we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Wednesday, May 27, 2009

twilight : movie & book

hai semua... first sekali aku nk mintak maaf sebab mungkir janji. aritu aku cakap nk review ttg new moon. tapi tak review2 sampai sekarang. arini pun aku taknak review pasal new moon. aku nk review pasal twilight dulu. aku baru je abis baca twilight and actually quite disappointed. buku and movie twilight adalah totally different. sangat berbeza. adalah pros and cons nya. first sekali, bila baca buku, kita tau perasaan sebenar bella. yang tak paham kt movie leh paham dengan baca buku. kat movie pulak, nampak edward sgt2 mncintai bella. perasaan bunga2 lah bila tengok movie...



di sini, aku nk statekn perbezaan ketara yang aku nmpk and ingt lh...


  1. rosalie and jasper punya surname bukan cullen. diorang family cullen tapi dalam penyamaran tu, diorang berlakon as kembar; jasper hale and rosalie hale. yang cullen hanya carlisle, esme, edward, emmet and alice.

  2. masa naik kapal terbang ke forks, mak bella yang hantar, bukan suami baru dia tu... takde adegan2 bapak dia tunjuk bilik pada bella masa awl2 dia sampai rumah tu... and bapak dia dah sediakan truck tu awal2 before bella sampai forks. kiranya after bapak dia amik dia kat airport, truck tu dah ada kat rumah. dalam movie, billy and jacob black datang hantar truck ke rumah kn? actually diorang tak jumpa macam tu pn...

  3. dalam movie, just mike newton yang nampak macam minat kat bella kan? dalam buku, mike, eric (yang muka cm cina tu) and tyler (yang nyaris langgar dia tu) minat kt bella. 3, 3 berebut nak ngorat bella. dalam buku, ada spring dance (party yang pompuan b'kuasa utk pilh date. kiranya kalau prom, laki ajak kn? dance ni pompuan yg invite laki. kalau tak invite, laki takleh g dance tu).

  4. kn first time bella nmpk cullens family time cullens masuk cafeteria kn? dalam buku, bella masuk cafeteria tu, cullens family dh duduk kt meja makan diorang. bella tanya jessica and angela pasal diorang macam dalam movie.

  5. bella first time jumpa jacob bukan mcm dalam movie. dalam movie jacob datang kt rumah dgn bapak dia kn? dalam buku, bella pergi pantai tu and terserempak dengan jacob. diorang berbual macam kat dalam movie. ada additional scene tapi tak penting kot... and dari situ, bella dapat tahu pasal edward adalah vampire (takde cari2 buku kt port angeles, dia google kt internet je). esoknya dia jumpa edward and bagitahu dia dah tahu pasal edward ialah vampire. tapi totally different dengan movie. takde adegan "say it out loud" tu. bella langsung tak sanggup sebut perkataan "vampire" towards edward.

  6. first kiss diorang pun bukan dalam bilik tapi kat hutan edward bawak bella masa nk tunjukkan badan dia bersilau2 tu... edward carry bella masuk hutan untuk tunjuk semua2 ttg dia macam dalam movie tu then on the way balik tu edward kiss bella.

  7. masa bella pergi rumah cullens tu, adegan dia beza betul2. rosalie langsung takde dalam scene. takde adegan masak2 tu. takde adegan pecah2 mangkuk tu. edward bawak bella keliling rumah and cite kn tentang sejarah carlisle. and takde frame graduation cap dekat tangga tu. yang ada kt tepi tangga tu adalah ukiran salib yang bapak carlisle ukir lebih 300 tahun dulu. huhu... umur carlisle masa mati 23tahun and kiranya umur dia as vampire 300 lebih. tak sure exact number.

  8. time dia pergi rumah cullens tu pagi... malam tu diorang pergi main baseball. beza kn dari movie? edward drive sampai tepi hutan and carry bella berlari masuk hutan. lain dari movie. diorang main tu lebih kurang lh keadaan. susah nk bayangkn sangat hehe... time tu diorang jumpa 3 vampire jahat tu kan? lain sikit jugak. dalam movie macam tunjuk 3 orang tu membunuh kt forks kn? dalam buku takde. 3 orang tu datang forks sebab diorang teringin nak jumpa cullens sebab cullens ni kan vampire yang tak hisap darah orang. so, diorang interested untuk kenal cullens.

  9. apa lagi eh? tak bape ingt pulak. hehe... tapi mostly memang berbeza lah... and 1 lagi aku frust. dalam buku tak tunjuk sangat macamane kuat perasaan cinta edward pada bella. kita ingtkan love at first sight. tapi actually, edward just curious kenapa dia tak dapat baca pikiran bella. then bau bella sangat2 sedap yang dia tak dapat control diri. dari situ dia interested nak kenal bella. interested then cinta. beza lh... sush nk dscribe tapi lain lah dari movie. sebab dalam movie nampak cinta edward. dalam buku dah akhir2 baru nampak. and family diorang yeye lindung bella sebab diorang gembira akhirnya edward dh jumpa love. (edward tak pernah tunjuk minat pada sesape pun. selama dekat 90 tahun dia hidup dia tak pernah suka pompuan until bella muncul) so, diorang jaga bella untuk edward. tu mmg agk terharu lah...

  10. lagi satu yang obvious, takde adegan panjat2 pokok tu k... sangat2 tak ada... hm...

  11. ha, baru teringat... significant twilight yang apple dalam tangan tu? langsung tak ada scene tu... hampeh.


p/s : aku tengok behind the scene twilight, stephenie meyer ada kt tempat shooting. knp dia stuju adegan banyak bertukar ek? maybe movie lebih menarik kot. i admit, movie memang menarik. buku banyak cite perasaan tapi dari buku lebih paham lh... and banyak sgt scene di potong. memanglh... kalau nak buat 1 buku tu 100%, ada 10jam tak abis movie. apa2 pun, harap2 new moon tak jauh beza sangat dari buku. aku mesti kecewa. tak sabar nak tunggu new moon.



p/s (ii) : harry potter and half blood prince (16julai2009), twilight saga : new moon (21nov2009)






27052009 ~ 3.19pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Sunday, May 24, 2009

Australia?? UK?? USA??

aku nk g abroad. nk sgt... dulu, aku dpt peluang. i mean, result spm aku kn ok. aku dpt intrviu mara belajar oversea. tapi sebab aku ni mmg foul bab2 intrviu, aku tak lepas. dapat hidu bau pejabat mara je... tapi takpelh... bukan rezeki aku. kita kena terima. mak ayah aku pun tak letak harapan tinggi sangat. huhu...


tapi kini... aku rasa t'ingin sgt. aku prnh ckp, skurgnya... g mlncong oversea pn jadi lh... tapi aku tau aku nk lebih dari tu... actually aku nk... rahsia... gerek je tau... hoho... target pertama aku...

