we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Saturday, May 29, 2010

mode : sitting on top of the world

seperti tajuk entri, nampak sangat aku happy kan? hehe... after more than a month tak jumpa gerek, akhirnya hari ni ketemu jugak. hish! sungguh gumbira rasa hati. plus, mak ayah pun ada kenduri banyak hari ni. at least aku tak kena tinggal sorang2 kat rumah as usual. ceh konon bila mak ayah tanya nak keluar pukul berapa. jawapan aku simple je, "mak ayah keluar, adik pun keluar lah". tapi tiba2 gerek sampai awal pulak. huhu... aku keluar lagi awal dari mak ayah.

as planned, gerek bawak breakfast charmee.
time aku keluar, ayah takde, keluar kejap katanya. ingatkan pergi beli suratkhabar as usual tapi bila sampai charmee, rupanya dia ada kat sana. saje lah tu. dia tau aku nak dating situ pagi2. hehe... siap telefon tak angkat. SURPRISE! hehe...

then mulalah tawaf JB. ayat kitorang dulu "ukur JB". and balik pulak lewat petang, saing parents aku balik jugak. hoho... ah, i miss my gerek.






p/s (i) : kau membuat... ku berantakan... kau membuat... ku tak keruan... oh, terlanjur cinta! pashaku!!

p/s (ii) : u've come with a news that i've long... oh God, thank you. i'm sitting on top of the world.





29052010 ~ 11.42pm
rumah aku ~ hall-depan tv

Wednesday, May 26, 2010

ber'upword di SB~~

hai2... me'reward diri sendiri dengan menulis blog setelah siap menyiapkan resume. akhirnya, 1 hasil yang aku puas hati. he... sambil menonton ghost whisperer jugak. nasib baik siap resume before ghost whisperer start. cute betul melinda pregnant. and she looks pregnant for real. selalu kan pelakon2 pregnant kan nampak tak real. macam rachel dalam friends. nampak tak real sangat. tapi still she looks cute.

okay, update kali ni nak cerita pasal lepak2 dengan cik piza di starbucks. bak kata piz, "no money no talk". huhu... after dapat gaji, melepak lah kami di sana. it's been a while tak lepak dengan piza di starbucks. dan kali ni, bergaduh depan cashier nak order apa. cikpiz paksa2 pulak ambil java chip. heh! akhirnya, 2,2 ambil choc cream chip. hehe... nextime lah java chip sebab hari tu sakit kepala lah bebeh! ni gambar piza cuba menyedut air dari straw yang amat besar. hehe... piz, jangan marah ha... kikiki...

sebenarnya, pergi lepak sana sebab nak tunggu masa jumpa lecturer. kitorang as usual, sampai UTM pagi. pergi breakfast dulu di mcD then menderu ke UTM. nampaknya, datang salah time bila semua lecturer sedang meeting. so, lepaklah dulu di jusco. mula2 round2 nak shopping baju lah konon. but in the end, aku tak beli apa2 but piz pulak beli baju puzzle. haish, keciwa. nak baju cantik but semuanya aku tak berkenan. so akhirnya... menghabiskan masa bermain upword di starbucks. tengok ada 2 perkataan lawak dari piza.


dan ini, untuk little queen... everywhere we can see things u owned. hehe... missing u alot bebeh!





p/s (i) : hari ni sudah hari rabu... esok, gerek pulang. walaupun aku sedang marah, still tetap rindu dia. cepat balik!

p/s (ii) : nak ikut abg jan balik penang lah. windu uncle man and the whole family.



26052010 ~ 5.02pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Wednesday, May 19, 2010

seoul garden y'all~

hai... hari ni, rabu (19052010), aku ber'hanging dengan cik piz dan incik amir (quoted dari amir) di CS. hui, macam2 merancang semalam. patutnya keluar dengan incik daus. tapi dia takde transport. dan kitorang pun takmo lah ber'hanging berdua aje. so biasalah, ajaklah incik amir bersama. dan akhirnya... hasrat aku dan cik piz nak makan seoul garden terkabul. haha... 1 sem tu... tak jadi2. akhirnya, pagi tadi kami adalah antara pelanggan pertama yang masuk.

