we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Thursday, March 28, 2013

First Birthday Gift!

Quick update sebab rasa macam dah lama sangat tinggalkan blog ni. I'm really sorry dear blog. Bila duduk rumah time cuti ni memang 1 kerja hape tak jalan. Hoho... Ni pun mandi kambing je tadi sebab takut duduk rumah sorang2. Kikiki... You can laugh but memang aku takut duduk rumah sendiri. Nak kata besar, takdelah besar but still if mandi tingkat atas, i dont know what happen downstairs. Okay, exaggerating. Stop stop! Suami on the way balik. Yeay! Lapar!

So hari ni nak cerita pasal birthday gift untuk Natasha Helena yang pertama. Hehe... As usual, bila aku suka benda tu, akan ku dapatkan jugak bendanyaaaaa... At first nak beli bigger size. Konon2 aku boleh masuk main sekali. Then pikir2 balik... The present letak rumah cikna, so jaranglah aku dapat main sekali. Hehe... So buat decision beli yang kecik. Aku still boleh masuk tapi takleh berenang lah. Haaaaaa.... Aku beli apa?




Eh, aku guna blogger for ipad ni tak pandai pulak nak adjust gambar. Later2 if aku bukak laptop, aku edit lah. Haishhhh!

Whatever it is, my niece is soooooooo damn cute! Dah setahun!







P/s : nanti aku edit balik lah entry ni. Ish!




28032013 - 12.42pm
Tepi katil - dalam bilik~rumah impian emas

Tuesday, March 19, 2013

Happy 1st Birthday, Natasha Helena

hai2 you all... aku curi2 masa nak update ni. yelah, busy dengan 5S. kuhang hajo betul 5S ni betul2 menyusahkan. penat, sakit hati, macam2 perasaan bercampur baur. huhu... okay, short intro sebab nak terus to the point.

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR ANGEL, NATASHA HELENA!

sebenarnya birthday dia semalam. tapi semalam tak sempat update. petang dah gotong-royong asrama. so hari ni cepat2 nak update.

this is Helena 3 months old. muka tak bersih lagi. cikna gigih beli cream2 muka, minyak2 segala...


this is her at 4 months. botak sekarang ni. tu banyak pakai topi. hehe... time dia kaki dia memang amat hyper. macam kayuh basikal.


ni masa 5 bulan. time ni raya. makin lama makin tembam. geram betul budak kecik ni. takde rambut untuk aku buat mohawk, so guna topi dia jelah. hehe...


6 bulan! time ni dah start nak bangun2 kan badan. seram macam dia tonjol2 badan dia. takut tersemban. hehe... ni muka tengah demam.


genap 7 bulan. gambar ni cikna hantar. baru lepas injection. hehe... cikna kata nangis sekejap je. good girl!


hari genap 8 bulan. dah besar kan nampak? dengan seluar poketnya... hehe... Alleya memang tak boleh tengok adik dia pakai seluar poket, sure meragam nak seluar poket jugak. kesian Helena muka ngantuk. hehe...


9 bulan. time ni dia dah tak kenal orang2. agaknya lama tak jumpa kitorang. so takde siapa boleh pegang dia except cikna and ayah je. hui... gedik budak ni. tu yang berkepit je dengan cikna tu...


ni gambar dia 10 bulan. dah nampak gugurl sikit dah. hehe...


1 month to go to 1 year. hehe... 11 months already this little girl. cepat pulak masa berjalan rasa. bulat kan mata budak kecik ni?


and last but not leasttt.... 12 months! setahun! ohhh... dah besar budak kecik ni. Shiyun loves you sayang... baju flower girl untuk wedding abang aku. Alleya pun dah ada. ei, tak sabar nak 2,2 pakai.




okay, gambar 9 bulan je aku boleh provide sebab genap 9 bulan kitorang jaga dia. whatever it is, she's ours. Natasha Helena and Nur Alleya Adini are ours. tanpa diorang, kosong hidup kitorang. hopefully they'll stay with us forever.






p/s (i) : nantikan adik mereka pula :) jangan stress Mr. Husband, ini rezeki.

p/s (ii) : mohon2 pendrive aku tak hilang. itu jelah...

p/s (iii) : mata dah berat, kejap lagi aku memerlukan 2 jam untuk tidur tengahari. wawawa...

