we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Saturday, July 31, 2010

fitnah itu bagai membunuh

salam semua... okay, sebab kes serius sikit entri kali ni. tu yang bagi salam. skema sikit ye malam ni kepada pembaca. sila baca dengan tone rendah. selalunya tone tinggi, kali ni rendahkan tone anda membaca entri kali ini.

entri kali ini, FITNAH. dari kecil2 dulu dah diterapkan dalam pikiran, 'Fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh'. tapi still, kenapa orang tabur fitnah? baik bunuh aje orang yang nak difitnah tu kan? kurang sikit dosa dari fitnah. maybe, manusia ni tak paham konsep fitnah. bila buat cerita yang tidak benar dan disebarkan, tu dah namanya fitnah okey. ala2 ngumpat. ngumpat tu ngumpat. but bila tokok tambah mensedapkan cerita tu, fitnah lah tu.

masa aku fourth year, pernah jugaklah jadi kes fitnah ni. tapi takdelah kes besar pun. just terguris hati aje. tak sangka kan. tiba2 keluar cerita macam tu. apa aku rasa? hui, first sekali, sedih. tu yang g jalan2 petang2 dengan member2 tu. diorang joging aku jalan kaki ambil angin. siap diorang pusing kat K12, aku baru nak sampai tasek belakang tu. huhu... anyway, memang berterima kasih lah kat diorang. kalau tak, terperuk aje aku dalam bilik petang tu. then, lepas itu, aku memupuk rasa marah, timbullah rasa marah kan? he... memang aku marah kat mulut2 yang membawa cerita tu. sampai hati kan. aku cakap kat gerek, "i takkan maafkan diorang selagi diorang tak minta maaf". kalau aku tak maafkan, maknanya tempat diorang neraka lah kan? gerek cakap, "u jangan cakap sebarang. ni u tengah hot. later reda lah hati u tu, mesti tak rasa macam ni"... hm, betul jugak. maybe tengah hot sangat, tu yang keluar statement tu. tapi sekarang ni, dah berbulan2 benda ni jadi, still aku tak dapat maafkan diorang. sorry guys, u can't deny what u have said. sebab aku yakin memang fitnah itu telah terjadi.

okay, sini mau cerita hal orang lain sebenarnya... hal one of my loved ones. kena fitnah. hmm... kenapa yek? okay, faktor utama fitnah adalah DENGKI. yelah, orang2 yang menabur fitnah ni macam tak puas hati dengan kesenangan orang lain. sebab itu timbulnya fitnah. untuk menjatuhkan orang lain sebab orang tu mempunyai lebih kualiti daripada orang2 yang menabur fitnah; dari segi kewangan, sosial, cinta, kerja dan pelbagai aspek lagi.

jadi kesimpulannya di sini boleh dikatakan, manusia ni tahu hukum hakam Allah tapi masih lagi melakukan kemungkaran. contohnya seperti telah disebut, walaupun tahu fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh, still lagi orang tabur fitnah. contoh lain, macam berzina. sekarang ni kecoh pasal Ariel Peterporn. huhu... i like that name actually. Peterporn. contoh lain, Cut Tari tu, konon insaf pakai tudung pulak sekarang. yelah, nak mengaburi mata masyarakat konon dah berubah. tulah, appearance tak menerangkan semuanya. misalannya orang tu tudung litup semua, tiba2 keluar video asmara di sebelah tangga. auw, panasss! tapi yang tak bertudung itulah yang menunaikan segala perintah-Nya. jadi kawan2, mari bertaubat. yelah, aku pun banyak buat salah jugak. nak tinggalkan segala kemungkaran. nak jadi yang lebih baik. ha, satu lagi kawan2, jangan di buat main taubat. lagi dosa besar. oh, aku sudah bikin onar. mahu bertaubat. okay, taubat solat tonggang tonggek, zikir, ngaji. seminggu kemudian bikin onar lagi. ops, love bite ke tu di pangkal buah dada u?? (:@))

renung2 kan dan selamat beramal... (clause ini dipetik dari ustaz dari Hotfm)






p/s (i) : lama aku simpan benda ni rupanya... but apa2 pun, benda dah jadi. marilah menuju kejayaan!! sama2 baiki diri.

p/s (ii) : sedang mencari info2 pasal current issue. penyata Razak? adei mak... penyata apa lagi kena baca. oh, i hate history.

p/s (iii) : usb kabel hp tidak dapat dikenalpasti keberadaannya. tak dapat nak transfer gambar makan di Damai semalam. sedapnya ayam lemon! tapi sup yang pelik. huhu... layan!






31072010 ~ 10.03pm
rumah aku ~ bilik boy

Friday, July 30, 2010

Jejaka Saya~

hello2... gerek aku kini amat busy meng'handle meeting atau kursus atau apa benda entah kat KL. kat area mana pun aku tak sure sebab tak sempat tanya lebih2. huhu... yang aku tahu, dia gerak pukul berapa, sampai pukul berapa. then calling2 berbual pasal aku, bukan pasal dia. approach ini di namakan self-centered ye. huhu...

di sini, nak mengucapkan tahniah kepada cik hapisang kerana berjaya menjadi cikgu ganti sekali lagi dia sekolah teknik johor bahru. huhu... sekolah lama aku tu... goodluck bebeh. u can do it. i tak se'teror u. ingat tak joke kita about the interview? kikiki... u balik lebih awal dari i kot. not sure. but kira okaylah, kita berjiran. boleh lagi lambai2 dari pagar. kikiki... after school maybe boleh minum shake 'kincit'.


okay2, back to the point. post kali ini untuk meluahkan perasaan rindu yang teramat untuk gerek. patutnya weekend hari tu dating dengan gerek jap. tapi atas masalah2 teknikal, tak dapat jumpa. silap2 lambat lagi dia balik JB. tapi takpelah, biar gerek jimat2. boleh aku mintak cover untuk SB lagi. oh, seronoknya... SB bersama hapisang. he...

actually, aku nak luahkan perasaan rindu. tapi tak reti pulak nak jiwang2 in public ni. yang pastinya, ketika ini amat merindui gerek. asyik teringat dia aje. ish, mengapakah... dia tengah jampi2 aku dari jauhkah? walau apapun, i am very grateful. i was blessed with a very nice guy. a guy that see my flaw as something special inside me. thank you darling because u didn't stop waiting when i asked u to.


