we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Wednesday, December 28, 2011

Pengakuan Berani Mati!!

PERINGATAN : ayat2 di dalam entri kali ini mungkin tidak berpatutan, tidak rasional. sila jangan hakimi.

takde pendahuluan as usual sebab tiba2 emosi aku tak stabil. bukan tiba2 sebenarnya. dah beberapa hari. tapi suppress dalam2 biar orang tak nampak. syukur ada suami, adik, makcik dan kawan2. sekejap terlupa pasal benda tu. tapi ni sambil tengok Tentang Dhia, aku browse through pictures dalam laptop adik aku ni. ada gambar2 aku kahwin. tiba2 rasa sedih. everyone seems to be very happy. i know i am, a lot.

aku dah 25 tahun. kurang 3 bulan aku turning 26. tapi entahlah... selama bertahun2 aku rasa macam ni. bertahun2. aku rasa kalau iman tak kuat, dah lama aku gile, dah lama aku lari, dah lama aku takde dalam dunia ni kot. tapi aku tegarkan hati, teruskan hidup walau ada masa2 yang setiap malam aku tidur dengan air mata. sampai bila aku kena terus hadapi benda ni? walaupun aku dah kahwin, aku kena lagi? apa salah aku pulak kali ni... mungkin... kesabaran dah sampai ke penghujung. aku taknak terima lagi.

aku tahu aku bukan yang disukai. tapi bila penyataan itu didengari sendiri, sakitnya bukan main. yup, the truth hurts. really hurts. pikir2 balik, kesiannya kat diri aku ni. pathetic. hidup seriuosly pathetic. berusaha menjadi yang terbaik. berusaha bagai nak gile tapi masih lagi bukan yang disukai. masih lagi di tempat tercorot. dan kesilapan kecil adalah besar. hukuman yang aku dapat tak sejajar dengan kesalahan yang aku buat.




mungkin... kalau aku mati pun, dia tak rasa kehilangan seperti sepatutnya. sebab aku bukan kesayangannya. mungkin... masanya dah tiba. untuk aku pergi.





p/s (i) : aku serik dah hidup macam ni.

p/s (ii) : boy, cepatlah you fly.

p/s (iii) : my husband, my saviour.





28122011 ~ 8.20pm
atas katil ~ bilik aku-kediaman warden SMVK

Thursday, December 15, 2011

New Zealand Day 1 :)

hai2 korang... waktu sekarang di New Zealand adalah pada hari Jumaat 16Dec2011. tapi di Malaysia belum lagi. huhu... New Zealand awal 5jam dari Malaysia. gerek dah tidur. tapi aku belum boleh tidur walaupun kepala tingtong. sebabnya... dalam flight tadi aku bantai tidur. huhu... gerek tak boleh tidur. ikutkan if jet-lagged pun, waktu sekarang bukan belum maghrib pun lagi. huhu... tapiii... gerek tidur macam body-clock dia ikut negara ni. ces!





okay2, kali ni aku nak quick update je pasal ketibaan kitorang di Christchurch. alhamdulillah... Allah permudahkan perjalanan kami. semoga diberkati. di sini, aku nak ucapkan berjuta-juta terima kasih kepada keluarga pensyarah aku ketika di UTM dahulu; Encik Abdullah bin Mohd Nawi. banyak gile dia dah tolong aku and gerek since sampai sini. walaupun belum sampai jugak! dia yang consult pasal percutian kitorang ni and offer tinggal kat rumah dia for the first night. wah! and dia fetch kitorang dari airport jugak! huhu... tanpa dia, aku tak tahu lah macamane permulaan percutian kitorang. huhu...


inilah dia Sir Abdullah. sedang membakar burger kambing. huhu... gile sedap wokay! all grill! dari roti, bawang, mushroom and burger. tomato and lettuce makan raw. aku makan sayur mentah??? tak percaya bukan? tapi inilah realitinya. sayur2 kat sini gile fresh! tomato dia manis! mushroom dia, perggghhh! marvellous wa cakap sama lu. undescriable! (ada ke such word gitu?? uwaaaa!)




this is his wife; Kak Salmah. soft lady. lembut je. and seriously a good cook!





this is Adel. Sir Abdullah's first son. dulu masa UTM, kecik lagi kanak2 ni. sekarang... petah dia! wow!




and lastly, this is Adam. budak ni kan, ada look kat muka dia macam 'up to something' look. rupa yang macam nak buat sesuatu yang noti. korang dapat bayangkan tak budak2 kecik macam ada rupa yang macam warning, "lepas ni aku nak buat sesuatu yang mengejutkan". huhu... this kid has that look, always! and kalau dia main macam dalam dunia dia sendiri. cute sangat!




dan sangat berterima kasih kepada Sir Abdullah sebab membantu kami dalam merancang segala perjalanan sepanjang percutian kami ni. tanpa Sir, terkontang kanting kami berdua. huhu... ini pamplet bisnes yang Sir Abdullah kendalikan. kepada rakyat Malaysia yang mahu bercuti ke Christchurch, Sir Abdullah ada menyediakan perkhidmatan untuk jet-lagged. malam pertama di rumahnya untuk menangani jet-lagged. ada jugak beberapa perkhidmatan lain yang disediakan. boleh rujuk di laman ini. hornbycarhire.blogspot.com.






p/s (i) : kepala sangat melayang. akan tidur selepas update blog ini.


p/s (ii) : esok round2 Christchurch dengan Sir Abdullah. nak pergi mana ek. aku bukannya reti sangat tempat2 orang ni. tempat sendiri pun tak reti. haha...


p/s (iii) : balik ni terus pokai. haha... nak kena cari rumah sewa di Kluang. wuhuuu!


p/s (iv) : happy birthday to my bestfriend, Diana Yusof. love you always dear! DOREMI eternity!







