we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Friday, December 25, 2009

BOSTON, Jusco Bukit Indah

hah, bikin gempak je konon2 aku pergi Boston kan? hehe... actually Boston ni kedai makan kat Jusco Bukit Indah. last week aku ke sana jugak, makan kat Johnny's. masa keluar tu nampak restoran Boston. dalam hati, next time aku nak try. akhirnya... tercapai jugak hajat aku hari ni. he... lagi best sebab gerek ada... windunya...


sebut je Boston, terbayang lah orang2 putih dalam TV. macam cerita peguam dalam Boston Legal. pernah tengok tak? so, aku pun pikir, mesti makanan2 dia ala2 kebaratan lah. western food. memang ada western food dalam menu but restoran ni lebih kepada kopitiam. hehe... bikin gempak je nama. tertipu i you... tapi kerana mahu mencuba, masuk jugak. tapi keciwa... yang sofa semua ada pelanggan. aiseh... terpaksalah duduk di tengah2. environment dia pun best. waiters pun baik je. senyum and melayan.

ok, makanan kami... gerek : grilled chicken fillet with corn rice + ice cream soya milk... yanna : chicken fillet pineapple cheese baked rice + blueberry with lemon.


ok, dari 5 bintang, kitorang bagi 3 setengah. gerek bagi 3. aku up sikit sebab aku suka nasi aku. dia punya pun sedap tapi nasi dia kureng. chicken dia sedap. aku punya aku puas hati tapi biasalah cheese baked rice, muak. huhu... air aku paling best. gerek aku salah sebut, "sedaplah air blackberry you". amboi, mentang2 ada hajat nak pakai blackberry. belilah sepasang. hehe... gambar2 kami di sana. (aku tau aku hitam dan gerek semakin putih... aku tau tu... uhuk2)



dan lagi satu paling aku happy... gerek pun beli crocs. yeay! yang sama dengan aku. dia punya merah. sebab aku suka lelaki pakai merah, jadi dia pilih merah. aku punya putih. he... kami pakai sepasang. seronok. dia tak nak beli jibbitz. aku beli dua. ada qibby jugak. suka!





p/s (i) : esok, me and my family will be going to Pengerang. fishing day! yeay! (dengan nada penuh semangat memotivasikan diri supaya berseronok menunggu ikan makan umpan ayah dan adik aku... *sigh) tapi yang paling aku semangat, seafood!! yeay!! (ini bukan pura2 okay)

p/s (ii) : kepada pembaca According To Yanna yang menyambut Hari Natal... Merry Christmas and Happy Holiday.






25122009 ~ 10.39pm
rumah aku ~ bilik aku

Monday, December 21, 2009

rumah limas y'all!

okay, entri kali ni nak cerita pasal dinner aku dan family ke rumah limas. dulu, i mean awal tahun ni, tempat ni macam favourite tempat family gathering kitorang lah. sambut birthday adik aku kat sini. sambut keputusan SPM adik aku bagus pun kat sini. environment dia best. ada angklung, so macam happening lah. pemain angklung dia adalah orang yang main angklung dalam Kelab POP yang Reza AF tu conduct. dan ya, anda boleg request lagu suruh dia main. mak aku request lagu broery marantika. kikiki...


malam tu kami makan, fried beef kuew teow, mee goreng mamak, beef black pepper, cantonese kuew teow an kerang rebus. overall, aku tak suka. sebab makanan aku rasa pahit2 sebab hangit. masin pun ya. adik aku punya lagilah tak sedap. mak aku punya okay sikit. ayah aku pulak suka nasi dia. tapi... dia order fish black pepper. tiba2 datang beef black pepper. dan harganya, pricey for makanan macam tu. harga lebih kurang sedap corner but sedap corner ada quality control.



after that, jalan2 danga bay! first stop kat kedai2 area jalan tu. yang stall2... mak belikan aku selendang. cantik. rm10 aje. he... then, kami singgah ke ME World Collection. FYI : mawi dan ekin punya butik. mak aku biasalah, tengok tudung2 merelip tu dan jubah2. aku tengok kemeja. nice and harga dia pun okay jugaklah.

ini antara gambar2 dari hp ayah aku selaku cameraman malam tu. around festive street, danga bay.



















p/s : minggu ni gerek balik. bestnya... dan weekend ke Pengerang dengan family. jom seafood!







