we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Saturday, January 30, 2010

chronicgerilla.blogspot.com

minta izin pemilik blog untuk review blog anda... http://chronicgerilla.blogspot.com/

hehe... salam semua. terkejut tak kali ni entri aku lain dari yang lain? (roy! jangan gelak!) yelah, oleh kerana gerek takde di JB, so, daku kurang makan (kawan2! jangan gelakkan aku! haha...) maksud aku kurang makan yang aku cuba tempat2 baru then review in my blog ni. hari tu, ada satu tempat baru aku try. tapi disebabkan emosi kurang stabil, aku pun taknak update di blog. he... maaf kepada participants sekalian.

okay, back to the point. http://chronicgerilla.blogspot.com/. blog ni diperkenalkan gerek kepada aku. aku tengok 3 design je mula2. sangat2 unik. berkenan terus. then sajelah gatal malam ni nak bukak blognya. (disebabkan tak dapat nak buat call kerana tak ingat web address). komen pertama ku, "pergh!!" unik bebeh... serius aku tak tipu. then daku tunjuk ke member aku sorang ni. ehem... dia pun suka.

okay, actually blog ni pemilik seorang arkitek produk UTM. bekerja sekarang di JKR, Melaka. last week dia menang pertandingan rekatee anjuran TV3 sempena ulangtahun 25 tahun. dia cakap dia design baju tu masa buat tesis. kiranya tahun lepas lah. tahun ni baru dapat hadiah. hui, gile penyabar. nilah baju yang menang tu. unik kan?


dan ini pula antara design2 koleksi tahun 2009 dan awal 2010. favourite aku!


dan yang ni paling aku suka!






kepada sesiapa yang berminat, boleh view blog dia ya! http://chronicgerilla.blogspot.com/







p/s (i) : terima kasih encik CG! maaf kalau ada salah kata!

p/s (ii) : hari ini amat kecewa dengan tidak produktifnya aku. oh CALL!!



30012010 ~ 11.09pm
rumah aku ~ bilik aku

Sunday, January 24, 2010

cinta hatiku~

peringatan : mode : rindu gerek. terkandung ayat2 jiwang yang memboringkan pembaca.


di ketika ini, aku amat merindui gerekku yang sedang berada di KL kerana meeting di sana. sekarang ni dia sedang ber'msg' dengan aku tapi saje nak tulis jugak kat blog yang aku rindu dia yang teramat. huhu... (aku dah letak warning kat atas tu... jangan salahkan aku... huhu...)

quotes daripada awek salah seorang gerek2. fyi : gerek2 adalah panggilan kepada bestfren gerek aku. aku simpan lama dah, sangat suka...


when i give my heart,
i give it completely...

or i'll never give my heart.

and the moment i can feel,
that u feel...
the same way too...


'is when i fall in love with you'


aku sangat suka ayat2 ni. aku simpan ayat2 ni dari aku tahun 2 kot. baru 2tahun kan. he...

saya windu gerek saya... (tujuan entri kali ni just untuk mengekspresskan kerinduan pada gerek. nasib lah kepada pembaca yang tak suka. kikiki... i dah bagi warning kat atas tu ek)


picture edited by yop (kawan gerek). terima kasih banyak2. gambar ni tambah cantik sebab tak nampak muka gerek. haha.... maaf yang, iloveyousoverymuch!




p/s : dy, i nak yg BESAR punya!!





24012010 ~ 1.49am
bilik aku ~ g17-217

Wednesday, January 20, 2010

JEF 56~

hai... lama gile tak update. busy PSM plus takde mood nak update blog. hehe... plus takde modal jugak. tapi, entry kali ni memang dah niat lama nak update. tapi banyak sangat halangan sampailah usia dia hampir sebulan bersama kami. apa dia?


inilah dia topik entri aku kali ni. kereta mak aku... hehe... saje2 nak letak pasal dia. sebab mak aku berjaya tukar kereta yang BUKAN KANCIL. kikiki...

masa dia nak tukar kereta ni, kitorang acuh tak acuh je. before ni dia pernah tukar kereta. first car dia kancil putih yang edisi pertama. kaler putih bumper tak berkaler. murah sikit kata dia. first car dia sebab dah jenuh naik cab. tiap2 hari cab at least rm8 dari sekolah. fyi : mak aku kerani sekolah. akhirnya... lahir JEF56 kancil putih... aku ingat time tu aku darjah 4.

kemudian masuk matrix semua... hari terakhir matrix, family aku jemput ramai2 3 kereta tu... huhu... then aku ternampak kelibat kereta yang asing. JEF56 tapi kaler maroon. and kancil new version. haha... aku punyalah gelak. mak aku tukar kereta. TUKAR KERETA KANCIL! just lain kaler je. adei... sebab tu bila mak aku cakap nak tukar kereta, kitorang tanya, "mak nak tukar kancil kaler apa pulak ni?" hehe... jahat kan kitorang?

but now... welcome JEF56 to our family. (aku sebenarnya nak kaler putih, mak aku nak hitam.. huhu)... ini wajah lama JEF56. maaf, JEF56 putih takde gambar sebab time tu aku takde hp canggih. hehe...





p/s (i) : aku dah berani drive kereta okay... huhu...
p/s (ii) : hari ni aku ponteng kelas en.razak. cian dia... huhu... sebab tu dapat update blog ni...
p/s(iii) : aku nak buat silence treatment. let me be!





