we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Wednesday, May 15, 2013

Alhamdulillah, i'm pregnant :D

hai2 kalian... aku sebenarnya dah kebosanan tak tahu nak buat apa kat sekolah ni. jadi hari ni menjadi pemerhati setia di bilik guru ni. sambil2 buat sudoku dalam The Star. susah pulak sudoku hari ni punya. sampai mengantuk aku buat sebab buntu dah tak reti. tapi usaha jugak. hehe... berjaya! dan hari ni dok tengok2 budak2 kena marah sebab tak ikut arahan. susah pulak bila peti sejuk jual air koperasi sekolah diletakkan di bilik guru. budak keluar masuk, tak tutup pintu. hmm... panas jadi bilik guru ni.

okay2, entri kali ni... about TTC again. last entry aku pasal TTC rasanya bulan 1 time aku nak pergi x-ray HSG. dan hari ni.... aku nak khabarkan berita gembira. Alhamdulillah, Allah beri kami kesempatan untuk merasa nikmat mengandung dan doa kami supaya anak ini dapat lahir dengan sihat dan sempurna. nak tahu kisahnyaaaaaaa? kalau taknak tahu pun, aku still nak cerita.

okay, seperti yang aku cerita dulu, appointment pertama dengan doktor sakit puan di HSA adalah pada 10JANUARI2013. hari berkenaan ialah hari kedua kitaran period aku. pada hari berkenaan juga, doktor telah bagi appoinment x-ray HSG pada 17JANUARI2013. syarat buat HSG ialah, period kena betul2 bersih dan jangan bersama suami. sebab takut ada janin dan x-ray sangat merbahayakan anak didalam kandungan. jadi selepas semua2 ni, next appoinment aku di O&G HSA adalah pada 26FEBRUARI2013. lebih kurang sebulan lah selepas x-ray sebab nak tengok result semua.

alkisah, kitaran haid aku selalunya 30 atau 31 hari. tapi tahun lepas ada 2 kali 36 hari. false alarm jugaklah sebab bila dah lewat tu rasa seronok lah entah2 ada baby kan. tapi akhirnya period. sedih kan? jadi pada 8FEBRUARI2013 adalah hari 31 kitaran period aku. cool lagi. kemudian lewat sehari, lewat lagi, lewat lagi, lewat lagi... kebetulan pulak ketika tu cuti sekolah seminggu raya cina. so aku duduk dengan suami di Melaka. makin lewat period, makin seronok tapi at the same time, makin takut kalau tiba2 period, mesti harapan yang semakin membukit tu jatuh merudum. sedihh...

jadi pada hari Jumaat, 15FEBRUARI2013, hari ke 38 masih lagi tidak period. kiranya aku dah lewat seminggu. tak pernah lagilah aku lewat selama seminggu kan. so suami cadangkan beli UPT. dia kata biar tahu sekarang. kalau negatif, sekurangnya harapan tak semakin menggunung. kalau dah 2 minggu lewat sekali cek negatif, mahu menangis kan. aku pun banyak google2 mana tahu kelewatan ni disebabkan x-ray HSG menganggu kitaran haid dan hormon aku. ada jugak some cases. sebab tu aku pun bersetuju dengan suami, sebab takut makin kecewa kan. kami dah berbulan2 kecewa jadi taknaklah kelewatan period ni menambah kekecewaan. so....... carilah UPT di Melaka. hoi, Melaka ni kena bukak lebih banyak farmasi lah. kalau JB, bersepah2 farmasi. ni dah jumpa 1 farmasi tapi hanya ada 3 pilihan UPT. ada sejenis 99% accurate lagi 2 ialah 95% accurate. so aku ambillah yang 99% accurate tu. dengan harga yang agak mahal. selalunya beli UPT harga rm11++ je tapi tulah, Melaka should improve their farmasi. guardian and watson pun tak banyak.

aku beli clearblue yang digital harga rm23 kalau tak salah. kalau positif dia akan tunjuk simbol tambah. kalau negatif, simbol tolak. jadi kali ni, aku cakap, suami aku kena titiskan air kencing di atas UPT tu. sebab selama ni aku yang buat and sentiasa kecewa. so, kali ni kalau kecewa, dia yang tengok dulu. dannnn.... ini resultnya. sorry agak blurr. kamera hp tak berapa nak banyak pixel dia kan. hehe... syukur.


