we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Tuesday, June 29, 2010

basuh najis dengan air kencing

hai2, update yang berlainan dari biasa. ni pasal headline metro rabu minggu lepas... pasal anak beranak yang menjalankan kerja mengurut secara ghairah. dan kemudian, sedekahkan a part of the money untuk memberi makan kepada jemaah2. hmm... apa aku pikir bila first2 baca benda ni?

  1. mungkin, anak beranak (mak dan anak perempuan) terpaksa melakukan kerja tersebut atas desakan hidup.
  2. untuk menutup rasa menyesal kerana terpaksa melakukan kerja tersebut, sedekahkan sedikit duit yang diorang perolehi. kiranya macam dapat tebus dosa kot. buat dosa dan cuba buat pahala untuk menutup dosa.

kemudian, paper hari khamis, mufti memberi komen tentang tindakan 2 beranak tu. dia umpamakan tindakan diorang tu seperti 'membasuh najis dengan air kencing'. kiranya, dah kotor, nak cuci tapi cuci dengan benda kotor. kesimpulannya, semakin kotor. antara kesimpulan yang diperolehi;

  1. dosa tidak boleh terhapus dengan melakukan kebajikan menggunakan wang haram.
  2. pelakunya tidak tahu agama dan jika diteruskan, dirinya jauh dari Allah.

mufti tu cakap, pelakunya kena stop buat benda2 terkutuk ni semua dan bertaubat sebelum hati dan jiwa mereka menjadi gelap dan terlambat nak bertaubat. tapi, jika setiap kali terlanjur dan bertaubat tetapi perbuatan itu di lakukan lagi, seperti meludah ke muka sendiri.

hmm, honestly, aku pun kadang2 pikir yang bila buat salah dan kebajikan melaluinya, dosa boleh terhapus. i feels really stupid when get to know things isn't work like that. betapa jahilnya aku. dan yang paling penting, jangan dimainkan hukum Allah. bila bertaubat, jangan diulangi perkara yang mungkar tu. contohnya, selalu bikin onar then taubat. jangan bila nafsu bergelora, buat lagi then kemudian solat dan baca Al-Qur'an, berzikir moga dosa diampunkan.





p/s (i) : i realise something. i have difficulties when writing about feeling. like something holding my back not to write straight from my heart. kenapa?

p/s (ii) : seronoknya nak duduk hotel Shangri-la jugak dan makan makanan jepun yang di masak di depan mata. sounds fun. sedap tak ek?

p/s (iii) : ultrasound... nak pergi dengan gerek. agak2 ayah bagi tak?




29062010 ~ 11.45pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Sunday, June 27, 2010

BBQ Chicken y'all~

hai2, update yg sudah agak lapuk. kejadian berlaku pada rabu lepas. berapa hari bulan ek? lupa pulak. hehe... masa tu mak puasa. dia nak buka puasa kat luar. plus, barang2 dapur pun banyak dah tak ada. so sekaligus pergi beli barang lah. mak kata asyik2 beli kat giant. sesekali jalan jauh... nun, bukit indah sana. hehe... dan paling menggembirakan! Pink-A-Deal! extra 1 scoop with the price of 1! syaratnya kena tunjuk barang2 kita yang pink. so aku, menghulurkan kaki yang tersarung crocs pink. haha... terasa kurang sopan. tapi untuk extra 1 scoop, apa sahaja sanggup kulakukan. hehe...


after dah beli2 barang2 dapur, menujulah kami ke BBQ Chicken. restoran favourite mak aku sekarang ni. aku pun suka. sebab makanan dia sihat. i mean, semuanya di masak guna minyak zaitun. minyak zaitun kan banyak khasiat. dan mostly makanan dia bakar. ada goreng jugak. tapi bakar lagi sedap lah kat lidah aku. hehe...

okay ini makanan aku. actually just appetizer, bukan main course. tapi appetizer pun dah kenyang, tak perlu nak main course. hehe... ini nama dia apa ek? tak ingat pulak. but ayam bakar dan salad lah.


ni adik aku punya pulak. pun aku tak ingat nama dia. haha... adik aku punya ayam dia macam ayam aku but ada nasi dan coleslaw. tak sempat nak tangkap gambar dia dah ngap.


