hai2, update yg sudah agak lapuk. kejadian berlaku pada rabu lepas. berapa hari bulan ek? lupa pulak. hehe... masa tu mak puasa. dia nak buka puasa kat luar. plus, barang2 dapur pun banyak dah tak ada. so sekaligus pergi beli barang lah. mak kata asyik2 beli kat giant. sesekali jalan jauh... nun, bukit indah sana. hehe... dan paling menggembirakan! Pink-A-Deal! extra 1 scoop with the price of 1! syaratnya kena tunjuk barang2 kita yang pink. so aku, menghulurkan kaki yang tersarung crocs pink. haha... terasa kurang sopan. tapi untuk extra 1 scoop, apa sahaja sanggup kulakukan. hehe...
after dah beli2 barang2 dapur, menujulah kami ke BBQ Chicken. restoran favourite mak aku sekarang ni. aku pun suka. sebab makanan dia sihat. i mean, semuanya di masak guna minyak zaitun. minyak zaitun kan banyak khasiat. dan mostly makanan dia bakar. ada goreng jugak. tapi bakar lagi sedap lah kat lidah aku. hehe...
okay ini makanan aku. actually just appetizer, bukan main course. tapi appetizer pun dah kenyang, tak perlu nak main course. hehe... ini nama dia apa ek? tak ingat pulak. but ayam bakar dan salad lah.
ni adik aku punya pulak. pun aku tak ingat nama dia. haha... adik aku punya ayam dia macam ayam aku but ada nasi dan coleslaw. tak sempat nak tangkap gambar dia dah ngap.
ini mak aku punya. ha, yang ni aku paling ingat nama dia sebab ini memang favourite kitorang. datang sini sure beli yang ni. JERK BBQ. ayam dia pedas. ha, kentang tu boleh tukar. either nak nasi atau kentang. nasi dia sedap sebab ada serpihan2 cendawan. auw, kecur i!
ni pulak FOC dari owner. dia bagi extra nasi, extra kentang dan jugak golden crisps. golden crisps ni ayam salut dengan tepung. mula2 aku ingatkn sotong tepung. haha... sedap.
banana split. FOC jugak. aku sekarang ni peminat whipped cream kot. sedap betul!
okay, budak baru balik solat maghrib. datang2 aiskrim pun tiba terus grab wafer. tak sempat aku nak makan.
okay, makanan ayah aku tak sempat di tangkap gambar sebab ayah aku terus sebat sampai habis. hehe... ayah aku punya ikan. macam fish and chips pun ada. yang penting, memang sedap! hari tu pun ada dihidangkan mushroom soup. gile sedap! lain lah daripada Pizza Hut. sebab dia kata mushroom soup tu homemade. gile banyak mushroom dia. jalan dengan penuh kekenyangan cuba menyorokkan perut yang membuncit. haha...
p/s (i) : gerek ke penang. oh syoknya makan nasi kandar... disebabkan rimau tak besar, terpaksalah aku berkorban.
p/s (ii) : lambatnya eclipse nak keluar. tapi kenapa aku macam tak excited ek? agaknya new moon tak berapa memberangsangkan kot.
p/s (iii) : adik aku balik kolej esok pagi... oh, keseorangan kembali. bosan...
27062010 ~ 11.18pm
rumah aku ~ bilik aku
2 comments:
bwk ak mkn sini k nt
sure bebeh. but klu xde parents aku, we eat what we pay ajelh. hehe... xde foc.
Post a Comment