tak terkata kegembiraan kami. suami terus sujud syukur. ya Allah, begini rupanya rasa kebahagiaannya. terima kasih kerana memberi kami peluang merasai nikmat-Mu. petang tu terus balik JB. singgah klinik nak terus scan kononnya. hehe... tapi anggaran dalam 5 minggu tak nampak hape2. haha...


yang bawah ni sebagai hadiah hari jadi untuk diri sendiri. ajak suami, mak and Alleya ke klinik keluarga untuk scan. lebih kurang 8 minggu. masih lagi kecil so doktor suruh datang lagi 2 minggu. tapi sudah cukup mengesahkan there's something growing in my tummy. Alleya pun seronok tengok sampai melalak2 nak tengok baby di skrin ultrasound. so aku bagi dia pegang gambar scan. dah mula sayang baby. hehe... be a good sister ya!


so selepas 2 minggu, aku pun kembali ke klinik berkenaan. dalam masa 2 minggu dia membesar 2 kali ganda. hehe... gembira hati kite ni! paling penting setiap kali scan aku akan tanya doktor, "jantung dia okay doktor?"


seminggu kemudian ada appoinment di HSA lagi. tengok perbezaan baby dalam masa seminggu ni. beza kannnn? doktor kata tu tangan dia. hehe...


disebabkan aku buat pemeriksaan di 2 klinik berlainan so banyaklah gambar2 scan. yang pergi klinik persendirian pun lain pulak. hehe... bawah ni pada minggu ke 14. dah nampak bentuk. syukur, gembira aku tengok. siap gerak2 lagi boleh nampak. teruja dan alhamdulillah, jantungnya juga sihat...


so currently i'm reaching 18 weeks. ni scan pada last week. sebab kakak2 kat sekolah recommend doktor ni. memang baeeeeeeek sangat lembut. doktor cina lelaki. scan ni aku pun tak berapa ingat apa dia tapi aku rasa dia tunjukkan organ2 dalaman. kalau tak salah akulah. scan dia agak canggih so aku macam jakun sampai lupa apa yang dicakapkannya. hehe...



bersyukur sangat ke hadrat Ilahi kerana memberi kami peluang merasai salah satu nikmat-Nya. akhirnya, usaha dan doa kami termakbul. tak tergambar oleh kata2. setiap hari kerisauan tak pernah kendur. setiap hari aku risau, anak ni cukup makan tak? anak ni dapat nutrien yang sepatutnya tak? jantung anak sihat tak? bagaimana perkembangan dia di dalam tu? kalaulah tiap2 hari boleh scan, memang aku buat punya. haha... esok next appointment di klinik kesihatan kluang. semoga semuanya dalam keadaan sihat.



people may not know what i have gone through to get pregnant. they don't even know how hard the feeling i need to carry. and getting pregnant for me, is a miracle. KUN FAYAKUN. anything will happen with HIS say. syukran Ya Allah.







p/s (i) : bila nak rasa pergerakan anak kat dalam ni...

p/s (ii) : haus pulak bila makan keropok ni banyak2.. ngantuk pun ya. hmmm...

p/s (iii) : mohon2 suami dapat pelepasan hari Jumaat. so esok boleh jumpa dia...





15052013 ~ 11.58am
meja aku ~ bilik guru-KVK

Wednesday, May 8, 2013

aku seorang guru

hai korang... ceh, 2 entri aku update hari ni. sebenarnya takmo update pun. tapi tak sengaja come across a video di youtube about Hari Guru. versi lawak tapi ada lah mesej nya... dan... menyentuh hati aku. memang simple je video dia but aku rasa nak nangis.



aku seorang guru.

