hai2 korang... hari ni dah hari jumaat... jawapan posting tak keluar lagi. takpe, aku pun dah okay2, takdelah tertunggu2. just i know it is just around the corner. so... aku nak enjoy living jobless ni to the max. haha... bangun lambat, tengok tv. doing nothing sampai tension. haha... boleh tidur bila2 nak... oh syoknya... tapi tak best sebab takde duit. kikiki... syukur2... aku rasa syukur sangat sebab Allah dah sediakan perjalanan yang mudah untuk aku. yelah, bila nanti nak start kerja, pening pikir pasal transport pulak. rumah dah jauh ni. dulu senang je. hmm... tapi syukur2... thank you sayang.
okay2, hari ni aku nak bercerita pasal tugas menjaga rumah jiran. as i mentioned in previous entry, bapak dia kan meninggal isnin tu. so kitorang kena jaga rumah dia. pasang, tutup lampu. plus... kena jaga 5 ekor hamster. huhu... ni yang lemah ni. aku mane pernah jaga. mula2 dia nak bawak hamster2 tu balik kampung, aku dah lega dah. but then tak jadi... adoi... camne nak cuci sangkar semua. mane aku reti. so... bodoh sombong... aku jaga suka hati aku je. cara aku. haha...
ada 5 ekor hamster semuanya... sekor besar gemok diasingkan dalam sangkar lain. size normal dalam satu sangkar yang besar sikit. haha... and selama 4 hari ni, aku masih lagi tak sanggup untuk mencuci sangkarnya... adoi, geli. kembang tekak. sorry... saya bukan orang yang pandai menjaga2 binatang ni.

tapi seronok jugak tengok keletah2 binatang2 ni. diorang if lapar macam agresif sikit. panjat2 sangkar main2 depan aku. then bila aku nak letak makanan dalam mangkuk diorang, ada beberapa nak panjat keluar. aku ketuk dengan sudu. haha... nak pegang geli. eh, aku tak ketuk ya. aku tolak muka diorang dengan sudu tu sampai diorang panjat turun balik. haha... then, ada beberapa hamster hitam ni macam anti dengan hamster putih. suka main berebut2 nak makan ke... minum ke... mulalah buat2 bunyi tikus kan. so... aku menambahkan dengki. aku bawak lari muncung air tu. haha... then semalam masa aku bagi makanan kat diorang. aku letak dalam magkuk kan. diorang berebut2 nak makan. ada sekor ni ngada2 dia sengajar baring dalam mangkuk tu tak bagi yang lain makan. haha... cute pulak kan?
walau apapun... aku belum terbuka hati lagi untuk membela binatang. haha... cukup lah serik cingmok sekor tu dulu. susah nak cari kucing macam dia. bijak, manja, suka nak berbual and main tenung2. suka buat aksi2 kelakar, tidur terlentang, tidur ngigau sampai terkencing. haha... really miss that cat. nantilah nak bela kucing jugak. but not now. maybe when i have my own house. haha...
p/s (i) : bilalah jiran aku nak balik ni... petang2 kena bukak lampu dan bagi makan hamster. pagi2 tutup lampu. memang tak susah. tapi tak tahu... sebab maybe belum rapat kan. so kurang selesa nak masuk2 rumah orang.
p/s (ii) : masuk kerja ni dapat 2 benda baru. shoes and car! yeay! macam dulu masa masuk sekolah dapat kasut sekolah and beg baru. semangat sikit nak kerja kan. hehe...
p/s (iii) : weekend ni macam busy je... cikna balik tak eh? yayang, u jangan balik okay!
p/s (iv) : kasihan adikku... terperangkap dengan msg2 tipu. tapi rasa kelakar jugak. hehehe....
21012011 ~ 3.17pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv
we were made for each other...