20012010 ~ 9.34am
bilik aku ~ g17-217

Friday, January 8, 2010

mode : PSM

today, jumaat (8jan2010)... hari terakhir dalam minggu keempat. aku still rasa rilek dengan assignments. tiba2 rasa takut. takut tiba2 assignments datang selonggok and date due pun the same week. matilah kalau macam tu... sebab sekarang ni... baru ada 1 presentation subjek isu2 pendidikan. kena hantar refined slides minggu depan. assignments lain... belum lagi. dan ada yang belum dapat pun lagi...

jadi, mengambil kesempatan assignments belum dapat ni untuk full throttle PSM (walaupun tak throttle sangat), but alhamdulillah... setakat ni PSM runs smoothly. first meeting dengan supervisor pun dia dah bagi work schedule. macam minggu ni aku kena buat apa... minggu depan buat apa... hehe... sori, aku amat perlukan macam tu. kalau supervisor aku tak buat macam tu... memang sekarang ni aku melenggang lagi. hehe... aku lah contoh student yang perlukan di suap sentiasa. hmm... kena ubah ni.

minggu ni minggu keempat... dalam work schedule, sepatutnya aku distribute questionnaire. hmm... memang dah distribute dan aku dah dapat balik. ada beberapa je lagi belum dapat lagi. dan sekeping hilang gara2 3rd year. apa pun... itu sepatutnya dalam jangkaan. isnin nanti aku tanya supervisor aku apa patut buat dengan ralat tu... now, aku tengah analyse data dalam questionnaire. kerja aku banyak sikit kot sebab aku ada interview jugak. minggu depan maybe aku nak conduct interview. hopefully, semua dalam perancangan lah... tak lari dari apa di rancang...

hari tu... aku takut dengan PSM. takut kena extend etc2. tapi... bak kata gerek, kalau tension, takut aje pun tak guna kalau kita tak mulakan langkah. dok tension2, pergi tido... tension lagi, pergi makan... tension lagi, main game... tension lagi, tengok wayang... hmm... betul tapi kadang2 payah nak ubah. he...


okay yanna!! full throttle. kalau hari ni siap analyse, esok boleh beronggeng dengan gerek... kalau gerek balik lah. kikiki... angan2 tetap kena ada...




p/s (i) : mata kiri aku asik kelip2 dah 2 hari... apa maknanya?

p/s (ii) : semoga uncle man sekeluarga tabah hadapi semua ni... along, abang jan, aziel... takziah.




08012010 ~ 3.07pm
rumah aku ~ bilk aku

Monday, January 4, 2010

bad news~

pagi ni aku dikejutkan dengan panggilan... bad news. macam tak percaya. aku ulang2 tanya. betul ke gerangan orangnya. aku dengar namanya di sebut. tapi... macam taknak percaya. tanya lagi...

today supposed to be a happy day. hari ni, genap birthday irdiena 3 tahun. dah plan nak call 3g. rindu budak tu. aqiel pun dah setahun 2 hari lepas. but... so sudden...

innalillah... semoga rohnya dicucuri rahmat dari-Nya... R.I.P




life is so short... cherish what u have. treasure what's is made for u... be thankful. not all plan goes well but... don't give up. be happy and make people happy. don't be too self-centered because u need people around.
'A life is not about u. It's about people around u happy when u are around'.





p/s : nothing else matter... i need to take care of my heart too if u don't realise, i have been neglecting my heart for a long time... take a time and ponder about it. not pondering about how miserable u have been feeling...




04012010 ~ 7.35am
bilik aku ~ g17-217

Saturday, January 2, 2010

fishing competition ~ Tanjung Pengelih

update yang telah lapuk. kejadian berlaku pada tahun lepas... 26dec2009... walaupun baru berlalu seminggu tetapi tetap dah tahun lepas. hehe... seminggu ni memang dasat lah busy. macam banyak je kerja kan... hehe... okay2, back to the point. nak cerita pertandingan memancing anjuran kastam johor. ayah aku sure nak join. minat yang mendalam dan bakat yang terpendam. hehe... kami sekeluarga pun pergilah ke Pengerang untuk merealisasikan hajat ayah aku tu. hadiah pertama : motor... "saya menang motor" (dengan tone suara pakcik power root) - adik aku ejek aje... kitorang menang cabutan bertuah aje. hehe...


ok, ini jeti Tanjung Pengelih masa nak start pertandingan. start pukul 5.00pm. masa ni tak semua peserta dah sampai...


okay, yang ni pulak di waktu malam. tak ingat pukul berapa... sepanjang jeti tu orang ramai yek. pertandingan sampai pukul 12.00 malam. gile mengantuk! ditutup oleh Pengarah Kastam Negeri Johor.


ini pulak antara peserta2 pertandingan. yang gagal membawa balik sebarang hadiah. hehe...















peserta termuda pertandingan memancing tapi gaya hebat tu... lemparan pun cantik (judgement orang tak pandai memancing yek...) yang pakai baju hijau tau. bukan biru...


malam tu dalam linkungan 10 lebih... orang belakang kitorang dapat ikan. aku punyalah excited sebab ikan dia pelik. ada tanduk yang amat keras. serius keras sebab aku capai gunting nak gunting tanduk dia. tak berkesan langsung. bengkok pun tak. nampak tak gambar ni? sorry lah, gelap... gambar kurang jelas. handphone aku takde flash... maap yek.
gambar ni siapa pulak? dia ni polis... aku tak tahu dia polis, sampailah baju dia agak terselak menampakkan kocek pistol dia. seram tu... aku main2 tangkap gambar je kan. tak kan dia nak tembak aku sebab tangkap gambar dia kan? hehe...






p/s (i) : banyak lagi benda nak cerita... tapi mata ngantuk... badan penat. ceh, konon buat kerja banyak kan. hehe... PSM on the move!

p/s (ii) : belum terlambat lagi nak mengucapkan selamat tahun baru 2010... hmmm.... going to turn 24 soon. state of denial!

p/s (iii) : hari ni gerek terluka... sebab aku marah dia ke? hmm... dasat.





03012010 ~ 12.53am
bilik aku ~ g17-217

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com