UNITED KINGDOM



aku nk g sini sebab cam best je... london... buckingham palace... best2... and everything lah... yang penting, tujuan utama aku nk pegi oversea ni sebab aku nak main salji. haha... lantaklh org nak kata niat aku lari. tapi tipulh sape2 yang tak t'ingin pegang salji....


second choice aku... aku nk g...


AUSTRALIA

the reason nak pergi sini? mestilah kangaroo... koala bear... tipulah korang tak t'ingin pegang kangaroo atau koala bear. huhu... aku pn nk g petik apple. amy cite mcm best je. hm... aku nk, n aku nk jln2 musim sejuk. nak rasa orang putih punya sejuk sama tak dengan musim hujan kita. huhu... dh tntu lain... saje je nk tau beza dia... best2...






p/s : i would love to go there... if there's anything that can change ur mind, pergilh... bwk hrpn mak ayah... diorang mesti hepi tak larat and usaha macamane cara pn nk g lawat ke sana... i'll go with them too... and, klu lh kita leh exchange tmpt... i'll do anything... hope u realise it before its too late...






24052009 ~ 10.03pm
rumah aku ~ ruang tamu-hall depan

Thursday, May 21, 2009

attention dearest one...

to whom it may concern... this is the list of things that i want this year or next year or the next year...

  1. twilight book (3 yg lain dh ada. twilight je lg lum baca)
  2. crocs
  3. using postpaid (and ckp x brnti mcm kwn aku sorg tu...)
  4. nk highlight and rebond rambut (kena tunggu highlight abs dlu suma)
  5. nk makan cuppies sentiasa
  6. nk shopping new heels and shirts
  7. nk bedsheet giraffe utk naik sem ni...
  8. crocs (dh sbut td tapi nk ckp lg sbb mmg nk byk2)
  9. nk makan byk2... nk mkn only mee
  10. nk apa lg ek? mcm byk... tp bl nk listkn hilg suma idea
  11. apa?? ya Allah... xde bnda ke yg aku nk?? br listkn sikit ni...
  12. ha, nk exercising tool tu. dr sem lepas nk xdpt2. huhu...
  13. rm3500 satu sem (excluded duit ayh bg per week)
  14. nk cincin boleh?? hm.... (dgn gengam kedua2 belah tgn buat2 gaya mnja, muka pnuh hrpn)



p/s : list ini akan b'tmbah dari semasa ke semasa... terima kasih

p/s (ii) : dh dpt buku twilight... mak belikn lagi. huhu...







21052009 ~ 9.00pm
rumah aku ~ ruang tamu-hall depan

Tuesday, May 19, 2009

komputerku sayang~~

hm... dh bbrapa ari dok rumah. boring tapi nasib baik ada twilight saga. takde lh aku boring takde buat apa2 kt rumah. tapi sebab eager sangat nk tahu pasal bella and edward, aku baca gile laju. sampai adik aku sound suruh baca slow sikit. kang kalau dh abis baca suma, aku nk buat apa pulak kt rumah. memang betul dia cakap... tapi aku serius tak sabar nak abiskan breaking dawn. fyi : aku dh ada breaking dawn. mak aku belikan. huhu... kini, hanya twilight aku takde. nak mintak sape pulak ek? huhu... cikna, jgn kedekut. belikan utk i tau. muroh jo... kupik awok ni...

tapi arini, aku nk cite pasal komputer aku. komputer aku ni usia dia dh sebaya usia aku dh utm. aku beli masa sem1 sains komputer iaitu tahun 2005. and to my surprise, komputer aku masih bernyawa. tak macam kawan2 aku punya. yang seangkatan dengan aku semua dh tukar komputer mereka. komputer ataupun laptop. tp kawan2 aku mostly pakai laptop. aku pnya pn laptop tapi aku suka panggil komputer.

tapi walaupun dia masih bernyawa, dia sudah tak sehat mcm dulu2. tak boleh run program berat2. yelah, komputer aku ni zaman bila punya. so ada benda2 yang dia tak support. and bengangnya, bila panas sgt, dia trus t'padam. huhu... kalau buat assignment tu, mau naik angin jugak tapi nasib baik ada auto recovery. huhu... kalau tak, mau jugak aku gigit skrin komputer ni. hehe...

and yang paling aku risau, engsel utk bukak skrin laptop aku ni dh patah sikit. risau gile aku. aku ni jaga lh dgn pnuh perhatian and kasih sayang. kalau kt utm memang aku tak tutup komputer aku ni. aku biar je dia ternganga. aku jaga molek2. taknak dia sakit2 ketika tutup bukak tu. tapi ni kat rumah, ada 2 orang jejaka kt rumah aku ni yang tak pikir utk jaga property aku mcm aku jaga. jejaka kecik jaga jugaklah. elok2 dia tutup after pakai komputer aku. yelah, aku dh warning, apa2 jadi kt komputer aku, aku amik dia punya. tapi masalah aku sekarang, jejaka besar. dia pakai ganas2. ish... bengang aku. semalam patah lagi sikit. aku ni belajar ada lagi setahun. aku jaga molek2 komputer aku ni, biar tahan lagi 1tahun tapi kalau gaya kasar2 mcm ni... mampukh? uhuk2...

komputerku sayang... bertahanlh... aku bergantung kepadamu sayang... uhuk2...



p/s : i tak mintak apa2 lagi... i tahu i 2nd. so, julai nnti lh... u juz be prepared. semalam i tak cakap, taknak u tnsion. ni kalau u baca, paham2 lh k...






