we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Sunday, November 29, 2009

hari bersama 'yanna no yatt'

yanna no yatt? dalam bahasa jepun, 'no' tu maksudnya 'punya'. macam kepunyaan lah. jadi 'yanna no yatt' tu maksudnya 'yanna punya yatt'. hehe... yatt tu dulu panggilan manja untuk gerek. maksud dia? adalah... hehe...

hari ni patutnya nak keluar awal2 pagi lagi. but takut parents i kang bising pulak. so gerek ambil sedikit lambat daripada target. dia sampai dalam 11 lebih. hehe... nak sehari suntuk dengan dia. yelah, esok dia dah nak gerak ke KL. selasa dah lapor diri sebagai penjawat awam. tak tahu lagi aturcara perjalanan dia ke sana macam mana. jadi, hari ni... hari meluangkan masa bersama gerek saya.

tujuannya mestilah mahu menonton wayang jugak. berbulan2 aku tunggu cerita ni... THE TWILIGHT SAGA : NEW MOON. overall, aku puas hati sebab jalan cerita dia tak lari dari buku. even ramai kawan2 aku quite disappointed dengan new moon but aku happy gile. maybe mood aku pun happy, jadi aku suka semuanya yang berlaku hari ni. hehe...

new moon basically memang sama dengan buku. ada lah scene2 yang tidak di masukkan tetapi secara dasarnya, semuanya hampir sama dengan buku. ada sedikit lain tapi boleh lah di cover. lain dengan twilight. lain gile dengan buku nya... banyak sangat lainnya. tapi kalau compare movie twilight and new moon, lagu2 dalam twilight lagi best. dalam new moon macam tak lekat di ingatan. suka action masa edward lawan dengan felix. memang smart lah. but... rindu cullens family. dalam new moon ada 2 scene je diorang gather. ish... tapi apa2 pun 5 bintang untuk new moon (vote ni agak berat sebelah kerana aku memang minat cerita ni... hehe...)

okay, ni cerita pasal hari aku pulak... niat di hati nak tangkap gambar gerek banyak2. yelah, nanti kang dah jauh................... uhuk2... inilah antara2 nya... gambar2 koya gerek saya. hehe...














dah tengok wayang... apa lagi... makanlah... hehe... kali ni, destinasi kami : THE MANHATTAN FISH MARKET. yummy... dah lama kecur. yelah, orang2 dok cerita ikan fresh kan. nak juga merasa. so inilah makanan kami... maaf, tak ingat nama. Manhattan Fish Platter kot... hehe... panjang malas nak ingt. hehe...


air kami... gerek : Alabama chocolate smoothie... yanna : ice lemon tea je (ni penyelamat sebab aku tahu makanan kitorang mesti muak... hehe)


kami menikmati makanan. makanan ni cukup untuk makan bertiga. tapi... dah namanya dating. takkan nak bawak orang ketiga kan? hehe... kenyang tak larat. and sorry... kali ni makan tak habis. rugi2. but seriously full. sangat banyak makanannya... PUAS! hehe....















nak cerita satu kejadian... info tambahan di sini... semalam selepas aku update blog, baru tersedar ada beberapa barang kami hilang dari rumah. rupa2nya... ada pencuri ketika majlis di rumah siang semalam. astaghfirullah... raya2 pun nak buat kerja kan... mencacatkan sedikit perasaan gembira beraya semalam... sekian.




p/s : gerek ke KL esok... mesti rindu gile. takpe... i doakan u sayang. semoga berjaya di mana2 u berada.





30112009 ~ 12.16am
rumah aku ~ bilik aku

Saturday, November 28, 2009

~selamat hari raya aidiladha~

hari ni (28nov2009, sabtu), hari yang amat meriah dan memenatkan untuk kami sekeluarga (kecuali boy sebab dia tak sehat and tido je. if penat pun sebab kena dukung diena. huhu...). hari ini, hari kedua raya korban dan parents aku ada buat korban belakang rumah. kan lembu 7 bahagian, so dia share dengan ex-pengetua SMTPJB dan kawan dia. dan disebabkan korban lembu di belakang rumah, rumah kami buat sedikit makan2. tukang masaknya (seperti biasa) : MISS ZURINA.