sebelum menjadi guru, aku pernah menjadi guru praktikal dan guru ganti untuk beberapa bulan. sekolah pertama aku ajar ialah SM Teknik Perdagangan, JB lebih kurang bulan April hingga Mei tahun 2008. ganti cikgu cuti bersalin. hanya untuk 2 bulan, mungkin kurang sebab masuk cuti sekolah sekali. sebaik habis mengajar, start praktikal di SM Teknik Azizah, JB. di situ selama 14 minggu kalau tak salah aku. tak termasuk cuti sekolah. rasanya sampai cuti sekolah akhir tahun 2008 kot. sehabis belajar tahun 2010, aku mohon KGSK iaitu sebagai guru sandaran di PPD dan alhamdulillah, rezeki aku cepat. keesokan harinya, aku dipanggil mengganti cikgu yang patah kaki di SMK Tasek Utara, JB. syukur sebab dekat dengan rumah dan dekat dengan opis mak. di sana, aku mulai bertugas 22Julai2010 sehingga cuti sekolah bermula tahun yang sama. kenangan terindah. berat hati tinggalkan sekolah berkenaan.

dan akhirnya, aku berjaya interviu dan di tempatkan di Kolej Vokasional Kluang pada 2011 yang dulunya namanya SM Vokasional Kluang. masih lagi bertugas hingga kini.




apa yang kita pikir tentang seorang guru (ini dari sudut pandangan peribadi),

seorang guru mengajar satu subjek, maka beliau hanya menguasai 1 bidang sahaja. jadi pelajar lagi berat bebanannya dari seorang guru. satu hari guru mengajar lebih kurang 3, 4 masa sahaja. sedangkan pelajar kelasnya dari 7.30 pagi hingga 1.00pm atau lebih atau hingga ke petang. seorang guru hanya pandai mengajar, memberi tugasan, mengutip buku2 latihan, menanda dan kembali berulang benda sama. tugas guru selesai apabila waktu persekolahan selesai. banyak lagi yang aku nak tulis tapi tak terluah.



realiti hidup aku sebagai guru,

tahun 2011. aku mulai rentak perlahan. aku jarang marah, jarang masuk campur hal pelajar. masuk penggal kedua, aku mulai mengambil tindakan. mulai masuk campur hal pelajar. dan mulai menjadi buah mulut pelajar. aku tidak sedar sebab bagi aku, aku menjalankan tugas. aku buat apa yang telah ditugaskan. mungkin aku terlampau tegas. atau mungkin aku memang telah terdidik sebegitu. tapi penerimaan pelajar? mereka lebih suka tidak dipantau, tidak dijaga dan lakukan semua yang mereka inginkan. tanpa teguran dari aku, seorang guru, seorang warden asrama. aku pernah diperli oleh pelajar sendiri dengan hukuman yang aku laksanakan ke atas mereka. sentap tapi aku tak boleh melatah. aku guru, pemikiran aku patutnya lebih matang. pada minggu terakhir sebelum peperiksaan SPM, datang seorang pelajar. sangat ingin berjumpa dengan aku. mulanya aku pelik, yelah, aku hanya mengajar bahasa inggeris, 3 masa seminggu. tidak seperti guru bengkelnya yang lebih banyak masa dengannya seminggu. ya, dia pelajar asrama, bawah jagaan aku. dia duduk di lutut aku. mintak ampun, mintak maaf. aku tersentak. rupanya selama ini, apa yang aku lakukan, apa yang mereka kutukkan aku di belakang. aku baru tahu. selama ni, aku tidak pernah menyangka yang mereka, pelajar2 aku, warga2 aspuri tidak sukakan aku. baru aku tahu...

tahun 2012. aku masih rentak yang sama tapi lebih mudah didekati. aku akan hukum pelajar yang membuat masalah. tapi at the same time, aku boleh berbual mesra, bergurau dengan mereka. aku taknak ada pelajar lakukan seperti 2011 terjadi lagi. bukan aku serik. aku cuma tidak mahu ada pelajar yang mengutuk di belakang. jangan ditambah dosa mereka. tapi... semakin ramai. semakin aku sedih. semakin rasa, aku tidak patut rapat dengan pelajar. aku tahu ramai tak suka aku. tapi tugas tetap tugas. aku tetap jalankan. dan seperti biasa. SPM bakal menjelang, ketika itulah semuanya terbongkar. bengkak rasa hati ni. sampai hati mereka. sampai hati mereka. sampai hati mereka. sangat2 aku rasa terluka. apa yang aku salah sebenarnya? mereka fly asrama, apa patut aku buat? belai manja mereka? begitukah? hati aku lagi bengkak memikirkan seorang pelajar yg aku senangi. minggu sebelum SPM, terlibat dengan masalah beramai2. dipanggil dengan pengetua dan dimarahi semua. dan dia tunjukkan protes hinggalah ke hari ini. walaupun dulu, aku dan dia rapat, bersua ketika dia mengambil result SPM seperti aku ni seorang yang tidak penting baginya... apa salah aku?