EVERYTHING ABOUT YANNA
Friday, January 21, 2011
petsitting ~ hamster
Sunday, August 8, 2010
interview KPM GSTS...
hello2, hari ni baru aku dapat update pasal hari interview aku tu. tarikhnya ialah 4ogos2010, hari rabu bertempat di SMK Mohd Khalid, JB. dekat area2 hutan bandar tu... hui, punyalah gabra. yelah, aku ni kalau bab presentation dengan interview memang foul. dari dulu lagi. huhu... apakan daya, kelemahan masing2 kan. oh seram... malam tu aku nyenyak je tidur. hehe... but terngigau2 dengan notes yang aku baca untuk interview tu... hoho...
hari rabu, patutnya cik hapisang teman but dek kerana dia sudah mulai mengajar, terpaksalah aku pergi seorang2. bapak aku hantar ye. he... tengok muka masing2 semua aku tak kenal. then bergerak ke tepi dewan, oh akhirnya... ada jugak yang aku kenal. sama panel interview pulak tu. so, after ujian INSAK, terus ke bilik interview. kitorang masuk dewan INSAK awal2 sebab cik hapisang dah pesan, paper dia tak cukup. so kena buat beberapa sesi.
masuk bilik interview, dah ada beberapa orang. berbual sikit dengan Rad, budak UTM yang ada. then masuk lagi beberapa orang budak UTM. borak2 jadi kecoh pulak. then interviewer sampai, bapak kawan aku rupanya. hoho... orang pertama masuk, after dia keluar, mulalah yang kat luar tu tanya2 soalan. hm, biasa2 aje soalannya. then ada pasal 1Malaysia. hoho... aku tak tahu apa2. eh, lupa nak cakap, aku orang ke-11. so becok jugaklah mulut aku berbual2. jauh lagi kan. sekali dah tiba orang ke-8, mula jadi penyenyap sikit. huhu... ni keadaan masa awal2 sebelum semua calon gasak berbual walaupun tak kenal. huhu... nampak baik je semua orang. bakal guru kan... =)
my turn, nauzubillah, tak reti aku perkenalkan diri dalam BM. tunggang terbalik ayat aku. terojak sikit ayat. adei... soalan dia, pasal 1Malaysia. huhu... nasib aku study kejap kat luar tadi. then pasal nak buat P&P BI menarik dalam kelas. then untuk pelajar lemah macam mane. then P&P luar kelas macamane pulak. fuh, aku boleh jawab. tibalah saat dia keluarkan duit rm10. "Siapakah lelaki di dalam duit ini?" hadoi... since soalan tu, soalan2 kemudian dia aku jawab dengan penuh tidak yakin. oh... bila tercalar sikit, aku remukkan keseluruhannya. uhuk2...
balik ayah ambil, pergi lunch then after piza habis sekolah, aku pergi fetch dia dan menderu ke Taman U. konon nak celebrate habis interview. mula2 nak pergi SB di Setia Tropika je. tapi masing2 tak tahu jalan. hehe... drive thru SB. negeri mane lagi ada SB drive thru? oh, bangga dengan johor. huhu... saje masih emo dengan kes Famous Amos tu. cik hapisang dengan hot caramel latte dia. warm je. cedap! gaya seorang guru. nasib baik tak pakai nametag. hehe...
cik yanna with both hot caramel latte and ice blended choc cream chip! oh, budak baru tu kurang pandai seperti azim. masih merindui azim yang buat air kami dengan penuh kasih sayang (cik hapisang yang kata) hoho...
then, minah tu teringin ayam penyet pulak. ambil incik firdaus yang sedang melanjutkan masternya. increase sikit ke'hot'annya tu. huhu... tersipu2 dia bila kitorang hon dia dari jauh. haha... gaya yang pelik. dengan seluar senteng, kasut............. apa ek nak describe pasal kasut dia. huhu... nak tangkap gambar ni dia suruh hold jap. nak betulkan rambut. haha...
di sini, telah berlaku kejadian magis, magikal dan fantasi yang tidak tercapai oleh akal. tak sangka, kawan aku pandai bersilap mata. huhu... terkelu sebentar sambil meneruskan kunyahan ayam penyet+sambal pedas yang sedap+nasi putih+sup. kemudian, incik firdaus mengeluarkan ayat2 penyata yang tidak disangka2 sampai meleleh2 air mata kami. hoho... sampai tak habis makan kitorang. kawan2 saya yang amat kelakar.
picture of the day. ketika cik hapisang datang mengambil aiskrim gorengnya semalam. terkujat lagi i dibuatnya. cik hapisang kini sangat pandai memeranjatkan orang. hehe...
