we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Wednesday, April 1, 2015

Antara Masalah Pelajar dan Amanah Guru

hai korang... baca tajuk entri macam serius kan? yes memang serius. hati ni macam kena robek2. merudum jantung ni rasa bila menghadapi masalah2 pelajar. yes, aku tahu aku seorang guru yang mesti menyelesaikan masalah pelajar2. tapi... teori dan reality. sangat jauh beza. memang aku belajar segala teori menghadapi masalah2 pelajar ni tp cuba implement, hmmm.... buntu. buntu.



okay headache. serius.


selama 4 semester di ILP. aku rasa aku gagal sebagai seorang guru. masa belum posting, aku bersemangat nak mengubah hidup para pelajar ke arah kebaikan. tahun pertama aku mengajar, aku sedaya upaya menjurus ke arah matlamat aku tu. kepuasan bekerja. serius aku rindu waktu tu.

selama 4 tahun mengajar, pada tahun pertama sahajalah aku rasa aku puas bekerja. aku puas jadi guru. aku puas mendidik pelajar. tahun kedua aku slow down sebab dah berkahwin dan ada beberapa perkara yang memberi masalah kepada rumahtangga apabila aku terlalu involve dalam kehidupan pelajar sampai mengabaikan suami. jadi aku ambil keputusan untuk slow down. tapi masih lagi aku kekal prihatin, kekal sayang kepada pelajar2.

tahun ketiga penggal kedua, bermulalah fasa ignorance aku. semester pertama aku cuba menjadi seorang guru terbaik untuk pelajar2 baru aku. tapi pada akhir semester aku serahkan kepada orang lain disebabkan aku sudah sarat mengandung dan cuti melahirkan anak. apabila naik bekerja, semangat tu masih ada... tapi lama kelamaan, dek perangai pelajar... aku semakin tawar hati. dan masuk semester ke3, tawar hati semakin menjadi di mana aku berusaha untuk gagalkan pelajar. bukan bermaksud aku tidak mengajar sepenuh hati. gagal di sini adalah aku terlampau strict dalam pemberian markah.

exam. guru diarahkan meluluskan pelajar. aku kecewa. bukan kerana aku mahu melihat pelajar aku gagal. tapi sebenarnya aku nak pelajar2 mengambil serius pelajaran kerana tahu masa depan mereka bergantung kepada pelajaran mereka.

masalah pelajar2 yang aku hadapi :

  • latihan yang diberikan tidak dilaksanakan. ini masalah harian.
  • dalam 1 kelas 40 orang, latihan esei yang aku berikan 70% tiru. maksudnya contohnya 5 orang buat, yang lain tiru 5 orang ni.
  • masalah social yang semakin menjadi... ni lah yang paling berat.


masalah social pelajar. kalau dulu, nak dengar sekali sekala pun susah. sekarang ni... macam benda tu adalah rutin. macam bukan kesalahan yang orang sewenang2 buat. kenapa korang? kenapa boleh jadi macam ni... apa patut aku lakukan?







p/s (i) : aku mahu jadi guru sebenar.

p/s (ii) : am I fail as a teacher?

p/s (iii) : breathe Elly breathe... perlahan2 ya.





01042015 ~ 12.53pm
meja aku ~ bilik guru-subjek umum ILPPG

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com