seoul garden ni makanan dia steamboat. bayaran perhead. tapi mahal lah dari rawa. maybe because tempat dia ekslusif dan tercatit SEOUL tu. international lah kot. harga dia pun berbeza ikut umur dan masa. lunch cheaper than dinner. senior citizen dan kanak2 murah sikit. and untuk pelajar pun murah sikit tapi dari 11.30am-4.30pm. so tadi, kami masih lagi menggunakan kad matrix UTM. dapatlah murah sikit tapi lebih mahal dari rawa. hehe...

inilah tempat steamboat dan bbq dia. different from tempat steamboat lain. maybe more proper. dan kurang lah percikan2 membunuh. hehe... lagi2 untuk piza. memang sesuai sekali. kalau tak, memang melecur aje tangan dia. tadi pun tangan dia terkena chopstick panas dia sendiri. hoho...

tempat ni cantik. deco dia nice. makanan dia tersusun. and pelanggan dia lebih sopan. hehe... rawa macam kelam kabut je kedai kan. satu lagi kekurangan tempat ni, takde udang hidup dan udang2 nya kecik2 belaka. tetapi... choices memang sangatlah banyak. nasi goreng pun ada. hui, bahagia sungguh terasa. boleh buat abc sendiri, cendol jugak. eh, cendol ada tak ek? sebab tadi aku nampak cendol hijau tu. hehe... dan aiskrim dia macam kat IFMI. and entahlah, aku rasa aiskrim dia sedap sangat tadi. kecuali terkena peppermint piza tadi. auw!

dan ini participantnya... amir buat lawak, tak dapat kami kontrol. nak candid tapi kira 1,2,3... tu bukan candid namanya cik abang oiii... hoho...


dan kemudian, aku dok layan piza tengok A Nightmare in Elm Street again. huhu... walau dah tengok kali kedua, aku still menjerit. sampai amir pun terkejut. haha... dan si piza nyaris kena heart attack. p/s untuk piza : bebeh, if u nak pejam mata, baik kita tengok cerita belukar tadi. kikiki... after finish watching, nak mengambillah haluan sendiri, nak balik rumah lah kiranya. incik amir yang budiman telah meng'offer untuk hantar kitorang. oh, incik amir lagi budiman dan sopan santun. huhu...

pictures of the day!!

cik piza : amir, ko jangan nak pujuk2 aku. aku majok dengan ko ni!

incik amir : oh!


















p/s (i) : sungguh perut kekembungan kerana makan yang tidak berhenti. seoul garden, popcorn dan last sekali, cikpiz beli auntie anne's. aiyo mak... lemoned!

p/s (ii) : esok hari khamis. minggu depan hari khamis, gerek sudah berada di rumah JB. akhirnya...




19052010 ~ 10.58pm
rumah aku ~ bilik aku

Friday, May 14, 2010

movie marathon day!

salam... hai, hari yang memenatkan. in fact, baru je sampai rumah after watching robin hood. hui, 2 movie hari ini aku tengok. a nightmare in elm street and robin hood. 2,2 tengok dengan family. a nightmare in elm street tu dengan boy, robin hood dengan mak, ayah, boy. satu family tu keluar. hehe... it's been a while tak tengok movie dengan family. so, hari ni, aku nak cerita pasal komen aku pasal kedua2 movie.

we start with A Nightmare in Elm Street.


okay, cerita ni start dengan kemunculan Kellan Lutz. hui, terus minat aku. hehe... siapa2 tak kenal Kellan Lutz, dia jadi Emmett dalam twilight saga. nama Kellan dalam cerita ni Dean. Dean tertidur kat kedai and mimpi ada orang nak bunuh dia. bila dia sedar, tangan dia berdarah, macam dari kesan dia mimpi. dia bagitau Kris. Kris pikir Dean just paranoid and say "it is just a dream. it is not real". then bila Kris pergi toilet, Dean terlelap and mimpi lagi. kali ni Kris nampak Dean macam tengah gaduh and pegang pisau. mata dia pejam and Dean kelar leher sendiri. ganas2. then, Kris alami benda sama, then Jesse. bila 3 orang dah mati, lagi 2 orang macam rasa perlu untuk menyiasat sebab diorang pun alami benda sama. rupa2nya, diorang pergi tadika yang sama. parents diorang telah membunuh seorang lelaki nama Freddy. sekarang, Freddy nak balas dendam pada anak2 nya pulak dengan masuk mimpi diorang sebab dalam mimpi, dia yang berkuasa. overall, cerita ni amat menyeramkan, bagi akulah. and a bit violent. adegan bunuh2 tu... ganas! tapi aku kurang puas hati dengan cara penyelesaian. macam tak logik. persoalan pertama, macamana orang yang dah mati boleh masuk mimpi2 manusia. kedua, macam mana heroin tu (Nancy) boleh bawak Freddy yang dalam mimpi tu ke alam nyata? macam kurang logik. kalau cerita hantu, memang takde explanation. kalau cerita bunuh2, memang ada explanation. but cerita ni, which one kategori? cerita hantu atau cerita bunuh2?

