hai korang... ceh, 2 entri aku update hari ni. sebenarnya takmo update pun. tapi tak sengaja come across a video di youtube about Hari Guru. versi lawak tapi ada lah mesej nya... dan... menyentuh hati aku. memang simple je video dia but aku rasa nak nangis.
aku seorang guru.
sebelum menjadi guru, aku pernah menjadi guru praktikal dan guru ganti untuk beberapa bulan. sekolah pertama aku ajar ialah SM Teknik Perdagangan, JB lebih kurang bulan April hingga Mei tahun 2008. ganti cikgu cuti bersalin. hanya untuk 2 bulan, mungkin kurang sebab masuk cuti sekolah sekali. sebaik habis mengajar, start praktikal di SM Teknik Azizah, JB. di situ selama 14 minggu kalau tak salah aku. tak termasuk cuti sekolah. rasanya sampai cuti sekolah akhir tahun 2008 kot. sehabis belajar tahun 2010, aku mohon KGSK iaitu sebagai guru sandaran di PPD dan alhamdulillah, rezeki aku cepat. keesokan harinya, aku dipanggil mengganti cikgu yang patah kaki di SMK Tasek Utara, JB. syukur sebab dekat dengan rumah dan dekat dengan opis mak. di sana, aku mulai bertugas 22Julai2010 sehingga cuti sekolah bermula tahun yang sama. kenangan terindah. berat hati tinggalkan sekolah berkenaan.
dan akhirnya, aku berjaya interviu dan di tempatkan di Kolej Vokasional Kluang pada 2011 yang dulunya namanya SM Vokasional Kluang. masih lagi bertugas hingga kini.
apa yang kita pikir tentang seorang guru (ini dari sudut pandangan peribadi),
seorang guru mengajar satu subjek, maka beliau hanya menguasai 1 bidang sahaja. jadi pelajar lagi berat bebanannya dari seorang guru. satu hari guru mengajar lebih kurang 3, 4 masa sahaja. sedangkan pelajar kelasnya dari 7.30 pagi hingga 1.00pm atau lebih atau hingga ke petang. seorang guru hanya pandai mengajar, memberi tugasan, mengutip buku2 latihan, menanda dan kembali berulang benda sama. tugas guru selesai apabila waktu persekolahan selesai. banyak lagi yang aku nak tulis tapi tak terluah.
realiti hidup aku sebagai guru,
tahun 2011. aku mulai rentak perlahan. aku jarang marah, jarang masuk campur hal pelajar. masuk penggal kedua, aku mulai mengambil tindakan. mulai masuk campur hal pelajar. dan mulai menjadi buah mulut pelajar. aku tidak sedar sebab bagi aku, aku menjalankan tugas. aku buat apa yang telah ditugaskan. mungkin aku terlampau tegas. atau mungkin aku memang telah terdidik sebegitu. tapi penerimaan pelajar? mereka lebih suka tidak dipantau, tidak dijaga dan lakukan semua yang mereka inginkan. tanpa teguran dari aku, seorang guru, seorang warden asrama. aku pernah diperli oleh pelajar sendiri dengan hukuman yang aku laksanakan ke atas mereka. sentap tapi aku tak boleh melatah. aku guru, pemikiran aku patutnya lebih matang. pada minggu terakhir sebelum peperiksaan SPM, datang seorang pelajar. sangat ingin berjumpa dengan aku. mulanya aku pelik, yelah, aku hanya mengajar bahasa inggeris, 3 masa seminggu. tidak seperti guru bengkelnya yang lebih banyak masa dengannya seminggu. ya, dia pelajar asrama, bawah jagaan aku. dia duduk di lutut aku. mintak ampun, mintak maaf. aku tersentak. rupanya selama ini, apa yang aku lakukan, apa yang mereka kutukkan aku di belakang. aku baru tahu. selama ni, aku tidak pernah menyangka yang mereka, pelajar2 aku, warga2 aspuri tidak sukakan aku. baru aku tahu...
