we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Monday, January 31, 2011

bubur jagung~

hai2 korang... hari ni hari isnin. genap seminggu dari hari ni, aku akan melapor diri. okay, sedang menunggu panggilan atau surat dari pihak berkenaan. sama ada KPM or BPTV. aiseh lah... kenapalah dapat BPTV. i will miss Tasek. forever in my heart. kanak2 tu dah msg2 cakap terkezut aku sampai ke Pahang. kakak2 di sana pun dah msg2... uhuk2... apakan daya, rezeki bukan di Tasek. okay, masih terkilan dan mengharapkan miracle. walaupun tak mungkin. hmm... berusaha yanna!

okay, hari ni nak story pulak pasal resepi membuat bubur jagung. as usual... bukan aku yang buat. chef mokna yang buat. aku konon2 nak tolong dengan parut jagung tu. aku buat separuh jalan. bila cikna take over, aku pun angkat bontot. haha... cikna buat sekejap je. aku parut 2 batang tu macam setengah jam okay. kakakaaa... okay, bahan2 yang diperlukan :

  1. jagung (lebih banyak lagi best... aku beli 10 batang. kat pasar malam rm6 je. tapi pendek2 lah)
  2. santan sebiji setengah
  3. daun pandan 2 helai
  4. sagu semangkuk penuh (if suka banyak, taruk banyak... tapi dia jadi manis sikit lah)
  5. gula 2 senduk
okay, langkah pertama ialah memarut jagung. aku tak tahu istilah sebetulnya tapi nenek aku sebut parut. caranya ialah guna pisau potong isi dia. jangan tebal sangat. cikna kata cukup 2 kali potong 1 tempat tu. biar isi jagung tu kita boleh gigit2. sedap!


kemudian, masukkan semua dalam periuk dan letak di atas dapur. api jangan kuat sangat. tambah air sikit. cara ni nak biar jagung tu masak. kemudian masukkan daun pandan. ni untuk menaikkan bau dan selera. he...


dah agak2 macam dah masak and dah mendidih, masukkan santan tadi... kesemuanya sekali. gaul2 biar didih dan masukkan sagu. masak hingga sagu tu kembang.


nilah rupa sagu yang anda perlu beli untuk memasaknya... putih macam ni je... bila dia kembang jadi kaler lutsinar.


after masuk sagu tu, masukkan gula. kemudian rasa. if manis, tambahkan sikit air. jangan masak lama sangat sebab nanti takut pecah minyak. so, after masuk sagu, cepat2 masuk gula dan rasa. kemudian, tutup api! pecah minyak dah tak sedap dah. he...




selamat mencuba dan menikmati. aku pun nak turun ni, nak makan bubur jagung yang lebih dari semalam tu. okay, yang lebih simpan dalam peti sejuk okay. bubur ni sedap di makan panas2 or sejuk2. kecur pulak tiba2. aku suka kembang2 yang sagu banyak.







p/s (i) : adoi, kesabaran yang tinggi. puas dah aku! tak sabar nak kerja!

p/s (ii) : dapat sekolah apa yaaa... mintak2 dekat2. hmm... mane orang ni tak call2 aku lagi nii... kang balik kampung mana ada line. ish!

p/s (iii) : esok, balik kampung. rabu ke seremban amik Boy then straight balik JB. khamis, dating bersama yayang tersayang montel2 tuuu...

p/s (iv) : untuk puan pamila... semoga u dapat pasir gudang ya!







31012011 ~ 3.35pm
rumah aku ~ bilik aku

Tuesday, January 25, 2011

Give me more Mondays~

weeeewuuuuu... hari yang amat membosankan. tidak seperti semalam yang penuh dengan kezutan demi kezutan. sampai tak selera nak makan (lunch sahaja... haha) dan tidak tergoda untuk menonton tv. ngadap depan laptop je. merenung masa hadapan. hahaha... tiba2 rasa rindu dekat DOREMI. he... aku letak gambar kita berenam kat meja study ni. so tiap2 hari lah aku ngadap wajah2 kalian. gambar kita masa form 3 lepas PMR kan ada aktiviti kat padang. kita semua pakai baju biru. pipi aku... keciknya. haha... pipi oja... tembamnya. haha... miss the good old days.

