we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Tuesday, March 29, 2011

warden2 SMVK yang vogue de vass~

hai2 korang... wee... akhirnya kepala macam ringan sikit. hari ni, aku agak tension. entah ek, serius susah sebenarnya handle kanak2 tau. nak marah kang merajuk, bila berkawan jadi naik tocang pulak kang. jalan2 bersama2 edot dan shida dengan harapan dapat melegakan kepala. but then... yang paling best! dapat bercakap dengan anak2 murid yang amat kurindui. tak puas rasanya berbual dengan diorang. sepatutnya sabtu ni nak jumpa diorang sebab match di Kluang. tapi tidak berkesempatan. nasib baik 3 minggu turut2 diorang di sini. oh... seronoknya rasa!




okay2, update kali ni... aku nak cerita aktiviti2 bengong2 yang aku lakukan bersama housemate2 di sini. haha... mereka amat bengong ya. ringan lah kepala bila bersama mereka. haha... tapi... disebabkan Kluang ni agak limited nak round2, tu yang kami mostly ke pasar malam... ke Giant... hehe... oh, new passion : i suka cucur udang. sedapnya... ha, ni gambar semua warden menikmati midnight snack minggu lepas. salah seorang warden lelaki nak belanja. kami apa lagi... laju ajelah. haha... seronok jugak sekali sekala hangout begini kan?



ha, cik shida tu pura2 makan aje. dia takut menayangkan 1 item yang menakjubkan. haha... aku? si kembong. haha... i loike fries cicah sauce with black pepper. weee... extra pedas.


okay, cik shida bersama ustaz nash. haha... shida, jangan main tenung2. kang kang kang... hahaha... u tak tahu, tak tahu! haha... u yang tak tahu yang i sebenarnya tahu perasaan u yang u kata i tak tahu tu! (matluthfi, 2011). hahaa...


dan ini... menjadi kanak2 riang sebentar. huhu... berat sungguh cik edot tu ya. kikiki...


dan akhir sekali... gambar bengong kami yang terbaru. baru ambil sebentar tadi. mencuba cermin mata dan bergambar sampai apek kedai tu bengang. haha... aku menonong blah. takut nak tengok muka apek tu sebenarnya. haha... maaf, disebabkan edot mengambil space yang besar, terpaksa aku menutup gigi aku yang menakjubkan itu dengan arnab CNY. ish!










p/s (i) : yeay! aiskrim kembali lagi. marilah berlari ke peti sejuk bersama2. esok asam boi dan sarsi.


p/s (ii) : masih lagi merasa gembira mendengar suara anak2 murid. esok nak telefon diena lah pulak. haha... seronoknya...


p/s (iii) : lambatnya gaji nak masuk nii... kering kontang kemarau ni...















29032011 ~ 11.16pm

rumah aku ~ depan tv-SMVK

Friday, March 25, 2011

Ali Cafe di Bukit Indah

hai2 korang... miss me? aku sebenarnya nak update dah beberapa lama dah. tapi busy semacam first week after holiday ni. hmm... konon macam takde masa. tapi this week aku agak keletihan. i also don't know why. petang mesti kena tidur. okay, semalam dan hari ni berjaya tak tidur! yeay! oh, aku kerinduan sekarang ni. gerek ke Bandung... sunyi sepi aku sendiri. bosan handphone senyap je... notification FB je masuk. ish! gerek ada jugak msg guna no indon. tapi aku takut sikit kang bil aku tinggi. haha... bila pakai bil ni syok je membalas tak hengat duit jalan kann... i miss you sayang. nasib baik shida dari ganu dah balik dari induksi. kikiki... meriah sikit aku rasa. if not, berdua je dengan edot. sedih je rasa tinggal berdua. haha...