16122011 ~ 12.37am (waktu NZ)

atas katil ~ rumah Sir Abdullah-Christchurch, NZ

Monday, December 12, 2011

Siri Aidil Fitri terlewat :)


hai2 korang... aku kat rumah ni. huhu... semalam tidur lewat google pasal trip ke NZ. hmm... seriously memang daredevil betul pergi. nak berjimat memang payah lah. so tawakal. ada rezeki, ada lah... moga2 perjalanan dipermudahkan. ish, seramnya... hari ni pulak bangun pagi2 nak breakfast dengan boy. kejap lagi nak ke Parkson then dating dengan Cik Hafiza pulak. lama tak dating. susah bila bekerja jauh dan husband pun jauh. adoyai! sabar ajelah.

okay2, sebenarnya tak niat pun nak update tentang entri ni. then saja tengok2 gambar dalam handphone. eh.......!! ada gambar2 mereka anak2 yang ku sayangi. oh rindunya... dah dewasa dah mereka. dah habis sekolah dah. diorang still akan ingat aku tak? uhuk2... tapi aku nak streskan kat sini, berhari raya dengan mereka, WORTH IT! walau balik tu kena marah dengan mak and makcik. huhu... buat tegak ye!

okay, ini participants nya... kami bergerak 2 kereta. 1 wish, 1 hilux dan 1 motor. huhu... meriah kan? kredit gambar di FB ustazah Fadzilah.


pandai tau diorang2 ni... ajak teacher eli beraya ke rumah Salmah, one of their classmate. then katanya nak ke rumah Cikgu Sheda. sebab tu suruh teacher eli bawak Wish sebab nak sumbat ramai2. okaylah... 2 rumah kan? tapi rupanya... ada lagi agenda yang diorang tak bagitau teacher eli. huhu... how can i say no to these kids? mestilah layankan aje... dari rumah Salmah, pergi ke rumah Kak Sheda. kemudian ke rumah Ustazah Fadzilah. so sorry syafiq, teacher bagi salah direction. so diorang sesat jauh sampai ke Tebrau City. uhuk2... seriously rasa bersalah. huhu... then ke rumah Kak Liza. barulah teacher eli pulang ke rumah. apa2 pun, seronok sangat jalan2 dengan diorang. gembira.

aksi2 comel... zahin bersama jibrael emand. ada ciri2 tak? huhu...


syafiq bersama syahirul. hehe... mintak direction di lampu merah. agak funny lah. huhu...


gambar terakhir sebelum teacher eli bergerak pulang. huhu... syafiq, lama kita tak bergosip kan? huhu... i dah kahwin, tak bolehlah nak calling2 gosip sana sini lagi. kikiki... takpe2, i still remember my promise. nanti we meet up eh!



kids, walaupun kalian dah habis sekolah... remember you root. ingat di mana kalian membesar, menimba ilmu. ingat guru2 yang dah curahkan ilmu selama beberapa tahun. walau guru dah tak ingat nama kalian after 8 years after school, you have no reason to forget their names. guru2 akan menerima anak2 murid silih berganti setiap tahun. tapi kalian hanya menerima beberapa guru selama beberapa tahun di sekolah... gunakan ilmu yang dicurahkan sewajarnya. and jangan kedekut dengan ilmu itu! sharing the knowledge meaning you are expanding what you know. i love you kids. cross my heart :)






p/s (i) : dah sidai kain, kejap lagi goreng ikan and celur mee. mak dah masak tomyam. ohoi... seronoknya rasa duduk rumah.

p/s (ii) : jadual 2 hari yang pack. mesti luangkan masa jumpa Dr. Faizah. huhu...

p/s (iii) : hope everything goes well. seramnya nak ke negara orang. 1 step at 1 time. tahun depan tahun jalan2. Ya Allah, murahkanlah rezeki kami. Aminnn....






12122011 ~ 11.43am
depan tv - rumah Impian Emas

Friday, December 9, 2011

make yourself useful!

hai2 korang... haha... mesti macam bosan baca entri2 aku without pictures kan? apakan daya... sekarang ni masa amat mencemburui. dah 3 entri takde pictures kan? haha... 2 tu aku update kat kluang, ketika busy dengan 5S. hmm... semalam audit yang kedua tapi aku tegarkan hati taknak pergi. apa ada pada audit? i mean, kita dah buat kerja bagai nak rak, kenapa nak pergi audit? i mean, memanglah penting untuk dengar komen2, tapi daripada dok termenung dengan komen2 baik aku pergi buat kerja kan? haha... tapi at the end, aku buat keputusan taknak pergi, ikut gerek ke penang. sambil menyelam, minum air. hehe...

okay2, update kali ni di sebabkan 5S sebenarnya... kalau you guys follow update2 aku kat FB, mesti korang tahu aku amat busy dengan 5S since last week. huhu... 5S, seriusly, kenapa lah orang jepun rajin sangat nak buat benda alah ni. huhu... okay, dari last week, kami full throttle buat 5S di asrama. apa yang kami buat? as follows :


  • susun atur almari besi, kayu dan katil besi double decker. (ikut cara orang PPA. dia kata biar kondusif , selesa untuk budak2 tinggal. dan pastikan lapang)

  • alihkan katil yang berlebihan ke dorm yang memerlukan. (ini memerlukan pertolongan lelaki. sangat susah nak keluarkan almari double decker walaupun hanya ke dorm sebelah)

  • susun elok2 almari yang berlebihan di tengah2 dorm. (walaupun untuk disisihkan, still kena susun molek2 sebab takut tak sempat sisih so still kemas dalam dorm)

  • turunkan almari2 yang nak disisihkan tadi. (dari dorm tingkat 1 ke ground floor. pernah cuba alihkan almari besi tu? cuba dulu baru komen. sangat berat!!)

  • alihkan almari2 yang belum diturunkan ke koridor. (serius rasa macam bangla. berpeluh2 macam hape... kami 3 orang perempuan buat semua ini. logik keee???)

  • scrap balik cat parking katil and almari. (korang dapat bayangkan tak parking meja, katil and almari? google for 5S. mula2 dah cat dah. then bila dah alih2, surelah kena betulkan. so kena scrap balik. bukan kerja senang. tangan shida sampai terseliuh)

  • turunkan semua langsir dan alas meja. cuci jugak! (gile kotor okay! geli nak pegang. and banyak gile sabun kitorang pakai untuk cuci)

  • cat tembok koridor (aku tak tahulah apa budak2 buat sampai kotor sangat. tangan aku pun sakit buat benda alah ni. nak drive tak larat. haha...)

  • buat balik parking katil and almari guna binding tape. (dah buat penat2 budak2 main alih2 kan katil and almari. macam haram!! tergarik2 binding tape aku!)

