hai2 kalian... aku sebenarnya dah kebosanan tak tahu nak buat apa kat sekolah ni. jadi hari ni menjadi pemerhati setia di bilik guru ni. sambil2 buat sudoku dalam The Star. susah pulak sudoku hari ni punya. sampai mengantuk aku buat sebab buntu dah tak reti. tapi usaha jugak. hehe... berjaya! dan hari ni dok tengok2 budak2 kena marah sebab tak ikut arahan. susah pulak bila peti sejuk jual air koperasi sekolah diletakkan di bilik guru. budak keluar masuk, tak tutup pintu. hmm... panas jadi bilik guru ni.
okay2, entri kali ni... about TTC again. last entry aku pasal TTC rasanya bulan 1 time aku nak pergi x-ray HSG. dan hari ni.... aku nak khabarkan berita gembira. Alhamdulillah, Allah beri kami kesempatan untuk merasa nikmat mengandung dan doa kami supaya anak ini dapat lahir dengan sihat dan sempurna. nak tahu kisahnyaaaaaaa? kalau taknak tahu pun, aku still nak cerita.
okay, seperti yang aku cerita dulu, appointment pertama dengan doktor sakit puan di HSA adalah pada 10JANUARI2013. hari berkenaan ialah hari kedua kitaran period aku. pada hari berkenaan juga, doktor telah bagi appoinment x-ray HSG pada 17JANUARI2013. syarat buat HSG ialah, period kena betul2 bersih dan jangan bersama suami. sebab takut ada janin dan x-ray sangat merbahayakan anak didalam kandungan. jadi selepas semua2 ni, next appoinment aku di O&G HSA adalah pada 26FEBRUARI2013. lebih kurang sebulan lah selepas x-ray sebab nak tengok result semua.
alkisah, kitaran haid aku selalunya 30 atau 31 hari. tapi tahun lepas ada 2 kali 36 hari. false alarm jugaklah sebab bila dah lewat tu rasa seronok lah entah2 ada baby kan. tapi akhirnya period. sedih kan? jadi pada 8FEBRUARI2013 adalah hari 31 kitaran period aku. cool lagi. kemudian lewat sehari, lewat lagi, lewat lagi, lewat lagi... kebetulan pulak ketika tu cuti sekolah seminggu raya cina. so aku duduk dengan suami di Melaka. makin lewat period, makin seronok tapi at the same time, makin takut kalau tiba2 period, mesti harapan yang semakin membukit tu jatuh merudum. sedihh...
jadi pada hari Jumaat, 15FEBRUARI2013, hari ke 38 masih lagi tidak period. kiranya aku dah lewat seminggu. tak pernah lagilah aku lewat selama seminggu kan. so suami cadangkan beli UPT. dia kata biar tahu sekarang. kalau negatif, sekurangnya harapan tak semakin menggunung. kalau dah 2 minggu lewat sekali cek negatif, mahu menangis kan. aku pun banyak google2 mana tahu kelewatan ni disebabkan x-ray HSG menganggu kitaran haid dan hormon aku. ada jugak some cases. sebab tu aku pun bersetuju dengan suami, sebab takut makin kecewa kan. kami dah berbulan2 kecewa jadi taknaklah kelewatan period ni menambah kekecewaan. so....... carilah UPT di Melaka. hoi, Melaka ni kena bukak lebih banyak farmasi lah. kalau JB, bersepah2 farmasi. ni dah jumpa 1 farmasi tapi hanya ada 3 pilihan UPT. ada sejenis 99% accurate lagi 2 ialah 95% accurate. so aku ambillah yang 99% accurate tu. dengan harga yang agak mahal. selalunya beli UPT harga rm11++ je tapi tulah, Melaka should improve their farmasi. guardian and watson pun tak banyak.