okay2, as stated at the title, hari ni aku nak update pasal kedai makan Ali Cafe. yes, Ali Cafe power root tu... betul, betul... cafe ni memang minuman dia semua produk power root tu. nice place. i like... as i mentioned in previous entry, gerek ada nak bawak aku ke 1 cafe di bukit indah kan? so this is the place. situated opposite Tesco, Bukit Indah. sederetan dengan Pariss Hotel. carilah, senang aje terus jumpa. dekat dengan traffic light simpang empat depan Tesco tu...


okay, pada hari kejadian, kami order 2 jenis makanan. ni makanan gerek. okay memang tak boleh masuk tekak aku. Satay Burger. aku dah lah tak suka satay. tak suka kuah kacang. tapi aku suka roti dia. nice2!


aku punya pulak set Ali Bento Rice. rasanya nama dia. aku pun dah lupa. kiranya dalam satu dulang ni ada nasi goreng yang kena gile dengan tekak aku. ayam goreng crispy. salad coleslow dan sup miso. sup tu... hmmm... i kureng... rasanya pelik. maybe yang minat makanan2 jepun suka kot...


air lupa pulak nak tangkap gambar. aku order biasa je. ribena lemon. gerek aku punya pelik sikit. tiger tarek. air teh dengan cincau ribena. pelik tapi benar. teh dia memang ummpphh!! serius. tapi bila kena pulak dengan ribena tu, macam pelik weird gile rasa. try jelah order teh sahaja. sedaaappp! orang tu suggest aku air yang ada tongkat ali. ish! takmolah i. ada kang gerek tak balik melaka. hahahaha... mengong2.

ini scenery di dalam cafe ni. best kan. nampak exclusive macam starbucks pulak kan? tapi kan... aku suggest, if diorang buat kuih2, or pai2, or kek2 then letak macam dalam rak kaca macam starbuck, coffee bean or secret recipe tu, mesti kaunter diorang nampak lagi best!


okay, picture of the day. gerek saya nak jadi goalie. shomel2 ini nate bulat! hahaha.... memang goal takkan boleh di bolos. haha...







p/s (i) : gerek baru call. weee... i miss you sayang. nak jadi batman kah? i loike... main sorok2 yok.

p/s (ii) : cik shida, u dah tak glemer okay. sekarang mat luthfi lebih glamer dari u... i loike! shomel gile dia sembur2 air. sumanya lah i suka!

p/s (iii) : esok daki gunung berlumut. aiseh lah... macamane lah keadaan aku esok ek. uhuk2... ya Allah, berilah hamba-Mu ini kekuatan. he...

p/s (iv) : first time nak balik JB from Kluang naik bas. oja nak bertunang. aku mesti balik! sori jah. i balik lambat... =(







25032011 ~ 8.10pm
rumah aku ~ depan tv-kediaman warden SMVK

Friday, March 18, 2011

Chicken Chop Hutan Bandar

hai2 you all... hari ini hari jumaat. esok sabtu. then ahad sudah kembali ke Kluang. kemudian Isnin sudah start mengajar. ohoi... kenapa bila cuti, cepat aje masa berlalu. tapi bila bekerja lambat gile? hmm... kena kaji ni. huhu... saya baru lepas masak. then sambil2 menunggu msg cik Hafiza, apa lagi... marilah update blog. niat tu dah lama ada nak update tapi asyik macam malas je. huhu... sorry blog sayang. i sayang you tau!


okay, back to basic. ohoi... i miss my blog. i miss my entry about food. no chance to update about food becauseee... i tak keluar makan new places dah. uhuk2... sedih kan? lately ni ajelah berpeluang. huhu... rindu2 nak story mori about makanan that i love soooo much! so... entry kali ni adalah tentang restoran western yang aku dah dengar lama tapi tak pergi2. huhu... ni baru berpeluang pergi tapi... kedai ni dah bukak branch baru di TNB lama (hui... daripada 1 branch dan kini dah 2 branch... aku baru nak pergi... hahaha). so... menujulah kami ke branch baru di TNB lama kat Jalan Yahya Awal. jalan on the way to convent tuu...