  • tagging katil, almari, meja, kerusi. (sian edot... time ni aku and shida dah balik. so dia yang buat. hmmm... hope what we did worth it!)

sebenarnya, banyak lagi... ini kerja2 buruh je aku listkan. kerja2 renyah belum lagi aku tulis. lecturer aku pernah cakap, 'Make Yourself Useful'. susah nak describe benda2 macam ni if diri sendiri takde kesedaran. tunggu semua kerja siap je, so siapa yang banting tulang? orang PPA kata, sekolah aku kurang sifat kerjasama. TRUE! very true. hajah zalihar ada cakap, takkan pengetua nak arahkan semua benda, saling bantu membantu lah... tapi maybe aku mengharapkan pengetua datang jenguk kitorang. show concern un dah cukup. dan isu paling besar ialah PASSANGER. masa universiti dulu, passanger dalam buat assignment maybe kurang terasa sebab assignment ni tak guna tenaga buruh sangat. tapi 5S if ada passanger, memang nak kena sembur. hmmm... put yourself in our shoes, then comment. if not, just shut up!






p/s (i) : hari ni balik JB, tidur rumah mak mertua. huhu... tak sabar nak pergi outlet store kat johor tu... weee... banyak sangat ke duit?


p/s (ii) : okay, lepas ni nak kemas rumah. huhu... nak kena cari rumah sewa di kluang. kejap lagi google jugaklah. hoho...


p/s (iii) : second day. masih kecewa. but i know He prepares something better for me.


p/s (iv) : packing for next week also. wuhuuu!! nervous pulak rasa.





09122011 ~ 4.10pm


depan tv ~ rumah sewa gerek-Batu Berendam, Melaka

Thursday, December 1, 2011

Perception of Love

hai2 korang... again, quick update sebab kejap lagi nak sambung buat 5S. haha... boleh patah riuk pinggang kitorang woo... tapi setakat ni alhamdulillah... semuanya under control. ada lah beberapa ketika yang masih2 nampak down dan nak nangis. tapi aku bersyukur ditemukan dengan 2 orang bengong ni. so kerja jadi enjoy. walau tak berapa nak enjoy beberapa ketika, mesti akan jadi lapang selepas berehat. haha... seronok2. thank you Allah, thank you friends.


ha, tajuk entry aku tu... ewah! takmo gempak lagi kan? sempena 1dec2011 ni, aku nak update lah tentang cinta sedikit. sebabnya... pada bulan ini, tahun lepas, aku bertunang dengan lelaki pilihan aku. thank you Allah sebab ditemukan dengan lelaki yang sangat menyayangi aku dan sangat bertanggungjawab.

cinta. love. love is cinta. setiap orang ada persepsi sendiri tentang cinta. ada yang tak percaya cinta. ada yang sangat memuja cinta. dua, dua ni dah salah dah... ustaz pernah cakap, cinta hanya milik Allah. Dia mencipta kasih dan sayang untuk manusia. kerana tersalah cintakan manusialah, manusia sanggup lakukan perkara2 yang tak munasabah. perkara2 yang memudaratkan. perkara2 yang memesongkan akidah terhadap Islam.

contohnya... manusia sanggup berbunuhan kerana cinta. sanggup bergaduhan kerana cinta. dan sanggup membunuh diri kerana manusia. okay pikir2, logik atau tak perkara2 tersebut? tak kan? tapi kenapa ramai yang buat? kenapa ada je yang bunuh diri bila kecewa bercinta? hmmm... apa yang mereka fikirkan sebenarnya. pernahkan anda tertanya?


aku bersyukur... aku sudah punyai suami. yang dulunya teman baikku. teman tempat aku luahkan perasaan. teman susah dan senang. teman yang tak pernah sesekali akan meninggalkan aku. teman yang menerima aku seadanya. teman yang menegur kesilapan, dan memuji kebaikan. teman yang membimbing. teman itulah cintaku, kasihku, sayangku. terima kasih.


love is to give. to take. to embrace. to feel. to accept. to be patient. to tolerate. to be nice. to hold on. to enjoy.






p/s (i) : mahu sambung mengecat malam ni. jika ismail datang, mahu angkat almari. mampukah kami? nantikan jawapannya...

p/s (ii) : aku rasa weekend ni memang untuk hari aku berehat2 lah... aku nak tempat yang tenang supaya aku tak tension dengan kerenah manusia.

p/s (iii) : sekali lagi kecewa. tapi takpe, rezeki semua di tangan Allah.

p/s (iv) : sempat siap tak 5S asrama ni? adoyai... badan aku nak patah 47 dah ni.






01122011 ~ 8.02pm
katil shida ~ bilik aku-kediaman warden SMVK

Wednesday, November 30, 2011

Amalan 5S di Asrama SMVK

hai2 korang, currently aku berada di asrama SMVK. quick update je ni menggunakan laptop edot. aku balik ke sini dengan sehelai sepinggang. haha... padan muka. plan asal, balik sini 1 hari aje. then balik JB. but memandangkan banyak sangat benda nak di ubah, terpaksa kami warden2 stay dan menguruskan 5S di Aspuri. dah namanya warden aspuri, buat kat aspuri ajelah. aspura tu... biarlah warden aspura uruskan. huhu... kami lagi penat okay! tenaga perempuan ni boleh buat apa ajelaaaahhhh....

okay, keadaan sekarang memang sangat genting. memandangkan nanti 15Dec, MPC akan datang untuk tengok sekolah sekaligus meluluskan ataupun tidak. disebabkan itu, satu sekolah kena diubah mengikut amalan 5S. pengsan! bilik guru pun kena buat 5S. korang tahu tak apa tu 5S? sila google. amalan yang diperkenalkan oleh orang2 Jepun. adoyai... orang2 jepun sekalian, kenapa perlu kalian begitu rajin untuk memikirkan semua ini? uhuk2...

semalam memang kena audit dengan teruknya. banyak yang dikomen tentang asrama. apakan daya... kalau kitorang dapat bajet dan tenaga kerja banyak, lama dah benda2 camni setel. cun dah asrama kami ni. dah tu, ni cuti2 sekolah, manelah nak mintak tolong budak2. kalau budak2 ada, ringan sikit bebanan kami. uhuk2...

