we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Wednesday, September 28, 2011

my big little brother =)

hmm... nak update HRMIS. tapi sebab pakai netbook, tak dapat nak update sebab screen tak berapa besar. huhu... serius banyak kerja tapi tiba2 macam taknak buat kerja apa2 pulak. kena tunggu shida habis kelas, kemudian kemas2 terus pergi praktis boling di Kluang Parade. sebelum tu nak beli bunga untuk adikku tersayang. after training terus balik JB. yeay!



okay2, nak update ni tentang adik saya yang tersayang. Amir Ridhwan. aku pernah update tentang dia lulus A-Level dia kan? jadinya... esok adalah hari konvo dia. aku tak dapat pergi so aku jumpa dia hari ni lah. nasib baik ada hal di JB, so dapatlah jumpa dia sekejap. if not, on the way ke Seremban, aku suruh ayah aku singgah kejap di Kluang.


adik aku masa kecik. kelakar tak? haha... ni bersama cikna. kurus tak??



adik aku sekarang. wah... cepatnya masa berlalu. cepatnya adik aku dah besar. selalu rasa dia masih kecil lagi. tapi nampaknya kena treat him like an adult already. dan tahun hadapan, dia akan membawa diri ke negara orang. semoga imannya kukuh di sana. tidak lupakan keluarga dan agama. personally, aku yakin dengan adik aku.







p/s (i) : kenapa kaki ni gatal2? apa yang gigit kaki aku ni? ish2!


p/s (ii) : nak beli bunga yang macamane eh? nak besarrrr punya! esok jangan lupa tangkap gambar tau adikku.


p/s (iii) : ai, mane aku nak cari masa tulis kad ni... ish2!











28092011 ~ 10.51am

meja aku ~ bilik guru-SMVK

Monday, September 19, 2011

Hisyam's Park Wedding

wuhuuu... aku baru siap menanda paper 2 both classes. pergh, rasa lembab gile menanda. huhu... kena siapkan minggu ni jugak. sambil2 tu, sempat jugak nak update blog. kikiki... cerita still hot. sebab tu nak update. plus, boy baru upload gambar. so aku copy paste ajelah. macam banyak pulak gambar nak di upload. takpe2, aku sort sikit eh. kang lambat pulak aku ke kelas kang. huhu...






jadi... Sabtu lepas, berlangsunglah majlis perkahwinan dua pupu aku di Pusat Ekuin Mont Kiara. huhu... nasib baik kereta gerek ada GPS. hehe... so, senanglah kami sampai di tempat kejadian. tapi sebelum tu pergi bergaduh sebentar di kedai kad. mak oi... salah dia, kita pulak kena tanggung kan?? sakit gile hati. apatah lagi bawak cikna. dia pergi ngamuk lah di kedai berkenaan. hehe...


this is my cousin and his wife. tahniah Hisyam and Ashkiah. hope you'll have a happy marriage like our parents do. kamon, we want more babies! hehe... bawah ini pulak Haniff yang baru juga menjadi bapa. wah! double happiness lah mama Cik Nah. new in-laws and new member in the family. cute gile Tuah Kalif! tembam and ada dimple macam papa dia. weee... shomel2!


our family at the event. the marriage is blessed. sebabnya even park wedding, panas. tapi rasa redup je. takdelah panas sangat. huhu... Alhamdulillah...


bestnya kat wedding ni ada live band. wuwuw... serious aku suka. lagu2 dia nyanyi memang best! marvellous. sweet aje. boleh nyanyi semua lagu using their own way of singing. memang best! mesti mahal bayar ni kan? ish!


ini dia Nur Alleya Adini also join the wedding. mak ayah aku happy lah ada budak kecik ni untuk dilayan. huhu... memang kecoh lah kanak2 ni. geram gile aku asyik cubit je pipi dia. haha... dia asyik marah aku je. weee... i like, i like!




gambar ni di request oleh mak aku. hehe... adik aku dan kakak sedara aku. comel kan? ye, adik aku makin gemok!




saje saje nak letak gambar ni. biarlah orang kata tak cantik pun. haha... thank you my sayang gerek cikebom yang meng'capture picture2 ini. i love you sayang!











p/s (i) : apesal eh asyik rasa letih je lately ni. ni pun nguap2 tak hengat. oh demmmmm!


p/s (ii) : counting days dah ke? waaaaahhhhh!! time is running out. okay, gerek suka Muse.


p/s (iii) : kad belum setel. baju nikah dah. baju bersanding belum. pelamin dah ke? makan okay. souvenir? apa lagiii???? hantaran? cincin? wah! apa ni, apa ni?











19092011 ~ 12.27pm
meja aku ~ bilik guru - SMVK

Monday, September 12, 2011

RIP : Azreen bt Mohamad

hai2 korang... currently at my room. mendengar santapan rohani. kepala tak tahu pikir apa sebenarnya... there are a lot in mind. a lot. seriuosly a lot. aku nak menyambung menanda paper 2 English kelas 5 PPN 2. tapi atas sekali ternampak nama 'Azreen bt Mohamad'. hmmm... melayang memikirkan dia pula.

Azreen bt Mohamad. i'm sorry i didn't spend enough time knowing you. but you were my student. you were my kid. i know despite the 'hard' you, hidden a 'soft' you. i know you were only trying to have a life, to feel being a kid and adult at a same time. you were a great kid! i love you. we all love you. from teacher, bonda and mummy. kami redha.



arwah di barisan kedua, empat dari kiri. memakai cermin mata bingkai putih. serasa baru semalam memarahi arwah. serasa baru semalam mengenali perihal hati arwah. serasa baru semalam merasa bangga dengan pencapaian arwah dalam Ujian Pentaksiran 2 yang meningkat.


kenapa dengan kelas ini? bukan menidakkan keputusan Yang Satu. salah seorang daripada mereka juga MIA. aku rasa tak berguna kerana tidak dapat melakukan apa2. apa yang sepantasnya aku lakukan... bagaimana mahu mencari dia? haruskah aku masuk campur? apa yang boleh aku lakukan dalam situasi ni? serius, rasa tak berguna... kini, tinggal 20 orang pelajar.













p/s (i) : aku tak tahu apa aku rasa sekarang ni... serius bercampur baur. hmmm...

p/s (ii) : rabu appointment doctor. macam nervous pulak. 2 tahun dah tak buat ultrasound.

p/s (iii) : takde mood nak tulis LP for tomorrow. bawak budak2 ke library ajelah.










12092011 ~ 8.52pm
bilik aku ~ rumah warden-SMVK

Tuesday, September 6, 2011

Mode : Jom Beli Kereta!

hai2 korang... aku dah selesai beberapa kerja. tinggal beberapa minit nak balik. update blog lah kejap. haha... tengah gian nak update blog ni jangan di tahan2. kang tak ter'update untuk satu jangka masa. huhu... yeay! macam happy pulak tak perlu pergi Batu Pahat Khamis ni. mula2 nama aku di sebut secara lisan untuk pergi lawatan 5 S. tapi tadi keluar list nama, nama aku tak ada. huhu... aku diamkan aje. kikiki...






okay2, nak update pasal mood2 nak beli kereta ni. yelah... tak lama lagi aku akan mendirikan rumah tangga. auw! geli pulak sebut. haha... so, after kahwin, kenalah duduk luar. duduk rumah sewa lah. currently staying as a warden in hostel. so after kahwin, takkan nak bawak suami masuk asrama perempuan pulak. plus, aku taknak jugak jadi warden lama2. cukuplah sekadar merasa. huhu... and the problem is now, kalau duduk luar, aku takde kereta. takkan gerek nak hantar and ambil kan? dah kenapa?? jadi, surveying to buy car. mari lihat pilihan2 aku.





PILIHAN PERTAMA




PILIHAN KEDUA



PILIHAN KETIGA



PILIHAN KEEMPAT



PILIHAN KELIMA





at the end... inilah kereta yang paling logik. haha... tapi smart jugak kan? yang penting, ukurlah baju di badan sendiri. jangan baju besar gabak, engkau tu kecik semut. (ayat ni untuk menyedapkan hati sendiri) ohoiiiii... nak beetle!










p/s (i) : okay, 15 minit lagi nak balik. sabar2... tak sabar nak balik and pergi warong abang nuar. lama tak makan mee sup ni.


p/s (ii) : esok trial BI. oh... cuaknya. anak2, bisakah kalian?


p/s (iii) : sudah hari selasa, 6sept2011. serius betul, pejam celik, pejam celik. tua dah aku?? tembam sungguh aku ni. ish!










06092011 ~ 2.37pm

meja aku ~ bilik guru-SMVK

Monday, September 5, 2011

Nur Alleya Adini

hai2 korang... aku baru lepas key-in 1 kelas punya markah dalam SAPS. haha... sorry Norifuan, saya janji during holiday kan? maaf, maaf... raya kan... huhu... ni sedang berusaha dengan kerasnya. tiba2 terindu gerek pulak. sebab kakak2 ni duduk story pasal Econsave. teringat pergi Econsave dengan gerek. huhu... moreh bersama Ramadan lepas. bestnya!






okay2, as promised, aku nak story pasal budak kecik yang merubah Aidilfitri kami. huhu... serius berubah. rumah jadi rilek sikit. yelah, jarang ada budak. bila ada dia, dok melayan dia aje. mak ayah pun macam syok je rasa. budak tu amat nakal. bila dia kecoh becok ke hulu kehilir, aku berdoa, cepat2 lah budak ni tidur. bila dia tidur aku nak suruh dia bangun pulak. huhu...



okay, siapakah kanak2 ini? hmmm... macamane nak terangkan ek. let me put it like this. budak ni anak angkat abang aku. so... raya haritu, abang aku bawak balik rumah. kitorang pernah jumpa dia. time tu dia baru setahun lebih. ni makin besar, makin nakal dan becok. entah apa diperkatakan pun kitorang tak paham. haha... so, this is Alleya and her Papa. haha... serius! aku tak pernah tengok abang aku sebegini rupa. there's a fine line in everything happened. Alhamdulillah.



i can say, budak ni sangat manja dan peramah terlebih. dia prefer older people. like ayah mak aku, makcik pakcik aku. and favour lelaki. dengan adik aku... bukan main. haha... dengan cousins lelaki aku pun bukan main. dengan aku? heh!! lagi sedap aku sakat dia. then budak ni pandai tackle hati makayah aku. kalau dia makan, mesti dia nak suap ayah aku. haha... cewah! ayah memang cair teruslah. dapat cucu instant!



if ayah aku masuk kereta start enjin, nanti dia berlari2 nak ikut. then nak duduk kat depan stereng. nak bawak kereta sekali. huhu... pautan dia sangat kuat okay. so, ayah had difficult time driving with her on the lap. then, dia ni good observer. masuk rumah aku kan kena swap access card. dia baru tengok sekali terus pandai. nampak je nak sampai guard, dia melompat atas riba ayah aku. amik kad, julur kepala nak swap. sebelum swap tu, dia bebel2 pada guard dulu. bertegur sapa kononnnn... huhu... pandai tak?



ha ni, aku paling kelakar. ayah aku duduk kat kerusi after makan. dia tolak ayah aku ketepi sikit, dia nak duduk sebelah ayah aku. then main tenung2 ayah aku, usap2 perut buncit ayah aku. dah usap then dia selak baju ayah aku, dia lepuk kuat2. hahaha... amat kelakar di situ ya!