19052009 ~3.12pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Sunday, May 17, 2009

AF 7 ~~ Akim No3???

hm... aku xde sokong mne2 actually sebab tak ikut sgt dr mula... dh nk final baru start kenal2 dgn peserta... so akhirnya... semalam (16mei) telah b'langsung konsert final akademi fantasia musim ketujuh. dan pemenangnya.......................


HAFIZ


keputusan akademi fantasia musim yang ke 7 :
  1. hafiz
  2. aril
  3. akim
  4. yazid
  5. isma

aku actually xsokong sape2 lgsg dlm af7 ni but based on performance final konsert, aku sokong akim (bdk umur 18thn, baya adik aku and from jb). aku suka lagu baru dia. meremang bulu roma dgr. and aku pn suka cara dia bawak lagu faizal tahir. tp not fair for others sebab dia tak kena menari dasat2. seriously not fair... tapi apa2 pn... aku suka hafiz menang. he seems so sincere. nsb xjth cinta... knp tau? kerana................
















serupa, same, mirip... hampir sama, hampir mirip, hampir sumanya... tapi lain... infact, there are a lot of differences. b'beza sgt... i admit they are quite the same but... let me point one the different. salah satunya...

  1. hafiz pndai nyanyi... siap jd juara... gerek aku? aku meremang dgr dia nyanyi... bkn meremang sdp, meremang geli. huhu... jgn mrh yang...
  2. hafiz selesa rmbt kembang... ni takde bezanya sebab gerek pn selesa rambut kembang. tapi aku yg tak selesa. hoho... nsb lh...
  3. gerek montel... hafiz pn montel... gerek montel kt perut jgk... hafiz tak. huhu...
  4. mata hafiz sepet... mata gerek pn... tapi mata gerek bulat sikit and choc ok... mata gerek i choc okay... huhu...
  5. bibir diorg b'beza... tgk gmbr pn nmpk.
  6. perbezaan paling ketara - gerek aku punya. huhu...


dan actually... aku xbape suka orang asyk ckp muka hafiz macam gerek. gerek i adalah gerek i... dats it.







17052009 ~ 12.37am
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Wednesday, May 13, 2009

mode : twilight mood

huhu... xsmpai sminggu pn lagi aku ada kt rumah... tapi bosannya... nauzubillah... mcm dh sbulan. dhlh dok rumah aje... gile bosan. makayah busy keje... huhu... nk kuar selalu, kang diorang mengamuk. lagipun... aku xde duit. huhu... ada hati pulak nk kuar. ni pun mingu lepas nasib baik kak shila kawin. ada jugak aktiviti luar aku. kalau x... rumah jelah. sampai xtgk cahaya matahari pn... kuar rumah utk sidai kain je. huhu... tu pun kalau kak ruby xsidai. kalau dia sidai, mmg aku dalam rumah jelh... hoho...


nk tgk gmbr kak shila kwin? cun seh... dh lme tak jumpa dia. mmg lain after mekap. tapi prangai still same. brutal dia mmg mcm dlu jgk. lme jgklh aku tak jmp dia. ada dlm 2 tahun. huhu... dia yeye call aku suruh datang. membebel2 dia bila aku kta xleh lme2. hehe... sori kak shila... SELAMAT PENGANTIN BARU. semoga kekal ke hujung nyawa....


ha, inilah gambar aku bersama pngantin. aku xtau pulak tema wedding dia hijau. skali datang2, huhu... pndai aku pilih tudg. cun bila tgkp gambar. hehe... kak shila selamat menjadi isteri kepada abg acap (boyfriend dia dr dl tau... aku kagum) pada 9mei2009. semoga sentiasa dalam rahmat-Nya dan dikurniakn seramai anak. huhu...








hm... boring2 kt rumah ni... aku syukur boy belikan aku buku twilight saga. tapi baru 2buku; new moon (2nd book) and eclipse (3rd book). aku br je abis baca new moon and dh start baca eclipse. sedih terasa... sebab aku mesti nk abskn cepat. kang kalau dh abis baca, aku nk buat apa lg kt rumah? huhuhu... msti boring... ni atleast ada jugak bnda aku nk buat. hm... lg 1 mslh aku... sape nk belikan aku buku breaking dawn (4th book). twilight (1st book) still boleh hold sebab dh tgk movie dia tapi aku still nk jugak buku twilight sebab nk baca yang detail2. movie dengar katanya dh ubah banyak... hm... sape nk blikn aku breaking dawn??!!! uhuk2...


ok, nex entri aku wt review pasal new moon ek... hehe... aku suka gile buku tu. tapi banyak about jacob. edward kureng... tapi once dia balik, mmg sweet lah bella and edward. ok, till then...




13052009 ~ 8.26pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Monday, May 11, 2009

HAPPY MOTHER'S DAY

semalam... hari ibu... aku and boy saje je tak wish. mak aku bad mood tu... hoho... aku and boy t'gelak2 kt dapur. cikna smpai around 10 something. then, mulalah adegan masak memasak. cikna masak carbonara. cdpnya meratah time atas dapur. huhu... udang yg fresh. tp cikna beli udang sikit sgt semalam. carbonara belum siap, udang dh tinggal sikit. hehe...

aku suruh boy tempah cupcakes pada kawan dia... saje nk try kawan dia buat boleh lawan maziah tak. hehe... nampaknya... aku lagi suka maziah punya. mak, cikna, abg jan and kak anne pun sama. tapi tak boleh lh nk compare kn. sebab 2,2 memang b'beza. kek dia b'beza, icing pun same. tp icing dia mngingatkn aku pada kek2 b'day aku masa kcik2 dulu. rindu pulak t'rasa. hehe... tp aku agk angin lh... janji nk amik kul 1pm. sekali dia kata tak sempat siap. boleh amik kul 3pm. mau menyinga aku. aku cakap tak boleh, nk pukul 1pm jugak. tp still tak boleh siap... tp takpelh... kul 2pm siap jgk akhirnya... nsb baik rumah dkt. kalau tak, ada aku bg discount kt diri sndri kang,. huhu... inilh hasil cupcakes "HAPPY MOTHER'S DAY"


aku ada listkan makanan2 yg aku nk ada time smbutan HARI IBU ni... tapi sebab mak aku tak sihat... tak dapat lh... tp lumayan jugak mknn semalam. tak cukup perut rasa... antaranya adalah :