ILOVEYOU,
yesterday, today and tomorrow...





p/s (i) : mane gerek aku tak msg2 ni? busy benar dengan meeting. bukan dapat OT pun. oh, aku telah menjadi mata duitan.

p/s (ii) : interviu... harap2 dapat tasek utara. yeke? hoho... mane2 pun tak kisah asalkan dekat dengan rumah.

p/s (iii) : mengantuk... mana mak ni? malam ni makan BESAR punya! di Damai. nanti aku update kalau makanannya best. huhu...





30072010 ~ 6.54pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Thursday, July 29, 2010

Happy B'day Cif Yazed!

hello2 you all... birthday ayah aku semalam tau. yang ke-56. hui, ayah aku memang dah berumur seh but still maintain gagah perkasa vogue kacak tegap. he... yes, ayah aku memang awet muda. orang payah nak percaya ayah aku dah 56 tahun. 56! our favourite number! he... and boleh di klasifikasikan sebagai warga emas sudah. hehe... dia pergi JPJ hari tu pun tak perlu beratur. sebab ada 1 kaunter special untuk 55 tahun ke atas. he...

hari selasa lepas, ayah ke KL. seperti biasa, aku tidur awal sejak start mengajar ni. ayah aku balik rumah, aku dah tidur dah. he... so, tak dapat wish at 12am. pagi esoknya pulak, pagi2 aku memang blur. tiba2 ayah kata, "abang bagi ayah hadiah BESAR punya!" aku berkerut. oh, birthday ayah, terlupa pulak pagi2 ni. okay you all, hadiah dari abang aku. alhamdulillah, jimat duit ayah aku untuk beli tv baru. huhu...


petang tu pulak, after balik sekolah pukul 4pm sebab ada koko kat sekolah, aku and cik piza menuju ke angsana. aku nak cuci gambar pasport. sambil2 tu berborak dengan cik hapisang. mengong sungguh minah itu. hoho... ada dia kata vanilla shake aku 'terkincit'. nasib aku masih berselera untuk minum. haha...

malam tu, nak sambut birthday ayah. so, pergi dinner di Banafe! dekat Banafe lama yek. bukan Banafe Village. kat Banafe lama ni ayam penyet dia yang sedap. walaupun Banafe Village still ada ayam penyet, tapi tak sesedap tempat lama. huhu... aku and mak makan ayam penyet. ayah makan pecel lele. rangup sungguh!


okay, parents i sebelum menjamu selera. Cif Yazed : 56 tahun. Hajah Zakiah : 52 tahun. cita2 aku, nak awet muda macam parents aku jugak. secret dia? oh, tiba2 nak secret recipe...


















p/s (i) : hari ni sangat mencabar. setel ujian bulanan form4 and form2. board belum siap. esok 4 periods. oh...

p/s (ii) : susahnya nak study literature baru form4. bersama2 belajar dengan students. hoho...

p/s (iii) : haven't prepare yet for the interviu. hmm... starting tomorrow okey! berusaha!!





29072010 ~ 6.13pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Tuesday, July 27, 2010

mode : nak kereta baru!!

hoho... aku tahu mak ayah aku baru beli kereta baru. tapi... bukan kereta aku. ceh, alasan kan. mak aku pesan, nanti kerja tak payah beli kereta dulu. pakai kereta dia dulu. nanti dah stabil baru beli kereta. and aku pun tak kisah sangat. sebab aku dalam kepala dok pikir, my first car must be malaysian car. yelah, kereta first kan, ketika aku masih belum mahir. kang banyak tanda2 lahir. takdelah ralat sangat. kikiki...

but lately ni, abang aku dok sebok nak beli kereta baru. hmm... not a good idea. sebab abang aku ni tak stabil lagi. kereta Gen-2 dia tu pun semput2 nak bayar. aiseh... kesian ayah aku selalu kena cover bila dia tak boleh bayar. hmm... but, at the same time, ruginya jual Gen-2 tu sebab no platnya cantik. abang aku nak beli kereta second. so if beli kereta second, tak boleh transfer no plat lama. berpusing2 jugak kepala aku pikir macam mana nak ambil no plat tu. nak suruh aku beli kereta? jauhhhhh lagi. so... chances pada gerek. he...

dah berapa lama aku dok ushar2 gerek suruh beli kereta. tapi dia kata belum sampai masa lagi. penat dah aku tunggu. bila masanya ni? then aku pikir, if gerek beli kereta, bolehlah dapat no plat abang aku tu. but still, aku pun taknaklah gerek pakai no plat yang telah digunakan. if aku, aku tak kisah sangat. yelah, sebab abang aku punya kan. okay, kereta impian gerek. tunggu ajelah jadi atau tak dia beli kereta ni. huhu...


kereta impian aku. eh, banyak kereta impian aku. but aku nak kereta ni if boleh. colour pun nak colour ni. cewaahh!! mampukah aku?? tak ada hujan duit ke? aku tadah dengan tank. hehe...


ni kereta paling aku suka setakat ni. but yelah... harga dia pun nak dekat rm150k. hmm... memang betul2 impian kereta ni. kikiki... plus, ayah aku kata, jangan beli kereta 2 pintu. dia kata kang mak ayah dah tua takkan nak kena bongkok2 masuk part belakang. logik but still, aku suka kereta ni. colour aku nak merah cili. he... kalau dapat yang boleh bukak atap macam ni... hui... meroyan aku. he...


and ni, kereta soccermom idaman aku. macam cerita2 omputih gitu. hehe... colour dia, white pearl!!





p/s (i) : sedang menunggu mak call. nak kena fetch dia. hui, penat jadi cikgu ni... kertas exam ujian bulanan aku kena taip and submit esok. huiyo...

p/s (ii) : dy darling... nak starbucks... takmo support yayang u ke? hoho... untuk lepaking bersama cik hapisang...

p/s (iii) : di sini, aku nak menyumpah orang yang membuatkan hidup mak aku miserable. bodoh. baru masuk dah nak susahkan orang lain. baru takat diploma. jangan berlagak sangat bebeh! (based on my ignorance)





27072010 ~ 6.12pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Saturday, July 24, 2010

The Twilight Saga : Eclipse

hello2... aku tahu aku agak lambat untuk menonton cerita kegilaan ramai ini. cerita ni keluar 8julai2010 tapi aku baru dapat tengok rabu lepas, 21julai2010. ini disebabkan kerana (amboi, dah sebab mau kerana lah pulak. hehe...), aku tak ada geng untuk pergi menonton. cik hafizah tak suka cerita sekuel2 ni. lagilah bila first cerita dia tak tengok, memang dia takmo tengok sekuel2 dia lah. hehe... member aku yang lain macam busy je. dengan kerja, study. uhuk2... gerek balik but kan pergi KK, so tak dapat tengok. last2 rabu lepas dia balik JB sebab ada urusan. he... cepat2 beli tiket wayang. maaf piz, janji dengan u. laterlah i belanja u movie ek.

okay2, back to the point. nak review cerita Eclipse ni. cerita ni aku tak excited macam New Moon lah sebab sedikit kecewa dengan New Moon. overall, aku puas hati. macam New Moon lah. sebab cerita dia tak berubah sangat dari novel. action dia aku rasa better dari New Moon. but plot dia macam banyak sangat. macam tak sempat feel dah tukar scene lain. scene action dia aku tak puas tengok. lawan2 tiba2, eh, dah mati dah semua? dah habis dah perang? tapi scene romance dia puas hati sikit lah banding New Moon.

hm, suka sangat Edward yang bersifat over protective and Jacob yang tidak akan putus asa untuk kejar cinta. suka Emmett yang suka bergaduh and dalam Eclipse nampak sikitlah Emmett mesra sikit dengan Bella. Jasper pulak nampak sayang sangat kat Alice. cute adorable Alice. tapi kan, part Jacob kiss Bella tak nampak real. dengan Edward bukan main cumbu2. hehe... dengan Jacob macam kiss yang lekapkan bibir and gerak2 kiri kanan. and untuk nampak ghairah, Bella punya tangan macam genggam2 leher Jacob. huhu... maybe betul kot Robert and Kristen bercinta jugak off screen.

lepas tengok wayang, pergi beli kasut kerja. disebabkan aku sudah menjadi cikgu ganti, kenalah cari kasut kerja. huhu... selalu tangguh2 beli. actually aku memang niat nak beli dah. sebab kerja partime aku pun perlukan aku pakai kasut hitam. aku pikir nak beli murah2 and boleh pakai untuk jadi cikgu jugak if dapat jadi cikgu sandaran. kiranya kasut 2 in 1 lah. tiba2 before beli kasut, aku dapat call untuk jadi cikgu ganti. huhu... kelam kabut jadinya aku hari Rabu tu. plan changed 3 kali. sebab mula2 aku nak keluar dengan piza. then gerek balik, cancel dengan piza. then dapat call, cancel dengan gerek pagi tu, jumpa dia tengahari. hui, kelam kabut sungguh. lagilah nak cari kasut yang lembut and selesa. payah...

oh, takde picture berkaitan gerek atau eclipse. ni gambar mak ayah aku hari pertama sampai di KK. ayah ku yang poyo. "kejap2, ayah nak pakai spek mata hitam". huhu... hari yang amat sejuk.





p/s (i) : oh, kejap lagi pergi tempat kerja abang. nak makan mee goreng sedap! yeay! tapi mak dah masak udang and ketam. nak makan mana satu ni? huhu...

p/s (ii) : alahai... kenapa tiket adik aku esok pukul 10.30 pagi? aiseh, kelam kabut lah jumpa gerek esok. aiseh...

p/s (iii) : oh, abang hadiahkan tv untuk mak ayah. nasib baik mak ayah tak beli tv lagi untuk rumah baru. hoho... thanx abang!! duit untuk beli tv, bolehlah aku ngecek untuk wardrobe aku. kikiki... alhamdulillah...





24072010 ~ 5.49pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Friday, July 23, 2010

second day at KK!

hai2, gap berapa hari ek aku baru dapat update blog pasal second day kat KK ni. huhu... alhamdulillah, rezeki aku. dapat jadi guru ganti di sekolah sebelah mak aku. he... nasib baik dekat dengan mak. so senanglah sikit, balik je aku drive pulang. sekolah ni sekolah premier. so agak seram lah. guru2 kat sana very welcoming. tapi belum blend lagi. takes time kan.

okay2, back to the point, hari kedua di KK. aku bangun pukul 6.00 am. sebab gerek kejut. ai, kalau kat rumah ni aku tak bangun lagi. he... cepat2 siap sebab bas sampai pukul 7.00 am untuk mulakan trip kami ke kaki gunung. kitorang semua naik bas SMT Beaufort. aku dan gerek sebelum bergerak.


first stop kitorang ialah di jambatan tamparuli. gile tinggi jambatan ni. gayat aku. road dia rendah gile. dekat gile dengan tebing sungai. kalau hujan banyak sure banjir ni.


then singgah sebentar di Kinabalu Park, sebelum sampai kaki gunung. beli2 souvenir and tangkap2 gambar. cikna dah muntah di sini. jalan dia agak pusing2. aku still gagah. huhu... lepas minum coke and muntah okaylah dia.