second movie, robin hood.


wau, cerita ni memang best. tak tahu lah pendapat orang lain. but for me, action dia memang best. walaupun kadang macam tak logik sebab dengan hujanan anak panah, King still tak kena satu pun even dia tak berlindung. he... at last, King mati di bunuh tukang masak!! wau, such a disgrace... then perutusan sekumpulan Knights nak balik kampung bagitau King dah mati di serang hendap. datanglah Robin Hood membunuh mereka2 yang serang hendap. ketua jahat terlepas. then Robin Hood pegang amanah seorang Knight untuk pulangkan sword nya kepada ayahnya. sambil tu, Robin dan kawan2 menyamar jadi Knights supaya dapat pulang ke London dengan lebih mudah. sampai kampung Knight tu, dia kena teruskan penyamaran jadi Knight untuk selamatkan keluarga Knight tu. then King yang baru naik takhta tu tak guna. menyebabkan kekacauan dan France nak gulingkan dia. so, Robin Hood yang menyamar mengganti kena keluar berperang. dan mereka menang. dan King baru sepatutnya menunaikan janji pada rakyat tapi dia sebenarnya tipu rakyat. dan arahkan Robin Hood di tahan. dia marah sebab peperangan tu berjaya kerana Robin Hood. ei, sakit hati betul. overall, aku suka sangat adegan perang. macam cerita Narnia. rasa semangat naik nak berperang. hehe... Russell Crowe memang bagus dalam pembawaan watak. semuanya bagus. but terpikir, if ada Robin Hood 2, setua manakah Russell Crowe akan jadi? hehe...


wau, what a day... ni tiba2 sakit kepala tapi nak tunggu tahan mata. nak tengok ghost whisperer kejap lagi. esok pulak, tak ada planning apa2. nak bangun lambat, masak then kemas2 sikit. then... nak tengok hindustan lah. lama tak tengok hindustan.



p/s (i) : gerek seharian busy. orang pergi BTN lah katakan. ni dia baru sudah. okay jugak, 2 movie aku layan hari ni. huhu...

p/s (ii) : wee... laparnya perut. tu agaknya sakit kepala. hish, nak kurus macam piza!! tolong!!





15052010 ~ 12.28am
rumah aku ~ bilik boy

Thursday, May 13, 2010

kawan2, tag is back!

1. Anda rasa anda hot?

hot temper? boleh tahan lah. but slowly trying to control.

2. Upload gambar kesayangan anda!

mode : rindu cikbey!

3. Bila kali terakhir anda makan pizza?

waa... tag ni macam tau2 je aku dah lama tak makan pizza. last makan bersama cik piz, cik muni dan incik daus. hari terakhir exam. 21april2010. lama tu..........

4. Lagu terakhir yang anda dengar?

lagu biggest loser. oh, nk kurus!!

5. Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?

tengok biggest loser sambil cari kerja dalam internet. oh my... nak kerja gaji kepuk2!

6. Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?

favourite masa kini : cik nuyun! oh cayang my diena. aqiel belum boleh cakap.

7. Tag lagi 8 orang tanpa rasa kekesalan

  • cik lala
  • incik roy
  • incik kj
  • farhana
  • fatin
  • aj
  • diboot
  • cik muni (i know u read this... hahaha)

8. Siapa no.1 kepada anda?

oh dia? peneman aku. selalu teman aku pergi mana2. elm street okay next week!

9. Bagaimana pula no.3?

budak kelab. kj, belanja aku pulak yek!

10. Pendapat anda pada angka 4?

oh, anak murid aku. tak pernah bagi masalah sepanjang LM. huhu... miss u!

11. Kata sesuatu tentang orang ke 2?

mane kamu??? rindu nak baca post terbaru!!

12. Hubungan anda dengan no 6?

cousin aku. ganas and rebel! hoho... envy that character!