  • carbonara seafood (cikna masak)
  • pizza hut (super supreme & tuna viva - abg jan beli)
  • char kuew (abg jan beli jugak)
  • cupcakes ( boy support coz aku tgh kering)
  • air? air cikna's invention (cdp gilak)

diena and aqiel pun ada semalam... diena makin nakal. suka memerintah. macam2... penat layan budak tu. bila tak dapat apa dia nak, dia nngis. huhu... and dia duka hempuk adik dia. aqiel pulak, mcm blur2 bila kna lepuk. dh t'biasa agknya. hehe...




p/s : b'day mak nk suh ayah support plk kek. boy and adik dh abis kering duit. huhu...




11092009 ~ 2.50pm
rumah aku ~ ruang tamu-dpn tv

Friday, May 8, 2009

DOREMI ~~ eternity

apa itu DOREMI? adakah laksamana DOREMI? lagu DOREMI? eh, aku suka lagu DOREMI dalam sound of music. Doe a dear, a female dear... bestnya... minat gile cite tu. kalau korang xtgk lagi, aku recommendkn cite tu. cite lama, audrey hepburn b'lakon. cute, best... minat cite musucal mcm tu...

eh, b'balik kepada apa itu DOREMI... actually, DOREMI adalah geng aku... bestfriends aku since sekolah menengah. sampai kini. knp DOREMI? DOREMI actually initial nama2 kitorang... ok, go through this entry and u'll know what it is...



ini adalah Diana... dia memegang initial D dalam Doremi... aku sekelas dgn dia dari form1. mnja orangnya. and lawak.. mmg sempoi lh kawan dgn dia ni. skrg ni tgh study kt uitm shah alam. final sem dh. amik accountancy tak salah aku. dia minat apa ek? aku tny oja, dia pn xingt diana minat apa. oja kta diana minat makan angin. huhu... dlu time sekolah dia g umrah dgn family dia. then dia prnh g egypt. dia blikn aku bookmark. ada lg smpi skrg aku simpn. gmbr pompuan egyptian tu... ala2, mcm dlm cite mummy return tu...dlu time form1, kitorg pgl dia OTC (otak tak centre). then, mak dia mrh... kitorg start pgl diana blk.



ini Mahfuzah a.k.a Oja. dia memegang initial O dalam dOremi... kwn aku since aku drjah 1 smpilh sekarang. kitorg sekolah rendah same2. pegi SIGS same2... masuk TIJB same2... masuk KMJ same2... masuk UTM pn same2... lain kos jelh... dia ni dlu tembam, ms sekolah rendah rmbut pjg. org pnggil dia pontianak. hehe... sekarang ni dia final year amik kimia bioproses. dh nk grad dh... nnt jgn lupa duit raya aku okay. dgn dia ni, plg lame aku b'kwn selain rahiza. dia minat shah rukh khan masa sekolah dlu. tiap2 ari lagu hindustan. aku pn t'pngaruh sekali. slain tu, dia minat ziana zain. huhu... jgn mcm2. oja sekarang dh ada bf tau... fyi DOREMI : oja dh ada bf. sebarkn kpd rahiza di sana... hehe... jgn marah jah...


ini adalah Rahiza... memegang initial R dalam doRemi... aku knl dia pn seangkatan dgn oja. tp aku sekelas dgn dia dari drjah 1. oja strt darjah 4. dia skrg kt german, blaja mechanical engineering. sori guys... she's taken. tu yg latest aku tau. dia ni prahsia ckt. klu korang bc entri tagged aku before ni psl karipap sardin, dia ni lh mmber yg aku selalu rehat sama. sama2 pngawas time sekolah dlu. dia ni pndiam, prhsia. susah nk korek rhsia dari dia. hm... ramai peminat. time sekolah dulu ada sorg dak laki suka dia. setia woo... b'tahun2. tp skrg, dak laki tu dh ada gf dh pn. huhu... apa minat rahiza? entah ek... haha... sori e, nnt kite update lg if kite tau minat awk. hoho...


ini adalah Eliyana... haha... aku lh tu... so intial E, aku yg pegang dalam dorEmi... nk cite lg ke psl aku? aku seorg yg comel... cute... baik hati... aku minat biru... currently suka giraffe skrg... sape2 nk blikn aku adiah, yg ada giraffe2 ke, aku sukalh tu... hoho... mengarut sungguh... aku pn suka mkn. tomyam. yummy... cdpnya... cupcakes... hoho... yg maziah buat lh favourite aku. hehe... ~end






ini pulak, Mazni... so, initial M dalam doreMi, dia lh yg pegang... budak ni agk sengal. lawak dia slamba je... tapi kelakar gile. mmg xlarat lh nk gelak. ms sekolah dl, dia minat gile AC Mizal and Rosyam Nor... sekarang aku taktau pulak dia minat apa. tp dr status ym dia... mcm Fahrin Ahmad. btl x mazni? and aku rs, dia minat cermin mata hitam... coz dalam gmbr ym dia xtukar2 dr tahun lps gmbr dia pkai spek mata hitam smbil mndongak. haha... dia ni sorg je pompuan dlm family. mak dia pnggil dia GIRL ek?girl ke, gugurl? huhu...mak dia dlu aturkn dia kena pkai apa. smpi ada 1time, kitorg hangout sme2. mak dia suh pkai vest. then after kuar tu, dia bkk lh ltk tepi. skali nk b'gmbr, kelam kabut dia cari takut mak dia tgk gmbr tu dia xpkai vest. hehe... ah, dia ni sama kos dgn diana. final year jugak...