then sebelum sampai kaki gunung, singgah ada jual2 sayur and pokok bunga. cikna beli pokok bunga. kat sini dah rasa sejuk gunung dah. tapi tak keluar asaplah dari mulut. huhu... tapi aku kecewa, kitorang tak naik sampai kaki gunung sebab kitorang naik bas panjang. kalau naik bas pendek tu bolehlah sampai atas. oh, baru nak merasa kesejukan kaki gunung.


then aku dah start pening2 sebelum sampai Kundasang. mak beli ayam madu. aku tak makan. tekak dah tak betul. kepala dah pinar2. cool lagi sempat tengok Ketika Cinta Bertasbih dalam bas. then sampai kat Air Panas Poring, aku keluar bas paling awal, cari longkang and muntah. huhu... serius tak tahan gayat and jalan pusing2. pening aku. ni dia air panas Poring. tengahari buta, gile panas air dia. boleh rebus telur. huhu... sampai hotel balik dalam 6.00 pm. keadaan dah gelap. huhu...


picture favourite aku di Jambatan Tamparuli :

yanna + gerek


akhirnya gambar aku lompat dapat disemadikan setelah asyik gagal di pulau2 pada hari pertama. he...






p/s (i) : kepala aku masih pinar2 since hari kedua kat KK tu. aku tak tipu. kadang2 rasa nak pitam. aku tanya budak farmasi tu, dia kata sebab au terdedah kat tekanan udara banyak sangat. huhu...

p/s (ii) : amir ridhwan balik kejap lagi. huhu... dah simpan tongkeng untuk dia. rasa macam nak rembat dia punya pulak. he...

p/s (iii) : esok ada kurses LDP kat sekolah. aiseh, tak dapat bangun lambat lah namanya... sakitnya kasut baru...





23072010 ~ 4.29pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Tuesday, July 20, 2010

first day in KK!

okay u guys... akhirnya aku kembali ke JB. dah balik kelmarin lagi. tapi biasalah dengan penat... then i pergi PPD bersama cik hafizah, then kerja etc. huhu... busy woman lah i sekarang ni... akhirnya, selepas men'copy2' pictures dari album di FB cikna, barulah aku boleh update blog pergi KK weekend lepas. sekejap je pergi, 3 hari 2 malam aje. yang bestnya, gerek pun ikut. he... seronok!


flight kitorang pukul 9.30am sabtu lepas (17julai2010). sampai kat KK dalam pukul 12pm gitu. then ambil cab ke Marina Court. aku rasa apartmen ni paling best lah. dekat dengan segala2 nya. dekat dengan jeti. dekat dengan pasar filipina. dekat dengan semua2 lah. pasar ikan2 pun dekat. jalan kaki aje. he... and kat apartmen ni boleh masak2 sebab dah disediakan barang2 dapur. pisau, senduk, kuali. bahan2 masak aje yang kena beli sendiri yek. apartmen ni ada 3 bilik. 1 master bedroom and 2 lagi ada 2 katil single each.

after check in, kami menderu ke Jesselton Point. sebab kitorang ramai, lebih baik chartered 1 boat. harganya rm500 1 boat then tiket rm6 seorang. bila dah chartered tu, kitorang lebih bebas untuk bergerak kat pulau. takde waktu yang ditetapkan. best jugaklah... boleh mandi2 tak rushing2. aku tak mandi, gerek yang mandi over2. hoho... ni dia 1 boat kitorang. kawan2 mak semua.


on the way tu hujan turun. dahlah boat tengah laju. mencucuk2 pipi aku sampai susah nak bukak mata. he... ni masa sampai Pulau Sipi. lencun woo...


ni aksi kumpulan baywatch di pulau kedua. Pulau Manukan. huhu...

ha, budak kecik ni namanya Mohd Ameer Zakwan. punyalah nakal and tak takut orang. keletah. pengubat lah sedih aku sebab diena tak dapat ikut. memang becok mulut budak ni. dia suruh ayah aku pakai sunglasses "atok! akai!" ayah aku pun pakailah... dia belek muka ayah aku, "lawanya..." haha... tak boleh blah. ni dalam boat sebab cuaca sejuk sangat, dia macam nak demam. so duduk diam je. menggigil2. cian dia...


then kitorang turun di area pasar filipina sebab mak nak beli udang and ketam untuk dinner. hui, ikan2 fresh. ikan kembung 1kg rm2. huiyo... malam tu after dinner just jalan2 area hotel je taking2 pictures. betul2 macam tourist dah. my favourite picture that night :






p/s (i) : esok gerek balik lagi... hehe... seronok. walaupun kesian gerek penat. tapi still aku seronok dapat jumpa dia lagi.

p/s (ii) : piz, laterlah i belanja u movie ek. he... then ber'hanging' bersama. amir adam dah tak boleh join. huhu...

p/s (iii) : seronok bercuti dengan gerek. and aku rasa macam kaya raya sebab semua supporter aku ada. mak, ayah, cikna, gerek... lalalala~





21072010 ~ 12.56am
rumah aku ~ bilik aku

Wednesday, July 14, 2010

tribute to ex-KMJ batch 2004

p/s : all pictures are captured by my old handphone. nokia 3660. ide, mal, intan... ingat tak handphone tu?

hello2... ha, kepada mereka2 yang follow penulisan aku ni, aku tak pernah cerita pasal kehidupan aku sebelum UTM kan. okay, selepas spm and sebelum aku ke UTM, aku menghabiskan setahun pengajian di Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak. a year full of enjoyment. gile banyak kenangan. especially ketika inilah aku dan gerek menjadi rasmi. hehe... ~ae eternity~

di sini jugak, aku bertemu rakan2 satu praktikum yang amat best. dengan diorang lah aku berpoya2. malam2 pergi ke KESIS (Kedai Siswa), atau KETAT (Kedai Fotostat). hehe... dan tiap2 petang after kelas mesti aku lepak kat KEKET (Kedai Tiket) yang handle tiket2 bas budak2 KMJ nak balik kampung. kat KEKET jugak aku selalu lepak hari jumaat malam untuk tengok movie. cerita Pontianak Harum Sundal Malam pun first aku tengok kat situ. teringat Mal menjerit2, aku yang gabra lebih. oh kenangan...