13. Perawakan no.5?

penyenyap. hoho... apa aku eja tu? seorang yang senyap but very cooperative.





p/s : adik aku on the way balik. akhirnya... tak boring sorang2 kat rumah. gerek g BTN. sungai congkak tu kat mane ek?





13052010 ~ 3.00pm
rumah aku ~ depan tv

Tuesday, May 11, 2010

b'day celebration at LC catering

okay, entri kali ni pasal sambutan birthday adik sedara aku. cousin aku lah kan, yang ke-13 pada ahad lepas (8mei2010). pakcik aku call siang tu ajak aku ikut sekali pergi sambut birthday anak dia. hmm... it's been a while sambut birthday cousin ni kan. so a bit awkward. mak ayah aku tak dapat ikut sebab ada majlis kat rumah sebelah. so, plannya, pakcik aku datang rumah fetch aku then ke LC catering bertempat di Jalan Beringin, Century Garden.


parents aku pun suka makan kat sini but aku kureng sikit sebab macam tak banyak pilihan. aku pernah try kuew teow kungfu dia tak sedap, mihun tomyam dia tak sedap, lamb chop dia tak sedap, chicken chop dia pun kureng. but yang set boleh tahan sedaplah. set dia dah di tetapkan. contohnya untuk 2pax : tomyam + puyuh goreng kunyit + etc. kalau nak tambah pun boleh. nak ikan siakap ke... tambah sotong tepung ke... kiranya tempat ni lebih kepada family restaurant atau nak buat reunion. untuk pergi makan dating2, macam kureng. plus, specialty sini adalah ayam penyet. price dia pun agak mahal. rm7.90 kot sepinggan, tak ingat pulak. honestly, aku lagi suka ayam penyet pinang. lagi kick! murah pun ya.

okay, back to main topic. birthday cousin aku. Nur Deeyana Ezzati. happy birthday my little cousin. belajar rajin2 tau! inilah dia birthday girl. cake ditempah khas by her mum. sedap!


okay, suma makan ayam penyet malam tu. kitorang ambil meja kat bilik aircond. boleh jugak kat luar but a bit noisy. kat LC catering ni ada pemain angklung tapi malam tu, pemain organ pulak. masa bawak masuk kek, makcik aku request mainkan lagu birthday and waiter2 LC ramai2 nyanyikan lagu birthday. he... adik sedara aku segan woo... kalau aku pun segan jugak. hehe...


ini cousins aku 3 beradik. Nur Deeyana Ezzati, Nur Diniey Ezzati, Muhammad Izzat Qayyum.


ni pakcik dan makcik aku. pakcik aku tu, adik mak aku. tu wife dia.


ini hadiah cousin aku dapat from the parents. new watch. and makcik aku pun dapat new watch jugak from the husband sempena mother's day. he... sweet kan?

















p/s (i) : okay lala, esok breakfast and gossiping. tak boleh jalan2. next week lah dengan daus sekali. hehe...

p/s (ii) : aku dah kurus sekarang. kurus macam piza. (insert bunyi cengkerik)





11052010 ~ 9.39pm
rumah aku ~ bilik aku

Monday, May 10, 2010

pre-graduation picture

okay, sebelum balik kelantan hari tu, aku dan cik piza pergi ke utm atas urusan masing2 yang belum selesai. aku belum bayar yuran, piza pulak kena pergi hep pasal tesis untuk KPM dia. so seperti biasa, gerak pagi2. pergi uruskan di admin dulu. tapi belum bukak. so kami taking2 picture dulu lah. hoho...


ni depan hep. ada tulisan2 jawi pasal sejarah UTM. tak ramai orang jadi takdelah segan sangat. huhu...














ni kat tepi HEP tu. ada kolam air terjun sikit. oh, berangan2 di sini buat kali terakhir. sure masa konvo ramai orang nak tangkap gambar sini.

view dari bawah pulak. i mean angle cameragirl kat bawah. hoho... tempat ni cantik tapi kitorang kan kureng professional nak tangkap gambar. so, kurang nampak kecantikan tempat ini.


kemudian, pergi jumpa cik hikmah. bagi cupcakes. eh, sedondon pulak dengan baju dia. hoho... kemudian, kami pun pulang ke rumah. tamatlah pre-graduation session kami. nanti nak mintak tolong apiq tangkap gambar masa dah dapat jubah. second pre-graduation pulak. tangkap gambar dengan dslr pulak. he...






p/s (i) : hujan pulak. si piza ni jadi tak nak datang rumah. keuntungan 50-50 ya! hehe...

p/s (ii) : anyway, goodluck to you.