tahun 2012. aku masih rentak yang sama tapi lebih mudah didekati. aku akan hukum pelajar yang membuat masalah. tapi at the same time, aku boleh berbual mesra, bergurau dengan mereka. aku taknak ada pelajar lakukan seperti 2011 terjadi lagi. bukan aku serik. aku cuma tidak mahu ada pelajar yang mengutuk di belakang. jangan ditambah dosa mereka. tapi... semakin ramai. semakin aku sedih. semakin rasa, aku tidak patut rapat dengan pelajar. aku tahu ramai tak suka aku. tapi tugas tetap tugas. aku tetap jalankan. dan seperti biasa. SPM bakal menjelang, ketika itulah semuanya terbongkar. bengkak rasa hati ni. sampai hati mereka. sampai hati mereka. sampai hati mereka. sangat2 aku rasa terluka. apa yang aku salah sebenarnya? mereka fly asrama, apa patut aku buat? belai manja mereka? begitukah? hati aku lagi bengkak memikirkan seorang pelajar yg aku senangi. minggu sebelum SPM, terlibat dengan masalah beramai2. dipanggil dengan pengetua dan dimarahi semua. dan dia tunjukkan protes hinggalah ke hari ini. walaupun dulu, aku dan dia rapat, bersua ketika dia mengambil result SPM seperti aku ni seorang yang tidak penting baginya... apa salah aku?
tahun 2013. hati aku makin membengkak. rasa tak sanggup dah duduk sekolah ni. orang suka pertikaikan apa aku, rakan2 guru buat. sepertinya kami tidak menjalankan tugas dengan betul. benarkah? bagaimana mereka tahu? mereka memerhati kami 24jam kah? sehingga kami dilabel tidak jalankan tanggungjawab? pelajar semakin...... susah aku nak terangkan. bila mereka buat salah, rupa mereka tak puas hati. macam nak marah aku balik. aku janji dengan diri, taknak masuk campur hal pelajar lagi. jika ada masalah, biar pentadbir tangani. tapi... bila masalah disiplin terjadi, aku tak boleh biarkan. dan kini, aku menghadapi masalah kerana terlampau tegas. aku... kenapa harus aku? pengetua pula seperti mempertikai keupayaan aku sebagai guru, warden. kerana satu kesalahan, mempertikai perkhidmatan yang telah aku berikan pada sekolah selama ini. kenapa mereka tak hargai aku? aku tak laksanakan tugas aku ke selama ni?
di sekolah ini pun, aku belajar... yang kita tak boleh minta pelajar menghargai kita. kita tidak boleh minta pelajar menghormati kita. di hari guru, kami guru2, makan hati dengan peratusan kedatangan. apatah lagi penglibatan pelajar dalam majlis sambutan hari guru. sedih rasa hati bila ada guru2 beria-ia mengajak pelajar masuk dewan bersama2. sedih bila melihat mereka seakan merayu supaya pelajar jangan pulang awal sehingga sambutan tamat. hingga perlu menghukum baru mereka kekal di sekolah. begitu sekali?
sejujurnya, aku tak perlukan penghargaan. aku hanya perlu orang sekeliling sedar, aku telah jalankan tugas aku. baik daripada pelajar, ibubapa, rakan2 guru dan pentadbir.
tugas guru bukan hanya mengajar. kena ingat tu. tugas guru juga adalah menjaga disiplin pelajar. dan tugas aku tamat apabila pagar asrama di mangga menandakan pelajar selamat di atas bangunan dan sudah masa untuk mereka tidur. itu tugas aku.
pelajar2 mungkin tak paham... tapi hati ni, bengkak memikirkan kelakuan kalian. teacher mungkin bukan seorang guru yang baik. tapi teacher dah cuba berikan yang terbaik. tak ada seorang guru pun yang mendoakan kegagalan pelajarnya. kejayaan kalian, kami rasa kemanisannya........... dari jauh. ya, teacher sedar, tugas teacher ni picisan saja. kejayaan kalian sebenarnya dari usaha keras yang kalian berikan selama ni.
aku syukur masih ada yang menghargai dan menghubungi diri ini. aku bersyukur mereka masih menganggap aku guru mereka. dengan itu, aku berterima kasih. aku amat menghargainya.
SELAMAT HARI GURU
p/s (i) : sayu rasa hati ni. aku bukan perlu penghargaan. ingatan sudah mencukupi. ucapan sangat besar maksudnya.
08052013 ~ 10.53pm
atas katil ~ rumah aku-kediaman warden KVK
we were made for each other...
EVERYTHING ABOUT YANNA
My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life
Wednesday, May 8, 2013
aku seorang guru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment