okay, entri kali ni pasal sambutan birthday adik sedara aku. cousin aku lah kan, yang ke-13 pada ahad lepas (8mei2010). pakcik aku call siang tu ajak aku ikut sekali pergi sambut birthday anak dia. hmm... it's been a while sambut birthday cousin ni kan. so a bit awkward. mak ayah aku tak dapat ikut sebab ada majlis kat rumah sebelah. so, plannya, pakcik aku datang rumah fetch aku then ke LC catering bertempat di Jalan Beringin, Century Garden.
parents aku pun suka makan kat sini but aku kureng sikit sebab macam tak banyak pilihan. aku pernah try kuew teow kungfu dia tak sedap, mihun tomyam dia tak sedap, lamb chop dia tak sedap, chicken chop dia pun kureng. but yang set boleh tahan sedaplah. set dia dah di tetapkan. contohnya untuk 2pax : tomyam + puyuh goreng kunyit + etc. kalau nak tambah pun boleh. nak ikan siakap ke... tambah sotong tepung ke... kiranya tempat ni lebih kepada family restaurant atau nak buat reunion. untuk pergi makan dating2, macam kureng. plus, specialty sini adalah ayam penyet. price dia pun agak mahal. rm7.90 kot sepinggan, tak ingat pulak. honestly, aku lagi suka ayam penyet pinang. lagi kick! murah pun ya.
okay, back to main topic. birthday cousin aku. Nur Deeyana Ezzati. happy birthday my little cousin. belajar rajin2 tau! inilah dia birthday girl. cake ditempah khas by her mum. sedap!
okay, suma makan ayam penyet malam tu. kitorang ambil meja kat bilik aircond. boleh jugak kat luar but a bit noisy. kat LC catering ni ada pemain angklung tapi malam tu, pemain organ pulak. masa bawak masuk kek, makcik aku request mainkan lagu birthday and waiter2 LC ramai2 nyanyikan lagu birthday. he... adik sedara aku segan woo... kalau aku pun segan jugak. hehe...
ini cousins aku 3 beradik. Nur Deeyana Ezzati, Nur Diniey Ezzati, Muhammad Izzat Qayyum.
ni pakcik dan makcik aku. pakcik aku tu, adik mak aku. tu wife dia.
ini hadiah cousin aku dapat from the parents. new watch. and makcik aku pun dapat new watch jugak from the husband sempena mother's day. he... sweet kan?
p/s (i) : okay lala, esok breakfast and gossiping. tak boleh jalan2. next week lah dengan daus sekali. hehe...
p/s (ii) : aku dah kurus sekarang. kurus macam piza. (insert bunyi cengkerik)
11052010 ~ 9.39pm
rumah aku ~ bilik aku
2 comments:
.....likes dis
oh ano, suka2 ko je nk like wlaupun aku xdpt cam ko. pliz identify urself... hoho~
Post a Comment