okay, aku dulu praktikum fizik 35. aku rapat dengan 3 orang ni... mana2 mesti pergi berempat. duduk pun mesti sebaris 4 orang... simbol kitorang adalah colour. yanna (biru), aidha (hijau), mal (merah), intan (pink). ada 1 day kitorang janji untuk pakai colour masing2 and taking2 picture. ni gambar kitorang 1 praktikum. time ni baru balik dari wedding mentor kitorang kat Kluang. theme kitorang berempat that day is BLUE. he... baju aku renyuk gile.


nilah mentor aku... Miss Farha... cantik kan? husband dia pun hensom!


AIDHA HILLA BT AMAL (green)


sama2 dengan aku masuk UTM. dia meneruskan minat dia dalam jurusan elektrik. kenangan paling aku ingat tentang dia ni ialah jari dia tersepit pintu. pukul 2pm kitorang ada kuliah, tapi dia tak datang. minah ni bukan jenis monteng, so bila tak datang tu mesti reason yang boleh diterima pakai. gile jari dia darah banyak gile.

p/s : ide, ingat tak jari mana? kita panggil jari MANTAP. hehe...

MALYANAH BT MAZNI (merah)


after KMJ, dia masuk UTHM. bidang yang dia minat jugak, mekanikal pembuatan ek? lupa pulak apa course dia. paling aku ingat pasal dia, dia lubangkan baju kurung aku. hehe... baju yang dia pakai masa pergi mentor aku kahwin tu, tu baju aku. oh, niat dia memang baik sebab nak iron dulu before pulangkan kat aku. tapi terleka agaknya. berlubanglah ia... dia datang bilik aku around 5am, aku tengah stay up study. time tu nak marah but nak buat macam mana kan... benda dah jadi.

p/s : thank you kepada mak Mal. dia ganti balik harga baju tu. he... masa mak dia bagi duit, siap bawak KFC lagi. hehe... kat Tangkak hanya ada KFC okay.

NUR INTAN BAIZURA BT ZAINAL ABIDIN (pink)


oh, nama dia paling panjang. kalau ada ruangan untuk tulis nama pun, nama dia mesti tak muat ruangan itu. hehe... dia ni banyak stok coklat ke... gula2 ke... nanti aidha datang ngecek. huhu... dalam kuliah tu, kitorang macam buat pesta makan2. tu belum lagi aidha bawak masuk karipap. nasib dia tak bawak roti canai ke... paling aku ingat pasal intan ni... apa ek, macam banyak pulak. dia kalau marah mata dia jeling2. bila gelak, mau korang dengar gelak jantan. suara dia pulak, sengau. kikiki... lembut aje orangnya. ha, paling aku ingat ialah ketika belajar kawat kaki. serius amat kelakar. aku nak gelak tapi budak tu dah nangis. hehe... last2 dia tak berkawat kaki. dia join praktikum 36 buat jualan. he...

p/s : inten, ingat tak kita hantar pesanan suara thru maxis. he... suara ko sengau membuatkan aku tambah rindu.

ni pencil cases kitorang. cute kan? sebab takde hijau, aidha punya colour kelabu.


selain budak 3 orang ni... kitorang rapat dengan budak2 praktikum 36 and 37 jugak. praktikum 36 = marini, puteri ain and farah ngengeng... praktikum 37 = suhana and rempit. yang pentingnya, kitorang dengan budak2 praktikum 35 memang rapat. oh, rindu... syafiqah, syila...

love this picture. captured by aidha. dalam tutorial. rasanya dalam kelas agama kot. sebab kitorang gabung dengan praktikum 36.






p/s (i) : reminisce the good old days during the one year in KMJ... oh, serius rindu kalian...

p/s (ii) : yeay! gerek balik jumaat pagi... boleh makan cendol before pergi kerja. hehe... boleh u bau perfume baru i.

p/s (iii) : oh, kerja Dr. Faizah and Dr. Anizu... kena full throttle nampknya ni... mari hapisang!




14072010 ~ 2.16pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Tuesday, July 13, 2010

ayah i y'all~

hai2... hari ni... ketika pagi2 buta ini, ketika mata belum lagi mengantuk, tangan gatal nak update blog. so, latest pictures adalah my daddy. hari sabtu lepas, bangun pagi2 after subuh. after breakfast charmee dengan ayah, kami menuju ke rumah Impian Emas. ayah nak tengok perkembangan renovation rumah.

i like... bilik aku bertambah besar. bilik boy pun sama. and... kami tak share toilet. he... baru ada privasi. masa mula2 kena share toilet. aku tak suka tapi redha ajelah. takut kan, kang aku tengah mandi syok2 togel2, sekali orang di pintu sebelah bukak. huhu... okay, view dari pintu. pintu toilet tu nanti di tutup. toilet baru belah belakang.


ni pulak bilik boy. toilet still the same. pintu aku dah tutup, so ada 1 way in ajelah ek. he...


okay, ni ha ayah i... poyo sungguh. dia yang yeye suruh aku tangkap gambar dia macam ni. huhu... belakang tangga tu ialah bilik air baru aku yang lum lagi di bina yek...


he... bapak aku ni jenis cool. sentimental. hui, cool amat. bawak kereta 40km/j - 60km/j. dari Impian Emas nak ke Larkin, aku boleh tidur dulu. padahal sepatutnya dalam 15-20 minit drive aje. this 28July ialah birthday dia yang ke 56. he... kalau tak extend, patutnya bapak aku dah pencen.