setakat yang kami dah buat hari ni, cuci kain langsir and cadar bilik rawatan. susun atur balik kedudukan almari katil di semua dorm. ko bayangkanlah kami 3 orang pompuan ni terkontang kanting tolak almari ke hulu ke hilir and katil sekali. si edot dah sakit tulang belikat, shida selamat pengsan dengan jayanya. aku pun penat tapi nak tidur macam tak boleh pulak. oh tension!! malam ni buat apa pulak??








p/s (i) : kata je nak turun tolong... turun tolong tengok and komen baik tak payah. huh!

p/s (ii) : ewah awak! bila nak balik? kerja2 buruh dah selesai baru nak balik ke? buat kerja2 admin potong2 gunting2 aje ke?

p/s (iii) : aku pun dah kahwin jugak okay! laki aku jauh. cuti sekolah ni ajelah yang aku nak tinggal dengan dia. aisehwel!

p/s (iv) : thanks cicik edot bagi pinjam laptop :P






30112011 ~ 3.54pm
atas lantai ~ bilik edot-kediaman warden SMVK

Friday, November 25, 2011

Happy E-Day Am+Amalina =)

hai2 korang... mula2 nak mintak maaf belum nak update pasal makanan2 kitorang makan di Bukit Tinggi. macam takde mood pulak. ewah! kena ada mood lah baru macam lancar je menaip kan. huhu... aku sedang keseorangan di rumah. again. adoyai... bosan ya. setakat ni, aku rasa jiran sebelah ni mesti dah pikir bukan2. cuba you guys bayangkan, gerek pergi kerja at 8am. kemudian balik tengahari or petang. then siap2 kitorang terus keluar jalan2 dan ke restoran gerek. balik 1am lebih kurang. entah apa agaknya diorang pikir. consistently kitorang takde di rumah dan awal pagi buta. "entah2 budak 2 orang ni buat kerja2 tak senonoh kot... kerja apa je balik lewat malam setiap malam?" haha... pemerdagangan manusia.






okay2, hari ni aku nak update pasal majlis pertunangan salah seorang gerek kepada gerek aku. ha... pening kan ayat aku? haha... salah seorang best friend gerek lah. tahniah Encik Idzham di atas pertunangan anda dengan pilihan hati; Amalina. bak kata gerek, "kuat jodoh diorang ni. walau pernah ada masalah, akhirnya bersama jugak". weeee... aminnn... semoga berkekalan ya.



gambar favourite aku. huhu... i like this! nak like juta2 kali. hehe... suka jugak kedudukan bantal tu. ish, kreatif jugak aku ni. (okay perasan! haha...)




gerek2 dan yanna bersama pasangan yang baru bertunang. aku je yang dah halal nak peluk2 ye dan dibenarkan melakuinya di public. haha... hmm... am ni lari sangat colour dia dari amalina. tapi gerek kata, "inilah am". apa maksud dia? gerek2 je kot yang tahu. huhu...



ha, ni pasangan yang bertunang beberapa bulan yang lepas. hari ni genap 11 bulan 1 minggu. huhu... dan sudah menjadi suami isteri 1 bulan 4 hari. suwitttt tak kami. okay2, aku tahu colour baju dan tudung aku sangat berbeza. tapi ngam kan? haha... if kalian rasa tak ngam pun takpe, i rasa cun. kikiki...



sepanjang 2 hari trip rombongan am ni, aku excited gile okay. gerek aku siap cakap aku macam budak sekolah pergi trip. huhu... dari JB gerak dalam 5pm. singgah sebentar di mersing. makan kat kedai pirate wooo... syok2. dan dapat tengok Malaysia. time tu Malaysia lawan apa ye? Myanmar eh? tak ingat pulak. malam tu sampai ke Kuantan, gerek2 terus ajak ke Teluk Cempedak. wah! jakun2! nice okay tempat tu! thank you kepada am sebab sponsor tempat tinggal yang best! dan after majlis pertunangan, kami ramai2 ke Kuala Terengganu. singgah banyak tempat. shop baju batik gerek di Pasar Payang kemudian makan sotong goreng tepung area airport. semua lapar. memang berebut2 makanan. aku terpaksa tunggu diorang berebut. tapi mestilah aku takmo ngaku kalah. kang aku tak berebut sekali, aku tak dapat makan. haha... overall, i enjoy the trip. bestnya!!



last sekali, picture of the day. komited kan?






p/s (i) : okay, hari ni aku nak pastikan, dapat tengok Breaking Dawn. gerek busy lah. kesian kat dia pun ada. tapi takkan aku nak terperuk aje kat rumah kan?



p/s (ii) : nak Crocs Kadee jugak. aiyooo... susahnya nak pergi shop! dan hadiah untuk majlis kahwin tak beli lagi. nak beli hadiah apa?



p/s (iii) : ohoi... boleh balik JB tak hujung minggu ni? rindu JB. eh, baru seminggu je kan? rasa lama seyh...









25112011 ~ 10.05am

depan tv ~ rumah sewa gerek-Melaka

Wednesday, November 23, 2011

Honeymoon (1st Phase) ~ 28.10.2011-30.10.2011




hai2 korang... seminggu aku tak menulis. agak busy ye sekarang ni. sebenarnya takdelah busy sangat. weekend hari tu je busy. huhu... travelling! love it. tapi sedikit sengsara dengan perut ni. as you all know, siapa2 yang kenal aku, memang aku ni senang masuk angin dan gastrik. lagi2 if travelling. if kurang makan sikit, terus kembung. serius sakit okay. dan semalam aku muntah2 sebab angin dah naik ke atas. adoyai!



okay2, kali ni punya entri nak story pasal honeymoon aku seminggu selepas wedding. everything sponsored. huhu... thanks to my cousin. agak kalut sikit honeymoon aku ni. actually dia dah book 24.10.2011-26.10.2011 di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. then aku tak dapat cuti. so aku bagitaulah dia, dia try to change tapi tak dapat. aku pun kecewa tapi apakan daya... salah aku kan. but tiba2 after nikah, dia bagi 1 envelope. wah!! terus aku peluk dia! dapat tukar tarikh seperti tertera di tajuk entri. huhu... thanks darling! love you bunch!



okay, we reached the resort around 6pm. tak sabar2 aku nak masuk bilik. huhu... jakun wokay. tak pernah sampai ke sana. huhu... this is our honeymoon suite. ada 2 section. masuk2 ialah living room and dapur. then masuk pintu satu lagi is the bedroom. cantik kannn??