okay, so... title seperti entri aku bulan lepas; pasal aku berjaya interviu tuu... tapi semalam ialah hari penempatan negeri. huhu... actually monday semalam tak seperti monday bulan lepas. bulan lepas punya 100% gile seronok puas hati happy gile nasib tak jadi gile! semalam macam 50-50 lah... jap2 nanti aku story.

okay! memang aku tertunggu2 hari penempatan negeri. macam nervous kan dapat negeri mana. moga2 bukan borneo. pengsan aku. haha... so semalam lepas solat subuh aku pun bukak web KPM. laaa... takde lagi. sambung tidur. hehe... dah bangun suma, aku tengah breakfast, kawan aku msg tanya dah tengok belum. aku malas nak online, mintak tolong dia tengokkan.

"yang... kenapa kau punya macam pelik je. tak keluar negeri. dia kata contact bahagian pendidikan teknik dan vokasional"

menjerit aku! hadoi! aku seboleh2 taknak sekolah teknik......... di johor bahru ni ada 4 buah sekolah teknik je. i have been to three. so, taknak lah back to the three. the last teknik is teknik tanjung; budak nakal2. hadoi... okay meh aku terangkan kenapa aku taknak 3 teknik tu. teknik pertama ialah teknik JB (TIJB). teknik ni tempat aku belajar dulu. seganlah if cikgu2 aku dulu tiba2 jadi colleague. ish... mesti awkward. then kedua ialah teknik perdagangan (SMTP). okay, ada sejarah. i just don't want to go there and work. plus, aku pernah jadi cikgu sandaran kat situ. ada something lah yang buat aku taknak. private sikit. he... teknik ketiga ialah teknik azizah. tempat aku praktikal. huhu... sekolah kecik, cikgu ramai. kalau boleh taknak lah pergi sana. entah ya nak bagitau alasan mengapa... huhu... takde alasan actually.

then after masak2 semua, aku naik atas on laptop. yelah... nak tengok sendiri kan. time tu tengah borak2 dengan gerek. SENTAP!! sentap gile! macam terdiam sebentar. inilah penyebabnya...


PAHANG?? hahaha... sentap gile aku. sentap habis2. PAHANG? the last state in mind that i will be posted there. terus google teknik kat pahang. okay ada 8. entah mane2 kedudukannya. haha... aku actually takut kena hantar area2 rural. bukanlah aku nak kata aku suka urban. but living style suma kan amat berbeza. tanpa pikir panjang terus tepon mak. mak panik! haha... tepon ayah. dia boleh tanya, "adik nak pergi ke?" eh, mestilah kena pergi. kang takde kerja macam mane? huhu... memanglah berat hati kan... tapi ada pro jugak. boleh pergi jalan2... Cameron Highlands... Genting Highlands... weee....

okay, stop there. tunggu kejutan kedua. hopefully.








p/s (i) : selain itu... semalam jugak mendapat khabar dari boy. dia lulus exam. but kena struggle untuk semester4 pulak. tahniah bebeh!

p/s(ii) : selain itu juga... ada sesuatu yang saya tunggu dari minggu lepas. akhirnya... semalam ia tiba! he... lega!

p/s (iii) : okay, lydia winter black is not available in Malaysia. alternative way. cari Rahiza di Jerman. peh gigih aku cari lydia winter black kan...

p/s (iv) : Happy Birthday to my dearest friend; Rahiza binti Abdul Rahim. turning 25. next is me! hadoi...








25012011 ~ 2.08pm
rumah aku ~ bilik aku

Saturday, January 22, 2011

someone's belated birthday =)

hai2 korang... actually, aku nak update entry ni semalam. baru aku tulis tajuknya... mak aku datang kata dia nak main FB jugak... so aku bagilah dia main dulu. then sambil2 dia main tu, aku baca flyers2 yang aku kutip2 ni. mana aku berkenan, mana tak... then ayah masuk bilik discuss2 benda. gaya macam nak gaduh kan. haha... aku yang pening. then aku turun bawah nak tengok tv. ayah turun conquer tv. hadoi... then tiba2, kak wiwi call! haha... see, see kak wiwi. told you we have some complicated unexplained bond. haha...

okay... so... entry kali ni, aku nak update untuk birthday someone dear to my heart. a big sister to me! Wirdawati binti Ahmad! (bunyi letup2, wisel2, belon jatuh2 atas kepala). haha...

jadi... di kesempatan ini... di blog kesayangan saya... saya ingin mengucapkan :

SELAMAT HARI JADI

NOR WIWI!


