we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Wednesday, January 29, 2014

working mother and wife

hai2 you ols... semalam aku baru update. hari ni update lagi. banyak kerja sebenarnya, tapi otak ni macam dah switch off. nak on dia takmo pulak. masih lagi berusaha. jadi sambil2 tu kita update entri sekejap. lepas ni dia on ke, off kee... kena paksa jugak buat kerja. ui, badan sakit macam nak baring je rasa. haish!

entri kali ni aku nak cerita pasal pengalaman aku lebih kurang 2 minggu menjadi ibu, isteri dan pekerja. as you all know, aku baru je naik bekerja pada 15Jan2014. so lebih kurang 2 minggu lah. dan pada 14Jan2014, officialnya kami tinggal asing daripada mak dan ayah aku. excited to expect the experience of staying together as husband and wife with our baby.

overall, happy, awesome! hias2 rumah... beli2 barang rumah. seronok je rasa. rasa tak puas lagi nak menghias dan membeli tapi kena stop sekejap sebab masing2 busy bekerja. balik je dah letih. weekend je balik Impian Emas. huhu... kena balik, kang bising mak ayah aku. bukan nak jumpa aku pun tapi nak jumpa Umar Aryan. nanti tengah minggu macam hari rabu ke, dia akan call, tanya itu tanya ini... last2, "malam ni mak ayah datang ya. tak tahan dah rindu Umar ni". haha... sabar jelah.

ini bukan sesi merungut tapi ni sesi meluahkan sedikit pengalaman sebagai ibu, isteri yang bekerja. yes, aku banyak simpan cita2. nak jadi isteri yang terbaik. masak, jaga makan minum suami, kemas rumah, basuh baju, segala2 yang boleh dipikirkanlah bila berkait tugas2 seorang isteri. tapi... aku perasan, badan ni tak mampu nak buat segalanya. kerja memang tak berat. yelah, aku ni cikgu aje. tapi bila balik tu memang badan rasa penat sangat. lagi2 minggu ni... dan beberapa kali aku rasa nak tumbang. rupanya, low blood pressure. nak naikkan darah macam mana eh? sebab tak suka rasa bila berdiri rasa macam badan terhuyung hayang macam nak jatuh. hmmm...

sebagai ibu, aku teringin sangat nak balik main2 dengan anak. tapi dek kerana bila balik kena uruskan rumah pulak, masa bermain dengan anak jadi singkat. ini bukan mengeluh, tapi reality yg aku rasa setiap ibu bekerja hadapi tapi susah untuk meluahkan. hati ni rasa sebak je tengok anak. rasa nak peluk pegang lama2 tapi tak dapat sebab desakan kerja. bila kat rumah, dapat tidurkan dia dalam pelukan rasa leganya. tapi terpaksa letak anak di tempat tidurnya sebab desakan tugas2 di rumah pula. bila anak ajak berbual, ketika itulah kita kena pergi kerja. bila anak tegur2 nak bergurau, ketika itulah kena memasak dan mengemas. ya, aku bukan mengemas dengan detailnya. tapi masa untuk mengemas itu bukan pendek. memasak apatah lagi.

jadi, suami lah memainkan peranan dalam membantu isteri untuk meringankan beban. aku tak cakap suami tak banyak kerja. tapi jika diberi perbandingan, beratnya lebih pada isteri.



busy ni hanya sementara. I want to go home to this angel.







p/s (i) : minggu depan plannya nak start tuisyen pulak. mampukah aku?

p/s (ii) : nak amik Shaklee betul2. nak tambah susu untuk Umar. sian dia tak cukup susu. badan pun rasa macam susut sikit...

p/s (iii) : okay, berehat sekejap sebelum sambung buat kerja.






29012014 ~ 3.06pm
meja aku ~ bilik unit subjek umum-ILPPG

Tuesday, January 28, 2014

Piala Presiden dulu dan sekarang

hai2 you ols... minggu ni hectic sikit. minggu orientasi pelajar baru KV di ILP. malam pun kena datang. memang tak cukup rehat lah senang cakap. tapi takpe, boleh claim cuti book off. maksudnya, macam OT tapi dibayar dengan cuti. huhu... okaylah daripada kena datang kosong2 je. sekurang-kurangnya 4 hari datang malam, dapatlah 3 hari cuti ganti. jadi, kena bertahan lagi 2 malam. oh gosh...