ini mak aku punya. ha, yang ni aku paling ingat nama dia sebab ini memang favourite kitorang. datang sini sure beli yang ni. JERK BBQ. ayam dia pedas. ha, kentang tu boleh tukar. either nak nasi atau kentang. nasi dia sedap sebab ada serpihan2 cendawan. auw, kecur i!


ni pulak FOC dari owner. dia bagi extra nasi, extra kentang dan jugak golden crisps. golden crisps ni ayam salut dengan tepung. mula2 aku ingatkn sotong tepung. haha... sedap.


banana split. FOC jugak. aku sekarang ni peminat whipped cream kot. sedap betul!


okay, budak baru balik solat maghrib. datang2 aiskrim pun tiba terus grab wafer. tak sempat aku nak makan.


okay, makanan ayah aku tak sempat di tangkap gambar sebab ayah aku terus sebat sampai habis. hehe... ayah aku punya ikan. macam fish and chips pun ada. yang penting, memang sedap! hari tu pun ada dihidangkan mushroom soup. gile sedap! lain lah daripada Pizza Hut. sebab dia kata mushroom soup tu homemade. gile banyak mushroom dia. jalan dengan penuh kekenyangan cuba menyorokkan perut yang membuncit. haha...




p/s (i) : gerek ke penang. oh syoknya makan nasi kandar... disebabkan rimau tak besar, terpaksalah aku berkorban.

p/s (ii) : lambatnya eclipse nak keluar. tapi kenapa aku macam tak excited ek? agaknya new moon tak berapa memberangsangkan kot.

p/s (iii) : adik aku balik kolej esok pagi... oh, keseorangan kembali. bosan...





27062010 ~ 11.18pm
rumah aku ~ bilik aku

Thursday, June 24, 2010

hari melawat pesakit =)

okay, seperti yang telah aku khabarkan, aku tidak sihat beberapa hari minggu lepas. sekarang i can say i 95% sihat. telinga still bengong2 lagi. haha... hari ahad sepatutnya pergi berdating dengan gerek. tapi di sebabkan telinga semakin tenat, maka, plan di batalkan. oh, sedih... after balik klinik, makan ubat barulah aku boleh tidur dengan nyenyak.

bangun2 terus msg gerek, "after asar datang rumah i yek". yelah, even tak dapat keluar, still gerek boleh datang jenguk aku kan. dia sampai dalam 5.30pm membawa pesanan yang aku pesan. hehe... waffle-in-mug. seharian tak makan, sekali ngap waffle, sedapnya... walaupun mulut still sakit. then gerek ajak keluar walau sekejap. apalagi, durian puff. tak berapa sedap sebab dia sejuk. tak sangka i... tapi at least pernah merasa juga lah kan? dan gerek bawak pergi makan cendol Md. Zain jugak. malangnya tak ada pulut. oh kureng...

then hari isnin, keluar lagi dengan gerek. hehe... mentang2 sakit dah reda sikit. mula nak merayau. pergi KFC Persada. tak pernah try, saje nak tahu environment dia. agak kecik lah. dari luar nampak besar. boleh muat less than 50 people je. ha, ini tiket metro dia. mahal woo... sejam pertama rm2.50. makan gelojoh2 lah yek kawan2.


kemudian ukur JB. jalan2 kemudian terasa nak makan cendol Md. Zain lagi. kali ni pulut ada. oh, nikmatnya... tatkala ini, aku terasa sangat kecur. di tambah dengan aku yang sedang berpuasa. haha... dah lama tak puasa, jadi bermalas malasan pulak kat rumah. tak ada buat kerja apa. okay kawan2, picture yayang saya. hm... windu. ops, sori yek readers. tengok gambar je rasa rindu pulak. kikikiki...





p/s (i) : berbuka puasa dengan apa yek hari ni? hari gaji. mak beli makanan special tak agak2? semalam mak berbuka dengan BBQ Chicken. oh nikmatnya...

p/s (ii) : gerek sangat kedekut kerana tak nak belikan hp untuk aku jugak... kedekut!




