we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Friday, January 21, 2011

petsitting ~ hamster

hai2 korang... hari ni dah hari jumaat... jawapan posting tak keluar lagi. takpe, aku pun dah okay2, takdelah tertunggu2. just i know it is just around the corner. so... aku nak enjoy living jobless ni to the max. haha... bangun lambat, tengok tv. doing nothing sampai tension. haha... boleh tidur bila2 nak... oh syoknya... tapi tak best sebab takde duit. kikiki... syukur2... aku rasa syukur sangat sebab Allah dah sediakan perjalanan yang mudah untuk aku. yelah, bila nanti nak start kerja, pening pikir pasal transport pulak. rumah dah jauh ni. dulu senang je. hmm... tapi syukur2... thank you sayang.

okay2, hari ni aku nak bercerita pasal tugas menjaga rumah jiran. as i mentioned in previous entry, bapak dia kan meninggal isnin tu. so kitorang kena jaga rumah dia. pasang, tutup lampu. plus... kena jaga 5 ekor hamster. huhu... ni yang lemah ni. aku mane pernah jaga. mula2 dia nak bawak hamster2 tu balik kampung, aku dah lega dah. but then tak jadi... adoi... camne nak cuci sangkar semua. mane aku reti. so... bodoh sombong... aku jaga suka hati aku je. cara aku. haha...

ada 5 ekor hamster semuanya... sekor besar gemok diasingkan dalam sangkar lain. size normal dalam satu sangkar yang besar sikit. haha... and selama 4 hari ni, aku masih lagi tak sanggup untuk mencuci sangkarnya... adoi, geli. kembang tekak. sorry... saya bukan orang yang pandai menjaga2 binatang ni.


tapi seronok jugak tengok keletah2 binatang2 ni. diorang if lapar macam agresif sikit. panjat2 sangkar main2 depan aku. then bila aku nak letak makanan dalam mangkuk diorang, ada beberapa nak panjat keluar. aku ketuk dengan sudu. haha... nak pegang geli. eh, aku tak ketuk ya. aku tolak muka diorang dengan sudu tu sampai diorang panjat turun balik. haha... then, ada beberapa hamster hitam ni macam anti dengan hamster putih. suka main berebut2 nak makan ke... minum ke... mulalah buat2 bunyi tikus kan. so... aku menambahkan dengki. aku bawak lari muncung air tu. haha... then semalam masa aku bagi makanan kat diorang. aku letak dalam magkuk kan. diorang berebut2 nak makan. ada sekor ni ngada2 dia sengajar baring dalam mangkuk tu tak bagi yang lain makan. haha... cute pulak kan?


walau apapun... aku belum terbuka hati lagi untuk membela binatang. haha... cukup lah serik cingmok sekor tu dulu. susah nak cari kucing macam dia. bijak, manja, suka nak berbual and main tenung2. suka buat aksi2 kelakar, tidur terlentang, tidur ngigau sampai terkencing. haha... really miss that cat. nantilah nak bela kucing jugak. but not now. maybe when i have my own house. haha...








p/s (i) : bilalah jiran aku nak balik ni... petang2 kena bukak lampu dan bagi makan hamster. pagi2 tutup lampu. memang tak susah. tapi tak tahu... sebab maybe belum rapat kan. so kurang selesa nak masuk2 rumah orang.

p/s (ii) : masuk kerja ni dapat 2 benda baru. shoes and car! yeay! macam dulu masa masuk sekolah dapat kasut sekolah and beg baru. semangat sikit nak kerja kan. hehe...

p/s (iii) : weekend ni macam busy je... cikna balik tak eh? yayang, u jangan balik okay!

p/s (iv) : kasihan adikku... terperangkap dengan msg2 tipu. tapi rasa kelakar jugak. hehehe....









21012011 ~ 3.17pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

0 comments:

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com