tahun 2013. hati aku makin membengkak. rasa tak sanggup dah duduk sekolah ni. orang suka pertikaikan apa aku, rakan2 guru buat. sepertinya kami tidak menjalankan tugas dengan betul. benarkah? bagaimana mereka tahu? mereka memerhati kami 24jam kah? sehingga kami dilabel tidak jalankan tanggungjawab? pelajar semakin...... susah aku nak terangkan. bila mereka buat salah, rupa mereka tak puas hati. macam nak marah aku balik. aku janji dengan diri, taknak masuk campur hal pelajar lagi. jika ada masalah, biar pentadbir tangani. tapi... bila masalah disiplin terjadi, aku tak boleh biarkan. dan kini, aku menghadapi masalah kerana terlampau tegas. aku... kenapa harus aku? pengetua pula seperti mempertikai keupayaan aku sebagai guru, warden. kerana satu kesalahan, mempertikai perkhidmatan yang telah aku berikan pada sekolah selama ini. kenapa mereka tak hargai aku? aku tak laksanakan tugas aku ke selama ni?


di sekolah ini pun, aku belajar... yang kita tak boleh minta pelajar menghargai kita. kita tidak boleh minta pelajar menghormati kita. di hari guru, kami guru2, makan hati dengan peratusan kedatangan. apatah lagi penglibatan pelajar dalam majlis sambutan hari guru. sedih rasa hati bila ada guru2 beria-ia mengajak pelajar masuk dewan bersama2. sedih bila melihat mereka seakan merayu supaya pelajar jangan pulang awal sehingga sambutan tamat. hingga perlu menghukum baru mereka kekal di sekolah. begitu sekali?

sejujurnya, aku tak perlukan penghargaan. aku hanya perlu orang sekeliling sedar, aku telah jalankan tugas aku. baik daripada pelajar, ibubapa, rakan2 guru dan pentadbir.

tugas guru bukan hanya mengajar. kena ingat tu. tugas guru juga adalah menjaga disiplin pelajar. dan tugas aku tamat apabila pagar asrama di mangga menandakan pelajar selamat di atas bangunan dan sudah masa untuk mereka tidur. itu tugas aku.




pelajar2 mungkin tak paham... tapi hati ni, bengkak memikirkan kelakuan kalian. teacher mungkin bukan seorang guru yang baik. tapi teacher dah cuba berikan yang terbaik. tak ada seorang guru pun yang mendoakan kegagalan pelajarnya. kejayaan kalian, kami rasa kemanisannya........... dari jauh. ya, teacher sedar, tugas teacher ni picisan saja. kejayaan kalian sebenarnya dari usaha keras yang kalian berikan selama ni.


aku syukur masih ada yang menghargai dan menghubungi diri ini. aku bersyukur mereka masih menganggap aku guru mereka. dengan itu, aku berterima kasih. aku amat menghargainya.



SELAMAT HARI GURU






p/s (i) : sayu rasa hati ni. aku bukan perlu penghargaan. ingatan sudah mencukupi. ucapan sangat besar maksudnya.