24062010 ~ 5.09pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Monday, June 21, 2010

aku sakit telinga =(

hai2, masuk hari ni (isnin, 21jun2010), genap 6 hari aku sakit telinga. jap aku terangkan... hari rabu lepas, benda ni start. aku mulai sakit telinga belah kiri. okay, malu nak sebut. aku mula2 pikir ada jerawat tumbuh dalam telinga kiri ni. so, aku tak ambil port sangat lah. then khamis, worst. sakit sampai aku tak selera makan. petanda buruk : tak selera makan. kesimpulannya, memang teruk lah tu. haha... makan panadol je. malam tu okay. tiba2 jumaat start sakit belah kanan pulak. eh?? apa ke hal ni?? takkan jerawat tumbuh 2, 2 belah. contagious apa? mane ada!! oh, benda ini amat memalukan. pimple ni tak ada tempat lain ke nak tumbuh? sakit tau!!

akhirnya, jumaat malam memang teruk sampai tak boleh tidur. yelah, belah kiri takleh baring, belah kanan pun. both sides sakit. aku ni jenis tidur ngiring. sekarang kena terlentang?? memang tak nyenyak. so, pergilah klinik sabtu pagi tu... rupanya ada infection dan bengkak in the inside. entah sebab apa aku pun tak sure. oh syukur!! bukan pimple. haha... tak malu dah. after makan ubat, lega sikit. malam tu tangan gatal, pergi korek telinga guna cotton bud. fuh! seriauu punya sakit... malam tu tak boleh tidur. langsung. makan painkiller pun tak jalan. mahu menangis gua cakap sama lu... dan hari ahad, sepatutnya pergi berdating dengan gerek, end up hunting for ears specialist. Johor Specialist and Puteri Specialist tak ada ear specialist!! oh God... dugaan apakah ini... aku sedang meraung2 sakit ni.

then, pergilah klinik kat desa rahmat. mak kata doktor ni ear specialist kat GH. dia bukak klinik ni. dia interviu aku macam2. aku wondering, bila pakcik ni nak check telinga aku ni. hah, sekali dia check! dia tarik2 cuping telinga aku yang dah berhari2 aku tak pegang sebab sakit. pipi aku ni yang sedia tembam semakin tembam kerana membengkak. huiyo... memang azab. then dia nak letak ubat dalam telinga. dia kata dia letak kapas sekali dalam telinga biar ubat sentiasa ada dalam telinga. aku dengar dah seram. nampaknya, dia nak sumbat kapas tu dalam telinga aku. GILE SAKITTT WOO DOKTOR!! bergenang2 air mata aku. dia sumbat sambil tarik2 cuping telinga aku... sakit...

inilah keadaan telinga aku. getting better today walaupun ada sakit sikit2. tak tak sesakit semalam lah... kalau korang nampak kapas tu, tu bahagian luar sahaja. dalam dia, kapas dia sumbat sampai penuh telinga aku ni. kiranya kapas luar tu dah maximum dia sumbat2. gile sakit. bayangkan pendengaran aku sekarang ni... i'm half deaf. quarter je kot. huhu...





p/s (i) : dapat cendol md. zain. oh nikmatnya bersama2 pulut... sleknya, tepi longkang. tapi apakan daya... dia bukak kat situ.

p/s (ii) : can i start counting the days again?? tell me quick so i can take over the duty!





21062010 ~ 10.23pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Wednesday, June 16, 2010

blog review ~ Taufiq Azmi

hai2, actually aku takde idea nak update blog pasal kehidupan aku. sebab there's nothing new and nothing i've done these past few days. jadi kerja aku online aje sampai tak tahu dah nak surf apa. last2 aku blogwalking. blogjogging dan blogrunning. untuk yang tak minat tu, aku run lah. walau dalam dunia sebenar aku menghadapi kesukaran untuk berlari. haha...

okay, blog yang aku nak review ada blog kawan gerek. he's an architect, passion in designing shirts and also photography. aku pernah review pasal blog shirts designs dia. ni link ke blognya : http://chronicgerilla.blogspot.com/. dan hari ni, pasal blog photography dia pulak. gerek selalu puji2 lah but yelah, aku tak pernah tengok kan hasil kerjanya. then tengah2 blogwalk kat Chronic Gerilla, terjumpalah hasil kerja photography nya...