before anything, nak tunjuk lembu yang telah dikorbankan sebelum ia dikorbankan.


ini pulak ketika telah ditumbangkan. tak sempat tangkap gambar selepas ia ditumbangkan.


ini CIK BEY dan anak2 saudara kesayangannya. tugas dia tadi dukung budak2 ni je...
















masakan pada hari ni tak sempat tangkap gambar semua sebab semuanya busy. cikna masak : gulai kawah, ikan goreng + ulam2... sup tulang... mak pulak masak breakfast kitorang : nasi goreng kampung dan nasi goreng sardin.


ini gambar "pencapaian terbaik 2009"... hehe... pelapah kepala lembu terbaik paling bergaya kampung kastam. (hint : tengok kasut).






p/s : esok hari dating. yeay! new moon, here i come!! after that, stimboat at Rawa.





28112009 ~ 8.25pm
rumah aku ~ bilik aku

Tuesday, November 24, 2009

2nd lesson swimming class

semalam (isnin, 23nov2009), aku dan piza sekali lagi menghadiri kelas berenang. kali ni nak buat pagi, sebab kena balik naik bas. gerek pergi jerantut. kalau petang, lewat pulak nak balik kan. so, dengan semangat waja nya kitorang sampai UTM around 9 lebih. sekali dapat tau, kolam bukak pukul 1pm. adeh mak... lama tu nak tunggu. so, buat keputusan pergi kolam taman ungku tun aminah. nauzubillah... kotor. but kerana semangat, kami teruskan dan mengabaikan yang lain. he...

kali ni, piza menunjukkan improvement. dan mula nak berlagak kerana kali ni, aku pulak yang slow. haha...semalam berlatih kaki kuak dada je. memang sangat letih untuk mendapatkan kaki yang perfect. rasa mahu tertanggal kaki ni. apatah lagi tertendang piza sekali. huhu... macam nak tercabut. he... semalam ada juga acara selingan. kami buat MUSHROOM FLOAT and ada satu gaya anjing berenang. lupa pulak nama dia. doggy swim ek? tak ingat.

ada juga acara menangkap gambar. ini antaranya :


ini kami bersama instructor; FATIHAH.


dan seperti biasa, selepas berenang, mestilah kena makan. dan menu kami semalam adalah; PROSPERITY McDonald's. puas hati gile dapat makan. hehe...



ni maklumat tambahan. kerana hanya tinggalberdua di rumah; mak ke indon, boy kat kolej. aku dan ayah jalan2 cari lampu dan tv baru. aku end up berkenan satu kerusi ni. nanti aku dah kerja, aku nak beli. warna biru okay. haha... i like it so much. selesa duduk di dalamnya. best.





p/s : hari ni rasa sangat seronok. mak balik dari indon. boy balik dari kolej. cikna pun balik kejap lagi. gerek pun balik dari jerantut. best2. seronok....






24112009 ~ 4.42pm
rumah aku ~ bilik aku

Friday, November 20, 2009

1st lesson swimming class

semalam (khamis, 19nov2009), aku dan piza menghadiri kelas pertama berenang kami. he... punyalah semangat. kelas start pukul 4.30pm, aku keluar rumah pukul 3.15pm sebab nak pergi ambil piza, pergi UTM ambil kickboard dari Dr. Anizu dan straight ke swimming pool Taman U. excited walaupun hari hujan.


sampai swimming pool dalam 4.15pm, tunggu instructor renang kami tak sampai2. he... NUR FATIHAH RAIMI. siapa2 yang berminat nak ambil kelas berenang, bolehlah hubungi dia ni. budak final year sport science UTM. dia caj murah je. 1 sessi (sejam setengah) rm10. tapi entry pool bayar sendiri yek. kalau kat Taman U, sebelum 5pm rm6. selepas 5pm, rm10. kalau students, tunjukkan matrix card, rm7.35.

pada hari berkenaan, kami belajar sedikit je tapi cukup memenatkan. blow bubble. macam warming up lah. fa suruh buat 50 kali. rasa macam nak lemas. haha... then fa ajar kuak dada. tak terus belajar semua. buat gaya kaki dulu. kaki pun dah cukup mencabar. then guna kickboard apply apa belajar tu. tu pun macam apa masing2. si piza lagilh. tenggelam timbul. last2 berenang on the spot. kikikiki... tak bergerak. sori piz, cant help laughing at u. he...