okay, sebenarnya niat nak membelanja family. so bagitau gerek. dia baru je makan tempat ni. so dia proposed lah suruh aku belanja family kat tempat ni. western food kan. family aku memang suka western food. so, lepas maghrib kitorang terus gerak. singgah angsana kejap, Boy nak ambil seluar yang dia alter. kami sampai2, hui... ramai orang but thank God ada tempat kosong lagi... tak sampai 15 min selepas kitorang sampai, the place is packed. sampai ada beberapa customer yang dah masuk but patah balik. serius penuh and takde tempat. makanan kami : ayah and Boy order Grilled Lamb Chop. aku and emak order Grilled Chicken Chop.


participants di hari kejadian :


ayah yang khusyuk nak makan. tak sabar2 lah tu... sampai aku take picture pun tak toleh2 dah. haha...


emak yang excited nak bergambar. ni shot yang ke berapa entah. sebabnya... shot2 before ni asyik problem je. FYI : mak aku memang tak fotogenik. mesti ada je yang spoil. dia pandang lain lah... tangan dia bergerak lah. macam2. haha...


Amir yang tak sabar2 nak memotong kambingnya tapi aku suruh stop untuk ambil gambar. hahaha...

okay, overall about this restaurant... orang ramai warning servis dia slow and very poor. tapi rezeki kitorang agaknya, takdelah lama sangat menunggu. tapi servis dia kureng lah. sebabnya, menu ada dalam beberapa copy aje. dah tahu customer ramai, buatlah menu puluh2 ratus. dah kena tunggu orang lain guna, then our turn, then other customers' turn. tak efisien langsung ya. kemudian pasal makanan dia... hmm... cheap and nice. just okay. worth the penny lah. our food are cold. sos dia je yang panas. aku pergi jenguk dapur. baru tahu... kiranya dia dah buat ayam banyak2, steak banyak2. so dia dah ready2 letak2 atas pinggan. ada order baru curah sos and then serve. for me, chicken chop is tak berapa panas okaylah, tolerable. but steak and lamb, memang out. benda2 tu kan sometimes ada lemak2 dia kan? if sejuk, mahu rasa berkerak lemak kat bibir. tak syok okay!







p/s (i) : gerek kata nak bawak makan kat Bukit Indah, new cafe there. weee... rasa tak sabar pulak. nak makan Baeekkk Punya!

p/s (ii) : mane cik hapisang tak msg2 ni... nak lepak meranti. ish, macam syok pulak. kalau petang ni, aku ajak makan Sabina. tomyam... nasi goreng... adoi sedapnya...

p/s (iii) : kerja permentoran tak buat hape2 lagi ni... adeh... bila lah nak rajin ni...











18032011 ~ 2.22pm
rumah aku ~ bilik aku-Impian Heights

Thursday, March 10, 2011

George and Dragons Restaurant

hai2 you all... aku penat sangat. tapi kepala agak tension. patutnya berehat lah kan? tapi entah... macam tak boleh nak tidur. so... aku masak maggie, tengok tv dan sebagainya... dalam kepala... macam nak ke Melaka. uhuk2... pergi Melaka apa yang best ek? gerek lah yang paling best. but then... macam pusing2 pulak kang... hmm... tengah mencongak2 ni... adoyai...

okay, mood happy balik. nak update pasal makan2 hari ahad lepas. yang hari pergi jumpa baby bersama2 Baizura. huhu... after pergi jenguk baby, pergi round2 Pontian. isi perut di Pontian and kami menghala ke JB. haha... last2 ke JB jugak kitorang ni... aku nak ke Bukit Indah. sekali ada derma darah. weee... seronok gile. lepas shopping dan derma darah, kami meghala ke George and Dragons Restaurant di Taman Tasek. nervous woo masa mula2 nak masuk.
okay, kami pun order best sellers diorang. gerek order Sirloin Steak Black Pepper Sauce. aku pulak Chicken Chop with Black Pepper Sauce. hmm... bagi aku, 2, 2 kurang mengancam. harga mereka, hamboi... tak sesuai dengan rasa. hoho... if mahal and sedap, baru puas hati.