aku beli clearblue yang digital harga rm23 kalau tak salah. kalau positif dia akan tunjuk simbol tambah. kalau negatif, simbol tolak. jadi kali ni, aku cakap, suami aku kena titiskan air kencing di atas UPT tu. sebab selama ni aku yang buat and sentiasa kecewa. so, kali ni kalau kecewa, dia yang tengok dulu. dannnn.... ini resultnya. sorry agak blurr. kamera hp tak berapa nak banyak pixel dia kan. hehe... syukur.
tak terkata kegembiraan kami. suami terus sujud syukur. ya Allah, begini rupanya rasa kebahagiaannya. terima kasih kerana memberi kami peluang merasai nikmat-Mu. petang tu terus balik JB. singgah klinik nak terus scan kononnya. hehe... tapi anggaran dalam 5 minggu tak nampak hape2. haha...
yang bawah ni sebagai hadiah hari jadi untuk diri sendiri. ajak suami, mak and Alleya ke klinik keluarga untuk scan. lebih kurang 8 minggu. masih lagi kecil so doktor suruh datang lagi 2 minggu. tapi sudah cukup mengesahkan there's something growing in my tummy. Alleya pun seronok tengok sampai melalak2 nak tengok baby di skrin ultrasound. so aku bagi dia pegang gambar scan. dah mula sayang baby. hehe... be a good sister ya!
so selepas 2 minggu, aku pun kembali ke klinik berkenaan. dalam masa 2 minggu dia membesar 2 kali ganda. hehe... gembira hati kite ni! paling penting setiap kali scan aku akan tanya doktor, "jantung dia okay doktor?"
seminggu kemudian ada appoinment di HSA lagi. tengok perbezaan baby dalam masa seminggu ni. beza kannnn? doktor kata tu tangan dia. hehe...
disebabkan aku buat pemeriksaan di 2 klinik berlainan so banyaklah gambar2 scan. yang pergi klinik persendirian pun lain pulak. hehe... bawah ni pada minggu ke 14. dah nampak bentuk. syukur, gembira aku tengok. siap gerak2 lagi boleh nampak. teruja dan alhamdulillah, jantungnya juga sihat...
so currently i'm reaching 18 weeks. ni scan pada last week. sebab kakak2 kat sekolah recommend doktor ni. memang baeeeeeeek sangat lembut. doktor cina lelaki. scan ni aku pun tak berapa ingat apa dia tapi aku rasa dia tunjukkan organ2 dalaman. kalau tak salah akulah. scan dia agak canggih so aku macam jakun sampai lupa apa yang dicakapkannya. hehe...
bersyukur sangat ke hadrat Ilahi kerana memberi kami peluang merasai salah satu nikmat-Nya. akhirnya, usaha dan doa kami termakbul. tak tergambar oleh kata2. setiap hari kerisauan tak pernah kendur. setiap hari aku risau, anak ni cukup makan tak? anak ni dapat nutrien yang sepatutnya tak? jantung anak sihat tak? bagaimana perkembangan dia di dalam tu? kalaulah tiap2 hari boleh scan, memang aku buat punya. haha... esok next appointment di klinik kesihatan kluang. semoga semuanya dalam keadaan sihat.
people may not know what i have gone through to get pregnant. they don't even know how hard the feeling i need to carry. and getting pregnant for me, is a miracle. KUN FAYAKUN. anything will happen with HIS say. syukran Ya Allah.
p/s (i) : bila nak rasa pergerakan anak kat dalam ni...
p/s (ii) : haus pulak bila makan keropok ni banyak2.. ngantuk pun ya. hmmm...
p/s (iii) : mohon2 suami dapat pelepasan hari Jumaat. so esok boleh jumpa dia...
15052013 ~ 11.58am
meja aku ~ bilik guru-KVK
3 comments:
banyakkan baca ayt Quran k sis , hopefully sbgai penenang fr you and dgn harapan moga upcoming baby will be a better muslim then :)) congrats !
Saya dah lewat seminggu tapi cek still negatif..alahai..
kalau negative selepas seminggu tu, sy rasa memang negative. tp kalau masih lg tdak period, cek upt lg. klu masih negative, dapatkan khidmat doctor
Post a Comment