ini gambar fa dengan piza. aku cameragirl mestilah takde dalam gambar.


habis kelas, kami makan! misai, jangan jeles. kitorang pergi ainoni. gerek and piza tak pernah rasa. so bawaklah diorg ke sana. punyalah lapar sampai lupa nak tangkap gambar makanan. dapat2 terus ngap. gambar pinggan kosong jelah yek. he...
gerek tak makan. biasalah, nak makan mak dia masak. aku : tomyam ayam + nasi goreng kampung + telur mata. piza : tomyam daging + nasi putih + ayam halia.

p/s : next class on monday. nak try pagi pulak. harap2 tak panas sangat. takut burn. huhu... gerek ke jerantut lagi. then KL. adeh...








20112009 ~ 10.44pm
rumah aku ~ bilik aku

Friday, November 13, 2009

outing day with HAFIZAH!!

hari ini amat best!! yeay! janji dengan cik hafizah nak pergi UTM. sampai bilik kemas2 sikit. then dr. aireen call... hoho... no need to come and see her anymore. then menuju ke bilik piza. dia sebok ngemas2. budak sakit tulang belakang. buat kerja pun slow. haha... macam nenek kebaya. kikiki... hafiza aka nenek kebaya. then menuju ke K9. puan marzilah amat best. suka2!!

kemudian ke bilik piza again. dia kemas lagi... aku nak gosok baju yang renyuk seribu... eh, apa ni?? hahha... gelak jantan aku... piz... shhh... dont tell anyone. malu aku tau... hehe...

menuju ke Umall... pisau cukur at 2.30pm. karok time!! inilah gambar aku dan piza sedang berkaraoke. bayangkan jelah cool blog tu kitorang. kikiki...

dari kiri : hafizah, yanna



pisau cukur amat best! pasal intan berkawan baik dengan bella. diorang ni aim orang2 kaya je. intan ada sugar daddy; datuk salleh. bella baru kalah dalam competition. macam2 terjadi atas cruise masa bella nak ngorat seorang datuk. dia jugak berkenalan dengan seorang budak gigi besi yang rupa2 nya anak orang kaya juga. suka dialog fazura, "oh my gucci, oh my prada, oh my louis vuitton, oh my dior"... memang best lah. dari 10 aku bagi 8 bintang. hahaha... syok2. ni gambar sebelum wayang start. kikiki... macam minah jakun 2 orang ni.

dari kiri : yin, yang


dan ini, wayang yang aku tunggu tahun depan release; CIRQUE DU FREAK... yeay! darren shan my favourite. vampire again. kisah darren shan yang jadi vampire atas syarat yang dikenakan oleh seorang vampire yang dia jumpa di sarkas freak. menjadi vampire pada usia muda dan terpaksa berpisah dengan family. best... banyak sambungan dia. ada 10 atau lebih kot. tak ingat. i've read all books. best! 1st vampire before i know edward cullen. pontianak di hati. hahaha~~

peringatan : kiri tu bukan vampirenya. kanan tu yang vampire. haha... kiri tu nenek kebaya.






p/s : lepas balik, pergi shopping dengan mak ayah. yeay! hari yang seronok walaupun ada sedikit gangguan perasaan berlaku selepas habis pisau cukur. tapi takpe... naik bas! best!








14112009 ~ 12.15am
rumah aku ~ bilik aku

Tuesday, November 10, 2009

SPA atau UEM?

wah.... di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada gerek saya; MOHD AZUAN BIN NGADIMI kerana telah berjaya dalam dua temuduga yang telah dia hadiri. gerek saya telah menghadiri temuduga SPA untuk jawatan PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA pada 15sept2009 lepas di Hotel Puteri Pan. temuduga untuk UEM Land pula adalah pada 3nov2009 untuk jawatan GIS Executive.


sepatutnya pada minggu lepas, keputusan SPA diumumkan tapi ditangguhkan lagi. UEM Land pula telah meminta jawapan dari gerek secepat mungkin. tapi... gerek berbelah bahagi. nak tunggu keputusan SPA jugak...