love my daddy so much. dia ajelah yang sudi mendengar cerita2 kosong aku. dengan mak aku lain sikit. mak aku jenis serius. so jarang lah nak berbual2. aku pernah tanya bapak aku, "macam mana ayah boleh ngorat mak ek?" yelah, kalau ikut perangai dia sekarang memang susah nak di approach. jawapan dia senang aje... "ayah kan handsome. mak yang ngorat ayah" oh, jawapan tak boleh blah. huhu...





p/s (i) : masih terpikir2 tentang duit yang short tu... kesian supervisor aku... hm... =(

p/s (ii) : dapat kabinet seperti yang dimahukan. moga2 harganya okay jugak. and mak tunaikan. hehe... yayang, support i kan?

p/s (iii) : dah lama tak sebut... ILOVEYOU... yesterday, today, tomorrow... <3




13072010 ~ 1.30am
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Saturday, July 10, 2010

Uniknya Singapura~

oh hai... sambil2 tulis tajuk entri ni, aku siap menyanyi sekali lagu 'Uniknya Singapura' yang Bront nyanyi dalam iklan tu... 'Uniknya, uniknya, uniknya... Singapura...' hehe... as u all know, i kan dah ada passport. yeehuuu! aku buat passport hari selasa. hari rabu tengahari, berdesup ke Singapore. he... dengan mak aku and 2 orang kawan dia. currency SD sekarang adalah SD1 = RM2.32. gile tinggi currency dia kan? hebat2...

mula2, kami menuju ke Arab Street. kawan mak aku dah selalu datang, so cepat ajelah kitorang sampai. tempat ni banyak kedai2 kain. mostly penjual yang rupa2 macam gulati's atau euro moda tu. hehe... dapat bayangkan tak? ada jugak cina. price dia, dari whole sale harga murah2 tu... sampailah sepasang SD420. hoho... convert dah rm1000 lebih tu... tapi serius yang mahal gile tu amat cantik. bukan jenis yang manik2 okay. dia imported silk and design dia sangat cantik.

dah beli2 kain... MAKAN TIME! oh, murtabak singapore. kat tepian tebrau pun ada murtabak singapore but the original murtabak singapore amatlah SEDAPPP!! serius... daging yang banyak and fresh. roti dia rangup. harga dia size M adalah SD5. ai, tiba2 kecur dia pagi hari ni... okay, tempat tu namanya Singapore Zam Zam... ada jugak nasik beriani. OISHIII!! (untuk mereka yang belajar Jepun yek... hehe...) nasi dia je dah cukup sedap. tak perlu lauk. hoho...


after dah kenyang, opposite kedai makan tu ialah Masjid Sultan. masjid ni jadi tumpuan pelancong jugaklah. ada orang2 putih datang nak tangkap2 gambar. ada disediakan jubah untuk mereka. masjid ni sangat terjaga. bersih and toilet dia pun bersih.


kemudian, ke Sarangoon Road. ke Mustafa! kedai ni macam Mydin je. tapi Mydin yang BESARR amat! tak sempat tangkap gambar. perfume dia murah2, cheaper than Malaysia lah. Lancome Miracle kat Malaysia rm300 lebih. kat sana dalm rm210 je. beza kan? siapa2 yang nak beli buat hantaran perkahwinan, bolehlah datang sini. tapi kalau u guys tinggal Pantai Timur ke... Pantai Barat ke... tak perlulah datang sini semata2 perbezaan rm90 tu. tambang perjalanan korang pun dah exceed rm90. he... ada jugak Crocs, Scholl, Clarks. tapi design yang lama. FYI : Mustafa ni kedai 24 jam. ha, siapa yang taknak sesak2 tu bolehlah datang pukul 3 pagi.

mak aku belikan aku Elizabeth Arden : Provocative Women. aku tak reti pasal perfume, so mak aku yang pilih. he... 30ml SD29. abang aku : Aigner Black 75ml SD49, boy : Kenzo Homme 30ml SD29.


then dah sudah kat Mustafa, ke Joo Chiat Mall pulak. mak nak survey harga kain langsir. murah jugak dari JB. kain yang sama di JB rm52. kat sana SD16. beza woo... again, untuk orang johor untunglah... tambang pun murah aje dari JB. ni mak aku berkenan nak letak di living hall tingkat atas. yang kain letak kat hall bawah lupa pulak nak tangkap gambar. hehe...


beli kain lagi! mak aku ni memang rambang mata. lagi2 ni tempat dia selalu beli kain dulu... orang tu memang bagi murah lah... aku berkenan cotton ni. tapi mak kata serabut sangat. uhuk2... SD20. aku suka yang kaler pink tu. cute kan?


after that, barulah menuju pulang ke JB. hoho... penat jugak layan mak aku berjalan. but still, i enjoy myself sebab dah bertahun tak ke sana. macam jakun sikitlah. orang imigresen cop passport pun aku jakun. haha...




p/s (i) : hari ni aku bangun awal... tak tahu kenapa after subuh tadi tak boleh tidur. ayah belum bangun. dah janji nak makan charmee.

p/s (ii) : i dreamt last night... being proposed by a friend from primary school. he's chinese and muka dia ketika darjah 6 dulu. hehe... dia proposed with earrings and necklace.

p/s (iii) : hari ni saya start kerja pukul 1pm. susah sungguh jadi cashier. seram takut duit short.