21122009 ~ 3.39pm
bilik aku ~ g17-217

Friday, December 18, 2009

swimming days~~

huh, setelah beberapa lama aku peram cerita ni baru hari ni nak update. tiba2 virus kemalasan melanda dengan hebatnya. huhu... jadi berbalik kepada tajuk entri, mestilah kali ni nak cerita pasal berenang. tapi takdelah banyak sangat. baru 2 hari. hehe... and dah agak lama terjadi. tak sempat nak update sahaja. busy sangat ke aku minggu ni? hehe... mungkin.


date : 12dec2009
venue : kolam renang MBJB, larkin
participants : yanna & amy

pada hari tersebut, amy ada kat rumah aku. dia balik JB awal and hari sabtu tu takde plan apa2. jadi, kami terus nak pergi berenang! kolam yang best. besar. walaupun ramai orang tapi okaylah... ada jugak ruangan untuk berenang sendirian. he... amy berenang dengan hebatnya. aku tak boleh ikut, dia pergi tempat dalam. takut... huhu...


ha, nampak x perenang sedang berenang dengan hebatnya? hu.. serius, sangat hebat. hehe...


_____________________________________________________________

date : 14dec2009
venue : pool taman U
participants : yanna, amy & piza

hari tersebut memang semangat lah nak pergi. nak kejar sebelum pukul 5pm, kang mahal pulak. so, kitorang gerak dalam pukul 3 lebih. panas terik tu. dalam semangat2 nak pergi, dah sampai sana baru sedar. AKU TAK BAWAK SWIMMING CAP AND GOGGLE. spoil mood. yelah, if tak pakai, tak boleh lah nk berenang. hm... macamane... akhirnya, aku nekad, nk berenang jugak. huhu...

piza : gilelah amy... hebat. kagum aku.... amy : hah, tengoklah kehebatan aku. dalam air pun boleh bercakap. (dialog ini hanya rekaan penulis sahaja)





p/s (i) : minggu ni gerek tak balik. hui... 2 minggu aku tak jumpa gerek. uhuk2... windu yang amat.

p/s (ii) : kepada semua muslimin dan muslimat yang membaca, selamat menyambut awal muharam. hope the year will be blessed and we can improve ourselves towards the better. insyaAllah...




18122009 ~ 5.14pm
bilik aku ~ g17-217

Sunday, December 13, 2009

jalan-jalan ushar kereta... =)

hari sabtu hari tu, plan jadi hay-wired. sepatutnya aku keluar dengan gerek dari pagi, ada kawan dia kahwin. so nak pergi sama2 lah. sekali dia ada program kat office dia sabtu tu. so, dari melaka dia teruslah ke wedding. tak dapatlah kami pergi sama2.


then, balik dari wedding tu, dia datang ambil aku kat rumah. rancangnya nak jalan2 and sambil tu hantar barang balik ke UTM. barang aku banyak sangat, kena buat 2 trips. kalau tak, pengsan aku naik turun, naik turun angkat barang. he... baru nak keluar tu, mak aku telefon suruh datang tempat jual kereta. saja2 ushar kereta. aku, gerek dan amy pun menuju ke tempat yang di janjikan sebab mak and ayah aku dah ada kat sana.

so, mak aku nak belikan aku kereta ni...

haha... acah je. kaya raya mak ayah aku kalau belikan aku kereta ni kan. diorang pun pakai wira + kancil je. aku pakai jazz? huhu... biru turqoise ni pun nice kan? bestnya... akhirnya, aku buat keputusan, aku nak kereta ni. dah test drive pun. hehe... kereta favourite aku sekarang ni. nak pakai dalam UTM dan pergi sekolah. bestnya. hehe...

"dy, nanti u beli kereta ni ek... i suka u pakai yang ni. ambil kaler putih macam ni tau. i very the like so very the much. lalala~"


aku dan gerek di skrin honda accord. bila agaknya nak kaya dan memiliki kereta ini ek? syok gile...







p/s : aku sudah berada di UTM... esok kelas bermula 11am. excited nak pergi. tapi... takde kasut baru. spoil mood. kikiki...