UEM Land memang best. company besar tu. tapi masalahnya gerek kena training dahulu minimum 6 bulan dengan gaji basic rm1200. tolak tu, tolak ni... tinggallah rm1000. eh, cukup ke? tapi bila dah confirm jawatan after training tu gaji memang sedap lah. nak ke tak nak? berbelah bahagi lagi. tapi bila dengar UEM Land je macam gah je bunyi kan? gerek kata, UEM Land yang bertanggungjawab untuk Iskandar Malaysia and Penang Second Bridge. macam rugi je tolak. lagilah orang sana beria2 nak gerek. hui... hot jugak gerek ni kan? kikiki...

SPA pulak, bila dah dapat mestilah tak boleh tolak. hehe... gaji pun sedap. sedap tak sesedap kerja swasta tapi lebih besar lah daripada gaji gerek sekarang ni and elaun pun banyak. benefit pun banyak. hmm... serba serbi lah. jadi kesimpulannya.... GEREK SAYA MEMILIH SPA.



di blog saya ini, sesiapa yang membaca dah mahir dalam town planning dan GIS, sila contact saya atau gerek kerana UEM Land menyuruh gerek me'recommend' orang menggantikan posisi gerek. sekian terima kasih.




p/s : gerek ke melaka hari ni sampai khamis. last jumpa jumaat aritu. ala... belum seminggu lagi. windunya!! kikikiki




10112009 ~ 2.52pm
rumah aku ~ bilik aku

Sunday, November 8, 2009

food festival~~

hari ini adalah hari jadi CIK HAFIZAH BT ABD HADI. di blog ACCORDING TO YANNA milik saya ini, saya ingin mengucapkan selamat hari jadi. semoga anda panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. moga di temukan jodoh dan berkahwin pada umur yang anda inginkan. segera mendapat anak (bunting pelamin lagi best). moga dapat belajar setinggi yang anda harapkan... dan yang penting, semoga persahabatan kita kekal selamanya. thanx in every single way of a friend. haha... ini hadiahku untukmu...


ini pula hadiah dari makcikku untuk keluarga kami. lalala~~ takkan nak beli untuk piza je. aku pun telan2 liur tengok cupcakes ni. maaf ye piza, aku boleh beli sikit je untuk ko. takde bajet lah bebeh... ops, lupa nak sebut. terima kasih kepada si pembuat cupcakes favouriteku; CIK MAZIAH! sampai depan pintu tu hantar. hehe... thank you so much. suka gile!!


seperti tajuk yang telah tertera, selain cupcakes, kami sekeluarga juga menikmati KUZI!! hui... ayam goreng sebelum dijadikan kuzi memang mencabar keimanan. adalah beberapa ketul aku rembat. cikna dah bising2. ops, lupa nk sebut. kredit tu cikna kerana telah berusaha dari pagi ke petang memasak kuzi tempahan auntie timah; kawan mak dan peminat setia kuzi. sejak tok yam kuat masak lagi. inilah delivery untuk auntie timah...


dan ini pula... kereta idaman. adei... boleh ke aku miliki? aku nak jazz pun cukuplah. boleh tak? hoho... ini bukan food okay. ini jumpa ketika men'delivery'... wah... dy, belikan i jazz pun cukuplah. kikiki...

p/s : agak2 gerek dapat call SPA tak esok and diorang bagitau result tak? hmm... tunggu jelah.

08112009 ~ 9.12pm
rumah aku ~ bilik aku

Friday, November 6, 2009

~happy 1900 days~

haha... hari ini, genaplah ae (stand for azuan and eliyana) yang ke 1900 hari. nak tahu berapa tahun? bahagi lah dengan 356 hari setahun tu. takpelah, biarlah aku jawabkan... 5 tahun 2 bulan and still counting upwards. huhu... lama tu... tak sangka kan? jangan tanya aku. aku pun tak sangka, okay.

sebenarnya hari ni patutnya result SPA gerek keluar. aku excited sampai tak nyenyak tido. tak sabar nak bangun pagi nak tengok result dia. tapi plus excitednya sebab kitorang dah janji nak date hari ni. breakfast with charmee, may favourite. huhu... cedap... walaupun dia siap lambat tadi, aku sanggup tunggu. hehe... sori yang if u pergi kerja lambat tadi.

pada 12am semalam, aku menunggu detiknya 12am sebab nak tangkap gambar kat blog aku ni. haha... inilah hasilnya walaupun tak berapa cantek. gerek ada tangkap gambar jugak. but aku lupa nak ambil dari dia. so... this is my capture. he...


breakfast kami pula... aku : charmee... gerek : koloh mee.