...the good old days...Align Center

you will always be a big sister to me. from the start... until forever. thank you kak wiwi, for the years that you have make me very happy together. thank you for the bed you lent, for the ears, for the advices. thank you for not misjudging me. haha... thank you for taking and bare with all my jokes. haha... thank you for laughing of course. may you will be always blessed by Allah.










p/s (i) : mata amat mengantuk ya... gigihkan juga untuk mengupdate. hehe... "saya tak suka awak!"

p/s (ii) : oh... notification FB tak keluar pulak... mengapa ini semua terjadi kepadaku... mengapa hari ni... oh lydia winter... mengapa susah sangat untuk mencari kau... mengapa...

p/s (iii) : cuak gile dengan amir ni. ish! aku yang dah habis belajar ni pulak rasa cuak. macam nak masuk bilik and baca buku. haha...

p/s (iv) : kenapa you suka gelakkan gelak jantan i? i ju









23012011 ~ 12.37am
rumah aku ~ bilik aku

Friday, January 21, 2011

petsitting ~ hamster

hai2 korang... hari ni dah hari jumaat... jawapan posting tak keluar lagi. takpe, aku pun dah okay2, takdelah tertunggu2. just i know it is just around the corner. so... aku nak enjoy living jobless ni to the max. haha... bangun lambat, tengok tv. doing nothing sampai tension. haha... boleh tidur bila2 nak... oh syoknya... tapi tak best sebab takde duit. kikiki... syukur2... aku rasa syukur sangat sebab Allah dah sediakan perjalanan yang mudah untuk aku. yelah, bila nanti nak start kerja, pening pikir pasal transport pulak. rumah dah jauh ni. dulu senang je. hmm... tapi syukur2... thank you sayang.

okay2, hari ni aku nak bercerita pasal tugas menjaga rumah jiran. as i mentioned in previous entry, bapak dia kan meninggal isnin tu. so kitorang kena jaga rumah dia. pasang, tutup lampu. plus... kena jaga 5 ekor hamster. huhu... ni yang lemah ni. aku mane pernah jaga. mula2 dia nak bawak hamster2 tu balik kampung, aku dah lega dah. but then tak jadi... adoi... camne nak cuci sangkar semua. mane aku reti. so... bodoh sombong... aku jaga suka hati aku je. cara aku. haha...

ada 5 ekor hamster semuanya... sekor besar gemok diasingkan dalam sangkar lain. size normal dalam satu sangkar yang besar sikit. haha... and selama 4 hari ni, aku masih lagi tak sanggup untuk mencuci sangkarnya... adoi, geli. kembang tekak. sorry... saya bukan orang yang pandai menjaga2 binatang ni.


tapi seronok jugak tengok keletah2 binatang2 ni. diorang if lapar macam agresif sikit. panjat2 sangkar main2 depan aku. then bila aku nak letak makanan dalam mangkuk diorang, ada beberapa nak panjat keluar. aku ketuk dengan sudu. haha... nak pegang geli. eh, aku tak ketuk ya. aku tolak muka diorang dengan sudu tu sampai diorang panjat turun balik. haha... then, ada beberapa hamster hitam ni macam anti dengan hamster putih. suka main berebut2 nak makan ke... minum ke... mulalah buat2 bunyi tikus kan. so... aku menambahkan dengki. aku bawak lari muncung air tu. haha... then semalam masa aku bagi makanan kat diorang. aku letak dalam magkuk kan. diorang berebut2 nak makan. ada sekor ni ngada2 dia sengajar baring dalam mangkuk tu tak bagi yang lain makan. haha... cute pulak kan?


walau apapun... aku belum terbuka hati lagi untuk membela binatang. haha... cukup lah serik cingmok sekor tu dulu. susah nak cari kucing macam dia. bijak, manja, suka nak berbual and main tenung2. suka buat aksi2 kelakar, tidur terlentang, tidur ngigau sampai terkencing. haha... really miss that cat. nantilah nak bela kucing jugak. but not now. maybe when i have my own house. haha...








p/s (i) : bilalah jiran aku nak balik ni... petang2 kena bukak lampu dan bagi makan hamster. pagi2 tutup lampu. memang tak susah. tapi tak tahu... sebab maybe belum rapat kan. so kurang selesa nak masuk2 rumah orang.

p/s (ii) : masuk kerja ni dapat 2 benda baru. shoes and car! yeay! macam dulu masa masuk sekolah dapat kasut sekolah and beg baru. semangat sikit nak kerja kan. hehe...

p/s (iii) : weekend ni macam busy je... cikna balik tak eh? yayang, u jangan balik okay!

p/s (iv) : kasihan adikku... terperangkap dengan msg2 tipu. tapi rasa kelakar jugak. hehehe....