banyak lagi kisah2 kelakar minah kecik ni. dari mata aku, dia lebih rapat dengan abang aku compare mak dia. dia kalau nampak abang aku, menjerit2 "Pa! Papa! Pa!" then mintak dukung, cium2, pimpin2 tangan masuk rumah. then baru dia keluar balik cari mama dia, "Ayu?" haha... dia panggil mak dia dengan nama sebab dengar abang aku panggil nama.




overall, i'm happy. sebab nampak perubahan abang aku. baru kini tahu jawapan. nothing can change my big bro, but a little girl hold the power. HEBAT!!









p/s (i) : kelas lagi 2jam. aiyo... 4 periods straight. facing 4 EE 2 yang tak sanggup ni. adoyai!


p/s (ii) : esok start trial. adoi... awat aku cuak lebih ni? huhu... malam ni, sesi meng'sms anak2 Tasek to say Goodluck! buat betul2 tau kanak2!


p/s (iii) : cuak, nervous, gembira, excited, sedih, pening. everything in 1. hmmmm...


p/s (iv) : masih depressed sebab berat naik. adoyai... boleh ke ni?









05092011 ~ 11.30am

meja aku ~ bilik guru-SMVK

Sunday, September 4, 2011

Eid Mubarak 1423/2011

hai2 kalian... i'm back after hari raya. hui2... sakan beraya haku. sakan ke? tapi this is my first year officially as a teacher. so, duit raya haruslah disediakan. duit raya haruslah diberikan kini. uhuk2... pokai selepas raya. eh, siapa kata pokai?? ada lagi ni. meh2 datang beraya. (nasib baik aku dah balik Kluang. kikiki...) and currently berada di kediaman warden SMV Kluang. housemates yang lain belum sampai. hmmmm...






okay, entry kali ni nak story pasal Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. huhu... ai, seram sungguh masa nak raya tu. yelah, diet kemain, tapi bila raya, main harung semua. ni baru lepas timbang. DEPRESSED! hish! wajib diet! okay, sebelum terlambat, diucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN kepada semua pembaca, kawan2 dan sedara mara. maaf jika ada terkasar bahasa. tercubit kuat2 ke, terpukul kuat2 ke... terperli over2 ke... i mintak maaf dari lubuk hati ini. percayalah... he... picture di pagi raya. first time ni pakai macam ni. okay, sila baca dan TENGOK sahaja. jangan nak KOMEN2! aku tahu pipi aku bom2 cikebom.




tak banyak sangat gambar2 raya. sebab tahun ni aku pun tak tahu kenapa macam hay wired sikit. then mak pakai baju tak cantek. haha... so ada beberapa pictures sahaja bersama boy, abang, cikna and cousins. antaranya ialah...



kami adik beradik. tahun ni tema kaler lain2 sebab semua lebih prepare for my wedding. huhu... save cost. baju melayu lelaki kan mahal upahnya. lain dari perempuan. huhu...



dan spoiler untuk entry seterusnya... there's toddler in town! nak kenal siapa budak kecik ini? wait for it!



cop, aku belum story pasal baju raya aku. haha... baju ini beli siap. dihadiahkan oleh gerek. mak yang pilih. cantek tak? huhu... my first time wearing baju kurung with lotssssss of beads. and also my first time wearing this kind of tudung. huhu... tudung hadiah from Cik Dah sempena pertunangan aku. huhu... banyak dia bagi. tapi 1 pun tak pernah pakai lagi. 1 Cik Na rembat awal2 dah. huhu...









p/s (i) : sampai je Kluang, dok pikir kerja aje! tapi malas nak start. hehe... berehat2 dahulu. huhu...


p/s (ii) : hui... hui... hui... hui... cepat sungguh masa berlalu. kena cari rumah sewa dan juga beli kereta. WHAT?? baru terasa dewasa. haha...


p/s (iii) : there's a lot of things to learn. to know. to change. and the first step is, TO KNOW.


p/s (iv) : Syawal as a bachelor. haha... lepas ni Masters and PhD pulak.







04092011 ~ 6.22pm

bilik aku ~ kediaman warden-SMVK

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com