Taufiq Azmi photography blog : http://taufiqazmi.blogspot.com/

dia shot wedding pictures, events, photoshoot, engagements and baby shower. antara pictures yang aku suka adalah...

wedding :


engagement :


baby shower @ baby photoshoot :


friends photoshoot :


dan paling favourite : GEREK!

okay, aku tahu gerek aku tak fotogenik. even expert photographer pun tak boleh nak buatkan dia fotogenik. hmm... haha...

love this picture the most. nampak intimate. plus, dah kahwin kan, nak tangkap gambar kiss pun boleh. hehe...



kepada sesiapa yang berminat untuk menggunakan khidmat beliau, bolehlah ke blog dia. semua detail ada kat situ... recommended by my gerek. untuk wedding pun dia buatkan short video about the couple. gerek kata sangat nice yang seriusly amat nice. hm, aku tak tengok lagi so this is based from gerek punya cakap2.





p/s (i) : lapar tapi macam tak selera. aku masak tak sedap. haha...

p/s (ii) : tengah tengok Konsert Akhir AF6. cute bila Toi peluk isteri dia. so sweet. yelah, 9 minggu tak jumpa then tiba2 di bawakan khas masa Konsert Akhir. membuak2 lah rindu kan? hoho...

p/s (iii) : ayah tak balik pulak. kalau tak, Pink-A-Deal bersama cik Hafiza Hadi. lama tak makan benda2 begitu... oh hai...




16062010 ~ 2.47pm
rumah aku ~ ruang tamu~depan tv

Sunday, June 13, 2010

ayam penyet cara kami!

huhu... johor ni boleh dikatakan tempat pelopornya ayam penyet di Malaysia. kalau ada pun kat KL. tapi... mestilah tak sesedap Restoran Pinang. dan harganya mestilah 2 kali ganda dari Pinang. siapa2 yang tak tahu rupa ayam penyet, bolehlah men'google' yek!

okay, first time aku makan ayam penyet adalah ayam penyet Banafe.
orang kata Betty Banafe punya restoran. tak tahu pulak kesahihan dia. sekarang, dah bukak tempat baru yang lebih ekslusif; Banafe Village. dan bila disebutkan perkataan 'ekslusif' tu, paham2 lah harga macam mana. dulu ayam penyet situ harga seangkatan dengan Pinang; rm4.50. sekarang ni, kali terakhir aku update; rm8.00. itu, di sini aku nak tegaskan, perbezaan harga dalam tempoh masa 2 tahun. dua kali ganda naik harga. aku pernah review pasal Banafe Village. bolehlah readers scroll ke linknya yek.

okay, nak cerita Restoran Pinang. memang specialty dia, ayam penyet, pecel lele, puyuh lele. but of courselah mostly beli ayam penyet. Pinang ni tumpuan budak2 UTM. dulu, ni ajelah ayam penyet paling best kat TamanU. tapi sekarang dah bukak Restoran Bibik yang kedudukan dia selang 2 kedai aje. Bibik dulu kerja kat Pinang. then atas sebab2 yang tak diketahui, dia berhenti kerja Pinang dan terbukalah Bibik. tapi... sambal Pinang still better lah Bibik. dulu, Pinang bukak dalam 5.30pm. Bibik untuk lunch pun available. tapi hari tu, Pinang dah bukak start tengahari. maybe sekarang kan cuti sem. keuntungan kuranglah compare time kuliah.

so, 1st step berayam penyet cara kami... sesampainya ayam penyet ke meja, ambil tempe cecah sambal terus makan.


2nd step, pilihan kedua : timun atau kobis? lat ta li lat lai li tam plom!


3rd step : ulangi step pertama. ambil pilihan anda, cecah sambal, terus makan.


4th step : konpius sebentar... blurry... nak buat apa yek?