21012011 ~ 3.17pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Tuesday, January 18, 2011

resepi : prawn carbonara

hai2 korang... jadual aku semalam agak lari sebab berita mengejut. atok jiran aku meninggal dunia. innalillah... agak terkejut sebab few days ago aku nampak atok tu duduk depan rumah. dalam hati aku, "dah tua atok ni... panjang umur dia..." then semalam, aku, mak and ayah keluar ke kedai depan nak beli air sukida. around 8.20pm lah. then terus balik rumah. sampai rumah dalam 8.45pm lah. tiba2 nampak budak yang aku ajar tuisyen lari2 kat kitorang, "Kak, atok kite baru meninggal". sentap aku. baru meninggal dalam 15 minit. so ayah and mak rushing2 uruskan hal. ayah pergi report polis, mak g inform orang2 taman. aku ikut mak, sejam jugak nak inform semua Islam di taman. syukur semua berjalan lancar. kitorang balik rumah dalam 1am. ngantuk gile aku.

okay2, hari ni aku sebenarnya nak story pasal resepi prawn carbonara masakan cikna. wuhuuu! haha... aku sebenarnya nak update dah lama. tapi tak transfer2 pictures. tu yang tak update2. lagipun, ni gambar2 cikna masak a day before aku bertunang. haha... it's been a month! mari sama2 belajar buat prawn carbonara. boleh tambah sotong tapi favourite kitorang prawn sahaja. hehe...

bahan2 yang diperlukan :

  1. 1 pek San Remo pasta. jenis Small shells
  2. 1 kg udang segar
  3. 2 pek cendawan shiitake (boleh beli kat giant) - di hiris
  4. 1 kotak besar whipping cream (beli kat giant)
  5. 1 tin Prego. jenis carbonara. tin kaler biru ya!
  6. 2 biji telur
  7. rempah McCormick jenis Mix Herbs (boleh beli kat giant jugak. yang botol hijau)
  8. 2 biji bawang besar (di hiris halus)
ok... langkat pertama ialah mencelur pasta tadi. dia ambil masa untuk kembang dan sejat sesejat sejatnya... jadi buat benda tu dulu ya. at the same time, kopek kulit udang 1 kg tu. portion dia adalah, 1 pek pasta menggunakan 1 kg udang. 2 pek, 2 kg lah ye. udang2 yang dikopek tu jangan buang! rebuskan kulit2 sekali dengan kepala udang tu untuk dapatkan air udang. lama sikit sampai air dia jadi kaler oren gelap sikit. okay, inilah rupa pasta small shells tu. ada big shells, tapi very mouthful lah bila nak makan kan? hehe...


okay, ini gambar shiitake yang telah di hiris, udang yang sudah di kopek, air udang dan jugak box of whipping cream.


okay, kemudian... panaskan minyak dan tumis bawang besar yang telah di hiris tadi. agak2 dah layur sikit, masukkan udang tadi. kesemuanya... dah merah2 sikit, masukkan shiitake yang telah dihiris.


biar selama beberapa minit... then masukkan whipping cream. masukkan ikut selera kita. macam aku, aku suka pasta ni berkuah, jadi taruklah banyak sikit.


kemudian, masukkan mix herbs. secukup rasa. siapa suka rasa herbs, letaklah lebih. hehe...


after that... masukkan Prego Carbonara. the whole tin okay.


kemudian, masukkan pasta yang di sejat tadi... gaul2 biar sebati. and pecahkan 2 biji telur. gaul2 lagi, kacau2 sebati... masukkan garam secukup rasa. dan lada sulah. rasa sikit biar cukup segala rasa. aku biasanya rasa sampai bermangkuk2. hehe...