p/s (i) : nak keluar pukul berapa pulak hari ni? oh, tunggu ajelah... perut dah berkeroncong hebat ni. teringinnya pizza hut!
p/s (ii) : hari rabu sudah berpuasa. gerek balik tak? boy balik tak? cikna balik tak? abang balik tak? oh... tolonglah balik. i'm bored to death!
p/s (iii) : kenapa aku sekarang ni asyik nak naik angin je... hai Ya Allah, jauhkan aku dari perasaan2 yang tidak baik. lindungilah keluarga ku dari anasir2 jahat. amin...
08082010 ~ 4.31pm
rumah aku ~ bilik boy
Thursday, October 29, 2009
hari kurang bernasib baikku... uhuk... =(
semalam... punyalah semangat ber'aerobik'. serius macam dah lama tak pergi aerobik. balik exam 4.30pm tu terus ready2 nak pergi. padahal aerobik pukul 5.30pm. hehe... piza pun sampai bilik aku awal. memang semua dalam mode aerobik lah. dr.faizah pun ber'ia2 ajak kitorang. lagilah aku semangat sebab dah tak takut pasal psm. hehe...
ni pulak piza yang excited terlebeh ber'bollyrobik'. hehe...
balik dari aerobik, lapar... pergi k11 cari makanan. beli kuew teow wantan. budak2 ni pergi cerita kat abang wantan tu... habis dia haruk aku. dia kata, "mane kepala kena hantuk bola ni..." geramnnya aku! at the end, aku tak makan pun wantan tu. tak sedap! masak megi ayam. lagi best!!
p/s : petang ni ber'aerobik' lg. amy sudah jatuh cintan dengan instructor tu. lalalala~~
29102009 ~ 3.41pm
bilik aku ~ g17-217
Sunday, June 7, 2009
puasa ~~ t'minum ~~ batal tak??
huhu... dengar tajuk pun dh tau kn aku nk cite pasal puasa. hari ni, adik aku puasa ganti. adik aku lelaki okay. aku ada sorang je adik lelaki. itulah satu2nya, tak ada duanya (aku phrase org ckp ni, agk geli pulak bila membaca). masa Ramadhan hari tu, adik aku masuk hospital, operation. operation bisul. haha... 4 hari dalam wad tu... korang jangan main2. bisul pun masuk wad tau. sebab dia tumbuh kt tempat yg sama kali ketiga. so, doctor sarankan operate utk buang akar2 suma. di mana bisul tu tumbuh? *&^$(@&$W (di sensor kerana terlalu sensitif) wawawa... korang pk apa? huhu...
okay, dia tak puasa 4 hari. so kenalah ganti. aku ni dh berhadapan dengan lelaki yang memang payah nk puasa selain bulan Ramadhan. pertama, ayah aku. sori yah, termentioned ayah pulak kt sini. kedua, gerek aku. sori yang... i saje je nk mentioned name u. dia ni lagilh. puasa sunat pun beria2 ajak aku sahur. kwn2 aku rilek je puasa ganti and sunat. kalau dh namanya laki... selain Ramadhan, memang payah nk puasa. ketiga ni, adik aku... haha... mcm pokok tak kena siram 2 hari.
dia bangun pukul 12pm lebih. mak aku start membebel baru dia bangun. tu pun muka monyok je. aku pk dia nak tantrum suma barg2 dh. aku makan kt dapur, dia masuk tengok. aku halau keluar. aku dalam bilik, dia pun dalam bilik. dia main komputer, aku baca novel. before tu, dia mengaji, ustaz tiba2 muncul. haha... lepas mak ayah aku pergi kenduri kawin belakang rumah, tinggal lah kitorang berdua kat rumah. dia main komputer dalam bilik aku. then dia kuar bilik pergi mane ntah... then tiba2 dia jerit...
"apa dia boy?"
"bejhdjgsgahjodafiubsfk" ni konon2 dia babbling apa bnda nth kat luar tu, aku tak dengar.
"apa dia?? tak dengar lah!!!"
"boy terminum air..."
"hahahahahaha...."
"batal tak?"