orait, kali ni aku nak cerita pasal piala presiden 2 tahun lepas dan sekarang. kenapa tiba2 aku timbulkan pasal benda ni? sebaaabbb... bukak2 fb ternampak satu page baru pasal budak2 presiden ni. wah, tak tahannnn... siap ada page fb sendiri. plus, mereka2 ni macam dah ada peminat sendiri. letaklah status atau gambar yang simple. example : "bosan"... tengok2 bawah dia 100+ likes and komen ada 71. what? status aku pulak yang berbaur gurauan ataupun serius, 5 likes dan 10 komen dimana 5 komen milik aku. haha... haruslah sedar diri ya.

sebenarnya... aku kagum dengan semangat B.O.S dan IJF supporters kuar JDT. tapi entahlah, maybe aku berdoa lebih yang mengharapkan mereka bukan lalang. yelah, bila JDT diperkenalkan dan banyak pembaharuan yang telah dilaksanakan, barulah Nampak dunia bola di negeri Johor ni semakin berkembang dan bersemangat. aku maybe emo terlebih ni sebab beberapa budak Presiden ialah bekas pelajar aku. biarlah orang nak cakap aku mengajar diorang sekejap je. but aku rasa aku spend masa dengan diorang banyak jugak. after school. apabila mereka banyak game di Kluang.

2 tahun lepas, 2012. aku masih bekerja di Kluang. dan piala presiden home di Kluang. memang aku sangat bersemangat setiap kali mereka datang Kluang. aku dapat jumpa anak2 murid aku. gembira tu... ingat senang dapat jumpa diorang? game Isnin dan Khamis. entri masuk rm2. nak tahu perbezaan? penonton sangatlah tidak ramai. duduklah mana2 pun korang nak. nak duduk jauh, dekat, tinggi, rendah. dan aku yang datang selalunya second half of the game disebabkan habis waktu bekerja pukul 5pm, senang2 je dapat parking DEPAN BAS SKUAD PIALA PRESIDEN JOHOR. ha, Nampak tak aku nak tegaskan betapa tak glamournya diorang ni. aku parking surelah depan pintu gate stadium, depan bas diorang selalunya. senang nak lepak2 berbual sebelum diorang naik bas balik JB.

tahun lepas, home mereka di Pasir Gudang. aku still di Kluang, tak dapatlah nak menonton dan Alhamdulillah aku dapat pindah ke ILP Pasir Gudang. haha... rezeki untuk menonton Piala Presiden nampaknya... tapi kali ni menghadapi kesukaran. sebabnya... penonton bertambah dan aku terpaksa parking jauh. hmm... dengan keadaan diri sedang mengandung, aku elakkan untuk parking jauh dan menonton sorang2 pulak tu. kalau kat Kluang pun aku tonton sorang2. tempat duduk pun senang nak dapat. sekarang, macam kena, "tumpang lalu... tumpang nak jalan..." barulah dapat tempat duduk. penonton semakin ramai dan.... ada B.O.S lah datang menyorak... hmmm... bukan aku tak suka. but where were you the year before? dalam masa beberapa bulan je tiba2 piala presiden ada supporters yang begitu ramai. hmmm... where were all of you last year? you datang tengok bola sebab mereka semakin hebat ke? where were you bila mereka sedang mendaki bidang ni? mana awak semua ketika mereka perlukan sorakan semasa mereka down kalah sentiasa? manaaaaa???!!



JIKA TIDAK MAMPU MENYOKONG KETIKA KALAH, JANGAN MENYORAK KETIKA MENANG

love the quotes. harap supporters Johor kekal begini selamanya...


kalau fans Johor Presiden, surelah kenal dengan wajah ini kan? gambar ni di ambil pada tahun 2011. ketika mereka 17 tahun. bermain untuk Piala KPM. ya, dia ni lah star Johor sekarang. siapa pernah tahu yang pada tahun pertama dia di Skuad Presiden, dia bukanlah pemain kesebelasan. jarang2 dapat main sampai dia give up nak quit Presiden. pernah dia mengamuk selepas game, "training macam nak mampus, dapat main 10 minit je". akhirnya bila dia tekad nak berhenti, coach bagi peluang dia bermain dan Alhamdulillah. semakin diberi kepercayaan sehinggalah sekarang. now, dia adalah top scorer.

                                              ihsan gambar dari The Photoshooterz

ha ya, tu lagi 1 pembaharuan, siap ada official photographer you ols... dan dengar katanya, dalam review yang aku baca di FB, penonton untuk game pembukaan presiden semalam, penonton lebih kurang 1000. hmmmmmmmm... ramai sungguh!


apa2 pun Alhamdulillah... aku bersyukur mereka berjaya dalam bidang yang mereka minati. dalam hati kecil cuma berharap, mereka tak lupakan aku. tapi, someone once told me, "the students will grow up and we have to let them go".