kemudian, ada welcome drinks di sebelah lobby. ada jual pastri2 jugak. wow! peach danish! bestnya... aku memang sesuai duduk France kot. haha... (perasan tak larat!) and we had dinner. Calzone! cousin aku suggest. cheese dia memang marvellous wokay! blue cheese. and it is homemade.





keesokan harinya... time packed ya! pagi2 kitorang breakfast di cafe. nama dia aku lupa pulak. after breakfast, kami naik shuttle nak ke Japanese Village and Botanical Garden. dahlah hujan renyai2, naik lagi atas dari hotel. agak sejuk dan gerekku hanya berseluar pendek. haha... nasib baik aku pakai cardigan tebal jugak. weeee... no share2 ya!




after balik tu, kitorang tunggu shuttle nak ke horse ride pulak. wuhuuu! mual sikit naik kuda. entah, aku tak minat kot. 1 pusingan kat track dia tu pun aku dah rasa lama gile. huhu... tapi nampaknya gerek aku enjoying his time. haha... petang tu kami berehat dan at 7pm is our appointment to body massage. gerek aku siap berdengkur tertidur. huhu... syok betul. aku suka ye massage yang aromatherapy sampai nak terlelap ni. bukan macam Thai massage yang kepak2 tu. meleleh air mata ada. haha...



then, cousin aku book a place for us. serious romantic. everything dia dah settled. menu pun dah book. nasib baik dia dah orderkan. kalau tak, menggagau kitorang nak order apa di tempat begitu. haha... tak pandai. we started with bun. then soup. kitorang ambil yang berbeza. mushroom and lobster soup. then main course dia. rib eye and tenderloin. thennnnn... my favourite! chocolate fondue. mak oi! lama okay aku cari benda alah ni. dia macam kek chocolate biasa je. tapi bila potong, keluarlah chocolate from within. ya Allah... heaven!





then keesokan harinya, buat souvenir untuk cousins and cikna. terus check out. singgah rumah cikdah makan spagetti. adoyai! aku makan memang dah tak beringat ye sekarang. so jangan terkejut bila jumpa aku nanti. tiba2 teringin fish and chips pulak! kat melaka ni ada Manhattan Fish Market tak?








p/s (i) : ah, pukul 9am dah? ish, nak makan nasi arab damsyik lah. nak... nak... dan tengok bola hari ni di Bukit Jalil. are you sure?? huhu... moga2 tak penuh. aku ni mabuk penuh2.




p/s (ii) : aku rasa semalam muntah sebab angin dalam badan. kemudian makan asam pedas power. pedas tak larat. tu yang malam terus collapse tu. huhu... gerek punya pasal! bawak ke tempat2 macam tu. huhu...



p/s (iii) : nak crocs Kadee kaler biru. weeee... nak wedges jugak! tapi nak tunggu 2012 collection lah. huhu...




p/s (iv) : nanti aku buat entri pasal makanan2 yang aku makan kat Bukit Tinggi eh. macam banyak sangat pulak nak upload. huhu... takdelah banyak mane. saje bikin gempak.








23112011 ~ 9.15am


depan tv ~ rumah sewa gerek-Melaka

Friday, November 18, 2011

1 year has passed =]

hai2 korang... serius rasa amat gigih meng'update blog. aku dah meniarap yeye nak tidur, sambil muhasabah blog. haha... dulu muhasabah hp. before tidur, baca2 dulu msg2 then baru boleh tidur dengan tenang, kononnya. kali ni bertukar pulak, baca entri2 blog dulu baru boleh tidur dengan tenang. then, rasa rindu yang membuak2 memaksa aku membuka entri pasal anak2 tasek. haha... dah tercetus idea.



genap setahun aku meninggalkan sekolah tu. serius rasa baru sekejap je tinggalkan sekolah tu. anak2 kesayangan aku kini sedang bergelut dengan SPM. kalau tahun lepas, belum SPM lagi pada waktu sekarang. dan pada hari Jumaat tahun lepas, hari terakhir persekolahan, aku datang ke sekolah untuk menghadiri jamuan yang diadakan oleh budak2. rasa terharu. thanks sangat2 kat korang. sebab buat teacher rasa kehadiran teacher dihargai.


kadang2 orang takkan paham perasaan aku terhadap kanak2 tu semua. serius orang takkan paham. biarlah orang tak paham pun. tapi aku harap anak2 murid aku tahu betapa aku menyayangi diorang. betapa penting diorang untuk aku. di tasek, aku mengajar hanya beberapa bulan tapi kesan dia, sampai sekarang masih terasa. terima kasih kepada pelajar2 dan guru2 yang membuatkan saya rasa saya sebahagian warga tasek. terima kasih tak terhingga :)


untuk anak2 muridku. i mean, bekas pelajar saya... i'm not your teacher anymore. (aku ni sentiasa in state of denial. menganggap mereka masih lagi anak2 muridku). saya doakan kalian sukses sentiasa. saya doakan kalian berjaya dalam SPM dengan cemerlang. semoga kalian bisa mencapai apa sahaja yang kalian dambakan. ewah! ayat tak boleh terbelah lagi! haha... saya sayang kalian semua. cross my heart!















p/s (i) : okay, time to sleep.


p/s (ii) : esok nak jumpa gerek. rindu. yang teramat.


p/s (iii) : untuk Faiz Hasmi, good luck untuk berijab kabul. haha... jangan nervous2 dik!