5th step : pedaskan... ambil air nak minum... sambil posing. senyum cik piz... jangan geerrraaakkk!






p/s (i) : malam ni Rawa lagi. adei... setelah memperkenalkan kat parents aku, asyik2 Rawa. teringin jugak TipTop. or another new place. uhuk2...

p/s (ii) : rasa rilek je... want to know why? because i'm very used to it.

p/s (iii) : oh tension!! macam takde life kat rumah. the same routine all over again every each single day! boleh tak copy paste? nak SB!!




13062010 ~ 3.36pm
rumah aku ~ bilik aku

Friday, June 11, 2010

mode : marah!!

hai readers, aku actually tak biasa nak luahkan perasaan kat blog ni tapi... macam tak tahan. okay, straight to the point... lately ni, aku asyik marah aje. kepada yang membaca dan nak kata 'bendera merah' nak naik, anda silap. 'bendera merah' aku bukan dalam masa terdekat ni. haish...

lately ni, aku marah tentang everything. semuanya... ada aje yang tak kena kat mata aku. pasal kat rumah. pasal rutin harian aku. pasal channel kat tv. pasal laptop slow. pasal tak dapat balik KB. pasal gerek. pasal mak ayah. pasal adik aku. pasal makcik aku. pasal cousin aku. pasal telefon. pasal kerja. semuanya...

again, aku tak biasa nak luahkan perasaan kat blog ni. so, ayat aku macam tunggang langgang. and aku tak reti nak tulis in detail. yelah, benda tak elok, takkan nak bagitau satu dunia kan?

apapun... bak kata someone... aku memang LOSER. forever i will be a LOSER. dah seminggu orang tu cakap. but still terngiang2 lagi. Bongok!





p/s (i) : lagi satu, aku kecewa. Jimmy Shanley dah tunang. dan tunang dia bukan bernama Nurul Eliyana!! kecewa!

p/s (ii) : bestnya mimpi Kamal Adli yang kuat cemburu berebutkan aku. dan... ajak dating menaiki private jet. peliknya, gaya Kamal seperti Johan di dalam SyahJihan. apapun... cair...





11062010 ~ 11.07pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Thursday, June 10, 2010

Lagenda Budak Setan!

hai2, isnin lepas... mak aku ke Singapore. dah alang2 ada kereta kat rumah ni, panjanglah kaki aku dengan adik aku. after zohor, bergeraklah kami ke Jusco Tebrau. datang main terjah je. tak tengok pun waktu cinema. sampai dekat pukul 3pm dan wayang paling awal 3.20pm. cerita tamil. haha... so, ambillah cerita Lagenda Budak Setan. memang aku nak tengok pun. hoho... berkobar2 nak tengok.

masa aku baca paper beberapa bulan lepas yang cakap nak buat movie novel tu, aku punyalah teruja. tapi aku kureng sikit sebab hero dia Farid Kamil. sebab aku rasa ada lagi pelakon lain yang mampu membawa watak 'budak setan' tu. and masa awal2 aku tak tahu Fazura bawak watak apa. aku pikirkan Ayu after surgery. happy sangat... sekali salah. haish... apa2 pun, still tak sabar nak tengok cerita ni. plus, ini ada novel pertama aku baca. haha... mak aku dulu tak bagi baca novel. so aku baca sorok2 kat rumah makcik aku.

jom, bercerita pasal movie Lagenda Budak Setan ni... okay, perubahan perlu untuk komersialkan movie. jadi dia starting dengan kolej. buku starting dengan sekolah. tapi banyak betul aku tak puas hati. buku tu tebal... yes, semua tahu buku tu tebal. tapi takkan nak pack kan semuanya dalam satu movie. plot movie ni amatlah banyak. sangat2 banyak. macam tak dapat nak biar menyelami perasaan, tiba2 dah tukar plot. and, Kasyah kena pergi out of town? wow, that's so not concrete. setahun duduk kat sana? kajian apa tu... tapi, Que memang best! babak belasah tu memang real. dan aku mengharapkan part accident sama dengan buku; on the way ke hospital nak bersalin. tapi takde pun part2 keguguran. aiseh...

