banyak sebab kitorang tak masuk pun bangunan The Mummy tu disebabkan, dah baca review and its about roller coaster. kami memang taknak main roller coaster. so kami ke tempat yang simple relax sikit. kami ke Treasure Hunt. hehe... gile mengong permainan ini. sebab kami naik kereta elektrik round kawasan gali harta karun. tu je... kikiki... mengong kan? ini gambar di pintu masuk The Mummy. dari luar dah dengar orang jerit2 main roller coaster. oh nooo!

bergambar bersama street attraction di The Mummy. mula2 macam segan2 nak bergambar sebab seksi banget mereka. hehe... aku yang segan. but bila lagi nak bergambar dengan orang2 pelik2 macam ni kannn?

haaaa... next entry aku berita pasal 2 tempat yang selanjutnya. aku lupa lah apa dia. jurassic park dengan far far away kot. hoho... map dalam handbag. malas nak bangun pergi ambil. hehe...





p/s (i) : arghhh penat pulak rasa... nak tido awal lah hari ni. eleh, tiap2 hari aku bercita2 nak tido awal... last2 12am jugak...

p/s (ii) : ni sambil2 tengok Vokal bukan sekadar rupa. ngarut2 pulak aku tengok peserta2 ni... aish! hoho...

p/s (iii) : esok kelas at 8am. aiseh... paper belum habis tanda lagi. ish!

p/s (iv) : rindu suami.




10102012 ~ 10.10pm
meja iron ~ depan tv-kediaman warden KVK

Monday, October 8, 2012

Selamat Bertunang Ariff dan Puteri =)

hai2 korang... perghh... lama aku tak update blog kan. konon nak update pergi USS part 2. tapi tak sempat2 lah. minggu lepas lagilah... busy amat sebab aku pergi induksi. Alhamdulillah dah selesai induksi tapi entahlah lulus ke tak. soalan diaaaaa... susah amat. adoyai... lagilah bila aku kurang membaca. hoho... berlagak kan?

okay2, nak story pasal sabtu lepas. hah, sebelum tu aku nak cerita satu insiden aku kena sengat tebuan. hoho... hari jumaat lepas gerek balik kerja lepas2 kat rumah, dia tertidur. lama pulak tu. haha... aku tak sampai hati nak kejut. dalam pukul 9pm barulah kami ke kedai dia. dinner and dia buat2 kerja sikit, dalam pukul 12am baru gerak balik rumah. aku dah ngantuk tahap gaban. so ready2 nak tidur. tiba2 terdengar bunyi benda terlanggar kipas siling then ada benda jatuh atas belakang aku (posisi ngiring). perghhhhhhhhhh! terpekik terlolong aku. dah macam kena sawan. bergegas pergi klinik. injection lagi... huiyooo... tebuan tu besar gile. doc kata queen dia. nauzubillah... baru aku tahu perasaannya. haha...

hah, okay... pasal sabtu lepas. patutnya nak gerak pukul 7am. gerak ke Temerloh. kawan gerek, Encik Ariff nak bertunang. tapi disebabkan kejadian disengat tu... aku tak boleh tido malam tu kerana kesakitan, so kami gerak almost 10am. gerek punya pecut dari melaka lalu lebuhraya Karak, 3 jam je ke Temerloh. cepat kannn?

TAHNIAH KALIAN BERDUA :)

aku suka shawl Put pakai tu... pernah cakap dengan gerek aku nak shawl macam tu, gerek bagi tapi aku risau takut muka aku tak sesuai. sebab orang pipi leper je kot sesuai pakai macam ni. huhu...

tapiii... ini yang paling tempting. serious rasa nak petik je satu. sebab cuaca yang amat panas. cair dahhh... sedapnya nampaaakkk!


dan akhirnya majlis selesai dalam pukul 4pm. kami pun menderu ke destinasi yang diidamkan... IKEA! oh meatballsss.... beratur sikit punya panjang. tapi sanggup ku harung...

sayangku... bersama kegemaranku.


makan sampai mengah. membeli ikut nafsu. gerek nak 10 ketul chicken wings. then aku mestilah nak meatballs. aku beli 20 ketul. dah mengah... chicken wings boleh bungkus. tapi meatballs tu membazir 2 biji. hehe... 2 biji pun sayangnyaaaa... then jalan2 dalam ikea tak membeli pun... beli meja kecik utk rumah sewa baru gerek. tu je... nanti ada duit banyak nak shopping sana! cita2!


rindu sayang i... tak sabar nak cuti2. please, please... nak cuti2 rehat2... bolehlahhh.... i love you sayang.





p/s (i) : kejap lagi kelas. minggu ni ada second trial peringkat sekolah...

p/s (ii) : masih konfius dengan planning hujung minggu ni. hmmm... isnin ke hospital. kenapa rasa takut ni?

p/s (iii) : invigilation at 2.30pm. kemudian lapangggg...





08102012 ~ 11.02am
meja guru ~ bilik guru 2-KVK

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com