we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Saturday, July 24, 2010

The Twilight Saga : Eclipse

hello2... aku tahu aku agak lambat untuk menonton cerita kegilaan ramai ini. cerita ni keluar 8julai2010 tapi aku baru dapat tengok rabu lepas, 21julai2010. ini disebabkan kerana (amboi, dah sebab mau kerana lah pulak. hehe...), aku tak ada geng untuk pergi menonton. cik hafizah tak suka cerita sekuel2 ni. lagilah bila first cerita dia tak tengok, memang dia takmo tengok sekuel2 dia lah. hehe... member aku yang lain macam busy je. dengan kerja, study. uhuk2... gerek balik but kan pergi KK, so tak dapat tengok. last2 rabu lepas dia balik JB sebab ada urusan. he... cepat2 beli tiket wayang. maaf piz, janji dengan u. laterlah i belanja u movie ek.

okay2, back to the point. nak review cerita Eclipse ni. cerita ni aku tak excited macam New Moon lah sebab sedikit kecewa dengan New Moon. overall, aku puas hati. macam New Moon lah. sebab cerita dia tak berubah sangat dari novel. action dia aku rasa better dari New Moon. but plot dia macam banyak sangat. macam tak sempat feel dah tukar scene lain. scene action dia aku tak puas tengok. lawan2 tiba2, eh, dah mati dah semua? dah habis dah perang? tapi scene romance dia puas hati sikit lah banding New Moon.

hm, suka sangat Edward yang bersifat over protective and Jacob yang tidak akan putus asa untuk kejar cinta. suka Emmett yang suka bergaduh and dalam Eclipse nampak sikitlah Emmett mesra sikit dengan Bella. Jasper pulak nampak sayang sangat kat Alice. cute adorable Alice. tapi kan, part Jacob kiss Bella tak nampak real. dengan Edward bukan main cumbu2. hehe... dengan Jacob macam kiss yang lekapkan bibir and gerak2 kiri kanan. and untuk nampak ghairah, Bella punya tangan macam genggam2 leher Jacob. huhu... maybe betul kot Robert and Kristen bercinta jugak off screen.

lepas tengok wayang, pergi beli kasut kerja. disebabkan aku sudah menjadi cikgu ganti, kenalah cari kasut kerja. huhu... selalu tangguh2 beli. actually aku memang niat nak beli dah. sebab kerja partime aku pun perlukan aku pakai kasut hitam. aku pikir nak beli murah2 and boleh pakai untuk jadi cikgu jugak if dapat jadi cikgu sandaran. kiranya kasut 2 in 1 lah. tiba2 before beli kasut, aku dapat call untuk jadi cikgu ganti. huhu... kelam kabut jadinya aku hari Rabu tu. plan changed 3 kali. sebab mula2 aku nak keluar dengan piza. then gerek balik, cancel dengan piza. then dapat call, cancel dengan gerek pagi tu, jumpa dia tengahari. hui, kelam kabut sungguh. lagilah nak cari kasut yang lembut and selesa. payah...

oh, takde picture berkaitan gerek atau eclipse. ni gambar mak ayah aku hari pertama sampai di KK. ayah ku yang poyo. "kejap2, ayah nak pakai spek mata hitam". huhu... hari yang amat sejuk.





p/s (i) : oh, kejap lagi pergi tempat kerja abang. nak makan mee goreng sedap! yeay! tapi mak dah masak udang and ketam. nak makan mana satu ni? huhu...

p/s (ii) : alahai... kenapa tiket adik aku esok pukul 10.30 pagi? aiseh, kelam kabut lah jumpa gerek esok. aiseh...

p/s (iii) : oh, abang hadiahkan tv untuk mak ayah. nasib baik mak ayah tak beli tv lagi untuk rumah baru. hoho... thanx abang!! duit untuk beli tv, bolehlah aku ngecek untuk wardrobe aku. kikiki... alhamdulillah...





24072010 ~ 5.49pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

0 comments:

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com