                                              I miss them a lot. them. my students.





p/s (i) : entri ni dibuat sebab baru lepas tengok gambar2 mereka di FB.

p/s (ii) : hope to meet them. in a group. like we used to.

p/s (iii) : okay, mood swinging sikit. bukan swing tp actually badan dan mental sangat penat. minggu ni jeee... sabar2...







28012014 ~ 2.12pm
meja aku ~ bilik subjek umum-ILPPG

Monday, January 20, 2014

gerek-gerek dah dewasa :)

hai2 you ols... hari ni hari ketiga aku start bekerja selepas maternity leave. fuh, patutnya takde kelas hari ni tapi kena ganti cikgu MC. kering dan perit jgk tekak. diorang ni tak berubah lagi rupanya... macam mana nak jadi cikgu yang digeruni eh? eh, aku taknak jadi digeruni. aku nak jadi dihormati. nak bising tak kisah tapi asalkan bila aku bercakap tu, dengarlah. hmmm... macam mana? macam mana?

okay, as you all know, aku dah tinggal berdikari dengan suami dan anak. so, apa2 semua kami kenalah handle berdua. penat jugak masuk rumah ni. padahla rumah sewa je. nanti aku tunjuk2 sikit gambar rumah sewa aku eh. hoho... walaupun rumah sewa tapi beria jugak aku. yelah, first time tinggal asing dari makayah. selain Kluang. dan kini bersama suami dan anak. huhu... suka sangat!

dannn... rumah kami terletak berhampiran dengan salah seorang bestfriend suami aku. kalau korang follow cerita aku, suami aku ni bestfriend ada 4 orang. salah seorang tinggal depan rumah. haha... 2 orang ada di KL. dan seorang bekerja di Pahang. kalau diorang balik, janganlah dihalang nak melepak. memang akan cari cara jugaklah macam mana nak lepak. kikiki... suami pun ambil peluang nak bershisha. yelah, dengan siapa lagi nak bershisha kan. takkan dengan aku pulak. kikiki... dulu dia bawak aku and Alleya. macam pelik pun ada. hoho...

yok lihat wajah mereka ketika zaman muda remaja...





orait, jom ke arah lebih matang sedikit. ketika majlis pertunangan aku dan suami pada tahun 2010..

 
 
ini wajah mereka pula pada hari persandingan aku pada tahun 2011...
 
 
pada tahun yang sama juga. majlis pertunangan am bersama amalina.
 
 
sorry gambar ramai2 masa am nikah dan kahwin tak jumpa pulak. yg takde masa am kahwin hanyalah Ale sebab dia kerja di Kemboja that time.
 
 
jadi dah 2 pasangan melangsungkan perkahwinan. lagi 3 still single. pada tahun 2012, Arif melangsungkan pertunangan. maaf, gambarnya pun takde. dan 2013, Ale memulakan langkah dengan bertunang jugak. gambar ramai2 takde jugak. huhu...
 
 
dan menamatkan zaman bujangnya pada 2013 ialah incik Mamat bersama Raynusha. syukur Alhamdulillah. jadi 3 done, 2 to go. hehe... kali ni Am pulak takde sebab dia offshore.
 
 
 
 
sudah semakin dewasa masing2. oh gosh... aku makin tua. body clock ticking to 28. hoho... Alhamdulillah kami dikurniakan Muhammad Umar Aryan. semoga Umar mendapat ramai kawan2 daripada Uncle-uncle Gerek2. huhu...
 
 
 
 
 
 
 
 
p/s (i) : orait, dah penuh. jom g pam.
 
p/s (ii) : minggu ni minggu gaji. yeehaaaa! duit terus habis bayar hutang. hoho...
 
p/s (iii) : menyampah menyampah menyampah. kalau hargai lain ceritalah kan.
 
 
 
 
20012014 ~ 12.51pm
meja aku ~ bilik Unit Subjek Umum-ILPPG

Monday, January 6, 2014

blissful blessed 2013

hai2... aku nak update blog dari sehari ke sehari, tak dapat2. akhirnya hari ni aku nekad untuk update blog. huhu... dah tidurkan Umar tadi. tapi terjaga lah pulakkkk... ni dia tak tidur tapi aku biar je dia main sorang2. huhu... kadang2 kalau mood dia baik, dia main sorang2, ngantuk terus tidur sendiri. kalau dia nangis, aku angkatlah dodoi kejap. bagi susu ke... sampai dia tidur atau tak nangis. baiknya anak ini!

okay, entri yang tertangguh2 ni... nak cerita happenings in 2013. a challenging yet a blissful year.


