hai2 korang... sebenarnya hari ni aku rasa tak berapa sihat. entahlah kenapa... dari pagi perut ni bergelodak. then lupa pulak ada kelas, baru nak pergi sarap. so, bungkus dulu makanan terus pergi kelas. bila exam dah habis, tak tahu nak buat apa dengan budak2. so at the end, duduk saja2. diorang tido ke... berbual ke... aku main sudoku. hehe... nasib baik ada sudoku. kalau tak, mati kutu aku.
okay, entri kali ni nak story pasal hari kami semua pergi mengundi. mula2 aku seram jugak sebab mak kata tempat aku mengundi dengan makayah mengundi lain. arghhh... dahlah kali pertama mengundi, sorang2 pulak tu. oh maiii... takutnya. sekali cek, rupanya tempat sama. suami di permas sebab ikut alamat dia lah. so pagi2 lepas sarapan, kami ke tempat mengundi. oh panjang jugak beratur untuk cek betul tak kita mengundi di situ. terik pulak tu. Alleya yang sangat mak nenek bawak anak patung. so sambil2 beratur, sambil dodoi anak patung. nyampes!
nasib aku baik, dapat saluran 5 yang langsung tak panjang. ayah saluran 2, mak saluran 3. so semua pergi beratur. mak jaga alleya sebab barisan mak panjang gile. so siapa2 yang dah selesai kena jaga alleya. depan aku tak sampai 10 orang. then polis yg jaga tu tanya aku and perempuan depan aku, "pregnant ke?" so kami dapat priority. 5 minit je aku beratur kot. hehe... oh alhamdulillah, dimudahkan urusan. so... masa paling mencabar iaitu : MENJAGA ALLEYA. haha...
hoi, aku tak sangka tangan aku semontel ni... oh maigad! kami sudah mengundi! hehe... Alleya cam jakun tengok jari aku. aku pun selet2 sikit kat jari dia biar dia pun merasa. thennn... tibalah saat genting apabila dia berlari2 ke hulu kehilir. ayah aku belum selesai. mak aku tengah beratur. uncontrolable punya budak. berlari2 berdiri depan pintu masuk bilik mengundi. mak aku pulak berlari. sampailah mak aku dah dekat2 nak masuk bilik mengundi. aku bawak dia pergi jalan2 jumpa polis segala... mula2 lupa then dia berlari cari mak aku. mak aku dah masuk bilik. aku pegang tangan dia tak lepas, dia dah menjerit2. nampak aje mak aku keluar bilik mengundi dia berlari menjerit2 melalak2 menangis2... "nak undiiiii!! nak undiiii!!!" dia nak jari di cap jugak. bergema pusat mengundi tu dengan suara dia. hoho... terpaksalah dukung ke kereta. tak sudah nangis lagi... "nak undiii....!!! nak undiii!!!!"
then aku msg2 dgn cikna... dia dah selesai ngundi and nak jalan2. tiba2 dia msg dia on the way ke Angsana. so sebab lalakan budak ni tak berhenti, kami pun buat keputusan ke Angsana. nasib baik ada budak kenit ni sebagai penyelamat. kitorang tanya Alleya, "Nak pergi undi ke, nak jumpa Adik Nina?" esak esak esak... "nak Anina......" lega!
tak sempat2 kat angsana tu mencari2 Elena. aku nak pergi toilet kejap pun tak senang sebab si Alleya ni nak cari adiknya. mak ayah aku pergi tengok2 cermin mata dulu. so aku bawaklah Alleya ke bahagian tengah Angsana. ada dam ular yang amaaaaat besar. bergustilah mereka.
0 comments:
Post a Comment