13122009 ~ 9.15pm
bilik aku ~ g17-217

Friday, December 11, 2009

quality time with amir ridhwan!

haha... semalam (khamis, 10dec2009), aku telah memaksa adikku menemani aku menonton wayang yang aku pilih. SANTAU! hari pertama pulak tu cerita ni release. haha... sebagai balasan dia takmo teman aku tengok NEW MOON. dia pergi tengok dengan gf dia. so, kali ni, no excuses anymore. dia nak tengok ninja assasin atau storm worriors. aku takmo ngalah. huhu... so, berbekalkan duit ayah bagi, kami pergi menonton berdua.


ada satu insiden tak boleh blah... nak beli tiket tu, dia suruh aku beli. dia malu lah tu. yelah... selalu tengok cerita2 omputih. ni tengok cerita melayu pulak tu. haha... tapi adik di kaunter tu tanya, "nak couple seat tak?" haha... aku punyalah terkedu. terus jawab "TIDAK!" ha, inilah dia date saya hari ni... haha... gambar yang kelakar.


berbalik kepada cerita santau... overall nya aku bagi 3 bintang lah. kiranya... seram jugaklah. ataupun maybe aku seorang penakut. tapi pelakon perempuan tu memang pandai lah buat aksi yang menyeramkan. hehe... yang aku tak puas hati, cara mereka meng'ekspress'kan ketakutan. ada certain time macam kelakar jadinya. 1 panggung gelak, mane nak feel takut kan. lagi satu, dalam seram2 tu, bawak pergi jumpa bomoh. BOB LOKMAN! oh my... terus nampak kelakar even dia serius. and ada adegan orang tu baca2 ayat al-qur'an. perempuan tu kan kena rasuk, macam mengejek laki tu baca2. dari takut jadi kelakar. memang seram tapi masalahnya penonton2 gelak. spoil mood aku. aish... apa pun, agak seram lah cerita ni... memang current issue. melayu tak boleh tengok melayu lain berjaya. ada je hasad dengkinya walaupun nampak baik di depan.

after wayang... kami ke jco. mula2 nak beli donut. adik aku nak air dia je pulak. so, kami beli oreo freeze. nice lah. sedap. plus, dapat donut glasier free. sedap... bun dia lembut gile. wee... cedap sungguh. inilah air dan donutnya yang tinggal separuh. adik aku belum pape dah ngap.


yanna and amir... nice lah tempat jco ni. suka kerusi2, meja2 dia... and cermin2. environment yang sangat best.

















quote : I LOVE THE FEELING YOU GIVE ME. JUST LIKE THE BITTERSWEET KISS OF ITALIAN COFFEE AND CHOCOLATE... dedicated to my yayang. muahmuah! miss u alot. ~mochabella.






p/s : gerek balik lagi tomorrow. hari sabtu dating ke kluang. rindu gile kat gerek i sorang tu... ahad dah balik utm. kehidupan sebagai student kembali bermula!








11122009 ~ 1.22am
rumah aku ~ bilik aku

Sunday, December 6, 2009

kad kahwin!!

haha... tengok title entri pun dah tau pasal kahwin. tapi ni accidentally jumpa... kad kahwin zaman 80's but aku rasa macam tak telan zaman. sebab design dia universal. tak semak, tak heavy macam sesetengah orang kahwin. mau sarat barat, kerawang2 situ sini. ni simple je, applicable sampai sekarang. bukan macam tipikal 70's or 80's design.

inilah dia, kad kahwinnya... simple but nice. (bagi aku lah...) maaf gambar tak clear. susah sangat nak tangkap gambar yang clear.


adik aku masuk bilik and tengok kad tu. dia belek2...

"macam mak dengan ayah pulak yang kahwin" smbil menunjukkan nama atas kad tu.

"cuba tengok tarikh" aku balas... dia ni buat2 tak paham ke memang tak paham.

"eh, ni mak ayah punya kad kahwin ke???" adei mak... betul lah dia bukan buat2 tak paham. haha...


so, iya tuan2 dan puan2... ini memang kad kahwin mak dan ayah aku. accidentally terjumpa tadi masa ayah aku kemas2 fail dia. he... bangga aku. ada sentimental value jugak dalam diri ayah aku kan. simpan tu kad kahwin... after 27 years together. he...

ayah aku pesan kat aku, suruh jaga kad ni elok2. ada 1 je tinggal ni. dia suruh letak dalam album. aku pikir nak beli album baru lah... nak letak benda2 sentimental value macam ni.






p/s : aku nak jadikan kad diorang basic design untuk kad kahwin aku lah. hehe... nak simpan jugak tunjuk anak cucu.