10072010 ~ 8.39am
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Friday, July 9, 2010

passport and IC baru

hai2, nak cerita aku buat passport baru. excited nak pergi oversea. hehe... okay, aku tahu aku jakun. bertahun2 tak ke Singapore. so, memang excited lah bila nak buat passport. thank you to my gerek kerana men'support' buat passport. he...

hari selasa lepas (6julai2010), after subuh dah mandi2 siap2 nak ikut ayah pergi buat passport. ayah tak buat pun. dia tolong bawak aje. sekarang mostly buat passport kat Pekan Rabu, JB. but hari tu ayah ajak pergi dekat Wisma Jabatan Pendaftaran Negeri. tempat budak2 Johor buat IC tu... setelah ayah meng'contact2' kawan dia, turn aku buat tak sampai setengah jam. tapi... IC aku problem pulak. cip dia takleh baca. aiseh... dah kena pergi bangunan lain nak buat IC sementara. nasib baik bangunan sebelah dia aje. dalam hati aku, "ayah ni macam tahu2 yang IC aku sure ada problem. nasib baik ke sini. kalau pergi Pekan Rabu, sure tak dapat buat passport dah." hehe...

akhirnya... lagi 3 minggu baru IC aku siap. dan aku dapat buat passport. okay, muka amat kelakar. bulattttt amat. teringat piza gelakkan gambar passport amir adam. haha... tak kisahlah asalkan ada passport. hehe...


kemudian seperti biasa ayah saya ni... baru pukul 10am dah ajak pergi makan. ingatkan roti canai je. ha amik! dia ajak pergi food court sebelah JPN. yang ada nasi2 dan lauk2. roti canai tak ada... hmm... nak makan apa ek. aku pun actually lapar. ayah ambil nasi putih and ayam lemak cili api. aku macam tak minat. round kedai lain sekali ada nasi goreng2. NASI GORENG CENDAWAN 1! seriously tak tipu... amat sedappp.... pukul 10am aku makan benda alah ni. hoho... tapi serious sedap. ayah dok ambil cendawan aku aje... hehe...


petang tu, ber'hanging' dengan piza. jalan2 di angsana. konon2 nak lepak Gloria Jeans. tapi tempat dia macam tak sesuai nak lepak. panas... so, Pizza Hut. Lokman dengan Hakim dah tak ada... aku pulak dah lama tak makan pizza.





p/s (i) : start kerja hari ni... terkejut sebentar. tapi tak pe lah, daripada asyik dok rumah doing nothing. ada jugak benda untuk dituju setiap hari...

p/s (ii) : tengok gambar2 di UTM final year... hmm... macam mana semua ni boleh berlaku?

p/s(iii) : macam mana nak bagi tahu mak ayah ni... oh hai... dalam tv diorang bagi tahu macam senang je... kenapa aku rasa susah sangat?




09072010 ~ 2.48pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Thursday, July 8, 2010

peringatan untuk kamu Hawa!

AMARAN KERAS : visual yang dipaparkan amat mengganggu fikiran dan boleh memberi kesan kepada mental. serius, sampai sekarang aku rasa meremang bila pikir. oleh sebab yang sama, aku taruk image bersaiz KECIK sahaja ya!

okay, takut gila tengok gambar ni. still meremang bulu roma aku. sangat2 takut memikirkan benda ini. geli, nak termuntah dan worst, I CAN'T WIPE IT OFF MY HEAD!! adoi... Ya Allah, mintak dijauhkan benda2 penyakit macam ni.


detail gambar ini menjelaskan bahawa seorang perempuan baru pulang dari ekspedisi dari Amerika Selatan. dia perasan ada semacam ruam pelik dekat breast belah kiri dia. dia pikir ruam biasa yang akan hilang lama2. lama2 makin sakit so dia pergi jumpa doktor. doktor tak sure tentang penyakitnya tapi dia bagi krim and antibiotik je. tapi sakitnya tak hilang and start berdarah. so, dia balut breast dia and start cari doktor2 pakar. after 2 weeks baru dia dapat jumpa pakarnya. and memeranjatkan! masa bukak balutan, terdapat larva bertumbuh dan bersarang kat liang pori breast dia. sesekali larva tu masuk dalam liang pori and muncul dia lubang sebelahnya. GILA!! korang dapat bayangkan tak??? I CAN'T STOP PICTURING IT. macam mane aku nak padam visual di dalam kepala ni?

currently, aku jadi paranoid. aku terasa badan gatal2. peha, lengan, dan pelbagai lagi tempat2 yang anda sedang pikirkan... jadi yang biji dalam lubang tu larva2???? oh gosh... aku rasa nak muntah dan terasa macam ada benda2 bergerak kat badan aku.

di sini, di samping menggelikan kalian, aku juga berniat untuk memberi peringatan kepada kaum2 hawa supaya lebih menjaga kebersihan. kerana daripada detailnya, dikenalpasti puncanya adalah baju dalam baru dan pakaian baru yang tidak di cuci terlebih dahulu sebelum dipakai. kita tidak tahu parasit dan kuman apa yang terdapat di pakaian baru jadi... cucilah dahulu untuk keselamatan kalian.

aku kini akan membasuh pakaian baru sebelum pakai kerana memang aku tidak cuci sebelum pakai. oh, kenyataan berani mati... untuk keselamatan diri sendiri.



p/s (i) : tolong... geli... takut nak tengok banyak2 kali sebab dah letak kat blog ni sure aku view tiap2 hari kan? tolong... geli...

p/s (ii) : terasa benda2 bergerak di seluruh badan... oh gosh...

p/s (iii) : YAYANG!!! TOLONG I!!



08072010 ~ 2.14am
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Tuesday, July 6, 2010

movie review : The A-Team

hai2, lambat sikit update pasal movie review yang aku tengok sabtu lepas (3julai2010). memang kemaruk nak tengok cerita ni tapi tak tahu nak tengok dengan siapa. adik aku dah balik kolej, cik piz tak nak tengok. so, terpaksalah tunggu gerek balik. nasib baik masa dia balik last weekend cerita ni still ada kat cinema. ada 4 shows je hari tu. yang pagi dah terlepas, so ambil pukul 2.00pm di Jusco Tebrau City.

