okay u guys... akhirnya aku kembali ke JB. dah balik kelmarin lagi. tapi biasalah dengan penat... then i pergi PPD bersama cik hafizah, then kerja etc. huhu... busy woman lah i sekarang ni... akhirnya, selepas men'copy2' pictures dari album di FB cikna, barulah aku boleh update blog pergi KK weekend lepas. sekejap je pergi, 3 hari 2 malam aje. yang bestnya, gerek pun ikut. he... seronok!
flight kitorang pukul 9.30am sabtu lepas (17julai2010). sampai kat KK dalam pukul 12pm gitu. then ambil cab ke Marina Court. aku rasa apartmen ni paling best lah. dekat dengan segala2 nya. dekat dengan jeti. dekat dengan pasar filipina. dekat dengan semua2 lah. pasar ikan2 pun dekat. jalan kaki aje. he... and kat apartmen ni boleh masak2 sebab dah disediakan barang2 dapur. pisau, senduk, kuali. bahan2 masak aje yang kena beli sendiri yek. apartmen ni ada 3 bilik. 1 master bedroom and 2 lagi ada 2 katil single each.
after check in, kami menderu ke Jesselton Point. sebab kitorang ramai, lebih baik chartered 1 boat. harganya rm500 1 boat then tiket rm6 seorang. bila dah chartered tu, kitorang lebih bebas untuk bergerak kat pulau. takde waktu yang ditetapkan. best jugaklah... boleh mandi2 tak rushing2. aku tak mandi, gerek yang mandi over2. hoho... ni dia 1 boat kitorang. kawan2 mak semua.
on the way tu hujan turun. dahlah boat tengah laju. mencucuk2 pipi aku sampai susah nak bukak mata. he... ni masa sampai Pulau Sipi. lencun woo...
ni aksi kumpulan baywatch di pulau kedua. Pulau Manukan. huhu...
ha, budak kecik ni namanya Mohd Ameer Zakwan. punyalah nakal and tak takut orang. keletah. pengubat lah sedih aku sebab diena tak dapat ikut. memang becok mulut budak ni. dia suruh ayah aku pakai sunglasses "atok! akai!" ayah aku pun pakailah... dia belek muka ayah aku, "lawanya..." haha... tak boleh blah. ni dalam boat sebab cuaca sejuk sangat, dia macam nak demam. so duduk diam je. menggigil2. cian dia...
then kitorang turun di area pasar filipina sebab mak nak beli udang and ketam untuk dinner. hui, ikan2 fresh. ikan kembung 1kg rm2. huiyo... malam tu after dinner just jalan2 area hotel je taking2 pictures. betul2 macam tourist dah. my favourite picture that night :
p/s (i) : esok gerek balik lagi... hehe... seronok. walaupun kesian gerek penat. tapi still aku seronok dapat jumpa dia lagi.
p/s (ii) : piz, laterlah i belanja u movie ek. he... then ber'hanging' bersama. amir adam dah tak boleh join. huhu...
p/s (iii) : seronok bercuti dengan gerek. and aku rasa macam kaya raya sebab semua supporter aku ada. mak, ayah, cikna, gerek... lalalala~
21072010 ~ 12.56am
rumah aku ~ bilik aku
0 comments:
Post a Comment