jadi... siaplah carbonara kita ye. hehe... okay, ini secara teori. praktikalnya... aku tak pernah cuba sendiri. kikiki... selalu aku tolong kacau je untuk cikna. itu pun sekejap2 je. cikna tak bagi aku kacau2. haha... okay readers, yang dari first step tu, dah masukkan bahan2, jangan lupa kacau2 pulak. kang hangit kat bawah. hehe...






p/s (i) : sambil menaip sambil msg cikna mintak resepi dan bahan2 sekali. haha...

p/s (ii) : tiba2 nak makan pizza domino's lah... ish, nak chicken deli from Pizza Hut. hari ni nak lunch apa? hadoi!! tak reti masak dan malas masak... tolong!!

p/s (iii) : malam ni tuisyen... hmm.... hmm.... boleh ke aku nak buat budak pandai ni... hmmm... i try my very the best!

p/s (iv) : it's been a month since we engaged! wee... thank you sayang. Tiffany & co ya! haha...








18012011 ~ 1.37pm
rumah aku ~ depan tv

Sunday, January 16, 2011

guys' things, girls' things

hello2 kalian... aiseh... lama gile aku tak update blog. bukak komputer sebab nak buat kerja. then rutin harian aku sekarang penuh dengan rancangan TV. haha... bila nak bukak komputer je, tiba2 ada cerita best kat TV. aiseh... terasa macam zaman cuti2 sekolah dulu. asyik tengok TV, bila nak naik sekolah tu, mulalah rasa rugi nanti cerita tu tak boleh tengok, cerita ni tak boleh tengok. tapi sekarang... aku memang ngadapppppppppp je TV sampai kepala pening. hehe... plus, aku sorang2 kat rumah. TV aku yang punya!! malam2 tengok TV dengan ayah. start 9pm : NCIS. then, Bones, then, Criminal Minds. CSI dah aku tinggalkan lama. hehe... after Criminal Minds habis baru aku naik tidur.

okay2, entry hari berbeza sikit. memang nak cerita pasal diri aku. but not something i did currently. tiada gambar disertakan ye... harap maklum. hehe... okay, aku nak cerita pasal benda yang menjadi kegemaran lelaki dan perempuan. mostly pasal kegemaran aku lah ye... as example, lelaki. mereka suka bola sepak; main bola sepak atau menonton bola sepak. perempuan pun ada minat ye. tapi serius, aku tak nampak apa yang bestnya. aku suka bila Piala Dunia je. sebab aku suka Micheal Ballack and Jerman. haha... apa lagi benda yang lelaki suka? anda boleh fikirkannya (sebab aku blurr pulak tiba2 apa yang lelaki suka... hehe).

let's talk about girls pulak... girls love shopping and gossiping. aku suka 2 benda tu. but takdelah macam sukkkaaaaa sangat kan. biasa2 aje. hehe... then some love cooking or baking. macam part of being girls. hmm... aku tak suka 2, 2 benda tu. i am bad at cooking and bad at baking. aku reti merasa makanan aje. haha... i love to eat though. tapi... aku ada jugak keinginan nak pandai masak macam cikna... pandai buat kek macam maziah. ada keinginan yang tinggi untuk masuk dapur... masalahnya... aku takde keinginan langsung masuk dapur. masuk sebab rasa itu adalah kewajipan. hmmm... aku tak suka kemas rumah, tak suka basuh baju, tak suka sidai and angkat baju, tak suka lipat and iron baju. tak suka apa2 lah pasal house chores... hmmm...

sebenarnya... aku buat entry pasal benda ni sebab gerek pernah bagi soalan killer kat aku, "apa benda perempuan yang you suka buat? lelaki suka tengok bola. i suka tengok bola. tapi you? apa yang you suka?" terdiam dan berpikir... lama tau aku pikir and sampai sekarang terpikir2. hmm... aku suka apa?? aku suka Crocs. haha...








p/s (i) : kalau aku tak suka semua2 yang perempuan suka buat, aku perempuan ke tak? haha... okay, aku bukan lelaki sebab aku tak suka jugak semua2 yang lelaki buat ye. (note untuk Roy!)

p/s (ii) : bila lah nak start mengajar... weehhhuuu... thank you sayang for the car and shoes! excited nak start mengajar. yang entah bila. haha...

p/s (iii) : seronok tengok meja belajar ni. terasa kembali ke zaman study. i love my desk!

p/s (iv) : esok malam at 9pm : No Ordinary Family. cerita terbaru yang aku ikut bersama ayah. haha...

p/s (v) : Khurafat really took my breath away! terkojut omak oiii! nasib ada gerek tercayang di sebelah. auw!








