hai2 korang, aku, shishida dan dotdot baru lepas makan rangka ayam. huhu... hujan2 macam ni memang sedap makan. lagilah time kitorang nak beli tu, adik tu sedang menggoreng. so memang hot from oven lah orang kata. daaaannn... perut aku masuk angin. ish! GREAT! kenapa2? padahal aku cukup makan segala! bukan setakat cukup tapi terlebih wokay! and hari ni rasa sedikit gembira kerana setelah sekian lama, aku dapat menonton bola kembali. walaupun hanya perlawanan persahabatan, dapat jugak tengok kanak2 beraksi. hehe...
okay2, tujuan aku nak tulis entri kali ni sebab aku rindu gerek. yang kini adalah suamiku. masuk hari ni, dah 3 hari tak jumpa gerek. plus, aku busy dengan 5S kat sekolah. dia pulak busy kerja dan restoran. so, masa pun agak suntuk untuk kami. macam sedih je rasa. tapi kena kuat! sebab ini adalah untuk kebahagiaan bersama. sekarang adalah fasa adapting. so, berdoalah tak lama begini. hmmm... kan?
serius tak sabar nak cuti sekolah. just sedikit kecewa disebabkan pensijilan dan audit 5S, memang aku kena beberapa kali ulang alik sekolah. mentang2 lah nak jadi Kolej Vokasional. ish! baru nak rasa kehidupan berumahtangga kan. apakan daya... moga2 takde perlu perubahan yang banyak. aku ingin menikmati waktu2 cuti dengan seronoknya dan nak pergi honeymoon phase kedua. wuhuuuuu!! tak sabarnya!
untuk yayang i... i rindu you. janganlah busy sangat. i pun perlukan you.
p/s (i) : mata dah start mengantuk. awak gile kan??
p/s (ii) : sambil mendengar 'Akan Ku Jumpa' by Azfar. best sungguh lagu ni. aku suka part "Cinta jangan engkau pergi bila engkau ku jumpa, untuk mengejar dirimu". dan satu lagi part yang, "Cinta jangan sembunyi, ku takut kabur mencari..."
p/s (iii) : rindu nak tengok kanak2 bola beraksi. dah takde dah tahun ni. so, teacher berdoa kalian berjaya ke peringkat lebih tinggi. so dengan bangga teacher boleh sebut, "anak murid aku tu atas padang tuuu..." tapi! jangan lupa belajar!
p/s (iv) : esok hari kedua belas :'(
16112011 ~ 10.02pm
tepi katil ~ bilik aku-kediaman SMVK
0 comments:
Post a Comment