p/s (iv) : Happy 10th weeks, Honey :)






19032013 ~ 11.30am
meja aku ~ bilik guru-KVK

Thursday, March 14, 2013

I'm 27 years old already!

hai2 you ols... lama jugak aku tak update blog kan. a little busy. bukan a little, tapi sangat2 busy. sampai rasa nak muntah kepenatannya... sampai kadang2 aku kena pergi surau guru perempuan untuk berbaring sebab belakang and pinggang sakit sangat. serius, kadang2 time2 macam ni memang sangat rasa nak nangis. 5S sangatlah tidak menyenangkan. yang susahnya adalah AJK pelaksana. admin atas tu memantau dan mengarah je pandai. tahu2 dapat duit bukan dapat kat kita punnnnnn!

so, entri dah lapuk sikit. birthday aku yang ke 27. oh maiii.... aku dah tua! denial. tapi umur is nothing. kematangan tu yang harus diukur. kadang2 umur dah berlambak, pemikiran tu cetek lagi. seperti sesetengah orang yang aku kenal. walau dah 50 lebih umurnya, pemikiran masih tidak menunjukkan usia. perlakuan yang tidak sepatutnya umur 50-an lakukan...

jadi... tak banyak nak cerita birthday kali ni. sebab tak sambut sangat pun. hehe... birthday aku adalah pada 9Mac2013 yang lepas. hari sabtu. hari jumaat aku balik JB then teringin pulak makan naan tandoori. so, keluarlah makan dengan family. dalam 11pm, parents aku ajak pergi Bazaar Karat. wah, jarang diorang mengajak ni. so kiranya pukul 12am tu, aku sambut birthday di Bazaar Karat. haha... takde beli apa2 pun. beli pistol belon untuk Alleya je sebab dia dah tido, stay dalam kereta aje.

balik rumah dah dekat pukul 2am. aku memang mengantuk sangat2 dah. tak hengat apa2 dah. sebelum tidur, husband bagi kad birthday yang dia buat sendiri. hehe...  rasa sweet sebab dah lama dia tak buat hadiah untuk aku. then tidurlah kami until 7am. bangun2 ajak mak pergi klinik. siapkan Alleya dah 1 hal. lewat aku ke klinik. ambil nombor, pergi sarap dulu then kembali ke klinik. nasib baik nombor belum lepas. hehe... inilah hadiah birthday terbaik! insyaAllah aku akan upload nanti.

balik dari klinik, mak ajak pergi Angsana. aku dah takut. hehe... takut husband marah. sebab aku cakap plan aku hujung minggu tu untuk tidur je. tapi ni jalan2 pulak. sampai terlupa masa mak aku round Angsana. pukul 2pm baru balik rumah. dan aku lanyak tidur sampai pukul 5pm. bangun2 tu kepala pusing sangat2. lapar agaknya sebab tak makan tengahari. bapak aku dah offer nak urut kepala. haha... segan tahu tak?! dah tua2 ayah nak urut2 nak manja2 dengan ayah. adoi, malu. huhu... aku cakap takpe, kejap lagi okaylah... mak aku pun goreng ayam, tumis sardin dgn nasi panas2. memang banyak aku makan. lega terus kepala. haha...

then malam lepas maghrib, ayah ajak pergi makan kat ikan bakar. entah kenapa malam tu aku rasa lain ikan bakarnya... macam manis terlebih. aiseh... selama2 aku makan tak pernah rasa lain. kali ni rasa kureng sedap. tapi alhamdulillah dapat makan dengan keluarga. suami ada, mak ayah, cikna and anak2 sedara. hehe... simple tapi best birthday dinner ever.

balik dari makan, singgah Jusco Bukit Indah nak beli barang untuk panel. sambil jalan2 sekali lah. dekat pukul 11pm baru balik rumah. sebelum tidur, suami urutkan belakang badan... wah, heavennya... seronoknya bagai di syurga. hehe... tak best 1 je malam tu. JDT kalah teruk. haha... tak kisahlah. asalkan birthday i dapat makan banyak2.







p/s (i) : okay, kena naik bilik SU peperiksaan. banyaknya kerja!

p/s (ii) : malam ni ada gempur-gempur. so get ready semua!

p/s (iii) : nak makan apa eh? semalam akhirnya dapat makan maggie ayam. nauzubillah, heavennya rasa.