16012011 ~ 11.54pm
rumah aku ~ bilik aku

Friday, January 7, 2011

Happy Belated Birthday my Little Angels~

hello2 kalian... wah.. hari ni sudah 7Januari. aku baru sempat nak update blog after few days people of the whole celebrated New Year 2011. sekarang ni hidup aku... hui, tak terkata. bukan busy gile. tapi takde kerja gile. boleh meletup rasa kepala ni. lagi2 minggu ni bila duduk seorang2. tokyam kat rumah ayah long, boy dah balik kolej. siang2 memang aku seorang2. nak masak pun malas. last2 makan apa jelah yang ada dalam peti sejuk tu. haha... tapi... kenapa tak kurus2? kikiki...

baik! sebagai pembuka entri blog 2011, mestilah nak story something dear to my heart. hehe... about my buah hati. birthday mereka. birthday dekat2 kan. tu yang bila dah kerja ni, memang kena get ready setiap pembukaan tahun. 2 presents. tu baru 2 orang. nanti akan datang mesti banyak yang menyusul. hehe.... jadinya... di pembukaan entri 2011 ini, Cik Luyun nak mengucapkan...

Selamat Hari Jadi

Irdiena Alia (4yo)

Aqiel Ilham (2yo)


kasihan aqiel, Cik Luyun tak pernah bagi hadiah apa2. nanti ek... nanti bila Cik Luyun dah kaya, cakap je nak apa... Cik Luyun belikan okay! buat pengetahuan kalian. Diena was born on 4th January and Aqiel on 2nd January. gap 2 hari je. huhu... and you know what, nak cari hadiah for kids pun susah tau. nak beli hadiah yang meaningful. yang bukan setakat main. nak reinforce thinking also. ambitious ya Cik Luyun ni. hehe...

update mereka terkini, Diena semakin petah. masa aku bertunang hari tu, dia punyalah becok. jadi salesgirl sebentar. jual karipap, jual nasi lemak, kuih. macam2 lagi. dia suruh abah dia try kuih yang dia jual. abah dia cakap, "Ih, masinlah kuih ni". Diena pun menjawab... "Memanglah masin... sebab saya masuk kicap masinn... baru sedappp..." dengan kepala senget2 dia jawab. wawawa... dan speaking dah makin lancar. sentence construct pun dah mantap. terkejut i. dia gurau2 dengan cousin aku, konon2 nak lintas sungai tapi ada halangan... "Eh, kita cannot walk across the river..." WHAT?? preposition tuuu... for 4 years old kid? tengok makcik dia lah... haha... (sambil meninggikan hidung... walau takde kena mengena... haha)

okay, untuk aqiel pulak... baru boleh cakap sikit2. words yang dia invent sendiri. hehe... and paling aku happy, dia dah pandai panggil aku! yeay! dia panggil aku 'yun'. haha... yang geramnya... dia jinak2 merpati. dia panggil2 aku... "yunnn... yun... yun....." bila aku datang dia lari. haha... geram betul budak ni. kalau dari jauh memang dia rancak lah nak panggil2 berbual2. bila datang dekat dia takmo. tapi if cakap suruh hug, dia hug. he... cayaannnggg aqiel!










p/s (i) : gerek balik hari ni... esok nak pergi mengurut. tangan aku ni tak okay lagi. makan suap pun takleh. huhu... so sekarang ni memang aku makan pakai sudu ye. plus, aku takleh menulis. boleh tulis tapi really hurts dan tulisan jadi sangat buruk! oh, habis planner SB aku.

p/s (ii) : di sebabkan asyik duduk di rumah, kepala aku asyik pening je. oh, i need to see outside world!! please someone! haha...

p/s (iii) : dah hafal waktu siaran TV. what more to do... nasib baik ada chu bagi kerja. haha... if not memang kerja sia2 jelah kat rumah ni. makan, tidur, tengok tv.

p/s (iv) : oh... bila nak posting. gerek promise beli kasut kerja! yeay! sukaaa!!









07012011 ~ 5.53pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com