18112011 ~ 1.19am

atas katil ~ bilik aku-kediaman warden SMVK

Wednesday, November 16, 2011

Perhubungan Jarak Jauh~

hai2 korang, aku, shishida dan dotdot baru lepas makan rangka ayam. huhu... hujan2 macam ni memang sedap makan. lagilah time kitorang nak beli tu, adik tu sedang menggoreng. so memang hot from oven lah orang kata. daaaannn... perut aku masuk angin. ish! GREAT! kenapa2? padahal aku cukup makan segala! bukan setakat cukup tapi terlebih wokay! and hari ni rasa sedikit gembira kerana setelah sekian lama, aku dapat menonton bola kembali. walaupun hanya perlawanan persahabatan, dapat jugak tengok kanak2 beraksi. hehe...


okay2, tujuan aku nak tulis entri kali ni sebab aku rindu gerek. yang kini adalah suamiku. masuk hari ni, dah 3 hari tak jumpa gerek. plus, aku busy dengan 5S kat sekolah. dia pulak busy kerja dan restoran. so, masa pun agak suntuk untuk kami. macam sedih je rasa. tapi kena kuat! sebab ini adalah untuk kebahagiaan bersama. sekarang adalah fasa adapting. so, berdoalah tak lama begini. hmmm... kan?


serius tak sabar nak cuti sekolah. just sedikit kecewa disebabkan pensijilan dan audit 5S, memang aku kena beberapa kali ulang alik sekolah. mentang2 lah nak jadi Kolej Vokasional. ish! baru nak rasa kehidupan berumahtangga kan. apakan daya... moga2 takde perlu perubahan yang banyak. aku ingin menikmati waktu2 cuti dengan seronoknya dan nak pergi honeymoon phase kedua. wuhuuuuu!! tak sabarnya!


untuk yayang i... i rindu you. janganlah busy sangat. i pun perlukan you.












p/s (i) : mata dah start mengantuk. awak gile kan??


p/s (ii) : sambil mendengar 'Akan Ku Jumpa' by Azfar. best sungguh lagu ni. aku suka part "Cinta jangan engkau pergi bila engkau ku jumpa, untuk mengejar dirimu". dan satu lagi part yang, "Cinta jangan sembunyi, ku takut kabur mencari..."


p/s (iii) : rindu nak tengok kanak2 bola beraksi. dah takde dah tahun ni. so, teacher berdoa kalian berjaya ke peringkat lebih tinggi. so dengan bangga teacher boleh sebut, "anak murid aku tu atas padang tuuu..." tapi! jangan lupa belajar!


p/s (iv) : esok hari kedua belas :'(














16112011 ~ 10.02pm

tepi katil ~ bilik aku-kediaman SMVK

Tuesday, November 15, 2011

Majlis Resepsi ~ae~ (23.10.2011-3.00pm)

hai2, lama aku tak update ye. agak busy sekarang ni. dengan gerek dah bukak restoran. ewah! gerek aku tauke seyh sekarang. share bertiga dengan kawan dia. huhu... tapi... dengan adanya restoran ni, makin busy lah gerek aku. apakan daya. terima ajelah. so, everything all new to me. adapting ya. insyaAllah aku okay. lagilah minggu depan dah start cuti, so i will be staying with him. so, tak kisahlah dia busy pun. sebab aku akan bersama dengan dia selalu. haha... (ayat tak boleh terbelah!!)





okay2, hari ni aku nak update pasal majlis resepsi sebelah gerek pulak. khatam sudah, nikah sudah, majlis sebelah aku sudah. so, turn belah gerek pulak. kali ni, banyak benda sikit aku pilih. haha... gerek bagi kebenaran. so... aku nak kaler hijau yang Elyana kahwin tu. ohoi... memang minat amat kaler itu k. kalau tak dapat kaler tu, aku nak royal blue. so sekarang baru aku tahu yang warna hijau tu namanya ialah emerald green. komersial sikit nama. mak aku panggil hijau kepala itik. haha... tradisional habis! so inilah kaler yang aku pilih, tapi gerek yang design bajunya. pelamin yang aku pilih jugak. weeeee! i'm loving it. simple but sweeeeetttt....




my family. time ni aqiel merajuk dengan aku. 2 hari dia merajuk time ni. diena pulak happy gile aku jadi prinsas. haha... aqiel cakap, "cikyun pretty tapi kenapa cikyun taknak kawan dengan adik?" haha... kasihan anak buah aku ni. sorry sayang, cik luyun busy sikit. nanti cik luyun beli present untuk aqiel ya!



orang kuat di sebalik majis saya. can't make it without you guys. love you guys so much!! nampak alleya berdiri tercegat tengah2 aku and gerek tak? time ni dia hilang sebentar. then abang pergi cari grab ke depan. haha... amboi! tokyam pun nak enterframe. kikiki...



adikku yang mengong. habis bulu mata palsu aku. haha...

okay, ni pulak poster yang kitorang letak di dalam bilik pengantin, di hadapan entrance masuk hall. idea from me. hehe... nak ada stand LK tu kat sebelah guest book. nice kan? ceh, puji diri sendiri pulak.




ni pulak banting gerek buat. adik dia yang edit. nice jugak kan? aku suka tulisan dia. banner aku tak sempat tangkap gambar. tapi nak cakap, nice jugak sebab gerek yang edit. hehe... i love you sayang.




overall, i enjoy all my events. dari khatam yang mengaji gigil2. kemudian nikah yang simple nervous2, "eh, aku dah jadi bini orang?". then majlis sanding yang havoc. sebab anak2 murid ramai gile datang dah mengusik ketika aku berjalan di red carpet. majlis belah gerek pun best. rasa segan ketika sampai yang semua mata pada kitorang. dah aku dah pandai pakai heel pacak tanpa goyang wokay! kikiki... memorable experience. won't forget! seronoknya!







p/s (i) : gerek semakin busy. aku pun mem'busykan diri untuk 5s sekolah dan asrama. asrama? pengsan. gile hape??


p/s (ii) : kekenyangan makan tomyam. huhu... dan terus membuang. oh rugi!


p/s (iii) : tadi soalan paper BI. adoyai! serius aku tak sangka soalan literature tu yang akan keluar. uhuk2... kasihan anak2 muridku.


p/s (iv) : 3 more days to go! yeay! tak sabarnya nak ke terengganu! weeeeee!