Januari 2013
nothing much happened in this month. except sending lil bro back to Melbourne. dia bercuti sebulan akhir tahun tu. 5Jan its time to go back Melbourne. as usual, aku mesti nangis bila nak berpisah. huhu... serabai ni. dan keesokan harinya, masa untuk balik ke Kluang. mak dan ayah nekad nak kemas asrama aku. perghhh... daripada comot ke heaven wooo...




Februari 2013
bulan keramat. 2 benda terjadi dalam kehidupan kami sekeluarga. pertama ialah perginya nenek kesayangan aku. semoga dia ditempatkan di kalangan kekasih-Nya... gambar ni diambil ketika aku fetch suami di airport. aku dah sampai kelantan dulu, selepas perginya Tok Yam, baru suami gerak balik jugak. dan event kedua terpenting yang terjadi bulan tersebut ialah, aku disahkan hamil. ceria dalam duka.




Mac 2013
first scan baby kami. we waited until my 27th birthday. kiranya ia hadiah hari jadi untuk aku. masih terlampau kecil lagi. tapi alhamdulillah, ia anak kami. dan juga dalam bulan ni, hari jadi yang pertama my angel Natasha Helena. budak bulat busuk ni!




April 2013
benda yang dah lama ditunggu2. abangku menamatkan zaman bujang. haha... alhamdulillah.



Mei 2013
my angel Alleya Adini turns 4 years old. so we double celebrate Alleya and Helena's birthday in one party. he... comel sangat diorang ni. sepak baru tahu. hehe... and in this month also, we went to Melbourne! me, my husband and atiqah. yes yes... kami depart 31mei. hehe...




Jun 2013
jalan2 melbourne. tapi salah percaturan sebab trip toooo short. tak puas! uhuk2... nak pergi lagi. tapi... sekarang dah ada Umar kena pikir 2, 3 kali. kena pikir kesihatan anak lagi. huhu... tunggu dia besar sikit lah ye. dannn... selepas berhuhahuha di Melbourne, next weeknya aku dimasukkan ke hospital sebab ketuban bocor. hoho... ha, hamek!




Julai 2013
haih... mengeluh lagi. again dimasukkan ke hospital sebab doktor suspek ada jangkitan kuman. hmmm... kasihan anak dalam perut ni. tak putus2 kami berdoa semoga anak ini selamat. sihat dan sempurna. dan alhamdulillah, dalam bulan ni jugak aku mendapat berita yang aku dapat tukar ke JB. wuhuuu... takpe walau jauh dari suami tapi dekat dengan family.




Ogos 2013
masuk sekali lagi hospital. kali ni keracunan makanan pulak. nasib baik 2 malam je. bersabarlah wahai hati... dannn... kami menyambut anniversary couple kami yang ke-9. alhamdulillah, semoga jodoh kami berkekalan...




September 2013
celebrated husband's 27th birthday. we decided to go low. went for dinner and movie. i love you sayang. i want to celebrate our birthdays together until death do us apart. and this month also, all out shopping for baby. hehe... habis duit woo...




Oktober 2013
biggest thing happened to us. lahirnya Muhammad Umar Aryan ke dunia. ya Allah, tak tahu nak describe macam mana perasaan seronok dah ada anak. tapi hanya sehari kemudian Umar dimasukkan ke wad. selama 2 minggu hari2 ku ditemani air mata. uhuk2... dan pada usia 13 hari, Umar dibenarkan keluar. alhamdulillah... dan dalam bulan ini juga, kami menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang kedua.




November 2013
bulan habis pantang. hehe... tapi belum habis pantang dah ajak mak keluar berjalan. day 29, kami pergi ke baby fair di Persada. hehe... seronok!




Disember 2013
majlis aqiqah Umar Aryan. dah botak anak mama ni. hehe... 




overall, 2013 adalah sangat2 bermakna. di mana kehidupan naik turun kami. dan akhirnya kami mendapat zuriat. 2011, kami membina masjid. 2012, kami menikmati kehidupan. 2013, kami membina keluarga. dan harapan 2014, membina kehidupan. semoga kehidupan kami lebih baik dan stabil selepas ini. dapat memberi kesenangan kepada keluarga. insyaAllah...






p/s (i) : lama menaip. review every month last year. sambil menjaga anak.

p/s (ii) : okay, nak biskut. dah habis pulak stok biskut. nasib baik ada nutella. spread on cream cracker.

p/s (iii) : few more days to enjoy the holiday. 12Jan2014 naik kerja.






06012014 ~ 12.43pm
depan tv ~ ruang tamu-rumah Impian Emas

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com