dari kiri : Face, BA, Murdock, Hannibal

cerita ni mula dengan Hannibal dibelasah and pura2 kalah. then bertemu BA (actually hijacked) masa dia on the way nak selamatkan Face. part yang kelakar Hannibal tembak BA tapi BA tak marah. dia marah Hannibal tembak kusyen van dia yang dia anggap van tu macam kekasih dia. he... then, diorang bertiga nak cari pilot. jumpa Murdock kat hospital. time tu Murdock nak lari dari hospital sebab dia tak boleh discharge lagi. dia pakai baju doktor, menyamar lah. Face pikir dia doktor betul and suruh jahitkan luka BA. Murdock dalam penyamaran main jahit je lengan BA and buat bentuk thunder bolt. sangat kelakar. cara Murdock bawak helikopter and kapal terbang pun amat bahaya sampai BA serik. setiap kali Murdock nak bawak airplane je, BA terpaksa dipengsankan dengan pelbagai cara. sama ada injection atau belasah. hehe... diorang berempat ni digelar The Alpha Team (A Team), pasukan terbaik dalam tentera.

diorang dapat misi rahsia penting dari CIA untuk mengambil balik plat yang mencetak USD. misi ni misi rahsia then diorang disabotaj. jawatan diorang dilucutkan dan semua dipenjara kecuali Murdock. Murdock di hantar ke hospital sakit jiwa. then Hannibal berjaya melarikan diri dan menyelamat Face dan BA. Murdock perangai memang gila2 tapi dia taklah gila betul. masa nak selamatkan Murdock memang amat kelakar sebab pesakit2 tengah tengok movie 3D then the other 3 rempuh masuk naik jip. kena tengok lah, memang amat kelakar ketika ini. masa nak bersihkan nama diorang, Face yang membuat perancangan. selama ni Hannibal yang buat perancangan. jadi, rancangan Face agak kelam kabut but akhirnya menjadi. after diorang selesaikan kes plat tu, even nama diorang dah bersih still kena dipenjara jugak. tapi seperti biasa, diorang lari lagi.

overall, cerita ni amat best. perang dia kat port tu memanglah agak tipu sebab kontena2 jatuh tapi diorang tak cedera pun. tapi still, gempak jugaklah. dan banyak part2 kelakar. sangat kelakar. suka Murdock yang gile2 tu. dia nak test helikopter tu dalam keadaan baik atau tak, dia bergayut kat kipas heli tu dan main pusing2. kelakar2... The A-Team, there is no plan B.

di jusco, aku mintak gerek belikan takoyaki. inti chicken ham and cheese. ada 2 pilihan, satu lagi udang. aku pilih ayam. hmm... kureng sedap. bau dia amat menyelerakan tapi kureng rasa.


after habis tengok wayang, kerana gerek tak pernah ke Rawa, so menderulah kami ke sana. tak ramai orang, lantai pun still tak licin. tapi... kerang besar tak ada. oh, sedih... kenapa payah sangat kerang besar tu nak kembali. tapi tujuan aku mestilah chicken wings! cedapnya...


oh, hadiah dari cikna. yayang, cute kan? cikna bagi... hehe... ILOVEYOU CIKNA!!





p/s (i) : oh, sudah ada passport, sangat happy. esok nak ke Singapura seh... buat ic baru jugak. muka still kelakar. hoho...

p/s (ii) : rindu itu nate bulat amat sangat. you are so damn sexy hot when you know what you want and you go for it! auw, tergoda i... hehe...

p/s (iii) : mahal pulak crocs di Singapura seh... baru ingat boleh dapat sepasang. ish!




06072010 ~ 12.10pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Monday, July 5, 2010

mode : moving to a new house~

okay, seperti tajuk entri hari ni, aku sedang excited nak pindah rumah baru. bukan dalam masa terdekatlah tapi... sebab parents aku tengah renovate rumah tu dan slow2 beli barang2 rumah. lampu pagar and porch aje yang dah beli. yang lain tak beli apa lagi... eh, lupa. mak dah beli dapur semalam kat Pameran Elektronik yang berlangsung di PERSADA Johor. he... kaki aku macam nak terlucut. penat round.

so, pagi2 ahad dah pergi Impian Emas sebab mak ayah dah janji jumpa orang wiring untuk tambah2 soket or yang berkaitan lah. mak kata renovation berlangsung dengan agak cepat. he... excited aku. inilah rumah yang bakal kami duduki. paling awal akhir tahun ni. so, still raya kat kampung kastam.


kemudian, nak ke PERSADA. tapi sebelum tu, breakfast di Kopitiam Railway Kluang di Kota Raya. hehe... jeles piza sampai ke Kluang tapi aku boleh ke Kota Raya je. then, jalan kaki ke PERSADA melalui Hotel Puteri Pan. jakun dengan pintu ni yang bergerak berpusing sendiri. mak aku cakap, "mak ayah yang kampung pun tak jakun macam adik" hoho... terkena aku!


PERSADA sangatlah sesak dengan manusia. semua brand ada. dari comforter, handphone, tilam sampailah barangan elektrik. ayah nak beli TV, mak nak beli dapur. aku? pusing2 syok sendiri. huhu... akhirnya tak beli TV tapi mak dapat dapur kesukaannya. ni di brand Haier. ayah ushar2 TV.


setelah penat round pusing2 PERSADA tiba2 nampak Takasima! yeay! aku tarik ayah. nak urut kaki. setelah lenguh2 kaki. tapi yang urut kaki tak ada. yang urut 1 badan ada. oh tengoklah ayah tu, menikmati betul. then orang tu promo untuk kuruskan badan. eh dik! kau perli aku yek? huhu...


dah lenguh2 kaki, mak pun ajak balik. singgah Little Wode. kedai perabot design Eropah. nice... tapi mahal. tapi aku berkenan satu kerusi. selesa gile sampai rasa nak tidur. kalau banyak duit, aku nak beli kerusi ni... mahal woo...





p/s (i) : ultrasound... tiba2 jadi 1 benda yang menyeramkan... nak jadi sihat sesihat2 nya...

p/s (ii) : i'm getting more seriuos than ever. how about my parents? 76 to go...




05072010 ~ 1.41pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com