08052013 ~ 10.53pm
atas katil ~ rumah aku-kediaman warden KVK

Hari Mengundi PRU13

hai2 korang... sebenarnya hari ni aku rasa tak berapa sihat. entahlah kenapa... dari pagi perut ni bergelodak. then lupa pulak ada kelas, baru nak pergi sarap. so, bungkus dulu makanan terus pergi kelas. bila exam dah habis, tak tahu nak buat apa dengan budak2. so at the end, duduk saja2. diorang tido ke... berbual ke... aku main sudoku. hehe... nasib baik ada sudoku. kalau tak, mati kutu aku.

okay, entri kali ni nak story pasal hari kami semua pergi mengundi. mula2 aku seram jugak sebab mak kata tempat aku mengundi dengan makayah mengundi lain. arghhh... dahlah kali pertama mengundi, sorang2 pulak tu. oh maiii... takutnya. sekali cek, rupanya tempat sama. suami di permas sebab ikut alamat dia lah. so pagi2 lepas sarapan, kami ke tempat mengundi. oh panjang jugak beratur untuk cek betul tak kita mengundi di situ. terik pulak tu. Alleya yang sangat mak nenek bawak anak patung. so sambil2 beratur, sambil dodoi anak patung. nyampes!


nasib aku baik, dapat saluran 5 yang langsung tak panjang. ayah saluran 2, mak saluran 3. so semua pergi beratur. mak jaga alleya sebab barisan mak panjang gile. so siapa2 yang dah selesai kena jaga alleya. depan aku tak sampai 10 orang. then polis yg jaga tu tanya aku and perempuan depan aku, "pregnant ke?" so kami dapat priority. 5 minit je aku beratur kot. hehe... oh alhamdulillah, dimudahkan urusan. so... masa paling mencabar iaitu : MENJAGA ALLEYA. haha...


hoi, aku tak sangka tangan aku semontel ni... oh maigad! kami sudah mengundi! hehe... Alleya cam jakun tengok jari aku. aku pun selet2 sikit kat jari dia biar dia pun merasa. thennn... tibalah saat genting apabila dia berlari2 ke hulu kehilir. ayah aku belum selesai. mak aku tengah beratur. uncontrolable punya budak. berlari2 berdiri depan pintu masuk bilik mengundi. mak aku pulak berlari. sampailah mak aku dah dekat2 nak masuk bilik mengundi. aku bawak dia pergi jalan2 jumpa polis segala... mula2 lupa then dia berlari cari mak aku. mak aku dah masuk bilik. aku pegang tangan dia tak lepas, dia dah menjerit2. nampak aje mak aku keluar bilik mengundi dia berlari menjerit2 melalak2 menangis2... "nak undiiiii!! nak undiiii!!!" dia nak jari di cap jugak. bergema pusat mengundi tu dengan suara dia. hoho... terpaksalah dukung ke kereta. tak sudah nangis lagi... "nak undiii....!!! nak undiii!!!!"


then aku msg2 dgn cikna... dia dah selesai ngundi and nak jalan2. tiba2 dia msg dia on the way ke Angsana. so sebab lalakan budak ni tak berhenti, kami pun buat keputusan ke Angsana. nasib baik ada budak kenit ni sebagai penyelamat. kitorang tanya Alleya, "Nak pergi undi ke, nak jumpa Adik Nina?" esak esak esak... "nak Anina......" lega!


tak sempat2 kat angsana tu mencari2 Elena. aku nak pergi toilet kejap pun tak senang sebab si Alleya ni nak cari adiknya. mak ayah aku pergi tengok2 cermin mata dulu. so aku bawaklah Alleya ke bahagian tengah Angsana. ada dam ular yang amaaaaat besar. bergustilah mereka.

 

comel tak anak2 buah aku? Alleya memang tak lupa lagi pasal Elena gigit dia. tapi dia still gomol2 adik nak dukung2. Elena dah geram again. dah start gigit nasib baik baru gigit baju. tertarik baju Alleya. Alleya macam trauma terus terdiam. cikna cepat cakap kat Alleya, "Sori eh kakak..." dia pun angguk. "okay, soli soli..."


picture of the day. Elena now suka sangat berdukung dgn bapak aku. bila nampak bapak aku terus menjerit2 mintak dukung. then Alleya pun jeles, nak dukung jugak. boleh sakit pinggang Atok oi budak2...!






p/s (i) : hari ni malas nak balik tengahari jugaklah... nak stay kat sekolah je. tidur kat meja ni je.

p/s (ii) : tak sabar tunggu jumaat nak jumpa suami. hari ni hati sangat2 tak tenang.

p/s (iii) : hausnya tekakkk... nak minum air sejuk yg manis. hish!






08052013 ~ 12.45pm
meja aku ~ bilik guru-KVK

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com