aku order chicken wing dia... boleh tahan lah sedap. ni yang terasa nak beli drummet Ayamas ni. huhu... makan sampai pengsan. kecurnya terasa.

tapi... environment dia best. romantik... unik. meja dia, dia guna mesin jahit Singer. kikiki... so kat kaki anda tu, bolehlah hanyun2 macam sedang menjahit. hehe...

dan ada armour. wee... kagum sebentar. tu bendera negeri apa tu ek?

yayang saya sedang memikirkan apa tu ek? thank you sayang for the great day. i love you so much! lama tak sambut birthday. kikiki... kenapa birthday setahun sekali je ek?









p/s (i) : kepala still pusing2 memikirkan plan esok... macamane ni ek... adoyai...
p/s (ii) : lesson plan tak buat lagi. kena buat report mingguan. program permentoran pun tak buat lagi. hadoi yanna... apa nak jadi dengan kau ni... awat pemalas sangat ni...
p/s (iii) : kepala tiba2 tension balik... kenapa kat sini takde SB?








10032011 ~ 5.13pm
rumah aku ~ kediaman warden-SMVK

Wednesday, March 9, 2011

i'm 25 years old today~

hip hip hooray! menyedapkan hati yang lara. haha... lara lah sangat. tak lara pun... tapi... bila sebut 25, hadoi... tua dah aku. tapi macam best pulak. aku rasa angka 25 ni HOT!! haha... hari ni... birthday saya... kerja tiba2 dapat amat banyak... kelas hari ni entah mengapa mostly buat hal. mengapa2?? korang saja nak dengkikan teacher ke? mengapa2... hangin 1 badan aku hari ni. lagi2 dengan budak2 SKM. kenapa diorang noti sangat hari ni? plus Ehsak tak datang. haha... dia jelah yang sedapkan hati aku if masuk kelas SKM tu. bila dia tak datang, jadi macam tak best pulak.


tapi apa2 pun... aku tetap happy. FB aku punya komen. WOW! thanks you guys! saya amat seronok... terharu... cikna dah call. makayah aku pun dah call pagi2. mak kata, "dengar ERA tak? ada wish birthday." aku punyalah terkezut! then mak aku sambung, "bukan wish untuk adiklah. hahaha..." hampes pulak mak aku ni... ayah aku lain pulak. aku mintak hadiah, dia balas, "boleh... ayah bagi adik cuti selama seminggu start sabtu ni." hadoi... haha... kelakar juga mereka ni ya. kikikiki...

dan of course... paling happy tentulah yayang gerek saya cikebom celebrate bersama saya. in advance. tapi 2 kali... wee... seronoknya rasa! i love you sayang. i dah tua... you belum lagi. huhu... (gerek marah if aku cakap2 benda2 macam ni... yelah, birthday dia kan september... huhuhu...)

ahad lepas, kami ke George and Dragon. huhu... cuak jugak nak masuk. environment dia best! tapi tulah... makanan dia takdelah sedap mane. just if nak suasana yang romantik2, tempat ni kira okaylah. dari tepi nampak besar, tapi dalam dia kecil ajee... huhu...


kemudian semalam gerek datang. surprise! wee... i loike. sambut di tepi tasek. romantik jugak. then gerek nak beli kek kat SR, suruh makan dengan housemates. but... semua whole kek dah habis. so... aku pilih Choc Lava. cedap banget! brownies for my housemates. thank you sayang!


weee... presents for me. new wallet from Vincci, new shoes from Crocs, new anklet. oh, Ku Bahagia!


and... picture of the day. haha... anak coursemate gerek aku. baru 2 bulan. kitorang pergi melawat dengan Baizura. baik gile anaknya... tak nangis langsung. amacam? ada ciri2 ibu tak aku? kikiki... maaf, gerek aku still tak pandai pegang baby. aku yang seriau tengok dia pegang. haha...









p/s (i) : one of my class sang HBTU song for me. haha... malu aku. love you guys. thank you ya!

p/s (ii) : malam ni kena siapkan marking 2 classes. mampukah aku? aku bisa!! esok 4 masa straight. berusaha miss nurul!

p/s (iii) : two more days to go. hadoi... serius lah, kenapa tak sabar2 nak cuti sekolah ni? i miss JB alot. i miss rumah. i miss everything at home.