DY,


HAPPY 1900 DAYS TOGETHER



ILOVEYOUSOMUCH,


YESTERDAY, TODAY, TOMORROW....




~ae eternity~





p/s : result SPA tangguh lagi. letihnya tunggu... istikharah okay yang... iloveyou.






06112009 ~ 10.46pm
rumah aku ~ bilik aku

Tuesday, November 3, 2009

IT ROO CAFE... yeay!

last sunday, aku ada paper ESP at 9.00am smpi 11.00am. boleh lah nak jawab paper tu sebab everything yang keluar PM Khairi dah bincangkan. tapi carrymarks sangatlah teruk. sedih... but overall, syukurlah. at least ada jugak markah. he...

tengahari tu patutnya ada orang belanja. postponed ke dinner. tapi gerek apa angin entah konon2 nak buat surprise. hehe... kami pun pergi dinner bersama melupakan orang yang nak belanja aku tu... bincang punya bincang... akhirnya destinasi kami; IT ROO CAFE. kedudukannya di JALAN DOBI ye. untuk orang JB maybe taulah JALAN DOBI tu terkenal dengan apa. hehe...


"THE BEST CHICKEN CHOP IN TOWN"


makanan gerek : chicken chop with black pepper sauce. aku pulak : fish and chips.


kami sedang menikmati makanan yang sedap lagi enak. berapa lama dah teringin makan kat sini. akhirnya tercapai jugak. huhu... hari tu pergi boleh pulak fully booked. memang ramai lah orang2 di sini.


suasana dia pun happening lah... serius best.


overall, aku sangat puas hati dengan servis cafe ni. waiters dia sangatlah ramah and baik2 belaka. memang layan jelah apa kita nak. kalau budak2 datang, memang layan betul2. bestlah... yang ni baru layanan 5 bintang. makanan dia bolehlah aku bagi 4 bintang. best.

destinasi kamu seterusnya... BAZAR JB. gerek beli baju, sticker untuk JJK. dan aku buat inai. expert lah india tu buat. sekejap je dah siap. malam yang sangat best! thanks dydy... lovulovu.






p/s : exam dah selesai... examiner jumpa minggu depan. so esok balik rumah. macam best... macam tak best. cepatlah pulang adikku... uhuk2...







03112009 ~ 12.16pm
bilik aku ~ g17-217

Monday, November 2, 2009

hari cupcakes sedunia...

haish... sudah lama aku tak update pasal cupcakes kan? huhu... takde bajet lah, nak buat macamane... ni pun nasib baik cikna order. so yang lebih nya, aku mintak lah daripada si pembuat cupcakes favouriteku; cik maziah... cikna order untuk birthday anak kawan kak ima. so, i tumpang sekaki lah... elok jugak, dalam usaha memujuk gerek yang asyik berangin je sekarang. haish... lagi tak paham. huhu...

ni lah 3 daripada 5 cupcakes yang aku order. he... bersama bunga2 yang aku beli dalam usaha memujuk gerek jugak. teror seh maziah, memilih kaler yang sedondon dengan bunga2 tu. he... and kali ni punya cupcakes; marvellous. sedap... icing pun tak manis sangat. sangat puas hati lah. he... thanks maziah. sorry lah malam tu buat awak serabut.

aku makan gerek, gerek makan aku. lalalalala~~

gerek khusyuk tangkap gambar cupcakes ketika ngular dari kerja. haip!! apa ni curi tulang?? ha, dia kena keluar pergi fotostat. then aku cakap aku pergi ambil cupcakes, dia terus fetch aku nak kitorang pergi sarapan sambil menunggu fotostat tu siap.

~yanna heart azuan~





p/s : esok aku update pasal makanan kami hari ni. best... the best chicken chop in town.





02112009 ~ 12.54am
bilik aku ~ g17-217

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com