06122009 ~ 2.35pm
rumah aku ~ bilik aku

Wednesday, December 2, 2009

MELAKA : destinasi hidupku

hari ni... bermulalah kehidupan gerekku sebagai penjawat awam. jawatan dia punya nama punyalah panjang... jap ek, aku copy paste dari facebook dia... "Mohd Azuan : jwtn aku pen pengarah bhg korporat dan lembaga rayuan /atau kawalan pembangunan..alhamdulillah ada bilik sendiri..."

di sini, nak ucapkan tahniah kepada gerek saya kerana telah berjaya mencapai apa yang di hajati. tapi dia pernah cakap, dia takkan jadi perancang bandar selama2 nya. ada lagi satu hajat dia yang dia nak laksanakan. kita tunggu jelah...

eh, lupa nak cakap... gerek aku dengan rasminya bertugas di JPBD Melaka mulai hari ini. jadi nampaknya dia akan bermastautin di sana lah... dan nampaknya... aku akan ikut dia lah. hehe... nampaknya, aku akan keluar JB jugaklah... hehe... best2... tapi... melaka ni best ke? bandar bersejarah kan. banyak tempat boleh di lawati... tapi, aku nak IC anak2 aku Melaka ke? hmm... point to ponder.

gambar sungai melaka... melaka, i'll come to u one day. (takkan nak berjauhan dengan gerek lama2 kan?)


gambar sungai melaka di waktu malam. cantik kan? macam tak sabar pulak nak pergi sana. tapi silap2, belum sempat aku posting, gerek dah tukar JB. (harapan sebenarnya nih... hehe)






p/s (i) : mak kata aku kena belajar bawak keta betul2. nanti aku pergi kerja sendiri. ayah hantar mak. aku bawak keta mak. huhu... pikir je dah rasa takut. tapi satu kejayaan sebentar tadi; aku hantar ayah aku pergi kerja. bangga beb. walaupun beberapa meter pun, ayah tetap puji aku. hoho...

p/s (ii) : rindu gerek. busy nampaknya hari ni... tapi takpe, aku tak bosan pun kat rumah. macam2 aku boleh buat. kejap lagi, 90210 menanti. yeay!







02122009 ~ 2.56pm
rumah aku ~ bilik aku

Sunday, November 29, 2009

hari bersama 'yanna no yatt'

yanna no yatt? dalam bahasa jepun, 'no' tu maksudnya 'punya'. macam kepunyaan lah. jadi 'yanna no yatt' tu maksudnya 'yanna punya yatt'. hehe... yatt tu dulu panggilan manja untuk gerek. maksud dia? adalah... hehe...

hari ni patutnya nak keluar awal2 pagi lagi. but takut parents i kang bising pulak. so gerek ambil sedikit lambat daripada target. dia sampai dalam 11 lebih. hehe... nak sehari suntuk dengan dia. yelah, esok dia dah nak gerak ke KL. selasa dah lapor diri sebagai penjawat awam. tak tahu lagi aturcara perjalanan dia ke sana macam mana. jadi, hari ni... hari meluangkan masa bersama gerek saya.

tujuannya mestilah mahu menonton wayang jugak. berbulan2 aku tunggu cerita ni... THE TWILIGHT SAGA : NEW MOON. overall, aku puas hati sebab jalan cerita dia tak lari dari buku. even ramai kawan2 aku quite disappointed dengan new moon but aku happy gile. maybe mood aku pun happy, jadi aku suka semuanya yang berlaku hari ni. hehe...

new moon basically memang sama dengan buku. ada lah scene2 yang tidak di masukkan tetapi secara dasarnya, semuanya hampir sama dengan buku. ada sedikit lain tapi boleh lah di cover. lain dengan twilight. lain gile dengan buku nya... banyak sangat lainnya. tapi kalau compare movie twilight and new moon, lagu2 dalam twilight lagi best. dalam new moon macam tak lekat di ingatan. suka action masa edward lawan dengan felix. memang smart lah. but... rindu cullens family. dalam new moon ada 2 scene je diorang gather. ish... tapi apa2 pun 5 bintang untuk new moon (vote ni agak berat sebelah kerana aku memang minat cerita ni... hehe...)

okay, ni cerita pasal hari aku pulak... niat di hati nak tangkap gambar gerek banyak2. yelah, nanti kang dah jauh................... uhuk2... inilah antara2 nya... gambar2 koya gerek saya. hehe...














dah tengok wayang... apa lagi... makanlah... hehe... kali ni, destinasi kami : THE MANHATTAN FISH MARKET. yummy... dah lama kecur. yelah, orang2 dok cerita ikan fresh kan. nak juga merasa. so inilah makanan kami... maaf, tak ingat nama. Manhattan Fish Platter kot... hehe... panjang malas nak ingt. hehe...