09032011 ~ 5.08pm
rumah aku ~ kediaman warden-SMVK

Sunday, March 6, 2011

Sambutan Maulid Rasul SMV Kluang

hello2 kalian... hari ni... aku amat happy. serious happy tak larat. student2 sekalian, naughty lah kalian. aku akan menerima dengan senang hati. tak hantar homework pun takpe... aku akan menerima dengan senyuman. sambil tangan menulis borang salah laku. haha... wee... seharian berdating dengan gerek. jumpa baby SBW, then jalan2 shopping. waduh2... another crocs. derma darah. new wallet. romantic dinner. oh hai... happy banget aku!

tapi... update for that is not now. hari ni aku nak update pasal sambutan Maulid Rasul sekolah aku yang berlangsung semalam. a day before kitorang rewang2 sambil makan cucur udang. adoi... sedap sungguh cucur yang diorang buat. udang2 yang amat besar jugak. berebut2 aku dengan anak2 cikgu2. kikiki... malam sabtu tu patutnya sambung rewang but kitorang warden2 buat surprise spotcheck. aku excited meng'check bilik budak2 ni. tapi peluh woo... berkuah ketiak. hasil agak lumayan. handphone beberapa ketul. surat2 cinta. nauzubillah... serem aku membacanya. kamera2 yang tidak mendapat kelulusan untuk bawak ke hostel.
so... ini gambar2 dari kamera rampasan. haha... kamera anak murid aku. sebelum dia mendapat kelulusan, aku pinjam lah kejap. dengan teacher takkan nak berkira koootttt... hehe... so, kami bertiga di awal pagi sebelum berarak. kanak2 sedang berkumpul dia padang.

kanak2 lelaki berkumpul...

kanak2 perempuan... nampak perbezaan bilangan mereka? pengsan woo...


aksi di dapur. selepas kenyang makan kambing dan daging cicah roti. sedapnya...


kanak2 semangat berarak. kuat woo diorang berselawat. i loike it so very the muchy2. mengah jugak aku mendaki bukit. hehe... dengan high heel. tu yang tak sabar2 nak beli flat shoes.


dan ini pula baby Alisha... ya Allah, sangat comel dan bijak. tak merengek. tak menangis. keletah. suka berbual bahasanya sendiri. waduh2... syok if dapat baby macam ni. hehe... nak dapatkan tips dari ibunya. bukan dari mama angkatnya...


weee... aku cuba untuk menangkap gambar seperti kanak2 zaman sekarang. haha... comel rupanya. juling pulak tu. kakaka...


okay, sekian sahaja update untuk kali ini... maaflah takde idea nak berbicara panjang2. badan penat. ngantuk jugak rasanya... tengah tengok Merlin. nasib baik esok and lusa exam. so aku rilek sikit. tapi still minggu ni aku ada observation. adoyai... bilalah semua ni nak berakhir2. uhuk2...









p/s (i) : walaupun penat yang teramat... seronok yang teramat. thanks sayang... sorry susahkan you hari ni.

p/s (ii) : 5 days to go... school holiday! mahu rehat sepuas2 nya sampai pengsan. kikiki...

p/s (iii) : esok dan lusa ada test. balik awal! at least the kids balik awal. cikgu2 tak tahu lah boleh balik awal jugak ke tak. haha...