"ntah, mane akak tau..."
"tepon ayah tanya..."
"ayah dah nak balik dah... nanti tanya lh sendiri" aku dh bape kali tergelak. ni lah salah satu akibat bila orang tu tak biasa puasa selain bulan Ramadhan. haha...
"padanlah boy rasa lega je minum air tadi..." hahaha... lagi gile aku gelak... adikku, adikku... inilah adik aku. satu2nya adik aku. tak ada duanya. (ni aku phrase cakap org. geli pulak bila baca even dah baca banyak kali).inilah dia gambar adik aku yang sengal. dahlah lupa pakai seatbelt masa test jpj. benda paling basic pun boleh lupa. tapi sticker 'P' untuk kereta dah beli dah. 1 keta ayh aku, 1 keta mak. haha... badi agaknya beli awal2. hm... memang tak leh blah betul tak pakai seatbelt. nak kata dia gabra... adik aku ni pernah gabra ke? payah2... mintak2 2kali jelah dia test jpj. kang nak sambung belajar susah takde lesen lagi. ntah bila nak amik lesen kang...
p/s : bulan Ramadhan dah semakin mendekat. sesape yang belum ganti, baik ganti cepat. and sesape yang dah lama tak puasa, insaf2 lh yek. bukan aku taktau realiti dunia sekarang ni... jangan di cabar RUKUN ISLAM. (islam ke iman ek?? ha, jangan di cabar RUKUN ISLAM dan RUKUN IMAN). okay tak?
p/s (ii) : malam ni aku nk pergi tengok wayang lagi. kali ni dengan abg and gf dia. syok tak agak2? hm... orang belanja, seronoklh tu agaknya... wah... nk popcorn. cedapnya...
07062009 ~ 8.09pm
rumah aku ~ bilik aku
Tuesday, February 24, 2009
saya nk menang!!!
kelas aku hari ni ada 3 subjek. lab VB, socio and research method. tp research method batal. so sepatutnya abis kelas at 1pm. pukul 9am, lab VB. seperti biasa lh... instructor tu laju mcm bullet train. malah... lebih lajuuuuu......... then socio at 11am. awatlh Dr Fara tak sampai2. sekali nampak laki dia menuju ke mari... dalam hati aku b'kata,
"eh, betul ke dia take over back sociolinguistics? yes!!"
Dr Hassan masuk and mengajar sociolinguistics tanpa brief anything about Dr Fara. whether betul dia take over the class atau just ganti Dr Fara. after sejam dia membebel and mengajar, dia bg 2 questions. dia kata Dr Fara suruh buat. rupanya Dr Fara suruh dia inform kelas ttg 2 questions tu and hantar at the end of the class. tp di sebabkn dia suka membebel, dia mengajar kitorg and suruh kitorg hntr the assignments ari jumaat. huhu... kecewanya aku...
kitorg abis kelas kul 12pm. Dr Hassan bg keluar awal. dak2 ni prktis drama kt studio gerek. so eventhough aku takde part dalam prktis hari ni, t'paksa juga join... betapa murninya hati sy... huhu... praktis kul 2pm. so ajak gerek makan kt k11. mula2 taknak makan, nk minum je. tp biasalh... godaan saitan. makan jugaklh rm3.30... jumpa long... kebetulan. panjang umur dia...
L : weh, nanti aku kawin, korang datang tau...
Y : eh, salah tu... nanti kitorg kawin, ko datang tau...
G : aah, kitorg kena kawin dulu dari ko. ko baru setahun. bagilh kitorg yang dh 4 tahun lebih ni...
Y : betul2...
L : Eh, apasal pulak... tengoklah sape leh kumpul duit dulu.
Y : ha awk... kumpul duit betul2. kita kawin dulu. cabaran tu awk...
L : eh takleh kira macam tu... sape dapat anak dulu dia menang...
Y : ok2, awk, kita usaha tiap2 hari k. i nk menang!!
malunya aku.... mane nk sorok muka ni. klu ckp dgn mmber sndiri lain cite lh... ni dengan mmber gerek. laki pulak tu...................................... huhu......
aku malu...
24022009 - 8.12pm
bilik aku ~ u7a-903