10052010 ~ 2.53pm
rumah aku ~ depan tv

Sunday, May 9, 2010

my superb ex-supervisor!!

huhu... seperti anda baca, entri kali ni pasal ex-supervisor aku. supervisor untuk PSM. for 2 semesters, dia guide aku in every detail dari chapter 1 until lah chapter 5. i consider myself very lucky to get her as my supervisor. mula2 tu macam rasa tak best sebab kitorang quite close and aku banyak share gossips dengan dia. tiba2 nak jadi serius pasal study, awkward sikit lah. hehe... but in the end, i'm really grateful. even grade tak seperti aku harapkan tapi aku happy sepanjang proses menyiapkan PSM. i think, that is the most important part.


Associate Professor Dr. Faizah bt Mohamad Nor


i take this opportunity to express my gratitude towards you for always guiding me in every single detail and also for the patience you showed for the past 2 semesters. i'm really sorry for not being the supervisee that you can be proud of but i promise you that i have tried my best to achieve that. thank you Dr... for everything.

inilah dia gambar aku + supervisor aku. gambar kami di TESL nite 2009.


ni after aerobic session. bergambar dengan instructor favourite semua. encik redza benjamin!


ni supervisor aku dengan minah 2 orang tu. sebok aje. patutnya aku yang bergambar dengan Dr. Faizah, but diorang pulak ngendeng2. sebok aje! hoho~


ni Dr. Faizah one family datang rumah aku time open house. sangat sporting. plus, dia tak sesat masa datang rumah aku. hebat2! ops, belakang tu kak anne dengan aqiel.





p/s (i) : Dr. Faizah suka makan cashew. he...

p/s (ii) : nak pergi gossiping dengan Dr. Faizah lagi. L.A. dah start operation belum? jadi tea lady pun jadilah. hehe... atau PA kepada Dr. Norazman. hehe...

p/s (iii) : mode : moving to new house






09052010 ~ 11.01pm
rumah aku ~ bilik aku

Tuesday, May 4, 2010

hello KB~

huih, updating at my aunty's house. guna laptop pakcik i. berpeluh after ngemas2... tokyam tak sihat sebab tu kitorang balik KB. kitorang tu stand for ayah, mak and aku. selalu naik flight. tapi flight mahal sangat sekarang plus mak ayah banyak lagi expenses lain, so kami naik lah train... train....... train.... 12 jam dalam train. nauzubillah... aku dah lupa macam mana rasanya dalam train atau bas dengan sangat lama. pelbagai gaya tidur. pelbagai aral. sampai juga pada pukul 7.40pm isnin lepas. depart from jb pukul 5.40am pagi isnin tu. aku bangun tidur pukul 3am okay. haih...

dalam train, aku membayangkan cerita harry potter. kenapa dalam cerita tu naik train ni macam best je... seronok je. dengan pemandangan yang marvellous. naik atas landasan ats laut. kenapa2?? kenapa?? kenapa KTM tak macam tu? uhuk2... train buruk, coach cafe rosak, coach aircond rosak. tapi alhamdulillah selamat sampai... huhu...

updating dari laptop pakcik aku. cikna kat sini minggu lepas scan gambar2 lama and save kat komputer ni. so kali ni... aku letak gambar2 lama aku lah ek. lama tak lama mana lah... tapi lama lah jugak. time slim melim, free hair lagi. hehe...

okay, gambar ni kat rumah lama aku kat KB. sekarang dah jual sebab mak ayah aku beli rumah kat JB. sayang rumah ni sebab mak ayah aku yang design. beli tanah then bina rumah. but di sebabkan kitorang jarang balik and rumah tu tak terjaga, last2 ambil keputusan jual.

gambar time ayah long kahwin. mak aku dulu suka tempah2 baju. ni tempah sekali 3 dengan cousins aku sekali. yang tengah tu bukan cousin. lagi 3 tu yek. dari dulu pantyhose memang wajib. pelbagai colour okay... huhu...





p/s (i) : okay, ayah dah susun jadual makan di KB. nasi itik daun pisang - checked. nasi sumatera - checked. nasi hover? esok... oh sedapnya...

p/s (ii) : do not check on me again. do not deny because u did.






04052010 ~ 5.20pm
rumah cik jana ~ ruang tamu

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com