06032011 ~ 11.54pm
rumah aku ~ kediaman warden-SMVK

Wednesday, March 2, 2011

housemates saya di SMVK =)

hai2 korang... hari ni actually aku banyak kerja. tapi nak jugak update blog. patutnya semalam aku nak update. tapi mood terbantut dek kerana airasia. uhuk2... then ada beberapa confusion. adoyai... akhirnya... i did it just now. tawakal saja. moga2 tiada masalah. then patutnya plan aku petang ni nak buat report Kelab Petanque. sekali tertinggal file nya di bilik guru. hadoi... dah terbantut lagi. malam ni pulak ada Makan Rasmi di asrama. nasib baik petang ni aku takde terlibat dengan sukantara. huhu...

okay2, hari ni aku nak update pasal housemates aku di sekolah ni. as you all know, aku sekarang kan stay di asrama sekolah. jadi pembantu warden. hari ni aku duty secara rasmi sebagai pembantu warden. weee... cik shida, ajar aku ya malam ni. he... untung aku duduk sini. all provided. tempat tinggal full furnished. semua ada. bil2 semua tak perlu bayar. hanya perlu bertugas untuk anak2 ni aja. huhu... be nice to me ya kids!

so, gambar pertama. cik edayati dan cik shahida respectively. cik shahida tu roomate saya. rumah kami ni ada 3 bilik. 1 bilik jadi stor. so kami berempat share 2 bilik. 1 bilik berdua. meh i story about mereka.


Cik Shahida Hani : dia ni lembut tapi kadang2 ganas juga. kepala dia... haha... amat kelakar ya. sangat bengong. layan je aku ngarut2. sometimes dia lagi mengarut dari aku. macam semalam dia ajak aku berjemaah, suruh aku jadi imam. aku mane reti... aku yeye lah percaya kan dia ajak betul2. sengal sungguh! then suka menodai aku. suara dia ala2 Fasha. haha...

Cik Edayati : nama manja, edot. masa mula2 aku sampai SMVK ni, dia yang bawak aku ke rumah. tunjuk bilik, katil semua. he... time tu, kami sama2 lembut orangnya. dia tolong aku angkat barang2. he... baik budaknya. then... dia sangat handal buat aiskrim. syok gile. si shida tu pulak lebih2 makan aiskrim edot. lagi2 if edot buat aiskrim nenas. berlari2 pergi peti sejuk. huhu...

gambar seterusnya... aku dan puan Hajar. hajar pulak roomate edot. ustazah tau. hehe... dia dah kahwin ya. nanti suami dia datang every weekend. tapi aku belum pernah nampak lagi suaminya. hehe... still in honeymoon mode. inai tak hilang lagi tau!


oh, saya memang rasa amat bersyukur dan beruntung. masuk2 sini dah dapat tempat tinggal yang everything FOC kecuali makanan lah. dah jimat kat situ. kemudian, dapat pulak housemates yang best. i am blessed. tulah orang kata, setiap benda yang terjadi pasti ada hikmah. biarpun aku dapat jauh dari rumah, still aku boleh berjimat. kalau duduk JB belum tentu aku boleh berjimat. kang berjalannnn aje kerjanya. lagi2 lah bila gerek bagi JJK kan. pasti panjang je langkah aku. hehe...

aktiviti kami petang2 yang bengong2. aku menjaga budak2 petanque, mereka menjaga budak2 netball. then mulalah warden2 beraksi bengong. haha... benda penggilis tu untuk ratakan padang petanque actually. huhu...





p/s (i) : booked tapi still seram. sorry sayang. kita share2 eh. i promise!

p/s (ii) : laaa... petang2 yang banyak kerja ni pulak hujan turun dengan lebatnya. nasib baik sukantara dah selesai. kalau tak, nak tangguh ke bila pulak... budak2 sure ramai tak datang ni.

p/s (iii) : tadi pagi aku ada meeting guru2 baru. sedih pulak rasa tak dapat masuk kelas budak2 SKM. i actually enjoy entering that class. naughty but interesting.

p/s (iv) : hujung minggu ni dapat jalan2 tak ek?









02032011 ~ 6.04pm
rumah aku ~ kediaman warden-SMVK

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com