last but not least... tanpa dia DOREMI tak lengkap. ini pulak ialah Izaura, memegang I dalam doremI. anak polis ni... selalu pindah randah. then masa form 1, dia pindah masuk SIGS, sekelas dgn kitorang. tp alhamdulillah, smpi skrg dia tgl jb... dia ni pn uitm. kos apa aku xsure... sbb dia wt diploma dl then skrg kt shah alam jugak. so, diorg b'tiga suma kt shah alam. klu tak, dulu before rahiza fly pn, dia kt shah alam jugak. aku and oja je kt utm. hoho... adik bradik dia rmai, dia sulung. so tggjwb dia agk bsr pd family... hm, miss her so much. sbb dh lme gile xjmpa... kitorang eja nme dia ixora je sllunya... ni ixora okay, bkn exora proton tu. huh... aku xmenang, aku xsuka exora.



ni lah gambar kitorang b'enam bbrapa tahun lepas. sekarang ni nk kumpul semua payah sikit. ni kt plaza pelangi, sedap corner. kitorang ni kalau jumpa mmg havoc kedai tu. dahlah gelaknya segema. hehe... dulu masa kitorang abis PMR, kitorang g waterfront city kt bandar tu, mkn kenny rogers. mmg havoc lh. dahlah kdai2 situ lengang tp bila kitorang ada, mmg kecoh lh... dahlah oja byr hrga rm20 dgn duit rm1,rm1. time tu baru lps raya. mmg dasat lh nk mngira... hehe... we love to be with each other. klu jumpa sekarang, msti kitorang cite balik kisah2 yg t'jadi time sekolah. and cite bape byk kali pn, kitorang still gelak besar... antara insiden2 nya adalah :
  1. ms form 1, diana prnh mkn dalam kelas time cikgu ngajar... cikgu zaleha, ksygn dia tu... then cikgu tu tgur, diana awk mkn ke? dia ni jnis kelam kabut ckt... kelam kabut dia bgn and jwb, sy lapar sikit lh cikgu... haha... time tu mmg xleh blah muka dia. mcm sian je tgk muka dia. tp pdhal time after rehat tu... huhu
  2. aku tak ingt ari apa... aku sesi petang time tu okay. ari jumat kot, after rehat adalh subjek BM, cikgu zaleha lh cikgu kitorg. then abis BM, ialah PJK. kitorg dulu mmg suka pjk. smgt lh nk turun cpt2 tapi arhn, kna tukar bj wktu pjk. tp aku smgt t'lbh, dh pkai sluar dlu and kain sekolah dh bukak. kiranya aku pkai seluar pjk and bj kurung sekolah lh... then cikgu zaleha nmpk. dia tny, knp awk dah tukar seluar pjk dh? aku time tu blur2, aku pn jwb... mahfuzah pn pkai cikgu... huhu...
  3. ah, ingt tak tagged roy yg aku nk amik wuduk jth tepi tangki tu? kawan yg aku tarik tu rahiza. huhu... yg tolak aku tu, izzati... aku dh xrpt dgn dia dh. oja t'slmt time tu sbb dia dh naik (dia org prtama amik wuduk, then izzati, then rahiza baru aku). so, aku lh mgsa keadaan. blk2 kelas dh lmbt. kelas geografi dh strt. cik endong mrh kitorg bising kt blkg coz aku mmbebel baju aku kotor.
  4. ms kitorang form 3, kitorang wat hari rabu as hari piknik. sesi petang jugak time tu. so, stiap ari rabu, masg2 akan bwk mknn. oja duty dia bwk pepsi and cawan. dia nk bwk pepsi sbb dia suka pepsi. org lain universal. rilek je... kitorg piknik dpn lab sains dak2 form 1. sesi rehat form 3 and form 1 berbeza. diorg rehat dlu baru dak2 form 3. so, ms kitorang piknik tu, dak2 form 1 tgk jelah kitorang makan dgn nikmatnya... lg2 mazni bawak roti jala and kari. tp pinggan xde. dia bwk daun pisg. so, kitorg b'pinggankn daun pisg lh... mmg syoklh time tu. b'bual, mkn2, gelak2. then cikgu sains tu, cik norlida kuar marah kitorang bisg. oja baik dgn cikgu tu, ajk dia mkn skali. hehe... dia xjoin pn. tp dia bebel2 jelh. huhuhu...
  5. sllunya aftr makan byk2, mmg suma org b'sndar lh... tapi aku mmg xleh lupa 1 insiden ni... oja duduk dalam kelas dpn aku. dia b'sndar kekenyangn... nnt dia ckp... aduh, knygnya... nk pecah kain... adoi2... argh... lega... (lega tu after dia bkk kancing kain sekolah tu). biasalah mcm laki pkai belt, perut knyg sgt then bkk belt tu mst rs lega... tp aku xleh lupa ayt dia yg kain nk pecah tu...
  6. ha, ada 1 lg... oja mrjuk time tu... knp tau dia mrajuk? ari jumat, mentara tgu nk b'atur, kitorg zohor kt kelas. biasalh... bkk tudg, stokin kasut suma lepak2. then mazni sorokkan stokin si oja ni... aku serius tak perasan. kitorang still borak2. tentang apa entah. oja dh bebel2 mane stokin dia. tapi aku tak tumpu prhatian kt dia, trus jugak b'bual. skali dah kul 2pm nk g b'atur lh... aku pun siap2 tp tb2 aku tgk oja dok diam je. aku pgl lh, jah, cptlh nk g b'atur... then dia angkat muka... peh, mcm pnhn mata dia mmanah aku. gile mrh oja time tu. aku tnylh knp... dia tak jwb... skali mazni b'lari2... oja, sori... (mazni nk sorokkan kejap je tp dek krn leka b'bual, dia lupa dia sorokkn. time oja dh mnyinga baru dia t'ingt. huhu... ). beberapa ari jgk oja mrjuk... ko lh ni mazni. huhu...

itu sahajalh srba sdikit ttg DOREMI... ni pulak frame yg kitorang buat utk bg rahiza before dia fly ke german. hopefully dia still simpan frame ni... gambar ni kngn kita bersama. lame rahiza tak balik... hopefully nnt kita leh b'kumpul b'enam lagi. t'masuk izaura...


