15112011 ~ 7.57pm

katil aku ~ bilik aku-kediaman warden SMVK

Tuesday, November 8, 2011

Majlis Persandingan ~ae~ (22.10.2011-2.30pm)

hai2, baru lepas call gerek. hmm... rindu sungguh even baru lepas jumpa. wuwuwu... bilalah nak settle down di tempat yang sama. senang sikit dia ada depan mata. lega sikit rasa hati. ni travelling here and there. adei hai... lagilah as cikgu tak boleh suka2 hati nak apply. bulan 4 tahun depan baru keluar application. hmmm... paling sekejap pun 6 bulan berjauhan. sanggupkah? point to ponder. hmmm...

okay2, hari ni nak update pasal majlis persandingan pulak. semalam majlis nikah. haha... agak bersemangat sekarang ni dan juga dah tak mengajar form 4. so masa agak lengang sedikit. esok pun ada 2 masa form 4 aje. so... dari pagi until 12.20pm aku free. form 4 diarahkan buat 5S. okay! gambar pertama. my wedding dress. kurang jelas ye di sini. tapi nak jugak tunjuk gambar ni sebab aku rasa aku cantik. hahaha... thanks to Fatin Barney for this picture. you pandai capture seyh! i'm loving it. wedding dress aku 3 pieces ye. sangat banyak alteration dilakukan. mula2 memang agak frustrated dengan dress ni. but at last, satu hasil yang bolehlah memuaskan hati semua orang.

pelamin aku. huhu... simple, nice and elegant. gile suka the product! kitorang memang taknak tipikal pelamin bunga2 sarat2 and kain scallop sana sini. nak sedikit kelainan. so, mak sebagai penggemar kayu dan jati, google sana sini. dan dengan bantuan makcik and cousin, kitorang bersetuju dengan pelamin ini. request nak pillow banyak sedikit. but sikit ye bridal ni bagi. ish! daaaannn... paling penting, aku memang taknak rose. at last, dia bagi lily. walaupun bukan lily yang aku nak. sekurangnya, dapat jugak bunga lily. hehe... dengan pasu gelas tinggi. everything as we asked for. puas hati!

my wedding cake! yeay! walaupun booking lambat, masih lagi dapat yang aku nak. huhu... blue yang aku nak. dan bunga lily yang aku nak. wawawa... suka, suka! tapi aku tak rasa langsung pun. setakat secoit untuk tangkap gambar. huhu...

walkway. ish! seriously aku sangat suka! satu je aku tak suka sebab dia letak pebbles sebelah red carpet. nyaris2 aku jatuh. nasib sempat berpaut kat gerek. huhu....

my flower girl. time ni belum pasang crown bunga dia yang cute tu... sangat comel wokay my flower girl. setiap kali dia tabur bunga, "betul tak cik luyun?" tabur lagi, "betul tak macam ni?" dan gerek keep on walking walaupun aku tersangkut di belakang diena. hish mamat tu! dan my little angel tabur petals of blue roses. suwiiitttt!

my family and abang jan, kak anne, my angels dan uncle man. i love you all. thank you for everything!


serious sangat best ketika hari persandingan. aku just sedikit kecewa sebab lambat tiba di dewan. ramai kawan2 dan anak2 murid yang aku tak sempat jumpa. sedih wokay! nasib baik ketika sampai tu, dapat jumpa beberapa orang ketika mereka baru bergerak mahu pulang. thank you for coming. sorry jika ada yang tak terlayan dan terkurang di majlis saya.





p/s (i) : kenapa ye bila guna laptop jenis ni, kaler tulisan memang tak keluar? ish! tak suwitt blog aku jadinya.

p/s (ii) : sedang memakai tuku moden milik edotyati. dan menunggu Soffiya untuk mula. wah! episod terakhir ni! i lap u Tiz Zaqyah!

p/s (iii) : okay, beberapa urusan sudah selesai. harap2 perjalanan hidup menjadi semakin lancar insyaAllah.

p/s (iv) : hujung minggu yang terasa pack. good luck to my gerek!






08112011 ~ 7.09pm
depan tv - ruang tamu-kediaman warden SMVK

Monday, November 7, 2011

Majlis Pernikahan ~ae~ (21.10.2011-3.30pm)

hai2... menonton Soffiya hari ni amat menyakitkan hati ye. dengan tv3 asyik tak molek aje. then ceritanya semakin panas. waweeee... sakit jantung tengok. plus ramai pulak budak2 datang. ada aje urusannya. adoyai! kanak2, mak nak tengok tv ni pun tak senang ooiiii....! nampaknya malam ni tidur seorang. nak panggil budak tidur sekali. teman. hehe... shida cuti, edot ada hal yang tidak dapat dielakkan. huhu...

okay2, hari tu aku dah update pasal majlis khatam qur'an, hari ni aku nak update pasal majlis nikah pulak. wuwuwuw... sorry lambat update. raya kannn... okay, gambar pertama : gambar kami selepas majlis nikah. thank you my little cousin; Diniey for capturing this photo. comel je kan picture ni. hehe...

ni pelamin mini untuk nikah di rumah kami. mula2 aku tak berkenan. too simple. then bila dah capture and touch up sana sini, nice, simple and sweet pulak rasa.

gerekku ketika melafazkan akad. dup dap dup dap ketika ni. tapi serius masa pantas sangat sampai aku tercengang, "eh, aku dah jadi bini orang lah ni ek?" gerek aku lafaz serius laju. haha...

mas kahwin aku. thank you sayang. you always think for the best for me. i love you.

my family. cantik kan biru diorang? thank you mak ayah, abang, boy for making this possible. i love you guys with every single breath i breathe. ayah awal2 majlis dah menitik2, aku buat2 tak nampak. haha... mak kat belakang memang lah aku tak nampak. tapi bila part sakinah tu, serius memang sedih. aaaannnndddd... first time abang and boy cium haku! wuwuwuw...

my mokna! thank you cikna for everything you have done. can't pay you with anything in this world. only Allay can repay for all you have done since i was 1 day old, until the person i am today.

my family!! tak semua ada. suwiiittt tak kaler kami? aku amat suka ya pink + blue. so time nikah, ini adalah tema kaler aku. parents aku pakai biru, yang lain pakai pink. aku putih. so, aku menonjol lah among them.

okay, nak tunjuk baju nikah aku. simple je baju kurung. but serious i'm loving it. rasa seksi. hahahahaha! (statement tak boleh blah!)


overall, masa berlalu begitu pantas. sangat2. tahu2, lafaz sudah, aku jadi isteri gerekku. taking2 pictures, majlis selesai. malam tu masih busy sebab menyediakan last preparation untuk keesokan harinya. aku pulak pekatkan inai sampai tertidur. tahu2 pukul 3.30am tidur dihimpit cikna and cik baydah. haha... thank you aunties and cousins. i love you guys so much!






p/s (i) : serius geram dengan tv3. rosak semacam, then tiba2 bila dah okay, Soffiya dah habis pulak! adoyai! bengang gua!