ada beberapa kesalahan aku detect. after kenakan Ayu, kan Kasyah gelisah2. dia cakap pada Nubhan (tak dapat tangkap langsung nama dia apa dalam cerita ni), "aku teringat hal pagi tadi". Nubhan pun balas, "kau teringat hal petang tadi?" konfius... pagi ke petang? hehe... paling2 aku tak puas hati, part bersalin. Ayu mati seorang2? sebab Kasyah kena keluar, entah buat apa then Katerina datang. adei... tolonglah... tolonglah bagi aku nangis bab Ayu mati sebab masa membaca novel dia, aku menangis siap esak2, tapi ni?? aku macam tak sabar nak balik. 2 jam yang amat panjang aku rasa. tak pernah aku rasa 2 jam yang panjang selain kuliah. hehe...

hm... itulah review yang aku boleh bagi. maaf kepada sesiapa yang terasa. ini pandangan dari seorang penonton. sekian terima kasih.

picture of the day : sebab kena tunggu lebih sejam, kitorang plan nak makan. adik aku nak makan Manhattan Fish Market but last minute tak jadi sebab sebelum gerak, dia makan kat rumah dalam kuantiti yang amat banyak. nafsu je kalau nak makan tu. hehe... so, Baskin Robin! WaffleBerry! plus choc syrup and peanuts! minggu depan hari rabu, nak Pink-A-Deal pulak!








p/s (i) : tomyam siap! payah betul memasak sekarang. selalu boleh masak awal. hai... busy...

p/s (ii) : memang takde harapan langsung nak balik KB. bilalah semua benda ni nak berakhir??







10062010 ~ 3.40pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Wednesday, June 9, 2010

Selamat Pengantin Baru Eja & Sani

hello2... nak update isnin lepas. tapi tak dapat handle sebab nak update pasal anak2 buah aku. huhu... jadi, inilah dia update pasal kenduri kahwin sebelah rumah aku. serba biru. huhu... dan aku terlupa tangkap gambar pelamin. entah macam mane boleh terlupa. he...

Izzati ni jiran aku dari kecil. hehe... tak berapa rapat. dulu masa aku tinggal kat area dalam, dia pun tinggal dekat2 rumah aku. then aku pindah ke rumah sini. berjiran dengan Uncle Man sekeluarga. family Irdiena lah senang cerita. then bila Uncle Man bersara dan berpindah, family Izzati pindah masuk. rumah tu memang rumah kenduri kahwin kot. hehe... since aku tinggal rumah ni, rumah diorang tu dah 5 kali buat kenduri kahwin. 3 weddings anak2 Uncle Man, 2 orang pulak family Izzati. kakak Izzati dan Izzati. agak2 rumah sebelah lambat betul dapat berkatnya. hehe...

tak dapat tangkap gambar pengantinnya sebab ramai sangat juru2 kamera. hehe... jadi, ini sahajalah gambar pengantin yang ada. kikiki... langsung tak nampak. ni pengantin bersama adik beradiknya. 4 orang semuanya perempuan. seorang yang kanan sekali je belum kahwin. masih bersekolah ye. he...


ni bilik pengantin. serba biru. kalau aku pakai baju biru then baring kat atas katil tu, mesti korang tak jumpa aku kan? hehe...


ni pulak meja makan pengantin. sweet... kalau tambah lagi pink tu mesti lagiiiii sweet. bridal house dia anak kastam dan baru bertapak dalam industri ni. jadi agak murah dan puas hati lah in terms pelamin dan meja pengantin. kita pun boleh demand sikit lah. siapa2 yang berminat, boleh hubungi saya untuk nombornya. hehe...


okay, itu sahaja untuk entri majlis perkahwinan. aku belum lagi attend majlis2 perkahwinan yang lain. jadi tak dapat nak update pasal majlis kahwin ye kawan2. hehe...






p/s (i) : tak kisah pun u busy... i busy jugak. ingat u seorang ada kerja? cop, u tau tak i kerja apa?

p/s (ii) : oh, masih tak suka dengan cik piza kerana menggoda anak buah aku. heh! memanglah dia tak ngorat aku. sumbang mahram. hehe...

p/s (iii) : jadi ke tak ni nak ke penang? ooo nasi kandar... lama sudah tidak aku menjamahnya... dan straight ke Nilai dan Seremban? wow!