08052009 ~ 4.55pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Wednesday, May 6, 2009

tagged dari ROY... 1 dulu

ini dia tagged yg aku simpn. pmbrian roy. aku sje buat2 taktau. konon2 tagged tu bkn utk aku. tp, boring pulak pagi2 ni. buat jelh apa yang aku rsa nk buat.


peringatan : maklumat dalam tagged ini di buat ketika aku baru bangun tido. jadi mungkin ada fakta yang t'silap. huhu...


1) Nyatakan siapakah yang telah mengetag anda!

INCIK ROY... muhammad azrul azam... sy tidak tahu bin apa... dia kini sudah pulg ke kg halaman mungkin krn dia akan mnjalani LI xlama lg...

2) Letakkan gambar anda zaman kanak-kanak yang paling anda suka... Sebanyak yang anda suka, dan nyatakan umur anda di dalam foto itu

ini gambar aku ms tadika dengan adik aku. (mintak maaf krn tidak mnutup aurat... huhu...). ni aku ingt aku ponteng tadika sbb nk pegi tgk abg aku hari sukan kt sekolah dia... ni bkn gmbr scan. aku tgkp gmbr gn hp blk then trnsfer ke komp. hehe... aku xde scanner. maafkn sy...

ni pulak gambar aku time f5. ada gmbr time f4 tp kcik sgt. ni aku grab dr pager frenster kwn aku. tahu tak aku yang mane 1? carilah sndri... ni gambar kt melaka kalau tak salah aku. rombongan sekolah stay kt tempat ni. no bilik dia suma ikan2... aku dpt ikan tamban. haha... ikan siakap yg mahal2 tu konon mcm bilk vip. mahal sikit lh biliknya... bilik aku bilik murah jelh...

3) Senaraikan 5 kejadian menarik untuk dikongsikan sewaktu anda kecil (kemalangan, perkara memalukan dan sebagainya)
  • aku ni jnis yg brani actually dari kecik. yelah, b'kwn dgn abang. abang kn ganas. so, mmg agak brani lh dulu... time nk masuk tadika tu, aku brani. serius. mak ada jgk jek2 konon nanti aku nangis. aku mcm b'azam lh taknak nangis (ceh, betul ke tak ni? rsnya mcm betul). aku masuk tadika, pndftran mcm biasalah... sekali 1st day aku tengok bbrapa org nngs. aku tgk je. skali esoknya, aku taknak pegi tadika. aku pulak yg nangis2. huhu... lame jugak aku nngis. ada lh sbulan dua. mak aku kerja dekat2 je dgn tadika aku. so wktu kerja nnti dia datang jalan kaki tengok aku dari tingkap blkg (tingkap tu mcm grill je. so mmg nmpk lh org kt luar) aku plk klu nmpk mak aku, aku pegi blkg pegang tgn mak aku smbil nngs2... fyi, mak aku pregnant time tu. haha... aku ni mmg mnyusahkan dia. then aku ingt kna tukar kelas sbb aku br 5thn, kls yg aku duduk tu kls 6thn. tp nth knp, msk kls 5thn, aku dh brani. b'bual2 dgn mmbr aku smpi kna denda b'diri ats kerusi. b'diri tu pn aku still leh b'bual. haha... dasat...
  • masa aku sekolah rendah pulak, aku ni agk samseng... aku dh biasa sgt dgn sekolah tu sebab mak aku kerja situ. so, aku dh knl sgt selok belok sekolah tu. so, tahap kesamsengan pn b'tambah. aku berani nk gaduh dgn dak2 drjh 5 atau 6. hehe... ayt aku mmg takleh blah "awk tau tak mak saya sape? mak saya kje sini tau..." time tu saya awk eh. tak kenal lg perkataan aku kau. tp biasalah budak2, dgr mak aku dkt je, trus takut. ha, tu lg lah mningkatkn tahap kesamsengan aku... huhu...
  • aku sgt suka karipap sardin... dulu, kini, akan datang... selamanya kot... masa darjah 5, aku pngawas dgn kwn aku sorang ni. so, bila jadi pngawas, kitorang di benarkan rehat 10minit awal dari budak2 biasa. sebab masa dak2 rehat, kitorg kena b'tugas pulak. so, bila dh rehat awal tu, privilege kat kitorg lh... makanan panas2. huhu... aku plk, suka gile karipap sardin. lagilah makcik kantin tu punya karipap serius sedap. makcik kantin aku ni kalau karipap sardin mmg dia wat sikit je. taktau knp... so, aku sure bli rm1 atau rm2... 3biji atau 6biji trus. mmg aku sllunya beli 2biji je. kiranya bila aku and mmber aku beli, karipap sardin pun abis. nnt datanglh member aku pngawas lagi sorang, "ah!! karipap sardin dah abis?? nurul, ko lh ni makan banyak" aku jwb, " sape suruh ko lambat" and trus jalan mninggalkan dia. huhu..
  • masa masuk f1, aku geng b'empat. sbb kitorang dari sekolah rendah yg sama. g mane2 msti b'empat. then ada 1time ni, nk g amik air wuduk kt tngki bawah. sebab toilet takde air. lecak tepi2 tangki tu sbb baru lps hujan. kitorg mcm kna mniti jalan simen yang smpit utk pegi pili air. jalan simen tu mcm muat 2orang jalan je lh... bl turn aku nk amik wuduk, aku jalan, kawan aku tgh jln nk patah balik ke kasut (dia dh sudah amik wuduk). then konon nk gurau, dia siku aku. aku ni tgh xstabil, jatuh dalam lopak. smbil nk jatuh tu, aku tarik kawan aku yg tgh cngkung amik wuduk. same2 jatuh. bengang betul time tu. aish... abis bj aku. kwn yg aku tarik skali tu tmbhlh bengang. tak pasal2 dia kna jugak.
  • masa f4 and f5, tak banyak insiden menariklh bagi aku utk cite kt korg. bg aku mnarik, bg korg rsnya tak kot... huhu... tp ktika f4 lh aku jmp gerekku. huhu... dia suka sgt nk b'bual dgn aku. korg tau johor ada sekolah agama kn? thp t'tggi sekolah agama adalah drjah khas. so majoriti kls aku amik drjh khas. masa f4 tu, kuar result drjh khas, lulus atau tak, dpt pgkt brape... mcm spm dlu2. pgkt 1 dia agregat smpi 23. kwn aku yg hndal2 suma 16, 13, yg teror2 lh... then gerek aku dtg tny aku dpt bape. aku suh dia jwb dlu. dia dapat 22. aku gelak gile. gelak yg mybe smpi dia pk aku hina result dia gitu... gelak yg kekek2 gelak ni. mmg dasat lh aku gelak. tp, bkn sbb hina dia... aku gelak sbb aku dapat 23. dia 22. so aku ada geng lh. hehe... sipi tu 23. klu aku dpt 24, dh pgkt 2 dh. hehe...
4) Apa nama panggilan anda sewaktu kecil...
hmm... yuyu... sori ayu, aku bkn pgl ko... tp mmg ms kcik, pggilan aku yuyu... sbb abg aku pelat, dia nk pgl nurul tp jadi nuyu... last2 jd lh yuyu... kwn2 masa kcik suma pgl yuyu... tp mkin lupus dh nama tu. tp aritu tb2 adik sdara aku ym aku, kak yuyu... wah... t'sentap aku. udah lama nama itu aku tak dengari... he... family aku pgl aku adik. smpi skrg. sbb myb nk dapat adik aku tu lmbat. so 5 tahun aku hidup dgn "abang dan adik". bila adik aku kuar, t'ciptalh "boy"... ms sekolah rendah, diorang pgl aku nurul... masuk sekolah menengah, eliyana... masuk mtrix jd yana je... masuk utk, aku create sndri, yanna.