air kami... gerek : Alabama chocolate smoothie... yanna : ice lemon tea je (ni penyelamat sebab aku tahu makanan kitorang mesti muak... hehe)


kami menikmati makanan. makanan ni cukup untuk makan bertiga. tapi... dah namanya dating. takkan nak bawak orang ketiga kan? hehe... kenyang tak larat. and sorry... kali ni makan tak habis. rugi2. but seriously full. sangat banyak makanannya... PUAS! hehe....















nak cerita satu kejadian... info tambahan di sini... semalam selepas aku update blog, baru tersedar ada beberapa barang kami hilang dari rumah. rupa2nya... ada pencuri ketika majlis di rumah siang semalam. astaghfirullah... raya2 pun nak buat kerja kan... mencacatkan sedikit perasaan gembira beraya semalam... sekian.




p/s : gerek ke KL esok... mesti rindu gile. takpe... i doakan u sayang. semoga berjaya di mana2 u berada.





30112009 ~ 12.16am
rumah aku ~ bilik aku

Saturday, November 28, 2009

~selamat hari raya aidiladha~

hari ni (28nov2009, sabtu), hari yang amat meriah dan memenatkan untuk kami sekeluarga (kecuali boy sebab dia tak sehat and tido je. if penat pun sebab kena dukung diena. huhu...). hari ini, hari kedua raya korban dan parents aku ada buat korban belakang rumah. kan lembu 7 bahagian, so dia share dengan ex-pengetua SMTPJB dan kawan dia. dan disebabkan korban lembu di belakang rumah, rumah kami buat sedikit makan2. tukang masaknya (seperti biasa) : MISS ZURINA.


before anything, nak tunjuk lembu yang telah dikorbankan sebelum ia dikorbankan.


ini pulak ketika telah ditumbangkan. tak sempat tangkap gambar selepas ia ditumbangkan.


ini CIK BEY dan anak2 saudara kesayangannya. tugas dia tadi dukung budak2 ni je...
















masakan pada hari ni tak sempat tangkap gambar semua sebab semuanya busy. cikna masak : gulai kawah, ikan goreng + ulam2... sup tulang... mak pulak masak breakfast kitorang : nasi goreng kampung dan nasi goreng sardin.


ini gambar "pencapaian terbaik 2009"... hehe... pelapah kepala lembu terbaik paling bergaya kampung kastam. (hint : tengok kasut).






p/s : esok hari dating. yeay! new moon, here i come!! after that, stimboat at Rawa.





28112009 ~ 8.25pm
rumah aku ~ bilik aku

Tuesday, November 24, 2009

2nd lesson swimming class

semalam (isnin, 23nov2009), aku dan piza sekali lagi menghadiri kelas berenang. kali ni nak buat pagi, sebab kena balik naik bas. gerek pergi jerantut. kalau petang, lewat pulak nak balik kan. so, dengan semangat waja nya kitorang sampai UTM around 9 lebih. sekali dapat tau, kolam bukak pukul 1pm. adeh mak... lama tu nak tunggu. so, buat keputusan pergi kolam taman ungku tun aminah. nauzubillah... kotor. but kerana semangat, kami teruskan dan mengabaikan yang lain. he...

kali ni, piza menunjukkan improvement. dan mula nak berlagak kerana kali ni, aku pulak yang slow. haha...semalam berlatih kaki kuak dada je. memang sangat letih untuk mendapatkan kaki yang perfect. rasa mahu tertanggal kaki ni. apatah lagi tertendang piza sekali. huhu... macam nak tercabut. he... semalam ada juga acara selingan. kami buat MUSHROOM FLOAT and ada satu gaya anjing berenang. lupa pulak nama dia. doggy swim ek? tak ingat.

ada juga acara menangkap gambar. ini antaranya :


ini kami bersama instructor; FATIHAH.


dan seperti biasa, selepas berenang, mestilah kena makan. dan menu kami semalam adalah; PROSPERITY McDonald's. puas hati gile dapat makan. hehe...



ni maklumat tambahan. kerana hanya tinggalberdua di rumah; mak ke indon, boy kat kolej. aku dan ayah jalan2 cari lampu dan tv baru. aku end up berkenan satu kerusi ni. nanti aku dah kerja, aku nak beli. warna biru okay. haha... i like it so much. selesa duduk di dalamnya. best.





p/s : hari ni rasa sangat seronok. mak balik dari indon. boy balik dari kolej. cikna pun balik kejap lagi. gerek pun balik dari jerantut. best2. seronok....






24112009 ~ 4.42pm
rumah aku ~ bilik aku

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com