09062010 ~ 4.16pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Monday, June 7, 2010

buah hati pengarang jantungku!!

hello2 readers... if u guys follow blog aku dari awal (perasan sebentar macam ramai follower dengan menggunakan terms 'u guys'), aku ada mentioned nak update pasal anak2 sedara aku kan? confuse kan. abang aku tak kahwin lagi tapi aku ada 4 orang anak sedara. meh sini aku terangkan...

family aku ada rapat dengan 1 family ni. relation kitorang memang amatlah rapat. ditegaskn di sini, amat2222 rapat (kuasa infiniti). jadi... parents diorang macam adik beradik parents aku. anak2 diorang macam adik beradik aku. dan cucu2 diorang mestilah anak2 sedara aku. lepas dapat diena, dapat amanie (selang 2 bulan). then setahun kemudian, dapat athirah. setahun kemudian, datanglah aqiel. oohhhh... happy2!

inilah dia gambar2 anak2 sedara aku. dari kiri, Aqiel Ilham, Nurain Amanie, Nur Athirah, Irdiena Alia. shomot sungguh diena. oh... windu!


Along (Sufieza) + Abang Long (Sapawi) = Nurain Amanie (3 tahun)
Abang Jan (Iezal) + Kak Anne (Norizan) = Irdiena Alia (3 tahun), Aqiel Ilham (1 tahun)
Arwah Kak Da (Suhieda) + Abang Aswad = Nur Athirah (2 tahun)

hm... kalau tak, dah tambah seorang lagi, adik kepada athirah. pergi bersama ibunya semasa masih dalam kandungan (Arwah Kak Da) awal tahun ni... Al-Fatihah.

ini pic favourite, curi dari facebook kak anne. actually 2,2 pictures ni dari facebook kak anne. hehe... thank you ye kak anne! sangat2 shomel kan ini kakak dan adik. oooo... kakak diena sudah besar. bisa menggendong adik aqiel sudah!







p/s (i) : hm... i don't think the assumption is right if it is for me... oh happy day! LBS tak sehebat di canang.

p/s (ii) : nak pergi wedding As tapi gerek balik ke tak ni? nak pergi dengan sape ni? jiha? yuyu?






07062010 ~ 10.47pm
rumah aku ~ bilik aku

Sunday, June 6, 2010

Chocolate Festival~

semalam (5jun2010), cikna sampai around 2pm. nak dekat sampai tu dia call suruh siap2 nak pergi Malaysia Chocolate Carnival. huhu... choc! siapa tak seronok kan. so kejut boy, siap2 dan menderu ke DCM (danga city mall). macam jakun sikit sebab dah bertahun tak pergi sana. previously known as BestWorld.

punyalah aku letak harapan supaya banyak tester di agihkan di sekitar expo tu. hehe... tapi takde. tester yang ada pun ciput2 aje. ada lah yang unik2. yang gambar2 pun boleh buat. ada choc gambar kahwin siti+Datuk K. ada msg choc. then ada biskut2. then ada fancy cookies and choc. but, nice tapi entah... bukan tak support keluaran malaysia. but the taste is not so nice. he... sorry to all the participants. plus, ada yang campur buah tempatan. yes, it's unique and a good effort. but i think, coklat pisang... eh, entahlah... judge yourselves.


bawah ni adalah gambar kosmetik berasaskan buah koko. teringin nak rasa gloss dia. hehe... nak kecur je aku kang.


after tu, pusing2 JB kejap. macam still cuak2 jalan dengan cikna. kang tak pasal sesat sampai masuk imigresen lagi kang. dinner at Singapore! hehe... then, menderu pulak ke TIPTOP. sebut je namanya aku dah kecur. tapi malangnya... sampai awal sangat. kedai tak bukak lagi. tapi kedai nyonya dah bukak. so, cikong sejuk 1! dan jangan pikir aku tak dapat makan ikan bakar. kitorang tunggu sampai kedai bukak. hehe...

balik2 nak dekat maghrib, kelam kabut solat then jenguk rumah sebelah jap. preparation anaknya kahwin hari ni. and she's younger than me. ops, tercabar sebentar. next entry aku cerita pasal weddingnya okay. malamnya acara nikah, then aku cabut dengan cikna pergi The Zon and Bazaar JB. letihnya...






p/s (i) : counting until 105 according to plan. your plan. but that number, i like it.

p/s (ii) : ohhhoooiiii... nak dapat kasut baru. mintak2 ada size.