5) Tag 10 kawan blog anda... Pastikan mereka jawab!!!
malaslah... soaln2 ni aku rs payah gile nk jwb. makan masa tu... huhu... rules are made to be broken.



akhirnya... hampir sejam jugak aku perah otak pikir insiden kjadian yg mnarik untuk dicerita. pning aku. kalau tak menarik, biarlah... hidup aku mmg dull... hm... uhuk2...





06052009 ~ 11.26am
bilik aku ~ u7a-903

Tuesday, May 5, 2009

1 more to go~~

ah, akhirnya... countdown yg aku kira down jugak akhirnya... hari ini, 5mei2009, adalah paper t'akhirku... ketika aku sdg mnaip entri ini, aku belum lagi mnduduki exam tu sbb exam aku petang (2.30pm, KTF)... aku dh slsai mmbaca. tapi biasalh... bkn 100% masuk. hm... knp lh aku kna amik subjek komputer... bukan diaplikasikan dalam mngajar pn... tp, terima jelh... xrugi belaja juz takut sia2 blaja je... phm tak mksd ayt aku td? takpelh, abaikn... aku ni mmg byk rungutn. slalu je mrungut psl semua. so, tak pentinglh ye...

subject : PROGRAMMING II (VISUAL BASIC)
time : 2.30pm - 4.30pm
venue : KTF

so, kwn2, doakn aku yek... dh tak larat lh sem ni nk study lagi. stress benar2. tapi, abis exam pn, aku takleh balik rumah lagi... ats arahan bos besar sy (cik siti hasmah), sy kena stay di bilik kelab utk siapkan poster... malam ni kita trus discuss lh ek as... cepat siap, cepat kita semua boleh balik. aku bkn apa... aras aku ni, aku sorg2... wawawa... aku takut...

ok, ganbarimasu yanna... abis exam pegi b'gambar dgn dak2 kelab... nk bawak kamera tak? takut pulak, klu bawak, byk sgt kamera, kang taktau mata nak pandang mane plk kang. hehe... nk g tgk wayang lh... dh lme sgt tak jejakkn kaki ke panggung. he... nk ajk gerek, agk2 dia nk tak?

ok guys, wish me luck...



05052009 ~ 11.48am
bilik aku ~ u7a-903

Saturday, May 2, 2009

family aku y'all....

entri kali ini ada betul2 ttg family aku... before ni aku asyk cite pasal aku... gerekku... teman2ku... apa yg telah aku lakukn... tapi takde betul2 ttg family ku... gmbr mak ayah aku ada tapi aku tak cite pape pun ttg diorang. ha, ni baru nk cite ni. baik... inilah dia...


EN. MOHD YAZED BIN HJ A RAHMAN & PUAN NORZAKIAH BINTI YUSOFF
ni mak and ayah aku... gambar ni masa kitorg gi langkawi. ada lah dalam 2 tahun lepas. diena baru 6 bulan time tu... hm, ayah aku ni jenis cool, sentimental. everything slow je dia buat. bawak keta lagilah... g kl, klu tak cecah 5jam memang still n9 lagilah... hehe... mak aku jenis workaholic. ayah aku pn tapi mak aku lagi dasat. kalau tak cecah maghrib takkan nampak muka dia kat rumah. lagilah after jiran kesayangan kitorg pindah, lagi dasat lh dia bekerja. kalau tak, petang2 tu blk awl jugaklh lepak2 dgn jiran. hehe...

MOHD EZYLIN BIN MOHD YAZED

ni abg ku. mkin aku bsr mkin rmai kata name abgku mcm pompuan. hm... no comment. makayah aku suka. biarlah. umur dia 26 tahun. jnis kasar but sensitif. dia ni kesayangan mak aku. aku and adik aku pn kesayangan jgk tapi dia ni mak macam bawah ketiak mak aku lah... hm, apa lagi nk story? byk gf (aku xtau knp diorg nk kt dia ni, bpk aku pn same pning. haha...) suka cadbury black forest. so, mak aku beli choc utk aku, sure akan bli black forest utk dia even kna letak dlm peti sjuk 1 tahun. seyes... aku tak tipu.