14032013 ~ 11.01am
meja aku ~ bilik guru-KVK

Monday, March 4, 2013

nieces

hai2 you ols... blog aku dah jadi macam dewasa sangat dengan entri2 pasal nak mengandung. huhu... kadang2 sampai tak reti nak update pasal entri apa selain dari TTC. sebab dalam pikiran itu aje yang lebih berkuasa. kalau dulu, rajin aku update pasal what's happening, majlis2, kenduri2... makan2. now? baby. baby. baby. baby. hoho... semoga Allah permudahkan jalan aku dan suami.

okay, entri kali ni nak cerita pasal anak2 gugurl aku. dah setahun lebih nampaknya kami menjaga Alleya Adini. so she's part of the family. sekarang makin nakal. membentak. macam2 lah... sentiasa dapat apa dia nak. yelah... kemanjaan nenek and atok kann... nanti dia serak2 rumah, mak aku jerit, "Cik Minnaaaaaaaah!!" mak aku kalau marah kat seseorang perempuan, nanti dia merujuk orang tu sebagai cik minah. tak menggunakan nama dah. haha... nanti Alleya pun balas, "Cik Minah nak pergi kerja ni!" hadoi! kuat betul budak ni menjawab. haha... aku yang kadang2 tension.

gambar latest. ni diambil dekat rumah cikna. alleya memang rapat dgn suami aku. ada 1 time tu, kitorang dah lama tak balik. then as usual, gerek aku angkat barang aku masuk rumah dulu. so gerek kat belakang aku lah. aku bagi salam... alleya berlari ke pintu sambil lompat2... "Shiyunnnnnnn! Shiyunnnnn!" pergh punya seronok dia nampak aku. sekali dia nampak gerek aku kat belakang. berlari ke belakang aku.... "Shiwannnnn! Shiwannnnn!" mintak dukung. tak senonoh kan? saja tak jaga hati dan perasaan aku. haha...


ni gambar aku dating berdua dengan dia. jalan2 kat KSL. so lapar nak makan. jalan2 situ, dia nak belon atas riba dia tu. aku cakap jaga elok2 nanti meletup. sekali bila nak duduk atas kerusi tu dia tertindih lutut kat belon, terus meletup. hehe... kesian pulak. aku janji nak beli lain. tapi tak jadi beli. hehe... dia sebok nak jumpa atok pulak. so ngangkut aku bawak dia ke opis ayah aku nak lunch sama2. nangis2 nak ikut atok g kerja.


now, nak cerita pasal adik dia pulak. Natasha Helena. argh, budak yang semakin lasak. aku dah tak boleh nak dukung2 dia sangat. lately ni bolehlah sikit dia nak berdukung dgn aku. kalau hari tu, kitorang kan jarang balik, so dia tak kenal sangat. dengan bapak aku je boleh nak berdukung. jadi cikna pening takde orang boleh jaga Helena bila dia nak buat kerja selagi bapak aku tak datang. masa wedding kakak sepupu aku, dia meragaaaaaaaam je nangis2 takmo dengan orang lain. lotih eden. budak ni belum setahun lagi kitorang jaga. but she's turning 1 year old another 2 weeks! ni gambar dia 3 bulan, masa hari pertama kitorang ambil dia.


masa awal2 ambil dia, lembut je dia... suka orang agah dia. dia pun suka borak2. memang becok sungguh lah mulut dia. borak2 pun nada lembut. tapi budak ni dari kecik suka menjerit. kalau kat tingkat atas, tingkat bawah dah dengar dia dah. huhu... bawah ni gambar latest few days ago. gigi dah banyak. dah nak boleh jalan sikit2... arghhhhh! comelnya anak sedara akuuuuuu! hoho... rasa nak sepak2 je. kikiki... buang dlm tong sampah.


nobody can deny they are ours. not related with blood but they are still ours.






p/s (i) : okay, tak sabar nak balik ni... nak tengok Bayu Cinta Luna. penat berjualan tapi side income kannnn. baru boleh shopping2 sikit. hehe...

p/s (ii) : apa masalah Maybank2u sekarang ni? susah betul aku nak bayar bil2.

p/s (iii) : alamak... kepala pening pulak gara2 asam ni. masam sangat sampai menyengat kepala. haish!






04032013 ~ 4.44pm
meja aku ~ bilik guru-KVK

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com