p/s (ii) : suamiku di melaka. aku di kluang. hmmm... bila lagi mahu ketemu sayangku? lalalalalala... sendiri tulis, sendiri baca, sendiri rasa geli. haha...

p/s (iii) : oh lupa nak wish untuk readers sekalian, Selamat Hari Raya Aidil Adha kalian :)






07112011 ~ 8.34pm
depan tv ~ ruang tamu-kediaman warden SMVK

Thursday, November 3, 2011

Majlis Khatam Al-Qur'an (21.10.2011-9.30am)

hai2 korang... hari ni aku rasa aku boleh kena tekanan darah tinggi. i mean bukan hari ni aje. sebab lately ni mood aku macam berangin2. budak2 pun dah tegur. entahlah ya, maybe budak2 dah nak SPM, so aku menjadi lebih tegas dan garang. dan tangan laju merotan kanak2. huhu... lepas rotan baru rasa kesian kat mereka. huhu... apakan daya, api amarah sedang membakar diri.






okay2, seperti dijanjikan, aku nak update secara detail pasal majlis aku. so kita go one by one eh. mula2 ialah khatam Al-Qur'an. menunaikan hajat mak aku untuk memulakan majlis dengan khatam Qur'an bagi memberkati majlis2 seterusnya dan hubungan yang bakal dibina. okay, jujur, aku lagi takut nak khatam Qur'an depan orang ramai daripada menikah. sebabnya, masa khatam, aku jadi tumpuan. dahlah suara tak sedap nak mengaji pakai microphone lagi. kalau menikah, tumpuan pada gerek. haha...


okay, ni gambar selepas selesai mengaji dan doa khatam. selesai berzanji jugak. ada makcik sedang membaca doa. saja nak letak gambar ni sebab nampak inai lukisan Abang Jan. cantik kan??




suwit tak haku?? wuwuwu... aku request nak pakai baju colour turqoise. sebab wedding aku, aku takde pakai baju colour2 pun. so khatam Qur'an aku nak pakai baju colour biru.




the best cousin ever!! thanks bebeh sebab banyak tolong with the preparation! i love u so dayyummm much!



the AJ's. dari kiri, Adilah Jafar, Atiqah Jafar, (perantin), Adibah Jafar, Aqilah Jafar. mereka2 ni ada lagi seorang sister. Athirah Jafar. thank you girls for helping a lot for my wedding. and for the honeymoon package also. the package was superb!



jom tengok budak nakal yang pandai menggoda. hui, orang2 tua memang sure lembut hatilah dengan budak kecil ni. tengok! dengan Ayah Long aku pun dia boleh goda dalam sekelip mata.



ha ni muka gembira selepas aku bagi beg kat dia. dia bawak ke hulu ke hilir then berangan2 depan cermin. serius drama queen budak ni ye. rindu pulak terasa. Nur Alleya Adini with her Cik Qi and Cik Dah.




okay, done with khatam Al-Qur'an. nanti aku cerita pasal nikah, sanding belah perempuan dan lelaki pulak ye. plus, kitorang dah pergi 1st phase honeymoon. huhu... thanks to my cousins for sponsoring. love you guys!









p/s (i) : panas hati betul hari ni dengan macam2 benda. lepas satu, satu! haish!!


p/s (ii) : wow! asyik nak makan rangka ayam aje rasa. kejap lagi teman Dadada isi minyak dan singgah beli rangka ayam di Ayam Goreng Yann yang glemer di Kluang ni. serius sedap, aku tak tipu. ayam goreng dia... bubur ayam dia. Perghhhh!!


p/s (iii) : esok ketemu gerek! kali ni beraya dengan gerek di kampingnya. okay, nervous amat.


p/s (iv) : salam restu esok? mereka ni bertaubat ke tak? hmmm... point to ponder.






03112011 ~ 7.08pm

katil aku ~ bilik aku-kediaman warden SMVK

Monday, October 31, 2011

Alhamdulillah... I dah jadi bini orang :D

hai2 korang... akhirnya... aku dapat update blog yang sudah lama aku tinggalkan. serius memang busy teramat. dengan wedding, exams budak2 sebab nak kena menanda 4 papers for 2 classes. akhirnya, dengan bantuan gerek selama beberapa hari ni, plus time honeymoon pun aku curi masa untuk menanda, siap jugak tadi. dan siap key-in sekali! ya Allah, nasib baik dah ada suami. kikiki... boleh membantu menanda dan key-in markah sekali. huhu... dan syukur banget sebab gerek jenis yang memahami. thank you sayang! i love you!





okay2, as stated in my title, aku kini seorang isteri. wow! tak sangka, tak sangka... aku dah kahwin?? weeee... rasa macam baru je habis sekolah (okay, exegerating). alhamdulillah... semuanya berjalan lancar. mestilah ada benda2 slek but overall, puas hati. dengan ketiga-tiga majlis. weee... seronok sangat rasa. okay, sebelum aku update in detail, entry kali ni macam teaser aje.



khatam al-Qur'an



majlis nikah



wedding belah perempuan



wedding belah lelaki




ditegaskan disini, jangan ditegur lebihan2 daging yang kelihatan atau tidak. haha... di sini jugak, saya sebagai pengantin perempuan mewakili kedua-dua belah pihak keluarga ingin memohon kemaafan jika sekiranya terdapat ada yang terkecil hati atau kurang di mana-mana yang kami tidak sedar. jutaan terima kasih diucapkan kepada semua kawan2 dan keluarga yang datang. dan infiniti terima kasih untuk mereka yang membantu secara langsung dan tidak. doakan semoga saya dan suami memiliki keluarga yang harmoni dan dikurniakan zuriat2 yang soleh solehah dan hubungan ini diberkati hingga ke syurga. (wow! tak larat panjang ucapan kannnn! hehe...)







p/s (i) : photographer untuk khatam, nikah dan belah lelaki diambil dari.... http://www.taufiqazmi.blogspot.com/


p/s (ii) : apalah susah sangat aku nak tidur petang sekarang ni? adoyai... last2 update blog. huhu... tapi bagus jugak. if aku tidur petang, sure tak terupdate blog ini!


p/s (iii) : i have start working since last week. ai, memang teruk kena haruk oi... huhu... sabar2. inai masih merah lagi.









31102011 ~ 6.19pm

atas katil ~ bilik aku-kediaman warden SMVK

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com