06062010 ~ 3.40pm
rumah aku ~ bilik aku

Thursday, June 3, 2010

first job interview

hai2... semalam (2jun2010), aku dan muni telah menghadiri 1 job interviu. thanx to muni sebab mengkhabarkan kepada aku. hehe... excited, cuak. semua ada. then berangan2 dapat kerja tu. haha... itu sebelum interviu dan tengok keadaan kolej tu lah. tapi kolej tu nak berpindah ke tempat baru. surely okay. just... gaji nya kecil sangat. yelah, dah tinggal tempat orang, kenalah pikir sewa, bil2, travelling expenses.

huhu... ni on the way nak pergi. pagi2 dah gerak. yelah, takut sesat kan. boleh pulak parents aku nak ikut sama. kalau tak, journey with piza. tapi at the end... piza pun tak ikut. piz, ada hikmah jugak ko tak pergi.

interviu sekejap je. muni pun terkejut. mock teaching aku mengarut2. nervous punya pasal, semua yang aku praktis hilang. hehe... after interviu dan jumpa gerek, bergerak ke seremban. jumpa boy. hui, sekarang ni... seremban-jb macam main2 aje. lunch di A&W seremban. he... jakun punya pasal, excited habis aku. dah bertahun tak makan A&W.


ni pulak waffle-in-mug. seriusly, amatlah sedap. jem strawberry dia pun marvellous.






p/s (i) : kalau dapat job ni, memang di dalam dilema lah. haish... (eh aku ni, konon2 macam dapat je job tu kan? *perasan)

p/s (ii) : i never can make u proud. it's really hard on me and i think i can't take it anymore. i don't know what u want but i've did everything u asked. hm...






03062010 ~ 4.19pm
rumah aku ~ hall-depan tv

Tuesday, June 1, 2010

happy birthday MOMMY~

semalam (31may2010) adalah hari lahir ibu aku yang ke-52. huhu... nampak muda kan mak i? adakah aku akan awet muda macam mak? huhu... tak kot. sebab aku tak makan ulam-ulaman dan juga kurang menggemari sayur-sayuran. buah-buahan pun kurang ye saya nak makan2. bila terpaksa sahaja. huhu...

okay, di sini, di According To Yanna, saya ingin mengucapkan Happy Belated Birthday untuk emak saya. moga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. sentiasa nampak muda dan ceria2 selalu. i love you so much. amacam? vogue tak mak i?


actually, aku nyaris2 lupa akan birthday mak aku ni. sebab bila duduk rumah, jobless, hidup tak tentu arah. so, tak keep track tarikh. kadang2 hari pun lupa hari apa. huhu... then bila jumpa gerek sabtu lepas and tulis blog, eh???!! its 29th May already! so, lagi 2 hari birthday mak. ahad tu, panggil gerek datang lagi then pergi cari hadiah. wow, nak cari hadiah mak ni memang satu cabaran. tak tahu nak beli apa. then round punya round, nampak Sheaffer pink yang sangat cute. plus, murah and ada discount lagi! apa lagi, tak pikir panjang terus beli.


then, ini hadiah dari ayah. round JB tu cari kedai bunga. huhu... pikir nak beli yang dekat2 dengan rumah. boleh pulak tutup kedainya. huhu... red roses. then send pergi sekolah mak. SURPRISE!!


dan malamnya, RAWA!! huish, aku macam kanak2 dapat mainan kan. tak sempat duduk, aku dah pergi ambil makanan. sedap wooo ayam dia. tapi semalam a bit masin. and kerang BESAR punya tak ada jugak. keciwa! tengok tu cikna tu, makan tak angkat2 kepala. huhu...





p/s (i) : first job interview. mak ayah macam tak bagi pergi je. ai... nak jugak! ai... *mengeluh panjang

p/s (ii) : june already. tak sabar nak berhari raya dan konvo! i'm on top of the world!




01062010 ~ 12.17pm
rumah aku ~ bilik aku

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com