AMIR RIDHWAN BIN MOHD YAZED

ni adik aku... dia tgh korek tlinga. aku sje pilh gmbr ni nk tunjukkn pd korang, adik aku tggi... ala2 KJ g2... tp sori KJ, adik aku kurus. hehe... slim and slender. dia ni dh abis spm, tgh tunggu nk masuk U. dia dpt mtrx tapi xmo pegi sebab kakak dia punya result time mtrx truk gile. so, dia taknak mnjejaki langkah kakak dia. haha... spm adik aku bgs. gempaq lah. tak sngka dalam sengal2 dia study tu leh dpt straight A's. (tak semualh A1). aku amat t'peranjat coz aku tgk macamane dia study. aku tiap2 hari tgk dia blaja. ingatkn takleh lawan result aku. rupanya... makin disayangi lah adik aku ni. huhu... ni dia dapat banyak duitlh... aku nak pau, dia blanja aku apa je? topup pn kedekut. huh!! ni dia dapat upu uitm kos account. tak dapatlh aku nk hantar kalau aku dpt jd agent MHS. hm...




ini sahaja ttg family aku; mak and ayah aku, abang aku, adik aku... aku 3 beradik je. aku tengah2 pompuan sorg. so, aku pn kesayangan jugaklh... gerek ckp, hidup aku senang. dari kecik aku dapat semua yg aku nak. tp aku rs hidup aku simple. aku tak demand bnda yg mahal2 yg mak ayah aku tak boleh beli (selalunya aku ajak makan je... gajet2 takdelh). ha, belum abis, aku nk cite makcik and nenek aku pulak...



ZURINA BINTI YUSOFF

ni makcik aku a.k.a cikna... adik kepada mak aku. dia jaga aku dari kecik. after spm, dia trus datang jb, stay dgn family aku. time tu umur aku bape yek? aku belum lahir agaknya... abang aku kecik lagi kot. ha, betul2, aku dh kira balik dh... dia dtg jb masa aku belum lahir. umur abg aku 2 tahun. so, dia jaga aku dari kecik bila mak aku g keje. dia start bekerja masa aku dh leh pikir kot. so, aku memang rapat dgn dia ni. sekarang dia kje pasir gudang. so, weekend nanti dia datang (if aku ada kt rumah. kalau aku takde, dia tak balik jb. haha... nmpk x kpntingan aku di cni?) so, i love her so much... sgt pndai memasak. passion dia... dari timur, smpai western, no hal lh... aku nk suh dia masak meatball mother's day ni. adik aku ckp carbonara plk... dipersimpangan dilema....



MERIAM BINTI YAACOBni nenek aku... gambar ni masa raya tahun lepas kt rumah aku. di sebabkan nenek aku stay dgn kitorg, so, raya diadakan di rumah aku. aku suka raya jb. he... kurg gemar blk kg. entah knp... nenek aku ni selalu stay dengan kitorang. hm, i don't know why... cousins aku pernah cakap, nenek aku sayang lebih kt kitorang 3 beradik. aku mentioned benda ni kat nenek aku. dia nangis tau... dia kata dia tak pernah nak bias2 ni. huhu... semua sama rata... cian nenek aku...





ha, dah b'akhir pasal makcik and nenek aku... nk cite pasal sape lagi? takkan suma makcik2 and pakcik aku kot... xcukup 10pages oi... huhu... aku nak cite pasal abg jan and kak anne pulak. sekali dengan ank2 mereka...


IEZAL BIN SUKIMAN & NORIZAN BTE ZAINAL


siapakh mereka ini? sebenarnya... mereka takde pertalian darah dengan aku. family abg jan adalah jiran kitorg. ingat tak td aku mentioned jiran kesayangan kitorg? inilah dia... (ops, ini anknya... diorg 1family tgl sebelah rumah aku dlu). then tahun 2007, ayah abg jan (aku panggil uncle man) pencen... so, diorg pindah ke kg halaman; penang... uhuk2... sdih sgt. diorg jelah jiran yg rapat dgn kitorg. tapi abg jan and kak anne stay jb sebab diorang keje jb... gambar ni masa g langkawi dlu jgk (seangkatan gambar parents aku ats tuh). inilah diena masa umur 6 bulan... bulat and kurang rambut. he... sekarang rambutnya udah panjang. tapi aritu abg jan call tunjuk diena potg rambut sudah... bulat jd pipi dia. he... ah, lupa nk mentioned, kitorang rapat smpai aku rs dh jd mcm family... sebab tulh, diena and aqiel ank sedara aku. (sape argue mmg saje crik pasal). ha, favourite dia 2org ni, mak aku punya nasi goreng sardin. hehe... even knyg still leh tambah tu...


IRDIENA ALIA BT IEZAL & AQIEL ILHAM BIN IEZAL














tadaa... inilah dia dua orang anak buah ku t'sayang... dalam entri before ni aku ada tunjuk gambar diorang berdua. he... diena ni hyperactive sikit. lg2 bila mood dia ok. hui, tak larat melayan. suka tengok fish, konon2 bg fish makan. aku tak larat, aku pgl bey... (adik aku, aku pgl boy. tp entah knp diena ni dari dia start leh b'ckp, dia pgl adik aku bey). diena ni mmg t'lebih suka kt bey. so, if aku suh dia main dgn bey, dia amtlah suka. hehe... adik aku plk xpndai lyn dak kcik sgt. hehe... kelakar. adik dia plk, hari ini (2mei2009) genap umurnya 4 bulan... dia lahir 2jan2009. diena pulak 4jan2007. so, gap antara dia sipi2 je 2tahun. tahun depan kena beli 2 hadiah ni... aritu b'day diena 2 tahun, aku share dgn boy beli doodle. suka gile dak kcik tu asyik melukis je. smpai 12am pun tak tido2, nk mlukis... hehe... geram. ha, aqiel ni muka garg tau. tp entah knp bila nk tgkp pic ni, tb2 dia snyum. wah... cpt2 aku snap. 1 je ni tau gambar yg dia snyum aku ada. hehe... keletah and suka berbual. tak sabar nk tgu dia besar. pning lh abg jan melayan. hehe...



so, itu sahaja yg aku nk cite kn ttg family aku... ada byk sebenarnya... tapi kang pnjg plk entri kali ni. hehe... lainkali aku cite lagi orait? till next time...




02052009 ~ 7.35pm
bilk aku ~ u7a-903

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com